Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Januari 17, 2023

Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Memenuhi hajat sebelum diangkut ke sempadan

Salam semua. Setelah beberapa lama pergi kita pada penceritaan hari ke-8 perjalanan selatan Thailand baru ini. Terlebih dahulu telah disediakan 8  buah artikel sokongan dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 2 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Sekarang bersambung cerita daripada artikel Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : 'Teguran Tok Pasai' sebelum meneruskan ke Narathiwat.



Pagi Khamis 29 Disember 2022. Bersarapan bersama kawan yang rumahnya kami tumpang menginap dekat pekan Bacho (Bachok) di Narathiwat.



Sekitar jam 9 waktu tempatan sampai pengangkutan awam berupa apa kebenda namanya dipanggil di situ, tak ingat pula datang untuk membawa kami berjalan-jalan.



Kawan telah menempahnya lalu ikut bersama seorang anak.




Beliau sendiri tidak memiliki kereta walaupun cukup mampu. Entah kenapa tidak suka memiliki katanya.



Kenderaan ditempah untuk memenuhi hajat kami anak beranak.




Mula-mula singgah ke masjid lama di Teluk Manok sekitar 5.3 km dari rumah. Saya, isteri dan dua orang anak kecil sudah sampai dua kali sebelum itu. Lihat artikel lama Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Panggilan tersirat kerajaan Reman-Patanidiikuti Jejak Wasilah Patani - Kerissana 2018, Wan Hussein Senawi dan Narathiwat. Dua orang anak besar baru pertama kali sampai. Lihat artikel-artikel berikut :-










Seterusnya ke sekolah agama yang dikenali sebagai Pondok Sala Anak Ayam 13 km ke arah bandar Narathiwat.




Sejak beberapa tahun lalu saya ada diberitahu di situ terdapat koleksi menarik Quran-quran lama. Baru kali ini sampai. Rupa-rupanya ada sekali manuskrip dan senjata lama Melayu. Lihat artikel-artikel berikut :-









Adapun tidak lama selepas kami sampai tiba tiga orang Melayu dari Kedah lalu melihat pameran. Cerita punya cerita rupa-rupanya seorang adalah ahli parlimen Sikh sementara seorang lagi adalah abang kepada Menteri Besar Kedah. Mereka berminat dengan perkembangan di Pondok Sala Anak Ayam. Rupa-rupanya ahli parlimen Sikh itu berasal daripada keturunan Patani. Moyangnya dalam tujuh generasi ke atas adalah adik beradik dengan pengasas masjid lama di Teluk Manok. Kawan kami pula keturunan ketujuh pengasas. Nah berbual panjang juga di sana bersama mudir pondok.




Ini pula adalah bangunan muzium berdekatan yang baru siap untuk menempatkan barangan pameran yang ada  di Pondok Anak Ayam Sala. Insyaallah akan dirasmikan pada bulan Mac atau April lalu ahli parlimen dari Sik memberitahu akan datang.




Dekat jam 2 petang datang mekanik dari Patani membawa kereta kami di atas pickup.




Beliau telah berjaya membetulkan remuk hadapan yang berlaku akibat kemalangan di bengkel pada pagi Rabu 28 Disember. Sekarang sampai masa untuk melaksanakan solusi win-win terakhir. Rujuk kembali cerita berkenaan dalam artikel Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : 'Teguran Tok Pasai' sebelum meneruskan ke Narathiwat.



Solusi terakhir itu adalah membawa kami dalam kereta atas pickup hingga ke sempadan. Lihat From Narathiwat to Bukit Bunga on top of a towing truck.



Oh. Meter menunjukkan kereta sudah dipandu sejauh 1,327 km sejak meninggalkan rumah sehinggalah diangkut ke bengkel. Lihat cerita berkenaan dalam Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Dugaan selepas makam Sheik Abdul Samad



Kehadiran mekanik membawa kereta ke sempadan perlu supaya tidak menghadapi masalah dengan pihak kastam dan imigresyen Thailand. Kalau tiada orang menceritakan hal sebenar takut kami dituduh membawa kereta langgar lari kerana ada kesan kemalangan.



Selesai urusan di pintuk keluar sempadan Thailand dibawanya lagi kami menyeberang Sungai Golok menghampiri pintu masuk sempadan Malaysia.



Di situ baru kereta diturunkan. Lihatlah keadaan. Lampu kiri tidak dapat diselamatkan namun kami tetap bersyukur. Mekanik telah membetulkan sebaik mungkin. 




Kereta masih boleh berjalan kerana masalah asal melibatkan enjin telah dapat diperbaiki dua hari sebelum itu walaupun mungkin ia penyelesaian sementara. Lihat cerita berkenaan dalam artikel Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Berjimba di Patani walau kereta rosak. Cuma gear sahaja bermasalah. Kereta tidak boleh berundur sementara masuk gear N dan P tetap berjalan seperti halnya dalam gear D. Jadi kena pandai main brek kalau tidak mahu kereta bergerak.



Selain itu kereta boleh bergerak laju seperti biasa. Masuk sahaja gear D jalanlah ia. Kalau berhenti waima dalam gear N bahkan P sekali pun mesti tekan brek kecuali dimatikan enjin. Nak hidupkan enjin pastikan tekan brek terlebih dahulu supaya kereta tak 'melompat'...




Oh. Kalau ikut rancangan asal sepatutnya kami masuk Malaysia melalui Takbai kemudian pergi bermalam di Kota Bahru. Hotel dah tempah dan bayar penuh pun. Selepas itu mungkin ikut Terengganu kalau tidak Gua Musang. Bermalam lagi di satu tempat sebelum hantar anak balik ke asrama sekolah tahfiz di Janda Baik petang Sabtu 31 Disember kemudian baru balik rumah di Bandar Sungai Buaya...



Tetapi disebabkan keadaan kereta isteri dan anak-anak mahu balik secepat mungkin.



Mula-mula hendak masuk Malaysia ikut Golok/Rantau Panjang. Tetapi apabila mengkaji laluan lebih elok ikut Bukit Bunga kemudian lalu Jeli untuk menyeberang Banjaran Titiwangsa ke Gerik membawa ke rumah.






Namun ketika menyeberang Tasik Banding pun sudah jam 6.45 petang. Sedangkan hendak sampai ke Gerik masih 40 km perjalanan.



Bila hari sudah gelap didapati cuma lampu kecil sahaja berfungsi. Jalan rata-rata tiada lampu, kereta laju-laju sementara yang datang dari arah lawan menyuluh silau. Nak tak nak kena bermalam di suatu tempat lalu saya memilih masjid di Lawin, Perak. Dapatlah menziarahi makam tokoh berdekatan. Lihat Lawatan malam ke makam Tun Saban (Night visit to the tomb of Tun Saban).


2 ulasan:

HalimH berkata...

Salams. I met your son today, 20th Jan 2023, and gave him a lift back to his Tahfiz in Janda Baik after Jumaat prayers. He told me about this blog and his trip with you to Patani. Looking forward to reading your blogs. All the best and Wassalam.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Alhamdulillah. Thanks for giving my son a lift. Hope you enjoyed my blogs.