Gambar diambil dari artikel Salam dari tepian Sungai Perak . Lihat juga artikel Perjalanan terbaru ke Perak... Ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak! dan Perjalanan terbaru ke Perak... Sambungan cerita ke Beting Beras Basah, tempat pertabalan Sultan Perak! yang turut dibuat Jun 2008.
Allah! Terasa berat betul saya mahu menulis kali ini tetapi disebabkan saya sudah berjanji, maka eloklah dimulakan. Sebenarnya saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang situasi serta kekalutan politik di Perak apabila 3 orang ADUN dari Pakatan Rakyat keluar menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Barisan Nasional diikuti seorang ahli UMNO yang masuk kembali parti itu setelah 'bersantai' sebentar dalam Pakatan. Ini memberikan mereka majoriti yang menghalalkan pertukaran kerajaan di Perak. Walaupun dari segi prinsip dan maruah cara ini salah kerana melibatkan lompat-lompat parti sambil mengenepikan janji-janji asal ketika meraih sokongan pengundi dahulu, apa lagi hendak dikatakan kerana inilah yang boleh berlaku dalam sistem demokrasi ciptaan Yahudi. Alangkan Anwar Ibrahim dahulu sering melaung-laungkan mahu menukar kerajaan peringkat nasional dengan cara menarik sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen Barisan masuk ke Pakatan, kini taktik yang sama telah kena batang hidung sendiri. Jadi apa mahu lagi dikatakan ya tak? Takkan buat orang boleh, bila orang buat kita tiba-tiba semuanya jadi salah belaka?
Saya sebenarnya tak pasti apa yang mahu diperkatakan di sini. Semasa bercadang mahu menulis tentang kemelut di Perak hari Khamis (tetapi tergendala kerana kurang masa dan sibuk dengan hal lain), kerajaan belum betul-betul bertukar tangan kecuali menunggu keputusan Sultan Perak samada mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri atau menerima majoriti Barisan untuk membentuk kerajaan. Saya berpendapat elok juga sultan menunda keputusan untuk beberapa hari... sekurang-kurangnya untuk menunjukkan hak raja menentukan keadaan di kala konsep ketuanan Melayu terus diinjak-injak. Walaupun saya tidak berapa menyokong institusi diraja Tanah Melayu penghujung abad ke 19 ke atas yang saya lihat disokong oleh Inggeris yang memilih anak-anak raja yang sanggup mengikut kata-kata mereka untuk menaiki takhta, secara rata saya masih menjunjung tinggi institusi itu sendiri sebagai lambang ketuanan dan kepimpinan tertinggi orang Melayu.
Hmm... biarlah saya meluahkan sahaja perasan tanpa perlu apa-apa aturan ya. Dalam siri buku "Berpetualang ke Aceh" telah saya nyatakan bagaimana serangan dan siri penjajahan ke atas Tanah Melayu sebenarnya merupakan kesinambungan Perang Salib di Timur Tengah untuk menjatuhkan Islam seraya membenarkan Yahudi menduduki Baitul Muqaddis dalam rangka kerja besar untuk menakluki dunia. Untuk terus mencengkam melalui proksi-proksi mereka iaitu kuasa-kuasa penjajah seperti Inggeris dan Belanda, mereka harus menjatuhkan institusi diraja yang asalnya cuma diterajui insan berjiwa tinggi yang mendapat naungan dari langit. Jika tak dapat, kurangkan pengaruh institusi ini seperti yang berlaku selepas Perjanjian Pangkor 1874 di mana kuasa raja dihadkan kepada adat-istiadat Melayu dan hal-ehwal Islam sahaja. Sambil itu naikkan raja-raja yang sudi menurut telunjuk mereka, salah satunya dengan mendidik mereka cara Barat seperti apa dilakukan melalui kewujudan Maktab Melayu Kuala Kangsar atau MCKK yang banyak membentuk golongan pemerintah dan elit Melayu kini.
Ah... kalau nak cerita sebiji demi sebiji akan jadi panjang pula. Cari le sendiri dalam penulisan saya yang lepas-lepas di sini kalau tak di siri buku "Berpetualang ke Aceh". Kita terus melompat ke tahun 2008, pilihanraya ke 12.
Terus terang saya cakap, saya adalah antara sejumlah orang yang mengharapkan kemenangan bermakna untuk Pakatan Rakyat. Bukan kemenangan mutlak tetapi kemenangan bermakna agar two party government atau kerajaan dua parti dapat diwujudkan seperti di Amerika dengan parti Republican dan Demokrat nya dan Britan dengan parti Labour dan Conservative nya. Ini kerana saya merasakan Barisan Nasional sudah jadi terlalu angkuh, suka-suka sahaja boleh menggubal undang-undang atau membuat apa-apa polisi tanpa perlu mendapatkan sokongan dan pandangan orang di luar lingkungan mereka lalu tidak dapat ditahan lagi. Kalau ada parti lain cukup kuat seperti Pakatan Rakyat maka tak lah dapat mereka terus begitu angkuh mempermainkan hak orang lain ya tak?
Sebaliknya saya melihat keadaan negara jadi lebih kalut. Setiap hari kita dengar orang berpolitik, buat statement, buat demonstrasi dan sebagainya dan dalam keadaan itu, orang Melayu makin kehilangan hak, tanah dan sebagainya... sedangkan kita tak tahu, mungkin di sebalik kekalutan ini, sebahagian Johor telah tergadai ke Singapura menurut lunas undang-undang akibat tangan-tangan cemar pengkhianat bangsa yang cukup pandai berselindung di sebalik slogan perjuangan demi agama, bangsa dan negara!
Aduh... apabila memikirkan ini saya jadi sangat rimas dan terus malas menulis. Cukuplah dinyatakan, sejak naik Pak Lah sebagai perdana menteri, Malaysia semakin kalut. Saya percaya dalam barisan Pak Lah, ada orang-orang tertentu yang mendapat arahan dari luar agar sengaja mewujudkan segala kekalutan... keadaan kalut yang sangat merugikan orang Melayu hingga perkataan ketuanan Melayu dipandang begitu jijik sedangkan ia cuma digunakan untuk menyatakan hak kita sebagai tuan tanah yang sudi berkongsi tempat dengan pendatang yang asalnya dibawa masuk British. Keadaan jadi begitu kalut sehingga untuk Barisan mendapatkan sokongan kini mereka harus memberi banyak muka kepada bangsa lain. Pakatan Rakyat pula kelihatan semakin nyata memang mahu memberi keutamaan kepada bangsa lain atas nama kesaksamaan dan keadilan serta hak asasi manusia.
Maaf jika kata-kata saya tidak teratur. Saya cuma ingin meluahkan rasa dalam keadaan berat, bukan hendak meraih apa-apa sokongan ataupun pengaruh. Seperti disebut awal tadi, pada mulanya saya salah seorang yang meraikan kenaikan Pakatan Rakyat. Tetapi apabila berlaku kes seperti penduduk kampung baru di Perak yang rata-ratanya Cina diberi hak milik kekal terhadap tanah yang sebenarnya diambil oleh British dari tangan Melayu pada zaman darurat komunis tahun 1960an, maka saya rasa sudah patut kerajaan negeri digantikan walaupun dengan cara jijik melompat parti yang mungkin melibatkan habuan wang berjuta berserta peras-ugut melalui dakwaan kes rasuh.
Dah... saya benci melihat kekalutan ini. Saya percaya di luar sana juga ramai orang Melayu yang gelisah termasuk waris-waris Selempang Merah Kiyai Haji Salleh (yang sebenarnya membawa amalan Tariqat Qadiriyah peninggalan Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani) yang sudi mati dan bermandikan darah jika perlu untuk mempertahankan hak-hak Melayu yang semakin diperlekehkan. Perbuatan sesetengah golongan menghina Sultan Perak dan keluarga kerana kemelut terbaru ini sangat tidak patut dan mendukacitakan. Ini bukan soal saya menghormati sultan tetapi menjunjung tinggi institusi kesultanan sebagai lambang ketuanan Melayu. Dah...
18 ulasan:
Salam,
Sikit punya lama daa aku tunggu posting yang ini. Time kasih bro ... Pasal konsep 2 parti tu, agaknya tak diizinkan berlaku begitu agaknya kerana keadaan seperti inilah, untuk meraih sokongan yg lebih, semuanya boleh digadai dan diserahkan.
Pe'el kita cam tu la agaknya bro ... cuma suka bersorak sorai, tahu2 kampung tergadai.
Yang "Aku lebih Islam dari kamu ..' tambah me"nyumbang"kan lagu perpecahan, Yang duduk bersidang syok mengira kekayaan dibelakang.... ayyooo,
nampak benar kita dipenghujung rahman. Entah apa sambungannya ...
salam kebenaran,
biarkan anak2 itu bermain dengan boneka mereka... mereka masih hingusan dan tak kenal akan bumi milik siapa yang mereka pijak ini ...
sudah pasti mereka diperhati ... oleh mereka yang sentiasa menanti ...
salam,agaknya kita lupa kata-kata Haji Abdul Rahman Limbong dalam mahkamah menentang British dahulu,"TANAH INI HAK MILIK ALLAH!"
Salam Badar SBPI,
Dengan kata2 Tn Hj. Abdul Rahman Limbong itu, apa cadangan saudara?
Apa tuntutan British pada ketika itu? Apa perjuangan Tn Hj pada ketika itu? Mungkin saudara dapat menerangkannya untuk pemahaman kami. Mungkin Tn HJ Abdul Rahman Limbong bersetuju bekerjasama dengan british sama2 memakmurkan tanah melayu ini kerana british juga makhluk Allah Ta'ala, apakah ini persepsinya .. mohon pencerahan.
Salam.
Sy tidak tahu sejarah ttg Tn Hj Abd Rahman Limbong ini, tetapi sy rasa beliau bukan calang-calang orang. Dan saya mengagak dengan kata-katanya" Tanah ini hak Milik Allah" bermakna dia tidak akan biarkan seincipun dijajah oleh penjajah yang dibelakangnya Zionis. Orang seperti Hj Abd Rahman Limbong ini walaupun tidak pernah membaca protokol Zion seumur hidupnya tetapi beliau dalam ilmunya yang merentas sempadan, mengetahui tentang maksud dan hakikat penjajah British ini...
wallahualam.
Terengganu adalah tanah terpelihara begitu juga dengan kesultanannya. Mungkin di negara lain kerana berlaku ketidaktentuan pergiliran yang melanggar amanah dan salasilah, belaku campurtangan penjajah dan musuh-musuh Islam, tetapi Terengganu tetap tepelihara zaman berzaman kerana di situ ada percaturan Allah yang hanya difahami oleh orang-orangnya.
wallahualam.
"tanah ini milik Allah' DIA yang membahagikannya kpd suku dan kaum tanpa dirancang oleh manusia.. Amanah dijaga pada yang kenal Tuannya..
Salam bro..comment on this bro..http://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/02/12/blogger-ketuanan-pakatan-rakyat-menghasut-untuk-hina-raja/ makin menjadi
Apakah warisan kesultanan sekarang adalah dari benih yakjuj n makjuj???agenda perang sabil itu telah berjaya merubah pemimpin agama berkiblat kepada mereka, sebab itu merahsilu sekadar menyokong institusi raja-raja bukan kepada raja yang ada sekarang...Raja yang hak pasti bangkit,Pemimpin akhir zaman pasti menyeru...kekasih ku seru????
Salam semua. Terimakasih kerana perihatin atas isu ini. Seperti pernah saya sebut beberapa kali tetapi dah terlupa di mana, raja-raja yang ada sekarang datang dari cabang keturunan yang kurang afdal tetapi dapat naik dengan sokongan British. Kemudian anak-anak mereka yang menjadi raja seterusnya telah dididik menjadi keBaratan melalui institusi seperti MCKK. Hasilnya, muncullah kelas baru raja-raja yang berpendidikan tinggi menurut acuan Barat tetapi miskin akhlak sebenar Melayu lalu ada yang diketahui terang-terang tidak dapat hidup kalau tidak meneguk arak barang sehari. Maka jadilah mereka raja-raja yang boleh diperkudakan pihak lain (kita pun tahu ada raja yang kerajaan kena cover balik pasal kes hutang kasino dan sebagainya) lalu tidak dihormati sehingga boleh dicabar secara terang-terang oleh orang seperti Karpal Singh.
Namun raja-raja tetap lambang kedaulatan Melayu... tanpa institusi diraja, percayalah sedikit kuasa yang ada pada Melayu kini akan hilang dirampas bangsa lain kelak. Disebabkan salah laku raja dijadikan alasan agar tidak menghormati mereka, kita terlupa pernah ada raja-raja bertaraf wali yang betul-betul melindung rakyat... di mana dengan sebab musabab adanya mereka di sesuatu tempat, pokok-pokok berbuah elok, tanaman menjadi, pendekkata negara jadi makmur kerana naungan keberkatan yang datang dari langit.
