Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Oktober 04, 2015

Wacana Pawang Ana - Tentang Winstedt si perekod hikayat dan Pawang Ana itu sendiri



Sekitar jam 11.30, Encik Mohd Zamberi Malek memulakan pembentangan kedua. Ikut atur cara asal pengkaji sejarah yang telah menghasilkan beberapa buah buku tentang tokoh-tokoh Melayu ini adalah pembentang ketiga dan terakhir majlis ini. Tetapi disebabkan tajuk yang dipilih beliau, "R.O. Windstedt dan Pawang Ana" kelihatan ada pertindihan dengan tajuk "Biografi dan Sumbangan Pawang Ana dalam Kesusasteraan Melayu" oleh Tuan Haji Zabidin Ismail, pertukaran dibuat dengan Zamberi memberikan tumpuan pada Windstedt. Biar Zabidin menyambung dan meneruskan tentang Pawang Ana.

Pada artikel sebelum ini iaitu Wacana Pawang Ana - Sastera Melayu sebagai tindak balas terhadap penjajahan Barat. saya ada menyebut bahawa terdapat 2 orang sudah saya kenali lebih awal dalam majlis ini. Mereka adalah Zamberi atau saya selalu panggil Cikgu Zamberi dan Zabidin ini, saya selalu sebut Tuan Zabidin. Sekadar meluruskan hal - Selepas sesi pembentangan iaitu semasa sesi soal jawab saya beberapa kali memanggil Zabidin sebagai Dr. Zabidin. Ini kerana ada terlihat dalam kertas mana entah ketika majlis, ada gelaran Dr pada nama beliau. Ketika menulis artikel ini saya lihat takda pula gelaran tersebut dalam kertas atur cara. Saya Google name beliau pun takda Dr begitu juga apabila melihat slaid pertama beliau yang memperkenalkan tajuk dan nama pembentang. Nampaknya saya telah terkeliru dengan gelaran orang lain pada kertas mana-mana. Apa pun ini tidak bermakna ilmu beliau, juga ilmu Zamberi tidak seluas dan setinggi mereka yang memiliki kelulusan tinggi PhD.

Tentang memanggil Zamberi dan Zabidin dengan nama sahaja tanpa menyebut Encik, Tuan atau sebagainya, saya sekadar meneruskan rentak daripada artikel sebelum ini di nama pembentang pertama, Sasterawan Negara Dato' Dr Anwar Ridhwan selalu disebut sebagai Anwar. Sebetulnya ini format biasa dalam penulisan surat khabar. Formatnya, apabila nama pertama kali disebut, maka mesti disebut dengan gelaran anugerah seperti Tan Sri, Dato', Dr dan sebagainya. Kalau ada kedua-dua gelaran Dato' dan Tan Sri, maka disebut yang lebih tinggi sahaja iaitu Tan Sri. Kalau ada Dr, baru maka sebut Tan Sri Dr kedua anugerah itu biasanya diterima akibat skop lain. Selepas itu tidak disebut lagi gelaran, cuma nama seperti sudah diperkenalkan pada sebutan pertama. Ikut format akhbar, panggilan Encik juga Tuan/Tuan Haji tak perlu malah memang tidak dibuat kerana ia bukan gelaran anugerah. Namun Mohd. Zamberi Malek harus disebut sebagai Mohd. Zamberi. Dah jadi panjang dan agak formal le pulak.


Senang cerita biar disebut Zamberi juga Zabidin untuk kesinambungan. Bukan nak biadab atau kurang ajar, cuma menurut rentak penceritaan yang wajar. OK. Yang ini mood saya nak sebut Zamberi sebagai Cikgu Zamberi untuk ayat seterusnya. Khamis lalu saya ke UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris), Tanjung Malim untuk mengikut diskusi buku bersama beliau. Lihat Tentang Patani dan perjuangan Tuan Guru Haji Sulong.  Selepas majlis itulah Cikgu Zamberi memberitahu beliau akan bercakap pada Wacana Pawang Ana di Ipoh hari Ahad.

Dalam tempoh 3 hari sebelum majlis fikiran saya berbelah bagi antara nak pergi atau tidak. Yalah, nak ke Ipoh bukannya dekat daripada rumah saya di Rawang. Harus memandu 2 jam untuk pergi, 2 jam untuk balik sedangkan saya masih belum betul-betul pulih daripada batuk dan selesema. Luar sana pula asyik berjerebu dan kelihatan makin teruk. Selain itu, saya asyik tak sedap badan sedangkan kerja-kerja penulisan banyak tak siap. 

Namun malam sebelum majlis terasa desakan untuk pergi mendadak kuat. Saya harus hadir sekurang-kurangnya supaya lebih jelas motif dan kebenaran di sebalik cerita-cerita yang disampaikan Pawang Ana dalam Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Malim Deman.



Seperti di UPSI hari Khamis, Zamberi bercerita tanpa menggunakan slaid mahupun nota atau catatan. Semasa saya pertama kali mengenal beliau dalam majlis lain di UPSI penghujung tahun lepas beliau ada juga menyelak catatan. Lihat Seminar Memartabatkan Perjuangan Sultan Ismail yang Dibuang ke Skudai. Begitu juga pada majlis selepas itu di institusi sama. Lihat artikel Seminar Panglima Awang di UPSI - Pengesahan daripada Melaka. Nampaknya seperti pada hari Khamis perkara yang diperkatakan sangat dekat di hatinya. Rupa-rupanya beliau pernah menulis buku biografi tentang Winstedt. Tajuknya "Sir Richard Olaf Windstedt : Orientalis atau Sarjana", diterbitkan oleh UPSI tahun 2014.

Beliau dapat bercerita panjang lebar keadaan yang menerbitkan seorang manusia bernama Windstedt. Diceritakan ayahnya berasal daripada Denmark bertemu ibunya yang berasal daripada Oxford, satu bandar di England yang terkenal dengan University of Oxford, institutisi pengajian tinggi yang tertua dan paling berprestij di dunia Barat.. Di situlah Windstedt dilahirkan dan membesar lalu melanjutkan pelajaran. Cuma saya sedikit keliru apabila Winstedt disebut lahir tahun 1878. Sedangkan menurut pembentang pertama iaitu Anwar, sarjana Barat tersebut terlibat merekodkan cerita hikayat daripada Pawang Ana tahun 1886. Rujuk balik pembentangan dalam artikel Wacana Pawang Ana - Sastera Melayu sebagai tindak balas terhadap penjajahan Barat. Takkanlah beliau boleh menjadi pegawai British pada umur 6 tahun? 



Hati saya tertanya-tanya sehingga ada rasa ingin melontarkan soalan seketika itu juga. Manakah yang benar? Zamberi dalam menyebut Windstedt lahir tahun 1878 atau Anwar yang menyebut beliau mewawancara Pawang Ana pada tahun 1886. Apabila melihat Zamberi mengeluarkan buku biografi tulisannya, keyakinan beralih pada tahun lahir yang diberikannya. Karyawan ini juga dapat menyatakan lebih banyak butiran tentang Winstedt, antara yang saya ingat (betulkan kalau salah... saya tidak mengambil catatan) adalah Windstedt mula bertugas di Tanah Melayu tahun 1902. Beliau bertemu Pawang Ana tahun 1905.


Sekitar jam 11.55, Zabidin yang merupakan Presiden Persatuan Karyawan Perak memulakan pembentangan tentang Pawang Ana.


Dilahirkan dan membesar di Kampung Batu Masjid, Temoh,  kampung yang dibuka oleh Pawang Ana penghujung abad ke-19 Masihi, Zabidin harus lebih tahu tentang tokoh penglipur lara. Tanpa sesiapa pun bertanyakan soalan, Zabidin menjawab pertanyaan yang muncul dalam hati saya iaitu rentang Zamberi menyebut Winstedt dilahirkan tahun 1878 sedangkan Anwar mendakwa sarjana Inggeris ini terlibat merekodkan hikayat daripada Pawang Ana tahun 1886. Rupa-rupanya ada sedikit campur aduk. Wawancara dan rekod 6 tahun selepas Winstedt lahir itu sebenarnya dilakukan oleh pegawai British yang lebih tua. W.E. Maxwell. Dan pegawai ini mengambil cerita daripada Mir Hassan (sebenarnya Mior Hassan)  yang kalau tak salah ingatan ada disebut Anwar sebagai menantu Pawang Ana. Lihat balik Wacana Pawang Ana - Sastera Melayu sebagai tindak balas terhadap penjajahan Barat.

Menurut Zabidin lagi kerja-kerja Maxwell belum selesai kerana ada beberapa hikayat yang mahu direkodkan. Setelah Winstedt muncul sebagai pegawai British yang berkaliber di Tanah Melayu, Maxwell pun meminta beliau menyambung kerja. Ini dilakukan apabila betemu Pawang Ana tahun 1907 dengan membawa Raja Haji Yahya sebagai tukang tulis. Zabidin kemudian menambah seraya menolak telahan Anwar bahawa alat perakam suara zaman itu digunakan untuk membantu kerja. Katanya, Raja Haji Yahya sudah cukup mahir dalam segala macam lenggok bahasa sastera Melayu. Beliau malah memang sasterawan istana zaman itu... harus cukup berkebolehan untuk merekodkan hikayat dengan lengkap sambil Pawang Ana bercerita dengan gaya penglipur lara tanpa perlu dihenti-hentikan mahupun diulang cerita. Dan Winstedt sendiri cukup mahir dengan bahasa Melayu, bukan sekadar faham pertuturan malah segala macam nahu. Setiap aaahhh dan uhhh dalam bahasa spontan pun dia boleh faham makna. Cuma tugas menulis diserahkan kepada Raja Haji Yahya...


Cuma kisah hidup, asal usul dan ciri-ciri peribadi Pawang Ana sendiri tidak pernah dirakamkan sesiapa walaupun 5 cerita lipur laranya diakui sebagai karya-karya agung bahasa Melayu. Yang ada sedikit catatan Winstedt pada penghjung kariernya memberikan sedikit gambaran tentang siapakah itu Pawang Ana...



Lakaran yang saya lupa pula dapat ditemui di mana ini dikatakan paling dekat menunjukkan rupa pejungga besar ini.


Sedikit maklumat yang didapati adalah seperti di atas...


Kampung di Perak tempat Pawang Ana dikatakan berhijrah daripada Tanah Rao atau Rawa di Sumatera. Menurut Zabidin berlaku penghijrahan besar-besaran orang Rawa ketika itu akibat Perang Padri (di sekitar kawasan kerajaan Pagaruyung dari 1803- 1838). Ia bermula sebagai pertentangan antara kaum ulamak dengan golongan bangsawan akibat masalah agama. Ini bertukar menjadi peperangan melawan penjajahan yang dimenangi oleh Belanda...


Tentang penulisan yang terhasil daripada cerita-cerita Pawang Ana.


Tentang Pawang Ana menemui mayat Birch di Sungai Perak...





Zabidin menunjukkan tinggalan 'Batu Masjid" yang pernah membawa Pawang Ana untuk membuka kampung baru di sana.





Tentang bagaimana hikayat-hikayat daripada Pawang Ana boleh dicatitkan...


Zabidin cuba mencari rumab rehat di Temoh tempat hikayat dikatakan direkod. Setelah diselidik rupa-rupanya ia rumah kediaman Inggeris, bukan runah rehat dalam erti katanya yang sebenar (rest house khas untuk persinggahan, bukan tempat menetap).


Perkataan Rao atau Rawa yang terdapat dalam cerita...


