Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Mac 25, 2007

Merah Syahir Nuwi, Aceh, Siam dan mimpi pedang

Makam Tok Soh di Kedah. Perhatikan ukiran ayat Al-Quran pada batu nesan jenis Aceh ini...

Malam tadi berlaku sesuatu yang saya rasa mempunyai makna besar dalam perjalanan hidup ini. Kesannya begitu terasa sehingga saya terus membuka komputer laptop lalu mencoretkan apa yang berlaku untuk dipaparkan ke dalam thread "Berpetualang ke Aceh" di Forum CVT dengan harapan ada orang lain dapat membantu memberi tafsiran yang berguna.
Di sini, biar saya papar balik apa yang telah diletakkan dalam forum itu... Mungkin ada kena-mengena dengan artikel mengenai Kedah yang dipost sebelum ini? Dan mungkin juga ada kena-mengena dengan cerita yang menyentuh Empayar Chermin dalam posting sebelumnya!

......................................


Salam kengkawan. Pada malam semalam berlaku sesuatu yang mengglisahkan aku. Aku akhirnya bangun dan cuba mencoretkan apa yang berlaku untuk dikongsi bersama tetapi line Internet plak tak clear.
Apapun, ada dah tulis kat Word... Jadi aku letak aje kat sini. Diharap ada le sesapa mule tolong beri pencerahan.... Ini dia...

------------------------



Mimpi pagi Ahad 25 Mac (6 Rabiulawal)

Rasanya ada kena-mengena belah keluarga Maharajalela. Lepas ada keluarga meninggal, tak pasti siapa. Ada banyak senjata tinggalan pusaka, berpuluh bilah, ada sedara kata ambiklah mana-mana yang aku suka. Aku pun tengok le dan belek-belek… Ada keris, badik, pedang, macam-macam… Aku tengok mana yang agak-agak berkenan, aku bukak test sikit timbang-timbang. Last-last aku cuma tertarik kat satu, je…Ada pedang, tak le panjang sangat, rasanya 3 kaki lebih, lebar dalam 3 inci, melengkung macam pedang Arab, bahagian atas (lawan mata) plak agak tebal, dalam seinci gitu. Solid.
Aku timbang dan hayun, pusing-pusing, sedap. Imbangannya ngam-ngam, letak kat tangan jadi macam tambahan pada tangan, cukup serasi. Aku suka dan ambik pedang tu.
Mula-mula aku perasan sarung pedang tu macam rupa kulit yang diikat ngan tali tetapi ada warna-warna termasuk kuning. Bila aku tengok balik, lek eleh… Ada jalur warna putih, kuning, hitam, sebijik macam bendera Perak!
Pas tu aku tak ingat. Kemudian aku berada dalam keadaan antara bangun ngan tidur. Aku asyik teringat nama Merah Syahir Nuwi… Kejap berkait ngan Siam, kejap ngan Aceh. Mungkin gak pengaruh bacaan sebelum tidur tadi. Yang masalahnya aku dok teringat mende tu lama… Merah Syahir Nuwi… Siam, Aceh!
Tetiba handphone aku bebunyi, ada message…Aku pun check le… Satu nombor talipon yang tidak dikenali, dan aku perasan nombor ni keluar malam tadi bila ada satu mamat call… Dengar je suara aku dia tanya: “Ni nombor sapa?”… Aku terkejut sat. Ait? Dia yang tipon, dia tanya nombor sapa? Kurang ajar plak cara tanya… Aku pun tanya balik: “U yang talipon, U nak cakap dengan sapa?”… Mamat tu terdiam sat. Baru dia cakap, “Sori wrong number”.
Message pepagi buta (aku notice time yang menarik… Kul 3:03) tu bunyinya cam ni: “Ila apa kaba.ni no tel nik”. Aku plak ingat ini mesti Nice72 kot? Mungkin dia dah terlupa nombor tipon aku pas tu dia check balik. Aku baru je nak jawab cam ni: “Ler. Nik Hafiz ke? OK le. Aku tgh tido ni”, pas tu tipon ring, orang yang sama tipon. Tapi sebaik saja dengo suara aku terus dia letak balik. Aku terperanjat lagi… Ait? Apa ni Nice72 tipon aku pepagi buta lepas tu letak balik phone. Takda kredit ke nak suruh aku tipon balik? Apa plak yang urgent pepagi buta?
Anyway, aku lepas tu terus berada dalam keadaan antara jaga dan tidor. Dan kepala hotak aku asyik dok putar nama Merah Syahir Nuwi, Siam dan Aceh… Begitu le keadaan aku sampai aku rasa sakit perut, tak tahan lalu kluar memerut. Memerut pun agak lama le, banyak angin sangkut. Pas tu aku tergerak Solat Tahajud.
Oh… Masa memerut tu le aku teringat balik mimpi pagi ini tentang pedang yang aku rasa sedap tu. Aku rasa mesti mencoretkan di Internet sebelum aku terlupa… Nak terus tulis dulu ke? Baik aku Tahajjud dulu. Pas tu aku bawak laptop pi bilik bawah dan bukak. Aku check time di handphone, pukul 5.50 pagi.
Malangnya line wi-fi tak clear sedangkan aku rasa perlu mencoretkan apa yang berlaku pagi ini supaya dapat ditatap kengkawan, mana tahu ada yang boleh beri tafsiran, terutama AbuMukmin sebab dia family Maharajalela. Sebab ikut mimpi tu, pedang yang aku dapat adalah simpanan sedara-mara belah Maharajalela.
Kebetulan rumah makcik tempat aku tumpang ni laki dia adalah anak Ahmad bin Ngah Jabor daripada keluarga Maharajalela… Tapi dia tak berapa ambik tahu sangat pasal pusaka keluarga kecuali bab Ngah Jabor pernah jadi orang terkaya di Perak zamannya dan anak angkat Sultan Perak (tak ingat yang mana). Salah satu cucu Ngah Jabor yang agak terkenal ialah bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar, sepupu pakcik yang memiliki rumah ini.
Bab kaitan keluarga Maharajalela (selain melalui perkahwinan makcik aku), aku pernah sebut dah. Maharajalela pertama Daeng Selili ngan Laksamana pertama Nakhoda Hitam @ Daeng Hanasah adalah adik beradik. Masa jenazah moyang aku Laksamana Muhammad Amin dikembalikan ke makam diraja Perak di Bukit Chandan, Hanif Omar ada tulis artikel kat The Star mengaku Laksamana pun atuk sedara dia. Pas tu kakak Hanif (kira makcik sedara aku le) cakap kaitan tu yang terdekat, melalui perkahwinan jugak.
Disebabkan line wi-fi tak clear dan aku rasa perlu mencoretkan semua ini sebelum terlupa, aku pun bukak Word dan terus tulis. Bila aku check balik message tipon yang datang pepagi buta tadi baru aku perasan, rupanya betul le silap orang. Bunyi msg tu kan “Ila ape kaba.ni no tel nik”… Musti mamat ni sebenarnya nak cakap ngan awek nama Ila… Patutle masa malam tu, masa mamat ni tipon kurang ajar je cara dia tanya “Ni tipon sapa?…”… Musti dia ingat balak lain pegang tipon minah dia kot? Patut le boleh tipon pepagi buta… Aku ingat jarang orang nak tipon pukul 3 pagi kecuali ada emergency atau bila ada awek rindu nak dengar suara aku.
Apapun, hikmahnya menyebabkan aku dapat menulis ini. Diharap ada le kengkawan yang boleh tafsir apa yang berlaku ek… Tentang pedang peninggalan daripada keluarga Maharajalela yang sangat serasi ngan aku, tentang sarungnya dengan jalur kaler putih, kuning, merah sebijik macam bendera Perak… Tentang mimpi, fikiran antara jaga dan tidur yang tak habis-habis memusingkan nama Merah Syahir Nuwi, Siam dan Aceh.
Oh… Untuk pengetahuan, kalau dalam sejarah rasmi, Merah Syahir Nuwi adalah Raja Perlak (dalam Aceh sekarang) semasa kedatangan rombongan 100 orang pendakwah daripada Timur Tengah yang diketuai Nakhoda Khalifah tahun 804 Masihi. Seorang ahli rombongan bernama Ali bin Muhammad bin Imam Ja’afar Al Siddiq telah berkawin ngan adik Merah Syahir Nuwi yang bernama Makdum Tansyuri. Dari perkahwinan ini, terbitlah Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah yang merajai Perlak 840 Masihi.
Adapun, cerita lama menyebut Merah Syahir Nuwi sebagai keturunan Saidina Salman Al-Farisi. Salman Al-Farisi lak keturunan Raja Nurshirwan Adil yang juga berketurunan Iskandar Zulkarnain. Nama Merah Syahir Nuwi plak diberi berdasarkan nama lama Siam mengikut panggilan orang Arab dan Parsi iaitu Syahir Nuwi.
So sesapa yang ada gerak tu, tolong le beri tafsiran sikit yek…

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

It must be a kind of note about the 'time' is near....thats why the dream came about

Tanpa Nama berkata...

