Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, March 21, 2012

Tentang orang besar Pahang yang dipanggil Tok Jebek dan perang saudara 1857-1863

OK. Sebelas hari lepas saya ada menghadiri satu acara seminar di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur lalu memberitahu dalam Facebook akan bercerita tentangnya dalam tempoh beberapa hari lagi. Tetapi masalah komputer yang melanda menyebabkan cerita tertunda. Sekarang terimalah ia...



Dua minggu lepas saya dapat tahu melalui FB bahawa satu kertas kerja akan dibentangkan dalam satu seminar di Wisma Sejarah pagi Sabtu 10 Mac. Kebetulan saya mahu ke Perpustakaan Negara dalam tempoh beberapa hari itu dan wisma yang menjadi ibu pejabat Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) ini terletak di sebelah perpustakaan. Maka sampai waktunya saya pun bergegas ke sana.



Pembentang adalah Datuk Aripin Said. Beliau adalah seorang bekas guru yang menjadi pensyarah universiti juga seorang penulis, budayawan dan karyawan musik berbentuk syair dan lagu-lagu rakyat. Tajuk kertas kerja adalah "Panglima Gajah Tunggal Dato' Setia Raja Tok Jebek bin Tok Akil : Orang besar berlapan negeri Pahang Darul Makmur". Semasa mendapat makluman tentang acara di FB itulah kali pertama saya mendengar nama itu. Semasa pembentangan baru saya tahu Tok Jebek ialah seorang pahlawan besar Pahang yang pernah turut bersama Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berkhidmat di bawah Sultan Ahmad I, sultan yang asalnya bernama Bendahara Wan Ahmad tetapi mengisytiharkan diri sebagai sultan setelah Pahang dapat dikeluarkan dari pengaruh kekuasaan Empayar Johor-Riau-Lingga penghujung abad ke 19.



Tok Jebek yang berasal dari Bohor di Bera, Pahang diberikan satu wilayah untuk memerintah. Dilahirkan 1842, umurnya enam tahun lebih muda dari Sultan Ahmad yang memegang teraju pemerintahan Pahang 1836-1914. Bapanya Tok Akil adalah seorang imam perang sementara datuknya Abdul Jabar adalah pemimpin yang disegani di Bohor. Kelihatan dalam gambar Aripin menunjukkan sehelai kain peninggalan Tok Jebek yang kalau tak salah ingatan mengandungi wafak perang.



Bendera lama ini melambangkan kekuasaan Tok Jebek. Aripin menceritakan keakraban Tok Jebek dengan Sultan Ahmad, Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau sambil sesekali menyinggung ilmu perang dan persilatan yang dimiliki Tok Jebek sebagai setaraf dengan apa ada pada pahlawan-pahlawan Pahang yang lebih terkenal itu. Tok Jebek turut terlibat dalam perlawanan menentang penjajahan Inggeris. Cuma tidak banyak yang telah didokumentasikan tentangnya. Kalau tidak kerana seminar seperti ini tentu pengkaji amatur seperti saya tidak akan tahu tentang kewujudan dan peranan Tok Jebek. Malah ramai juga tokoh-tokoh pengkaji sejarah yang hadir seperti pengerusi PSM Dato' Omar Hashim dan pakar sejarah Universiti Malaya, Profesor Abdullah Zakaria kali pertama mendengar nama Tok Jebek disebabkan seminar ini. Namun menurut Aripin nama Tok Jebek sangat terkenal di wilayah Bohor.



Seperti biasa, selepas pembentangan ruang pun dibuka untuk perkongsian ilmu juga bertanyakan soalan. Saya mengambil peluang untuk bertanya tentang perang saudara yang melanda Pahang 1857-1863. Untuk pengetahuan perang berlaku antara Wan Ahmad dengan kekandanya Bendahara Tun Mutahir, anak-anak kepada Bendahara Tun Ali. Perang itu akhirnya dimenangi oleh Wan Ahmad. Beliau dapat menjadi bendahara baru Pahang dan tidak lama kemudian mengisyiharkan diri sebagai sultan. Keturunan Wan Ahmad terus memerintah sampai sekarang.

Saya mahu mendapat penjelasan daripada pihak Aripin, mengapa para pembesar seperti Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Tok Jebek menyokong Wan Ahmad... apakah pengertian beliau tentang apa yang telah berlaku ketika itu. Saya bertanya kerana menurut perspektif sahabat saya Suzana, penulis buku "Ahlul Bait dan raja-raja Melayu" (yang kemudian saya terjemah dan olah untuk bacaan dalam bahasa Inggeris, lihat Buku Inggeris Ahlul Bait Raja-raja Melayu dan faktor 131 juga 313), Wan Ahmad telah bertindak di luar batasan dengan merampas kedudukan bendahara. Bahkan menurut anak kepada pelakon M. Othman yang berketurunan Wan Mutahir ini, Wan Ahmad pernah melakukan satu kesalahan besar sehingga ayahandanya Bendahara Wan Ali mahukan Wan Ahmad dan mereka yang bekerjasama dengannya dihukum bunuh.



Wan Ahmad kemudian dilaporkan melarikan diri ke Singapura, pusat kekuasaan Inggeris. Ketika itu kekandanya Wan Mutahir sudah 10 tahun memegang jawatan bendahara yang diserahkan ayahanda mereka Wan Ali yang sudah tua. Apabila Wan Ali mangkat 1857 Wan Ahmad muncul kembali lalu menuntut macam-macam. Berlakulah perang saudara Pahang yang berlanjutan sehingga Wan Mutahir cedera teruk 1863 dan mangkat tidak lama kemudian.

Saya tahu ramai pengkaji sedia maklum kemenangan Wan Ahmad itu mendapat sokongan Inggeris yang dalam tempoh masa yang sama menyokong kenaikan keluarga Temenggung di Johor sehingga mereka juga dapat menaiki takhta. Perkara ini berlaku dalam rangka kerja besar memecah-belahkan Empayar Johor-Riau-Linggi yang merupakan warisan daripada Empayar Melayu Melaka dengan pemecahan ketara bermula melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Namun perkara ini agak sensitif dan lebih elok tidak dijawab dalam acara terbuka. Kesimpulan mudah yang dapat diberikan Aripin, siapa yang menjadi raja itulah tuan bagi anak negerinya. Di situlah jatuh taat setia tanpa perlu dipersoalkan lagi bagaimana raja itu boleh menaiki takhta.

Kelihatan dalam gambar Aripin memberikan persembahan satu lagu rakyat sambil memukul kompang. Sebelum membentang kertas kerja beliau ada mempersembahkan satu syair tapi saya pula yang datang sedikit terlambat.




Aripin menerima cenderamata daripada pengerusi PSM. Oh. Menurut beliau nama Tok Jebek ada disebut dalam Hikayat Pahang. Pahlawan itu diberi gelaran Tok Muda (orang besar enam belas) pada tahun 1866 kerana peranannya menyokong Wan Ahmad dalam perang saudara Pahang. Tahun 1880 iaitu dua tahun sebelum Wan Ahmad diangkat menjadi sultan di Pulau Tawar, Tok Jebek diberi gelaran Dato' Setia Raja, salah satu orang besar lapan.




Hmm. Saya dah lupa apakah ini. Rasanya cenderamata turut diberikan kepada Dato' Omar. Satu perkara yang menarik minat saya tentang Tok Jebek adalah menurut Aripin, beliau ada kaitan dengan Brunei, mungkin berasal dari kerabat diraja sana. Teringat saya semasa mencari makam seorang kerabat diraja Bugis bernama Karaeng Haji Tok Tuan (moyang kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak, ada sangkut juga dengan keluarga saya) di Pekan, Pahang (lihat artikel lama Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Kesan-kesan sejarah di Pekan) saya ada terjumpa seorang bekas guru yang mengaku keluarganya berasal dari kerabat diraja Brunei, dari seorang putera raja yang bernama Pengeran Bagaudin.

Aripin sendiri tidak tahu kaitan sebenar Tok Jebek dengan Brunei. Yang pasti orang besar Pahang ini ada beripar-duai dengan keluarga Pengeran Bagauddin di Pahang. Pada akhir pembentangan baru Aripin mendedahkan kaitan beliau dengan Tok Jebek. Rupa-rupanya namanya adalah Aripin bin Said bin Lehor bin Tok Setia Bidin bin Tok Jebek.

Tak kiralah apakah kedudukan sebenar moyang beliau itu dalam perang saudara Pahang, adakah di pihak yang benar atau beliau sekadar menurut keadaan, tak salah kita anak cucu cuba memasyhurkan nama nenek-moyang. Cuma seeloknya janganlah sampai menenggelamkan jasa orang lain apalagi sehingga menfitnah nenek-moyang orang yang bukan dari keluarga kita. Selepas dikupas apa yang berlaku dengan penuh keinsafan, kita sebagai anak cucu harus kembali merapatkan saf. Biar pertelingkahan dahulukala dijadikan teladan dan sempadan demi kebangkitan Islam akhir zaman.



12 comments:

amar said...

atas kesalahan apa ye, wan ahmad sampaikan hendak dihukum bunuh? ada tak sumber yang boleh saya baca?
terima kasih..

Radzi Sapiee said...

Saya pun tak tahu. Ini kena tanya Suzana M. Othman ni. Nampaknya kajiannyalah yang dijadikan rujukan di sini... http://ms.wikipedia.org/wiki/Tun_Mutahir_bin_Tun_Ali

amar said...

terima kasih, saudara radzi

Syeikh Kerutuk said...

"Tak kiralah apakah kedudukan sebenar moyang beliau itu dalam perang saudara Pahang, adakah di pihak yang benar atau beliau sekadar menurut keadaan, tak salah kita anak cucu cuba memasyhurkan nama nenek-moyang. Cuma seeloknya janganlah sampai menenggelamkan jasa orang lain apalagi sehingga menfitnah nenek-moyang orang yang bukan dari keluarga kita. Selepas dikupas apa yang berlaku dengan penuh keinsafan, kita sebagai anak cucu harus kembali merapatkan saf. Biar pertelingkahan dahulukala dijadikan teladan dan sempadan demi kebangkitan Islam akhir zaman."

Saya sangat bersetuju dengan penyataan Saudara Radzi seperti di atas. Peristiwa lama yang berlaku telah menjadi sejarah. Ada kesilapan yang boleh disempadani dan ada jua yang mesti diteladani. Semuanya demi untuk mendaulatkan kembali bumi Tanah Melayu sehingga kita semua Insya Allah akan termasuk di dalam agenda kebangkitan Islam sebelum alam ini menemui kehancurannya.

Terima kasih juga kepada Saudara Radzi kerana berkongsi paparan sejarah Pahang. Ini kerana saya berminat dengan sejarah Pahang yang tidak kurang juga hebat kemelut dan perselindungan kebenaran sejarah asal, selain Perak.

Anonymous said...

saya pernah terbaca bahawa catatan tun suzana juga ada sedikit khilaf dan keturunan wan mutahir yang sebenar bertugas sebagai pensyarah fakulti pengajian Islam UKM

Anonymous said...

Nama cikgu yg saudara sebutkan itu mungkin Cikgu Azmi di Pekan bukan? Keluarga Pengiran Bagauddin/ Pengiran Badaruddin di Pahang sememangnya mempunyai pengaruh yang besar. Antara waris dari Pengiran Bagauddin inilah Tan Sri Hamzah Dato Abu Samah, yang juga pemegang Gelaran yang pernah disandang Tok Jebek, Dato Setia Raja, Orang Besar Berlapan Pahang.

Dan ini membuktikan hubungan rapat juga antara Kesultanan Brunei dan Kesultanan Pahang, dan juga Johor-Riau kerana memang sejarah pernikahan puteri Johor dan Sultan Brunei ada didalam Sejarah Brunei. Ini termasuk kubur puteri Brunei yang ada di Tembeling. Mungkin kerana hubungan lama antara Kerajaan Johor-Pahang menyebabkan waris-waris Brunei menetap di Pahang setelah konflik di Brunei.

Dan saya tertarik dengan kata-kata terakhir tuan dan menyokonng kenyataan tuan itu. :)

Radzi Sapiee said...

Saya pun dah lupa namanya. Bila cuba ingat timbul nama Cikgu Jantan. Tapi bila saudara sebut Cikgu Azmi rasanya itu lebih tepat. Yang pasti rumahnya terletak dekat dengan surau lama Tok Tuan.

Anonymous said...

Salam pada saudara dan selamat berpuasa....

Saya berasal dari Singapura. Dikatakan bahawa keluarga sebelah ibu saya berasal dari Pahang tetapi melarikan diri ke Pulau Tekong (Singapura) ketika perang saudara Pahang dulu. Kini kebanyakkan dari kami semua tinggal di Singapura oleh kerana Pulau Tekong telah diambil alih pemerintah dan dijadikan kawasan larangan. Ada pula yg pulang ke Pahang, ada juga pindah ke JB.

Pulau Tekong juga merupakan tempat
di mana raja2 Johor/Riau Lingga tinggal dulu, tetapi sayang sekali bnyk sejarah telah hilang...

Alangkah baiknya jika kita dapat mengetahui link antara Pahang-Johor-Riau-Lingga-Pulau Tekong ini.

Emel saya di: mdbsms_07@yahoo.com

Terima kasih.

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Selamat berpuasa juga kepada saudara dan semua pembaca yang beragama Islam...

Anonymous said...

Salam semua,

Ramai pahlawan yg tak didendangkan lagi dalam peranan perebutan kuasa raja pahang..

Dan ramai lagi pahlawan yang tak didendangkan dalam perang Klang.

Cuma saya hanya mengikut tradisi orang tua2 lama saja..Biarlah cerita pahlawan dulu hanya pada kaum kerabat saja.

En Booon said...

Koi orang bohor...

Anonymous said...

Salam semua..

qoute dari amar..

atas kesalahan apa ye, wan ahmad sampaikan hendak dihukum bunuh? ada tak sumber yang boleh saya baca?
terima kasih..

Wednesday, March 21, 2012 7:52:00 PM

Saya cuma tertarik dgn kenyataan dari Amar..Kita mesti cari punca kenapa wan Ahmad hendak dihukum bunuh..

Saya rasa mesti ada alasan yg kukuh punca pertikaian berlaku sampai perang saudara terjadi..

Seperti ada kata pengomen disini mengatakan ada lagi hero yang tak didendangkan itu, saya sgt bersetuju kepada perkara itu..

Ada kisah yg ramai tak ketahui hal ini..seperti siapa yang memelihara Wan Ahmad yg diburu unutk dibunuh. Dia mengambil Wan Ahmad sbg anak angkat dan mengatakan bahwa Wan Ahmad la pewaris sebenar Raja Pahang. Kerana pertolongan beliau Wan Ahamad diangkat jadi Raja.

Ada barang yang sangat dikehendaki dari Wan Ahmad dan dari kerana barang itu mengatakah sesiapa ygn memiliki barang itu orang itu sah menjadi Raja. Kisah tidak perlu dipanjangkan kerana sampai sekarang keturunan Wan Ahmad menjadi Raja Pahang.

Cukup cerita pada kaum kerabat pasal kehebatan oraang dahulu dan juga bangsa melayu yang mempunyai amalan tertentu untuk berperang. Cuma sekarang ramai yang melupakan amalan2 org dahulu kerana takut khurafat dan bidaah sebagainya.

Wassalam..