Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, Julai 10, 2016

1 Syawal 1437 - 'Balas' solat raya di Masjid Jamek Muar

Salam 5 Syawal. Setelah seminggu saya dan keluarga berada di luar kawasan untuk menyambut hari raya di kampung bolehlah dikongsikan cerita sepanjang kami berhari raya. Adapun kami sampai ke kampung ibu saya di Muar sekitar jam 4 pagi Isnin lepas, pagi Jumaat sekitar waktu sama sampai ke kampung isteri di Tanjung Sepat. Petang semalam baru kembali ke rumah kami di Sungai Buaya, Rawang, Sekarang baru ada kelapangan untuk bercerita.


Pagi Rabu 6 Julai 2016 bersamaan 1 Syawal saya ke Masjid Jamek Muar, sekitar 7 km dari rumah ibu bapa untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri berjemaah.


Selfie sat sebelum masuk masjid. 


Tidak seperti tahun lepas di mana saya sampai selepas imam selesai berkhutbah akibat sakit perut kali ini saya masuk ke masjid ketika orang ramai masih bertakbir.


Alhamdulillah, puas hati rasa dapat bersolat Aidil Fitri berjemaah. Tahun lepas saya solat bersendirian, kali ini kira dapat 'balas'. Lihat artikel lama Pertama kali berbusana tradisional 1 Syawal.





Selepas solat dan sementara imam membaca khutbah saya meninjau keadaan sekeliling daripada beberapa sudut. Lihat artikel Around Muar's Masjid Jamek during the recent 1st Syawal  di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Selesai khutbah dan orang ramai sudah keluar baru saya masuk ke dewan utama masjid.


Kembali ke rumah ibu bapa, isteri dan anak-anak sudah siap untuk menyambut hari raya,








Seperti adat kebiasaan pada pagi raya selepas kembali daripada masjid kami pun mula bermaaf-maafan sesama ahli keluarga...








Bergambar sat di anjung rumah.





Hari itu kami lebih banyak duduk di rumah. Nak keluar berjalan-jalan berhari raya di rumah orang terasa malas dan penat, mungkin kerana banyak perkara yang dilakukan untuk bersiap sebelum raya. Kami setakat keluar malam untuk berjalan-jalan mengambil angin di keliling bandar Muar termasuk di taman rekreasi tepian sungai. Lihat Inhaling the night air of Syawal at Tanjung Emas. Saya fikir tunggu hari kedua Syawal baru berjalan-jalan berziarah ke rumah saudara mara dan kawan. 


Dah kembali ke rumah hampir tengah malam baru mendapat panggilan daripada seorang kawan lama agar datang ke rumahnya untuk melepak bersama beberapa orang kawan lama lain. Dah bertahun tak jumpa kebanyakan daripada mereka. Keluarlah saya ke rumahnya. Sedar tak sedar sampai hampir jam 3 pagi kami melepak bercerita panjang macam-macam...


Tiada ulasan: