Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Wednesday, May 13, 2009

Cukup-cukuplah tu buat kecoh di Perak. Ingat, hari ni dah masuk 13 Mei!

Gambar lama dari artikel Exploring the happenings around the 1874 Pangkor Treaty in Perak...Pasir Salak historical complex yang dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH September tahun lepas.


Saya terasa cukup berduka-cita dengan kemelut politik di Perak yang masih juga tak selesai-selesai. Ingatkan dah sedikit reda selepas Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah berjaya menyampaikan ucapannya pada hari Khamis 7 Mei tanpa gangguan, setelah 5 jam ucapan tertunda akibat kerenah politikus dalam dewan yang kelihatan tak sudah-sudah bergaduh menegakkan benang basah. Tengok-tengok baik kumpulan Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional akhirnya sudi beralah sekurang-kurangnya sebentar lalu mengambil kedudukan dalam dewan yang lebih sesuai menggambarkan yang mana kerajaan yang mana pembangkang.

Kemudian timbul pula keputusan mahkamah tinggi di Kuala Lumpur yang menyatakan Muhammad Nizar masih sah sebagai Menteri Besar Perak. Saya boleh faham rasional di sebalik keputusan ini kerana ia sebenarnya merujuk kepada butiran turutan peristiwa yang berlaku. Dalam artikel Kemelut politik Perak. Apa cerita? yang dibuat bulan Februari ketika kemelut kini baru bermula, saya ada menyebut:

Semasa bercadang mahu menulis tentang kemelut di Perak hari Khamis (tetapi tergendala kerana kurang masa dan sibuk dengan hal lain), kerajaan belum betul-betul bertukar tangan kecuali menunggu keputusan Sultan Perak samada mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri atau menerima majoriti Barisan untuk membentuk kerajaan. Saya berpendapat elok juga sultan menunda keputusan untuk beberapa hari... sekurang-kurangnya untuk menunjukkan hak raja menentukan keadaan di kala konsep ketuanan Melayu terus diinjak-injak.

Sebaliknya Sultan Azlan terus membuat keputusan keesokan harinya lalu baginda dilihat pihak pembangkang dan para penyokong mereka sebagai menjadi pak turut pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang berpusat di Kuala Lumpur. Ini nampaknya membawa kepada kemelut hingga sekarang di mana aspek teknikal undang-undang mengatasi kepentingan rakyat terbanyak untuk berdamai terutama dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu yang turut mempengaruhi kehidupan kita di Malaysia. The law is now obeyed more in letter rather than in spirit. It seems nobody cares about intent, just what could seen as serving the law...

Itu pun tak mengapa le. Saya menerima keputusan mahkamah membenarkan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar dengan berlapang dada. Mungkin sudah sampai masanya segalanya dibuat kembali menurut undang-undang tubuh dan perlaksanaan perkara di dewan negeri secara lebih teratur dan berturut. Tidak susah untuk melucutkan kembali jawatan Nizar melalui undi tidak percaya asalkan si speaker gila kuasa Sivakumar tidak dibenarkan terus bermaharajalela. Kalau nak sangat bermahajaralela, meh jumpa Datuk Maharajalela yang perjuangannya ada diabadikan di Pasir Salak melalui kewujudan monumen golok besar di gambar atas ini. Anak cucu dan saudara-maranya terutama dari keturunan Maharajalela pertama Perak Daeng Selili masih ramai... insyaallah sesetengahnya masih tahu menerbangkan parang untuk menetas leher musuh yang kurang ajar jika perlu.

Masalahnya, sebaik sahaja Nizar diisytiharkan mahkamah sebagai Menteri Besar, saya difahamkan salah satu perkara utama yang ingin dibuat pihak Pakatan adalah untuk meluluskan penyerahan land title atau geran tanah kepada para penduduk kampung-kampung baru yang rata-ratanya orang Cina. Ah, menyirap darah saya. Bukankah disebabkan kes inilah maka orang Melayu yang sedar akan apa yang berlaku di sebalik tabir negeri Perak mahukan perubahan kerajaan walaupun ia harus dilakukan dengan cara melompat-lompat?

Setahu saya tidak pernah ada di mana-mana di dunia pun orang diberi tanah lease hold selama 999 tahun. Semuanya diberi maksimum 99 tahun. Orang Cina memanglah untung. Bagaimana pula nasib orang Melayu? Bukankah itu semua tanah-tanah Melayu yang dahulu diambil oleh British untuk dijadikan penempatan bergelar kampung-kampung baru orang Cina ketika menangani masalah komunis tahun 1960an dahulu? Orang Melayu tidak marah tanah-tanah itu telah diduduki Cina sejak lebih 40 tahun lalu. Tetapi untuk mereka diberi hak pajakan selama 999 tahun sedangkan orang Melayu sendiri masih banyak merempat tanpa tempat tinggal sendiri... ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan semua ini!

Sejak pilihanraya ke 12 kedudukan orang Melayu makin tersepit, tak kiralah jika Barisan Nasional berkuasa apalagi Pakatan Rakyat yang semakin terang ingin mengikut model 'meritokrasi' Singapura. Kini berkenaan Perak, parti MCA dan Gerakan dalam BN yang terang-terang dikuasai bangsa Cina pun telah mengikut rentak DAP dan Pakatan agar Dewan Negeri Perak dibubarkan. Katanya untuk menyelesaikan kemelut sekarang once and for all.

Apa ini? Ketika rakyat sedang sibuk dibebani masalah kewangan akibat ekonomi dunia yang merudum, mereka cuma mahu menghabiskan wang rakyat dan terus menerbitkan kekecohan serta polemik demi polemik yang memang akan datang bersama setiap pilihanraya apalagi jika melibatkan seluruh negeri agak besar seperti Perak. Pihak pembangkang memang ingin sangat dewan dibubarkan dan pilihanraya baru dibuat. Kenapa? Kerana mereka yakin akan menang besar. Orang Melayu boleh dikatakan telah berpecah tiga untuk memberi sokongan kepada UMNO, PAS dan PKR sedangkan orang Cina dan bangsa lain sudi memihak kepada siapa sahaja yang menjaga kepentingan mereka. Dalam kes ini, siapa yang sanggup memberikan lease hold atau pajakan tanah selama 999 tahun! Jika ini berjaya sudah tentu akan ada lebih banyak habuan untuk mereka yang bakal meminggirkan orang Melayu...

Mereka yang mengkaji lebih dalam tahu, sejak zaman sebelum Perjanjian Pangkor 1874 lagi kepentingan Cina di peringkat teratas bukan dijaga oleh mana-mana parti politik tetapi oleh dewan perniagaan diikuti badan-badan warisan dan pendidikan Cina seperti Dong Ziong. Dan mereka pula disokong oleh kongsi-kongsi gelap Cina seperti Ghee Hin dan Hai San yang pernah memporak-porandakan Perak dahulu sebelum Perjanjian Pangkor ditandatangani lalu ketua-ketua gangster Cina "dinaikkan taraf" oleh British untuk menjadi ketua-ketua masyarakat bermula di Taiping.

Nampaknya mereka-mereka di atas inilah yang menjaga segala kepentingan Cina. Jangan hairanlah jika taktik pemikiran mereka serupa dengan Yahudi dan mereka mendapat khidmat nasihat pengkalan Zionis terbesar di Asia Tenggara iaitu Singapura. Lihat sahaja konsep Malaysian Malaysia yang satu masa dahulu pernah diwar-warkan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, semasa pulau itu masih sebahagian dari Malaysia. Pada hemat saya, mereka-mereka ini boleh menasihatkan baik MCA, mahupun Gerakan mahupun DAP untuk bergerak ke arah tertentu asalkan sahaja kepentingan bangsa Cina secara rata terjaga. Pedulikan nasib bangsa Melayu... apa pedulinya bagi orang-orang yang kiasu?

Tugas menjaga kepentingan Melayu di luar batas sempit pemikiran politik sepertimana bangsa Cina ada para penjaga mereka sepatutnya dilakukan oleh Raja-raja Melayu. Tak kiralah parti mana yang memerintah, yang penting hak-hak Melayu terus terjaga. Tetapi nampaknya anak-anak Melayu sendiri kini memperlekehkan peranan raja. Sedangkan sistem mahkamah malah cara politik demokrasi itu sendiri telah dibentuk dan dibawa oleh British lebih 100 tahun lalu untuk meminggirkan orang-orang Melayu yang terang-terangan beragama Islam akibat dendam lama Barat yang bermula dengan kekalahan Perang Salib. Sila lihat analisis panjar-lebar sedutan dari siri buku "Berpetualang ke Aceh" yang pernah saya letak dalam artikel Kekalutan politik masa kini dan apa yang dah pun disebut dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh"...

Tiba-tiba saya teringat satu masa menghampiri penghujung awal 2008, kalau tak salah ingatan selepas kumpulan Hindraf membuat tunjuk perasaan di sekeliling Kuala Lumpur. Lalu muncul ura-ura orang Melayu akan naik darah dan sudi bertindak ganas jika perlu seperti apa yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969. Ketika itu ramai juga pembaca buku "Berpetualang ke Aceh" dan mereka yang ada mengikuti penulisan saya baik di blogspot mahupun di forum-forum bertanya apakah mereka perlu bertindak sama. Untuk pengetahuan kebanyakan yang bertanya ini ada mengamalkan sekurang-kurangnya satu aliran silat dan tahu sedikit sebanyak permainan ilmu batin. Tetapi saya menegah sesiapa pun dari terlibat. Kerana menurut bacaan saya, keadaan politik semasa yang meremehkan orang Melayu termasuk kemunculan Hindraf itu sendiri didalangi pihak tertentu berbangsa Melayu yang dahulunya sangat rapat dengan pemerintahan tertinggi negara.

Saya difahamkan pihak ini risau kepentingannya akan tercabar jika pemerintahan tertinggi bertukar tangan. Untuk mengelakkan pertukaran berlaku seraya menerbitkan alasan agar pemerintahan ketika itu dapat terus bertahan, pihaknya sanggup menerbitkan kekacauan besar yang bersifat perkauman lagi bakal menumpahkan darah. Walaupun cuba dinafikan, saya juga ada sumber sendiri. Misalnya perjumpaan di Kampung Baru yang melibatkan ketua-ketua lebih 300 pertubuhan Melayu dikatakan tidak pernah berlaku, cuma ura-ura sahaja. Sedangkan saya diberitahu oleh orang terdekat kepada pihak berkepentingan bahawa suaminya baru sahaja memberi ucapan membakar semangat dalam perhimpunan yang dimaksudkan sebelum itu.

Saya ketawa besar mendengar ini. Saya tahu orang yang dimaksudkan dan kawan-kawan mereka adalah jenis manusia baling batu sembunyi tangan. Seperti orang Yahudi, mereka cuma sanggup berperang jika selamat menaiki kereta kebal melawan orang-orang yang cuma mampu membaling batu-bata. Jika ada kekacauan, sekelip mata sahaja mereka akan berlepas ke luar negara, kemudian apabila ia reda baru mereka kembali lalu mengaku jaguh yang berjaya membawa kedamaian.

Sekarang melihatkan kemelut di Perak yang bukan sahaja terus memperbodoh-bodohkan orang Melayu malah amat memperlekehkan kedudukan sultan sebagai penaung neutral orang Melayu, saya rasa elok juga kalau para pemegang parang terbang tampil memperbetulkan keadaan sepertimana pernah berlaku 13 Mei 1969 40 tahun lalu. Saya tahu anak murid Kiyai Salleh Selempang Merah masih ramai, baik yang dimaksudkan adalah Kiyai Salleh di Batu Pahat, Johor mahupun yang di Sungai Manik, Perak. Itu belum campur pengamal perguruan lain terutama yang berketurunan pahlawan yang juga mampu menerbangkan keris, pedang dan parang. Lagipun amalan Kiyai Salleh itu sendiri disadur dari amalan aurad Tariqat Qadiriyah yang diasaskan oleh Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani.

Ingat, hari ini sudah masuk 13 Mei! Elok juga kemelut akibat kurang ajar bangsa bukan Melayu ditamatkan terus dengan satu peringatan berupa "perayaan ulangtahun" gitu, mungkin perayaan selepas Jubli Perak (cukup 25 tahun) yang akan membawa kepada Jubli Emas (cukup 50 tahun). Tetapi mengingatkan janji Allah bahawa segalanya akan diurai dan dihuraikan menurut ketentuan dan jadualNya jua, nampaknya kita semua harus lagi bersabar. Sesungguhnya untuk daulah sebenar Islam kembali bertapak di bumi ini, sistem pentadbiran dunia berlandaskan ideologi-ideologi ciptaan para cendekiawan Zionis yang berleluasa sekarang harus dihancurkan. Dan ini sudah pun bermula dan kemelut di Perak sebenarnya satu contoh, sistem pentadbiran artificial, palsu... sistem bukan menurut wahyu dari Allah yang kini menuju satu macam pembubaran semulajadi akibat ia sebenarnya tidak mampu membawa keadilan sejagat.

14 comments:

zm.azami said...

asalam..

izinkan saya 'copy & paste' artikel ini, di blog saya, untuk bahan rujukan dan penyebaran maklumat, demi kepentingan bersama..

terima kasih dan wasalam

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Silakan! :]

kAK EMBUM said...

Berbau nasionalis taik kucing.
Baru sekarang pemimpin Umno sedar.
selepas kuasa semakin terhakis.Melayu
yang terpinggir telah lama menjerit ke telinga pemimpin Umno.Tetapi dema buat dek aje.Lihat tanah kerajaan di kawasan bandar Raub.Habis dimajukan kemudian status tanah bertukar kepada bukan bumiputera.Hartanah yang berharga ratusan ringgit manalah melayu mampu.Mengapa tak buat hartanah yang mampu dimiliki melayu.Tanah percuma,bayaran premium rendah.semua ini adalah kelicikan kelanunan pemimpin Umno yang berkuasa.Bukan saja di sini tetapi seluruh negara.Lihat pula di Johor.Enak didengar pembangunan Iskandar,tetapi untuk siapa...untuk warga Singapura.Melayu Johor tak sedar ke? melayu terhimpit ketepi...angkara siapa selama ini 50 tahun memerintah.Bila bersidang bukan main.Hidup melayu!Lepas tu main isu perkauman...takut-takutkan...momok-momokan
orang melayu.Cina nak rampas itu nak rampas ini.dibelakang...duit juta-juta bertukar tangan kepada pemimpin melayu yang menjerit macam nak tercabut anak tekak nak tolong melayu.Sandiwara ini dah lama diperhatikan,diulang-ulang setiap pilihanraya.Melayu nak berniaga di pinggir pasaraya yang besar di Raub ini pun tak dapat.Bila melayu yang SEDAR ini ingin bertukar pemimpin.Mulalah kata tak mengenang budi,tak berterima ksaih,tak bersyukur,tak sayangkan bangsa,tak sayang negara bahkan lebih teruk dikata derhaka pada Raja.

jodet said...

Benar k embum,bn/umno telah banyak membuat silap,tapi seelok2nya penggantinya biarlah lebih baik bukan lebih merosakkan.Ini yg sebenarnya ramai org harapkan pada mulanya termasuklah saya dan majoriti drp kita di sini.

Ini bukan lagi pasal 'aku sokong siapa kau sokong siapa'.Persoalannya jauh lebih besar dr itu.Kalau kamu pengikut blog ini atau blog2 yg 'sealiran' kamu mungkin boleh faham apa maksud saya.

Ingat ini bukan pasal sokong umno atau anti umno.

Bila DUN Perak 'berjaya' dibubarkan nanti,kemungkinan PR akan menang sekali lagi.Tapi kali ini bukan nizar yg akan jadi MB tapi calon dr DAP!

Caranya mudah.Dap akan letak seorang calon Melayu bertanding dlm pilihanraya.Apb PR menang DAP akan mencadangkan nama barua Melayu ini sbg calon MB dan Sultan sudah tidak ada alasan utk menolak lagi kerana memenuhi kriteria undang2 tubuh negeri Perak iaitu Melayu dan dr parti majoriti!

Nah selepas ini DAP akan berkuasa penuh di Perak dan tidak perlukan proksi Nizar lagi.Maka bersoraklah Melayu2 yg menyokong DAP tadi tak ubah lagaknya spt Lebai Malang(ke Pak Kaduk?)menang sorak kampung tergadai!

KAK EMBUM said...

BALIK-BALIK ANDAIAN ...ANDAIAN MACAM NI LAH BERGUNA SANGAT UNTUK MENAKUT-NAKUT ORANG MELAYU SUPAYA
JANGAN SOKONG ATAU UNDI DAP.BETULLAH UMNO INI KUAT SANGAT MAIN PERKAUMAN.

MalayaHi said...

dah la kak embum,anwar jugalah yg bertakhta dalam hati kak embum kan. bakal presiden republik malaya.

jodet said...

Inilah permainan mindcontrol illuminati melalui agen2nya yg memerangkap ramai org2 kita tanpa mereka sendiri sedari dgn semangat taksub kpd parti dan pemimpin2 tertentu.Bahkan politik kepartian dan sistem demokrasi yg selama ini kita amalkan juga adalah mengikut acuan mereka.

Apb kita gagal keluar drp tempurung taksub kpd parti dan pemimpin,secara tak langsung pemikiran kita sangat ketara sehala dan stereotaip.Apb ini berlaku kita akan selalu tersilap dalam menilai kebenaran.Yang kita sangka sudah benar rupanya belum cukup benar.Yang kita sangka salah dan batil rupanya masih ada kebenaran didalamnya,dicelah2 kebatilan.Rupa2nya ia adalah tapisan didalam mencari yg benar2 benar/hak.Begitulah kebijaksanaan tuhan.

Saya harap bloggers spt sdr radzi dll dapat terus menulis utk menyedarkan masyarakat ttg bahaya agenda illuminati dan dajal yg sedang cuba mencorakkan Tanah Melayu menurut kehendak mereka.

KAK EMBUM said...

kalau sokong pengbangkang...dikatakan taksub pada pemimpin.Stereotaip,jumud
tak pandai menilai.agen negara asing.
Dan sekarang media dikuasai BN pukul canang tentang politik wang...rasuah dalam parti Pas.Laga-laga kan pemimpin Pas.Dalam hati sukahati sangat...dema pun sama macam parti aku.kak Embum bukan pemuja Anwar.Tak percaya langsung pada Anwar.

KAK EMBUM said...

Kak Embum penyokong kuat idealisme dalam parti Umno.Bukan sokong membuta tuli...bukan sokong membabi buta.

Anonymous said...

BUKAN KE SELAMA NIE TANAH MILIK ORG MELAYU MMG DAH KENA JUAL...?

Anonymous said...

cam tak ikhlas je tak percayanya kak embum tu.. jgn maree..

Eagle'sEye said...

salam....aku dah lama ikut blog2 sejarah realiti ni n blog2 anti demokrasi...

n aku mmg amat berminat dengan sejarah realiti yg berpaksikan islam sebagai teras dan bukannya bangsa...

n aku jugak faham maksud istilah 'melayu' dalam sejarah realiti dan aku amat setuju akan maksud takrifan tentang sinonimnya islam dan melayu...

kite perlu lihat senario politik ini dengan lebih luas dan seperti post2 dalam blog2 anti demokrasi dan kospirasi amat mengecam permainan politik yang berteraskan demokrasi ciptaan yahudi illuminati..

UMNO dan PAS masing2 ade kesilapan.. Setiap yg berada ditampuk pemerintahan pasti akan diberi dugaan n seperti UMNO yg telah lame bergelumang dalam kekuasaan tentulah telah ramai yang tewas dengan habuan dunia...

Aku tahu ramai disini berkata tidak menyokong UMNO atau PAS tapi janganla berdebat sampai memperlekehkan pihak lain yang masing2 ade fungsi dalam landasan masing...

Yang korup, yang khianat amanah rakyat, yang pak alim mengadu domba kesana kemari, yang ustaz celup, sume ni kene kite ketepikan atas nama penyatuan islam...

Jangan lah sampai menghina membabi buta pasal kite masing2 berhak menyuarakan pendapat n jalan perjuangan ada jalan bermacam2...

Memang demokrasi ciptaan illuminati dan perlembagaan kita ciptaan yahudi nasrani... Tapi siapa yang dapat mengesampingkan penggunaan perlembagaan n dapat mengubah sume ni?????

Adakah Raja2, Sultan2, n apekah peranan watak2 akhir zaman dalam perkara ni, Apakah peranan Ulama' dalam perkara ni? Apakah peranan golongan marhaen? Janganlah perlekeh satu sama lain semata2 nak pertegakan aliran masing... Setiap orang ada peranan dalam menghadapi peristiwa akhir zaman... jangan terlalu taksub pasal sekarang kite hanya mampu mencongak dan berteori..

Tapi satu je aku nak ingatkan... yang batil tetap batil n yang benar tetap benar....nuff said...:)

Anonymous said...

cuba tuan2 & puan2 layari website Hizbut-Tahrir utk melihat politik semasa dr dimensi yg lain.

walauapapun, berpeganglah pd Al Quran dan As Sunnah dlm kehidupan secara keseluruhan (kaffah). Ikutilah kuliah2, tazkirah2, halaqah2. memang byk yg bercanggah dgn pemikiran kita sbb ulama2 pun dh ada bermacam2 puak.
jgn ikut akal logik semata. ikutlah wahyu iaitu al Quran & sunnah.
rasanya lebih 1400 thn dulu Nabi saw tlh membebaskan kita dr belenggu assabiyah. sesungguh bumi ni milik Allah bukan milik Melayu, Cina, India, Inggeris, Belanda waima apa bangsa sekalipun. kalau kata milik Islam tu boleh di terima sbb kalau takde Islam bumi ni dah lama hancur dah...

semoga Allah Azzawajala sentiasa memberikan kita petunjuk...amin

Ashraf Hakim said...

jangan nak salahkan kerajaan la pasal tanah tergadai....dah memang sikap orang melayu macam tu nak buat mcm mana...terutama orang2 kampung...mudah menjual tanah yg dimiliki kepada orang cina...