Alhamdulillah, tadi selepas hujan lebat melanda Janda Baik sehingga banjir-banjir dengan air deras memecah keluar batasan sungai-sungai akibat hujan yang tak henti dari pukul 4 petang sehingga hampir jam 9, akhirnya suasana kembali tenang dan aman. Lalu saya tergerak untuk bertandang ke rumah Puan Ainon, tuan punya syarikat penerbitan PTS yang terletak tidak jauh daripada surau di Sungai Chemperoh tempat saya menumpang, setelah hampir setengah tahun tidak bertandang ke sana...
Ternyata talian Wi-Fi Internet di kawasan rumah yang pernah terbengkalai akibat orang-orang mencuri wayar telekomunikasi, seingat saya lebih setengah tahun telah pulih kembali... Lalu dapatlah saya membuat posting ini dari sini, dan Insyaallah beberapa buah posting lagi untuk melepaskan beban di dada... Kalau sempat dan tidak kepenatan le...
Apapun, biar dilepaskan pengumuman ini dahulu... Ingat tidak nama almarhum Ustaz Wan Muhammad Saghir, penyelidik sejarah ulamak Islam Nusantara yang ada menubuhkan sebuah badan penyelidikan bernama Khazanah Fathaniyah? Rasanya mereka yang ada mengikuti cerita-cerita tentang ulamak-ulamak silam di dada-dada akhbar serta mereka yang mengkaji bidang ini mesti pernah mendengar tentang beliau dan membaca karangan-karangan hasil kajiannya. Lalu anda mesti tahu bahawa almarhum telah kembali ke rahmatullah bulan April 2007.
Hampir 2 bulan lalu iaitu sekitar bulan Mac, sebelum saya memulakan langkah untuk pengembaraan terbaru ke Pantai Timur, saya telah mendapat satu pesanan sms daripada pihak Khazanah Fathaniyah menyatakan bahawa hol almarhum atau hari memperingati ulangtahun kewafatan Ustaz akan diadakan April 2008. Pada masa itu, saya tidak ada rancangan untuk berbuat apa-apa lagi bulan April lalu menyatakan Insyaallah saya akan turut hadir ke majlis itu.
Tidak saya sangka, perjalanan ke Pantai Timur yang sepatutnya telah dimulakan bulan Februari tetapi ditunda sehingga 20 Mac menyebabkan saya cuma selesai mengembara selepas 9 April. Rupa-rupanya, majlis hol almarhum Ustaz Wan Saghir pula ditunda kepada 17 Mei!
Di sini saya ingin membuat pengumuman. Pihak Khazanah Fathaniyah berharap agar saya dapat membawa ramai kawan-kawan dan kenalan untuk memeriahkan majlis hol yang akan mengandungi acara tahlil sekali demi memperingati setahun wafatnya almarhum. Di bawah, biar saya paparkan balik sms yang saya terima daripada pihak mereka siang tadi...
Majlis tahlil untuk ulama silam alam Melayu & pembentangan maklah "Sempena memperingati tahun pertama kewafatan SYEIKH WAN MOHD. SHAGHIR AR-RIAWI AL-FATHANI " (25 Rabi'ul awwal 1428H - 25 Rabi'ul awaal 1429 H). Pada 17.05.08 di...
Adapun Ustaz Azrul ada menghubungi saya siang tadi mengatakan dia mahu menghantar sebuah e-mail yang mengandungi borang pendaftaran untuk majlis agar boleh dipaparkan di blogspot saya lalu boleh dicetak dan digunakan semua. Semasa itu saya menjangkakan saya cuma akan dapat mengunakan Internet lalu membuat posting paling cepat pun hari Rabu, sekembalinya saya ke Kuala Lumpur... Lalu e-mail itu mungkin hanya akan diterima esok atau lusa...
Walaupun semalam saya dapat menggunakan talian Internet milik Uncle Seekers di rumah Pak Habib, saya tidak mahu menggunakannya lagi dalam lawatan ke Janda Baik kali ini (lain kali tu dah kira lain le...) kerana tidak mahu mengganggunya membuat kerja. Sebagai seorang penulis yang banyak berfikir, saya faham erti privacy... Tidak suka diganggu walaupun sekadar duduk dalam bilik yang sama apabila membuat kerja. Sebab itu saya tidak menjangka akan dapat membuat apa-apa posting baru dalam masa terdekat... Tapi Alhamdulillah, dapat pula saya menggunakan Internet di rumah Puan Ainon, jadi biar saya war-warkan lebih dahulu ya... Ingat, kedatangan anda semua amat dialu-alukan... Jangan takut, tidak perlu bayar apa-apa... Datang sahaja dengan berpakaian sopan. Sekian! :]
P/S: Jangan lupa juga untuk tunjukkan muka di pameran buku alternatif hujung minggu ini di Central Market seperti yang saya siarkan malam semalam dalam posting Rehat di Janda Baik dan pesta buku alternatif yang akan datang di Central Market, Kuala Lumpur... Berjumpa kita di sana nanti, Insyaallah? . Insyaallah berjumpa kita lebih dahulu di sana nanti?
6 ulasan:
Salam..
Hadiah Al-fatihah utk arwah ustaz Wan Syhagir. Ingat lagi masa pelancaran buku saudara MS tahun lepas di Khazanah Fathaniyah. Berjumpa dgn kwn2 dari forum CVT. Juga kehadiran NUR teman wanita kesayangan MS.
Tujuan MS mengadakan Majlis Pelancaran Buku BKA di situ adalah kerana:
1) Untuk mewar2kan kelahiran BKA beliau.
2) Disamping mempromosikan kedai Khazanah itu sendiri.
Jadi dgn demikian ibarat pepatah "sambil menyelam minum air"
Saya juga ada membuat beberapa cadangan kpd pihak Badan Kebajikan Islam Telekom (BAKIT) tempat sy bekerja supaya membuat "sesuatu" utk Khazanah Fathaniyah. Ternyata email yg saya beri kpd pihak BAKIT mendpt perhatian di mana BAKIT menyumbangkan bbrp pulu ribu untuk kebajikan Khazanah itu sendiri. Terima kasih kepada BAKIT dan warga TM khususnya.Semoga usaha murni dari kalian, membuka mata dan hati kepada pihak2 korporat yang lain.
Saudara MS,nnti kirim salam pada Ustaz Azrul..teringin nk lihat2 kitab2 lama seperti di kedai Chow Kit dulu.
Salam MS,
Memang dah lama teringin nak ke khazanah Fathaniyah KL, ada juga pusing2 kaw. sepital tawakal ... tak jumpa pulak.
Dan majlis Hol ni buat kat Bt. Caves. InsyaAllah ... berhajat juga saya ke sana.
Apa2 hal ... i'm looking forward to be in Annexe CM, this 3/may.
Tahun dah berubah, kena mengadap hang sekali lagi la MS. hehehe ...
salam
-awanbadai-
Wassalam... Terimakasih atas keperihatinan kawan-kawan. Insyaallah jumpa di CM hujung minggu ini! :]
Oh lupa nak beritahu... Pada sesiapa yang ingin mencari pelbagai kitab lama juga hasil kerja dan kajian Ustaz Wan Saghir, elok juga bertandang ke majlis itu... Kerana dewan yang merupakan rumah sebelahnya dijadikan markas penyelidikan turut memuatkan segala kumpulan serta bahan karya almarhum Ustaz.
Elok juga war-warkan kepada orang ramai supaya mereka tahu di mana boleh dicari Khazanah Fathaniyah. Kedai dahulu di Chow Kit tak boleh maintain kerana kos tidak selari dengan perbelanjaan... Tetapi atas nama perjuangan memartabatkan Islam, Khazabah Fathaniyah tetap berjalan di rumah sebelah yang dijadikan dewan, walaupun sekadar wadah untuk orang lain tumpang mencari ilmu tanpa pihak mereka memperolehi apa-apa pendapatan yang setimpal. Mari! :]
hol tu ape eh?
hol tu hari ulangtahun meninggalnya seseorang...
Catat Ulasan