Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, Disember 24, 2010

Al-Rasyid naik keretapi ke Singapura - Deja vu panjang di Kampung Wak Hassan, Masjid Sembawang dan Masjid Ba'Alawi

Tu dia. Untuk menyajikan artikel ketiga dalam siri kecil ini saya harus memasukkan tidak kurang 40 gambar, belum termasuk yang disajikan pada 9 artikel sokongan di blogspots saya yang lain...

Isnin 15 haribulan November 2010, hari ketiga kami berada di Singapura. Dengan selesainya majlis perkahwinan saudara baru kami boleh berjalan ikut suka. Di atas adalah Al-Rasyid bersama pakcik yang saya panggil Uncle Man. Beliau yang sudah hidup 60 tahun gitu di Singapura kini menetap di Kulai lalu seperti saya bermalam di rumah adiknya yang saya panggil Uncle Nasir.

Uncle Nasir adalah bapa kepada pengantin lelaki. Saya, isteri dan Al-Rasyid telah bermalam di bilik anaknya itu. Dari dapur rumah kelihatan sebuah pangsapuri bernombor 165. Ini mengikatkan pada satu kumpulan yang suka menggunakan nombor tersebut sebagai logo, katanya 1 untuk rukun Ihsan, 6 rukun Iman dan 5 rukun Islam.


Dari luar rumah boleh kelihatan masjid di mana saya mengalami deja vu lama petang Sabtu. Lihat artikel sebelum ini Al-Rasyid naik keretapi ke Singapura - Majlis perkahwinan di 2 tempat dan deja vu lama di Masjid Yishun.

Setelah selesai mengemas rumah dan sebagainya Uncle Nasir pun menghantar kami ke stesyen MRT terdekat.


Tapi sebelum itu dia membawa kami bersiar-siar di kawasan sekitar. Baru kali ini saya dapat melihat lebih dekat rumah-rumah bungalow yang ada di Singapura.


Seperti umum tahu, rumah-rumah di Singapura rata-rata berbentuk pangsapuri tinggi akibat kekurangan tanah dan penduduk yang padat. Namun ada sedikit kawasan rumah sebiji-biji. Keadaannya saling tak tumpah seperti di kawasan mewah juga separa mewah di Petaling Jaya.


Oleh kerana saya teringin melihat kawasan laut atau lebih tepat Selat Tebrau yang terdekat, Uncle Nasir membawa kami ke Kampung Wak Hassan. Masyaallah saya deja vu lama melihat perairan yang ada. Menariknya isteri saya kemudian mendapat tahu di sinilah babak sekitar rumah isteri ketiga P. Ramlee yang dimainkan Sarimah diambil dalam filem terkenalnya Madu Tiga. Lihat artikel The scene at Kampung Wak Hassan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Tak cukup itu, saya deja vu lagi apabila dibawa masuk kawasan hutan berdekatan.


Deja vu terus berlangsung sehingga terlihat masjid yang ada. Saya pun singgah dan deja pun bersambung. Lihat artikel Masjid Melayu Sembawang (Malay mosque of Sembawang) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

.

Dari seorang ahli masjid kami mendapat tahu mimbar dan ukiran yang ada ditempah dari Muar, Johor. Untuk pengetahuan masjid ini pernah diabaikan sekian lama sebelum diperbaiki dan dibuka kembali baru ini.


Di belakang masjid beberapa orang ahli masjid sedang membuat persiapan untuk Hari Raya Korban. "Ambillah sekali gambar kambing di belakang!" kata seorang. Ait? Perli saya ke hapa? Heh! :]


Kelihatan juga di belakang adalah rumah-rumah atap rumbia yang agak klasik. Kemudian baru saya diberitahu ini adalah set satu penggambaran.


Uncle Nasir membawa kami ke satu lagi tempat berdekatan. Di sini ada pokok botol katanya...


Malah siap ada kelab yang dipanggil Bottle Tree. Tak tahulah nama diberi sempena pokok botol sahaja atau tempat ini memang untuk kaki botol, hehe...


Uncle Nasir menurunkan kami di stesyen MRT Yishun. Dari situ kami membuat perjalanan keliling separuh pulau. Lihat Taking the MRT down half the island.


Kami turun di stesyen Harbour Front berdekatan jalan masuk ke Pulau Sentosa. Tempat yang ingin dituju terletak di seberang jalan sahaja.


Namun saya tersilap pergi agak jauh ke barat. Rupa-rupanya suruh makan tengahari dahulu isi perut yang dah keroncong...


Kemudian baru kami berpatah-balik tetapi melalui bahagian seberang jalan. Kelihatan kereta kabel dari puncak Mount Faber (nama lamanya Bukit Teluk Belanga) ke Pulau Sentosa.


Inilah tempat yang ingin dituju... Masjid Temenggung di Teluk Belanga. Selepas bersolat dan berehat sebentar saya dan sepupu saya Hanif menziarahi makam diraja Johor di sebelah. Isteri yang sebenarnya demam terus berehat bersama Al-Rasyid. Lihat The Temenggung mosque and Johor royal mausoleum revisited.


Dari situ ke tempat seterusnya iaitu makam Radin Mas sangatlah dekat. Memang asalnya kami bercadang untuk jalan kaki sahaja. Tetapi ketika itu saya tidak menjangka betapa dekatnya makam Radin Mas sedangkan isteri tidak dapat menyembunyikan kepenatan akibat demam. Kami pun mengambil teksi untuk ke sana. Lihat The tomb of the princess Radin Mas.


Saya juga asalnya bercadang mahu berjalan kaki hingga ke Bukit Singapura atau Fort Canning Hill di pusat bandar. Tapi keadaan memaksa kami menaiki teksi hingga ke atas...


Sebenarnya selain masalah kesihatan, kami juga kesuntukan masa. Rancangan asal adalah mula keluar dari rumah jam 8 pagi. Tapi dicampur perjalanan dengan Uncle Nasir dan hal lain, jam 12:30 baru kami meninggalkan Yishun, 2 jam kemudian baru sampai ke Masjid Temenggung.


Kenapa saya sebut kesuntukan masa? Sebelum itu kita lihat dahulu apa yang ada di Bukit Singapura. Satu, ada peninggalan kerajaan Melayu lama. Lihat Tapak kajipurba (Archeological dig), Bukit Singapura.


Di bukit ini juga ada sebuah makam yang dipanggil Keramat Iskandar Syah. Gambar ini telah digunakan pada artikel 777, umur 40 dan tawaran terhad buku yang dibuat pada hari lahir saya sebulan lalu. Menariknya Iskandar Syah dikatakan Sultan Singapura abad ke 14 Masihi. Lebih menarik ada kenyataan menyebut baginda juga adalah Parameswara yang membuka Melaka! Lihat Makam (Tomb of) Iskandar Syah.

.

Di puncak bukit ini pula terdapat kawasan tadahan air yang dikawal ketat oleh kerajaan. Kalau tak silap ia dijadikan begitu sejak British masuk memerintah hampir 200 tahun lalu walhal dipercayai ramai bahawa di atas inilah letaknya istana keSultanan Singapura yang telah wujud sebelum zaman keSultanan Melaka. Entah apa yang ditakutkan sangat sehingga puncak bukit dijadikan kawasan larangan. Kata orang sebab itu juga bukit ini dikenali sebagai Bukit Larangan.


Turun dari bukit kami mengambil bas.


Tempat seterusnya terletak berdekatan Bugis Junction.


Siap ada Hotel Bugis lagi...


Kami terus berjalan kaki ke destinasi.


Di manakah ini? Al-Rasyid sedang merenung apa entah? Orang di belakang pula kelihatan seperti orang kenit yang terapung di hadapan mata...


Baiklah. Biar disebut. Kami pergi melihat istana Kampung Gelam, istana Sultan terakhir Singapura yang telah dijadikan muzium juga Masjid Sultan. Kelihatan masjid baru dipasang kipas seperti kipas helikopter. Lihat Around Masjid Sultan and Kampung Gelam.


Kemudian kami berkejar ke stesyen MRT terdekat yang dipanggil stesyen Bugis. Teringat kali pertama menaiki MRT di sekitar ini lebih 4 tahun lalu. Tiba-tiba keluar pengumuman menyebut : "Bugis, Bugis!". Ingatkan ada orang kurang ajar nak cari pasal dengan Bugis, rupanya nak beritahu dah sampai stesyen Bugis! Hek eleh...


OK. Tadi ada diberitahu kami kesuntukan masa. Sebenarnya kami harus kembali ke Malaysia dengan keretapi malam jam 10.30 dan untuk itu kami harus sampai ke stesyen Tanjung Pagar paling lambat pun jam 10. Sebelum itu kami harus kembali ke rumah Uncle Nasir di Yishun bersiap dan mengambil barang dan ini memakan masa tidak kurang setengah jam dengan MRT. Dari Yishun ke Tanjung Pagar pula perjalanan kereta boleh memakan masa 1 jam, maka logiknya kami sudah berlepas dari sana jam 9.

Memang pun kami dijangka kembali ke Yishun paling lambat pun selepas Maghrib untuk mandi, bersolat dan siap. Sebaliknya masuk waktu Maghrib kami baru mahu menaiki bas ke satu destinasi lain yang asalnya diharap dapat dijejaki sebelum senja. Isteri dan sepupu mula risau kerana takut terlepas keretapi. Saya cakap tawakallah kepada Allah. Kerana ini juga ujian untuk menyelesaikan satu perkara.


Sejak awal tahun saya ada menyimpan niat jika sampai lagi ke Singapura akan singgah ke Masjid Ba' Alawi sebuah masjid yang terkenal kerana menjadi tumpuan para Sayyid dan Sharifah keturunan Nabi Muhammad SAW dan orang Islam yang percaya pada keberkatan Ahlul Bait. Pada mulanya saya menyangkakan kedudukannya sekadar berjalan kaki dari Masjid Sultan tetapi kemudian baru mendapat tahu ia terletak di Lewis Road berdekatan Bukit Timah. Nasib baik stesyen MRT terdekat terletak dalam perjalanan ke Yishun. Namun apabila sampai di stesyen tiada seorang pun tahu tentang Masjid Ba' Alawi.

Saya harus menunggu bertanya ke sana ke mari sambil isteri dan sepupu semakin risau sebelum dapat berjumpa orang yang tahu. Dia seorang wanita yang berasal dari Kuantan tapi kini menetap di Singapura, dalam perjalanan kembali ke rumah dari tempat kerja. Menariknya wanita berumur 20an ini menetap di sebuah rumah tidak jauh dari Masjid Ba'Alawi. Untuk ke masjid perlu menaiki bas agak jauh sedangkan masa semakin suntuk. Namun saya cekalkan diri dan pergi juga lalu mendapati memang lawatan itu sudah lama ditakdirkan kerana di situ saya deja vu lama lagi.

Di atas adalah gambar baju perang Islam yang terpampang dalam masjid. Turut terpampang adalah sejumlah barangan lain yang ada kena-mengena dengan sejarah Islam, semuanya termasuk rupabentuk masjid pernah dilihat dalam mimpi atau bayangan entah berapa tahun lalu (lihat Masjid (Mosque of) Ba'Alawi, Singapura). Selesai solat jamak Maghrib dan Isyaq ternampak seorang jemaah sedang menuju ke sebuah teksi. Rupa-rupanya dia seorang pemandu yang kadangkala sahaja bersolat di situ. Dapatlah kami menaiki teksi terus ke Yishun.

Kami sampai sekitar jam 8:30 lalu tidak sempat mandi, setakat cukup masa untuk menyiapkan barangan sahaja. Namun dari satu segi kami dapat menepati jadual asal apabila sempat bergambar sama sebentar di bawah sebelum meninggalkan Yishun jam 9.


Alhamdulillah pergerakan trafik lancar sehingga kami dapat sampai ke Tanjung Pagar dalam tempoh setengah jam. Sempatlah makam nasi briyani lagi lalu berehat berbual-bual...


Selepas jam 10 amaran dibunyikan agar penumpang masuk. Lagipun kami perlu melalui pemeriksaan imigresyen Malaysia sebelum boleh menaiki keretapi.






Masuk sahaja keretapi kami terus mengambil tempat, kali ini di gerabak berkatil yang cuma terdapat pada keretapi malam.



Cukuplah diberitahu sebelum turun untuk pemeriksaan imigresyen Singapura di Woodlands, saya sempat mandi ringkas di dalam tandas keretapi. Cukuplah untuk menghilangkan rasa peluh melengas agar dapat tidur selesa sehingga sampai ke Kuala Lumpur. Tamat dah siri kecil... :]


Khamis, Disember 23, 2010

Al-Rasyid naik keretapi ke Singapura - Majlis perkahwinan di 2 tempat dan deja vu lama di Masjid Yishun

Ah. Setelah begitu lewat malam baru saya dapat menyambung penceritaan dari artikel Al-Rasyid naik keretapi ke Singapura - Tanjung Pagar, makam Habib Nuh dan faktor 6A-213.


Pagi Ahad 14 November 2010. Setelah puas berehat di rumah seorang bapa saudara yang sedang menunaikan haji, kami pun dibawa kembali ke rumah pengantin.


Majlis kenduri perkahwinan memang dijadualkan hari ini tetapi belum bermula lagi.


Sekarang adalah masa untuk sanak saudara dan kenalan terdekat menikmati dahulu sarapan pagi.



Saya mengambil kesempatan untuk meninjau-ninjau persiapan...





Sebuah bas kuning sampai membawa pemain kompang juga kuda kepang.


Al-Rasyid seronok bermain di sekitar pelamin.


Masuk waktu Zohor baru acara bermula... dengan pengantin lelaki diiringi keluar bertandang ke rumah pengantin perempuan. Ketika itu sudah ramai jemputan duduk makan-makan...


Saya dan sepupu saya Hanif ikut menaiki bas kuning. Al-Rasyid turut dibawa sekali sementara ibunya memilih untuk berehat di tempat pengantin lelaki kerana mendapati dirinya kurang sihat.


Jika rumah pengantin lelaki terletak di Yishun bahagian utara Singapura, rumah pengantin perempuan pula agak jauh ke selatan di pinggir pusat bandaraya. Lihat acaranya yang agak gilang-gemilang di artikel The bride's wedding reception in Singapura pada blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Selesai acara pihak perempuan sampai masa untuk kembali ke tempat laki-laki. Tidak seperti di Malaysia di mana acara pihak perempuan dan laki-laki diadakan berjarak beberapa hari, di Singapura ia diadakan pada hari yang sama. Al-Rasyid menunggu bas bergerak dalam keadaan hujan renyai...


Ternyata sudah ramai yang menunggu di majlis laki-laki. Lihat The groom's turn for reception.

Petang sikit saya terasa mahu menjamakkan solat Zuhur dan Asar lalu ditunjukkan arah ke masjid berdekatan.


Inilah kali pertama saya sampai ke masjid ini. Peliknya saya deja vu lama... dari terlihat kawasan luar masjid hingga ke dalam, dari tempat mengambil wudhuk hingga ke dewan solat semuanya pernah dilihat dalam satu bayangan atau mimpi lama dahulu. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Darul Makmur, Yishun di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

Ini membuat saya teringin melihat puncak bukit di belakang. Hanif pun ikut menemani...

Di sini juga saya ada deja vu. Tak tahulah apa makna semua ini...

Kami kembali ke tempat pengantin beberapa lama kemudian. Kelihatan dalam gambar keluarga terdekat termasuk ibu bapa saya dan adik-beradik ibu yang sampai ke Singapura sekitar jam 4.

Sebenarnya saya sudah terserempak dengan mereka di masjid selepas selesai menunaikan solat. Ketika itu saya ada mengajak Hanif naik ke bukit tapi dia keberatan kerana takut tidak dapat berjumpa dengan saudara-mara yang datang dari arah Johor Bahru.


Dengan kuasa Allah, beberapa orang saudara-mara termasuk ibu bapa saya pun muncul di masjid. Dapatlah saya dan Hanif meluangkan masa di atas bukit. Dengan kuasa Allah juga kami terserempak dengan mereka meninggalkan masjid sebaik sahaja turun dari bukit. Begitulah aturan Qada' dan Qadar. Jika kita bergerak di dalam aliran kehendakNya bukan dengan kehendak dan permintaan diri sendiri, segalanya akan diatur begitu cantik tanpa perlu kita terlalu susah memikirkan perkara dan bagaimana hingga 'pecah kepala'.

Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan Berkuasa sehingga mampu menunaikan setiap permintaan kita jika Dia mahu. Tetapi seringkali kita tidak dapat menduga bahawa apa yang Allah aturkan untuk kita itu lebih baik dari apa yang kita sendiri cuba atur dan jangka. Sebab itu ada disebut adakalanya kita fikir sesuatu itu baik untuk kita sedangkan ia buruk. Begitu juga sebaliknya kerana akal kita tidak mampu menggapai segalanya.

Kalau mahu kita boleh berdoa kepada Allah agar mengabulkan segala permintaan untuk mengatur kehidupan sendiri. Itu adalah kehidupan kebanyakan manusia di mana usaha itu diandaikan pada perbuatan yang dapat dilihat secara zahir oleh semua. Kalau mahu juga kita boleh menyerah pada aturanNya seratus-peratus. Dalam keadaan ini usaha kita mungkin tidak nampak di kaca mata orang lain sehingga dikatakan tidak membuat apa-apa sedangkan percubaan untuk memahami dan redha dengan Qada' dan Qadar itu sendiri adalah usaha.

Dalam keadaan ini kita perlu menerima segala susah dan senang dengan keyakinan segalanya adalah yang terbaik untuk kita. Kalau nasib kita baik Insyaallah akan dianugerahkan pengalaman melihat perkara di luar jangka juga hal-hal mencarik adat kebiasaan manusia.


Apapun, dengan aturan Allah dapatlah saya meluangkan masa di atas bukit tanpa mensia-siakan keluarga. Dapatlah kami bersama sehingga majlis tamat. Cuma mereka harus berlepas kembali ke Johor Bahru sedangkan saya, isteri, Al-Rasyid dan Hanif mahu bermalam lagi di Singapura. Dengan selesainya majlis baru kami dapat betul-betul berjalan melihat apa yang ada... :]


Selasa, Disember 21, 2010

Al-Rasyid naik keretapi ke Singapura - Tanjung Pagar, makam Habib Nuh dan faktor 6A-213

Assalamualaikum semua. Rasanya eloklah dimulakan cerita perjalanan keretapi ke Singapura yang dibuat lebih sebulan lalu. Sambil menunjukkan gambar menurut kronologi perjalanan kita bercerita bagaimana ia boleh berlaku ya...

Pagi Sabtu 13 November 2010 saya, isteri dan anak kecil kami Al-Rasyid bersedia untuk menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Singapura. Walhal kurang seminggu sebelum itu tak terfikir pun hendak ke sana. Menariknya pada hari itu Al-Rasyid cukup umur setahun sebulan. Itulah kali pertama dia akan menaiki keretapi...


Turut sama adalah seorang sepupu saya yang bernama Hanif. Kalau tak salah ingatan sepupu yang dibesarkan di Kuantan, Pahang ini cuma pernah pergi ke Singapura sekali sahaja sebelum itu. Ini bermakna perjalanan ini adalah kali kedua seumur hidup. Dia pun tak sangka akan pergi malah inilah kali pertama dia akan menaiki keretapi di Malaysia. Kalau naik keretapi di Britain tu pernahlah kerana seperti saya, dia pernah belajar beberapa tahun di sana dan keretapi merupakan pengangkutan awam kegemaran ramai untuk ke mana-mana.

Apa yang berlaku ialah Ahad malam Isnin sebelumnya saya telah bertandang ke rumah ibu saudara di Ampang untuk menghantar sotong bakar yang dibeli di pantai Morib pagi hari itu. Sabtu sehari sebelum itu pula saya telah membawa ibu bapa berjalan-jalan di Putraya dan Cyberjaya sebelum pergi bermalam di rumah keluarga isteri di Tanjung Sepat. Kami singgah di Morib di mana kami menikmati hidangan sotong bakar yang enak. Apabila ibu saudara ini mendapat tahu, dia pun memesan sedikit sotong untuk dibawa balik.


Ketika menghantar sotong itulah ibu saudara meluahkan masalahnya hendak ke Singapura menghadiri majlis perkahwinan seorang saudara yang pangkat dua pupu dengan saya. Ibu saudara ini teringin sangat hendak ke sana sedangkan suaminya pula perlu berlepas ke Pulau Pinang kerana ada kerja, anak-anaknya pula sibuk dengan pelajaran, ada yang akan mengambil peperiksaan lalu tidak dapat menemaninya ke sana. Suaminya mencadangkan agar dia mengambil keretapi kerana tak larat hendak memandu selain tidak tahu selok-belok di Singapura. Pada awalnya ada juga saudara lain yang bercadang nak ikut sama tapi semakin dekat tarikh perkahwinan ternyata mereka mengubah fikiran, mungkin kerana banyak urusan.


Adapun saudara-saudara kami di Singapura begitu rajin datang ke Malaysia beramai-ramai apabila ada apa-apa majlis kahwin di kalangan keluarga selain sambutan hari raya. Kami di sini pula yang jarang bertandang ke sana. Saya sendiri turut dijemput tetapi menolak akibat masih kepenatan akibat perjalanan ke Perak yang dibuat untuk menjejakkan kaki ke Beting Beras Basah (lihat Menyelesaikan bab Perak : Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah). Apalagi pada hari Jumaat yang sama, saya, isteri dan anak kecil kami Al-Rasyid pergi ke Bukit Damansara untuk menghadiri satu majlis tahlil keluarga kemudian keesokannya membawa ibu dan bapa berjalan-jalan di Putraya, Cyberjaya, Morib dan Tanjung Sepat.


Kebetulan saya juga belum pernah menaiki keretapi ke Singapura. Saya cuma pernah pergi hingga ke Johor Bahru sahaja. Merujuk pada artikel Projek buku keretapi yang dibuat 5 hari lalu, sepatutnya saya ada menaiki keretapi ke pulau republik itu untuk projek buku. Namun setelah menjelajah hingga ke Tumpat, penghujung landasan Pantai Timur dan naik hingga ke Hatyai, Thailand penghujung utara rangkaian selenggaraan KTMB atau Keretapi Tanah Melayu Berhad, perjalanan ke Singapura yang merupakan penghujung selatan rangkaian dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Lagipun berbulan sebelum itu saya sudah pergi melihat stesyen-stesyen hingga ke Johor Bahru dengan menaiki kereta. Bagi pihak penerbit ini sudah cukup untuk melengkapkan isi buku. Bagi saya pula ada sesuatu yang terasa tergantung begitu sahaja... maklumlah sudah ke hujung rangkaian keretapi timur dan utara tapi tak selesai bahagian ke selatan...

Memikirkan ibu saudara tidak ada teman untuk ke Singapura ditambah faktor rasa tergantung akibat perjalanan untuk projek buku keretapi dibatalkan saya pun menawarkan untuk turut sama. Peluang ini juga boleh digunakan untuk membawa isteri dan anak sekali. Lagipun selepas membuat projek buku saya ada berjanji dalam hati akan membawa mereka berjalan jauh menaiki kenderaan itu. Nah. Sekarang saya ada sebab yang sesuai... pedulikan kepenatan disebabkan perjalanan ke Perak juga perjalanan membawa ibu bapa ke sana ke mari.

Di atas adalah gambar ketika sampai di Melaka. Seperti biasa saya akan mengambil gambar apabila tergerak tak kiralah di mana. Tetapi untuk artikel ini tak perlulah dipaparkan gambar banyak tempat. Cukuplah apa yang ada untuk kelancaran cerita... selain gambar tempat saya juga ada mengambil gambar Al-Rasyid bermain-main dengan anak kecil lain.

Satu lagi sebab yang membuat saya ingin ke Singapura adalah kerana ibu bapa saya sendiri mahu ke sana bersama beberapa orang saudara. Cuma bapa akan memandu dari Muar ke Johor Bahru dan di mana beberapa orang saudara akan ikut sama. Bapa mahu bertolak hari Sabtu dan bermalam di rumah adik bungsu saya sebelum ke Singapura pagi Ahad, cadangnya dengan menaiki keretapi. Saya pula bercadang menaiki keretapi Jumaat malam Sabtu... sampai awal pagi di Johor Bahru kemudian bertemu saudara-mara di sana sebelum ikut sama ke Singapura.

Sayangnya keretapi Jumaat malam Sabtu penuh. Saya cuma boleh mendapatkan tempat duduk untuk keretapi yang bertolak dari Kuala Lumpur pagi Sabtu. Keretapi Ahad malam Isnin dari Johor Bahru balik ke Kuala Lumpur juga penuh. Kalau tak bolehlah kami sampai awal pagi dan terus masuk kerja. Nak tak nak saya terpaksa menempah keretapi Isnin malam Selasa yang banyak kosong lalu isteri kenalah ambil cuti satu hari...


Keadaan di dalam stesyen baru Johor Bahru iaitu di JB Sentral. Mereka yang mahu turun terus keluar, tinggal kami-kami yang mahu meneruskan perjalanan ke Singapura. Baru saya tahu di sini pegawai imigresyen Malaysia akan masuk memeriksa. Kami perlu menunggu sahaja di dalam keretapi.

OK. Semasa menempah tiket saya mendapat tahu bahawa untuk perjalanan terus ke Singapura kami perlu menambah RM1 sahaja untuk setiap tiket berbanding jika turun di Johor Bahru. Begitu juga jika kembali dari Singapura ke Kuala Lumpur berbanding naik dari Johor Bahru. Perjalanan keretapi dari Johor Bahru ke Singapura sahaja dan sebaliknya harus menelan lebih lagi belanja. Memikirkan ini saya rasa lebih elok terus ke pulau republik itu dan kembali dari sana. Kalau turun di Johor Bahru semata-mata untuk bersama dengan saudara lain akan jadi lebih banyak belanja selain banyak kerja...


Ibu saudara saya mengikut sahaja. Walaupun dia ada kerja lain kerana asalnya menganggap kami dapat kembali awal pagi Isnin dia dapat mengaturkan sesuatu untuk mengubah jadualnya. Tetapi timbul masalah baru ketika tinggal beberapa hari lagi mahu ke Singapura. Seorang anak ibu saudara yang baru retak tulang bahu seminggu dua sebelum itu dinasihatkan membuat pembedahan secepat mungkin.

Sebelum itu dia cuma mengharapkan tukang urut dapat menyelesaikan masalahnya. Memang pun setakat itu beberapa urutan dapat dibuat dengan agak berkesan, cuma belum pulih sepenuhnya menunggu masa. Tetapi seorang kenalan yang merupakan doktor pakar menasihatkan pembedahan dibuat kerana anak ini akan mengambil peperiksaan SPM tidak lama lagi... takut tulang bahu yang retak akan tergelincir keluar lalu mencucuk kulit hingga tembus ketika menulis menjawab soalan peperiksaan nanti.

Di atas adalah gambar ketika meninggalkan bandaraya Johor Bahru untuk menaiki Tambak Johor masuk ke Singapura. Lihat artikel Views around the causeway from the train di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Keadaan ini membuat ibu saudara terpaksa menarik diri. Selain perlu menemankan anak untuk pembedahan, dia perlu berada di sisinya sentiasa dalam waktu terdekat itu. Maklumlah, ini anak perempuan. Dahlah kena ragut sampai jatuh retak tulang, kena bedah pulak dan nak ambil peperiksaan penting. Tapi bagaimana pula tiket yang sudah dibeli? Takkan nak burn begitu sahaja? Ketika itulah saya teringat seorang sepupu yang sudah lama mahu mengikut saya berjalan-jalan...

Di atas adalah gambar selepas selesai membuat pemeriksaan imigresyen di Woodlands. Seperti dihadapi ketika masuk ke Thailand dengan keretapi setengah tahun lalu, penumpang juga perlu turun di sini sebelum dapat menaiki semula keretapi. Ikutkan rumah saudara yang berkahwin di Singapura lebih senang dicapai dari Woodlands. Tapi saya ingin meneruskan perjalanan ke stesyen paling selatan iaitu di Tanjung Pagar. Ini kerana saya teringin melihat keadaan pulau republik ini sepanjang perjalanan. Lagipun dalam tempoh setengah tahun dari sekarang, stesyen Tanjung Pagar akan ditutup terus dan penumpang keretapi dari Malaysia cuma akan dapat sampai ke Woodlands.

Itulah sepupu saya Hanif yang ditunjukkan pada awal cerita tadi. Dia tiada masalah mengambil cuti hari Isnin. Rupa-rupanya memang dia ditakdirkan untuk pergi. Lihat apa yang tertulis di baju... itulah faktor 6A-213 pada tajuk artikel ini.


Apa kenanya dengan 6A-213? Memang nombor ini ada tertera pada baju. Tapi bagaimana boleh terjadi dua kebetulan... nombor tempat duduknya adalah 6A, itulah yang mahu ditunjukkan pada gambar atas juga gambar bawah yang menunjukkan tiket walaupun kurang terang. Kemudian nombor gerabak janakuasa keretapi pula 213. Tentu ada makna...



Gambar ketika sampai di stesyen Tanjung Pagar, Singapura. Oh... untuk perjalanan dari Woodlands lihat artikel On to Tanjung Pagar.



Perkara pertama yang dibuat apabila sampai selain mengambil gambar adalah makan. Terus sebat nasi briyani wooo! Maklumlah 8 jam dalam keretapi, kantin pun takda. Yang ada adalah sedikit makanan yang dijual dengan kereta sorong. Nak turun makan kat perhentian seperti di Kluang pula tak sempat. Lagipun ketika itu kantin stesyen Kluang yang amat terkenal dengan hidangan kopi dan roti menteganya yang sedap pula tutup...





Selesai itu kami keluar berjalan kaki. Untuk pengetahuan stesyen Tanjung Pagar yang merupakan milik KTMB terletak di pinggir bandaraya Singapura.



Jalan kaki 1 km dah boleh sampai ke makam Habib Nuh. Dapatlah kami anak-beranak berziarah lagi ke sini. Bagi Hanif pula inilah makam wali Allah yang pertama sekali diziarahinya seumur hidup. Lihat artikel Latest visit to the tomb of Habib Nuh.





Malam selepas Isyak baru kami meninggalkan kawasan makam yang ada masjid sekali. Dengan menaiki MRT kami terus ke rumah orang kahwin di Yishun, 4 stesyen sahaja dari Woodlands tapi 14 stesyen dari Tanjung Pagar. Biar diberitahu sepupu saya Hanif yang berumur 31 ke 33 tahun gitu, saya pun dah lupa sedang dalam keadaan 'mencari'. Beberapa bulan lalu dia ada menyatakan mahu mengikut saya ke mana sahaja untuk perjalanan spiritual lalu saya ada mencadangkan agar ikut pergi ke Pulau Besar, Melaka. Tetapi muncul hal lain yang menghalang perjalanan. Siapa sangka dia dapat ke makam Habib Nuh pula?



Ya. Mungkin perjalanan menaiki keretapi ke Singapura ini ditakdirkan Allah lebih istimewa buat Hanif. Saya sudah banyak kali ke sana cuma kali ini sahaja baru merasa naik keretapi tapi ini perjalanan pertama buatnya, dan di sinilah kali pertama kali seumur hidup dia menjejakkan kaki ke makam seorang wali. Lebih istimewa apabila baju yang dipakai tanpa dirancang ada nombor-nombor yang kena dan muncul pada keretapi. Saya pun tak tahu lagi apakah maknanya. Yang pasti Hanif dapat menemani kami ke beberapa tempat lagi di Singapura yang ada nilai spiritualnya, ada di antaranya saya sendiri pertama kali sampai lalu mendapat deja vu lama. Bersambung nanti...

Oh... lupa nak beritahu. Gambar-gambar untuk perjalanan ke/di Singapura ini semuanya diambil menggunakan kamera digital model lama milik Hanif. Kamera saya sendiri ketika itu sedang diperbaiki, setelah mengalami masalah ketika meninggalkan Beting Beras Basah seperti disebut dalam artikel Menyelesaikan bab Perak : Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah). Harap maklum.


Isnin, Disember 20, 2010

Wikileaks operasi Mossad dan Illuminati?


Hmm. Nak menulis artikel pasal perjalanan ke Singapura lebih sebulan lalu pun tak terkeluar lagi. Semalam terfikir pula nak tulis satu artikel lain pasal kamera tapi nantilah... biar diluahkan satu rasa yang agak memuncak pagi tadi.

Kebelakangan ini dunia dikecohkan dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat laman portal Wikileaks. Isi-isi perbincangan rahsia dari saluran perhubungan diplomatik juga sumber perisikan yang selama ini tersimpan kemas dalam fail-fail yang secara rasminya tidak wujud didedahkan dan banyak yang memalukan pihak yang terlibat baik di peringkat negara mahupun individu. Kalau tak salah beratus ribu isi dokumen sulit telah didedahkan, mungkin berjuta termasuk rahsia negara polis dunia Amerika Syarikat yang dikatakan canggih sistem pertahanan maklumatnya. Peliknya setakat ini saya belum mendengar apa-apa kebocoran rahsia tentang penglibatan negara haram Israel dalam apa-apa perkara sedangkan lain-lain negara, sekurang-kurangnya yang penting dalam percaturan sosio-politik dunia telah didedahkannya.

Ya... sungguh pelik ini. Siapa tidak tahu bagaimana Israel terlibat secara kasar atau halus dalam percaturan dunia. Seringkali mereka dapat mempengaruhi Amerika juga Britain untuk menggunakan kuasa vetonya demi menjaga kepentingan mereka. Dan kita juga tahu bagaimana mereka telah berkali-kali mendesak kuasa-kuasa besar dunia itu untuk membuat serangan terhadap negara atau pihak yang boleh mengganggu-gugat mereka. Apakah tidak ada kabel diplomatik Yahudi membincangkan misalnya pencerobohan Iraq terhadap Kuwait dua dekad lalu atau persediaan logistik Perang Teluk selepas itu? Apakah tidak ada sedikitpun maklumat ketenteraan bocor tentang perancangan terbaru mereka terhadap Semenanjung Gaza dan sebagainya?

Di ketika banyak pihak ditelanjangkan sehingga ramai menuding jari bermasam muka dan memulakan perang mulut, saya terus menunggu jika ada apa-apa rahsia tentang Israel akan keluar. Setakat ini tidak terdengar apa-apa berita seolah-olah mereka suci dari dosa. Apakah sistem maklumat Israel begitu terkawal cantik sehingga Wikileaks yang dapat menerobos masuk atau memintas segala maklumat lain tidak dapat mendedahkan apa-apa yang buruk tentang mereka? Atau apakah saya yang terlepas pandang tidak terlihat apa-apa berita lagi tentang Yahudi sedang dunia sedang sibuk melaung-laungkannya di luar sana? Rasanya tidak...

Keadaan ini membuat saya semakin yakin Wikileaks adalah satu operasi sulit bawah tanah yang ditaja rangkaian perisikan Israel iaitu Mossad dengan restu pihak Illuminati, para peneraju tertinggi rangkaian Yahudi Zionis yang mahu menguasai dunia. Nampaknya ia dibuat supaya negara-negara lain saling bergaduh dan berlaga, untuk mempertingkatkan lagi konflik agar perang dunia ketiga yang sudah lama dirancang mereka dapat masuk ke fasa seterusnya iaitu perang nyata (bukan setakat gaduh mulut atau diplomatik) yang akhirnya akan membawa kemusnahan besar dengan penggunaan senjata nuklear. Selain itu rasanya ada sesuatu sedang berlaku di sana, di bumi Jerusalem yang juga merupakan tanah suci umat Islam selain Yahudi dan Kristian. Sesuatu sedang berlaku di ketika perhatian dunia dialihkan kepada pendedahan demi pendedahan yang dibuat Wikileaks juga konflik dunia seperti yang kelihatan sedang meningkat antara Korea Selatan dan Korea Utara.

Tu dia... sedar tak kita, dalam tempoh sebulan dua ini cerita penindasan Israel terhadap Palestin seperti tidak muncul lagi di suratkhabar mahupun televisyen. Wikileaks pun nampaknya tidak menyentuhnya langsung dan kita pula terpukau dengan hal-hal lain sehingga terlupa perancangan besar Yahudi untuk menakluki dunia. Alahai... dah tak terkata apa lagi dah den... :]


Khamis, Disember 16, 2010

Projek buku keretapi


OK. Mereka yang setia mengikuti penulisan di blogspot ini mesti tahu saya pernah membuat beberapa perjalanan keretapi ke seluruh Semenanjung malah utara hingga ke Hatyai, Thailand pertengahan tahun ini untuk satu projek buku tentang keretapi. Malah 3 bulan sebelum itu saya telah ikut meninjau stesyen-stesyen keretapi hingga ke Johor Bahru dengan menaiki kereta. Berapa artikel telah dibuat tentang perjalanan di blogspot ini diiringi artikel-artikel sokongan di blogspots saya yang lain. Namun tidak seperti kelaziman apabila berjaya menyiapkan sesuatu siri, links artikel tentang projek buku keretapi belum dikumpulkan lagi.

Apabila mendapat tahu buku akan keluar dari kilang percetakan penghujung tahun, saya bercadang mahu membuat kompilasi links selepas itu. Malam ini tergerak pula saya untuk mempersembahkannya lebih awal. Ini kerana dalam masa terdekat saya mahu memulakan satu siri kecil tentang perjalanan menaiki keretapi bersama anak dan isteri ke Singapura yang dibuat sebulan lalu. Kompilasi links artikel projek buku keretapi dapat melancarkan cerita...

Di atas adalah gambar awal kulit buku yang dibuat hampir 7 bulan lalu. Ia dibuat berserta teks awal untuk ditunjukkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk pengetahuan projek buku keretapi dibuat dengan kerjasama badan nasional tersebut. Kami perlu menunjukkan hasil awal sebelum dapat menyambung kerja, perlu membuat apa-apa perubahan yang patut jika diminta mereka.

Saya tak pasti jika kulit buku itu sudah bertukar rupa. Yang pasti saya telah mengatur balik isi dan menambah lagi perkara yang sesuai agar ia juga dapat diketengahkan kepada agensi berkaitan seperti Tourism Malaysia selain KTMB atau Keretapi Tanah Melayu Berhad. Untuk pengetahuan selain mengenengahkan keseronokan mengembara menaiki keretapi, kami mahu menunjukkan tempat-tempat menarik yang boleh dicapai melalui keretapi. Harapan kami buku ini dapat dijadikan rujukan ramai pihak luar dan dalam selain dapat menambah khazanah buku mewah atau coffee-table bahasa Melayu.

Sekarang biar dipersembahkan links untuk semua artikel yang telah dibuat untuk projek buku keretapi. Bacalah dari mula... mungkin ada yang berguna. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke 787 di blogspot ini. :]






















Rabu, Disember 15, 2010

Bukti candi di Gunung Jerai menghadap kiblat?

Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan setelah beberapa hari bekerja keras mengumpul dan mengatur links siri-siri cerita untuk diletakkan di sidebar dan bahagian bawah setiap blogspots ia berjaya diselesaikan baru sebentar tadi. Semasa mengumpulkan links bagi tempat-tempat yang dilawati di Kedah untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) saya tergerak untuk membuat satu artikel tentang Sultan Muzaffar Shah I menggunakan gambar terbaru dari lawatan ke sana yang dibuat pertengahan bulan Ramadhan. Seperti disebut dalam artikel Misi menjejak sang Merong hingga ke Hatyai? 3 bulan lalu saya telah pergi berjalan ke utara hingga ke Hatyai bersama anak dan isteri menaiki kereta. Banyak tempat telah dilawati termasuk makam Sultan di kaki Gunung Jerai.

Mencari gambar makam Sultan Muzaffar Shah I membuat saya terlihat kembali satu gambar yang diambil di Candi Batu Pahat, Lembah Bujang. Perhatikan kedudukan. Dengan pandangan mata kasar kelihatan ia seperti menghadap kiblat di Kaabah. Oleh kerana tiada kompas ataupun apa-apa alatan saya cuma mengharapkan bayang-bayang. Matahari petang dapat menunjukkan di manakah arah barat dan dari situ kita boleh tahu di manakah timur, utara dan selatan dengan membuat garisan bersudut tepat.

Lihat garisan barat dan utara yang telah dibuat berdasarkan kedudukan bayang-bayang isteri. Perhatikan pula arah candi menghadap. Bukankah ia menghadap kiblat? Huraian lanjut akan dibuat apabila siri baru tentang perjalanan ke utara itu menemui pembaca, kemungkinan besar tahun hadapan...


Isnin, Disember 13, 2010

Tolong pecah misteri masjid-masjid Muar ini...


Assalamualaikum para pembaca yang dimuliakan sekalian. Tadi semasa membuat kompilasi artikel tentang masjid, makam dan tempat kebudayaan/bersejarah di Johor yang pernah diketengahkan di dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) berlaku sesuatu yang agak ajaib. Satu daripada link artikel hilang dengan sendirinya dan tetap hilang apabila cuba diletakkan lagi berkali-kali! Kalau setakat hilang dalam compose mood mungkin tidak menghairankan. Mungkin kerana saya tersilap mengatur html coding atau sebagainya. Ini bila masuk edit html pun hilang, siap kod-kodnya sekali lesap...

Nasib baik saya tidak cepat hilang akal. Saya cuba cara lain yang muncul dalam fikiran... atur balik kod tetapi untuk nama link saya letakkan perkataan "sini". Setelah itu baru link dapat dimunculkan. Kemudian apabila yakin ia tidak hilang lagi, saya tukar perkataan "sini" dengan nama artikel itu balik. Alhamdulillah, link dapat muncul padahal kod htmlnya sama sahaja dengan kod awal yang hilang.

Apapun biar diberitahu artikel yang dimaksudkan adalah Gambar-gambar lama masjid di Muar (Old pictures of mosques in Muar) (alhamdulillah masuk juga link di sini dengan sekali letak). Apa yang berlaku mengingatkan bahawa ketika membuat artikel itu 2 bulan lalu berlaku satu perkara serupa. Empat dari 14 gambar yang diupload hilang dengan sendirinya. Kalau hilang semasa upload kita boleh kata mungkin disebabkan uploading error atau perkara sewaktu dengannya. Ini tak, gambarnya dah keluar ketika menulis posting, boleh dilihat kod htmlnya apabila masuk ke dalam edit html mood. Tetapi apabila dipublish dalam blogspot 4 gambar tersebut tak keluar.

Saya tak ingat bagaimana masalah ini berjaya diatasi. Pada mulanya terbetik di fikiran apakah saya dilarang menunjukkan gambar-gambar tersebut kepada umum? Tetapi apabila berjaya setelah mencuba cara lain saya mendapat kesimpulan. Ada sesuatu di sebalik gambar-gambar yang hilang boleh dijadikan petunjuk kepada sesuatu. Mungkin melibatkan pencarian salasilah keluarga sebelah ibu.

Apa yang berlaku pernah disebut pada artikel Al-Rasyid berhari-raya : Kembali semula ke rumah... jejak 3 buah masjid di 3 buah negeri dan misteri berkaitan yang dibuat 10 Oktober 2010. Ah... isteri saya mengingatkan tarikh itu bersamaan 10/10/10. Sebenarnya dia terlihat itu tertera pada awal artikel. Saya pula terfikir apakah jejak 3 buah masjid di 3 buah negeri itu sendiri merupakan satu petunjuk?

Untuk makluman artikel itu ada menceritakan persinggahan kami anak-beranak ke masjid jamek Muar di negeri Johor, masjid negeri Melaka dan masjid negeri Negeri Sembilan, dibuat dalam perjalanan kembali dari kampung ibu ke rumah kami sendiri. Ah! Nampaknya bab 3 negeri sendiri itu memang ada makna dan petunjuk. Ini kerana malam tadi saya telah membuat artikel kompilasi untuk 3 buah negeri di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 3 negeri itu adalah Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Cuma ia dibuat dengan turutan sebaliknya.

Seperti disebut awal tadi, masalah link hilang melanda ketika membuat kompilasi links artikel Johor, kompilasi terakhir untuk malam tadi . Hmm... rasanya elok dicopy and paste bahagian berkaitan dari artikel Al-Rasyid berhari-raya : Kembali semula ke rumah... jejak 3 buah masjid di 3 buah negeri dan misteri berkaitan...




Saya meninggalkan Masjid Jamek Muar selepas menunaikan solat jamak dan qasar Zuhur dan Asar. Singgah pula di kedai kopi 434 yang airnya terasa semakin enak. Oh... 4 gambar lama masjid yang tidak mahu muncul dalam percubaan pertama itu memaparkan Masjid Jamek Muar, masjid di kampung ibu saya iaitu Kampung Temiang, sebuah masjid di Bukit Gambir dan sebuah masjid yang tidak disebut di manakah tempatnya. Mungkin ada pembaca yang dapat meneka kaitan kesemuanya dan perkara tersurat serta tersirat di sebaliknya?



Nasib baik saya ada mencatatkan apa yang berlaku. Dengan itu dapatlah dikenalpasti gambar yang terlibat lalu diatur menjadi satu gambar komposit di atas. Empat gambar disusun atas faktor selepas dicrop dari gambar asal apakah aturan paling sesuai untuk masuk ke ruang paling minimum dalam satu kotak segiempat tanpa mengorbankan mana-mana muka orang yang terpapar pada gambar asal. Gambar diletakkan pada saiz sebesar yang mungkin. Buka sahaja dalam windows lain dan anda boleh melihat butiran...

Saya berbuat begini agar para pembaca budiman dapat menelitinya sendiri. Kalau disuruh saya mengkaji seorang diri rasanya dah tak larat dah... penat. Mungkin ada pembaca yang dapat menerangkan kaitan antara ke empat-empat gambar, kaitan yang menyebabkan ia boleh hilang ketika membuat artikel Gambar-gambar lama masjid di Muar (Old pictures of mosques in Muar) 2 bulan lepas kemudian link artikel pula hilang apabila membuat artikel kompilasi malam tadi. Telahan saya, ada seorang atau beberapa orang individu yang dimuliakan Allah dengan karamah ada di 4 masjid itu ketika gambar diambil.

Biar disebut ada gambar yang diambil tahun 1915. Zaman itu empayar Islam Uthmaniah yang memegang keKhalifahan ummah masih wujud walaupun sedang tenat dilanda pelbagai masalah sehingga digelar sebagai 'orang sakit Eropah'. Kota suci Mekah dan Madinah serta seluruh wilayah Hijaz pula masih berada di bawah kekuasaan para Sharif Mekah yang berketurunan cucu sulung Nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Hassan. Pendek kata orang Islam seluruh dunia masih memiliki paksi kekuatan agama jasmani dan rohani bukan seperti sekarang...

Masjid Jamek Muar pula dibina tahun 1920an sebelum siap sepenuhnya lalu dirasmikan tahun 1930. Ketika itu banyak telah berubah dan dunia boleh dikatakan sudah dikuasai penjajah Barat luar dan dalam. Namun ini tidak menghilangkan kemungkinan ada orang-orang yang sama turut berada di setiap masjid yang tertera. Tak pun mereka mungkin berada pada 3 dari 4 gambar...

Hmm... terbetik di fikiran mungkin ulamak besar terkenal di Johor, Sheikh Fadhil Banten turut ada sama. Berasal dari Jawa dan dikatakan berketurunan Sunan Gunung Jati @ Sharif Hidayatullah beliau datang mengajar agama di Muar lalu diangkat menjadi penasihat dan mufti peribadi Sultan. Lihat artikel Makam (Tomb of) Sheikh Fadhil Banten. Lihat juga penerangan yang ada di dalam artikel Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Tinggalan Aceh di hulu Muar....

Hati saya sendiri meneka seorang moyang sebelah ibu juga ada. Tapi apakan daya? Gambarnya pun tidak ada dalam simpanan keluarga. Ada cerita menyebut beliau sangat kaya sehingga memiliki 6 biji kereta dengan 6 orang pemandu. Saya cuma tahu beliau dikenali sebagai Hussin bin Betak... baru beberapa bulan lalu mendapat tahu Betak yang turut dipanggil Wak Betak juga dikenali sebagai Daeng Betak adalah pembuka Parit Betak di Pontian berhampiran Batu Pahat, Johor. Dan Daeng Betak adalah anakanda La Makuaseng dari kerajaan Wajo di Tanah Bugis, orang yang namanya diabadikan pada sebuah lagi parit lebih ke selatan di dalam daerah Pontian.

Melihat gambar Sheikh Fadhil Banten yang diletakkan pada artikel Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Tinggalan Aceh di hulu Muar... membuat saya terfikir akan satu lagi kemungkinan. Mukanya seakan ada kesamaan dengan seorang lagi moyang sebelah ibu tapi dari keturunan Jawa. Kemungkinan beliau turut ada dalam gambar?

Apapun itu adalah telahan peribadi sahaja. Mungkin pembaca lebih arif dapat mengenal-pasti apakah yang sebenarnya tersurat dan tersirat di sebalik 4 gambar yang telah disatukan? Mungkin anda boleh memulakan pencarian dengan meneliti apakah ada muka-muka yang sama muncul dalam setiap gambar. Cuma satu peringatan. Ini mungkin boleh dicari pada 3 gambar di mana kelihatan ramai orang berdiri di hadapan masjid. Tapi ada satu pula kelihatan tiada orang. Mungkin individu yang terlibat ada di dalam masjid ketika gambar diambil? Mungkin di situ ada satu petunjuk kewalian?


Ahad, Disember 12, 2010

Kesukaan pada sungai

OK. Merujuk pada artikel Nostalgia masa lalu saya masih lagi dalam proses memperbaiki isi dan penampilan semua blogspots saya. Antara yang dilakukan adalah mengumpulkan links bagi artikel berkenaan masjid, makam dan tempat lain yang ada nilai sejarah dan kebudayaan menurut negara/negeri untuk diletakkan di sidebar blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Dua hari kebelakangan pula saya sibuk membuat apa-apa yang perlu untuk mengumpulkan artikel berkenaan sungai yang pernah dilawati lalu ditulis di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Memikirkan subjek mengenai sungai agak menarik rasanya elok ia dikongsi di sini juga. Selepas dipaparkan sebagai artikel bolehlah diletakkan di sidebar di bawah tajuk baru "Topik-topik istimewa"...







Sungai-sungai yang diketengahkan telah disenaraikan menurut kedudukan kuala dari utara pantai Barat Semenanjung melawan arah jam ke Pantai Timur. Artikel tentang setiap sungai pula diatur dari bahagian tentang hulu menuju ke hilir dan muara. Lihat peta yang ada dan padankan dengan nombor...



Utara Pantai Barat (Perlis, Kedah, Pulau Pinang)


1. Sungai Perlis


2. Sungai Kedah

Views on top Alor Setar's telecommunication tower...


3. Sungai Merbok

Incursion to Tanjung Dawai

A look at Pantai Merdeka, Kedah...


4. Sungai Muda

The Penang part of Kuala Muda


5. Sungai Kerian (akan diketengahkan nanti)



Tengah Pantai Barat (Perak dan Selangor)


6. Sungai Beruas

Looking for Beruas river estuary behind the hills of Segari


7. Sungai Dinding

The river Dinding from its bridge

Lumut from Damar Laut

Views from the ferry crossing Sungai (river of) Dinding...

Views at Sungai Sepit

And now a look around Lumut...


8. Sungai Perak

The bridges across the Perak river at Kuala Kangsar

Mouth of Sayong river and the palace of Bukit Chandan

Visiting the mystical island of Pulau Semat

Looking for the tombs of Sultan Shahabuddin and Sultan Iskandar Zulkarnain...

Confluence of 3 rivers in Teluk Intan...

The Perak river from Hujung Rintis...

Perak river from Kayan...

The Perak river mouth at Bagan Datoh


9. Sungai Bernam

Recent views of Tanjung Malim and around

Looking for the Selangor-Perak connection along the Bernam river

River Bernam from Kampung Kota

The river Bernam from Sabak Bernam

Bernam river at Hutan Melintang...

The Bernam river from Sungai Air Tawar


10. Sungai Selangor

A look at the Sungai Selangor dam and catchment

A look at the Selangor river near Batang Berjuntai...

A look at the Sungai (river of) Selangor...

The fireflies at Kampung Kuantan

Taking in the catch at Kuala Selangor

Bukit Melawati by 'train'...

Kuala Selangor Nature Park - The Selangor river mouth at last!


11. Sungai Klang (akan diketengahkan nanti)


12. Sungai Langat

The river besides a stall at Hulu Langat

Paragliding at Bukit (hill of) Jugra



Selatan (Negeri Sembilan, Melaka, Johor)


13. Sungai Linggi

The Linggi river near Pengkalan Kempas

Interlude: A visit to Kuala Linggi...


14. Sungai Melaka

Melaka river cruise at night

The watergate sytem of the river Melaka


15. Sungai Kesang

Mouth of the Kesang river


16. Sungai Muar

A look at Talang Dam, the most upstream part of the Muar river...

Where Muar river meets Jempol in Negeri Sembilan...

Views from on top of Muar town...

Muar river cruise part I...

Muar river cruise part II...

Muar river cruise part III


17. Sungai Batu Pahat

The origin of Batu Pahat...


18. Sungai Johor

The immensely wide Johor river - Views from the jetty at Johor Lama...

The immensely wide Johor river - Views from Kampung Johor Lama...

The immensely wide Johor river - Views from Teluk Sengat...


19. Sungai Sedili (akan diketengahkan nanti)


20. Sungai Mersing

Smelling the sea in Mersing...


21. Sungai Endau (akan diketengahkan nanti)



Pantai Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan)


22. Sungai Rompin (akan diketengahkan nanti)


23. Sungai Pahang

Parit Falls...

Views around Tanah Rata

Foray to idyllic Kuala Medang in Pahang...

The mouth of the Lipis river... the place where Kuala Lipis began

Kuala Tembeling, the doorway to Taman Negara...

A look at the Pahang river estuary and what's around... The southern part that is...

Now, a look at the northern parts of the Pahang river estuary...


24. Sungai Kuantan

From Pekan to Kuantan... The East Coast journey continues...


25. Sungai Kemaman

A look around Kemaman, Terengganu...

Pictures around Kemaman


26. Sungai Dungun (akan diketengahkan nanti)


27. Sungai Terengganu

Enter Tasik Kenyir, the largest man-made lake in Malaysia!

A look at Kuala Berang...

Views from Pulau Duyung, Terengganu...

Views from Pulau Duyong, Kuala Terengganu

A boat ride across the river Terengganu from Pulau Duyong

View of Kuala Terengganu from 14 floors up... Or is it 15 or 13? Never mind, just enjoy the view...


28. Sungai Besut

Views from the bridge at Kuala Besut


29. Sungai Tok Bali

From Kuala Besut on to Tok Bali...

Views around the high bridge of Tok Bali, Kelantan


30. Sungai Kelantan

Gua Musang to Dabong

Kelantan river around Kok Majid...

Kelantan river around Kok Majid... Part 2 that is...

Kuala Besar, the mouth of the Kelantan river...






Saya juga ada menyenaraikan sedikit tempat di luar Malaysia. Walaupun pernah berjalan melihat sungai-sungai terkemuka dunia seperti Sungai Thames di London, Sungai Seine di Paris, Sungai Rhine di Frankfurt dan Mainz, Sungai Danube di pinggir bandaraya Vienna dan Sungai Elbe di Dresden, Jerman, saya tidak merekodkannya dalam gambar. Cukuplah dengan sedikit yang ada, itupun kerana saya mula berminat mengambil gambar secara serius bermula penghujung 2006.


Aceh


a. Sungai Aceh

From Syiah Kuala to Kreung Aceh...

To Lamuri and the fortress of Indrapatra...



Brunei


b. Sungai Brunei

Tomb of the pious king at Luba

The beauty of Luba

Boat ride at Kampung Ayer

Boat ride at Kampung Ayer continued...

Tamu Kianggeh from the boat

The island called Pulau Chermin


c. Sungai Belait

The river that gives name to Kuala Belait





Sungai Muar dilihat selepas dibuat simulasi bentuk mukabumi menggunakan gambar satelit di Google Earth. Kelihatan di latarbelakang Gunung Ledang yang sangat terkenal itu...



Adapun links di atas diberi tanpa penerangan kecuali dalam artikel itu sendiri. Mungkin lebih elok anda mengikuti cerita-cerita tentang sungai ini melalui links berikut...


1. Fascination with rivers - Intro.

2. Fascination with rivers - North East Coast

3. Fascination with rivers - Middle West Coast

4. Fascination with rivers – the South.

5. Fascination with rivers - the East Coast

6. Fascination with rivers - other places