Sekarang, kita mungkin tiada lagi raja-raja seperti itu tetapi percayalah, anak cucu mereka yang membawa darah keberkatan itu masih wujud menunggu masa ia digilap penuh sebelum bersinar gemerlapan segenap arah. Buat masa ini, kita doakan agar raja-raja yang ada sedar akan kesilapan mereka tidak menghayati amalan nenek-moyang sehingga tidak lagi dihormati. Harapan kita agar mereka dapat bangkit membela Melayu kembali sekurang-kurangnya buat masa ini sebelum mereka lebih sedar untuk memberi laluan kepada mereka yang lebih berhak... berhak bukan semata-mata menaiki takhta tetapi mampu membawa naungan berdaulat yang amat didambakan masyarakat semua. Insyaallah! :]
Anta saadiq! - Oghang Ba Ado
mereka pasti ada di setiap zaman, benih2 itu hanya menanti panji2 di kibarkan
RAHMAN'S
mungkin masa N tu la kot nak berlaku huru-hara sampai ke Bulan Rojab.....wallahualambissawab.
salam persaudaraan buat tuan blog.
satu blog yang sangat menarik.
pastinya kebenaran tetap ada disepanjang zaman.
semoga segala usaha tuan diberkati Allah.
izinkan saya link kan blog unik dan kritis ini ke blog kerdil saya.
terima kasih!Wassalam.
sangtawal sakranta
http://sangtawal.blogspot.com/
Wassalam. Silakan! Terimakasih kerana sudi bertandang ke blogspot tempat saya merapu ini.
Saya sempat melihat sepintas lalu blog saudara. Teruskan perjuangan demi survival Melayu. Sesungguhnya bagi bangsa Cina, baik naik DAP mahupun MCA atau mana-mana parti mereka, sama sahaja kerana jika dikaji sejarah kenaikan bangsa mereka yang dibawa beramai-ramai melalui Perak untuk perlombongan bijih kemudian diberi "hak" untuk mendirikan penempatan sendiri tanpa mempedulikan perasaan pemilik asal Tanah Melayu, semuanya bertindak di bawah Dewan Perniagaan Cina kelolaan para pemimpin awal yang ada hubungan dengan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San agar mereka dapat membolot apa yang boleh selagi dapat dari tanah bertuah ini. Bukannya saya mahu menyemarakkan rasa perkauman tetapi itulah yang boleh dibaca di sebalik segala peristiwa yang berlaku sehingga termetrinya Perjanjian Pangkor 1874, pembunuhan Birch 1875, perang Perak-British 1876-1877 dan seterusnya.
Dewan perniagaan bertindak sebagai badan di luar sempadan politik untuk menjaga kepentingan mereka. Untuk kita pula, seharusnya peranan ini dipikul oleh Raja-raja Melayu yang bila perlu, harus bertindak di luar ruang-lingkup kekuasaan demokrasi berparlimen ciptaan Yahudi Zionis demi mempertahankan agama, bangsa dan negara. Di kala bangsa kita telah dipecah-belahkan lalu dicelarukan fikiran melalui wadah politik yang berbeza-beza lagi bertelagah matlamatnya, seharusnya para raja tampil ke hadapan mengambil peranan tradisional mereka sebagai payung rakyat. Untuk itu, mereka harus menghalusi dan mengamalkan kembali cara-cara lama nenek-moyang mereka yang menghayati ilmu Tasawuf untuk mendapatkan daulat yang merupakan naungan dari langit.
Sekian... :]
Salam...
Abg MS, nak kongsi maklumat ini. Penjelasan Hj Nizar tentang isu tanah...
http://alhusseyn51.blogspot.com/2009/02/isu-tanah-ini-jawapan-yab-ds-nizar.html
Islam yang bagaimana yang dikatakan rahmat utk semua?
Saya setuju spt penjelasan YB Nizar tu. Bukan sahaja di Perak tapi di seluruh tanah melayu ni tanah diberi kan kepada kroni UMNO dan dijual kepada peniaga2 /developer bangsa cina. Kg Baru pun dulu nak dibuat macam tu tapi tak jadi.. sbb ada bantahan pembangkang. sebab tulah mesyuarat bahagian/cawangan UMNO banyak masalah suma nak kuasa. sapa ada kuasa dalam UMNO akan kaya raya. lagipun apa yg diberi oleh kerjaan Perak tu mmg tempat mereka dah tinggal selama lebih 50tahun, kalau tak beri hakmilik pun mereka tetap akan tinggal disitu jugak..
Catat Ulasan