Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Monday, March 11, 2013

Misi penganjuran HIKMAH IV - Mesyuarat di Kandis sebelum meredah hujan dan banjir ke Kuala Terengganu

Masuk penceritaan hari kedua perjalanan. Bersambung dari Misi penganjuran HIKMAH IV - Dari rumah ke Kota Bahru melawan sakit dan demam.


Pagi Rabu 27 Februari 2013. Saya dan kenalan dari Kelantan dikejutkan orang yang bersiap sedia untuk bersolat jemaah Subuh di Masjid Tok Kenali. Kami pun solat sama...


Kemudian kenalan tersebut memohon untuk kembali bersiap di rumah. Tinggal saya mandi dan bersiap di sini lalu mendapati anak-anak kecil mula memenuhi masjid untuk kelas pembelajaran selepas matahari naik.


Masjid Tok Kenali dilihat sejurus selepas meninggalkannya...



Saya pergi menziarahi makam Tok Kenali. Di sini kenalan yang duduk di Langgar, Kota Bahru itu bertemu kembali. Tidak lama kemudian hujan pun turun lalu beliau mengajak saya mengikutinya naik kereta. Saya jawab selepas ini saya akan terus menghala ke selatan. Maka lebih elok naik saja motosikal.


Beliau mengajak bersarapan dahulu di sebuah warung berdekatan Binjai. Katanya nasi dagang juga nasi berlauknya sedap.


Selepas itu kami pun berkejar ke Kandis, Bachok.


Saya telah berjanji akan menemui pemilik Akademi Nik Rashiddin, Puan Rosnawati  jam 9.30 pagi untuk membincangkan hal penganjuran HIKMAH IV. Kenalan tadi ikut bermesyuarat.


Hampir ke tengah hari seorang lagi kenalan dari Kelantan muncul menyertai. Beliau menetap di Kota Bahru, hampir 40 km dari sini tetapi kebetulan ada kerja di Tok Bali 6 km sahaja ke selatan Kandis. Hal mesyuarat ini telah diceritakan dalam artikel Berkat Tok Kenali untuk menjayakan HIKMAH IV di Akademi Nik Rashiddin 16 Mac yang dibuat di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) 1.3.13. Akademi ini agak terkenal sebagai pusat seni ukiran kayu. Lihat juga artikel Galeri (Gallery of) Akademi Nik Rashiddin blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Ketika sampai di akademi hujan sudah berhenti. Lama juga kami bermesyuarat, hingga selepas jam 3 petang lalu hujan datang balik. Kenalan yang beriktikaf sama di Masjid Tok Kenali mengajak saya makan keropok lekor dan minum air kelapa di Kuala Besut, Terengganu. Sampai di sana langit kembali cerah. Namun kesan hujan lebat masih nyata terasa dengan banjir yang kelihatan terang di latar belakang...




Saya sempat singgah di pekan Kuala Besut sebentar sebelum mengikut kenalan tadi berjumpa seseorang yang katanya istimewa dalam ilmu kebatinan di kampung berdekatan. Selepas itu baru saya menyambung perjalanan sendirian dengan terus mengambil jalan paling dekat ke pantai... dah kena redah banjirlah pulak selain hujan lebat...


Ternyata sepanjang perjalanan saya asyik terlihat kawasan ditenggalami air. 







Ada satu bahagian (saya tak ambil gambar) di mana saya perlu meredah air deras melintang jalan sedalam 1 kaki. Takut juga motosikal ditolak ke tepi keluar dari jalan kerana air memang dalam kiri dan kanan sehingga mencapai separuh tingkap rumah orang.


Setelah beberapa lama berjalan, setelah hampir ke Kuala Terengganu baru hujan berhenti lagi. Saya pun mengambil kesempatan berjalan-jalan termasuk ke kompleks sukan. 


Pergi melihat kuala Sungai Terengganu dari Seberang Takir. Dah perangai saya suka melihat sungai-sungai besar dari pelbagai tempat dan sudut. Lihat artikel Terengganu river mouth from Seberang Takir dan Terengganu river from the main bridge of Kuala Terengganu di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Ketika menghampiri bandar raya KT sudah masuk waktu Maghrib.


Singgah di Masjid Putih untuk mandi kemudian bersolat.


Lewat malam, selepas puas berjalan-jalan baru 
ke Masjid Tokku Paloh untuk berehat.


Ketika itulah saya dapati bahagian belakang yang ditambah bangunan batu sudah siap. Terbetik di hati - Elok juga kalau satu acara HIKMAH dapat diadakan di sini...


No comments: