Ahad 2 Disember 2012. Selepas solat Subuh saya dan isteri menghantar anak-anak ke rumah pengasuh kemudian berkejar ke negeri Melaka untuk satu acara. Dalam perjalanan kami menghadapi masalah enjin kereta overheating kerana ada sesuatu yang tidak berfungsi, mungkin radiator tersumbat. Dua kali kami harus berhenti merehatkan enjin sebelum menambah air yang banyak kehilangan pada sistem penyejuk, kali pertama minta daripada pemandu sebuah lori yang kebetulan ada berhenti berdekatan, kedua... dengan sedikit air bekalan yang diterima dari pemandu tadi kami menambah air yang diberi polis bantuan merangkap peronda PLUS yang berhenti apabila melihat kenderaan kami menghalang bahu jalan.
Akibatnya kami sampai ke pusat bandar raya Melaka selepas jam 10 pagi. Selepas singgah di sebuah masjid (lihat artikel
Masjid
(Mosque of) Pengkalan Rama, Melaka blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) kami terus ke tempat
homestay Apa Kaba Guest House yang terletak di kawasan Banda Kaba, sebelah Banda Hilir. Di situ kami berehat sebentar sebelum bertukar memakai pakaian tradisi. Kelihatan dalam gambar saya di hadapan Guest House yang merupakan sebuah rumah tradisional di tengah kepesatan bandar raya.
Kami memilihnya sebagai tempat berehat dan bertukar pakaian kerana letaknya cukup dekat dengan tempat acara. Sekurang-kurangnya kami boleh meletakkan kereta kalau takut tempat letak di sana dan sekelilingnya dipenuhi. Oh, terima kasih kepada saudara Kenny yang sudi menyediakan sebuah bilik buat kegunaan kami secara percuma. Beliaulah yang secara sukarela dan tanpa dipinta menawarkan penginapan kepada sejumlah wakil HIKMAH untuk acara di Kolej Yayasan Melaka 25 Nov. Lihat artikel
Berkonvoi 10 Muharam membawa misi HIKMAH ke Melaka blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam
Akhir Zaman (HIKMAH).
Dari Apa Kaba Guest House kami berjalan kaki 500 meter ke lokasi iaitu Istana Kesultanan Melaka yang merupakan sebuah muzium.
Di sinilah diadakan acara yang dipanggil Pertemuan Busana Tradisi & Pendekar Melaka.
Dianjurkan oleh Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) ia menonjolkan persembahan silat daripada berpuluh aliran persilatan dan perguruan dari Melaka dan beberapa negeri lain.
Turut menganjurkan adalah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan kerajaan negeri.
Selepas meninjau-ninjau lokasi kami berjalan keluar sebentar terus ke pintu gerbang A Famosa.
Seronok juga dapat berjalan berpakaian begini siap berkeris di pinggang.
Kami juga berjalan-jalan di Dataran Pahlawan, kalau tak salah kali pertama saya masuk ke pusat membeli-belah itu. Ketika keluar dari satu pintu bersebelahan pusat kedai-kedai makan ataupun food court terlihat pula mural Laksamana Cheng Ho.
Kemudian terlihat tinggalan kota yang wujud di satu bahagian.
Selepas itu baru kami masuk ke dalam Istana Kesultanan Melaka. Tadi tu cuma berlegar-legar di perkarangan sahaja. Melihat mural Hang Tuah ini saya pun cuba mengambil sedikit semangat perjuangan. Bila timbul semangat tu memang boleh timbul gerak kerja mantap yang sanggup meredah segala macam halangan. Ibarat kata pepatah, membujur lalu melintang patah.
Petang jam 4 saya harus duduk bersama barisan VVIP acara ataupun majlis.
Saya juga diberi ruang untuk menyatakan 10 perkara yang diharap dapat dilaksanakan demi mendaulatkan orang Melayu dan Islam.
Selesai beberapa upacara berkaitan kami bergambar beramai-ramai di hadapan istana.
Tadi siang Selasa 4 Disember saya diberitahu gambar di hadapan istana itu ada terpampang pada muka surat 2 akhbar Utusan Malaysia terbaru.
Selepas Zuhur saya singgah di kedai untuk membeli senaskah. Nampaknya gambar yang terpampang cuma sebahagian daripada gambar sebenar. Nampaklah muka saya kerana kebetulan berdiri ke kanan VVIP utama yang mewakili Ketua Menteri Melaka. Tetapi muka isteri di kanan saya pula terkeluar...
Nota : Selesai membuat artikel ini saya rasa bolehlah memberitahu. Adapun saya telah dijemput memberi ceramah ilmu di masjid terbesar Kelantan, Masjid Sultan Ismail Petra di Kubang Kerian, Kota Bahru pada hari Sabtu akan datang, 8 Disember 2012. Dipanggil "Program ceramah sejarah perkembangan Islam di Nusantara bersama pengarang buku - Merah Silu sempena Maal Hijrah 1434" (itu yang dihantar wakil orang Kelantan tengah hari Ahad melalui sms) ia dijadualkan berlangsung 5 petang hingga 8.30 malam. Program ini tercetus setelah kami berhubung beberapa kali melalui panggilan telefon dan sms. Ini kerana ada orang sana tertarik dengan isi buku "Berpetualang ke Aceh" tulisan saya juga penganjuran "Suai Kenal HIKMAH" 4 Nov. Lihat artikel
HIKMAH
4 Nov - Dari pagi ke Zuhur berkongsi ilmu dan
HIKMAH
4 Nov - Lepas Zuhur hampir ke Maghrib masih tak balik-balik!.
Sesungguhnya ini adalah penghormatan sangat tinggi buat diri ini. Sebelum ini saya pernah berpeluang bercakap tentang siri buku "Berpetualang ke Aceh" di masjid yang lebih besar iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau masjid negeri di Shah Alam, Selangor. Tetapi itu untuk lebih kurang sejam dan sebelum itu ada seorang penulis lain bercakap, di bawah satu program 3 hari yang lebih besar. Lihat artikel lama
Buku
"Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh. Kali ini di masjid terbesar Kelantan, satu program diadakan semata-mata untuk mendengar beberapa pendapat dan kajian dari saya. Semua dijemput datang. :]
5 ulasan:
Syabas dan tahniah abang Radzi... teruskan usaha dan perjuangan...
saya mengikuti perkembangan blog dan perjuangan tuan.
Assalamualaikum Wrt...
Sy ingin berkongsi dengan abg bahawa Imam Mahdi dah sampai...Imam Mahdi dah sampai...Imam Mahdi dah sampai...
marilah kita bersama2 Mohon kepada Allah mudah2han Diberi petunjuk tentang Beliau..(nie bukan abuya atau imam2 mahdi palsu dan bukan cobaan tapi betul2 Sang Imam Mahdi)...
Wallauallam
-playboy-
memang dah agak.. sikit saja apa yg keluar dalam media perdana..itu pun setakat gambar...takde Pernyataan HIKMAH , takde tujuan perhimpunan..
kalau dah org politik tu..politik juga.. takde niat dia nak berubah..
Ana waris mutlak YMM Merong Maha Wangsa. Hahahaha!
http://kedahcybersybury.blogspot.com/2012/12/pewaris-mutlak-kerajaan-islam-kedah-tua.html
Catat Ulasan