Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Khamis, Januari 06, 2011

Perjalanan 2,367 km dan 4,743 gambar

Assalamualaikum semua. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada semua juga tahniah kepada pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia kerana berjaya memenangi Piala Suzuki AFF baru-baru ini. Saya pula sudah hampir 2 minggu tidak menulis apa-apa di mana-mana blogspots saya. Ini disebabkan saya pergi berjalan jauh lagi bersama keluarga, baru malam semalam kembali ke rumah di Bandar Tasik Puteri.

Cukuplah diberitahu kami telah berjalan 11 malam 10 hari ke merata tempat di Pantai Timur Semenanjung hingga ke selatan Thailand. Saya telah memandu kereta sejauh 2,367 km dan mengambil 4,743 gambar. Ini adalah satu rekod peribadi. Sebelum ini rasanya saya cuma pernah memandu kereta paling jauhpun 1,700 km untuk satu perjalanan dan mengambil gambar sekitar 1,500 keping.

Walaupun pernah berjalan sejauh hampir 6,000 km dengan pelbagai kenderaan di Eropah juga bermotosikal besar lebih 3,000 km pusing Semenanjung selain membuat pelbagai pengembaraan yang memakan jarak lebih 1,000 km sekali jalan, itu semua dibuat secara bersendirian ketika zaman bujang dan lebih muda dahulu. Perjalanan terbaru ke Pantai Timur dibuat seluruhnya bersama anak dan isteri, 7 hari daripadanya disertai 2 orang anak tiri menjadikannya lebih bermakna lagi. Tentang gambar pula pernah disebut dalam artikel terdahulu bahawa saya cuma mula mengambil gambar secara serius selepas menghadiri majlis pengkebumian kembali seorang moyang iaitu Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di kawasan pemakaman diraja Perak 9 September 2006. Sebelum itu saya jarang sekali mengambil gambar, untuk perjalanan di Eropah pertengahan tahun 1995 yang memakan masa sebulan pun saya cuma mengambil 5 roll gambar... itupun 1 roll hilang apabila kamera murah yang dibeli di London dicuri orang di bandaraya Prague.

Satu roll ketika itu bersamaan 32 keping gambar, dapatlah 128 kesemuanya gitu. Tadi siang saya terjumpa kembali gambar-gambar di Eropah, itupun satu album kecil hilang bersama beberapa keping gambar lagi, tinggal sekitar 80 keping gitu. Kini dengan adanya kamera digital saya boleh mengambil berapa banyak gambar yang suka. Tapi takkan semua benda kita nak tangkap ya tak? Kecuali ia cukup menarik dan ada kena-mengena dengan jalan cerita yang mahu dirakamkan.

Sejak 2-3 tahun ini saya sudah biasa mengambil beratus hingga ke maksimum 1,500 keping gambar sekali membuat pengembaraan. Tetapi pengembaraan terbaru ini mendorong saya untuk mengambil lebih banyak apabila menyedari bahawa walaupun saya sudah pergi ke Kelantan banyak kali, saya cuma pernah menyajikan 4 buah artikel sahaja tentang masjid-masjid di sana dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Perkara ini cuma disedari apabila mula membuat kompilasi links artikel menurut negara/negeri untuk blogspot tersebut pertengahan tahun lepas, kompilasi yang mula dimuat-turun seminggu sebelum keluar membuat pengembaraan terbaru pagi Krismas. Saya juga mendapati kurang membuat artikel bagi beberapa buah lagi negeri lalu sejak itu berazam akan mengenengahkan seberapa banyak masjid dan makam yang boleh apabila berpeluang melawat negeri-negeri itu lagi.

Adapun perjalanan terbaru ke Pantai Timur dibuat dengan 2 tujuan utama... satu berjumpa anak tiri di Kelantan lalu membawa mereka berjalan dan kedua menyahut pelawaan seorang kenalan baru untuk pergi bersama melihat sekolah-sekolah pondok dan masjid di wilayah Islam Patani yang kini berada di dalam negara Thailand. Cukuplah ditambah saya telah merakamkan gambar luar dan dalam hampir 70 buah masjid dan 30 makam baru. Semuanya akan diketengahkan bersama banyak lagi tempat yang dilawati seperti bandar, pekan, sungai, gua dan pantai apabila perjalanan dijadikan cerita.

Sebelum itu biar dibuat dahulu cerita perjalanan ke Utara Ramadhan tahun lepas sampailah selesai. Rujuk pada artikel Misi menjejak sang Merong hingga ke Hatyai? yang dibuat 4 bulan lalu. Insyaallah kalau tiada aral melintang saya akan mula bercerita tentangnya minggu hadapan. Sekian buat masa ini... :]

Ralat (14 Januari 2011): Merujuk pada perenggan kedua artikel di mana ada disebut saya cuma pernah mengambil gambar paling banyak pun sekitar 1,500 keping untuk setiap satu perjalanan iaitu sebelum perjalanan 2,367 km ke Pantai Timur dibuat. Semalam saya telah membelek-belek file kumpulan gambar untuk perjalanan ke utara yang berlangsung bulan Ramadhan tahun 2010 iaitu 4 bulan lebih awal, perjalanan yang ceritanya baru sahaja dimulakan semalam. Ternyata saya telah mengambil lebih 1,900 gambar. Harap maklum.


2 ulasan:

Chik Att berkata...

Salam ..
Pertama kali saya menjejak kaki ke sini ...
Menarik ... satu siri travellog yang menarik ...dan berilmu ...
Teruskan ... dan saya akan terus membaca tulisan saudara ....

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. OK, teruskan membaca...