Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Friday, December 08, 2006

Dugaan! Bahagian terakhir pecahan artikel permulaan 2002

OK... Ini bahagian terakhir artikel bertajuk "Susah payah satu perjuangan" yang ditulis tahun 2002 untuk memulakan penulisan buku dahulu...


Malangnya saya masih tidak dapat menulis. Fikiran saya buntu. Kepala saya dah sendat agaknya kerana terlalu banyak berfikir. Memang saya ada bermacam-macam idea dan isi tapi saya tak tahu kat mana nak mula. Keadaan saya adalah seperti hendak membersihkan rumah yang dah lama dibiarkan berselerak. Mana nak mula dulu? Nak cuci toilet dulu ke, nak sapu ruang tamu atau atur bilik tidur ke. Dapur pun kotor, dinding bersawang, semua almari pulak berhabuk. Segala benda berselerak di sana sini. Tengok je boleh rasa lemas.

Untuk memecah kebuntuan, saya pun main "game" yang ada dalam laptop. Sekejap main "Solitaire", sekejap "Pinball" dan sekejap "Minesweeper".

Akhirnya saya asyik main game memanjang. Nampaknya saya perlu cara lain untuk memecah kebuntuan. Saya perlukan sentuhan ilham dan cetusan rasa. Dalam keadaan tertekan ini, saya rasa hanya kediaman Pak Habib di Janda Baik sahaja yang mampu menggerakkan minda. Cuma rasa segan pula hendak berjumpa dengannya kerana saya telah berjanji dengan diri saya yang saya akan mengemukakan sekurang-kurangnya satu bab untuk tatapan Pak Habib bila kami bertemu lagi.

Jadi saya terus melekat di rumah dengan game laptop. Sesekali sahaja saya keluar untuk berjumpa kawan-kawan atau makan angin dengan harapan ilham akan datang.

Tunggu punya tunggu sampailah Kuala Lumpur mula berjerebu. Kepala saya semakin sesak sedangkan perlumbaan Formula 1 di Sepang pun dah hampir nak sampai. Teringat saya kepada saat-saat manis meliputi perlumbaan besar ini pada tahun-tahun yang sudah semasa masih bekerja di New Straits Times. Sentimental pulak rasanya. Apapun. dah dekat dua bulan kerja saya terbengkalai sejak saya memberitahu Pak Habib rancangan untuk menulis buku ini. Akhirnya nak tak nak, saya rasa saya mesti pergi ke Janda Baik untuk memecah kebuntuan. Lagipun udara dan cuaca di sana jauh lebih baik dari di Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, saya mendapat sedikit kekuatan dalaman bila Maal Hijrah tiba. Mungkin Tuhan hendak membangkitkan semangat saya seiring dengan tahun baru Islam. Untuk melepaskan nostalgia, saya menghabiskan hari Ahad di bandar kerana hendak mengikuti perlumbaan Formula 1 di layar besar Dataran Merdeka. Selepas tahu siapa yang menang, baru saya menelefon Pak Habib memberitahu yang saya akan datang ke Janda Baik pada hari Isnin untuk berehat seminggu. Mula-mula dia tanya berapa orang saya nak bawak. Saya jawab saya datang seorang sahaja. Lepas tu dia tanya saya nak datang "for business or pleasure?". Saya jawab dua-dua sekali dan saya akan bawa laptop. Dia pun faham saya nak buat kerja. Sampai masanya saya pun bergegas dengan motosikal kesayangan saya menuju ke Pahang.

Sebaik saja masuk ke kawasan Janda Baik melalui persimpangan di Genting Sempah yang juga bercabang ke pusat percutian dan perjudian Genting Highlands, saya terus merasa perubahan. Udara yang segar nyaman dan latar-belakang kehijauan bukit-bukau dan gunung-ganang memberi harapan yang kali ini saya akan dapat memulakan penulisan buku yang saya idam-idamkan. Rumah Pak Habib dengan taman yang indah dan sungai yang mengalir di sebelah pula semakin membangkitkan semangat. Keadaan di sana memang menenangkan menyebabkan saya sering termenung jauh merenungi kebesaran Tuhan.

