Assalamualaikum semua. Tadi apabila memasuki blogspot ini saya mendapati counter di bawah menunjukkan nombor yang kelihatan begitu cantik ini. Terus timbul rasa elok juga dibuat satu artikel baru. Tetapi cerita seterusnya dalam siri "Petualangan Al-Rasyid ke Aceh" telah dirancang cuma akan dibuat apabila masuk Jumaat nanti. Jadi kalau nak tambah artikel sebelum itu ia harus berkenaan sesuatu yang lain...
Kemudian saya teringat ada permintaan agar saya bercerita lagi tentang perjalanan saya ke Muar hujung minggu baru ini untuk mencari jejak Dinasti Al-Kamil. Permintaan ini berlaku setelah artikel selingan Mencari jejak Dinasti Al-Kamil di Muar : Satu pembukaan? dibuat hari Isnin. Ketika itu saya menjawab akan menyelesaikan dahulu cerita perjalanan ke Aceh penghujung Januari 2010 sebelum menyambung cerita lain. Sekarang saya terasa elok juga penceritaan Aceh diselang-selikan dengan penceritaan Muar!
Bukankah saya juga sedang mencari kaitan lebih mendalam Aceh dengan Muar apabila cuba menyusuri jejak Dinasti Al-Kamil? Bukankah saya sendiri ada menyebut tentang watak bernama Sultan Muhammad Al-Kamil yang meninggalkan Bandar Khalifah di Perlak (sekarang dalam Aceh) lalu membuka kerajaan baru di Muar sekitar 700 tahun lalu? Pencarian ini jadi lebih bermakna apabila ada sumber menyebut Sultan Malikul Mansur, cucunda kepada pengasas kerajaan Samudera-Pasai iaitu Sultan Malikul Salih telah mengahwini Puteri Nur Alam Kumalasari, anakanda Sultan Muhammad Al-Kamil ini. Sedangkan hati saya pula semakin hari semakin yakin Sultan inilah yang tersebut dalam Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Malim Deman sebagai Tuanku Gombang Malim Dewa yang datang dari Aceh membuka negeri Kuala Bandar Muar.
Pagi Sabtu 14 Ogos 2010. Kami anak beranak mahu memulakan perjalanan menjejak Dinasti Al-Kamil di Muar. Sebelumnya kami sampai ke rumah ibu bapa di kampung hampir waktu Subuh, sempatlah juga bersahur. Maklumlah kami meninggalkan rumah sendiri di Bandar Tasik Puteri hampir tengah malam... singgah lagi di Masjid Kampung Hulu di Melaka, juga makam Sheikh Shamsuddin Pasai yang berdekatan.
Tidak lama kemudian sampai ke Bukit Pasir...
Isteri keluar sebentar membeli sesuatu di kedai. Anak kecil kami Al-Rasyid melihat suasana luar.
Perjalanan diteruskan. Kelihatan bukit yang menimbulkan nama Bukit Pasir, kini dipenuhi jirat Cina belaka...
Ke hadapan lagi kelihatan bukit yang kalau tak salah ingatan dipanggil Bukit Pengkalan. Kenapa pengkalan yek? Pengkalan apakah yang dimaksudkan? Dalam pada itu teringat satu mimpi yang berlaku lebih 2 tahun lalu. Lihat artikel The hill I saw in a recent dream? di blogspot BERPETUALANG KE ACEH juga Jalan-jalan di Muar sekitar Aidil Adha sehingga mencari bukit tertentu dalam mimpi...
Apapun kami sampai ke destinasi pertama hendak dituju hari itu...
Nota: Tadi malam (awal pagi sebenarnya), Isnin 23 Ogos, hari ke 13 berpuasa baru saya terjumpa keterangan yang menyatakan Sultan Malikus Salih di Aceh mangkat pada 8 Ramadhan lebih 700 tahun lalu. Lalu saya tercari-cari apakah gambar yang diambil pada 8 Ramadhan ini. Ternyata saya tidak mengambil apa-apa gambar dari 17 hingga 20 Ogos. Kemudian saya berfikir balik, apakah yang ada dibuat pada hari tersebut bersamaan Rabu 18 Ogos. Ternyata ia adalah artikel ini, artikel yang terbit akibat nombor 311,111 yang kelihatan pada kaunter lalu saya membuat keputusan untuk menggilirkan artikel tentang perjalanan ke Aceh dengan Muar. Hmm... 311,111 juga boleh dikaitkan dengan 3+1+1+1+1+1 = 8. Ada makna semua ini... :]
14 ulasan:
Menurut catatan karya Ahlul Bait.Islam dah sampai di Nusantara Tahun 30 Hijrah lagi iaitu sekitar zaman Syaidina Othman.Kira-kira tahun 650 masihi.Lengkap dgn catattan bukan cerita mulaut jer tu....
Di Sala pada masa tu dah ada pangkalan dan jeti2 pelabuhan,pedagang2 dari Arab,parsi dan lain2 bangsa Timur Tengah.
Sala=Sulawesi.
Tapi cerita ni tak leh pepanjang...buka sikit jer.
Kalau ke Pekan pagoh jgn lupa berbuka Mee Rebus kaw-kaw punya!!!!
Jadi siapa dulu yang datang bawa islam ke rantau Sini?
Syiah atau Sunni dulu kira tak berapa tepatlakan?
Zaman Othman belum ada lagi 2 mazhab tu...
Dua kumpulan tu bukan bolih harap.
Sekitar tahun 1128M kalau tak silap,Laksamana Burhanuddin Al Kamil berperang dengan amir nakhoda Johan d'Jhani,sorang syiah seorang lagi Sunni,tewas laksamana Burhanuddin.
Islam yang tulen dah datang awal sejak 650M lagi,bila datang dua pelanduk ni ....bikin pecah belah.
Bagus juga IM tu tak de ikut mana2 mazhab.
Orang Arab dan Parsi dah sampai ke Nusantara sejak beribu tahun. Alam Melayu ni kira jalan tengah route perdagangan antara Timur dan Barat, Timur merujuk kepada China dan kawasan sebelah sana termasuk Indochina, Korea dan Jepun, Barat merujuk pada India,Parsi, Arab juga benua Eropah.
Jadi kedatangan Islam pada zaman Saidina Othman tu kira natural atau semulajadi. Pedagang2 Arab yang sudah Islam cuma membawanya ke Tanah Melayu dan memang ada disebut tentang raja Srivijaya yang memeluk Islam.
Namun rekod catatan seperti boleh dibaca dalam buku teks sejarah peringkat universiti sekadar menyebut rajanya sahaja masuk Islam. Walaupun ada juga disebut Srivijaya itu kemudian dikenali sebagai Sribuza Islam cerita ini hilang begitu sahaja selepas itu. Jadi tiada jaminan kerajaan itu terus Islam atau rakyatnya mengikut sekali. Mungkin kerana selepas Raja Islam itu mangkat yang lain kembali menyembah berhala dan sebagainya? Wallahualam.
Apapun penempatan2 Islam tetap wujud di Nusantara setakat itu tapi kerajaan? Ini memerlukan seluruh jentera utama satu kerajaan, raja dan seluruh istana, para pembesar, kebanyakan rakyat memeluk Islam dan kerajaan menjalankan undang2 Islam baru boleh diakui ianya kerajaan Islam.
Dalam keadaan ini para sarjana pada mulanya cuma mengakui Samudera-Pasai yang muncul pertengahan abad ke 13 Masihi sebagai kerajaan Islam pertama di Nusantara. Kemudian baru mereka menerima Perlak telah Islam sejak tahun 840 Masihi. Sumber lain pula menyebut kerajaan Jeumpa di Aceh sudah Islam sejak 770 Masihi tapi itu belum diterima semua pihak. Jadi walaupun betul Srivijaya telah menerima Islam pada tahun 650 Masihi keberadaanya sebagai kerajaan Islam belum diterima semua kerana selepas itu sejarah mencatatkan ia kembali mengikut ajaran Buddha dan sebagainya, bukan seperti Perlak dan Samudera-Pasai yang diketahui terus-menerus menjunjung Islam sebagai agama rasmi kerajaan.
Bab Sunni atau Syiah, siapa dahulu membawa Islam tidak muncul kerana dalam tempoh 100-200 Hijrah belum lagi muncul istilah Sunni Syiah. Ingat, apa yang dipanggil Sunni atau Al Sunnah Wal Jamaah itu muncul setelah ada mazhab yang 4 dan ini cuma berlaku pada zaman Bani Abbasiyah, lebih 100 setelah Rasulullah wafat. Apa yang dipanggil Syiah pula lebih merujuk kepada Syiah Imam 7 atau Syiah 12, golongan yang tidak berpegang kepada Mazhab yang 4 tetapi memegang mazhab sendiri atas nama Ahlul Bait. Sekali lagi klasifikasi ini belum wujud ketika Islam pertama kali sampai ke Alam Melayu. Masalahnya ramai orang masih menggunakan terma Sunni dan Syiah untuk menerangkan apa yang berlaku dan ini tidak betul langsung, sepertimana ada yang menyebut pada tahun 804 Masihi telah muncul satu rombongan Syiah Alawiyah yang dipimpin Nakhoda Khalifah ke Perlak padahal perkataan Alawiyah itu merujuk kepada keturunan Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa Al-Rumi bin Muhammad Naqib bin Ali Uraidhi bin Imam Jaafar As-Sadiq yang banyak beranak-pinak di Hadramaut. Alawi itu sendiri lahir sekitar tahun 950 Masihi, jadi mana mungkin ada kaum Alawiyah datang ke Perlak tahun 804 Masihi?
Bab Burhanuddin Al-Kamil dan sebagainya, OK...
Saya sendiri pertama kali mendengar nama Dinasti Al-Kamil setelah membaca catatan di mana entah yang menyebut bahawa Hamka pernah menyoal kewujudan Dinasti Al-Kamil. Sedangkan nama ini sendiri pula diketengahkan oleh seseorang bernama Marga Perlindungan kalau tak salah ingatan yang bercerita sesuatu tentang Tuanku Rao. Lalu dia menyebut kewujudan Sultan Muhammad Al-Kamil yang meninggalkan Bandar Khalifah membuka negeri di Muar.
Saya juga ada terbaca cerita dari sumber2 Batak dan merekalah yang menyebut tentang watak-watak seperti Burhanuddin Al-Kamil, Kafrawi al-Kamil dan Johan Jani. Lalu watak-watak Al-Kamil yang dikatakan muncul sekitar tahun 1100an Masihi ini dikaitkan dengan kerajaan Fatimiyah di Mesir, maka itu mereka dikatakan membawa mazhab Syiah.
Walaupun saya juga membaca tulisan pihak Batak ini pada saya banyak yang perlu ditapis. Misalnya dakwaan mereka bahawa Sultan Malikus Salih asalnya orang Batak dari Nagur, mukanya bertatu (tatoo) dan asalnya suka memakan cacing. Pada saya itu adalah fitnah yang sangat besar kerana kajian peribadi saya menunjukkan Sultan Malkus Salih adalah seorang Ahlul Bait dari keturunan Raja-raja Perlak.
Di ketika Dinasti Al-Kamil disebut sumber Batak sebagai bermula daripada watak2 bawahan kerajaan Fatimiyah yang datang ke Sumatera tahun 1100an, saya pula mendapat alamat bahawa ia lebih dekat dengan kerajaan Perlak. Alamat seterusnya saya dapat nama Al-Kamil itu sendiri berasal dari seorang Ahlul Bait besar bernama Abdullah Al-Kamil bin Hassan Al-Muthanna bin Saidina Hassan yang hidup awal tahun 700an. Saya percaya anakanda Abdullah iaitu Muhammad Nafz Zakiyah itulah Nakhoda Khalifah yang memimpin angkatan 100 orang pendakwah yang datang ke Perlak tahun 804 Masihi sehingga bandar Perlak ditukar-nama menjadi Bandar Khalifah. Sedangkan sumber Batak pula menyebut nama Bandar Khalifah itu muncul dalam tahun 1200an dan banyak dakwaan mereka kelihatan bercanggah dengan sejarah kerajaan Perlak juga Samudera-Pasai yang diketahui ramai diterajui raja-raja berketurunan Arab-Parsi, bukan pemakan cacing Batak.
semakin menarik ni...kesultanan melayu dari Dinasti Al Kamil...patut dikembangkan lagi sebab kita hanya tahu kesultanan melayu melaka, acheh dan pasai dalam teks sekolah
Aku nak tanya Saudara Imam Radzi Syafie,soon!!!
Siapakah nama Ayahanda Sultan Malikus Saleh?!
Kalau nak tau sejarah kedatangan tahun 30H tu kena selidik tek2 manuskrip dari China...manuskrip melayu dah di lanun dek penjajah.
Tapi tek2 di China banyak yg terselamat kerana dasar menutup pintu Kerajaan china buat sekian lama.
Cari sendiri ye...
Nampaknya saudara lebih tahu. Sudi-sudilah berkongsi dengan kami yang tidak tahu di sini. Saya nak jawab pun tiada gunanya kerana ini soalan menguji, bukan jujur mahu berkongsi. Silap-silap jawaban saudara tentang Islam yang datang 30 H melibatkan Merong Mahawangsa al gedebang Sayyam Puasa. Terima kasih sajalah!
p/s: Bila masa pulak aku jadik imam ni? Ish. Yang aku tahu nak sangat jadik imam ni puak Sayyam Puasa dan mereka yang sewaktu dengannya... habis semua yang tak bersetuju dituduh anak cucu raja daerah yang tak berdaulat, lanun-lanun penyangak dan para pencacai penjajah.
Takut ke pecah tembalang nanti bahawa Sharif Ahlul Bait yang pernah memerintah seluruh Nusantara itu sebenarnya adalah nasab Abdullah Al-Kamil bin Hassan Al-Muthanna bin Saidina Hassan, bukan Al-Merongi al Dinasti Trang Tang Tang yang kononnya anak cucu Al-Merongi lalu masih tak sedar diri, masih sibuk mencari cara hendak menuntut jawatan Yang di Pertuan Agong... :]
selalu kita dengar sayyid ajer tertunggal atau tertunggal syarif sajer tunggal ajer lah ...
tapi yang di muwauuuhhhh tu....pangkal apa ke namanya tu sayyid syariff...dua-dua semuanya serentak menyanyi lah lagu ....kebommmm...kat situ.
ehmmmMuawauuuh Pot periok tudung-tudung sekali gus Dio hentam sajalah...Orang..
harap maklumat?????????
apa ko merepek ni labu,!!!!!
Giller ko kau???
Tadi malam (awal pagi sebenarnya), Isnin 23 Ogos, hari ke 13 berpuasa baru saya terjumpa keterangan yang menyatakan Sultan Malikus Saleh di Aceh mangkat pada 8 Ramadhan lebih 700 tahun lalu. Lalu saya tercari-cari apakah gambar yang diambil pada 8 Ramadhan ini. Ternyata saya tidak mengambil apa-apa gambar dari 17 hingga 20 Ogos. Kemudian saya berfikir balik, apakah yang ada dibuat pada hari tersebut bersamaan Rabu 18 Ogos. Ternyata ia adalah artikel ini, artikel yang terbit akibat nombor 311,111 yang kelihatan pada kaunter lalu saya membuat keputusan untuk menggilirkan artikel tentang perjalanan ke Aceh dengan Muar. Hmm... 311,111 juga boleh dikaitkan dengan 3+1+1+1+1+1 = 8. Ada makna semua ini... :]
maknanya, pada post komen berjumlah 83...
hmmmmm...
Catat Ulasan