Lihat ini... Daripada artikel bertajuk Masjid Mata... Ia melihat segalanya! yang dibuat lebih sebulan lalu...
Ini pula daripada artikel hasil cetusan rasa apabila melihat bangunan mahkamah ini selepas selesai bersolat di Masjid Wilayah 2 minggu lalu...
Asalnya saya mahu menaikkan balik gambar-gambar ini kerana seronok atas hasil kerja gila ini... Lalu saya rasa rugi pula kalau tidak dipaparkan sekali lagi dan kali ini dalam konteks satu lawan satu iaitu... "Masjid mata lawan mahkamah mata... Siapa lagi power?"
Ya... Siapa lagi kuat dan berkuasa... Ibarat apabila budak-budak menceritakan lalu membandingkan Superman lawan Incredible Hulk atau Ultraman, atau Hantu Pocong lawan Hantu Raya, Hantu Cina lompat-lompat lawan Dracula dan sebagainya... Tetapi apabila dilihat kembali, seolah-olah ada makna tersirat yang membawa saya tergerak untuk bercerita tentangnya...
Pernah dengar cerita Masjid Dhirar di zaman Nabi Muhammad SAW? Pernah tersebut bahawa pada satu ketika, ada satu golongan telah mendirikan sebuah masjid baru tidak jauh daripada sebuah masjid yang sedia ada... Mereka ini mengaku mahu mendirikan masjid ini untuk kesejahteraan ummah tetapi sebaliknya mereka adalah golongan munafik yang sebenarnya merancang untuk menggunakan masjid itu untuk memecah-belahkan orang.
Beginilah, saya copy and paste sedikit penerangan daripada Website lain... Daripada http://alkhatab2.tripod.com/muqaddimahbab9hadith33/
Tuan-tuan pernah dengar kan tentang cerita puak-puak munafik ni buat masjid?...Bila mereka tengok masjid Nabawi ni ramai orang datang mengimarahkannya ketika Nabi saw buat kuliyyah sehingga setiap malam penuh melimpah-limpah dengan manusia; kemudian dengan jual vcdnya, dengan jual air soyanya, dengan jual murtabaknya, pendekata bermacam ragam manusia yang datang; maka mulalah puak munafik ni jadi jealous. Bila hati mereka sakit, lalu atas cadangan Abu Amir ar-Rahib laknatullah, maka mereka pun bermesyuarat untuk membina sebuah lagi masjid bagi menyaingi kepopulariti Masjid Nabawi. Siapa dia Abu Amir ar-rahib ni tuan-tuan?...Dia seorang munafik. Dia jugalah yang mencadangkan supaya digali lubang untuk mengumpan Rasulullah saw supaya jatuh ke dalamnya dalam Perang Uhud. Nama dia Abu Amir, bukannya nama orang kafir, nama orang Islam tapi dia munafik. Dalam Perang Uhud, lubang yang digalinya itu membuatkan Nabi saw jatuh kedalamnya sehinggakan luka kedua-dua lutut Rasulullah dan Rasulullah pengsan dalam lubang tersebut. Lalu tersebarlah khabar angin mengatakan bahwa Muhammad telah mati ketika itu. Siapa punya kerja ni?...Itulah dia Abu Amir ar-rahib. Dia jugalah yang mempengerusikan mesyuarat dengan jawatan kuasa munafiknya bagi meluluskan projek membina masjid baru untuk melawan Masjid Nabawi. Nama masjid tersebut sepertimana yang Allah sebut dalam al-Quran dalam Surah at-Taubah:107-108 ialah Allah namakan masjid itu sebagai masjid Dhirar yakni masjid pelampau sebab ia bukan dibina atas dasar taqwa. Ia dibina kerana untuk memecah-belahkan masjid Rasulullah saw. Masjid yang dibina oleh Abu Amir ar-rahib ini nampak begitu cantik, sebab memang sejak dulu lagi puak-puak munafik ni Allah bagi depa banyak duit (yang takdak duit selalunya kita). Begitulah juga dengan yang sekarang ni pun. Mereka banyak duit. Mereka boleh buat masjid dengan mudah sekali. Carpet, tu dia punya tebai, kalau sujud tenggelam dengan hidung-hidung kita sekali. Kemudian boh air-con lagi. Mesyuarat AJK ni boleh kata tiap-tiap bulan. Bendahari bentang duit, punyala banyak, sampai beratus ribu pun ada. Tapi satu kuliyah satu ceramah pun takdak, sampai anak qariah jadi bangang, jadi bodo tak reti Islam. Inilah dia keadaan masjid dhirar.
Bila masjid dhirar itu siap ditegakkan, Abu Amir pun panggil Nabi saw untuk merasmikannya. Tapi kebetulan pada waktu itu, Nabi saw nak pergi Perang Tabuk. Tuan-tuan nampak tak macamana teruknya perangai orang munafik?...Dalam suasana Nabi saw nak pergi ke Tabuk untuk berperang, sepatutnya sebagai orang Islam, mereka kenalah join Rasulullah pergi perang lawan Rom di Tabuk. Tapi apa Abu Amir buat?...Dia pi jumpa Rasulullah, minta Nabi saw rasmi masjid dia. Sebab semua krew rtm (radio tv Madinah) dah pun pasang siap dah segala kamera dan lens apa semua ni, untuk ambik gambar bagi dimuatkan dalam suratkhabar Madinah. Maka dalam headline esok akan gah lah terpampang nama Abu Amir Pengerusi masjid yang dirasmikan oleh Rasulullah saw...Tapi apa kata Nabi saw?...Kata Rasulullah saw, "Saya sebenarnya dah plan untuk pergi berperang di Tabuk. Jadi, tunggulah saya balik dari Tabuk, baru saya akan rasmi."...Lalu kata Abu Amir, "Takpalah kalau Rasulullah dah kata lagu tu."...Nampak tak tuan-tuan; bukannya dia nak pi berperang sama, tapi dok asyik sibuk dengan program rasmi masjid. Apa punya tolonji puak-puak ni.
Jadi, pergilah Rasulullah saw ke Tabuk. Tapi dalam perjalanan balik daripada Tabuk, tiba-tiba Jibril as mai sampai pesan Allah ta`ala. Jibril as kata, "Ya Rasulullah, jangan kamu sembahyang dalam masjid tu selama-lamanya; dan Allah pesan kepada kamu supaya arahkan sahabat pi bakar masjid dhirar!!!"...Inilah dia akibat yang ditimpakan Allah kepada masjid yang dibina bagi memecah-belahkan orang beriman. Sebab itu, Allah memuji masjid Kuba`, kataNya, "Wahai Muhammad! masjid yang dibina atas asas taqwa (Masjid Kuba`) adalah lebih berhak kamu sembahyang di dalamnya."...Bila Nabi saw sampai saja di Madinah, bukannya dia pi rasmi, tapi dia pi ambik minyak gas, kemudian habis dibakarnya masjid dhirar tersebut. Terkebil-kebil si Abu Amir melihat masjidnya dibakar; dengan karpet, dengan kamera, dengan lens habih semua selesai jadi abu. Inilah ceritanya tuan-tuan. Iaitu mesti ada sifat rukuk dan sujud kepada Allah, dengan makna kata mesti patuh kepada setiap peraturan Allah di dalam maupun di luar sembahyang. Jangan di dalam sembahyang saja kita sujud sampai hitam dahi-dahi, tapi di luar sembahyang kitalah orang yang menyampaikan ucapan yang menakutkan umat Islam.
Itu cerita zaman Nabi dahulu... Cuba kita lihat dalam konteks sekarang pula di mana banyak masjid-masjid megah telah dibina, bukan atas dasar takwa tetapi untuk bermegah-megah... Jika dahulu masjid-masjid seperti Masjid Dhirar itu dibina oleh orang Islam juga... Walaupun mereka itu golongan munafiq, sekurang-kurangnya daripada segi luaran, mereka masih lagi orang Islam. Tetapi sekarang, terang-terang banyak masjid didirikan oleh orang-orang kafir... Kalau kafir zimmi kira OK lah juga kerana mereka tidak bermusuhan dengan orang-orang Islam... Yang jadi masalah apabila masjid-masjid kita dibina oleh golongan kafir harbi yang sebenarnya memusuhi umat Islam tetapi sanggup membina masjid-masjid kita semata-mata kerana keuntungan wang ringgit setelah mendapat tender kontrak pembinaan dan sebagainya...
Tuan-tuan dan puan-puan... Dahulu kita ada banyak masjid-masjid kayu di kampung-kampung yang walaupun dhaif dan serba ringkas binaannya, ia dibina dengan penuh takwa... Kerana sekurang-kurangnya ia dibina supaya masyarakat tempat dapat bersolat jemaah... Lalu masjid juga menjadi tempat menghubungkan silaturahim dan membuat pelbagai aktiviti sosial yang diredhai Allah... Tetapi kini kita ada banyak masjid-masjid megah tetapi masyarakat pula sering berpecah-belah... Masjid-masjid ini dibina dengan sumber kewangan yang boleh diragukan asal-usulnya... Ada campur-aduk hasil wang rasuah, pecah amanah... Paling kurang pun bercampur wang riba' yang sudah jadi amalan serta perkara biasa masyarakat zaman sekarang... Mana pergi masjid-masjid yang dibina dengan penuh ketakwaan? Yang saya tahu, banyak yang telah dirobohkan atas nama kemodenan...
Zaman sekarang ini di mana program Yahudi Zionis untuk menakluki dunia semakin nyata dengan segala macam krisis peringkat dunia yang sebenarnya dibuat-buat mereka, jangan hairan jika ada masjid yang dibina dengan pembiayaan wang Yahudi Zionis juga! Mungkin sebab itu saya tergerak untuk membuat lakaran masjid mata? Walaupun dari segi luaran, ia adalah gurauan imaginasi yang timbul apabila melihat sesetengah masjid dengan kubah besar tinggi... Akibat timbul rasa, bagaimanakah agaknya rupa masjid ini jika ada mata pada kubahnya... Dari segi tersirat pula, ia menunjukkan satu usaha mendominasi dunia yang sedang berjalan kerana lambang mata satu itu sering dikaitkan dengan lambang-lambang perkumpulan Yahudi Zionis seperti golongan Freemason dan Illuminati kerana ia dikatakan berkaitan dengan mata Dajjal!
Apapun, itu cerita masjid di mana walau apapun, ia tetap boleh dikaitkan dengan Islam, tak kiralah samada Islam sejati mahupun Islam munafiq... Sekarang fikirkan... Mahkamah mata pula... Yang mungkin membawa makna tersirat mahkamah di bawah pengawasan kuncu-kuncu Dajjal ataupun puak Yahudi Zionis...
Dalam pengawasan "mahkamah mata" ini, jangan hairan jika pihak Kristian boleh menang dalam kes penggunaan nama Allah untuk kitab-kitab Injil dalam bahasa Melayu... Mereka boleh dimenangkan atas nama hak asasi manusia dan kebebasan untuk bersuara sedangkan mereka yang melihat dengan matahati, bukan dengan "mahkamah mata" sedar bahawa ini semua dibuat supaya umat Islam dapat dikelirukan lalu dibawa jadi murtad...
Bagaimana pula kes Lina Joy... Bagaimana kes Siti Fatimah Tan Abdullah yang dibenarkan kembali murtad? Atas nama hak asasi sejagat di bawah pengawasan mahkamah yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia hasil gerak pemikiran para cendekiawan Yahudi Zionis sejak beribu tahun lalu, pelbagai perkara boleh dibenarkan atas nama "keadilan" sedangkan semua ini melanggar hukum-hakam Allah belaka!
Jadi fikirkan... Jika Masjid Mata lawan Mahkamah Mata, siapa lagi power? Atau mereka sebenarnya sedang bekerjasama untuk membina satu dunia baru iaitu New World Order? Fikirkan... :]
3 ulasan:
MERA SILU..
ARTIKEL NI NAK SINDIAQ SAPA?
CEK NAK TANYA SIKIT...MUNGKIN KERAJAAN BARISAN NASIONAL KOT?
KALU MACAM TU TAK PATUT LA DEPA NO... DEPA PUN MAU TAU JUGAK LA NI AKHIR ZAMAN - ITULA TANDA-TANDA DI AKHIR ZAMAN..DIRIKAN MASJID TAPI UNTUK BERMEGAH-MEGAH. LAST SEKALI URUSAN AGAMA DI BUAT OLEH MEREKA YANG JAHIL- CONTOH KETUA MENTERI P.PINANG PUN DEPA BAGI PI RASMI MAULIDUR RASUL..MAAL HIJRAH KA...TAKPA LAGI KENA KALU KARPAL SINGH PULA AMBIL KES HUKUM SYARIAH APAHAL NI.?
Hmm... Ia adalah sindiran umum, tidak ditujukan pada mana-mana satu pihak... Umum kerana mana-mana pihak yang mahu meraih kuasa melalui sistem demokrasi ciptaan Yahudi Zionis tetap akan terpalit dengan taiknya kerana sistem itu sendiri menggalakkan manusia supaya berpuak-puak dan berparti-parti.
Dalam sistem Islam yang sebenar, kita tahu membezakan apa yang dikata dengan siapa yang berkata... Tahu ketika bila sesuatu perkara harus dipakai dan dinilai bagaimana... Kerana dalam Islam, adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya sedangkan zalim ialah salah letak sesuatu duduk perkara.
Dalam Islam, tidak zalim membunuh orang sebagai balasan orang itu telah membunuh orang lain. Tetapi atas nama hak asasi manusia dan demokrasi, perbuatan sebegini boleh dituduh tidak bertamadhun sedangkan pada masa yang sama Israel laknat membunuh beribu orang termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa tetapi tetap tidak dibalas apa-apa pun perbuatan jahat mereka itu!
Dalam Islam, seorang pencuri yang menyebut 2+2 = 4 tetap betul... Betul dari segi kata-katanya bahawa 2+2 = 4 walaupun dia seorang pencuri kerana mencuri itu masalah lain, matematik masalah lain. Tetapi dalam sistem demokrasi kepartian, apabila musuh dari parti lain berkata yang benar pun kita akan bertungkus-lumus mencari hujah menyalahkannya sedangkan orang satu parti kita yang buat salah kita cuba sedaya-upaya menutup kesalahannya pula...
Fikirkan... Apa yang saya sebut ini melangkau mana-mana parti... Seringkali kita mengutuk orang sebagai korup, nepotisme dan sebagainya tetapi apabila kita sendiri memegang tampuk kuasa lalu ada peluang untuk menentukan siapakah yang mendapat faedah dalam sesuatu perkara, rupa-rupanya kita pun sama juga tolong sedara-mara dengan geng sendiri dahulu.
Terlalu sikit orang yang berkuasa mampu menolak dugaan kekuasaan ini... Selalunya mereka yang betul-betul mahu berpegang dengan tali Allah akan cuba mengelakkan diri daripada terlibat dengan politik partisan... Kecuali mereka yang tidak ada pilihan dan sudah ditakdirkan terpaksa menceburkan diri dalam sistem kotor ini!
dalam Islam konsep musyawarah yang dititikberatkan untuk mencapai kata putus manakala konsep demokrasi ciptaan yahudi konsep debat dititikberatkan untuk mencapai kata putus.
Catat Ulasan