Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Jumaat, November 04, 2022

Perjalanan Terengganu 2022 - Daripada Walid Ibrahim ke Habib Omar

Salam petang Jumaat 9 Rabiulakhir 1444 Hijriah. Merujuk pada artikel Perjalanan Terengganu 2022 - Jejak legasi keluarga Al-Hassani yang dipersembahkan dari suatu tempat di Perak malam semalam. Selepas itu baru bergegas kembali ke rumah lalu sampai dekat jam 10 malam. Sekarang biar disambung cerita berkenaan.



Pagi Ahad 30 Oktober 2022. Kami telah bermalam di Zawiyah Sheikh Abdul Malik di Pulau Manis.




Jam 11 kami ada urusan dengan pemilik tempat juga tokoh yang bertanggungjawab menghidupkan Festival Tok Pulau Manis 28-29 Oktober iaitu Walid Ibrahim (rujuk kembali cerita berkenaan dalam  artikel Perjalanan Terengganu 2022 - Jejak legasi keluarga Al-Hassani). Bersarapan dahulu di warung kampung bersebelahan, satu-satunya warung dapat ditemui dibuka ketika itu.




Urusan selesai dekat jam 12 tengah hari. Sempatlah berbincang beberapa hal melibatkan pemahaman dalaman Tasawuf sebelum beliau menghadiahkan buku terbarunya membicarakan hal ilmu Martabat Tujuh tetapi melalui pendekatan yang lebih mudah diterima ramai sehingga mendapat pengesahan daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.




Kami pun bergerak menghala ke bandar raya Kuala Terengganu.




Pergi berziarah ke makam wali Allah terkenal awal abad ke-20 iaitu Tokku Paloh.




Sempat juga beriktikaf di surau berdekatan di mana dikatakan Tokku Paloh berjumpa dengan Nabi Khaidir kemudia ke masjid beliau. Lihat artikel Lawatan terbaru ke Masjid Tokku Paloh (Latest visit to the mosque of Tokku Paloh) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Selepas menunaikan solat Zuhur berjemaah di masjid kemudian menjamakkan Asar kami keluar untuk ke rumah penasihat Sultan Terengganu iaitu Habib Omar, cucu kepada Tokku Paloh. Kami sudah berjanji akan bertandang selepas Zohor. Isteri saya baik dengan isteri muda beliau sedangkan Habib Omar baru sahaja kematian isteri tua 2-3 minggu lalu. Tengok-tengok tidak jauh dari masjid terdapat kedai menjual makanan-makanan bertepung goreng. Asalnya isteri setakat mahu membeli roti di kedai sebelah untuk dijadikan buah tangan. Dah terus layan singgah makan...



Hendak sampai ke rumah Habib Omar pula kami diuji asyik diberikan panduan yang salah oleh Google Map. Pada masa yang sama ada jajaran jalan baru sedang dibina lalu menutup satu laluan terdekat ke rumah dari arah kami datang iaitu Kampung Paloh. Apapun alhamdulillah sampai juga kami. Sebelum ini kami pernah sampai sekali tetapi ada kereta menunjukkan jalan. Kelihatan di atas Habib Omar sedang dipimpin isteri muda beliau untuk keluar bertemu kami di ruang tamu.




Sesungguhnya semuanya dalam aturan Allah jua. Kami berjanji untuk datang selepas Zohor kerana menurut isteri muda, Habib Omar ada temujanji di klinik waktu pagi. Tengok-tengok ia dianjakkan ke waktu petang sekitar jam 3. Namun masih sempat berbual macam-macam.




Selepas itu tinggal kami berbual panjang bersama isteri muda yang tua setahun sahaja berbanding isteri saya, seorang Sharifah daripada keluarga Al-Yahya. Beliau memang tiada air atau lagak langsung. Begitu juga Habib Omar. Pun begitu ada sahaja yang cuba mengambil kesempatan.

Isteri muda menceritakan bagaimana rumah mereka selalu didatangi tetamu yang mahu menggunakan nama baik Habib Omar untuk kepentingan diri sendiri. Ada pula yang meminta agar dibawa menghadap Sultan Terengganu melalui Habib Omar. Kata beliau dekat-dekat nak pilihan raya ini lagi macam-macam orang datang. Ini kerana kata-kata Habib Omar cukup berpengaruh untuk menentukan jatuh bangun seorang ahli politik termasuk siapakah yang layak menjadi Menteri Besar. Tetapi entah bagaimana hari itu lapang untuk kami berbual panjang.

Kata isteri muda, Habib Omar yang sudah berumur 80 tahun sudah lama meminta untuk bersara daripada kedudukan sebagai penasihat Sultan. Tetapi Tuanku tak benarkan kerana belum jumpa pengganti yang cukup berwibawa. Setiap perkara yang dibincangkan dalam Majlis Pangkuan Diraja Terengganu akan diputuskan oleh Sultan sedangkan Sultan pula akan meminta pandangan Habib Omar lalu mengikut sahaja. Hal ini meneruskan tradisi ketika Sultan Zainal Abidin III sangat patuh pada kata-kata datuk kepada Habib Omar iaitu Tokku Paloh 100 tahun lalu.



Dekat jam 4 baru kami meninggal rumah. Itupun disebabkan anak bongsu saya sudah bermasam muka kerana kami ada berjanji akan membawa beliau mandi laut. Di sini ingin dinyatakan satu perkara. Saya dan isteri mengenali ramai orang berkedudukan tinggi. Dalam keluarga saya sendiri pun ramai yang seperti itu apa lagi kerana kami memang berasal daripada golongan istana. Namun tidak pernah kami sesekali mengambil kesempatan atas perkenalan itu. Dengan Habib Omar misalnya kami sekadar mahu mengambil berkat ziarah cucu kepada Tokku Paloh yang meneruskan peranan beliau sebagai penasihat Sultan selain isteri saya dan isteri muda Habib Omar saling mudah berkawan.

Dengan itu kami menegaskan tidak redha sesiapa pun walaupun orang yang kami kenal menggunakan nama kami lagi bagi apa-apa tujuan waima untuk berkawan pun sekarang kami risau. Misalnya ada yang mendapat laluan kepada ketua pengarah itu ini atas nama kami. Tetapi kami sendiri tidak pernah meminta apa-apa, orang berkenaan pula minta tajaan ribuan RM lalu dapat.

Perkara ini bukan sekali dua pernah berlaku. Bila kenal orang besar tertentu dilayan dengan baik atas nama ini kawan Merah Silu. Tetapi lama-lama di'sailang'nya untuk kepentingan diri sendiri dapat kelulusan dan peruntukan kewangan itu ini. Sesungguhnya kami tidak pernah redha dengan ini. 

Dan kami lebih senang ke sana ke mari tanpa halangan protokol walaupun jelas di sesetengah majlis, kami atau sekurang-kurangnya saya adalah VIP. Tapi kadangkala orang lain pula lebih-lebih minta dilayan tinggi, sekali lagi disebabkan perkenalan dengan kami, dan atas nama dan reputasi saya sebenarnya.




Oh.  Alang-alang sudah berada di Kuala Terengganu singgah le pusing-pusing melihat sejumlah tarikan yang ada...























Hampir jam 6 petang baru singgah pantai yang terasa sesuai untuk bermandi-manda. Lihat artikel A stop at the beach at Pantai Kelulut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Itupun anak akhirnya nak jadi mandi. Selepas isteri memberitahu ada pantai lain boleh disinggahi dan lebih banyak masa keesokannya.


Selepas jam 8 malam baru nak sampai Chukai lalu kami pun bersolat di masjid sana. Lihat Lawatan malam ke Masjid Jamek Chukai (Night visit to the main mosque of Chukai). Oh baru teringat. Tentang kes seorang hamba Allah yang dikenali sebagai Maula Muhammad Amin datang dari Fez, Maghribi baru-baru ini untuk memimpin majlis-majlis Maulidur Rasul. Tetapi majlis-majlis tersebut diarahkan agar dibatalkan atas tuduhan beliau adalah seorang scammer, bukan keturunan Nabi Muhammad SAW seperti dinyatakan beliau. Kata isteri muda Habib Omar pihak mereka sudah menyiasat lalu mendapati Maula Muhammad Amin memang keturunan Rasulullah SAW daripada jalur Saidina Hassan. Cukup perkongsian tentang ini.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku dah lama tahu maula muhammad amin tu memang keturunan nabi dan aku dah lama follow beliau dari 2019 lg,sbb aku follow habib umar bin hafidz dan beliau adalah guru kepada maula muhammad al amin.