Selepas majlis persandingan, saya, isteri dan anak bermalam di rumah bapa saudara bersama ibubapa yang datang dari Muar. Hari Ahad baru kembali ke rumah sendiri di Bandar Tasik Puteri dan ibu bapa ikut bermalam sama. Esoknya, selepas isteri keluar ke pejabat, saya keluar bersama ibubapa yang mahu ke Kajang lalu turun di susur masuk berdekatan Muzium Negara. Dari situ saya berjalan kaki ke stesyen keretapi lama Kuala Lumpur lalu melihat-lihat apa yang ada.
Dari stesyen masuk ke bangunan Dayabumi lalu keluar menghala ke Central Market.
Pemandangan Sungai Kelang ke selatan.
Pemandangan ke utara...
Ruang pejalan kaki di luar Central Market yang kini berbumbung. Sesungguhnya laluan dari stesyen keretapi ke Dayabumi ke sini sering mengingatkan pada zaman muda saya suka berjalan tak kira siang dan malam melihat gelagat manusia sambil mencari entah apa yang saya sendiri tidak tahu terutama semasa lari dari rumah selepas SPM 1987 akibat bergaduh dengan bapa lalu menumpang di rumah kawan di Chow Kit.
Saya terus berjalan ke masjid jamek.
Tengok-tengok ada ceramah.
Selepas itu baru bersolat Zuhur. Selepas ini saya mahu membuat satu artikel di
blogspot BERPETUALANG KE ACEH... tentang lebuhraya LATAR yang baru dibuka menghubungkan kawasan sekitar Templer's Park berhampiran Rawang sampai ke Ijok menghala ke Kuala Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan