Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, March 28, 2013

Misi penganjuran HIKMAH IV - 'Memasang' kuda-kuda untuk majlis sebelum ke Masjid Brunei

Adapun artikel Misi penganjuran HIKMAH IV - Sungai Lembing, Gua Charas dan tempat pusing kunci yang hilang merupakan yang terakhir bagi perjalanan ketika itu, perjalanan yang dibuat untuk membincangkan penganjuran HIKMAH IV. Namun perjalanan selepasnya, perjalanan yang dibuat untuk menghadiri majlis itu sendiri boleh disambung dalam satu siri kerana ia tidak lain, misi penganjuran HIKMAH IV juga. Maka dipersembahkan cerita ini...


Khamis malam Jumaat 14 Mac 2013, saya dan keluarga bertolak bersama seorang rakan ke Kelantan. Singgah makan malam seraya bertemu seorang rakan lain dan keluarganya berdekatan Lembah Bilut, Raub.


Agak lewat kami menyambung perjalanan lalu sampai ke tujuan iaitu Akademi Nik Rashiddin (ANR), Kandis, Bachok, Kelantan jam 5 pagi.


Kami tidak mahu mengganggu tuan rumah lalu pergi berehat di masjid berdekatan.


Dapatlah berbaring dalam sejam gitu sebelum bangun untuk solat Subuh. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Mukim Kandis, Bachok di  blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Masjid ini terletak dekat dengan pantai yang agak cantik. Lihat artikel The beach of Kandis, Bachok di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Di perkarangan masjid anak kecil saya, Johan pertama kali menjejakkan kaki ke tanah setelah 2 minggu pandai berjalan...


Selepas itu baru kami masuk ke ANR berjumpa pemilik premis, Puan Rosnawati untuk melihat persiapan bagi acara yang dipanggil HIKMAH IV.

Kami kemudian pergi ke rumah orang kampung untuk melihat kuda milik mereka. Saya rasa elok kalau kuda yang ada digunakan untuk memeriahkan majlis.




Saya dan isteri malah sanggup bergerak ke Pengkalan Chepa, Kota Bahru untuk melihat satu pertandingan kuda yang kami dapat tahu diadakan di sana.


Kami mahu meminta pihak penganjurnya agar dapat membawa sejumlah kuda memeriahkan HIKMAH IV.





Ini pula adalah suasana petang Jumaat apabila sejumlah kenalan Facebook berkumpul di ANR untuk membuat kerja gotong-royong menyiapkan premis untuk acara. Lihat artikel Akademi Nik Rashiddin sedia untuk menyambut tetamu HIKMAH IV hari Sabtu di  blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Lewat petang saya membawa anak-anak bermain ke tepi pantai.




Sabtu 16 Mac majlis HIKMAH IV dapat dilaksanakan dengan jayanya. Lihat artikel berikut :-






Sebahagian kertas kerja juga telah dikongsikan pada blogspot sana. Lihat :-



Kertas kerja HIKMAH IV - Tentang Puteri Saadong

Kertas kerja HIKMAH IV - Pemikiran Sheikh Ahmad al-Fathoni 


Sekarang kita teruskan ke penceritaan selepas acara.



Ahad tengah hari 17 Mac kami ke Pasar Khadijah di tengah bandar raya Kota Bahru.


Selain berjumpa kembali satu keluarga yang datang dari Dungun, Terengganu (mereka menginap di homestay kami selepas tamat HIKMAH IV) kami mahu menikmati sejumlah juadah tempatan yang boleh diperolehi di situ.




Di sekitar pasar itu juga kami bertemu kembali satu keluarga dari Kuantan, Pahang yang turut menghadiri HIKMAH IV. Mereka teringin untuk bersama pergi ke Masjid Brunei, masjid penuh misteri di pendalaman daerah Pasir Mas.



Ketika mula-mula mengumumkan penganjuran acara hampir 3 bulan lalu memang saya ada memberitahu mahu ke masjid ini selepasnya dan mengajak sesiapa yang mahu pergi agar ikut sama. Rancangan asalnya mahu bermalam selepas HIKMAH IV tetapi kemudian didapati tidak sesuai kerana kami harus amat kepenatan selepas acara sedangkan lokasi masjid terletak agak jauh dari ANR. Hampir-hampir sahaja saya tidak jadi kalau tidak kerana ada 2 keluarga yang teringin sangat untuk ke sana. HIKMAHnya, ia menjadi lawatan peribadi saya yang ke 7 (kalau tak salah ingatan). Lihat Bringing some friends to the Brunei mosque - My 7th visit here?.


Selepas itu saya berkejar ke Jeli untuk mengambil jalan ke Dabong bersama keluarga dan kawan yang menumpang sama. Saya mahu sekurang-kurangnya melihat air terjung tinggi Jelawang di Gunung Stong sebelum meninggalkan Kelantan.


Dari situ kami ke Gua Musang lalu mengambil jalan mendaki pergunungan ke Cameron Highlands. Ini adalah salah satu laluan untuk kembali ke Lembah Kelang. Jadi apa salahnya jika kami singgah berjalan?


No comments: