Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Rabu, Disember 23, 2009

Bayangan Bukit Qaf, tempat perkumpulan para wali dan malaikat?

OK. Selain memulakan siri baru "Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan", saya juga sepatutnya telah menyambung kembali proses penulisan, mengumpul data juga membuat rekaletak serta rekabentuk sebuah buku tentang sejarah keluarga sebelah ibu. Sebaliknya momentum pekerjaan saya masih rasa terganggu akibat beberapa perkara tertentu dan fikiran seperti melangut-langut ke arah lain pula. Maka sekali lagi biar dibuat satu selingan ya... kiranya bersambung daripada artikel Al-Rasyid di majlis buku dan puisi di Bangsar...


Selepas majlis di Bangsar, kami singgah di rumah seorang bapa saudara di Bukit Damansara. Kami berbual panjang setelah tidak bertemu hampir 2 bulan, sementara di luar sana hari mula hujan. Perbualan tamat ketika langit kembali terang. Entah kenapa langit kelihatan cantik semacam... begitu juga keadaannya ketika kami menghampiri Bandar Tasik Puteri, sekitar 40 km perjalanan...


Oh. Ketika itu sudah masuk senja. Sayang sungguh kamera saya tidak dapat menangkap keadaan sebenar di langit iaitu di celah cahaya kejinggaan yang kelihatan dalam gambar sebenarnya terdapat latar-belakang warna biru yang tona warnanya seperti ada kehijauan di luar kebiasaan. Isteri saya bertanya jika keadaan langit itu menandakan sesuatu. Saya pula teringat tentang cerita Bukit Qaf, satu alam di luar bumi kita tetapi bersambung entah di bahagian mana, alam yang menurutnya dihuni para malaikat dan menjadi tempat perkumpulan manusia bertaraf wali...

"Mungkin yang kelihatan ini adalah bayangan Bukit Qaf?" saya memberitahu isteri. Memang ada cerita menyebut warna biru langit itu sebenarnya biasan cahaya dari Bukit Qaf. Kenyataan ini mungkin kelihatan bodoh dan layak untuk ditertawakan oleh mereka yang sudah belajar ilmu sains. Menurut sains, warna biru langit di siang hari adalah disebabkan biasan cahaya matahari pada atmosfera bumi yang melindungi kita dari kegelapan angkasa lepas.


Dahulu saya juga akan mentertawakan sesiapa sahaja yang berkata begitu. Maklumlah saya amat berbangga dengan imu sains yang pernah dipelajari apalagi saya adalah graduan matematik daripada University College of London, universiti yang baru sahaja dinobatkan sebagai yang ke-4 terbaik di dunia dalam semua bidang, selepas universiti-universiti Harvard dan Yale di Amerika Syarikat diikuti Cambridge di United Kingdom. Kini, setelah melalui pengalaman-pengalaman tertentu saya bukan sahaja percaya tentang kewujudan Bukit Qaf yang bayangannya dikatakan membentuk warna biru langit yang kelihatan di siang hari... saya juga percaya pendaratan manusia ke bulan yang katanya dibuat oleh Neil Amstrong dan kawan-kawannya tahun 1969 adalah satu penipuan besar.


Saya tahu saya juga boleh ditertawakan orang apabila membuat kenyataan begini. Mungkin ada yang menyoalkan betulkah saya ini graduan matematik daripada London? Kalau betul, kenapa boleh jadi begitu bodoh dan dungu percaya kepada benda-benda karut yang berlawanan dengan sains? Hmm... saya tak kisah jika ditertawakan. Kalau ada yang menyoal tentang kelayakan saya di universiti (kerana di dunia Internet ini memang ramai orang suka mendakwa memiliki kelayakan itu dan ini) anda boleh bila-bila masa menghubungi pihak mereka.

Sehingga kini saya masih lagi menerima surat-surat daripada University College of London tentang perkembangan semasa di sana malah dijemput menghadiri pelbagai acara termasuk sambutan menyambut pengisytiharan universiti ini sebagai yang ke-4 terbaik di dunia, diadakan di Bukit Damansara bulan lalu. Apapun itu semua cerita lain. Di sini saya ingin memberitahu, sebaik sahaja saya menyebut tentang Bukit Qaf kepada isteri, seketika itu juga kereta kami dipotong oleh sebuah kereta lain yang nombor pletnya adalah "KAF 6555".

Kereta itulah yang saya ekori sejauh beberapa kilometer untuk mengambil gambar pletnya tetapi tidak berjaya. Keadaan cahaya yang semakin berkurangan ditambah kenderaan bergerak tidak memungkinkan saya untuk mengambil gambar yang cukup jelas. Gambar terakhir di atas yang kelihatan seperti 3 buah piramid itu pula adalah gambar bumbung khemah gerai di kawasan kedai-kedai di Bandar Tasik Puteri berlatar-belakangkan langit yang semakin kelam. Tetapi ia masih cukup menakjubkan sehingga terhasillah satu gambar agak misteri tanpa perlu langsung diberi apa-apa sentuhan tambahan. Sekian...


Nota: Ini adalah artikel ke 609 di sini...

19 ulasan:

syahir berkata...

fuyoooo....terdiam kejap memikirkan sesuatu. hmmmm...

lama xlepak sini, :)

semoga sihat selalu bersama keluarga tercinta.

Tanpa Nama berkata...

Salam, selalu juga cuba hampiri BQ tapi memang bukan taraf manusia biasa nak dekati. Wallahualam.

eeeihtxis berkata...

allahuakbar.

Sangtawal Sakranta berkata...

salam semua,

menarik gambar last tu... kalau tak bagitau... mati-mati saya ingat piramid mesir purba tadi!!! he he he

ermmm... itulah ilusi optik!

sama jugak dengan BQ... kita je yang tak nampak! benda tu ada!

wassalam.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam dan salam semua.

Syahir: Abang pun terkedu juga bila nampak kereta plet KAF tu. Lama tak terfikir langsung pasal Bukit Qaf, tiba-tiba terkeluar plak hari tu. Mungkin gak susulan dari seminar hari Sabtu bila cerita Beting Beras Basah juga ada menyebut tentang Tasik Pauh/Pawa Janggi?

Anon: BQ? Mula-mula ingat BBQ, hehe! Kira class jugak nama ni ek. Hang nak pi mana? Nak pi BQ beb... peh... senang-senang je. Ingat macam nak pi KL ngan PJ ke? Hehe...

Sixthies: Allahuakbar juga. Teringat cerita satu orang lama bahawa bintang-bintang yang kita lihat di langit sebenarnya adalah bandar-bandar di alam langit. Malah ada di antaranya asalnya bandar di muka bumi yang 'dipetik' naik ke atas sana!

Sangtawal: Tak payah pakai ilusi pun. Cuma pemilihan ruang yang ingin dimasukkan dalam gambar sahaja. Sepertimana ada penggambaran di set filem kelihatan begitu luas bila ditonton, seolah-olah ada laut, ada gunung dan sebagainya. Walhal yang nampak luas itu cuma satu sudut studio sahaja yang difokuskan oleh kamera... kita tak tahu kat tepi sikit je dari luar fokus tu ada tukang pegang mike, ada make-up artis, ada kerusi meja set yang berteraburan. Begitu juga hakikatnya dunia yang kita nampak dengan mata kepala ini! :]

Sangtawal Sakranta berkata...

salam radzie,

setuju. kita melakonkannya semula je!!

wassalam.

Pyanhabib berkata...

sdr radzi, saya minta dengan baik. video saya baca puisi di bangsar tolong keluarkan dari youtube.
terima kasih

Al Mahadaya berkata...

Qaaf dan Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya(1)
Dan juga bumi ini, Kami bentangkan ia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur? (7) untuk menjadi perhatian dan peringatan,kepada tiap-tiap seorang hamba Allaha yang mahu kembali kepadaNya (8) Surah Qaf.

Sangtawal Sakranta berkata...

salam radzie,

Kat sini pun ada komen si Kebenaran Asalama ni.

buat kebenaran Asalama, bertaubatlah... apa yang kamu bawa dalam blog kamu itu amat bahaya untu melayu-islam.

minta saudara Radzie memberi sedikit pandangan.

wassalam.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam.

Saya lihat saudara Kebenaran Asalama ini seorang yang jujur mencari kebenaran namun misguided, telah disimpangkan. Dari penggunaan perkataan Arab yang semuanya dijadikan baris atas sehingga Islam boleh jadi Aslama, Allah boleh jadi Allaha (sedangkan dalam penggunaan Sufi pun, paling 'pelik' pun bunyinya Allahu bermakna Allah dia atau dia Allah) seolah segalanya hendak diIbranikan. Apakah ada pengaruh makhluk ghaib yang cuba mengHebrewkan ajaran Islam? Memang bahaya. Ini adalah percubaan halus makhluk halus untuk melebihkan Bani Israel daripada umat Nabi Muhammad SAW.
Saya sarankan saudara zikir Ya Hadi Ya Hadi selalu kalau tidakpun berselawat. Bukan Mahamad atau Mahamada, ia tetap Muhammad kerana Bahasa Arab itu tetap ada a, i, u walaupun tanpa baris. Kalau zaman dahulu saudara akan serta-merta disuruh melalui proses pemulihan. Jika tidak berjaya juga, antara 2 sahaja nasib saudara. Samada diisytiharkan hilang akal maka tidak jatuh lagi hukum syariat terhadap saudara dan saudara tidak dipedulikan masyarakat atau saudara boleh dipancung kerana membawa pemahaman yang boleh memurtadkan orang!

PerpatihTulus berkata...

Kepala hotak dia kebenaran asalama ni..

aku pun selalu jugak ambik ayat-ayat alquran masukkan dalam blogspot..

tapi takdelah nak memandai-mandai ubah baris sesuka hati..

aku pun dah baca quran maghribi yang baris-barisnya ada berbeza dengan quran resam usmani atau majid.

sesuka dia aje nak megubah bunyi-bunyi tu sampai aku pun naik pening baca blogspot dia..

Oghang Ba Ado berkata...

"kebenaran" bagi "diri"nya, bukan bagi kita.. he..

Al Mahadaya berkata...

Apakah kebenaran itu mesti mengikut apa yg manusia kehendaki? Jadi, tiadalah maksud ujian bagi setiap umat manusia. Hamba telah nyatakan bhw hamba hanya penyampai amanat tuhan kpd manusia yg menerangkan. Tiada paksaan dlm agama.

Oghang Ba Ado berkata...

"...hamba hanya penyampai amanat tuhan kpd manusia ..."

he he he..

Unknown berkata...

Apakah mungkin saya boleh dpatkan nombor telefon ataupun email tuan blogger ini?

Radzi Sapiee berkata...

merahsilu@hotmail.com

Tanpa Nama berkata...

:-D

fakerien berkata...

bukit qaf....tempat perhimpunan para wali2....

Fansuri berkata...

Bila menelusuri fahaman lama yg semakin kembali popular kebelakangan ini tentang bumi yg dikatakan sebenarnya adalah datar/rata atau flat earth bukan bulat/globe, keberadaan bukit qaf ini lebih mudah dihadam.