Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Saturday, September 15, 2007

Kuala Ketil, Mastura dan Char Koew Teow...

Assalamualaikum sekalian... Petang ini, setelah masuk hari ke 3 bulan Ramadhan baru saya tergerak untuk membuat updates dalam blogspot-blogspot saya demi mengambil barakah daripada bulan yang mulia ini. Adapun gerak hati saya menyuruh supaya melepaskan beberapa cerita daripada pengembaraan hampir sebulan yang meliputi negeri-negeri Pahang, Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor yang dibuat lebih 2 bulan lalu. Biasalah saya... Bila datang gerak kemudian melepaskan mana yang patut, baru terasa lega ya tak... Hmm... Bunyi macam orang tak tahan kentut pulak dah... Mesti nak melepas, hehe! Kira lebih kuranglah... Penulis harus menulis seperti mana umum harus kentut... Boleh kan? Eh... Melalut lah pulak...

Oleh kerana cerita terakhir tentang pengembaraan tersebut ada dibuat di blogspot ini di bawah tajuk Sekitar Alor Setar terutama di Langgar... sebulan lepas, maka cerita harus disambung balik daripada Alor Setar... Ini telah dibuat dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk A typical day in Alor Setar? kemudian diikuti sedikit cerita di Sungai Petani yang dimuatkan dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) di bawah tajuk Jalan-jalan (walkabout in) Sungai Petani... . Sekarang, cerita disambung dengan perjalanan daripada Sungai Petani untuk ke Kulim, Kedah...

Oh... Kalau begitu kenapa pula tajuk artikel ini pelik semacam? Bacalah dahulu, baru anda faham. Sila! :]



Tadi dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) saya ada menceritakan, selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Sungai Petani, saya pun menuju ke perhentian bas untuk mendapatkan perkhidmatan 3 petang (kalau tak salah ingatan) ke Kulim... Sekali lagi saya tertinggal bas... Sebabnya, saya melepak agak lama sedikit di masjid tadi. Bas seterusnya ke Kulim akan berlepas sekitar jam 5 ke begitu... Kata pekerja di stesyen bas, kalau nak cepat, ambil bas ke Kuala Ketil dan daripada sana, boleh naik bas ke Kulim... Maka saya pun naiklah bas ini...


Dalam setengah jam kemudian, sampailah ke Kuala Ketil...

Rupa-rupanya pekan Kuala Ketil terletak di antara Baling dan Sg Petani sedangkan Kulim terletak di selatannya... Maka saya boleh mengambil bas Baling ke Kulim dari sana...


Sementara menunggu bas ke Kulim di hentian, saya terlihat sesuatu yang menarik perhatian...


Berhadapan hentian bas itu, terdapat sebuah kedai bernama Masturah Char Koew Teow... Aitt??

Terus teringat perjalanan semasa dalam bas daripada Sungai Petani tadi... Saya telah mengambil satu-satunya tempat duduk yang kosong di hadapan lalu duduk di sebelah seorang gadis yang saya anggarkan baru berumur sekitar 20 tahun begitu. Dalam perjalanan, saya telah membuka komputer laptop untuk meneliti sesuatu perkara... Gadis dengan rupa anak Mami yang agak menarik ini telah menegur saya lalu kami pun berkenalan...

Katanya namanya ialah Mastura, sedang belajar di sebuah politeknik tempatan... Cerita punya cerita, terkeluar cerita pasal Char Kue Teow (atau Char Koew Teow? Saya pun tak tahu ejaan mana yang betul)...

Sebenarnya, ketika itu saya sedang menceritakan tentang sedikit pengalaman perjalanan sebelum itu... Maka terkeluarlah cerita tentang Char Kue Toew yang saya makan pada malam hari di hadapan bangunan Universiti Tun Abdul Razak di Jalan Langgar, Alor Setar... Sedap sampai saya makan 2 pinggan... Rasanya lebih kurang macam Kue Teow di sebuah kedai di Seberang Perai... Lalu terkeluar cerita pula pasal Kue Teow Doli di Taiping yang Mastura kata sudah tidak begitu sedap... Dia mencadangkan agar saya mencuba Kue Teow di satu tempat lain, tak ingat di mana...

Dalam pada itu, saya teringat buah hati lama bernama Mas... Memang Mastura mengenalkan dirinya sebagai Mas... Bila saya tanya nama penuh baru dia bagitahu namanya Mastura... Maka tak sama dengan Mas yang saya kenali daripada umur 18 tahun sampai sama-sama belajar di England.

Gadis ini turun bas beberapa kilometer sebelum sampai Kuala Ketil. Apabila sampai di pekan ini lalu ternampak kedai Masturah Char Koew Teow, saya pula terus terasa semacam kejutan eletrik... Rasanya ada makna kenapa pertemuan ini berlaku tetapi sampai sekarang saya tak tahu apa maknanya... Lalu kali ini baru saya luahkan dalam penulisan di blogspot ini...

Memang sejak itu saya ada menyimpan niat untuk mengeluarkan cerita ini, semoga ada sesiapa dapat menolong menafsirkan apa yang tersurat dan tersirat di sebalik peristiwa ini... Cuma baru sekarang, di bulan Ramadhan yang mulia ini baru ia terkeluar... Itupun setelah mengeluarkan apa yang patut untuk blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ...