Tetapi saya masih tidak dapat memulakan kerja. Memang saya rasa jauh lebih tenang di sini tetapi bukan senang nak tulis buku lebih-lebih lagi yang mengetengahkan mesej yang agak berat. Perkara mana yang hendak dikedepankan dulu pun saya masih tak tahu. Adakah saya nak terus cerita pasal komplot Zionis, apa yang tak kena dengan peristiwa September 11 atau nak mulakan dengan sedikit latar-belakang berdasarkan sumber-sumber tertentu. Ah... saya buntu lagi.

Nak tak nak saya terpaksa akur dengan keadaan. Kita boleh merancang tapi Tuhan yang menentukan. Saya pun membuat keputusan untuk "enjoy the moment". Lupakan niat untuk menulis buat sementara dan terima keadaan seadanya. Hirup udara segar, mandi sungai, jalan kaki ayam keliling taman, pusing kampung jumpa kawan-kawan yang menetap di sana. Ada masa saya melepak di istana lama yang dibawa dari Perak tidak jauh dari persimpangan di sebelah Sungai Sum-sum kerana saya memang suka rumah lama dengan ukiran-ukirannya. Saya rasa macam rumah sendiri pulak. Mungkin pasal salasilah keluarga sebelah bapa saya yang baru kebelakangan ini saya ambil tahu. Apapun. saya rasa saya tak boleh paksa diri saya menulis kerana masih ada lagi kekusutan yang belum terurai.
.
Pak Habib yang selalu berurusan di Lembah Klang sampai dua hari kemudiannya dengan seorang wartawan akhbar tabloid. Ayat yang pertama keluar dari mulutnya ialah "Buku dah siap?" Perasaan malu mula bersarang di hati saya. Saya cuma boleh menjawab: "Idea semua ada dalam kepala tapi tak dapat keluarlah Pak Habib. Banyak problem."

Dia mengangguk. "Biasa lah tu, kalau tak takde problem bukan manusia namanya," katanya sebelum memperkenalkan saya dengan wartawan di sebelahnya yang juga seorang jurugambar. Nasib baik juga Pak Habib ni sporting. Kalau tak, boleh tergugat jugak semangat saya untuk menulis. Memandangkan dia ada urusan, saya pun meninggalkan mereka. Lagipun saya ingin berjumpa beberapa orang kawan untuk berbual. Inilah salah satu cara saya cuba menguraikan kekusutan.

Setelah termangu lagi sehari, saya pun bertekad untuk memulakan penulisan. Ketika itu dah nak masuk malam Jumaat sedangkan saya sampai di sini pada hari Isnin. Kali ini saya rasa saya mesti menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran tak kiralah walaupun idea yang merapu.

. Dengan izin Allah, saya mendapat cetusan rasa yang berguna sebelum matahari terbenam. Saya terfikir pasal kesanggupan Pak Habib memberi saya menggunakan kediamannya untuk mencari sentuhan dan sungai yang mengalir indah di depan. Bukan semua orang akan membenarkan kita tidur di rumah mereka jika baru berkenalan dan bukan semua orang ada rumah dan taman seindah kepunyaan Pak Habib, dengan sungai mengalir betul-betul di tepi rumah pulak tu. Bukan semua orang sanggup mendengar rintihan kita dengan jujur dan bukan semua orang yang sanggup mendengar mampu pula memahami.

Saya gunakan ini untuk meluahkan perasaan. Selama ini, penulisan saya tersekat kerana beban emosi yang amat berat. Jadi pertolongan Pak Habib sedikit sebanyak mula membuka jalan. Akhirnya malam itu menyaksikan saya menggunakan laptop dengan produktif setelah empat hari ia "berehat" di dalam beg sandang. Itupun sikit punya lama saya nak dapatkan tiga perenggan pertama. Sesekali saya diganggu oleh bau bungaan wangi yang dibawa angin dan rasa seram-seram sejuk dengan bulu roma meremang. Maklumlah, malam Jumaat. Dekat hutan pergunungan pulak tu. Memang kawasan Janda Baik ni banyak makhluk halus tapi mengikut kata orang kebanyakannya jenis yang baik.

Alhamdulillah, penulisan saya menjadi semakin lancar selepas waktu Isyak. Bab ini lah hasilnya. Cuma ketika itu saya menulis tidak sampai ke perenggan ini. Walaupun saya tidak pasti samada ia akan jadi mukaddimah, bab permulaan atau pertengahan buku kerana saya mengikut "flow" dan gerak hati semata-mata, saya puas hati dengan gaya penulisan dan cerita yang mengalir keluar. Sekurang-kurang saya telah berjaya menentukan tempo yang sesuai untuk menulis buku ini. Ia seolah-olah "groundwork" yang diperlukan untuk membuat sebuah bangunan. Kerja-kerja "foundation" lah memakan masa paling lama tetapi bila selesai bab ini, bangunan semakin mudah disiapkan dari tingkat ke tingkat,

Saya terus menulis sehingga kepenatan, sakit kepala dan rasa mengantuk memaksa saya berhenti.Lagipun dah larut malam, dah lebih pukul 3 pagi. Dapatlah dekat sepuluh perenggan. Lepas sembahyang, saya pun tidur dengan niat nak sambung menulis di pagi Jumaat.

Tetapi lagi sekali, manusia boleh merancang sedangkan Tuhan yang menentukan. Saya bangun tidur dengan rasa berat kepala yang amat sangat memaksa saya menunda niat saya. Kalau ikutkan hati memang saya nak tidur lagi tetapi saya nak biasakan bangun pagi setelah lama terbiasa tidur panjang dan tak tentu masa.

Untuk melawan rasa mengantuk dan berat kepala yang amat sangat, saya bertukar pakaian ke seluar pendek sahaja dan pergi berlari-lari anak keliling padang yang terletak betul-betul di depan bilik tidur. Penjaga rumah yang juga anak angkat Pak Habib tersenyum melihat gelagat saya. Sesekali saya berhenti untuk mengamati dan menghidu bunga yang bermacam-macam jenis. Bila dah jemu, saya pergi duduk bercangkung di tepi sungai melihat air mengalir. Sedar tak sedar saya dah merayap sampai ke hulu. Bila saya balik ke kediaman Pak Habib dah hampir waktu solat Jumaat. Bila keluar solat di masjid terserempak pula dengan kawan-kawan. Langsung hari itu dihabiskan tanpa membuat sebarang penulisan.

Saya cuma dapat menyambung usaha saya pada malam Sabtu selepas pukul 9 malam. Walaupun kepala saya masih terasa agak berat, mungkin kerana disebabkan perubahan cuaca setelah lama kepanasan di Kuala Lumpur menghidu jerebu, ditambah usaha saya untuk mengurangkan tidur dan bangun Subuh setiap hari, saya memaksa juga diri untuk menulis. Pak Habib kata kepala saya juga berat disebabkan "brain drain" kerana saya lama tak menulis dan cuba pula menulis buku pertama. Kata orang putih "a maiden effort". Usaha yang pertama. "Maiden" tu maknanya anak dara, tak de kena mengena dengan supermarket Mydin. Mungkin ada kena mengena dengan kumpulan rock Iron Maiden. "Maiden effort" ni lebih kurang macam malam pertama le. Mula-mula sakit. Lepas tu tak payah ceritalah, engine dah "break-in".

Dengan kuasa Allah "flow" datang mencurah-mencurah. Kebetulan malam tu hujan lebat selebat-lebatnya, paling lebat sejak saya mula bertandang ke Janda Baik, mungkin disebabkan siang tadi terlebih panas. Saya teringat kata-kata Pak Habib pagi tadi. Katanya Janda Baik yang terletak lebih dari 1,000 kaki di atas paras laut tidak pernah sepanas ini. Mungkin pasal pilihanraya Ketari, pasal ramai manusia bawak dosa masuk kawasan ni. Hmm... pasal hal ni mungkin saya boleh sentuh dalam satu bab kerana peranan Yahudi dalam menentukan arah politik dunia dan akibatnya kepada orang yang terlibat termasuk ni negara kita sendiri adalah salah satu topik yang ingin saya ketengahkan nanti dalam buku ini.

Apapun, bab ini dapat dihasilkan dengan jayanya dan jalan yang perlu diambil untuk menyiapkan buku ini semakin terang. Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah tidak mudah untuk menulis buku ini kerana ia bukan sebarang buku. Ia adalah satu pendedahan mengenai apa yang sebenarnya telah, sedang dan akan berlaku di pentas dunia, juga di Malaysia terutama dalam konteks Peristiwa September 11 di New York. Ini bukan cerita berita harian atau buku fiksyen tetapi pengamatan melalui pengalaman hidup, pengkajian yang meluas dalam perlbagai bidang ilmu dan gerakan hati yang diasah melalui ilmu Laduni kurniaan Tuhan. Rancangan Zionis untuk menakluki dunia bukan perkara main-main, bukan cerita yang dibuat-buat. Malah Henry Ford, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kereta Ford sendiri pernah menulis rangkaian artikel-artikel yang akhirnya dibukukan atas tajuk "The International Jews" kerana dia sedar mengenai rancangan ini. Tapi Henry Ford menulis pada tahun 1920an, dua dekad sebelum perang dunia pertama yang merupakan perang pertama dari siri tiga perang dunia yang telah dirancang oleh pihak Zionis pada abad ke 18 lagi. Lagipun Ford menulis mengikut perspektif seorang Kristian dan rakyat Amerika. Tulisannya lebih menyentuh tentang bahaya pengaruh Yahudi di persada politik, dan perniagaan Amerika kerana dia sendiri telah merasa kesannya.

Melalui buku ini saya akan membawa isu konspirasi Yahudi ke peringkat yang lebih tinggi termasuk pengaruhnya ke atas sejarah nusantara dan seterusnya kepada keadaan politik di Malaysia sendiri. Saya akan mendedahkan bagaimana Zionis telah merosakkan fikiran manusia, terutama orang Islam supaya berpecah-belah dan mudah dipengaruhi dan diperintah melalui berbagai-bagai wadah seperti politik, pelajaran, hiburan, sistem kewangan, korupsi dalam agama, dan yang paling utama di zaman ini, pengaruh media demi untuk mencapai matlamat utama mereka - menakluki seluruh dunia seperti yang mereka rasa mereka patut buat kononnya atas ajaran yang dibawa kitab Taurat.

Ingat, ini bukan cerita sebarang tetapi cerita mengenai peristiwa akhir zaman dan penyelewengan yang melaku di merata dunia dalam berbagai-bagai bidang. Jangan terperanjat jika anda terjumpa cerita mengenai dajjal dan Imam Mahdi disertakan bersama kerana perkara ini memang wujud dan tujuan utama buku ini adalah untuk membuka mata masyarakat supaya jangan terperanjat jika perang dunia ketiga berlaku di depan mata tidak lama lagi. Bersedialah untuk kemungkinan ini berlaku kerana ini bukan omong-omong kosong. Bacalah dengan hati terbuka dan jiwa yang insaf. Amin.

2 comments:

Anonymous said...

if u r ever in Ipoh town n need a place 2 stay or a friend to talk to just give me a ring at 019-511 6000

Badrul :)

Radzi Sapiee said...

TQ bro... Insyaallah if I happen to be there, don't know when. Cheers! :]