Zabidin kemudian menggunakan komen Dr Siti Hawa (Dato' Profesor, terkenal dengan pengkajian beberapa buah buku, antaranya Hikayat Merong Mahawangsa, baru meninggal dunia kurang 3 bulan lalu) untuk menunjukkan bahawa hikayat-hikayat tuturan Pawang Ana yang sampai kepada kita tidaklah betul-betul sama seperti dituturkan beliau tahun 1907. Gayanya telah diubah menurut bahasa pertuturan umum Melayu yang lebih moden.


Maka itu Zabidin berpendapat beberapa pantun dalam hikayat harus berbunyi seperti di atas iaitu dalam loghat orang Rawa. Pada mulanya saya pun keliru apakah ini yang ditulis dalam naskah awal Hikayat Malim Deman yang diterbitkan tahun 1937? Ini kerana saya sudah biasa dengan hikayat yang cukup jelas bahasa Melayunya, bukan pekat loghat seperti ini. Kata Zabidin tidak. Beliau sekadar menyatakan apa yang harus dituturkan oleh Pawang Ana jika tidak disunting kepada bahasa pertuturan umum orang Melayu.


Ini pula gambar ketika sesi soal jawab menghampiri penghujung. Kelihatan Dekan Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) menjawab soalan tentang peranan institusinya dalam membentuk pelapis baru penglipu rlara tradisional. Ketika sesi dibuka saya mengambil peluang bertanyakan beberapa soalan untuk memastikan sejauh mana cerita dalam Hikayat Malim Dewa dapat dikaitkan dengan sejarah sebenar di alam Melayu. Kemudian seorang pengkarya Perak membetulkan kenyataan dalam pembentangan pertama (rujuk Wacana Pawang Ana - Sastera Melayu sebagai tindak balas terhadap penjajahan Barat) di mana kapal-kapal Portugis dikatakan begitu besar dan kukuh sehingga tidak mampu ditandingi orang Melayu. 

Pengkarya yang dikenali dengan nama Malim Ghozali PK itu adalah penerima SEA Write Award 2013. Bercakap dengan nada lembut penuh kesopanan, beliau menggunakan beberapa sumber Barat untuk menyatakan bukan kapal Portugis yang besar tetapi kapal asal Melayu yang berkali ganda lebih besar. Oh, pembentang pertama iaitu Anwar ada menyebut betapa kerdilnya kapal Melayu ketika itu dibayangkan oleh satu pantun dalam hikayat Malim Dewa di mana disebut watak hero yang datang dengan kapal kecil mencabar musuh dalam kapal besar. Lupa pula siapakah watak-watak tersebut, kalau tak salah Malim Dewa mencabar Maharaja Pertukal (Portugal?). Kata Ghozali, ini bukan menunjukkan orang Melayu tidak memiliki kapal-kapal besar. Sebaliknya yang ditunjukkan adalah dengan kapal kecil pun ia mampu menewaskan musuh dalam kapal besar.


Majlis selesai sekitar jam 1.15 kemudian makan tengah hari. Selepas jam 2 saya pun meninggalkan Ipoh melalui jalan lama. Pada mulanya ada terfikir gak nak jalan-jalan pusing bandar raya sana kerana sudah lama tidak berbuat begitu. Tetapi apabila melihat suasana yang teruk berjerubu, terus saya mengambil jalan ke Gopeng dan selatan.


Sambil itu saya mahu meninjau secara ringkas tempat-tempat yang dikaitkan dengan Pawang Ana. Gambar ini diambil di pusat bandar Kampar. Selepas bergerak lebih jauh ke selatan kelihatanlah Temoh yang menjadi tempat Windstedt dan Raja Haji Yahya merekodkan hikayat. Ini diikuti Banir di mana kalau tak salah terletaknya Kampung Batu Masjid yang dibuka oleh Pawang Ana.



Sampai ke Tapah baru saya mengambil Lebuh Raya PLUS. Bukan apa, saya sudah berjanji dengan isteri dan anak-anak untuk berjumpa di sana. Mereka datang daripada Rawang dengan menaiki kereta api agar kami dapat berjalan-jalan bersama. Dengan ini tamatlah perkongsian ilmu saya kali ini.



Tiada ulasan: