Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
OK. Seperti kebanyakan cerita yang dibuat secara bersiri cerita perjalanan yang membentuk siri "Antara perpustakaan dan mahkamah" pun perlu ada kompilasi.
Perjalanan berlaku atas asbab mahu menghadiri sesi terbaru perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh melibatkan harta Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Mekah, pada pagi Selasa 8 Ogos 2023. Setelah mendapatkan tahu Pesta Buku Perak 2023 mahu diadakan di AEON Klebang dekat Ipoh 3-7 Ogos saya pun bergerak petang Ahad 6 Ogos lalu berjaya mendapatkan ruang bagi mempromosi buku terbaru saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arshad : Perjuangan yang Belum Selesai. Selesai bicara saya bergerak untuk menghala kembali ke rumah melalui jalan lama ke Lembah Klang lalu singgah dari perpustakaan ke perpustakaan awam yang dapat dikesan melalui Google Map bagi menyumbangkan buku ke-13 saya Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995 (terbit Jun 2019). Tengah hari Rabu 9 Ogos baru kembali ke rumah. Hal melibatkan buku Laksamana (juga hal melibatkan kes mahkamah sebenarnya) mendapat kesinambungan apabila dapat menyampaikan buku Laksamana kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah selepas satu majlis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) pada hari Khamis 10 Ogos.
Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,414 di CATATAN SI MERAH SILU. Semoga apa yang berlaku terutama penyerahan buku Laksamana kepada baginda Sultan menjadi petanda baik dalam usaha membela maruah keluarga kami yang cuba dikacau dan diasak sejumlah pihak.
Salam petang Ahad 13 Ogos 2023 bersamaan 26 Muharram 1445 Hijriah. Cerita seterusnya ini berlaku selepas kembali daripada perjalanan Perak 6-9 Ogos. Tetapi ia diletakkan sebagai penutup siri "Antara perpustakaan dan mahkamah" kerana memang ada kesinambungan. Dengan itu bersambung daripada artikel Antara perpustakaan dan mahkamah : Melengkapkan sumbangan di Besout dan Slim.
Adapun semasa hari kedua perjalanan Isnin 7 Ogos (seperti diceritakan dalam artikel Antara perpustakaan dan mahkamah : Dari pesta buku ke pusat Cekak ke hal memerang) saya menerima poster di atas dalam grup WhatsApp ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) menyatakan acara berkenaan jadi dilangsungkan pada pagi Khamis 10 Ogos. Acara ini sebenarnya telah diwar-warkan dalam kalangan warga ISTAC sejak lebih sebulan lalu. Cuma ketika itu ia dinyatakan sebagai akan berlangsung pada pagi Sabtu 12 Ogos.
Namun rancangan jadi terganggu apabila diumumkan Pilihan Raya Negeri (bagi 6 buah negeri) akan diadakan pada tarikh sama. Walaupun kemudian muncul cadangan ia boleh diadakan pada 10 Ogos tetapi masih tidak pasti sehinggalah diwar-warkan kembali poster pada 7 Ogos.
Saya pula memang merancang untuk hadir bersama isteri.
Ini kerana selain memang sukakan majlis ilmu terutama di ISTAC, buat pertama kali Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah akan datang bertandang.
Sebetulnya baginda pernah ke bangunan lama ISTAC di Bukit Damansara. Bangunan baru yang siap beberapa tahun kemudian di Bukit Tunku ini yang belum pernah.
Kelihatan permaidani kuning diraja telah diletakkan di beberapa laluan. Ini menunjukkan baginda akan membuat lawatan ke bahagian-bahagian berkenaan terutama perpustakaan.
Majlis berupa pelancaran buku akan diadakan di dewan utama ISTAC.
Ketika saya dan isteri sampai jam 9 sudah ramai tetamu undangan mengambil tempat. Cuma masih menunggu ramai lagi sampai.
Poster menyatakan majlis bermula jam 9.30. Sultan Nazrin sampai selepas jam 10.
Keadaan yang tak dirancang membawa saya berdiri di satu sudut. Tak sangka berdekatan meja tempat baginda mahu menandatangan rekod kedatangan ke ISTAC.
Tak pasal-pasal "enter frame" ketika ramai jurugambar terutama dari pihak media merakamkan kenangan...
Sebetulnya saya menunggu masa yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu kepada Sultan Nazrin.
Tetapi kenalah tunggu majlis berupa pelancaran buku bertajuk Islam and Biomedicine yang disunting oleh cendekiawan besar anak Melayu, Datuk Dr Afifi Al-Akiti, selesai.
Kelihatan baginda memberikan titah diraja yang sarat dengan sejarah dunia perubatan melibatkan Islam sebelum membawa ke hal masa hadapan melibatkan AI (Artificial Intelligence).
Seterusnya diadakan forum melibatkan Afifi dan seorang profesor yang pakar dalam ubat-ubatan terutama vaksin. Kedua-dua mereka merupakan tenaga pengajar di University of Oxford di United Kingdom.
Apabila dibuka ruang untuk menanyakan soalan saya adalah antara orang yang ke hadapan...
Kemudian diadakan ucapan oleh guru saya di ISTAC, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar.
Apabila majlis selesai lalu Tuanku Sultan Nazrin bergerak untuk ke luar dari dewan baru dapat peluang untuk menyampaikan 'sesuatu' . Itu yang kemudian dipaparkan gambar atas di Facebook bersama teks berikut :-
-----------
BUKU LAKSAMANA RAJA MAHKOTA MUHAMMAD AMIN SUDAH SAMPAI KE TANGAN SULTAN PERAK
Alhamdulillah. Berpeluang menyampaikan buku terbaru saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arshad : Perjuangan yang Belum Selesai (terbit Mei 2023) kepada tuanku Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Syah di ISTAC tengah hari tadi Khamis 10 Ogos. Semoga dengan ini penceritaan sebenar mengenai keluarga kami sampai lalu baginda cakna tentang beberapa hal berkaitan yang sedang berlaku sekarang. Turut disampaikan buku ke-3 saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih Pulang ke Gagang?" (Nov 2007) dan buku ke-13 Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995 (Jun 2019). Isteri yang suruh bagi. Kata beliau supaya tuanku dapat mengenali diri saya sebagai seorang penulis selain apa yang dikongsikan tentang hal ehwal keluarga Laksamana Perak.
Selepas itu saya dan isteri harus berkejar untuk mengambil anak balik dari sekolah pagi jam 12.50 petang. Tetapi sebelum itu tunggu guru saya sampai dari tempat duduknya di hadapan. Tengok-tengok mantan Menteri Besar Perak yang juga pemegang jawatan Orang Kaya kaya Sri Agar Diraja (Dato' Sagor, Orang Besar Lapan Perak) ada bersama lalu kami pun bergambar.
Malam itu kami dapat tahu majlis disiarkan secara langsung dalam Astro Awani. Lalu boleh kelihatan saya bertanyakan soalan bermula minit ke 1:21.43.
Bermula minit 1:27.12 pula muka saya, kali ini bersama isteri kelihatan lagi dalam video malah lebih lama. Ini disebabkan ada orang lain bertanya soalan sedangkan kedudukannya menyebabkan kami masuk dalam medan pandangan. Walhal beliau berdiri sekitar 15 kaki ke hadapan.
Semua ini boleh ditonton dalam video penuh atas. Laporan-laporan yang mengenengahkan titah Sultan juga perkongsian daripada Afifi boleh dilihat di sini. Titah diraja penuh pula di sini.
Seterusnya didapati saya menyampaikan buku kepada Sultan itu ada terakam oleh ISTAC TV, badan yang bertugas membuat siaran langsung dan merakamkan acara ISTAC.
Lihat video atas ini, bermula minit 2:16.29 iaitu hampir penghujung rakaman.
Saya menunggu sehingga perpustakaan desa dibuka jam 9 pagi untuk menyumbangkan buku. Selepas itu baru bergerak meninggalkan Felda Besout.
Seperti pernah dilakukan di 2-3 perpustakaan sebelum ini apabila petugas atau kakitangan tiada kerana ada hal namun meninggalkan nombor telefon lalu dapat dihubungi saya meninggalkan sahaja buku di tempat yang boleh dilihat. Gambar ini menunjukkan tanah tinggi yang dikenali sebagai Gunung Besout. Nama Felda Besout terbit daripada gugusan tanah tinggi.
Dari situ laluan membawa membawa ke pekan kecil Kuala Slim. Kelihatan sebuah warung tepi jalan yang 'menyeramkan'.
Laluan selepas itu boleh dikatakan menghulu Sungai Slim lalu sampailah ke pekan Slim River.
Kemudian baru mengambil laluan lebih jauh menghulu sungai untuk ke Slim Village (Kampung Slim).
Dengan itu kira lengkaplah persinggahan ke perpustakaan-perpustakaan umum negeri Perak yang boleh dibuat sumbangan buku dalam laluan dari Ipoh ke rumah melalui Kampar, Tapah dan Bidor membawa ke Tanjung Malim. Lalu di Hulu Bernam ternampak sebuah kedai makan menarik ada menjual nasi dagang.
Kedudukan kedai menghadap sebuah sungai.
Ketika gambar ini diambil jam 10.50 pagi saya belum lagi makan. Alhamdulillah. Saya cukup masa dan kelapangan sehingga dapat sampai ke kembali ke Bandar Sungai Buaya bagi mengambil anak yang habis sekolah pagi jam 12.50 petang.
Pagi Selasa 8 Ogos 2023. Saya bersarapan di Sri Kinta, Ipoh bersama seorang rakan. Beliau inilah yang meminta saya untuk berkongsi cerita sejarah melibatkan Panglima Ismail (pengasas Silat Cekak) di pusat latihan Silat Cekak di Manjoi pada malam sebelumnya. Kemudian beliau mengajak bermalam di rumahnya di Pasir Puteh.
Gambar ini pula diambil sekitar jam 1.20 petang ketika hendak meninggalkan Ipoh. Ketika ini sudah selesai sesi perbicaraan bagi hari itu melibatkan harta Laksamana Muhammad Amin di Mekah.
Kes masih lagi berjalan lalu sesi seterusnya dijadualkan berlangsung pertengahan September. Turut dapat diselesaikan hari itu adalah satu perbincangan bagi menaikkan cerita Laksamana Perak seperti dinyatakan dalam buku terbaru saya Laksamana Raja Mahkota & Orang Kaya Arsyad : Perjuangan yang Belum Selesai (terbit 13 Mei 2023).
Dalam artikel pertama siri ini iaitu Antara perpustakaan dan mahkamah : Pesta Buku Perak 2023 telah dikongsikan buat pertama kali kepada umum bagaimana sebenarnya sejak 2 bulan lalu saya ada pergi dari perpustakaan ke perpustakaan untuk menyumbangkan buku ke-13 saya Kenangan Kembara Solo Hitchike Eropah Tahun 1995 (terbit Jun 2019). Lalu ia menjadi asbab dapat tahu tentang Pesta Buku Perak 2023 sehingga dapat 'melabuhkan' buku Laksamana di situ.
Maka dalam perjalanan dari Ipoh menghala kembali ke rumah itu saya mencari lagi perpustakaan-perpustaakan awam yang boleh dibuat sumbangan buku. Menggunakan carian dalam Google Map, dapatlah ditemui sejumlah di laluan yang dipilih kali ini iaitu jalan lama ke Kampar membawa ke Tapah diikuti Bidor. Antara yang disinggahi adalah perpustakaan-perpustakaan desa di Sungai Raya (dekat Gopeng), Gunung Mesah Hilir, Kuala Dipang dan Kampung Tualang Sekah.
Sampai di perpustakaan awam Tapah kelihatan seperti petugas sudah sedia menunggu kedatangan saya. "Cepatnya sampai!" kata wanita muda itu. Rupa-rupanya cerita ada orang singgah dari perpustakaan ke perpustakaan di Perak sudah hangat diperkatakan dalam grup WhatsApp mereka. Sampai tahu bahawa saya berada di Pesta Buku Perak 2023, mungkin juga akibat penampilan unik sentiasa bertanjak dan selalu memakai seluar silat itu.
Petugas itu bertanya ke mana saya mahu menghala seterusnya. Saya jawab ke Bidor sebelum kembali ke rumah di Bandar Sungai Buaya. Beliau pun memberitahu tinggal dua sahaja perpustakaan di Perak masih aktif dalam laluan tersebut. Satu di Felda Besout, satu lagi di Kampung Slim. Kata beliau dahulu ada satu di Kampung Poh dekat Bidor tetapi sudah tidak aktif.
Pun begitu saya tetap cuba mencari di Bidor berdasarkan kedudukan-kedudukan yang ditanda dalam Google Map. Satu rupa-rupanya satu tiada bangunan, cuma tanah bersemak. Nampaknya ada orang salah tanda. Kedua, memang ada perpustakaan. Tapi seperti sudah lama tidak dibuka. 'Perpustakaan' yang rupanya satu kawasan bersemak itu dinyatakan sebagai Perpustakaan Desa Kampung Poh. Yang tidak dibuka itu tidak tahu nama tempatnya.
Seterusnya saya mendapati Google Map ada menandakan perpustakaan di suatu tempat bernama Kampung Chang.
Saya pun menghala ke sana. Seingat saya jalan berkenaan belum pernah diambil sebelum ini.
Alhamdulillah. Ketika sampai sekitar jam 5.09 petang ia masih dibuka lalu dapat membuat sumbangan buku.
Ternyata kawasan di situ ramai penduduk Orang Asli. Saya mengambil jalan berkenaan hingga ke hujung kemudian masuk ke ladang kelapa sawit.
Seterusnya saya mengambil satu lagi jalan ke pendalaman yang seperti jalan sebelum ini menghala ke kawasan pergunungan Banjaran Titiwangsa tetapi di belah selatan sedikit.
Yang ini baru betul-betul masuk Kampung Poh. Yang dinyatakan sebagai Perpustakaan Desa Kampung Poh dalam Google Map ternyata memang silap tanda. Oh. Sebelum masuk lebih dalam terjumpa papan tanda ke perpustakaan atas nama Kampung Poh lalu menyumbang buku. Saya diberitahu oleh penduduk tempatan ia masih aktif. Cuma sampai lewat iaitu selepas perpustakaan ditutup jam 5.30 petang.
Nasib baik sekolah di sebelah perpustakaan masih ada orang lalu saya meninggalkan buku (seperti biasa 5 naskah) kepada guru. Beliau berjanji akan menyampaikan kepada perpustakaan siang esoknya. Seterusnya kelihatan masjid ini. Saya pun singgah. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Poh, Bidor.
Perjalanan diteruskan hingga habis jalan tar lalu masuk jalan batu kasar.
Sampai takat ini cukuplah. Jalan semakin kasar dan mencabar sedangkan saya tidak mahu lagi begitu lasak dengan kereta. Baru sahaja beberapa hari kena repair eksos terjatuh. Mungkin akibat sudah banyak kali tersagat batu-batuan dan sebagainya di jalan-jalan kasar.
Dekat-dekat situ terlihat satu kawasan yang agak private lalu mandi sungai. Ketika itu sudah jam 6.45 petang. Terus tukar ke pakaian tidur. Lihat Bidor river at the far end of Kampung Poh.
Menariknya jalan yang dilalui dari Bidor ke Kampung Poh itu ditanda dalam sistem jalan raya Malaysia sebagai jalan A131. Menarik kerana nombor itu membawa makna "home sweet home", rumahku syurgaku buat saya. Menarik lagi kerana kedudukan di hulu Bidor atau hulu Sungai Bidor menjadikan ia satu eksplorasi kesinambungan buat saya. Jika pada perjalanan ke mahkamah melibatkan kes harta Laksamana pada penghujung 2022 saya pergi ke kawasan paling hulu Sungai Slim yang boleh dicapai dengan kereta biasa (lihat Misi keluarga Laksamana part VII - Menyelesaikan hajat ke Pos Tenau), pada perjalanan untuk sesi perbicaraan awal bulan Mei iaitu 3 bulan lalu pula saya ke hulu Sungkai Lihat Dari Ipoh ke Teluk Intan ke pendalaman Sungkai - Satu misi berkenaan keluarga Laksamana Perak.
Kini dapat ke hulu Bidor. Lebih istimewa lagi airnya mengalir masuk ke Sungai Perak melalui Kuala Bidor di Teluk Intan. Di sekitar kuala Sungai Bidor itulah keluarga Laksamana Raja Mahkota pernah berpengkalan sejak 300 tahun lalu. Disebabkan itu Laksamana pertama dikenali sebagai Tok Kuala Bidor dan kami ada moyang jauh lebih awal yang dikenali sebagai Keramat Kuala Bidor.