by the way,I had just came back from west of Aceh..now I am in Banda...the weirdest part is am having this very sad feeling again..unexplainable...I had read about the siam king was a muslim and had tried to post a comment but to no avail then...the thing is ,I was extremelyh surprised as that article had confirmed a dream that I had few years ago..In that particular dream ,I was in a huge beautiful wooden bedroom..sitting with a kind of tutor.he was teaching me with a golden colour book...while he taught me,I was watched over by the king and the queen who seems to be on a huge kind of peraduan...they are listening to whatever that I am being taught...the queen are full of smiles and both of them listen attentively.anyway,after that,I walked out of the room passing through a wooden kind of bridge towards a huge area of what look like a hall(pankin)..then I saw a huge red colour dragon playing just outside,the istana look like it is built on a highland...from the things that I remembered being taught was that,siam are ruled by muslim king and in the musyawarah of ulama ,there are two women alimah...to this day,I always wonder if its true abt the siam king..now ,with your article,that revelation had been confirmed...I do hope I will manage to talk to you in the near future so that we could have some talk on our nusantara history,specially about pasai more in details ..till then...Ann..btw,sometimes am sign under anonymous or preencessnurin

Radzi Sapiee berkata...

Hmm... Actually I'm quite curious to see you too Ann, seeing you getting so involved with Aceh. Insyaallah, one day. :]

preencess berkata...

:)someone had mentioned to me yesterday..not to attached to Aceh..someone who are not a muslim..I just smile and say,how can one be detached on humanity???hope to see you too in the near future,insyaAllah...yahoo messenger?could be in touch through there ya??my id..preencess1968... :) till then..wassalam

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ikhwan !

Saya tertarik dgn input saudara berhubung tokoh yg dikenali sebagai Syeikh Sayid Thana'uddin atau Syeikh Abdul Karim As-Samman Al Madani. Apa benarkah beliau adalah individu yg sama yg dikenali sabagai Guru Pendita Adiputra ?

Di manakah rujukan sahih berkenaan beliau dibawah pengetahuan saudara dan apakah ada rujukan bacaan yg boleh diperolehi ? Kalau ada dlm perbendaharaan ilmu saudara, sudikah berkongsi dgn saya ?

Segala budi baik saudara amatlah saya hargai.

email saya: wiraputera@gmail.com

yg benar,

Your ikhwan

Tanpa Nama berkata...

radzi,

i seronok bila terbaca yang salasilah u dari dato' maharajalela. i tengah compile info on my husband's family tree dan kalau boleh nak trace his roots sampai maharajalela. Nak buat scrapbook on asal usul for my children. dapat tahu keturunan my hubby adalah dari anak kedua dato' maharajalela yang bernama Kanda Serah. Would appreciate kalau u ada apa2 info on this so that i can fill in the gaps.

tq.
MK

Tanpa Nama berkata...

radzi,

i lupa nak bagi my email address. i can be contacted at maznah@crest.com.my

thanks
mk

Radzi Sapiee berkata...

Hmm... Wasalam kengkawan...
Untuk wiraputera, tentang Sheikh atau Sayyid Thanauddin tu memang ada cerita-cerita mengatakan tu le Adi Putra... Tentang sumber tu, saya dengar daripada orang-orang Melayu lama... Orang belah Kelantan pun ada cerita yang sama, selalunya orang-orang yang terlibat dengan Tariqat dan dunia persilatan peringkat tinggi yang dah masuk kebatinan Tasawuf gitu...
Untuk maznah, memang saya ada kena mengena dengan keluarga maharajalela tapi lebih kurang sipi le...
Sebenarnya susur-galur saya adalah daripada keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak. Tapi disebabkan Laksamana pertama iaitu Nakhoda Hitam @ Daeng Hanasah adalah adik-beradik kepada Maharajalela pertama Pancung Tak Bertanya @ Daeng Selili maka memang le ada kena-mengena gitu...
Cuma saya lebih concentrate baba salasilah keluarga Laksamana jadi salasilah Maharajalela ni saya tak berapa tahu... :]

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum saudara Radzi,

Many thanks for the response and highly apprecited that. I'm receiving the same source method and still looking for more supporting details.

Pada faham saya, ilmu beladiri dan tempur peringkat tertinggi bagi daerah negeri nusantara didokong oleh tokoh ini, Guru Adiputra.

Memahami dan mengetahui sejarah dan susurgalur ilmu dan sumbernya adalah adab dan prinsip penting dalam budaya berilmu dan menuntut. Thats the reason for my curiosity on him.

Your ikhwan

Panji berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.