Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Mac 08, 2010

Kepala naga Merong Mahawangsa dan legasi Saidina Salman Al-Farisi, satu petanda daripada era lebih 1,200 tahun lalu?

Hmm. Sudah masuk jam 2.30 pagi tetapi saya masih tak boleh tidur. Ada satu gerak rasa yang mesti diluahkan di sini...


Perhatikan betul-betul bentuk ini...




Bentuk di atas tadi ialah gambar zoom in ukiran daripada gambar ini, diambil daripada artikel lama Masjid lama Perak yang terbiar (An old and abandoned Perak old mosque) yang ditulis di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) 3 tahun lalu.





OK. Rasanya ramai yang sudah maklum betapa saya meminati bentuk ukiran yang saya sering sebut sebagai bentuk "lidah terjulur" ini. Malah seminggu lepas, sebaik sahaja kembali daripada perjalanan terbaru ke Aceh saya telah menulis sebuah artikel bertajuk Dah jumpa dah di Aceh! Bentuk "lidah terjulur" yang mengaitkannya dengan Perak... untuk berkongsi sedikit penemuan terbaru saya tentang bentuk ukiran ini. Saya ada menulis di situ bahawa setelah 4 kali pergi ke Aceh, baru bentuk ukiran ini saya temui di sana, di satu tempat berdekatan Perlak. Cukuplah jika ditambah (kerana cerita lanjut lebih sesuai dibuat dalam catatan tentang perjalanan terbaru ke Aceh yang akan dibuat nanti) bahawa bentuk ini saya lihat di satu tempat yang ada kena-mengena dengan nama Bandar Khalifah.

Di sini biar saya copy and paste balik beberapa perenggan daripada buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari diri dan erti" (terbit Jun 2006)... daripada bab bertajuk "KeSultanan Perlak : Bermulanya sebuah cerita"...


----------




Dicatat dalam sejarah, pada awal abad ke 9 Masihi telah datang rombongan 100 orang pendakwah dari Timur Tengah berlabuh di Perlak, diketuai seseorang yang dikenali sebagai Nakhoda Khalifah. Mereka ini dikatakan telah melarikan diri daripada buruan kerajaan selepas gagal dalam percubaan menggulingkan pemerintahan Bani Abbasiyah.

Ahli rombongan ini dikatakan terdiri daripada keturunan Rasulullah SAW melalui puteri baginda Fatimah az-Zahrah dan suaminya, Saidina Ali bin Abi Talib Karamallahuwajha, juga para penyokong yang mahukan kepimpinan anak cucu Nabi. Termasuk di kalangan mereka adalah seseorang bernama Ali bin Muhammad bin Jaafar Al-Sadiq.

Ketika itu, Perlak sedang diperintah raja berketurunan Parsi, Merah Syahir Nuwi. Raja dan rakyat Perlak tertarik dengan akhlak ahli rombongan lalu menganut Islam, Rombongan itu dimuliakan dan Ali dikahwinkan dengan adik perempuan Raja Perlak yang bernama Makhdum Tansyuri.

Ada sumber menyebut nama penuh Ali ialah Ali Muktabar Muhammad bin Ad Diba’ie bin Jaafar As Siddiq. Tetapi Rasyid lebih cenderung mempercayai Ali adalah anak kepada Muhammad bin Jaafar as-Sadiq...

Apapun, Merah Syahir Nuwi mangkat sekitar 840 Masihi. Anak lelaki Ali dengan Makhdum Tansyuri pula diangkat menjadi raja baru Perlak, Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah. Maka bermulalah keSultanan Islam Perlak yang akan menjangkau tempoh lebih 400 tahun.

Ali diketahui sebagai anak cucu Imam Ja’afar Al-Sadiq, seorang alim-ulamak besar berketurunan Rasulullah SAW daripada jurai Saidina Hussein yang sangat dihormati dalam sejarah Islam. Malah ulamak ini dikultuskan sebagai seorang imam maksum dalam fahaman Syiah. Yang menjadi persoalan, apakah asal-usul Merah Syahir Nuwi yang menjadi raja asal Perlak? Lebih penting lagi siapakah dia Nakhoda Khalifah?

Ada catatan lama menyebut Merah Syahir Nuwi berasal dari keturunan seorang bangsawan Parsi bernama Salman yang telah berhijrah ke bumi Serambi Mekah beberapa kurun terdahulu. Pelabuhan Perlak pula dikenali sebagai Bandar Khalifah sejak kedatangan rombongan 100 orang pendakwah itu, sempena nama ketua mereka Nakhoda Khalifah. Tetapi sebelum menyingkap siapakah Nakhoda Khalifah, eloklah kita kenal dahulu siapakah Salman yang menurunkan Merah Syahir Nuwi.


------------------


Dipendekkan cerita, bab itu diteruskan dengan mengenengahkan 'teori' saya sendiri bahawa Salman yang dimaksudkan adalah Saidina Salman Al-Farisi, seorang sahabat besar Nabi. Rasanya belum ada sesiapa yang membuat telahan yang sama... kalau adapun belum tertulis dalam mana-mana catatan yang boleh dibaca orang ramai. Setelah lebih 2 tahun menulis buku pertama "Berpetualang ke Aceh" baru saya mendapat tahu bahawa sejarah lama Aceh yang lebih terperinci menyebut namanya sebagai Maharaj atau Maharaja Syahriar Salman yang berasal dari Parsi. Maka memang ada yang menyebutnya sebagai Salman Al-Farisi. Tetapi setakat yang saya tahu tidak ada mana-mana pihak yang mahu atau berani menyebutnya sebagai Saidina Salman Al-Farisi, sahabat besar Nabi Muhammad SAW yang turut diangkat menjadi Ahlul Bait iaitu ahli keluarga baginda walaupun mereka tidak memiliki pertalian terus darah atau hubungan melalui perkahwinan sepertimana yang ada pada Ahlul Bait utama seperti Saidina Ali, Saiditina Fatimah, Saidina Hassan dan Saidina Hussein..

Adapun catatan-catatan berkaitan menyebut Maharaja Salman datang ke Aceh atau lebih tepat ke wilayah Jeumpa dianggarkan pada tahun 777 Masihi. Kedatangan rombongan 100 orang pendakwah ke Perlak yang diketuai Nakhoda Khalifah pula dikatakan berlaku sekitar 804 Masihi. Catatan turut menyebut Maharaja Salman telah berkahwin dengan Puteri Mayang Seludang daripada Jeumpa. Ada yang menambah, yang dimaksudkan Jeumpa sebenarnya adalah Champa di wilayah Indo China!

Apapun Maharaja Salman dikatakan telah mendirikan kerajaan Perlak. Baginda mendapat 4 orang putera - Syahir Nuwi, Syahir Tanwi, Syahir Pauli, Syahir Dauli - dan seorang puteri, Tansyir Dewi juga dikenali sebagai Makhdum Tansyuri. Puteri inilah yang kemudian berkahwin dengan Ali bin Muhammad daripada rombongan Nakhhoda Khalifah. Anak dari hasil perkahwinan ini diangkat menjadi Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz yang diisytiharkan sebagai Sultan pertama kerajaan Islam Perlak pada tahun sekitar 840 Masihi.

Ada pihak membuat telahan bahawa Maharaja Salman adalah seorang Ahlul Bait dari keturunan Saidina Hussein AS, cucu lelaki kedua Nabi Muhammad SAW. Alasan yang digunakan adalah kerana anak-anak Salman memakai gelaran Syahir atau Syahri di pangkal nama dan ini bersamaan dengan gelaran Syahri yang ada pada Puteri Syahribanun, isteri Saidina Hussein, puteri raja terakhir empayar Parsi (dimasukkan ke dalam wilayah jajahan Islam selepas dikalahkan oleh angkatan tentera yang dikirim oleh Saidina Umar). Ini tidak mustahil memandangkan pada tahun 777 Masihi, sudah ada 4 generasi keturunan Saidina Hussein. Ketika itu sudah hidup seorang Ahlul Bait terkenal, Imam Muza al-Khazim bin Ja'afar as Sadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Saidina Hussein sebagai bandingan. Namun menyatakan seseorang itu sebagai Ahlul Bait hanya berdasarkan pangkal nama Syahir atau Syahri terasa begitu dangkal. Lagipun ia memang satu gelaran kebesaran yang digunakan bangsawan berketurunan Parsi sejak turun-temurun.

Berbalik pada 'teori' saya bahawa Maharaja Salman adalah sebenarnya Saidina Salman Al-Farisi, ia juga boleh dipersoalkan apalagi tahun 777 Masihi itu jaraknya lebih 140 tahun setelah Rasulullah SAW wafat sekitar tahun 633 Masihi. Namun banyak riwayat menyebut Saidina Salman diketahui berumur amat panjang. Kalau zaman sekarang pun masih boleh ditemui orang berumur lebih 120 tahun, agak-agak le zaman Nabi dahulu umur bagaimanakah yang dikatakan amat panjang? Rasanya kalau setakat 150 tahun masih boleh dikira "suam-suam kuku" lagi. Kalau 200 tahun ke atas baru boleh disebut berumur panjang kot?

Namun itu semua bukan persoalan penting pada tahap ini. Agar artikel ini tidak jadi panjang berjela-jela harap pembaca cuba sahaja akur dengan 'teori' saya bahawa Saidina Salman Al-Farisi inilah Maharaja Salman yang datang ke Aceh dahulukala. Yang pasti baik Saidina Salman mahupun Maharaja Salman memang berasal daripada keturunan Raja Parsi. Harus ditambah bahawa yang dimaksudkan Raja Parsi pada zaman itu ialah dari Dinasti Sasanid, dipercayai sesetengah orang sebagai berasal dari keturunan Raja Khurush atau Cyrus the Great yang memerintah empayar lama Parsi iaitu Achamenid sekitar 550 Masihi, satu watak yang dipercayai ramai sebagai penakluk besar Zulkarnain yang ada disebut di dalam Al-Quran.

Apa yang ingin diluahkan adalah wujudnya keselarian tentang cerita Salman yang datang ke Aceh pada tahun 777 Masihi dengan cerita Merong Mahawangsa, satu watak besar lagenda yang dikatakan menerbitkan sesetengah cabang Raja-raja Melayu. Lagipun ada disebut bahawa Merong Mahawangsa adalah anak Raja Rom yang sedang berurusan dengan kerajaan Cina. Menurut pendapat pengkaji, Rom yang dimaksudkan sebenarnya adalah empayar Parsi kerana ketika itu orang Melayu menyebutnya begitu... sepertimana kitab Hikayat Hang Tuah ada memanggil Sultan Turki yang memegang empayar Islam Othmaniyah sebagai Sultan Rom...

Adapun cerita tentang Merong Mahawangsa itu sukar dijangkakan pada zaman manakah ianya berlaku jika berdasarkan pada hikayatnya sahaja. Latar-belakang cerita dalam hikayat itu bermula dengan satu macam pertaruhan antara burung gergasi garuda dengan Nabi Allah Sulaiman. Jika ini mahu diambil kira, maka ianya mestilah berlaku sekitar 900 tahun Sebelum Masihi kerana itulah zaman Nabi Sulaiman dijangkakan hidup menurut perkiraan moden. Sedangkan baik empayar Parsi mahupun empayar Rom Eropah yang pernah berpusat di Turki kemudian bandaraya Rom di Itali cuma diketahui wujud beberapa ratus tahun kemudian.

Apapun, menurut cerita orang-orang lama (faham-faham aje le) seperti disampaikan kepada saya, ketika itu masa atau waktu belum dikira sepertimana sekarang. Satu hari ketika itu kadangkala boleh menyamai berpuluh tahun waktu menurut kiraan sekarang! Tetapi di tempat lain mungkin satu hari boleh jadi macam sejam begitu. Konsep pelik sebegini sebenarnya pernah diutarakan dalam pemikiran logik dan rasional sains melalui Theory of General Relativity yang diutarakan Albert Einstein. Namun setakat ini ia cuma dapat dibuktikan secara empirikal berlaku pada peringkat terkecil atom atau sub-atomic level...

Setakat ini tidak ada pembuktian perubahan persepsi waktu sebegitu pernah berlaku pada mana-mana manusia kecuali dalam bentuk thought experiment atau jangkaan dalam pemikiran. Misalnya ada disebut dalam pengajian sains bahawa jika ada kembar seiras, seorang duduk di bumi seorang menaiki roket yang menghampiri kelajuan cahaya, maka selepas 10 tahun, kembar yang duduk di bumi akan menjadi lebih tua 10 tahun sepertimana kebiasaan mana-mana manusia sedangkan yang menaiki roket cuma meningkat umur 5 tahun atau kurang!

Perkara yang sama juga disebut akan berlaku andainya manusia dapat menghampiri event horizon, satu titik sempadan sebelum segala benda menjadi terhunjam penyek ke dalam akibat tarikan kuat graviti pada titik hitam atau black hole yang diterbitkan oleh sesetengah bintang yang sudah tamat jangkahayatnya. Namun belum ada lagi mana-mana roket ciptaan manusia yang boleh mencapai kelajuan 10 peratus cahaya apalagi menghampiri kelajuan cahaya. Dan belum ada manusia yang dapat sampai ke black hole. Jadi teori ini cuma tinggal teori atas kertas yang cuma boleh difikirkan sahaja, bukan dapat dibuktikan secara fizikal. Jadilah thought experiment...

Namun kita-kita di Alam Melayu ini mesti pernah mendengar cerita di mana seseorang itu sesat di hutan termasuk ke alam bunian lalu ditemui kembali 3 tahun kemudian. Tetapi menurut ceritanya dia baru 3 hari berada di alam sana! Sebaliknya boleh berlaku kes di mana seseorang itu masuk ke alam bunian dan terasa seperti 3 tahun berada di sana. Namun di alam nyata, masa cuma berlalu baru 3 hari. Begitulah menurut cerita orang-orang lama keadaan sebenar dunia dahulukala... sebelum kita sibuk mengukur masa dengan jam dan alat-alat yang sewaktu dengannya lalu kita tanpa sedar telah 'membekukan' masa sehingga boleh disukat-sukat mengikut ketentuan kita...

Dalam dunia tanpa sukatan tetap masa seperti yang diceritakan orang-orang lama, seringkali berlaku orang-orang 'melompat' waktu serupa dengan apa yang kita lihat dalam cerita-cerita sains fiksyen yang melibatkan konsep time machine. Lalu banyak perkara yang berlaku tidak dapat diatur menurut turutan kronologi sepertimana yang kita buat kini. Memahami hakikat sebenar perkara ini sangatlah rumit. Maka biar kita cuba rungkai melalui logik biasa sahaja. Kita tolak tepi kisah garuda dan Nabi Sulaiman dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan anggap ia sebagai perlambangan sahaja. Kita cuba buat unjuran waktu berdasarkan apa yang sedia ada.

Sejarah rasmi menyebut raja pertama Kedah yang memeluk Islam diberi nama Sultan Muzaffar Shah, mula memerintah tahun 1136 Masihi. OK, saya tidak memiliki senaskah kitab Hikayat Merong Mahawangsa, namun sukacita dimaklumkan selain Hikayat Inderaputera ia adalah antara cerita lama Melayu yang pertama saya baca sehingga habis walaupun kurang faham iaitu ketika saya berumur sekitar 9 tahun gitu. Saya ambik sahaja informasi daripada Wikipedia ya. Kupasannya tentang Hikayat Merong Mahawangsa menyebut Sultan Muzaffar ini asalnya bernama Raja Phra Ong Mahawangsa, anakanda Raja Phra Ong Mahapudisat bin Raja Ong Maha Perita Deria (Raja Bersiong) bin Raja Seri Maha Inderawangsa bin Raja Seri Mahawangsa bin Raja Merong Mahapudisat bin Raja Merong Mahawangsa.

Kalau kita ambil jangkaan pukul rata bahawa seorang laki-laki itu paling awal mendapat anak ketika berumur 20 tahun, maka kita boleh membuat andaian antara lahirnya Sultan Muzaffar dengan kemunculan Raja Merong Mahawangsa ada tempoh 120 tahun gitu (20 tahun x 6 generasi). Kita anggap Sultan Muzaffar menjadi raja setelah masuk umur 30 tahun. Maka kita boleh membuat anggaran bahawa Raja Merong Mahawangsa muncul di rantau ini sekitar tahun 880 Masihi gitu (1136 Masihi iaitu tahun Sultan Muzaffar menjadi raja - 30 tahun iaitu umurnya menjadi raja - 120 tahun iaitu tempoh antara 6 generasi). Dengan menukar parameter anggaran misalnya umur seorang lelaki mendapat anak menjadi 30-40 tahun tidak susah untuk kita menyelarikan zaman kemunculan Raja Merong Mahawangsa dengan zaman kemunculan Maharaja Salman yang saya yakini adalah Saidina Salman Al-Farisi. Ah... senang cerita, saya mahu menyatakan kemungkinan bahawa Saidina Salman juga adalah orang yang dikenali sebagai Merong Mahawangsa!

OK. Adapun disebut bahawa anakanda Salman yang bernama Syahir Nuwi adalah Raja Perlak ketika rombongan Nakhoda Khalifah dan 100 orang pendakwah datang dari Timur Tengah sekitar 804 Masihi. Apa yang menarik, ada disebut dalam banyak catatan bahawa Syahir Nuwi itu adalah panggilan orang Arab bagi negara Siam dan ini turut dinyatakan dalam sirah kehidupan Sheikh Hamzah Fansuri (hidup abad ke 17 Masihi) yang menyebut bapanya pernah menjadi gabenor di Syahir Nuwi. Catatan dalam Wikipedia tentang Hikayat Merong Mahawangsa pula menyebut, atas nasihat bapanya Raja Merong Mahawangsa, Raja Merong Mahapudisat telah merajakan anak sulungnya di Siam. Saya tidak ingat catatan sebenar dalam hikayat tetapi ini rasanya cukup untuk menunjukkan bahawa Merong Mahapudisat sendiri yang telah membuka Siam sebelum merajakan anaknya di sana. Katakanlah Merong Mahawangsa adalah panggilan lain bagi Salman. Apakah mungkin Merong Mahapudisat adalah panggilan lain bagi Syahir Nuwi, lalu sebab itu orang Arab mengenali Siam sebagai Syahir Nuwi?

Hmm. Saya rasa saya tidak boleh bercerita terlalu panjang lagi. Ketika menulis ayat inipun sudah hampir jam 5 pagi. Cukuplah saya menambah bahawa luahan dan persoalan kali ini timbul setelah cuba memecah asal-usul sebenar bentuk ukiran kayu seperti "lidah terjulur" yang terdapat pada sesetengah rumah dan bangunan lama di Perak, Kedah dan Pulau Pinang tetapi saya yakini ada kena-mengena dengan Aceh. Seperti disebut dalam artikel Dah jumpa dah di Aceh! Bentuk "lidah terjulur" yang mengaitkannya dengan Perak..., dalam lawatan ke 4 ke Aceh baru saya terjumpa bentuk itu di sana iaitu berdekatan Perlak. Setelah lama memikirkan apakah maknanya ini, kenapa saya harus menemui bentuk ini di Perlak, bukan di Banda Aceh mahupun sekitar Geudong di mana pernah terletaknya pusat kerajaan Samudera-Pasai, baru saya menanyakan seseorang. Jawabnya mudah... bentuk ukiran itu berasal daripada Cina, dan ia berkaitan naga!

Allah. Baru saya nampak. Memang kalau diperhatikan lebih teliti (lihat gambar zoom in) di atas ia adalah bentuk kepala naga Cina siap dengan sesungut-sesungutnya. Nampaknya nama rasmi bentuk ukiran ini iaitu "Papan kepala cicak" seolah-olah menjadi petunjuk tersirat kerana dari satu segi, naga itu boleh dikatakan sebagai cicak yang amat besar. Sepertimana orang Putih ada menyebut haiwan pra-sejarah dinasour sebagai lizard... walhal kita tahu lizard tu kalau diterjemah ke Bahasa Melayu jadi cicak sahaja! Orang itu menambah, naga itu memang ada kena-mengena dengan Merong Mahawangsa (dan orang itu membenarkan telahan saya tentang kaitan antara raja ini dengan Salman Al-Farisi). Ini disebabkan, benar seperti dakwaan sebuah blogspot tertentu, Merong Mahawangsa memang cucu seorang Maharaja Cina!

Cuma dalam kekeliruan cuba menaikkan line of reasoning senget agar keluarga mereka dapat diangkat menjadi pemerintah 'sebenar' Nusantara konon, pihak yang mengelolakan blogspot tersebut samada tidak tahu atau sengaja menyembunyikan fakta bahawa nasab lelaki atas lelaki Merong Mahawangsa memang berasal daripada Parsi lalu segala-galanya cuba dikaitkan dengan Cina belaka. Kemudian mereka cuba menyembunyikan keberadaan kerajaan Langkasuka yang ada disebut dalam hikayat lalu cuba menyatakan 'kebesaran' kerajaan Siam menggantikannya. Walhal yang besar sehingga meliputi Pulau Ceylon, IndoChina, Filipina, Papua New Guinea dan utara Australia itu adalah kerajaan Langkasuka yang diasaskan oleh Merong Mahawangsa... kerana baginda adalah waris empayar Sasanid Parsi juga cucu Maharaja Cina lalu dapat menggabungkan sebahagian bekas jajahan takluk dua empayar besar dunia serta jajahan takluknya sendiri. Kerajaan Siam yang diwujudkan kemudian cuma salah satu daripada kerajaan-kerajaan yang diwariskan kepada anak-cucu baginda. Maka menjadi satu penyelewengan fakta yang sangat besar apabila menyebut Siam lah yang berkuasa ke atas segalanya.

Penyelewengan yang mahu dinyatakan sebagai "sejarah realiti" ini konon serupalah dengan dakwaan orang Yahudi bahawa Nabi Ibrahim kononnya beragama Yahudi, atau orang Kristian cuba mengaku Nabi Ibrahim itu Kristian. Walhal Nabi Ibrahim telah wujud sebelum ada Yahudi dan Nasrani sedangkan agama Yahudi itulah yang menyeleweng daripada ajaran Nabi Ibrahim yang sejati.

Tentang Siam itu Islam, itu tak menjadi masalah. Ramai pun dah tahu tentang itu, tak perlu datang Saad bin Abi Waqqas ke negeri Cina untuk Siam menjadi Islam kerana Merong Mahawangsa yang berketurunan Parsi sudahpun menerima Islam dari Timur Tengah. Tentang dakwaan bahawa Merong Mahawangsa telah berkahwin dengan Sharifah Mariam Al-Jefri atau dikenali juga sebagai Tok Soh, itu adalah satu lagi penyelewengan fakta atau silap tafsiran yang amat besar.

Katakanlah Merong Mahawangsa tidak ada kena-mengena langsung dengan Salman Al-Farisi. Kita turut sebentar dakwaan blogspot itu yang menyebut Merong Mahawangsa datang ke rantau ini sekitar 800 Masihi lalu berkahwin dengan Sharifah Mariam Al-Jefri. Maka seharusnya kita kaji dahulu dari mana datangnya keluarga Al-Jefri agar nampak kesahihan bukti...

Saya sendiri tidak ingat butirannya tetapi saya tahu Al-Jefri merupakan salah satu daripada banyak cabang pecahan keluarga Ba-Alawi, satu kabilah berketurunan Nabi Muhammad SAW di mana setiap ahlinya samada bergelar Sayyid dan Sharifah dan banyak beranak-pinak di wilayah Hadramaut di Yaman, penghujung Semenanjung Arab. Adapun nama-nama keluarga seperti Al-Jefri, Al-Attas, Al-Shahab dan sebagainya itu cuma timbul setelah beberapa keturunan anak cucu moyang utama mereka iaitu Alawi bin Ubaidullah beranak pinak di Hadramaut. Alawi ini pula adalah cucu kepada Ahmad Muhajirullah, Ahlul Bait ataupun keturunan Nabi Muhammad SAW yang pertama sekali berhijrah ke Hadramaut. Nama penuhnya ialah Ahmad Muhajirullah bin Isa Al-Rumi bin Muhammad Naqib bin Ali Al-Uraidhi bin Ja'afar as Sadiq. Ja'afar as Sadiq yang merupakan generasi ke 3 keturunan Saidina Hussein diketahui hidup sehingga tahun 765 Masihi. Oleh kerana Ahmad Muhajirullah adalah generasi ke 4 keturunan Ja'afar, boleh dianggarkan beliau hidup sezaman dengan Imam ke 10 Syiah yang segenerasinya dengan iaitu Ali al-Hadi (835-868) Masihi.

Nah. Ahmad Muhajirullah sendiri hidup sekitar itu, agak-agaknya bila pula cucunya Alawi bin Ubaidullah yang menjadi asbab kemunculan nama kabilah Ba'Alawi itu mula beranak-pinak? Apalagi mahu menunggu kemunculan keluarga Al-Jefri beberapa generasi kemudian. Maka mana mungkin Merong Mahawangsa boleh berkahwin dengan Sharifah Mariam Al-Jefri pada tahun 800an Masihi seperti didakwa para penyokong blogspot yang terlalu pro Siam.

Mana mungkin wujud seorang insan bernama Sharifah Mariam Al-Jefri ketika itu... kecuali wujud unsur-unsur 'melompat' masa yang mana jika diletakkan menjadi dalil pembuktian cerita akan menjadi kacau-bilaulah segala aturan ilmu dan sejarah menurut kronologi, satu perkara yang tidak mampu ditelan minda manusia biasa seperti kita. Lainlah kita ini orang kayangan, para wali dan sebagainya... mungkin kita dapat memahami malah mengalami keadaan 'melompat' masa sebegini. Tapi tak pa. Kita anggap le betul memang Merong Mahawangsa itu berkahwin dengan Sharifah Mariam Al-Jefri walaupun ini adalah mustahil mengikut turutan masa yang kita ketahui.

Adapun satu 'dalil' terbesar blogspot tersebut dalam menyatakan 'kebesaran' Siam dan keturunan mereka adalah kerana Merong Mahawangsa kononnya mewarisi hak kepimpinan Bani Hasyim yang membawa kepada penentuan arah tuju ummah akhir zaman. Satu, saya sudah sebut 'kebesaran' Siam itu cuma sebahagian kecil sahaja daripada kebesaran Langkasuka yang mungkin berjaya mengambil-alih kepimpinan kerajaan besar Nusantara yang dikenali sejarawan sebagai Srivijaya. Maka melebihkan Siam sehingga menafikan Langkasuka adalah sama seperti menyatakan Nabi Ibrahim adalah orang Yahudi... sama juga bodohnya dengan percubaan mendakwa Iskandar Zulkarnain adalah orang Siam walhal penakluk ini sudah wujud jauh lebih lama sebelum terbitnya nama Siam. Tentang hak Bani Hasyim yang kononnya berlaku disebabkan perkahwinan dengan Sharifah Mariam, tadi kita sudah tunjukkan betapa ini adalah mustahil mengikut ukuran masa. Namun kalau betul pun Merong Mahawangsa memang berkahwin dengan Sharifah Mariam untuk menerbitkan keturunan yang ada darah Ahlul Bait, mereka-mereka ini tidak harus melebihi kedudukan dan keutamaan anak cucu yang nasabnya lelaki atas lelaki sampai terus kepada Saidina Hassan mahupun Hussein.

Sudah menjadi hukum nasab terutama melibatkan Ahlul Bait, mereka yang keturunannya bersambung dengan Rasulullah SAW melalui ibu atau belah perempuan kurang 'daulatnya' berbanding dengan mereka yang bapa bin datuk lelaki atas lelaki sampai kepada Saidina Hassan atau Hussein. Jangan gunakan alasan Hassan dan Hussein bersambung dengan Rasulullah SAW melalui ibu mereka iaitu Fatimah... itu adalah kes istimewa untuk keluarga terdekat Nabi. Sepertimana Rasulullah SAW sahaja yang dibenarkan kahwin lebih dari 4 orang isteri, keturunan baginda dikira bersambung melalui Hassan dan Hussein walaupun baginda tidak memiliki anak lelaki dewasa.

Kalau ini mahu dikira sebagai 'kekurangan' pun anggaplah ia 'kecairan' pertama darah Nabi (walhal 'kecairan' ini diisi pula oleh darah Saidina Ali) dalam sejarah keturunan Ahlul Bait. Cukuplah satu 'kecairan' ini sahaja. Jangan ditambah lagi 'kecairan' kali kedua seperti berlaku pada anak cucu Merong Mahawangsa kalau betullah baginda berkahwin dengan Sharifah Mariam Al-Jefri. Sebab itu para Sharifah anak-anak perempuan berketurunan Nabi disuruh berkahwin dengan Sayyid sahaja iaitu mereka yang sekufu, sama taraf keturunannya. Bukan langsung tak boleh kahwin dengan orang bukan Sayyid tetapi tidak digalakkan. Yang pasti, kalau mahu juga kahwin dan dapat zuriat, anak itu tidak layak lagi memakai nama Sayyid atau Sharifah, apalagi mahu menjadi Sharif yang konon memimpin sebuah empayar besar Islam. Namun 'kecairan' ini mungkin dapat diatasi Merong Mahawangsa kalau betul baginda dan Saidina Salman Al-Farisi adalah orang yang sama. Ini disebabkan Rasulullah SAW sendiri pernah mengisytiharkan Salman sebagai Ahlul Bait atau keluarga angkat baginda!

Apapun, Imam Mahdi yang bakal memimpin ummah akhir zaman nanti adalah nyata berketurunan Saidina Hassan lelaki atas lelaki. Ada juga yang menyebut baginda berketurunan Saidina Hussein. Yang pasti baginda bukan keturunan mana-mana Maharaja Cina yang diketahui tidak ada nasab belah laki-laki Nabi Muhammad SAW dalam darah keturunannya. Jadi untuk mana-mana pihak yang tidak ada talian terus lelaki atas lelaki darah Saidina Hassan mahupun Hussein untuk berkokok dengan pelbagai dalil agar dianggap layak menjadi ketua ummah yang mampu menobatkan "sejarah realiti"... itu adalah pembohongan besar yang hampir setaraf dengan pembohongan Dajjal mengaku Tuhan. Sekian luahan... dah dekat jam 6 pagi dah. Subuh woiiii! :]


p/s: Alhamdulillah. Kiranya apa yang saya luahkan ini sedikit-sebanyak dapat menjawab persoalan untuk diri saya sendiri seperti yang telah muncul lalu dilepaskan melalui artikel Merah Syahir Nuwi, Aceh, Siam dan mimpi pedang yang dibuat 3 tahun lalu.

51 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Wah abg rase ade x kaitan dgn 'darah naga'?

-246-

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam.

Ada tu memang ada. Tapi kena berhati-hati dalam menafsirkan makna darah naga. Takut terperangkap dengan definisi syaitan Illuminati.

Misalnya mengatakan darah naga tu kononnya sebab percampuran kahwin dengan makhluk asing dari Planet Nibiru. Atau disebabkan berkahwin dengan jin dan sebagainya.(Dalam pemikiran orang lama tidak ada mahkluk mahupun planet lain, yang ada cuma makhluk dari dimensi lain seperti alam bunian dan alam jin. Namun untuk disesuaikan dengan pemikiran moden zaman sekarang, dimensi-dimensi lain ini dizahirkan secara kun fayakun sahaja sehingga menjadi rupa planet-planet yang kononnya berada nun jauh di luar sana...)

Walaupun memang wujud darah jin dalam genetik ini (disebabkan Puteri Balqis ibunya bangsa Jin dan dari perkahwinan Nabi Sulaiman dengannya pula terbit genetik raja-raja besar kemudian termasuk Iskandar Zulkarnaian) kita tidaklah boleh menganggap ia sebagai faktor kebesaran. Kalau tidak kita akan terperangkap dalam dakyah halus yang memuliakan bangsa jin lebih daripada manusia... inilah dakyah yang sentiasa ingin diterapkan golongan jin yang menyokong iblis... kerana dengkinya terhadap manusia yang diangkat menjadi Khalifah sejak turunnya Nabi Adam AS ke bumi walhal sebelum itu para jin lah penguasa tertinggi bumi sehingga seekor bangsa Jin iaitu Azazil pernah diangkat menjadi ketua para malaikat di langit!

Mohd Shahrizal berkata...

Wah MS, sampai masuk bab siam nih.. anyway thanks for good explaination mengenai Syahir Nuwi

azmay berkata...

saya selalu bersetuju dgn pendapat saudara...

tp ada tak kemungkinan keturunan2 yg mulia tersebut begitu payah utk di teroka...& begitu berkecamuk kerana ada sesuatu yg cuba disembunyikan...

maaf...saya cuma meneka2 jer...

Radzi Sapiee berkata...

Yep. Memang susah diterokai kerana selain menjadi rahsia, ia ada unsur-unsur 'lompatan' roh. Ibarat Tok Kenali 'berpecah tiga' untuk menghadiri 3 buah majlis di tempat berlainan pada masa serentak. Di setiap majlis ada saksi mengatakan mereka nampak Tok Kenali hadir di majlis mereka. Maka apakah Tok Kenali cuma hadir di majlis A sahaja sedangkan kesaksian hadirin di majlis B dan C harus dikira bohong semata-mata kerana logik menegaskan tidak mungkin seseorang itu dapat menghadiri 3 majlis di tempat berlainan dalam waktu serentak?

Srikandi berkata...

Saudara Radzi Sapiee,

Adakah ada kaitan Syahir Nuwi dengan Syahrul Nuwi iaitu nama lain bagi Ayutthaya?Saya rasa anda tahu jawapannya.

Apakah kaitan Siam dengan Aceh?

Bahasa Aceh mempunyai kaitan rapat dengan bahasa Cham,iaitu satu rumpun Melayu di Indochina.Ketika kemaraan Dai-Viet dari utara,ramai orang Cham telah berpindah ke merata tempat di Nusantara namun yang ramainya telah berpindah ke Sumatera.Di sini orang keturunan Cham tadi diangkat menjadi raja kerana sememangnya orang Cham pandai mengurus kerajaan sebagaimana mereka pernah memiliki kerajaan Champa.

Jika anda ingin tahu kaitan Aceh dengan Benua Siam,anda kena tahu siapa orang Cham ini.Anda kena kaji rumpun-rumpun Melayu di Indochina (benua Siam) sebelum era kemaraan Tai dan Dai-Viet.


~Srikandi

Radzi Sapiee berkata...

Terimakasih saudari Srikandi. Mungkin saudari juga boleh memberi sedikit input tentang kerajaan Kembayat Negara yang disebut dalam Syair Siti Zubaidah?

azmay berkata...

Saya memang percaya kisah Tok Kenali tu...sbb saya berasal dari Kelantan..
Semenjak dari kecil lagi saya dah dengar cerita ni..

Kisah tu jgk mgkin menjelaskan bagaimana Cik Siti Wan Kembang boleh muncul semula sbagai Raja di Kelantan selepas lebih kurang 300 tahun...emmm

Unknown berkata...

Salam saudara Radzi,
Satu kupasan menarik berkaitan Merong.

Andai la saudara Radzi,Srikandi & Nai-Nai boleh duduk semeja dan bentangkan hujah masing2 kemudian cari lopak2 kosong untuk diisi sudah pasti banyak lagi kronologi2 sejarah dapat dicari. Ketepikan sifat atau rasa prasangka dan utamakan rungkaian kebenaran sapa itu 'MELAYU'sudah pasti akan memberi lebih manfaat kepada seluruh bangsa melayu...hanya pendapat peribadi.

Fairus

Ibnu Rusydi berkata...

Assalamualaikum saudara Radzi Sapiee,

Agak 'terlewat' saya berjumpa dengan artikel ni. Namun, sangat menarik untuk difikirkan.

Saya bersetuju dengan saudara, Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari 'Rom' tu merujuk kepada Parsi, dan 'Zulkarnain' adalah Cyrus The Great. Cuma KRU still nyatakan dalam filem depa yang Rom tu adalah Alexander the Great from Macedonia mungkin semata-mata atas nilai komersil untuk tarik penonton dari barat (tkeluar tajuk plak lah...)

Pasal saudara dah nyatakn ttg blog yang 'satu' tu, saya pun nak kongsilah. Dia nyatakan Merong Mahawangsa tu adalah anak kepada Maharaja Shih Huang Ti Rom Chin Ser Wong, yang merupakan anak pula kepada Maharaja Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. Pendapat peribadi saya, ini mungkin dari sebelah ibu Merong Mahawangsa (so, dia ni cucu kepada Sai Tee Sung).

Tentang isterinya pula memang pelik. Dia nyatakan isteri Merong ni bernama Syarifah Maryam binti Syed Jamal Al-Jefri. Dan Merong Maha Pudisat pula mewarisi gelaran Syed Jamalul Alam Badrul Munir. Yang ni saya masih kaji lagi. Tapi panggilan Siam sebagai Syahrul Nuwi di kalangan Arab tu memang jelaslah. Apa yang menarik, dia nyatakan anak Merong Maha Pudisat ni adalah Sultan Alirah Syah Perlak!

Cuma pada saya, Maharaja Salman dengan Salman Al-Farisi tu mungkin dua orang yang berbeza. Sama ada sama2 dari Parsi, ataupun Maharaja Salman tu keturunan Salman Al-Farisi sendiri. Mungkin boleh semak dengan salasilah Kerajaan Sasanid.

Salam perkenalan. Sila2lah kunjung ke blog saya (baru dibuka) jika ada kesempatan.

Salam hormat,

IBNU RUSYDI
ibnurusydi.blogspot.com

hsalman berkata...

Salam saudara Radzi,

Boleh saya tahu dimana boleh dapat buku2 saudara pada Pesta Buku di pwtc kali ni?

Terima Kasih.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Lihat artikel terbaru...

http://merahsilu.blogspot.com/2010/03/buku-buku-saya-di-pesta-buku.html

a. rais mohd berkata...

Assalamualaikum Sohbat Seislamku,

Adapun yang tersurat itulah yang dipadam oleh penjajah.. diadjust, diedit agar sedap cerita... yang tinggal hanya yang tersirat yang masih di ceritakan oleh moyang kita.. Alhamdulillah moga2 usaha saudara diberkati dan ana doakan agar anta mendapat petunjuk meleraikan benang masa yang kusut ini. Insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

Assalam...Boleh saya tanya siapa dia isteri merong mahawangsa?Saya masih lagi tertanya2.Siapakah si gadis itu.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Maaf, saya pun tak tahu. Menurut satu pihak isterinya itu bernama Sharifah Mariam Al-Jefri. Tidak mustahil Merong Mahawangsa memang mengahwini seorang Sharifah iaitu gadis berketurunan Nabi Muhammad SAW kerana zaman Merong Mahawangsa dikatakan hidup oleh pihak ini adalah sekitar 200 Hijrah. Namun hendak dikatakan Sharifah ini adalah keturunan Al-Jefri adalah mustahil kerana keluarga Al-Jefri adalah salah satu cabang dari kabilah besar Ba'Alawi yang banyak beranak-pinak di Hadramaut. Mana mungkin tahun 200 Hijrah telah wujud sedangkan moyang kepada semua keluarga Ba'Alawi iaitu Alawi bin Ubaidillah bin Ahmad Muhajirullah pun belum wujud ketika itu.

Malah datuk kepada Alawi ini iaitu Ahmad Muhajirullah (dipanggil Muhajirullah kerana berhijrah ke jalan Allah, anak cucu Nabi yang pertama sekali berhijrah ke Hadramaut) itu sendiri sampai ke Hadramaut tahun 318 Hijrah.

Ini saya ambil catatan dari satu website yang sudah hilang, tinggal cache di http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:X-cbtmiox5kJ:alkisah.web.id/2008/10/sekilas-sejarah-salaf-al-alawiyin-bagian-2.html+Ila+Muhajir+Hadramaut&cd=2&hl=ms&ct=clnk&gl=my

Ahmad bin Isa Ar Rumi bin Muhammad An Naqib bin Ali Al-Uraidhi bin Ja’far Asshadiq bin Muhammad Al-Bagir bin Ali Zainal Abidin bin Husin. Al Muhajir Ila Allah (orang yang berhijrah menuntut ridha Allah) meninggalkan Basrah di Irak pada tahun 317 H. bersama keluarga dan pengikutnya yang berjumlah 70 orang, menuju Hijaz (Saudi Arabia), kemudian ke Yaman (Utara), dan selanjutnya Hadramaut (Yaman Selatan). Al Muhajir sampai di Hadramaut pada tahun 318 H dan untuk pertama kali mendirikan rumah di Hajrain, lalu pindah ke Husayisah tempat beliau menetap hingga wafat pada tahun 345 H.

Tanpa Nama berkata...

Hmmm...aih pening kepala saya..mana satu yg benar mana satu yg salah...Jadi bagi pendapat saudara bagaimana...saya masih lagi tidak tahu samada mahu percaya bahawa sharifah mariam al-jefri adalah isteri M.M atau tidak..adakah kemungkinan sharifah mariam ini dari keturunan nabi sebelum Muhammad atau pun dr kaum besar yg lain?Aduh bebelit Kepala otak ha...

Radzi Sapiee berkata...

Seperti sudah disebut, ada kemungkinan isteri MM adalah seorang Sharifah tetapi mustahil dari keluarga Al-Jefri kerana ia belum wujud pada tahun 200 H malah ia cuma wujud hampir 200 tahun kemudian! Dan tidak ada kemungkinan Sharifah Mariam ini keturunan Nabi sebelum Nabi Muhammad. Ini kerana nama Sharifah itu sendiri merujuk kepada keturunan Nabi Muhammad.

Jadi ketahuilah basic fact ini mengenai keturunan Rasulullah SAW.

1) Pemakaian nama Sayyid, Sharifah, Sharif sebenarnya ekslusif untuk keturunan Nabi.

2) Cuma mereka yang bapanya juga Sayyid atau Sharif sahaja yang boleh memakai kembali gelaran-gelaran ini. Kalau ibunya Sharifah tetapi ayahnya bukan keluarga Sayyid, anak-anaknya tidak lagi boleh memakai nama-nama Sayyid, Sharifah dan Sharif.

3) Ada juga golongan yang memakai nama Sayyid kerana ia lahir malam Jumaat. Ini adalah satu praktis di India tetapi sangat dilarang oleh mereka yang betul-betul berdarah Nabi Muhammad SAW kerana mengelirukan asal-usul nasab. Penerusan pemakaian nama Sayyid oleh golongan ini dikira pembohong dan dusta oleh pihak Sayyid sebenar.

4) Kebanyakan Sayyid dan Sharifah yang kita kenal adalah dari keluarga Ba'Alawi di Hadramaut... mereka ini ada nama-nama keluarga seperti Al-Jefri,Al-Attas, Al-Idrus dan sebagainya. Oleh kerana nama Ba'Alawi bermula daripada Alawi bin Ubaidillah bin Al-Muhajir di mana Al-Muhajir adalah anak-cucu Nabi yang mula sekali berhijrah ke Hadramaut dan sampai pada tahun 318 H, maka MUSTAHIL wujud sesiapa yang memakai nama seperti Al-Jefri, Al-Attas dan sebagainya sebelum itu.

Kesimpulannya kita mesti tahu semua fakta ini sebelum dapat mengulas tentang keturunan Nabi. Kalau tidak kita boleh senang-senang ditipu oleh pihak yang suka membuat pengakuan atas dasar sumber ilmu syok sendiri. Maka kalau betulpun isteri MM bernama Sharifah Mariam, MUSTAHIL beliau dari keluarga Al-Jefri. Kedua, kalau betulpun isteri MM adalah seorang Sharifah anak cucu mereka tidak boleh lagi memakai nama Sharif. Kalau dipakai juga sudah melanggar hukum nasab dan boleh dikira pembohong serta pendusta nasab.

Sekian.

Harleny Abd Arif berkata...

Salaam...

Tentang rekabentuk papan kepala cicak yang terletak pada bahagian bucu cucuran atap izinkan saya kemukakan pandangan bersandarkan bidang pengkhususan iaitu Pendidikan Seni Visual bukannya bidang Sejarah Senibina (saya baru meneroka bidang ini dalam tempoh 1 tahun 6 bulan)

Kebanyakan motif ukiran yang terdapat pada bangunan lama seperti masjid tua dan rumah tradisional Melayu khususnya diilhamkan daripada unsur alam semulajadi ciptaan Ilahi. Hal demikian mencerminkan betapa masyarakat Melayu lama akrab dengan alam sehinggakan rata-rata daripada seni ukiran bangsa Melayu diadaptasi daripada unsur tumbuh-tumbuhan, haiwan serta kosmos.

Hasil adaptasi daripada unsur-unsur tersebut kemudiannya diolah sehingga menghasilkan pola menarik. Rekabentuk asal yang kelihatan rumit dipermudahkan rupanya hasil olahan idea si pembuatnya. Walaupun unsur fauna (haiwan) dilarang dalam ajaran Islam, namun aplikasi motif seperti itik pulang petang, ayam berlaga, badak mudik dan sebagainya masih digunapakai sehingga ke hari ini.

Berdasarkan ciri rekabentuk papan kepala cicak di atas, saya tidak pasti sama ada ianya diilhamkan daripada budaya Hindu atau Cina atau sememangnya milik bangsa Melayu sendiri. Kalau menurut pandangan Dr. Zulkifli Hanafi, beliau memberikan tafsiran terhadap istilah papan kepala yang diilhamkan dari rupa bentuk seekor cicak yang mati terhimpit. Hal demikian tidaklah asing kerana cicak sememangnya terdapat pada kebanyakan bangunan dalam iklim panas lembab (2000:6).

Jelaslah bahawa kenyataan tersebut cuba untuk mengaitkan rekabentuk papan kepala cicak dengan spesis cicak yang sering terdapat dalam rumah sehingga kehadirannya amat mudah untuk mengundang kepada terhimpit dicelah-celah pintu, tingkap dan lain-lain bahagian berbucu di rumah. Saya tidak pasti apakah kenyataan beliau bersandarkan fakta dari mana-mana sumber bertulis atau sekadar hipotesis menggunakan logik akal. Namun siapalah saya untuk mempertikai...

Kaitan papan kepala cicak di masjid Demak-Acheh-Tanah Melayu (khususnya Perak). Pandangan peribadi saya pula begini (kira hipotesis juga...tapi tak digalakkan kerana ia selemah-lemah teori):

Apakah rekabentuk papan kepala cicak masjid Demak diadaptasi daripada pengaruh Hindu itu saya tidak pasti. Cuma konsep penggunaan atap tumpang tersebut adunan daripada pengaruh Cina yang disesuaikan dengan budaya lokal. Bukti lain adalah jumpaan motif kura-kura pada mimbar di ruang dalam yang mempunyai hubungkait yang erat dengan pengaruh Cina (Abdul Baqir Zein, 1999: 210).

Tentang kepala Naga Merong Mahawangsa...
Mungkin ianya tercipta secara tidak sengaja. Hasil yang pandangan ilusi di ruang mata membawa daya imaginasi saudara membayangkan ianya kepala Merong Mahawangsa. Keadaan yang sama pernah berlaku kepada saya apabila melihat motif ukiran papan meleh yang menghiasi hujung cucuran atap Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan (Istana Jahar). Setelah ditenung lama-lama, ukiran yang bermotifkan pucuk rebung dan bunga petola pada papan meleh tersebut kelihatan seperti wajah harimau pula (paparan tentang imaginasi saya ini ada dicatatkan dalam sanggar Catatan Penulis di bawah tajuk Misi Jejak Mimbar Kampung Laut.

p/s: Catatan ini hanyalah berdasarkan pandangan peribadi...Apabila berjumpa faktanya yang sahih akan saya kongsikan kemudian nanti...Maaf andai saya tersasar menjelaskan apa yang sepatutnya. Manalah tahu huraian ini terkeluar dari topik perbincangan.

Wassalam

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Terimakasih Harleny. Saya juga difahamkan bahawa lukisan, senibina juga karya-karya seni dahulukala turut dipengaruhi ideologi tentang kosmologi atau rupa bentuk alam besar menurut pengetahuan orang dahulukala. Misalnya ada lukisan-lukisan bersifat Sufi yang cuba menggambarkan hubungan alam tinggi seperti alam malakut (alam malaikat) dengan alam kita. Ada pula yang kelihatan seperti rupabentuk alam jin dan alam bunian.

Bila memikirkan perkara ini kita harus menerima satu lagi kemungkinan. Mungkin apa yang kita anggap sebagai khayalan itu memang pernah dilihat oleh orang dahulukala. Misalnya alam kayangan... ia khayalan pada kita di zaman moden ini tetapi menurut ceritanya, sebelum Rasulullah SAW lahir hubungan alam kayangan sangat akrab dengan alam kita sehingga makhluk dari atas sana biasa turun naik ke bumi lalu boleh dilihat masyarakat ramai... apabila Rasulullah SAW lahir Allah SWT sengaja memutuskan hubungan ini atas perancanganNya untuk umat akhir zaman. Kemudian bab garuda dan naga... ia mungkin dongengan buat kita tetapi saya difahamkan ia memang pernah wujud malah perkara biasa dahulukala...

Radzi Sapiee berkata...

Tambahan... diambil dan diperbaiki dari jawaban di chatbox tadi.

Saya pun tak sangka satu hari nanti akan membuat kesimpulan bahawa papan kepala cicak itu mungkin berasal daripada zaman yang lebih lama daripada zaman kewujudan Samudera-Pasai iaitu zaman kerajaan Perlak. Tentang kenapa Masjid Demak juga ada bentuk serupa, memanglah kalau kita baca website dari Demak ia akan menyebut Demaklah yang mempengaruhi Aceh. Sedangkan kita sendiri sudah tahu Aceh sudah lebih dahulu Islam daripada Demak. Tentu sudah lama ada masjid,cuma binaan lamanya mungkin sudah runtuh tidak seperti Masjid Demak yang masih berdiri dengan bangunan asal sejak lebih 500 tahun lalu. Malah bila disebut Maulana Ishak ayah Sunan Giri, bukankah Maulana Ishak yang datang dari Pasai ke Jawa sehingga terbit Sunan Giri, bukan sebaliknya? Lagipun Wali Songo pertama iaitu Maulana Malik Ibrahim memiliki bapa bernama Sayyid Jamaluddin Kubro yang pernah bermastautin di Pasai. Dan memangpun setiap ahli Wali Songo ada berpangkat anak, cucu, anak saudara, cucu saudara dengan Sayyid Jamaluddin Kubro. Jadi saya rasa tidak keterlaluan mengatakan senibina Masjid Demak itu yang menurut apa yang sudah terdapat di Aceh/Pasai/Perlak, bukan sebaliknya.

Harleny Abd Arif berkata...

Salaam...

Saya ingin memetik semula kenyataan saudara bahawa, “Sedangkan kita sendiri sudah tahu Aceh sudah lebih dahulu Islam daripada Demak. Tentu sudah lama ada masjid,cuma binaan lamanya mungkin sudah runtuh tidak seperti Masjid Demak yang masih berdiri dengan bangunan asal sejak lebih 500 tahun lalu.” Ada juga kewajarannya.

Terima kasih di atas perkongsian pandangan. =)

Tanpa Nama berkata...

Laa, macam nak gaduh plak. Kenapa tak kaji pasal apa rumah org Melayu melakarkan kepala cicak.

Apa pentingnya cicak dalam rumah org Melayu, Ada mitos ke, ada kepercayaan ke, takkan saja-saja, ye tak?

Yang pasti setiap rumah ada cicak. Ada rumah takda cicak?

Cicak ni melambangkan apa pada org Melayu,atau setidak2 nya kepada org melayu acheh di zaman dulu.

Dari situ, kita boleh tau dari mana kepercayaan melayu kuno tu datang dan apa sebabnya. Ini mungkin menjadi sedikit clue tentang asal melayu.

Harleny Abd Arif berkata...

Khas buat Anonymous (10:31, 29 Jun)

Kenyataan saudara bersifat ingin "melaga-laga"

Apakah saudara telah membaca keseluruhan isi (sbb kalau sudah dibaca dengan teliti saya yakin tidak timbul kenyataan sebegini). Antara sebab saya sering bertandang ke blog ini dan meninggalkan buah pena di sini kerana sanggar ini umpama medan perkongsian ilmu bukan medan menghentam secara melulu.

Justeru saya mohon agar saudara jgn cuba membuat persepsi negatif. 4 perenggan akhir yang dikemukakan saudara saya boleh terima, tetapi 2 baris awal dalam perenggan pertama berunsur provokasi.

p/s: Ada baiknya saudara meninggalkan buah pena yang lebih ilmiah daripada meninggalkan persepsi negatif di sini. Bimbang nanti kenyataan saudara ibarat "meludah ke langit, lalu terpercik ke muka sendiri"

Aritonang berkata...

Kiriman saya telah dilupuskan oleh saudari harleny, maka saya memohon ruang utk menulis kan ini di ruangan komen saudara.

Saya melihat komen saudara di ruang saudari harleny, maka ini saya legakan kemuskilan itu.

Tidak pantas, kamu berebut akan kepala cicak itu, kerana yg sinonim dengan cicak adalah adat istiadat Batak. Batak bukan Jawa.

Di dalam masyarakat Batak, cicak melambangkan peranan saling hormat menghormati.

"...pola seperti cicak yang mempunyai 2 kepala saling bertolak belakang, maksudnya ialah cicak dikiaskan sebagai penjaga rumah, dan 2 kepala saling bertolak belakang melambangkan semua penghuni rumah mempunyai peranan yang sama dan saling menghormati"

"...Pada sudut-sudut rumah terdapat hiasan Gajah dompak, bermotif muka binatang, mempunyai maksud sebagai penolak bala. Begitu pula hiasan bermotif binatang cicak, kepala singa yang dimaksudkan untuk menolak bahaya seperti guna-guna dari luar. Hiasan ini ada yang berupa ukiran kemudian diberi warna, ada pula yang berupa gambaran saja. Warna yang digunakan selalu hitam, putih dan merah...."


http://rpanj.multiply.com/journal/item/9/ADAT_ISTIADAT_BATAK


Ini merupakan adat istiadat budaya kami orang Batak.

Aritonang berkata...

Oh ya, maaf, tidak dilupuskan komen itu, saya yang tidak "refresh paging"

Mohon dimaafi sekali lagi.
Saya hanya ingin mengungsi informasi.

Harleny Abd Arif berkata...

Salaam Saudara Aritonang...

Saya kira saudara telah salah faham dengan mengeluarkan kenyataan “berebut hak milik kami” kerana tidak ada langsung saya menegaskan dalam penulisan ini bahawa cicak menjadi hak milik mutlak bangsa kami.

Secara logik akal, simbol atau lambang berunsur alam seperti tumbuh-tumbuhan mahupun haiwan bebas diaplikasikan penggunaannya dalam mana-mana karya di dunia kerana ia adalah hak milik bersama. Hal demikian kerana tidak wujud “konsep hak cipta” terhadap mana-mana objek ciptaan Tuhan sehingga rupa atau bentuk sesuatu disekat penggunaannya oleh mana-mana bangsa…khasnya bagi bangsa yang mendakwa konon ia hak mutlak mereka.

Persamaan penggunaan simbol terjadi kerana proses akulturasi budaya. Justeru saya kira tiada salahnya digunapakai simbol kepala cicak atau apa jua simbol lain oleh mana-mana bangsa di dunia.

Radzi Sapiee berkata...

Terimakasih Aritonang, satu pendapat yang agak menarik. Namun saya lihat kamu tidak meneliti apa yang sebenarnya dibincangkan di sini.

1) Tidak ada perebutan antara saya dan saudari Harleny. Malah nenek-moyang kami berdua berasal dari Aceh... timbulnya persoalan Jawa itu cuma disebabkan Masjid Demak ada memakai bentuk papan kepala cicak yang dibincangkan.

2) Saya telah baca artikel dalam blogspot saudara. Kelihatan pola kepala cicak yang saudara sebut sebagai ciri-ciri Batak itu merujuk kepada TALI PENGIKAT DINDING sedangkan kami merujuk kepada bentuk ukiran di SUDUT HUJUNG BUMBUNG. Saya copy and paste balik bahagian berkaitan dari blogspot anda...

Tali-tali penginkat dinding yang miring disebut tali ret-ret, terbuat dari ijuk atau rotan. Tali pengikat ini membentuk pola seperti cicak yang mempunyai 2 kepala saling bertolak belakang, maksudnya ialah cicak dikiaskan sebagai penjaga rumah, dan 2 kepala saling bertolak belakang melambangkan semua penghuni rumah mempunyai peranan yang sama dan saling menghormati.

3) Saya telah melihat beberapa gambar rumah tradisional Batak... tidak satu pun terjumpa bentuk serupa yang dibincangkan iaitu papan kepala cicak pada HUJUNG SUDUT BUMBUNG. Mungkin saudara boleh menunjukkan gambar rumah Batak yang memiliki ciri ini?

4) Perkataan atau terma papan kepala cicak itu sendiri cuma satu ungkapan oleh pengkaji kemudian. Jadi tidak muktamad bahawa ia diasaskan pada bentuk cicak malah dalam artikel di atas saya cuba mengenengahkan kemungkinan ia sebenarnya dibuat berdasarkan bentuk kepala NAGA, bukannya cicak!

5)Untuk Anonymous 10:31 pula, kelihatan mungkin anda orang yang sama dengan Aritonang, mungkin bukan. Apapun, saudara tersilap baca jika menganggap ada pertelagahan di sini. Antara saya dan Harleny sudah ada persefahaman yang elok dalam merungkai perkara-perkara yang berkaitan. Namun, berbalik pada persoalan cicak yang saudara timbulkan...

Saudara sebut... saya copy and paste balik...

Apa pentingnya cicak dalam rumah org Melayu, Ada mitos ke, ada kepercayaan ke, takkan saja-saja, ye tak?

Yang pasti setiap rumah ada cicak. Ada rumah takda cicak?

Kalau betullah begitu anggapan saudara tentang persoalan ini, maka saya ingin bertanya kembali. Oleh kerana setiap rumah ada cicak, kenapa tidak semua rumah orang Melayu memakai bentuk papan kepala cicak pada sudut bumbung rumah? Mengapa cuma di kawasan tertentu sahaja, banyak di sekitar Perak, Pulau Pinang, Kedah, ada kaitan di Aceh, ada dipakai di Masjid Demak tetapi bukan semua tempat?

Lalu inilah yang ingin dipersoalkan balik di sini. Kalau kepala cicak, tentu ia perkara biasa yang boleh/akan dipakai di setiap tempat. Tetapi kalau benar ia berkaitan naga, rasanya tidak semua tempat ada naga. Atau kalau kita tidak percayakan kewujudan naga pun, kita boleh melihatnya dari sudut ini... tidak semua tempat pernah menjadi tempat bermastautin oleh satu kaum diraja yang memakai lambang naga...

Fikir-fikirkan...

Tanpa Nama berkata...

Jawapan nya ada pada yang mampu berfikir.

Tanpa Nama berkata...

Naga? Ini dinamakan berfikir ikut logik akal sementelah kan dah ketiadaan fakta atau bukti yg nyata.

Kalau ikut akal saja, macam2 boleh nampak. Bila tak nak percaya ini, fikir kepada perkara yg dilorongkan ke arah satu lagi. Jadi nampaklah yg satu lagi tu.

Macam anai-anai pulak ko, cakap ikut sedap rasa dan tekak aja. Bila terasa nak dikaitkan dgn naga, kau cari segala bukti kaitkan dengan naga yg dikaitakn dengan keturunan istimewa, langsung kait dengan raja2 pulak. Kesitu pulak skodengnya. Alaaahai.

Macam boleh kompem naga tu istimewa, sebab besar? Dalam syariat Muhammad saw, aku blum jumpa lagi hadis sahih pasal keturunan naga ni.

Berbalik la pada ajaran Islam dari buang berpikir benda asal logik akal.

Radzi Sapiee berkata...

Persoalan masih terbuka. Silalah bincang dengan bahasa dan nada yang elok.

Istimewanya naga kerana ia sejenis haiwan perkasa yang disebut dalam banyak legenda kaum-kaum di seluruh dunia. Maka daripada terus menempelak ini sebagai mitos dan tahyul mungkin lebih elok diselidiki kenapa begitu banyak kaum pernah menyebut tentang naga walhal ia tidak pernah wujud di mata kita. Apakah naga itu satu salah tanggapan terhadap haiwan dinasour, apakah ia biawak besar?

Bab keturunan naga saya langsung tidak ada menyebut tentangnya. Mungkin orang lain ada tetapi saya sendiri tidak selesa dengan konsep apalagi keturunan naga yang kelihatan seperti mengagung-agungkan darah bercampur keturunan jin. Yang saya sebut di sini cuma naga sebagai sesuatu yang dijadikan motif perlambangan ukiran, mungkin untuk menyatakan sesuatu. Diketahui oleh mereka yang mengkaji, banyak juga tentera dan kerajaan dahulukala yang memakai lambang naga.

Lalu persoalan samada naga pernah wujud atau tidak itu mungkin boleh ditolak tepi kalau kita langsung tidak mahu percaya atau menyentuh tentangnya. Yang pasti dan tidak boleh disangkal adalah naga pernah dijadikan lambang beberapa kerajaan lama.

Artikel ini dibuat untuk menyinggung kemungkinan bahawa motif kepala cicak yang saya biasa sebut sebagai lidah terjulur yang timbul dari hujung setiap sudut bumbung itu dibuat berdasarkan konsep kepala naga. Samada naga itu pernah wujud atau khayalan ia sebenarnya tidak mengganggu persoalan dan tidak langsung keluar daripada ajaran Islam.

p/s: Saya sedang memerhatikan gaya komen Anonymous ini. Sekiranya anda jujur ingin berbincang maka seharusnya bahasa anda akan lebih elok dan teratur membentangkan hujah dan kenyataan. Sebaliknya jika ia kelihatan cuma provokasi untuk mencari salah-silap atas sifat dengki yang tak putus terhadap saya dan blogspot ini, seperti biasa saya akan buang sahaja komen. Harap maklum... saya sentiasa memberi ruang kepada perbincangan yang sihat, bukan yang berniat jahat.

Tanpa Nama berkata...

Kepala naga...Kepala cicak, terpandangkan seluar katok Radzi aku Deja Vu!huhuhu...

Bila pulak nak buat research pasal Bedok (kentong) dan gendang masjid ? Jumlah paluannya, jenis isyaratnya, keluasan penggunaannya, etc.

Kemudian senibina pada mimbar masjid... jumlah tangga, jenis kayu, ketinggian, etc

Radzi Sapiee berkata...

Rasanya tak buat kot. Harleny lebih pakar, dan sudah banyak pakar lain di universiti. Ini semua bukan bidang saya dan bukan pun minat. Kalau semua bidang nak terjun letih wooo... lepas tu datang pulak kutu2 berahak bagi komen tak membina... buang karen je. Bukan nak menyumbang apa2 yang positif kecuali sentiasa mahu berkokok dengan suara sumbang mencari salah dan kelemahan orang...

p/s: Paling banyak pakar dalam dunia ini adalah pakar melihat kuman. Kuman di seberang boleh nampak, gajah di depan mata pula yang terlepas pandang. Cakap banyak macam le bagus sangat tapi sendiri tak mampu buat. Bila orang lain buat dia tak pasal2 bengang... :]

Tanpa Nama berkata...

alamak eeeii, sekali batak pun pakai cicak daaa...

Harleny Abd Arif berkata...

Salaam...

Info tambahan ini diperolehi drpd team peneliti Muzium Acheh:

Simbol lebih tepat yang digunakan oleh suku Batak merujuk kepada "tokek" bukan "cicak"
Bentuk, saiz dan warna tokek berbeza dengan cicak. Tokek lebih besar drpd cicak, mempunyai jari2 kaki yg agak kembang, permukaan kulit bercorak dan berwarna-warni. Malah, bunyi yang dihasilkan drpd ke-2 haiwan tersebut juga berbeza. Spesis tokek mengeluarkan bunyi lebih kuat drpd cicak. Tempat tinggal tokek pula biasanya di pohon2 (walaupun ada yang berdiam di rumah atau pondok kayu). Saya kira, mereka yang memahami perbezaan ke-2 spesis ini pasti tidak akan membuat dakwaan bahawa "tokek" dan "cicak" adalah haiwan yang sama. Kalau masih ingin mempertahankan kenyataan ttg persamaan tersebut, ia seolah2 mengatakan mengkarung dengan biawak itu berkongsi ciri rekabentuk yang sama walhal punya perbezaan antara keduanya.

Tanpa Nama berkata...

Sama tu, semua berasal dari reptilia dinosaur pada zaman dulu.
Dinosaur pun ada jenis, ada yg makan daging, ada yg makan buah2an saja. Selepas perubahan zaman berzaman, suku suku reptilia besar dengan nama kuno dinosaur ni berubah dan mengecil menjadi buaya, biawak, cicak, mengkarung, sesumpah dan sebagainya. Kira cam etnik sama suku lain.

Rumpun sama tapi suku lain lain. Manusia zaman dahulu pun tinggi dan besar beberapa hasta dan sekarang paling tinggi 6 kaki sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Keturunan Merong Mahawangsa membuka kerajaan atau menjadi Raja di Perlak dan kemudian didatangi oleh sekumpulan pendakwah yg berketurunan Nabi Muhammad yg melarikan diri dari Parsi akibat pergolakan di negara asalnya.

Harleny Abd`Arif berkata...

Saudara Anonymous (11:19)

Kenyataan "Rumpun sama tapi suku lain lain" oleh saudara tetap mencerminkan wujudnya perbezaan. Sekilas pandang seakan sama tetapi tidak serupa dek kerana suku berbeza. Kalau nak tau perbezaannya, buatlah carian imej tokek di laman sesawang khusus ttg spesis tersebut. Kalau anda berasal dari suku Batak, anda tidak akan sesekali mengatakan tokek sama dengan cicak. Sebab anda bukan dari suku Batak tetapi cuba menonjolkan diri (tanpa nama) seolah2 tahu segalanya tentang simbol digunapakai suku Batak... maka anda dilihat cuba mempertahankan hujah tersebut!


p/s: Pertahankan hujah anda bersandarkan fakta bukan membuat andaian dengan tujuan "menegakkan benang basah!" Kalau masih nak pertahankan hujah versi khayal...terserah! Asalkan anda bahagia...

Tanpa Nama berkata...

Tanggapan luar biasa telah diberikan oleh masyarakat mengenai tokek yang ternyata benilai tinggi. Masyarakat berbondong-bondong memburu tokek ataupun memelihara sambil berharap dapat menjual tokek dengan ukuran yang besar dan berharga tinggi. Namun sampai sekarangpun masih banyak yang tidak mengerti untuk apa tokek diperjual belikan dan apa khasiat sebenarnya.

Sebuah fakta baru dalam dunia pengubatan ilmiah/bukan magic bahwa ternyata tokek mengandung suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. fakta ini muncul seperti pada kejadian empedu beruang yang ternyata juga mengandung zat aktif bersifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam tahap uji klinis tahap 1telah menunjukkan hasil yang signifikan. zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat menghambat pertumbuhan kanker/metastasis sel kanker, melawan HIV dan H1N1 viral. Mari kita semua mengharapkan yang terbaik bagi umat manusia dengan ditemukannya sistim pengobatan ini.

Tokek adalah nama umum untuk menyebut cecak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada jenis tokek rumah berikut.

Tokek rumah adalah sejenis reptil yang masuk ke dalam golongan cecak besar, suku Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain hewan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggris).

http://cicakmalaysia.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Leny, cuba tanya mak ngko, betul ke tidak, kalau mak ngko melayu la, kecik kecik nama nya cicak, dah besar namanya tokek.

Sebab bunyi cicak besar ni menjerit, tokek tokek tokek.

Kecik kecik nama Harleny, esok esok bila kena tunggang nama jadi Harley Davidson cap ayam..hehe..sebab Harley ni makan nasi bukan makan minyak

vvroommmm

Tanpa Nama berkata...

Anon,

Nampak sangat ngko ni nak menang walaupun hujah tak boleh pakai! Tak ilmiah langsung, sebaliknya merapu yg bukan2. Kok ye pun nak menang, bior le jawapan ko tu berhikmah bukannya pulangkan paku buah keras yg bersifat mcm orang hilang akal! Org lain bg idea bernas, tp ngko plak bg komen mcm hampas! Kalo mak dia bagi nama Harleny, mak ngko plak bagi nama apa kat ngko? Tokek ke? Kesian mak ngko, pilih nama unt ngko tapi ko tak hargai. Tu yang asyik menyamar tak sudah2 guna nama ANON. Pastu tak sudah2 jugak bikin kecoh mcm bunyik tokek tokek tokek kat blog ni. heh heh hehhhhh

Tanpa Nama berkata...

Saudara sekelian, tak payah gaduh gaduh, rujuk saja kepada pakar sains mengenai binatang dan nama nama. Baru lah boleh dikatakan ilmiah. Harleny baik, anon baik, semua bukan pakar, dan semuanya bukan ilmiah sebab bukan pakar sains binatang.

Tanpa Nama berkata...

Ada orang panggil buaya tokek, mengkarung tokek, biawak tokek...melainkan cicak tokek.

Ada orang panggil, pak belang, pak bintang, pak akar sebagai singa bintang, atau gajah belang, melainkan orang sebut harimau jugak di depan nya...

Nama menunjukkan bangsa.

Tanpa Nama berkata...

JENIS TOKEK/CICAK/GECKO YANG DIBELI :

Pasaran pada masa sekarang untuk cicak melambung tinggi.Dari segi harga dan permintaan amat baik.Boleh dikatakan hampir kesemua jenia cicak dibeli oleh pembeli antarabangsa untuk tujuan pengkajian. Oleh itu , jika anda terjumpa sebarang jenis cicak besar, lebih baik disimpan terlebih dahulu sebelum dibuang atau dibunuh.Mungkin rezki anda tersimpan pada sebab cicak itu.Wallah hu alam. itu kerja Allah yg Maha Memberi rezeki kepada setiap makhluk dan hambaNya.



Perbezaan cicak dan biawak ,
Terdapat banyak kes atau cerita mengenai cicak tokek , dimana pencari tokek menyatakan biawak adalah tokek.Saiz tokek dan berat tokek melebihi 400+ grams adalah amat susah untuk dijumpai.Oleh itu , sukar dinyatakan untuk dipercayai jika terjumpa toke seberat 5 kilo atau 10 kilo .Kemungkinan besar adalah biawak jenis 'kabuk' atau jenis lain ( yang saya dah lupa namanya ) , bewarna hitam dan berbintik kuning.
Perbezaan antara biawak dan cicak yg ketara sekali ialah pada bahagian kepala.Kepala biawak adalah lurus atau memanjang dan tidak bersegi , manakala kepala jenis cicak adalah lebih besar dr tengkuk dan bersegi ( bersegi berlian ) . Dari perbezaan yang pertama dapat dilihat perbezaan antara biawak dan cicak toke.

http://tokekdicari.blogspot.com/2010/09/salam-ramadhan-untuk-semua-info-tokek.html

Tanpa Nama berkata...

Untungnya gaduh pasal batak dan cicak. Allah bagi korang rezeki bagaimana nak tambah duit. Lagi mahal dari jongkong emas. Jual sekor pun dah jadi pakcik kayo.

Gaduh la lagi, gaduhla lagi.

Tanpa Nama berkata...

Jangan gaduh. Itu maknanya Allah tak mau anda semua gaduh. Sakit hati dendam kesumat, amarah, hina menghina, keji mengkeji anda itu kepada kaum merong, batak dan cicak, Allah bayar ganti rugi sakit hati anda dengan memberi imbuhan informasi dengan peluang atau punca menambah rezeki.

Selain nya, ini sebagai petanda, sesuatu yg buruk, hina dan keji di pandang oleh manusia, sebenarnya mempunyai nilai2 tinggi dan berharga, berguna pada manusia sejagat, tersimpan nilai bermutu tinggi sehingga menjadi buruan global.

Selanjutnya, ini membawa makna, henti-hentikanlah gelar menggelar dan mencerca sesama sendiri samada mengenai merong, siam, batak dan cicak dan sebagainya.

Ambil lah iktibar. Sesuatu yang tidak elok di mata manusia, mungkin elok di sisi Allah. Sesuatu yg hina dimata manusia mungkin ada keistimewaan tersembunyi.

Tanpa Nama berkata...

racun cicak tokek lebih bisa dari king cobra untuk pengetahuan semua!..e2 ialah kajian yg dbuat oleh pakar reptilia dunia!..jadi ini bukan cicak sembarangan!

waliallah berkata...

sy mimpi tentang naga selepas bersalin .Seorang wanita cina dtg membawa bersama naga berwarna putih..bila sy melihat ke langit seluruh badanny menyelubungi langit..hampir lari ke dlm rumah ketakutan..ia berkata lagi..ia dtg untuk membawa sy pergi..tapi sebelum itu kakak sy bermimpi sy menyembelih anak lelakiny hingga putus bdnny..

Megat Panji Alam berkata...

Saya SOKONG 100% ....MUNG KEDEBER ALAM CYBER MARI LUAR GOK.....JANGAN BAGI MUKA ORANG YANG BACUL MACAM NI SAUDARA!!!!

Megat Panji Alam berkata...

Belaaah kau stupid, macam cacing lah kau ni!!!!!

Megat Panji Alam berkata...

Ini cerita BUKAN PASAL TOKEK
....LAH MANGKUK...

Megat Panji Alam berkata...

Peeeeergh kau.....ke situ..mengigau laa