Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, September 04, 2026

Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Lawatan penutup pada Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69

Salam petang Jumaat 22 Rabiul Awal 1448 Hijriah. Sebelum keluar untuk menunaikan solat di masjid biar diselesaikan cerita  hari ke-4 dan terakhir perjalanan baru Aceh. Untuk itu 7 artikel sokongan telah disediakan di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART dan 4 di BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung daripada Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Makam Syiah Kuala dan hubungan Aceh-Perak.



Pagi Isnin 31 Ogos 2026. Ketika rakyat Malaysia sedang menyambut ulang tahun hari kemerdekaan Malaysia yang ke-69 kami mendaftar keluar dari hotel di Banda Aceh, setelah 3 malam menginap. 



Berpisah sebentar daripada kumpulan untuk dibawa ke pusat bandar oleh seorang rakan aktivis tempatan untuk menyelesaikan satu hal tertunggak.



Ini adalah untuk menaiki bangunan tertinggi di Banda Aceh malah bangunan tertinggi boleh dinaiki di seluruh Aceh. Setelah masuk 10 kali ke bumi "Serambi Mekah" sekarang baru dapat. Dahulu, setiap kali datang, ia sedang diperbaiki lalu ditutup kepada umum. Jadi bayangkan perasan apabali dapat naik ke atas. Lihat artikel  Up the tower in front of Masjid Baiturrahman diikuti Better views from the tower in front of Masjid Baiturrahman.



Di masjid ini pula baru berjumpa kembali dengan ahli rombongan. Lihat artikel Lawatan baru (New visit to) Masjid (Mosque of) Teungku Di Anjong diikuti Lawatan baru (New visit to) makam (tomb of) Teungku Di Anjong. Kalau ikut kehendak mahu sahaja dibawa bendera "Jalur Gemilang" bagi menyambut hari kemerdekaan Malaysia. Tetapi apabila memikirkan realiti politik setempat elok tidak. Ditakuti mengibarkan bendera boleh dituduh menyokong gerakan pemisahan Aceh. Apalagi memang ada rakyat Aceh sendiri menyatakan tanpa berselindung, lebih baik bergabung masuk ke dalam Malaysia daripada terus berada di bawah pemerintahan Republik Indonesia.




Tidak perlulah diterangkan mengapa boleh jadi begitu. Telah disebut banyak kali dalam penulisan-penulisan lama saya. Cukuplah dinyatakan baru ini timbul kontroversi apabila rakyat Aceh mengibarkan bendera sendiri yang katanya diwarisi daripada zaman kegemilangan Kesultanan Aceh. Atas sebab serupalah  perkataan "Kesultanan" harus digugurkan daripada sepanduk kumpulan kami  seperti disebut dalam artikel pertama siri, Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Pertama kali betul-betul memimpin rombongan

Oh, masih naik kereta rakan untuk ke tempat lawatan seterusnya. Beliau yang mengusahakan kereta-kereta sewa sejak beberapa tahun lalu pernah menjadi pemandu ketika saya dan isteri membawa beberapa orang kawan keluar mengembara. Lihat Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019.



Yang dilawat adalah sebuah muzium persendirian yang dikendalikan sejumlah anak muda Aceh.



Dikatakan koleksi artifak sebenar di sini telah mengatasi jumlah yang terdapat di muzium yang dikendalikan kerajaan. Lihat Lawatan baru (New visit to) Muzium (Museum of) MAPESA-Pedir.



Seterusnya naik kereta ke tempat ini sementara yang lain naik bas. Lupa nak cakap. Sejumlah daripada kami memakai t-shirt "Kembara Merah Silu". Isteri yang buat dan tempah lalu jual kepada ahli rombongan. Dua orang telah memakai lebih awal iaitu pada hari sebelumnya Ahad lalu tidak memakai hari Isnin.



Saya sempat melihat ke dalam masjid berdekatan sebelum mengikuti yang lain ke tarikan utama setempat berupa kapal besar yang ditolak Tsunami 26 Disember 2004 sebelum tersadai menghempap dan menghancurkan beberapa buah rumah. Lihat artikel Lawatan baru (New visit to) Masjid (Mosque of) Subulussalam, Punge Blang Cut diikuti The Tsunami stranded ship and the muzium inside



Selepas itu baru kembali menaiki bas bersama rombongan.



Turun di suatu tempat di mana boleh menyewa motosikal atau membonceng ke satu tarikan.



Ia berupa kubah batu masjid yang dihanyutkan Tsunami ke tengah sawah padi. Lihat Lawatan baru (New visit to) Kubah Masjid Tsunami (Tsunami Mosque Dome).




Saya dan isteri atas motosikal/skuter yang dinaiki...



Laluan perjalanan seterusnya membawa ke tepian satu lagi tarikan. Tapi tak turun apalagi melihat ke dalam kerana hendak mengejar masa.



Di sinilah pihak saya pernah mengadakan satu acara ilmu bersama rakan-rakan aktivis Aceh. Lihat artikel Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
 


Kami dibawa lebih jauh ke barat sebelum menghala ke selatan.



Dari sebuah jambatan boleh kelihatan pemandangan yang katanya seperti di Switzerland.



Kami dibawa menyusur laluan tepian pantai menghadap Lautan Hindi sehingga ke tempat bernama Lhoknga.



Kemudian baru berpatah balik untuk makan tengah hari menghadap pantai. Lihat Lunch in front of the beauty that is Lampuuk beach.



Pergi pula ke masjid berdekatan, masjid yang terkenal dengan gambar menunjukkannya sebagai satu-satunya struktur masih utuh pada kala semua bangunan, rumah dan sebagainya di sekitarng habis ranap disapu Tsunami menjadi padang jarak padang terkukur. Lihat Lawatan baru (New visit to) Masjid (mosque of) Rahmatullah.



Dari situ terus bergerak ke lapangan terbang. Sejurus sebelum sampai singgah di kompleks pemakaman di tepian jalan. Lihat Lawatan baru ke (New visit to) makam (tomb of) Maharajalela Aceh.




Kami dijadualkan kembali ke Malaysia dengan penerbangan jam 5.20 petang waktu tempatan. Dipendekkan cerita hampir 2 jam kemudian baru berlepas. Saya dan isteri sampai ke rumah sekitar 90 km perjalanan selepas tengah malam.


Tiada ulasan: