Apakah kamu mahu diri kamu dijilat api? Sesungguhnya belum terlambat untuk kembali ke jalan yang benar... Kecuali kamu memang suka ditimpa musibah besar nanti!
Assalamualaikum. Tadi saya masuk ke sini lalu melihat kata-kata dan nada interaksi buruk yang sejak kebelakangan ini sering mengganggu keharmonian di sini.
Adapun saya sudah lebih seminggu diberitahu tentang gangguan ini terutama dalam bentuk kata-kata lucah... Lagilah melampau! Tetapi saya sengaja tidak mengendahkannya kerana satu, ingin memberi peluang dan masa kepada pihak-pihak yang membuat kacau supaya dengan sendiri menyedari kesalahan diri sendiri lalu dapat kembali ke pangkal jalan. Kedua dengan harapan para pengunjung tetap c-box ini sendiri dapat menolong mengembalikan keharmonian di sini.
Tetapi apabila melihat sendiri kata-kata yang masih terlekat di c-box ini ketika saya masuk sekitar jam 8 malam tadi timbul satu gerak untuk berkata-kata... Gerak yang kata-katanya saya zahirkan tadi, seperti biasa secara spontan dalam c-box ini.
Di sini biar saya copy and paste balik kata-kata itu... Harap keharmonian dapat dikembalikan di sini sebelum segala-galanya terlambat ya... Ini dia...
--------------------------
4 Jun 08, 20:08
MerahSilu: Hmm... Macam2 perangai dah orang buat dalam cbox. Takpa. Saya tak masuk campur. Cuma ini sahaja. Dengan nama Allah dan Rasul serta wasilah yang ada, dengan sifat Jalal Allah yang boleh memberikan
4 Jun 08, 20:09
MerahSilu: Dengan sifat Jalal Allah yang boleh menghukum dengan keras juga sifat Jamal yang lagi santun dan pemaaf. Atas nama Allah aku mohon... Ya Allah, kembalikanlah keharmonian dan kejujuran berinteraksi dan
4 Jun 08, 20:10
MerahSilu: dan menyambung silaturahim dalam berkata-kata di c-box ini. Atas nama pemaaf engkau ya Allah, aku mohon Engkau beri kesedaran ke atas pihak-pihak yang membuat kacau lalu hati mereka jadi lemah-lembut
4 Jun 08, 20:11
MerahSilu: lemah-lembut dan bersopan-santun dalam berkata-kata ya Allah. Tetapi kalau sudah ditakdirkan bahawa pihak yang membuat kacau masih terus mahu mengadu-domba dengan menyamar-nyamar lalu menyakitkan hati
4 Jun 08, 20:12
MerahSilu: hati orang lain, apa lagi dengan kata-kata kesat malah kata-kata lucah yang menunjukkan betapa rendahnya peribadi pihak yang suka membuat kacau itu ya Allah. Maka aku memohon pula, demi untuk menghila
4 Jun 08, 20:14
MerahSilu: menghilangkan kekacauan ini dan mengembalikan keharmonian di sini, Engkau HAPUSKAN lah gangguan ini ya Allah, ya Qahar, ya Jabar, ya Zaljaliwalikram...
4 Jun 08, 20:15
MerahSilu: Dengan ini saya berlepas tangan daripada segala kekacauan di sini. Jika ada berlaku kemalangan ngeri dalam masa terdekat pada mana-mana pihak yang membuat kacau, itu cuma takdir Allah yang dinyatakan
4 Jun 08, 20:15
MerahSilu: dinyatakan dalam kekuasaanNya. Bukan salah saya ya sebab saya tidak ada kuasa apa-apa. Sekian....
2 ulasan:
Salam Abg MS.. Saya Sampaikan Amanah org, berpesan pada abg MS..
Ni transkripsi hajat olehnya.
-by RadenCilik
Abu: kerna itulah contoh sifat nabi dan akhlak yg baik untuk menigkkatkan makam yg lebih tinggi...
6 Jun 08, 09:32
Abu: sebaiknya ucaplah kebahgiaan kepada kekamu yg hadir..sungguhpun ia bersifat musuh sekali pun...bukannya doakan utk kecelakaan, tetapi doakanlah untuk perubahan kepada yg lebih baik..
6 Jun 08, 09:30
Abu: sebenarnya sy tak mahu dikenali sangat apatah lagi meningalkan kesan untuk orang lain....sekadar mahu bertanyakan terus dari pemiliknya kenapa ucapan doa pada tetamu kearah kebinasaan..
6 Jun 08, 09:29
RadenCilik: dgn komen tersebut akan menjelaskan lg situasi antara saranan tuan dan niat maksudnya itu ..sungguhpun begitu akan saya smpikan pada teman yg akrab pdnya..
6 Jun 08, 09:28
RadenCilik: oh begitu..saya sarankan tuan abu letakkan komentar tuan pada posting berkenaan supaya mudah dijawab olehnya..lgpun beliau selalu kemari update blognya
6 Jun 08, 09:26
Abu: sebaiknya doa adalah kepada ucapan dan pengharapan kepada yg elok-elok bukan doa kepada kemusnahan orang lain....itu saja teguran yg nak disampaikan...
6 Jun 08, 09:25
Abu: tiadalah apa comment yg nak diberikan..tetapi sedikit teguran saja atas ucapan [doa] yang di lampirkan untuk para tetamu...rasanya kurang elok bunyinya tu
6 Jun 08, 09:25
RadenCilik: sekadar membantu apa yg termampu olehku..membantu sesama insan
Wassalam. Terimakasih atas ingatan ini. Memang patut kita doakan yang baik-baik tetapi ada masanya berita yang baik itu harus diimbangi dengan ancaman yang buruk, sepertimana perlu ada syurga, perlu ada neraka. Kalau tidak, orang akan selalu memijak kepala kita lalu berbuat sewenang-wenangnya...
Mungkin saudara Abu terlepas pandang kata-kata saya dalam posting ini... Saya C n P balik...
Atas nama pemaaf engkau ya Allah, aku mohon Engkau beri kesedaran ke atas pihak-pihak yang membuat kacau lalu hati mereka jadi lemah-lembut dan bersopan-santun dalam berkata-kata ya Allah. Tetapi kalau sudah ditakdirkan bahawa pihak yang membuat kacau masih terus mahu mengadu-domba dengan menyamar-nyamar lalu menyakitkan hati orang lain, apa lagi dengan kata-kata kesat malah kata-kata lucah yang menunjukkan betapa rendahnya peribadi pihak yang suka membuat kacau itu ya Allah. Maka aku memohon pula, demi untuk
menghilangkan kekacauan ini dan mengembalikan keharmonian di sini, Engkau HAPUSKAN lah gangguan ini ya Allah, ya Qahar, ya Jabar, ya Zaljaliwalikram...
Perhatikan... Kata-kata kemusnahan itu ditujukan JIKA tiada jalan yang lebih elok atas nama Allah jua. Inilah keadilan... Peluang tetap diberikan untuk berubah kepada orang yang mahu berubah dan ini dilakukan oleh Nabi jua. Dan ini telah pun kami berikan di sini selama beberapa bulan di mana pihak yang berhati busuk ini masih terus mengganggu keharmonian orang ramai di sini, mungkin kerana dia belum lagi terkena penangan pembalasan?
Sebab itu untuk pihak yang lagaknya seperti kafir musyrikin asyik mahu mengadu-dombakan lalu terus-menerus mahu mengganggu kesejahteraan umat Islam tanpa ada tanda-tanda lagi ia boleh berbaik mahupun berdamai, bukankah Nabi sendiri yang akhirnya memerangi lalu menghapuskan mereka semua dengan izin Allah?
Apapun, saya harap pihak itu insaf sendiri tanpa perlu ianya dihina dengan asma Allah A-Mudhil berserta kekerasan A-Qhahar dan Al Jabbar. Harap maklum! :]
Catat Ulasan