
Pada hujung artikel lalu telah disebut bahawa kami singgah di satu tempat di tepian jalan raya utama Kuala Terengganu-Kuala Berang untuk mencari seorang kenalan. Ternyata dia tiada di rumah. Kami pun berpatah balik menghala ke KT.

Tetapi kami bukan mahu kembali ke KT sebaliknya mahu mengambil satu simpang, simpang yang kalau dari arah KT ke KB (Kuala Berang, bukan Kota Bahru ya) memerlukan kami membuat
u-turn untuk masuk.
Oh. Saya tidak ingat jika pernah menyebut sejak perjalanan Pantai Timur ini bermula Hari Krismas iaitu 25 Disember 2010, anak kecil kami Al-Rasyid yang ketika itu berumur setahun dua bulan akan membuat gaya orang melaungkan azan setiap kali ternampak mana-mana masjid. Pada hari kesembilan perjalanan baru saya merekodkan gelagatnya iaitu apabila menghampiri sebuah masjid sebelum sampai ke jalanraya KT-KB. Videonya sudah diletakkan dalam Youtube sekian lama untuk dipersembahkan dalam artikel lalu tetapi terlupa. Maka biar diletakkan di sini ya...

Tidak lama kemudian kami pun sampai ke Kampung Tasek lalu singgah di masjidnya. Lihat artikel
Masjid (Mosque of) Kampung Tasek, Terengganu di
blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

Di hadapannya ada sesuatu yang istimewa...

Ada makam Tok Tasek, seorang cucu kepada wali Allah terkenal di Terengganu abad ke 17-18 iaitu Tok Pulau Manis.

Malah satu kawasan dikhaskan untuk anak cucu keturunan Tok Pulau Manis sahaja.

Siap ada carta salasilahnya...

Perjalanan diteruskan semakin ke pendalaman.

Sudah nampak ke mana?

Kemudian baru menziarahi makam Tok Pulau Manis.

Al-Fatihah untuk baginda (ya, baginda sebenarnya). Ini adalah kali pertama Rasyid dibawa menziarahi. Sebelum itu kami pernah sampai bulan Ramadhan tahun 2009, sebulan selepas membuat perjalanan ke Aceh di mana kami suami isteri pertama kali dapat menziarahi makam Sultan Malikus Salih. Di Aceh isteri sedang 6 bulan mengandungkan Rasyid, di makam Tok Pulau Manis pula 7 bulan. Lihat
Bringing the baby to the tomb of Tok Pulau Manis.

Perjalanan diteruskan menghala ke selatan.

Hujan turun lebat.

Tak lama kemudian sampai ke bandar Kuala Berang.

Seberang Sungai Terengganu.

Masuk ke Kampung Temir.

Kami mahu mencari seorang hamba Allah yang pernah saya temui kira-kira 7 tahun lalu, orang yang pernah membuat satu risalah kecil photostat tentang keistimewaan nasab Tok Pulau Manis dan kaitannya dengan satu tokoh besar bernama Sharif Muhammad al-Baghdadi, orang yang dikatakan menulis Batu Bersurat Terengganu 1303 Masihi. Kata-kata pembukaan dalam risalah itu ada disisipkan dalam buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?" yang terbit November 2007... dalam bab bertajuk "Tok Pulau Manis, Batu Bersurat Terengganu dan beberapa warisan Aceh". Biar di
copy and paste...
Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan semesta alam.. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Salallahualaihiwassalam dan Ahlil Baitnya, Saidina Abu Bakar dan Khalifah-khalifah Rasulullah, Saidina Ali Karamallahuwajha, Saiditina Fatimah Al-Zahrah, Al-Hassan, Al-Hussein dan Salman Al-Farisi.
Menjunjung kemuliaan Khalifah-khalifahmu Paduka Sharif Muhammad dan Paduka Sharif Al-Kubra Sheikh Sharif Abdul Malik Tok Pulau Manis, kedua-dua kota sucimu di kawasan Timur jauh. Dan kami bermohon bergantung padaMu dan berwasilah kepada Rasulullah SAW kepadaMu. Adapun kemudian daripada itu, kami berlindung kepadaMu Ya Allah akan pena yang derhaka dan pendustaan dan mengada-adakan sesuatu daripada sesuatu untuk maksud sesuatu.
Kami mohon ditonton oleh umat akan kehadiran keturunan Rasulullah SAW yang disebutkan menjadi khalifah ke seluruh dunia dan setelah gagal dibatalkan oleh Bani Umaiyah dan kaum-kaum Wahabi dan kaum-kaum Ahli Kitab Al-Fasik, Yahudi dan Nasrani dan kaum-kaum derhaka dan ahli siasat dan ahli muslihat…

Namun saya tidak ingat di manakah rumahnya, rumah yang pernah saya jejaki dan tumpang mandi 7 tahun lalu. Malah orangnya pun seperti tidak wujud lagi. Seorang kenalan kami di Kota Bahru, Cikgu Najib pernah melihat risalah yang sama lalu cuba menghubunginya melalui nombor telefon yang tertera tetapi tak dapat. Lalu beliau yang bekerja di Istana Kelantan pun meminta pihak polis mencarinya tetapi menurut ceritanya orangnya seperti tidak pernah wujud! Hmm...
Apapun dipendekkan cerita kami beralih ke satu bahagian di lain berdekatan Sungai Terengganu. Sambil Cikgu Shukri dan Ariffuddin menunggu di lereng saya dan isteri membawa anak memanjat bukit dalam hujan renyai-renyai.

Kami menziarahi makam satu watak misteri penting yang memiliki peranan besar dalam peristiwa akhir zaman, insyaallah!

Salam dan Al-Fatihah untukmu wahai Khalifah Sharif. Saksikanlah bahawa kewujudanmu dan keturunanmu yang gagal dibatalkan oleh golongan jahat dan fasik kini telah diketahui ramai lalu turut diintai agen-agen jahat CIA, Mossad, Illuminati dan Yahudi Zionis yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengenal pasti dan menghapuskan zuriatmu yang akan membawa Panji-panji Hitam kebangkitan sebenar Islam dari arah Timur tetapi tak dapat... lantaran terlalu ramai pihak yang membuat pengakuan sebagai ketua pejuang apabila dibukakan baru sedikit sahaja hal-hal kebatinan lalu menjadi hikmah kudrat dan iradat Allah dalam menyembunyikan sesuatu yang nyata dalam terang...

Selepas itu kami melihat masjid lama di Kampung Buluh.

Ternyata ia sudah rosak teruk... teringat suatu masa dahulu dibawa berehat di sini oleh seorang ahli kerabat diraja Terengganu yang berkerabat dekat dengan wali Allah abad ke 19 iaitu Tokku Paloh. Orangnya pelik namun dianggap keramat hidup oleh sesetengah orang. Kalau di kampung-kampung orang akan berpatik bertuanku dengannya, siap mengangkat sembah sebelum berkumpul mengadukan masalah...

Perjalanan pun diteruskan lebih ke selatan.

Kalau ikut rancangan asal saya mahu ke bandar Dungun untuk menziarahi makam seorang Sultan Siak dan mengambil gambar sekitar Sungai Dungun. Tapi sampai di papan tanda ni pun dah jam 7 petang. Nak ke sana perlu mengambil jalan pesisiran pantai yang tidak selancar jalan utama pendalaman. Sampai dah tentu lewat, kalau setakat nak ambil gambar dalam gelap baik tak payah...

Tu dia, Rasyid kepenatan. Ketika ini hampir 9:30, hampir ke sempadan negeri Pahang baru kami makan malam. Sempena dua jam setengah lagi kita akan berpuasa (ayat ini ditulis hampir jam 5 petang) biar disajikan satu klip video 'pembuka selera' hehe. Dengan ini tamatlah penceritaan hari ke-9 perjalanan ke Pantai Timur yang dibuat 7 bulan lalu...