Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, December 08, 2006

Permulaan - Satu percubaan menulis buku tahun 2002

Assalamualaikum. Malam semalam, semasa meneliti beberapa fail lama dalam komputer, saya terjumpa balik beberapa artikel yang merupakan usaha awal saya untuk menulis buku pada tahun 2002, tidak lama selepas meninggalkan kerjaya sebagai wartawan di New Straits Times, usaha yang langsung tersangkut kerana masalah tertentu...
Timbul pula rasa elok juga jika dapat dikongsi bersama di blogspot ini. Tetapi artikel-artikel ini agak panjang, maka saya terpaksa memecahkan ia menjadi beberapa bahagian ya...
Satu peringatan... Tulisan ini dilakukan 4 tahun lalu jadi ada juga perkara yang telah berubah termasuk pandangan peribadi saya terhadap orang tertentu yang namanya ada disebut dalam tulisan ini. Tidak payahlah dipanjangkan apakah perubahan itu... Cukuplah kalau saya kata semasa itu saya masih begitu mentah terhadap realiti dunia penulisan politik dan cuba bersangka baik sentiasa, sedangkan hakikatnya ramai manusia licik di luar sana yang cukup handal menipu orang ramai atas nama agama, bangsa dan negara. Bacalah... Kebetulan nama file dalam komputer untuk artikel inipun ialah "Permulaan". Silakan!


SUSAH PAYAH SATU PERJUANGAN

Wadi Hussein, Janda Baik - 24 Mac 2002

Bukan mudah untuk menghasilkan buku ini. Walaupun separuh idea-idea, pendapat dan pemerhatian yang ingin dikedepankan telah bersarang di kepala lebih dari sepuluh tahun, saya terpaksa menunggu beberapa bulan hingga mampu mengungkapkannya dalam bentuk yang sesuai untuk santapan umum. Sepatutnya saya mula menulis dalam masa sebulan setelah idea untuk mendedahkan rancangan jahat golongan Zionis yang ingin menghuru-harakan dunia demi melaksanakan rancangan akhir mereka untuk memerintah dunia tercetus sekitar hujung tahun 2001. Berdasarkan pengalaman lima tahun menjadi wartawan di New Straits Times, tidak mustahil untuk saya menghasilkan sepuluh mukasurat buku dalam satu malam jika bahan yang diperlukan sudah dikumpul. Tetapi saya tidak boleh terburu-buru. Perkara yang ingin saya ketengahkan memerlukan pemerhatian yang mendalam dan untuk menyampaikannya secara berkesan, saya tidak boleh menulis sebarangan..

Pada masa yang sama, saya juga sedang melalui cabaran hidup yang amat getir. Keputusan nekad untuk menjadi penulis bebas tanpa pendapatan tetap setelah lama menikmati imbuhan yang boleh tahan lumayan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima oleh keluarga yang selama ini pun tidak dapat memahami perjuangan saya. Saya juga sedang berhadapan dengan krisis diri yang yang memerlukan saya mengenali asal-usul keluarga yang selama ini tidak pernah saya peduli dan kenali. Jika saya tidak berhati-hati, mesej yang ingin disampaikan boleh jadi kabur diselaputi emosi yang tertekan dan matlamat untuk menyedarkan mereka yang sedang leka tentang bahaya yang sedang mengancam seluruh dunia tidak akan kesampaian.

Nasib baik masih ada manusia yang dapat menyelami perasaan dan hati budi saya. Dikala saya dihimpit pelbagai dugaan, penulis buku politik terkenal S.H.Alattas atau Pak Habib mengizinkan saya menggunakan kediamannya yang indah di Janda Baik untuk meneruskan usaha. Walaupun kami baru berkenalan, Pak Habib dengan tanpa banyak cerita terus menerima saya seperti anak kandung sendiri. Sebagai orang yang telah menghasilkan lebih 30 buah buku mengikut citarasa sendiri sejak tahun 1969, tidak susah untuk beliau memahami jiwa saya lebih-lebih lagi niat saya untuk menjadi penulis bebas yang memperjuangkan kebenaran dan peradaban tinggi.

Mungkin ada yang akan bertanya kenapa saya mesti menimbulkan perkenalan saya dengan Pak Habib. Pertama, memang saya rasa terhutang budi kerana beliau membenarkan saya mencari ilham dan duduk bermalam-malam di kediamannya. Bukan senang untuk menulis dalam keadaan emosi tertekan. Dalam aman pun seorang penulis boleh terkena "writer's block" atau rasa kepala tersekat. Ramai wartawan yang jadi gila teh tarik atau hisap rokok tak putus-putus bila kesinambungan idea terputus. Ini baru menulis artikel, belum lagi sebuah buku yang isinya jauh lebih banyak. Lainlah kalau tulis hentam keromo macam sedap mulut bercakap. Dalam keadaan begini, ilham atau cetusan rasa amat diperlukan dan kediaman Pak Habib seluas lapan ekar dengan sungai yang mengalir betul-betul sebelah rumah, taman yang indah dengan pelbagai bunga-bungaan dan udara pergunungan yang nyaman memang mampu menggerakkan minda. Itupun bukan senang kerana kekusutan yang saya hadapi betul-betul mencabar.

Kedua, Pak Habib yang saya kenali bukanlah seorang penulis buku politik berkepentingan atau penulis upahan seperti yang digembar-gemburkan setengah orang . Malah saya yakin dia ingin memperjuangkan pemahaman Islam yang sebenar, bukan Islam kulit yang dikenali kebanyakan orang. Cuma dia memilih wadah penulisan politik untuk menyampaikan mesejnya menyebabkan dia kelihatan menyokong orang-orang tertentu pada sesuatu waktu.

Perkara ini saya timbulkan kerana sebenarnya ramai juga orang yang pada zahirnya nampak kurang Islam seperti Pak Habib dengan rambut panjangnya yang gondrong dan cara kritikannya dan penulisan yang agak pedas tetapi sebenarnya ingin memperjuangkan yang hak. Zaman sekarang zaman fitnah di mana orang yang cuba membawa kebenaran boleh dituduh sebagai pembohong besar walhal perosak-perosak masyarakat yang bertopengkan agama dianggap mulia dan disanjung ramai. Yang untungnya golongan Zionis yang merupakan agen-agen syaitan di muka bumi. Malah inilah salah satu teknik mereka untuk memecahkan umat sejak zaman berzaman - dengan mengaburi mata orang ramai supaya kita tidak dapat mengenal siapa yang membawa hak , siapa yang membawa kebathilan. Rasulullah sendiri pernah dituduh sebagai pendusta dan tukang sihir oleh masyarakat Quraish ketika baginda mula-mula menyebarkan syariatnya di Mekah. Inikan lagi manusia seperti Pak Habib dan saya yang hidup di penghujung zaman yang penuh dengan fitnah ini.

Saya mula berkenalan dengan Pak Habib pada awal Januari lalu. Anak saudaranya yang memahami jiwa saya telah lama mengajak saya berjumpa beliau kerana saya pernah meluahkan impian untuk mewujudkan sebuah masyarakat bertamadun tinggi di Malaysia melalui penulisan. Saya mengimpikan masyarakat seperti di Cordova semasa zaman kegemilangan Islam Sepanyol di mana tradisi ilmu yang tinggi telah mewujudkan banyak para intelektual besar tidak mengira agama termasuk ahli falsafah Yahudi Maimonides dan ahli sufi ulung Ibnu Arabi. Tetapi kerjaya saya sebagai wartawan rupanya banyak halangan. Semasa di meja berita utama New Straits Times, saya tidak berpeluang langsung mengetengahkan wawasan ini kerana saya cuma dibenarkan menulis "hard-news" iaitu berita yang bulat-bulat berdasarkan satu peristiwa atau kenyataan dari orang ramai terutama pemimpin kerajaan. Tiada ruang untuk interpretasi sendiri atau ulasan malah gaya penulisan pun dikawal ketat.

Saya cuma mendapat sedikit peluang untuk mengetengahkan wawasan yang ingin dibawa bila saya ditukarkan ke meja sukan. Ini kerana wartawan sukan diberi sedikit kebebasan untuk mengulas sesuatu berita mengikut pengalaman dan citarasa sendiri. Walaupun ada yang menganggap meja sukan tidak begitu penting kerana beritanya lebih bersifat hiburan, sebenarnya ia lebih berkesan jika digunakan dengan cara yang betul.

Pada mulanya saya sendiri jadi hilang punca kerana tidak tahu macam-mana saya boleh membawa wawasan saya melalui berita sukan. Selama dua tahun di meja berita utama saya tidak dapat berbuat apa-apa, apatah lagi di meja sukan yang dipandang remeh oleh kebanyakan wartawan yang menganggap sehebat-hebat wartawan ialah mereka yang dapat mengikuti Perdana Menteri Dr Mahathir kesana-sini mengejar cerita-cerita sensasi politik. Jadi apalah sangat yang boleh dicapai oleh wartawan sukan yang banyak menghabiskan masanya di Kompleks Sukan Bukit Jalil atau Litar F1 Sepang.

Rupa-rupanya banyak nama-nama besar dalam persada politik dan perniagaan yang menerajui atau terlibat dengan dunia sukan. Termasuklah Dr Mahathir yang suka menunggang kuda. Beliau memang ingin melihat sukan berkuda atau ekuestrian yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai hobi orang-orang kaya berkembang untuk segenap lapisan masyarakat. Dari sini saya dapat ilham untuk meneruskan perjuangan. Dengan sedikit kebebasan menulis dalam berita sukan, saya cuba menerapkan nilai-nilai yang saya anggap sebagai "pre-requisite" atau syarat untuk mewujudkan tamadun tinggi ke dalam penulisan supaya dibaca oleh orang-orang berpengaruh dengan harapan mereka akan bertindak seperti yang dicadangkan demi kemajuan sukan.

Contohnya dalam sukan bermotor. Orang yang berfikiran cetek mungkin menganggap sukan ini tidak lebih dari satu medan untuk peminat kereta atau motosikal laju memuaskan hati dengan melihat atau memecut kenderaan di litar-litar-lumba. Mereka yang berfikiran jauh sedikit pula mungkin menganggap sukan bermotor tidak lebih dari satu cabang aktiviti belia atau hiburan, tempat melepaskan "tension" untuk mereka yang terlebih aktif.

Tetapi di Barat, sukan bermotor ini berkait rapat dengan perkembangan industri permotoran. Dalam perlumbaan Formula 1, keempat-empat tayar kereta boleh ditukar dalam masa tujuh saat. Sambil itu berliter-liter minyak dapat diisi. Kereta yang sudah hancur mampu dibaik pulih dalam masa sehari manakala kerosakan-kerosakan sederhana yang memakan masa berhari-hari untuk dibaik pulih di bengkel-bengkel biasa boleh diselesaikan dalam masa sejam. Semua ini memerlukan kemahiran kejuruteraan dan mekanikal yang tinggi. Oleh kerana seseorang memerlukan kereta atau motosikal yang paling laju dan mantap untuk menang, mereka yang terlibat akan terpanggil untuk mencipta enjin dan kenderaan yang lebih bagus. Untuk ini, kenderaan itu mesti dipandu-uji kehadnya atau dalam bahasa orang putih "pushed to the limit". Ini cuma boleh dilakukan oleh pemandu yang cekap dan berani seperti seorang pelumba.

Dr Mahathir sebagai pelopor industri berat di Malaysia nampak semua ini. Sebab itu dia ingin kita menganjurkan perlumbaan Formula 1 di Litar F1 Sepang walaupun ada yang menganggap ianya membazir. Maklumlah, litar itu sahaja berharga hampir RM300 juta dan kos penganjuran satu perlumbaan sekitar RM50 juta. Walaupun perlumbaan ini dapat menarik tukaran matawang asing disebabkan kedatangan beribu-ribu penonton luar yang berbelanja untuk penginapan dan sebagainya ketika di Malaysia, faedah sebenarnya jauh lebih besar. Ini kerana sukan ini boleh memangkin kemajuan industri bermotor dan pembuatan kereta tempatan berpandukan teknologi terkini disamping menerapkan nilai-nilai profesional yang memerlukan kepantasan dan kecekapan. Bukan senang hendak menukar empat tayar dalam masa tujuh saat atau membaik pulih kereta yang sudah hancur dalam masa satu malam.

Sebagai seorang yang berlatar-belakangkan pengajian sains dan teknologi dan pencinta peradaban tinggi, saya juga nampak semua ini. Oleh itu saya cuba menggalakkan sukan bermotor dengan mengetengahkan apa yang patut termasuk dari perspektif ekonomi dan teknologi, bukan semata-mata menceritakan siapa yang terlibat atau menang dalam sesuatu perlumbaan seperti yang dipraktikkan kebanyakan wartawan sukan lain. Secara tidak langsung, saya telah menggunakan pentas sukan untuk menggalakkan perkembangan teknologi tinggi, satu daripada cara-cara menuju ke arah mewujudkan peradaban tinggi di Malaysia.

Tidak lama kemudian, saya diperkenalkan kepada sukan berkuda.

Mula-mula saya tidak berapa suka kerana merasakan sukan ini hanya untuk orang berada. Acara sukan ini banyak diadakan di kelab-kelab menunggang kuda yang agak eksklusif dan orang yang terlibat pun memang boleh kata semuanya dari golongan kaya belaka. Jadi saya tak nampak macam-mana sukan ini relevan dalam perjuangan saya untuk mewujudkan tamadun dan peradaban tinggi. Hinggalah saya diperkenalkan kepada satu cabang sukan berkuda yang memang sesuai untuk semua golongan iaitu "endurance riding" atau menunggang lasak. Atas permintaan dan jasa baik seorang peminat sukan ini, saya telah dibawa ke Peranchis untuk melihatnya dengan lebih dekat dan disitulah saya dapat melihat bagaimana sukan ini dapat memenafaatkan semua golongon masyarakat. Ini disebabkan ia bukan sahaja disertai oleh golongan berada malah golongan petani yang rata-rata membela kuda di ladang mereka seperti membela lembu, ayam, itik dan kambing. Selama ini jangan kata saya sahaja, boleh kata semua wartawan sukan di Malaysia termasuk para pengarang sukan menganggap sukan berkuda sebagai sukan elit yang tidak perlu diketengahkan kepada orang ramai sedangkan di negara-negara Barat, ia adalah sukan untuk semua lapisan masyarakat.

Peminat-peminat sukan ini juga yang mengingatkan saya bahawa menunggang kuda adalah sunnah Rasullullah. Mungkin ada yang menganggap Nabi Muhammad SAW menggalakkan orang menaiki kuda kerana ia merupakan kenderaan pada zamannya, tetapi hakikatnya lebih dari itu. Seorang kenalan menceritakan bagaimana anaknya yang agak lembap mengulangkaji menjadi cerdas setelah diajar menunggang kuda. Ini disebabkan aksi menunggang itu sendiri boleh menyegarkan urat-saraf. Kenalan lain pula menceritakan bagaimana menunggang kuda boleh membangkitkan sifat-sifat khalifah dalam diri seseorang kerana kita diajar mengawal seekor binatang yang jauh lebih kuat dari kita dengan menggunakan gerakan badan.

"Sebab itu PM suka naik kuda," katanya. "Tengok dia nampak lebih muda dari umur sebenarnya dan akalnya sentiasa cerdas".

Malah mengikut kenalan yang mengetuai unit berkuda polis Putrajaya itu, menunggang kuda sama seperti berzikir kerana pergerakan kuda dengan empat kakinya itu adalah zikir Lailahai'lallah. Satu kaki untuk "La", satu untuk "ila", satu untuk "ha'il" dan kaki yang keempat untuk "Allah".

Saya sendiri dapat merasai perbezaannya. Walaupun asalnya saya kurang berminat menunggang kuda, saya terpanggil untuk mencuba setelah diajak beberapa kali oleh polis unit berkuda di Putrajaya. Lagipun saya patut mencuba kerana selalu menulis tentang sukan berkuda. Sekurang-kurangnya saya dapat menambah pengetahuan. Hasilnya memang memuaskan. Pada keli pertama mencuba, saya tengah penat kerana banyak bekerja dan kurang rehat. Tidur tak sampai tiga jam, awal Subuh lagi dah bergegas ke Putrajaya kerana mengejar waktu yang sesuai untuk menunggang kuda. Tapi tak sampai satu minit atas kuda, badan saya rasa segar dan mata jadi cerah.

Dari situ saya mendapat ilham untuk meneruskan perjuangan. Sebagai satu sunnah Nabi dan sukan yang menyihatkan, ia mampu menerbitkan masyarakat berperadaban tinggi. Jadi sukan berkuda memang relevan untuk wawasan saya. Cuma ramai menganggap ia sukan yang mahal.

Bila saya timbulkan masalah ini, baru saya diberitahu sukan berkuda sebenarnya tidaklah semahal yang digembar-gemburkan kebanyakan orang. Ya, memang ada kuda yang harganya setengah juta Ringgit seekor tetapi anda juga boleh membeli seekor kuda dengan harga RM500 sahaja, lebih murah dari motor kapchai second-hand. Cuma kos "maintenance"nya pulak tinggi disebabkan upah penjagaan kuda, makanan dan sewa tempat letak kuda di kelab-kelab, dalam RM1000 sebulan.

Tapi bayangkan kalau kita sendiri menjaganya di tanah sendiri. Kos membela kuda boleh diturunkan seperti belanja menjaga lembu dan binatang ternakan yang lain. Malah inilah yang diamalkan di sesetengah tempat di Kelantan dan Sabah. Ada petani-petani di Kelantan yang membela kuda sejak turun-temurun sementara di Sabah ianya adalah kenderaan tradisi orang Bajau. Pada mereka, membela kuda tak jauh bezanya dari membela lembu. Inilah sebenarnya yang terjadi di negara-negara Barat seperti Peranchis menyebabkan golongan petani mampu bersaing dengan golongan berada dalam sukan berkuda.

Menyedari keadaan ini, saya semakin bersemangat menulis artikel-artikel untuk mempromosikan sukan berkuda sambil mencadangkan cara-cara mengurangkan kos supaya ia boleh dinikmati orang ramai.

Sukan berkuda juga menemukan saya dengan orang-orang berpengaruh dari ahli perniagaan, orang politik sehingga kepada para menteri dan Perdana Menteri yang memang mahu sukan ini dikembangkan. Ini sedikit sebanyak memudahkan usaha saya untuk mewujudkan masyarakat berperadaban tinggi melalui sukan.

Tetapi keadaan ini juga menimbulkan masalah kerana wujudnya manusia yang iri hati. Ini menjadi masalah bila orang yang iri hati termasuk mereka yang berkerja di bawah bumbung yang sama. Walaupun usaha saya mendapat sokongan sesetengah pihak, bos saya sendiri menjadi halangan. Katanya sukan ini tidak perlu diketengahkan sangat kerana ianya hanya untuk golongan elit. Dia juga lebih cenderung kepada sukan-sukan yang memang telah diterima ramai seperti bola sepak dan olahraga. Kalau betullah ini sebabnya, kenapa artikel-artikel saya mengenai sukan lain juga banyak mendapat tentangan? Salah ke saya mengetengahkan aspek-aspek ekonomi dan teknologi dalam penulisan sukan. Mungkin ini juga satu faktor yang menyebabkan saya mendapat tentangan kerana kebiasannya berita sukan digarap dari sudut emosi dan hiburan. Tapi takkan nak main takat itu memanjang. Lagipun tulisan saya yang kritis dan analitik dapat diterima oleh banyak pihak. Tak percaya tanyalah orang yang terlibat dalam industri permotoran. Tapi kalau saya kata begini ada pulak yang marah, kata saya menunjuk dan berlagak.

No comments: