Salam pagi Khamis 24 Ramadan. Adapun saya sedang berehat di rumah di Bandar Sungai Buaya, Rawang setelah kembali dari Janda Baik pagi semalam. Petang karang insyaallah akan menyambung permusafiran dan iktikaf, kali ini di negeri Perak. Sebelum itu biar disambung cerita daripada artikel Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Asbab tayar pancit.
Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Khamis, April 04, 2024
Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Menyelesaikan bacaan Futuhat dan artikel berkenaan
Rabu, April 03, 2024
Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Asbab tayar pancit
Adapun pagi ini 3 April 2024 bersamaan 23 Ramadan 1445 masuklah hari ke-5 saya keluar bermusafir bagi 10 malam terakhir Ramadan. Jam 9 pagi karang harus mengambil anak di ma'ahad tahfiz di Janda Baik untuk bercuti panjang. Oleh itu, sementara ada kelapangan dan kesempatan viar dilepaskan terlebih dahulu cerita hari ke-3 perjalanan. Bersambung daripada Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Bergerak ke Janda Baik.
Jam 5.43 sampai ke surau ini yang menjadi tempat solat Tarawikh juga bermalam seterusnya. Asbab tayar pancit yang memaksa untuk menukar ke tayar spare saya tidak keluar daripada persekitaran Janda Baik hingga sekarang (ketika tulisan ini dibuat pagi Rabu 3 April). Kalau tidak kerana itu mungkin saya akan membawa kereta dengan tayar angin kurang untuk diisi di pekan Bukit Tinggi, luar dari Janda Baik. Kalau itu berlaku ada kemungkinan saya akan meneruskan perjalanan lalu bermalam ke arah Bentong, hingga ke Raub pun boleh jadi.
Nota : Tadi baru tersedar saya tersilap menulis tahun Hijriah kini sebagai tahun 1425. Padahal yang sebenar adalah 1445. Bahkan kesilapan ini tertera pada tajuk induk siri cerita perjalanan ini sendiri. Bukan sahaja itu. Didapati kesilapan ini turut berlaku dalam beberapa artikel CATATAN SI MERAH SILU sejak masuk bulan Muharam pada Julai 2023 lalu harus diperbetulkan. Alahai.
Timbul rasa untuk memeriksa apakah berlaku pada tahun 1425 Hijriah. Didapati hari pertama tahun Islam itu harus jatuh pada 21 Februari 2004, kalau lari pun cuma sehari dua. Ketika itu saya sudah hampir sebulan kembali daripada perjalanan pertama ke Aceh.
Selasa, April 02, 2024
Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Bergerak ke Janda Baik
Salam petang Selasa 22 Ramadan 1445 Hijriah. Meneruskan cerita permusafiran yang sedang berlaku sekarang. Bersambung daripada artikel Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Membuka dengan wacana Imam Ghazali di ISTAC.
Isnin, April 01, 2024
Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Membuka dengan wacana Imam Ghazali di ISTAC
OK. Merujuk pada artikel Kamera ke-12 untuk permusafiran iktikaf 10 hari terakhir Ramadan yang dipersembahkan petang Jumaat Ramadan 1445 Hijrah. Ada dinyatakan bahawa dalam tempoh kurang 24 jam (setelah keluar artikel) saya akan memulakan satu permusafiran merangkap iktikaf dari masjid ke masjid bagi 10 hari terakhir Ramadan. Sukacita dimaklumkan kini sudah 3 hari 2 malam saya bermusafir. Dengan adanya sedikit kelapangan dan kesempatan biar dikongsikan ceritanya yang pertama.
Jumaat, Mac 29, 2024
Kamera ke-12 untuk permusafiran iktikaf 10 hari terakhir Ramadan
Salam petang Jumaat 18 Ramadan 1445 Hijrah. Dikongsikan satu cerita yang kiranya adalah persediaan bagi permusafiran merangkap iktikaf dari masjid ke masjid bagi 10 hari terakhir Ramadan sambil menyatakan perkembangan terbaru tentang kamera.
Merujuk pada artikel Antara Janda Baik dan ISTAC - Dua tempat kesukaan yang dipersembahkan pada 11 Mac iaitu hampir 3 minggu lalu. Ada disebut pada penghujung artikel bahawa kamera digital kesayangan yang selalu diusung ke sana ke mari sejak beberapa lama mengalami kerosakan yang mana gambar-gambar yang diambil jadi putih semacam bermula pagi itu. Gambar atas ini yang baru diambil tadi menunjukkan kamera tersebut. Ia sebenarnya adalah kamera digital saya yang ke-8.
Ia mula dipakai pada November 2016 kemudian diserahkan kepada anak setahun kemudian setelah mendapat kamera digital baru yang kelihatan lebih bagus. Lihat artikel Kamera digital ke-9 untuk tugas perjalanan jauh akan datang - Dan kamera setiap satu bagi setiap anak laki-laki... yang ditulis Disember 2017. Namun kamera ke-9 itu kemudian mengalami kerosakan lalu dicari kamera lain penghujung 2018. Dibelilah kamera ke-10, sebuah kamera terpakai, yang mula-mula kelihatan seperti elok, tetapi apabila sudah dibawa ke lapangan didapati hasil tangkapan gambar kurang memuaskan.
Dibeli pula kamera ke-11 penghujung tahun itu juga. Yang ini ternyata bagus. Dipakai sehingga fokus rosak teruk Januari 2022. Ketika itulah digunakan kembali kamera ke-8 sehinggalah rosak kurang 3 minggu. Lihat Kamera-kamera digital yang pernah dimiliki.
Nasib baik saya kurang memerlukan kamera dalam tempoh kurang 3 minggu kebelakangan ini. Namun timbul keadaan yang menyebabkan saya akan memulakan satu permusafiran seraya beriktikaf dari masjid ke masjid bermula Sabtu 30 Mac.







