Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, September 11, 2012

Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Mendaki Gunung Brinchang sebelum melawat tempat-tempat di Perak

Sementara ada lagi sisa-sisa 11 September 2012 ini biarlah dipersembahkan artikel ketiga dalam siri "Perjalanan jauh bermotosikal besar". Adapun cerita kali ini mahu diolah pada tarikh ini mengingatkan bahawa ia adalah ulangtahun ke 11 bangunan World Trade Centre di New York runtuh menyembah bumi menandakan satu fasa baru serangan meningkat terhadap orang Islam oleh musuh utamanya kaum Yahudi Zionis. Cuma saya harus memyediakan dahulu 8 artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 13 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Setelah beberapa lama baru boleh memulakan artikel ini. Maka bersambung kita dari Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Ujian Sungai Koyan ke Cameron Highlands.


Isnin 13 Ogos 2012. Saya memulakan perjalanan sekitar 8 pagi dengan meninggalkan Tanah Rata untuk menuju ke bandar Brinchang.


Sebenarnya saya sudah bangun seawal jam 3 pagi lagi, apabila mendapati ramai pengunjung telah datang ke Masjid Tanah Rata untuk membuat qiyamulail. Tak perlulah diberitahu sedikit amalan saya yang tak seberapa. Saya cuma menyebut hal bangun awal ini kerana merasakan ada kesegaran muncul dalam tubuh badan yang sudah agak lama tidak dialami, kesegaran yang menyebabkan saya mampu berjalan kaki di sekeliling Tanah Rata selepas Subuh walaupun saya cuma masuk tidur selepas 1 pagi.


Sesungguhnya saya ada satu misi besar yang mahu ditunaikan kali ini iaitu mendaki Gunung Brinchang sampai  ke puncaknya, puncak yang kelihatan dalam gambar zoom in. Saya sebut misi besar kerana sebelum ini saya pernah mencuba dua kali tetapi harus membatalkannya. Maka bagi saya ia perkara besar. Bagi para pendaki  tegar gunung, apalah sangat naik Gunung Brinchang?


Untuk ke gunung dari Tanah Rata mesti melepasi bandar Brinchang terlebih dahulu. Saya pun berhenti untuk berjalan kaki melihat sekitar. Lihat artikel A morning look at the town of Brinchang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Sempat juga naik 'kayangan' sebentar. Lihat artikel Masjid (mosque of) Kayangan, Brinchang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Selepas bandar saya dapat melihat kembali puncak Gunung Brinchang yang boleh dibezakan dengan persekitaran kerana ketinggiannya ditambah beberapa menara telekomunasi yang boleh dilihat dari jauh.


Saya berkira simpang selepas ini harus membawa ke puncak.


Ya. Memang ada jalan ke puncak tetapi cuma untuk pejalan kaki sahaja.


Sedangkan saya mahu mendaki dengan menaiki motosikal. Jalannya ada di hadapan lagi, kira-kira 4 km dari bandar Brinchang.


Papan tanda menyatakan puncak boleh digapai setelah berjalan 9 km dari simpang. Terus terang cakap buat masa ini saya belum cukup kecergasan untuk berjalan kaki sampai ke atas tak kiralah dari jalan atau arah mana. Lagipun ketika itu bulan puasa, hari ke 24 bulan Ramadhan tahun 1433 Hijriah. Dan saya ada banyak lagi tempat yang perlu disinggahi selepas ini. Sambil naik saya berzikir banyak-banyak agar hasrat mahu sampai ke puncak tertunai. Teringat bagaimana percubaan pertama naik ke atas iaitu dengan bekas isteri, kalau tak salah ingatan sekitar tahun 2000, dengan menaiki motosikal besar yang sama gagal. 

Walaupun ketika itu motosikal baru berumur 3 atau 4 tahun ia sebenarnya ada masalah karburator yang muncul awal sejak ia dibeli baru dari sebuah kedai di hadapan tempat saya bekerja sebagai wartawan hampir penghujung 1997. Cuma saya betul-betul menyedari masalah utama adalah karburator setelah lebih 10 tahun kemudian. Sebelum itu saya nampaknya asyik ditipu mekanik berbangsa makan babi (maaf cakap kasar. Kerana inilah yang selalu dibanggakan puak mereka sebagai pandai berniaga dan menaikkan ekonomi Malaysia). 

Saya asyik diberikan penyelesaian sementara dengan bayaran yang sebenarnya melebihi pasaran. Tidak lama kemudian motosikal harus diperbaiki lagi, selalu diservice, tukar minyak hitam dan spark plug. Tukar gasket pun sampai 2 kali, sekali buat kena RM1,000 sebab perlu dibuka enjin. Ini dilakukan akibat minyak asyik kelihatan keluar dari blok enjin. Sedangkan apabila mekanik Melayu memperbaikinya tahun 2008 tak perlu pun buka enjin. Alhamdulillah sampai sekarang tiada lagi hal kebocoran. Masalah karburator pun diselesaikan mekanik sama apabila mendapat bekalan karburator elok second-hand.

Selain itu motosikal saya adalah jenis air-cooled. Enjinnya cuma dapat disejukkan menggunakan angin yang mengalir pada "sirip-sirip" enjin. Untuk itu ia harus dipandu sederhana laju. Kalau dipandu perlahan begitu lama seperti halnya ketika mengambil jalan mendaki gunung yang berliku-liku sempit ia cepat panas dan boleh meragam. Walaupun motosikal ini pernah digunakan untuk mendaki hingga hampir ke puncak Gunung Ledang juga Gunung Jerai laluan naik ke Gunung Brinchang terasa lebih mencabar. Motosikal cepat semput seperti spark plug mahu terbakar. Akibatnya saya harus berpatah balik selepas separuh jalan.

Kali kedua saya mencuba adalah pada awal September 2009 iaitu 3 tahun lalu. Saya singgah ke Cameron bersama isteri kini dalam perjalanan kembali dari Pantai Timur, satu perjalanan yang seperti perjalanan terbaru ini dibuat bulan Ramadhan. Lihat Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan. Sayangnya sekali lagi saya harus berpatah balik setelah separuh jalan mencuba. Kereta Kenari kami terasa tidak cukup kuat untuk terus mendaki, ditakuti kalau dipaksa juga boleh merosakkan enjin. Dan saya juga harus mengalah memikirkan isteri sedang sarat mengandungkan anak pertama kami.

Kali ini, kali ketiga, saya mencuba lagi dengan motosikal besar yang sudah berusia 15 tahun. Bayangkan ketika motosikal masih agak baru, berusia 3 atau 4 tahun pun saya boleh gagal, bagaimana hendak mencuba selepas ia pernah tersadai, enjin tidak dapat dihidupkan selama 5 tahun? Cuma dari satu segi keadaan motosikal agak baik berbanding dahulu kerana kepakaran mekanik Melayu yang boleh dipercayai. Tetapi ia sudah 9 tahun tidak dibawa jauh apalagi untuk mendaki gunung. Dan lagi tayar belakangnya sudah  botak hingga kelihatan benang. Hal tayar teruk ini akan saya sentuh lebih mendalam dalam artikel akan datang di mana ia akhirnya meletup dalam perjalanan!




Alhamdulillah, Allah tidak membiarkan saya hampa lagi. Dengan berhati-hati dan penuh keinsafan diri akan kelemahan sebagai makhluk saya diberi kudrat dan iradat untuk membawa motosikal lebih jauh ke hadapan.  Saya  cuma merehatkannya pada satu dua tempat, ketika enjin terasa panas sedangkan keadaan jalan tidak membenarkan motosikal bergerak pantas. Lihat The road up Mount Brinchang di mana motosikal ditinggalkan sebentar di liku berhampiran sebuah kebun sayur. Kemudian perjalanan disambung sehingga sampai ke kawasan terbuka sudah tidak jauh dari puncak...




Di kawasan terbuka itu ada "Mossy Forest" atau hutan berlumut yang harus diterokai. Saya pun melangkah masuk...


Dengan memanjat tangga naik ke pelantar berkayu saya dapat melihat satu kawasan yang terasa seperti berada di alam bunian. Nota : Kemudian, apabila beberapa hari sudah kembali ke rumah baru saya tahu kawasan ini pernah dijadikan tempat penggambaran filem "Puteri Gunung Ledang" lakonan Tiara Jacquelina dan M. Nasir.


Menariknya pelantar melalui tulang gunung yang menjadi sempadan semulajadi antara negeri Pahang dan Perak. Ada ketikanya saya berada di Pahang, ada ketikanya di Perak. Pada ketinggian 2,000 meter atau 6,561 kaki dari paras laut, ia memberikan sudut pandangan menarik kawasan pergunungan selain hutan berlumut yang terasa begitu mistik. Paras ini sendiri sudah melebihi 2,000 kaki tinggi daripada puncak Gunung Ledang dan Gunung Jerai.  Lihat The Mossy Forest of Cameron Highlands.



Kawasan peranginan Cameron Highlands sendiri berada di dalam negeri Pahang, begitu juga puncak Gunung Brinchang. Adapun jalan tar yang kelihatan ini dinyatakan sebagai yang tertinggi di seluruh Malaysia! Sampai sahaja ke sini saya mengambil peluang untuk menjemur pakaian yang masih lembab akibat hujan lebat ketika perjalanan menaiki pergunungan dari arah Raub. Lihat kembali Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Ujian Sungai Koyan ke Cameron Highlands.


Di atas baru saya tahu puncak Gunung Brinchang sering dinaiki pelancong dari Barat. Tetapi mereka rata-rata naik dengan kenderaan berenjin kuat yang disediakan agensi. Tidak ramai yang rajin mahu mendaki berjalan kaki dari bawah. Tidak kelihatan kenderaan kurang dari 1,500 cc sampai ke sini.


Hampir keseluruhan puncak yang terletak pada ketinggian sekitar 2,031 meter atau 6,666 kaki (menurut papan tanda) dipagar untuk kemudahan stesyen telekomunasi. Pengunjung dilarang masuk namun boleh mengelilingi kawasan pagar untuk menjejak bahagian tertinggi. Lihat The perimeter fencing at Mount Brinchang.


Selain itu kita boleh melihat pemandangan saujana mata memandang dari atas menara tinjau yang sentiasa dibuka kepada pengunjung. Lihat artikel Summit of Mount Brinchang from its viewing tower yang ada video sekali...


Puas menghirup udara segar di puncak gunung saya pun mengorak langkah untuk meninggalkan Cameron. Sampai di Kampung Raja ternampak masjidnya. Timbul rasa untuk singgah selain melihat pemandangan dari halaman dan menyambung menjemur baju buat beberapa minit lagi. Lihat Town of Kampung Raja from its mosque dan Masjid (Mosque of) Kampung Raja, Cameron Highlands....


Kira-kira 3 km ke utara Kampung Raja terdapat simpang untuk keluar Cameron Highlands, ke kiri menghala ke Perak hingga ke Simpang Pulai berdekatan Ipoh, ke kanan untuk ke Kelantan, sampai ke Gua Musang.


Saya membelok ke kiri. Tidak lama kemudian sampailah ke negeri Perak. Sepanjang jalan saya cuma berhenti sekali sahaja kerana sudah tidak hairan dengan laluan. Saya pernah memaparkan keadaan jalan dari arah Simpang Pulai ketika membuat satu perjalanan ke Pantai Timur penghujung 2010. Lihat Kompilasi "Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur... atau terus ke The road from Simpang Pulai to Cameron Highlands. Itupun saya berhenti untuk melihat keadaan di satu kawasan yang pemandangannya cantik tapi entah kenapa seperti sudah tidak dipedulikan. Lihat What happened to this stop at the Simpang Pulai route?. Bandingkan dengan artikel lama The highland stop 17km from Kampung Raja.


Selepas Simpang Pulai saya menghala selatan untuk ke Gopeng. Ternampak pekan tinggal berdekatan Kampung Kepayang, singgah pula di masjid berhampiran di mana saya tidur berehat sekitar sejam. Lihat Masjid (Mosque of) Ahmadiah, Kampung Kepayang, Sungai Raya dan Bangunan kayu di perkarangan masjid Kampung Kepayang (Wooden building at the compound of Kampung Kepayang mosque).


Tu dia. Dah turun gunung baru terasa penat. Tapi saya tak dapat berehat lama kerana perjalanan masih jauh. Singgah di masjid jamek Gopeng pula. Lihat Bangunan kayu di perkarangan masjid Kampung Kepayang (Wooden building at the compound of Kampung Kepayang mosque).


Seterusnya saya mencari makam seorang tokoh pejuang dan usahawan Melayu yang katanya datang dari suku kaum Mandailing, pernah mengusahakan bijih timah secara besar-besaran di sekitar ini. Lihat Makam (Tomb of) Imam Perang Jabarumun.


Dari Gopeng saya ke Batu Gajah. Terlihat bangunan Kellie's Castle. Nampaknya satu bangunan sokongan baru sedang dibina untuk memajukan pelancongan. Sebelum sampai saya ada masuk ke satu masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Ar-Rahmaniah, Kampung Pengkalan Baru, Jalan Gopeng

Di Batu Gajah saya singgah di beberapa lagi tempat. Saya senaraikan sahaja ya. Tak payah letak lagi gambar kerana artikel ini sudah memakai terlalu banyak gambar. Lihat :-








Destinasi seterusnya ialah pekan kecil Papan. Hmm. Saya hendak mencari makam seorang lagi tokoh berdarah Mandailing tapi tak jumpa-jumpa... mencari sampai masuk ke kubur Cina. Lihat artikel Views from the Chinese graveyard in Papan. Di sini saya cuma ingin berkongsi gambar sebuah sungai yang mengalir di sekitar. Nama Johan mengingatkan pada anak kecil di rumah. Selain itu ia membawa makna lebih besar yang mengingatkan pada kerajaan lama Gangganegara dan raja-raja lama di Aceh.


Perjalanan disambung melepasi Ipoh hingga ke Sungai Siput di mana terdapat bukit terserlah ini. Saya membelok ke kanan untuk masuk ke satu kawasan pendalaman. Jalan itu membawa ke Kampung Trosor dan Jawang. Singgah lagi di satu masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Mahmudiah, Kampung Jawang, Salak Utara.


Adapun saya masuk itupun sudah lewat petang. Jika asalnya saya merancang mahu berbuka di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, jadual perjalanan lari memaksa saya berbuka ringan terlebih dahulu di pekan Karai.


Kalau ikut rancangan asal lagi saya mahu ke Masjid Kota Lama Kanan sebelum berbuka di Bukit Chandan. Nah. Namun saya sampai di masjid inipun sudah sekitar 8 malam. Nasib baik sempat makan malam bersama jemaah yang baru selasai menunaikan solat Maghrib. Di masjid ini saya mandi menyegarkan badan. Di masjid ini juga saya membuat keputusan untuk bersolat Tarawih. Perhatikan batu nesan sebatang yang menandakan tempat ghaibnya Sultan kedua Perak, Sultan Mansur Syah hampir 500 tahun lalu.Selepas itu saya sempat menziarahi sebuah makam berdekatan yang baru kali ini saya tahu kedudukannya di mana. Lihat Makam (Tomb of) Tok Subang.


Sekitar jam 10 gitu baru saya ke Bukit Chandan. Seperti biasa kalau dah sampai sini singgah di Masjid Ubudiyah dan beberapa makam. Selepas itu sempat makan laksa di tengah bandar dan berpusing-pusing melihat suasana bandar diraja Kuala Kangsar waktu malam. Kemudian baru ke Kampung Temong untuk berehat.



Adapun perjalanan yang dilakukan pada 13 Ogos 2012, hari ketiga pengembaraan bermotosikal besar ini boleh dilakarkan begini. Menurut Google Map, jarak yang diliputi adalah 219km. Namun jarak tersebut tidak meliputi perjalanan mendaki Gunung Brinchang dari simpang yang harus memakan 18km pergi dan balik, tidak juga termasuk jarak tersilap memasuki simpang lain yang boleh tahan jauh ke dalam. Ia tidak  meliputi perjalanan berpatah balik untuk melihat sesuatu dengan lebih dekat di beberapa tempat juga ulang-alik beberapa kali mencari tempat-tempat di Batu Gajah dan Papan selain berpusing-pusing di Kuala Kangsar. Saya menganggarkan jarak sebenar diliputi adalah 270 km. Di bawah adalah zoom in perjalanan selepas Ipoh...


Adapun perjalanan hari ketiga ini tamat pada malam 25 Ramadhan. Artikel mahu dipersembahkan 11 September, kemudian baru saya tersedar ia tamat ditulis pada malam 25 Syawal iaitu tepat sebulan setelah perjalanan dibuat. Sekian selamat malam.



No comments: