Salam. Melepaskan satu gerak. Biar dimulakan dengan gambar berikut. Daripada perjalanan pusing Eropah musim panas tahun 1995 meliputi 11 negara dalam tempoh 33 hari dengan duit belanja kurang RM1,000.
3.Menelusuri perkembangan penulisan buku "Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995"
4. Mengambil berkat Nuzul Quran untuk percetakan buku dan berbuka di ISTAC
Sekarang pergi pada sebab utama artikel ini dibuat.
Selasa malam Rabu minggu lalu 4 Ogos 2026, ketika masih berada di Muar (rujuk Mencari tapak sejarah Kota Buruk yang tersorok, kini dipencilkan pula oleh pembangunan diikuti Pelajaran jiwa daripada cerita-cerita Rumi yang ditulis petang itu) saya dan isteri telah melangsungkan edisi ke-36 siaran langsung minggu "Merah Silu Live" melalui Tiktok. Lihat video bawah...
Perjalanan lama dalam Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 yang diulas adalah :-
56. Pantai Timur Dis 2010 - Jan 2011 - 2,367 km. Lihat Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur".
Namun perjalanan yang meliputi jarak masa 11 hari 10 malam ini tidak sempat dikongsikan ceritanya sehingga selesai kerana terlalu panjang. Sedangkan siaran harus dihadkan kepada sejam kerana hendak membawa bapa keluar makan malam.
Adapun terdapat pautan bagi 123 buah artikel telah dihimpunkan dalam kompilasi tersebut. Ketika itu, selain artikel-artikel utama perjalanan di CATATAN SI MERAH SILU saya cuma memasukkan artikel-artikel sokongan daripada blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Artikel-artikel dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tidak disertakan. Kalau dibuatkkan harus sekitar 200 artikel tersenarai. Dengan itu pun cuma sempat sampai ke artikel ke-57 dalam kompilasi iaitu Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Jerteh dan keindahan Bukit Keluang.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan