Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, February 20, 2018

Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Langkah-langkah akhir di Trang, Phattalung dan Hatyai

OK. Kita sedang menghampiri penghujung cerita perjalanan ke Thailand 12-23 Disember. Untuk itu 9 artikel sokongan telah disediakan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH hari ini, 3 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Sekarang biar dipersembahkan cerita keseluruhan hari ke-11 perjalanan. Bersambung daripada artikel Jejak Langkasuka-Siam Lama-Srivijaya - Merenung hal Melayu lagi sambil pusing pulau Phuket sebelum berkejar ke Krabi


Pagi Jumaat 22 Disember 2017...


Sekali lagi kami telah bermalam di sebuah masjid.


Ia adalah kali ketiga kami bermalam di masjid Thailand iaitu selepas pertama kali di Ayutthaya, kedua di Phuket. Letaknya di satu bahagian bandar bernama Trang. Lihat An introductory look at Trang.


Difahamkan ia adalah masjid terbesar di bandar dan wilayah sekitarnya. Lihat Masjid (Mosque of) Madinatul Islam, Trang.


Menariknya ada kedai menjual roti canai di tepi masjid.





Selepas jam 8.30 baru kami keluar untuk menyambung perjalanan.





Ketika keluar itulah baru kami sedar Trang adalah satu bandar yang boleh tahan besar. Lihat The sizeable town or city that is Trang.


Perjalanan diteruskan ke arah timur menuju ke Phattalung.





Selepas lebih sejam sampailah kami ke bandar sana.






Tapi kami hanya sekadar lalu sahaja di bandar. Lihat Cutting through Phattalung.


Destinasi utama kami hari itu adalah satu kawasan pinggiran menghadap Tasik Songkhla. 


Terletak dalam 10 km ke timur bandar Phattalung ia begitu luas sehingga kelihatan seperti laut.


 Untuk pengetahuan tasik ini memanjang sehingga ke kota Songkhla lebih 100 km dari sini.



Pemandangan di sekitar juga sangat menarik. Lihat artikel-artikel berikut :-






Lake Songkhla from the watch tower at Lam Pam



Sampai ke satu bahagian saya rasa harus mencecahkan kaki ke dalam tasik.



Di satu bahagian pula kelihatan sebuah gendang lama yang biasanya digunakan di masjid. Apakah ini satu peninggalan Melayu Islam di Phattalung? Lihat Gendang lama (Old drum at) Lam Pam, Phattalung.


Perjalanan disambung ke arah selatan lalu jalan kampung ke Hatyai.





Sampai ke masjid sana tengok-tengok orang baru habis bersolat Jumaat.


Kami layan dahulu makan tengah hari puas-puas sebelum menjamakkan solat Zohor dan Asar di masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Nuruddin, Hatyai.


Selepas itu kami menuju ke pusat bandar raya Hatyai.


Kami sekadar pusing-pusing melihat bandar tidak sampai setengah jam. Lihat A passing look at Hatyai.


Selepas 11 hari berada di jalanan kami sudah tidak sabar hendak kembali ke Malaysia.


Isnin nanti isteri harus masuk bekerja. Harus ada sedikit waktu rehat selepas sampai ke rumah, bukan sampai-sampai je esok masuk kerja.


Dari sempadan negara ke rumah pun masih ada 450 km sebelum sampai ke rumah.



Masih ada beberapa tempat perlu disinggahi sebelum betul-betul dapat menutup cerita.


Sebetulnya sampai lewat malam kami masih berziarah dari tempat ke tempat. 


Selepas itu baru berehat di satu kawasan yang boleh dikatakan punca perjalanan jauh ke Thailand ini dibuat. Nantikan cerita penutupnya...


3 comments:

Anonymous said...

Terbaik la Tuan Radzi dan rombongan .. perjalanan yg amat menyentuh perasaan .. bersemangat ..

Dari Trang pun ada simpang ke Palian dan Langu .. ada simpang ke Pak Bara .. terlalu ramai Melayu di sana .. balik Malaysia ikut Wang Prachan/Wang Klian .. Wilayah Setul ..

Inilah kesan sejarah jika kita tak bersungguh2 menjaga hak milik kita ..

Tkasih banyak Radzie ..

Anonymous said...

Bersyukur juga pasal orang2 belah wilayah Patani nie bersemangat merantau .. sekurang2nya menambahkan jatidiri Melayu di wilayah2 lain ..

Radzi Sapiee said...

Terima kasih atas maklum balasnya. Lain kali insyaallah boleh cuba laluan Satun/Setul...