Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, September 03, 2026

Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Makam Syiah Kuala dan hubungan Aceh-Perak

Pergi pada hari ke-3 perjalanan baru Aceh. Kali ini perlu menyediakan terlebih dahulu 9 artikel sokongan di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART dan 2 di BERPETUALANG KE ACEHBersambung daripada Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Gunongan, sambutan Maulud dan macam-macam.



Dalam artikel sebelum ini ada disebut bahawa ketika sampai ke makam Sheikh Abdul Rauf Singkil, ulamak besar yang turut dikenali sebagai Syiah Kuala petang Sabtu didapati ia sudah ditutup. Oleh itu kami keluar esoknya pagi Ahad 30 Ogos 2026 dengan harapan besar dapat masuk ke dalam pagi pula.



Kami dibawa terlebih dahulu ke kawasan yang mengandungi dua buah pusat pengajian tinggi utama di Aceh.



Ini adalah Universitas Syiah Kuala (UnSyiah) dan Universitas Nurudin ArRaniri (UIAN) ke timur Banda Aceh.




Selesai itu tengok-tengok bas menuju ke barat Banda Aceh sehingga melepasi simpang ke makam Syiah Kuala.



Dimaklumkan untuk menjimatkan masa lebih elok pergi dahulu ke makam Sultan Iskandar Muda lalu turut menziarahi makam-makam berdekatan.



Saya menerima sahaja kerana melihat ada urutan sejarah dan gerak langkah yang boleh ditelusuri terlebih dahulu sebelum ke makam Syiah Kuala. Lihat artikel-artikel berikut :-








Dari situ ke kompleks makam lain yang agak berdekatan. Salah satu makam  boleh memberikan gambaran tentang keadaan sebenar makam Iskandar Muda suatu masa dahulu. Lihat Lawatan terbaru (Latest visit to) Kandang XII.




Seterusnya pergi ke kawasan yang menempatkan makam sejumlah pejuang dari Turki yang dihantar untuk membantu Aceh mengekang pengaruh Portugis di Alam Melayu hampir 500 tahun lalu. Mereka turut membina akademi pengajian perang dan Iskandar Muda pernah menimba ilmu di situ. Lihat Lawatan terbaru ke (Latest visit ke) kompleks pemakaman (tomb complex of) Bitai.




Di sini berpeluang mendengar cerita seorang keturunan yang terselamat daripada Tsunami yang melanda 26 Disember 2026 walau ditenggelami dan dihanyutkan ombak setinggi entah berapa meter. Beliau memberitahu ketika ombak besar menghampiri mendapat bisikan agar membaca nazam yang biasa diamalkan. Ia pun dinyanyikan buat kami.



Sampai masa untuk makan tengah hari singgah dahulu ke tempat ini. Lihat Bright day in Uleelheue.






Tempat makan terletak hampir bersebelahan masjid ini lalu saya pun singgah untuk menunaikan solat. Lihat Lawatan siang ke (Daytime visit to) Masjid (Mosque of) Baiturrahim, Aceh 2026.



Selesai makan kami semua diturunkan di kawasan utama membeli belah di pusat Banda Aceh.



Selepas menemani isteri dan kawan-kawan ke beberapa kedai saya  'membawa diri".



Saya mahu bersendirian di masjid utama Aceh yang terletak berdekatan. Dapatlah mengejar bacaan beberapa muka surat lagi Al-Quran untuk proses pengkhataman bulan Rabiul Awal. Lawatan siang ke (Daytime visit to) Masjid (Mosque of) Baiturrahman, Aceh 2026.



Oh. Untuk perjalanan Aceh kali ini dibawa keris Patani yang dibeli di Muzium Al-Quran pertengahan tahun lalu. Lihat artikel lama Jejak Langkasuka 2025 - Dari Padang Besar ke Narathiwat, Saiburi dan Pattani. Sebetulnya isteri yang pilihkan walau dalam hati sendiri ada terbetik untuk memilihnya, daripada beberapa bilah keris yang dimiliki kini. Terasa seperti hendak mengesahkan telahan bahawa ada moyang yang berhijrah dari Aceh ke Patani sebelum masuk ke Perak.



Selepas selesai membeli belah rombongan dibawa kembali ke hotel untuk berehat sejam dua. Apabila lawatan disambung kembali tiba-tiba dimaklumkan akan dibawa ke makam Syiah Kuala. Walhal sebelum itu ada diberitahu harus ditukar ke pagi esoknya hari Isnin menjadi semacam tawaf wida' sebelum kembali ke Malaysia...




Alhamdulillah. Ramai antara kami sebenarnya menyimpan hajat untuk ke sana. Akhirnya sampai. Lihat Lawatan terbaru (Latest visit to) makam (tomb of) Syiah Kuala.



Selepas itu ke masjid ini. Sebelum masuk masjid bersendirian meninjau jambatan pejalan kaki berdekatan. Lihat artikel Bridge near mosque of Keuchik Leumiek diikuti Lawatan terbaru (Latest visit to) Masjid (Mosque of) Keuchik Leumiek.



Sampai ke tempat makan malam bertemu dengan rakan-rakan aktivis Aceh yang terlibat dalam industri pelancongan patuh syariah di sana. Kami sama-sama sudah bertahun berjuang untuk mengangkat martabat dan nama baik Aceh sebagai pusat dakwah dan penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu, saya sebagai seorang anak cucu keturunan yang walaupun sudah 10 generasi berhijrah masih ada ikatan batin yang kuat.



Turut terlibat dalam perjuangan adalah cicit kepada Sultan terakhir Aceh, Sultan Muhammad Daud Syah (dimakzulkan oleh Belanda tahun 1903). Nama beliau Tuanku Warul Walidin seperti tertera dalam kad pengenalan menggambarkan kedudukan walaupun kesultanan sudah lama dimansuhkan.




Beliau yang kami panggil sebagai Warul sahaja menghadiahkan sehelai bendera perjuangan Aceh yang dikenali sebagai Alam Peudeng. 



Saya pula menghadiahkan senaskah buku "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad : Perjuangan yang Belum Selesai", buku tulisan saya yang ke-14, terbit tahun 2023. OK. Sekarang harus bersiap untuk ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) bagi menghadiri majlis ilmu.


Tiada ulasan: