Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, March 20, 2008

Berjalan di Kuala Selangor... Ketika seluruh Malaysia sedang sibuk mengundi!

Ya... Biarlah tajuk ini sendiri memberi sedikit rasa akan keadaannya...
Dalam posting bertajuk Satu renungan sementara menunggu saat dan ketika yang sesuai... yang dibuat hari Selasa, saya ada memberitahu, atas sebab-sebab tertentu saya harus menundakan perjalanan terbaru ke Pantai Timur ke hari Khamis iaitu hari ini... Antara yang mungkin menjadi sebab adalah ada lagi perkara yang harus diluahkan di blogspot-blogspot saya sebelum dapat keluar mengembara dengan tenang tanpa apa-apa lagi "hutang". Maka kita mulakan cerita...

Ini adalah sebuah masjid di Jeram, 15 km di tenggara Kuala Selangor, tempat seorang rakan yang juga boleh dipanggil adik iaitu saudara Azmi bernikah baru-baru ini iaitu pada 8 Mac 2008. Sepatutnya saya telah memulakan pengembaraan ke Pantai Timur seminggu sebelum itu lagi tetapi atas saranan seorang rakan lain, perjalanan itu ditunda demi untuk menghadiri majlis pernikahan Azmi. Takut jika saya dah mula mengembara, takkan sempat untuk menghadiri baik majlis nikah, juga majlis-majlis kenduri yang akan diadakan kemudian...


Alang-alang sudah sampai ke sana, elok juga pergi ke Kuala Selangor. Rasanya sudah hampir 2 tahun tidak ke sana...


Mula-mula pergi tempat ini... Maaf ya, jika saya terpaksa menulis secara ringkas... Ketika menulis ini jam sudah pun masuk pukul 2.50 pagi sedangkan Cyber-Cafe tempat saya menulis ini akan tutup jam 3...


Di sini terdapat "Makam Anak Dara"... Baca sendiri apa yang tertera...


Kemudian naik bukit di belakang di mana terdapat bekas Kota Tanjung Keramat. Cerita bergambar tentangnya termasuk gambar-gambar Makam Anak Dara telah diletakkan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi, dalam artikel bertajuk The hills at Tanjung Keramat, Kuala Selangor...


Kemudian baru ke Bukit Melawati yang terletak lebih hampir ke bandar Kuala Selangor...


Ternyata di sini terdapat ramai juga pengunjung... Maklumlah hujung minggu. Oh, dan hari itu, 8 Mac juga adalah hari mengundi untuk Pilihanraya Malaysia yang ke 12...


Yang seronok pada saya adalah melihat monyet-monyet jenis ini, kalau tak salah, jenis lotong... Jarang nak jumpa jenis ni... Yang banyak biasanya kera...


Di atas ini ada banyak meriam...


Perhatikan betul-betul dan anda boleh melihat kuala Sungai Selangor...


Muzium Sejarah Selangor... Banyak juga yang menarik di dalamnya, antaranya pameran senjata-senjata Melayu lama... Gambar-gambarnya telah diletakkan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) , dalam artikel Senjata Melayu lama di Bukit Melawati (Old Malay weapons at Bukit Melawati) lebih awal tadi...


Ada rumah api di atas ini...


Juga menara untuk melihat anak bulan...


Tetapi bagi para pengunjung, lebih seronok bermain-main dengan lotong!


Kemudian pergi ke kawasan batu hampar...


Letaknya bersebelahan menara telekomunikasi...


Inilah batu hampar yang dimaksudkan...


Di sini juga ada meriam...


Dalam perjalanan turun, sempat singgah di Makam Diraja Bukit Melawati... Ceritanya telah dibuat malam ini juga, dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk The Selangor royal tomb at Bukit Melawati... And my fetish for numbers!


Pemandangan masjid dan bandar Kuala Selangor daripada kawasan makam. Sekian! :]

2 comments:

Anonymous said...

abg raDZI,nanti kalu pergi trengganu,tlg la pantau kegiatan kump tasawuf sesat tue.skang nie,pengaruh ustaz da sampai dkat a.star n jtra kedah dah.sy pun hampir2 jadi pengikut.sy risau pengaruh dia akan bertambah kuat lagi.ramai yg x sedar mereka da sesat.sape yg x tertarik dgar lagu2 kump dendang anak tue.tp syang mereka cuma diperalatkan.ader ke patut ustaz wat kaabah dalam bilik.konon tempat suci.pergi padang tok syeikh dok bertapa kat c2.last2 betul2 nek syeikh ler.

Radzi Sapiee said...

Insyaallah!