Apapun, saya terus pergi ke kedai Masturah Char Koew Teow dengan harapan ada jawaban di situ... Sayangnya, kedai itu sedang tutup... Kalau tidak, mungkin saya akan makan di situ sambil menunggu ilham yang mungkin akan muncul kemudian...


Perhentian bas Sungai Ketil dilihat daripada hadapan kedai Masturah Char Koew Teow... Apakah botol susu besar di sebelah boleh memberikan jawaban? Tidak lama kemudian, bas ke Kulim pun sampai...


Dalam setengah jam kemudian saya pun sampai ke Kulim... Rasanya ini kali pertama saya sampai di sini kerana setiap kali lalu ke utara, saya sering mengikut jalan Seberang Perai sedangkan Kulim terletak jauh sedikit ke timur menghala ke Banjaran Titiwangsa...


Adapun saya ke Kulim untuk bertemu seorang kenalan melalui sebuah forum di Internet, kenalan yang rupa-rupanya ada pertalian keluarga. Sementara menunggu kenalan ini sampai ke hentian bas, saya pun menggantungkan poster promosi siri buku "Berpetualang ke Aceh"... Boleh nampak tak di mana ia?

OK... Kalau ada sesiapa ada getaran tertentu atau jawaban tentang makna perjalanan melalui Kuala Ketil sehingga terjumpa si Mastura yang bercerita tentang Char Kue Teow kemudian terjumpa pula kedai Masturah Char Koew Teow, silalah bagi pandangan ya.... Sekian, wassalam! :]

5 comments:

awanbadai said...

Salam MS,

Kuala Ketil, Mastura, Char Kuey Teow.
KK, m(A)st(U)r(A), CKT.
(11 11), 1 (21) 1, 3(11)(20).
(1+1 1+1), 1(2+1)1, 3(1+1)(2+0).
2 2, 1 3 1, 3 2 2.

22 1313 22.

Apa maknanya MS?
Saya pun tak pasti.

-awan badai-

PerpatihTulus said...

Assalamualaikum, merah silu. kau citer pasal char kuew tiaow ni. hentamjelah eja dia. teringat lah aku, sejak aku pindah kat tempat baru ni , ada banyak kedai makan, ada satu stall ni jual benda ni lah.. masa first aku pergi, barang semua dah ada tapi belum start niaga lagi.. second time pun sama jugak.. last-last aku dapat beli kat pasar ramadhan, dah lebih 2 minggu jugak tu. Char kuew teow.. heheeh hehe . tension jugak pasal char kuew teow ni.. aku nak tanya kau.. kau dah dapat makan char kuew teow ke belum.. kalau belum cepat-cepatlah cari.. hehehehe

Radzi Sapiee said...

Wassalam semua...
Untuk AwanBadai, pakai kira-kira Arab ke apa tu? Tapi memang nombor tu ada makna... Tak pasti apa... 22 = 11 x 2... 11 ialah nombor favourite saya... Entah kenapa, saya selalu teringat pasal Nabi Yusuf anak ke 11 dan baginda melihat 11 bintang sujud padanya...
No 131 plak nombor home sweet home... Kalau 313, tu lagi banyak makna.... Jumlah tentera Thalut, jumlah ahli Perang Badar, jumlah Rasul, juga jumlah satu jenis group Wali...
Untuk Perpatih Tulus, lama tak dengar cerita... Apa maksud engkau suruh cari char kuew teow cepat-cepat? Ke ada maksud lain tu? Hehe! :]

Anonymous said...

MS,

Arrarara ....
itu bukan kira2 arab, ahaks.

Kuala ketil tu, pendeknya KK.
K huruf ke sebelas dlm rumi.
Tu yg jadi 11, jadikan dia seangka 1+1=2.
KK --> 22

Mastura pulak, gerak rasanya dari huruf vowelnya. A U A. jadi la dia
1 (21) 1 --> 131.

Begitulah seterusnya utk Char Kuey Teow (CKT)
Bila disusun tajuknya tu, kelihatan begitu cantik susunannya. Mungkin punya makna tertentu utk MS.

-awanbadai-

syahir said...

ckt = hbf = 2/185
hbt = p/b/m = 1/1-4
pbm = u/n/u = ...?

senang cerita, apa yang dilihat pada awalnya merupakan suatu petunjuk spt contoh : ms bertemu seorang gadis bernama mas yang kemudiannya memperkenalkan diri sebagai masturah. ok, kedua cerita punya cerita terkeluar pulak cerita char kuew tiaw. hendak dijadikan cerita, bila simas turun bas, tak silap si ms tak turun lagi. tapi bila turun diperhentian terakhir... terkejut nampak bainat di depan mata. bainat tuh bukti, bukan apa.. tadi dalam bas berjumpa dengan si masturah, boleh lak citer pasal char kuew tiaw. alih2 bila turun bas nampak betul2 punya kedai nama masturah char kuew tiaw. tak ke heran.? tapi nak heran apa... ms dapat maklumat macam tuh, dia dapat petunjuk dulu baru nampak bukti, sesetengah orang ada dapat bukti dulu sebelum petunjuk datang. apa2 pun, pembuka dan penutup Al Quran menceritakan perkara yang sama iaitu huda, bainat dan furqon. cerita nya petunjuk, bukti, dan manusia. jeng jeng jeng... ya, perah otak lagi saudara ku sekalian. perah jangan tak perah!