Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Februari 23, 2018

Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menutup cerita di Gunung Jerai dan Kuala Kangsar

Salam pagi Jumaat. Hari ini, 23 Februari tepatlah 2 bulan selesainya perjalanan saya dan keluarga ke Thailand 12-23 Disember lalu. Sampailah masanya untuk menutup cerita. Bersambung daripada Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Langkah-langkah akhir di Trang, Phattalung dan Hatyai.


Pagi Sabtu 23 Disember 2017. Kami sedang berada di satu tempat yang nyaman, dalam tanah air sendiri selepas beberapa lama mengembara di negara orang.



Alhamdulillah, kereta second hand yang digunakan untuk membuat pengembaraan itu, kereta yang sudah berumur lebih 16 tahun masih bertahan.


Ketika itu meter kereta menunjukkan kami sudah berjalan sejauh 3,748 km sejak meninggalkan rumah di Sungai Buaya, Rawang pada hari Selasa malam Rabu 12 Disember 2017. Masih ada hampir 400 km perjalanan perlu dibuat sebelum sampai kembali ke rumah.


Namun daripada segi wasilah dan sirah asbab musabab pengembaraan tempat yang kelihatan ini boleh dikatakan sesuai untk menutup cerita. Ini kerana pengembaraan dibuat dengan mengambil petunjuk daripada kisah perjalanan dan pengembangan pemerintahan raja-raja dalam kitab Hikayat Merong Mahawangsa. Untuk makluman tempat ini terletak di Titian Hayun, Yan, Kedah iaitu di kaki Gunung Jerai. Hikayat mengatakan, pada suatu zaman yang lampau, ketika gunung ini masih sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Serai seorang raja dari Rum bernama Merong Mahawangsa singgah mendirikan kota merangkap negeri yang bernama Langkasuka pada satu bahagian pulau. Selepas itu baru didirikan kerajaan Kedah. Kemudian daripada Kedah muncul beberapa negeri/kerajaan lain...



Ini adalah keratan berkenaan daripada versi rumi Hikayat Merong Mahawangsa yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka beberapa dekad lalu. Dinyatakan bahawa Raja Merong Mahawangsa mahu kembali ke negeri Rum lalu mengangkat anaknya Raja Merong Mahapudisat sebagai ganti raja di Kedah. Baginda berpesan kepada anak tersebut - bila mendapat anak-anak sendiri nanti rajakan mereka di sekian-sekian tempat. Anak sulung Mahapudisat itulah yang akan membuka kerajaan Siam lama (disebut sebagai Siam Lanchang dalam hikayat tetapi saya percaya ia merujuk kepada empayar Funan). 

Anak kedua, seorang perempuan disebut hikayat sebagai membuka negeri Patani. Tetapi pada zaman yang dimaksudkan saya melihat ia merujuk kepada Langkasuka yang dikenali dunia luar seperti disebut dalam catatan-catatan Cina. Anak ketiga pula disebut hikayat sebagai membuka negeri Perak (harus merujuk kepada Gangganegara pada zaman tersebut). Anak keempat tinggal merajai Kedah. Begitulah kemudian keturunan mereka merajai wilayah masing-masing


Berehat santai dengan anak-anak seronok mandi kolam. Adapun tempat kami berehat di kaki Gunung Jerai ini milik seorang usahawan Melayu yang juga seorang guru tariqat bernama Dato' Hashim Ismail. Beliau yang lebih dikenali sebagai Ayah Hashim pernah berpesan kepada saya... nanti bila-bila masa singgahlah bermalam di tempatnya ini dengan membawa keluarga. Pesan ini diutarakan ketika saya pertama kali sampai ke tempat ini tetapi tanpa membawa isteri dan anak-anak untuk satu majlis keagamaan dan keMelayuan. Lihat artikel-artikel lama berikut :-






.


Jam 1 petang baru kami bersedia untuk meninggalkan kawasan yang merupakan rumah rehat dan tempat peranginan persendirian.


Dari Yan kami bergerak ke selatan menyusuri kaki dan lereng barat Gunung Jerai sebelum membelok ke arah timur.






Sampai ke Merbok kami singgah di muzium arkeologi sana. Kalau dicampur perjalanan malam sebelumnya kami telah bergerak mengelilingi separuh Gunung Jerai lawan arah jam


Kami mengambil masa untuk menelaah pelbagai maklumat yang tertera dalam muzium. Ini kami cerna sambil merenung kembali perjalanan yang telah dibuat dalam tempoh beberapa hari itu.


Sesungguhnya kami telah mengembara mengikut petunjuk jejak raja-raja yang terdapat dalam kitab Hikayat Merong Mahawangsa...


Kami telah membuka perjalanan di Thailand dengan masuk melalui Yala kemudian ke Narathiwat (dalam wilayah itu terdapat masjid lama Telok Manok) kemudian ke Patani. Sedangkan semua wilayah tersebut adalah milik kerajaan Melayu Patani. Dahulu ia pernah dikenali sebagai Langkasuka. Rujuk balik artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Panggilan tersirat kerajaan Reman-Patani.


Kami telah naik jauh sampai ke Ayutthaya di utara Bangkok. Ini adalah antara warisan utama kerajaan Siam lama. Rujuk balik artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Menelusuri keagungan Ayutthaya, pusat kerajaan Siam lama.


Keluar daripada konteks hikayat tapi masih terkait juga, kami telah cuba menjejaki tinggalan lama kerajaan empayar besar Melayu Srivijaya. Sesungguhnya saya percaya ia adalah warisan selepas zaman Siam lama yang betul-betul lama iaitu titisan darah keturunan daripada kerajaan empayar Funan. Rujuk balik artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Chaiya/Cahaya/Jaya/Grahi :Tempat permulaan Empayar Srivijaya 1,400 tahun lalu?.


Sekembalinya ke tanah air melalui Bukit Kayu Hitam petang Jumaat 22 Disember kami ziarah dan menjejak pula tempat-tempat bersejarah di Kedah. Sampailah ke kaki Gunung Jerai juga ke Merbok...


Pada satu bahagian lereng bukit/gunung kelihatan air terjun mengalir cantik. Ini sangat berbeza dengan keadaan ketika saya kali terakhir sampai hampir 2 tahun lalu. Ketika itu air hampir kering akibat musim kemarau. Lihat artikel Daulah Melayu di utara - Sekitar Bayan Lepas dan Lembah Bujang diikuti Daulah Melayu di utara - Dari Lembah Bujang dan sekitarnya ke Lenggong, Perak.


Berehatlah kami sambil makan menghadap air terjun buat beberapa lama.






Selepas iaitu hampir jam 4 petang rancangnya nak singgah ke tapak arkeologi peleburan besi di Sungai Batu. Tapi dah rasa tak larat. Kami meneruskan perjalanan melepasi tapak pegi ke Sungai Petani lalu masuk ke Lebuh Raya PLUS.


Cuma satu sahaja persinggahan lagi harus dibuat kerana dah janji dengan orang iaitu ke Kuala Kangsar, Perak. Kelihatan saya mencuba satu pedang lama di rumah orang tersebut.


Beliau adalah Ayah Hashim pemilik rumah peranginan tempat kami bermalam di kaki Gunung Jerai, Yan, Kedah. Sejak beberapa tahun kebelakangan hamba Allah ini lebih banyak menghabiskan masa di rumah lain di Kuala Kangsar. Dah bermalam di tempatnya di Yan rasa tak patut pula kalau tidak menjengok tuan pemilik rumah. Kalau tidak kerana itu besar kemungkinan kami akan bergerak terus kembali ke rumah saya di Rawang.


Alang-alang dah sampai ke Kuala Kangsar singgahlah juga di 2-3 tempat lain termasuk makam diraja Perak di Bukit Chandan. Sebetulnya hal ini sesuai dengan pergerakan raja-raja dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang menyebut anak ketiga Merong Mahapudisat membuka negeri di Perak (Gangganegara). Kami sampai ke rumah selepas tengah malam. Meter kereta menunjukkan kami telah mengembara sejauh 4,167 km meliputi pelbagai tempat demi memenuhi aspirasi "Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya".. Sekian. Tamat. :]


Tiada ulasan: