Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, November 21, 2006

Makna Mim dalam Melayu

Ada orang bertanyakan tentang Mim dalam Melayu. Biar saya copy and paste balik comment yang dibuat untuk artikel Apa-apa aje le...

At Sunday, November 19, 2006 5:40:50 AM, RatuKama said...
hmmm..sedar tak sedar telah jauh kita berjalan..dan pengalaman membawa kita kesini..ada satu pertanyaan dr hamba kepada tuan ..apakah MIM yang Tuan maksudkan dalam sepanjang tulisan Tuan itu?

Pertanyaan ini nampaknya timbul kerana si penanya pernah membaca postings saya dalam Forum CVT di mana setiap posting diakhiri dengan signature: Mengembalikan Mim dalam Melayu. Maka saya jawab begini:

At Sunday, November 19, 2006 9:57:30 AM, Radzi Sapiee said...
Hmm... Bab Mim tu saya pernah terangkan dalam Forum CVT.Tak apa, nanti saya cerita lagi bila dapat gerak, insyaallah dalam posting seterusnya kat sini yek...

Selepas itu saya terlupa langsung bab ini sampailah ke hari ini apabila ternampak komen ini:

At Tuesday, November 21, 2006 1:29:02 AM, RatuKama said...
orait tima kacih..ada bbrapa pertanyaan sebenarnya tp ini yg kuat ..dr sisi tuan ( dr kajian Tuan ) adakah mim yg dimaksudkan telah menepati/sampai/melengkapi/sempurna sesuai apa yg dikehendaki Allah sendiri ..maksud hamba dr proses yg telah brjln dr sejak zaman kembalinya Yang Terpuji ke sisiNya?


Saya baru hendak menjawab begini:

Hmm... Kalau saudari (ke saudara?) Ratukama dah tanya tentang Yang Terpuji, maka saudara/saudari sudah tahu le apakah yang dimaksudkan sebagai Mim...Secara umumnya, banyak anak-cucu Mim dah tak layak dibangsakan sebagai Ahlul Bait tapi masih ada yang menggenggam amanah. Yang pasti, Imam Mahdi adalah keturunan Mim... Dan tapak daulah akhir zaman besok pun disediakan anak cucu Mim.... Maka Mim tetap akan relevan dan tetap ada anak cucu Mim yang akan membawa panji-panji kebangkitan Islam walaupun ramai yang sudah lupa akan amanah dalam darah-daging mereka sendiri... Sekian!

Tetapi apabila difikirkan balik, bukankah lebih elok dikongsi beramai perbincangan ini? Maka itu saya tidak jadi mengeposkan komen itu sebaliknya buat cut and paste untuk memulakan posting ini pula. Cuma tidak ada gerak untuk menjawab persoalan ini dengan lebih teratur maka saya buat posting ini dengan cara copy and paste komen yang diberi dan selepas ini dengan mencari posting relevan yang pernah saya buat dalam Forum CVT... Tunggu sebentar...

Hmm... Bila diteliti balik, rasa tidak sesuai pula postings dalam forum dimasukkan terus ke sini kerana formatnya lain dan apa yang terjadi dalam forum adalah hasil on-going discussion... Maka itu biar saya copy and paste lebih kurang sahaja... Daripada thread bertajuk
Di manakah kekuatan bangsa Melayu
dalam Forum CVT

Forumer Tarawis menyebut: Assalamualaikum... kekuatan bangsa melayu terletak pada mim... wallahu 'alam. wsm.

MerahSilu menjawab: Hmmm... Betul kata anda itu Tarawis. Mim...
Tapi adakah kita berpegang pada mim itu sekarang, Muhammad? Apakah yang dikatakan berpegang pada mim jika sesetengah pengajian mengaitkan Qarin (kembar setiap manusia yang berbangsa jin) dikatakan sebagai roh yang berjalan malah ada yang berani kata itulah Muhammad yang berada dalam diri kita?
Biar saya beri apa yang saya tahu...
Kekuatan bangsa Melayu dalam mim ini terletak kepada penerimaan Tasawuf sejati berdaulat (bukan tempias mengarut yang diamalkan dalam sesetengah perguruan) dari peribadi-peribada zat mulia Ahlul Bait yang lari dari Timur Tengah akibat pergolakan politik dan diburu Bani Umaiyah juga Bani Abbasiyah lalu diterima oleh penduduk tempatan di Nusantara (baca balik beberapa sedutan buku "Berpetualang ke Aceh" yang saya post di CVT). Maka bangsa Melayu juga mendapat berkat naungan langit atas sebab memuliakan haq keluarga Nabi yang tersirat dalam setiap salawat terhadap Nabi - Allahumasaliala Muhammad wa ala ali Muhammad.
Perhatikan, macamana sekali pun selawat, selawat shifa ke apa ke, mesti ada perkata ALI MUHAMMAD atau ALI SAIDINA MUHAMMAD... yang ditujukan kepada anak cucu zuriat Nabi...
Ini juga terkandung dalam tahyat akhir: Berkatilah keluarga Muhammad seperti mana Engkau berkati keluarga Ibrahim...
Fahamilah ini... Tunjang kekuatan Melayu yang mulai penghujung abad ke 18 banyak dirosakkan Fahaman Wahabi yang mengaku Salafi, kerana mengtahyulkan perkara-perkara yang memuliakan Zat Muhammad seperti sambutan Maulidur Rasul

Pernah tengok logo asal PEKEMBAR atau UMNO yang dibuat tahun 1946. Carilah kalau dapat...
Logo tengah masih macam sekarang, ada huruf Fa, Kaf, Mim, Ba, Ro dengan lambang keris kiri-kanan terselit...
Yang hilang bahagian luar yang di kelilingi lima nama keramat iaitu Muhammad, Ali, Fatimah, Hassan, Hussin dan perkataan "TAK KENAL MAKA TAK CINTA".
Sekarang perkataan-perkataan ini dah lama hilang. PEKEMBAR pula terus dipanggil dengan nama Mat Salehnya UMNO (United Malays National Organisation)...
Bahasa jiwa bangsa... Jadi kita ni jiwa apa? Sedangkan pertubuhan paling besar mewakili bangsa Melayu dipanggil dengan nama dalam bahasa penjajah? Apalagi nak bercerita tentang kekuatan bangsa Melayu dari mim sedangkan anak cucu mim tidak lagi dilayan?
Yang nampak nyata pulak yang pakai nama Syed, Sharifah banyak dah lupa amanah... Mengarut mengalahkan orang kebanyakan... Mana orang nak respect? Mana nak faham kekuatan mim?


Kata Selamat: punca kekuatan melayu..ialah "budi".. Bangsa yg mengenang "budi", ia akan brbahasa..Bangsa yg tiada mengenang "budi", ia tidak brtimbang rasa..
Karam Singh walia..melaporkan dari kisah2 Melayu.
Takkan Melayu hilang didunia, tapi sayang "kemelayuannya" telah mulai hilang.........


Dijawab MerahSilu begini: Budi pun betul jugak wahai cik selamat. Tetapi apakah makna budi jika boleh diungkit-ungkit? ... You scratch my back I scratch your back?
Bukankah budi yang sejati (dah macam budi suci lah pulak bunyi... maaf ye ) itu tidak mengharapkan apa-apa balasan.
Maka dalam takrif dan sifat serta hakikat budi, mesti ada IKHLAS...
Apa itu IKHLAS... Kalau nak tahu secara mendalam mesti ada pengajian Tasawuf... Dan Tasawuf yang paling murni (walaupun tidak dipanggil dengan nama Tasawuf, macam Mat Saleh cakap a rose by any other name still smells as sweet) adalah pengajian sejati yang diterima dari Nabi Muhammad SAW....
Ingat kata Nabi dalam bab IKHLAS, memberi dengan tangan kanan, tangan kiri pun tak tahu...
Baca pula Surah al-Ikhlas dan halusi maksudnya: Katakanlah Allah itu ESA, sumber SEGALA sesuatu...
Maka terkaitlah budi, "Ta" untuk Tasawuf dan "Mim" untuk Muhammad dalam hakikat Melayu...
Masalahnya, ada ke lagi Melayu macam ni? Kalau tanya orang-orang lama, dia orang kata susah nak jumpa orang yang layak dipanggil Melayu sekarang. Panggil je Melayu, kat IC pun sebut Melayu tapi hakikatnya belum layak dipanggil Melayu... Hmmm...


Kemudiannya disampuk Tarawis: mim dah kelabu kot...kalau mim tiada, apa jadi...? ladi layu kot...

Selepas beberapa komen lain, barulah MerahSilu menjawab begini: Hah Tarawis... Hang tau pasal apa "mim" boleh jadi kabur sampai hilang? Sampai Melayu jadi layu?
Sebab Melayu mudah lupa... Lupa dah kepala perkataan Melayu tu mula dengan "mim"...
Cuba balik semula pada hakikat orang Melayu dahulukala, kaji sejarah kedatangan Islam yang dibawa anak cucu Nabi ke Nusantara, letak "mim" balik sebagai kepala, sebagai pemimpin... Bukan letak kepala lutut buat ganti kepala...
Carilah "mim" yang tak kabur iaitu Ahlul Bait anak cucu nabi yang masih memegang erat syiar Islam yang syumul... Bukan Syed Al-Kohol atau Bahlul-Bait...
Bukankah Imam Mahdi itu berdarah "mim", begitu juga pemegang panji-panji hitam dari Timur dan main players akhir zaman nanti?
Sebab tu awal thread ni aku ada mention pasal original logo UMNO/ Pekembar 1946 yang ada nama Muhammad, Ali, Fatimah, Hassan, Hussin dengan perkataan "Tak kenal maka tak cinta" di keliling...
Bukan saja-saja promote Ahlul Bait atau jadi Syiah... Tapi supaya "mim" dalam Melayu timbul balik. Allahuakbar!
Allahummasoli ala Muhammad wa ala ALI MUHAMMAD!


Diharap ini sudah cukup untuk menjawab persoalan Mim... Kalau mahu tahu lebih lanjut, silakan masuk ke thread ini - Di manakah kekuatan bangsa Melayu ... Sila ya! :]

15 ulasan:

RatuKama berkata...

Terima kasih Tuan, izinkan hamba bertanya lagi ..apa pula yg Tuan maksudkan mencari diri dan erti itu?

Radzi Sapiee berkata...

Maksud mencari Diri dan Erti? OK, saya bagi contoh... Pernah dengar tak middle-age syndrome? Ini kira kajian saikologi le, selalu berlaku pada lelaki umur 30an yang dah berjaya dalam hidup, ada income bagus, dah kawin, rumah , kereta semua ada... Sampai satu peringkat dia tertanya-tanya, adakah ini kehidupan yang dia nak? Adakah dia nak sangat jadi lawyer/ engineer atau apa-apa kerjaya yang muluk-muluk atau sebenarnya dia buat semua ini kerana semua orang cakap elok jadi lawyer, gaji beso, bsok hiduop senang... Tu yang ada orang kena identiti krisis tu, bila dijengok dalam diri, sebenarnya dia teringat nak jadi penyair ataupun gitaris tapi dia buang minat sebenarnya ke tepi untuk memenuhi kehendak orang lain seperti expectation family. Jadi dia tertanya-tanya le apa erti hidup aku ini? Takkan setakat makan minum buat duit je... Begitu le lebih kurang... Mungkin kalau dia sangguop buang kerjaya sebagai lawyer lalu merempat sat jadi artis, hidupnya jadi susah dari segi material tetapi hatinya jadi terang dan senang sebab dia sudah berani memenuhi erti dirinya sendiri?

RatuKama berkata...

Fahamlah hamba seadanya dengan penerangan tuan itu..tp takdapat pula hamba meneroka big picture yg tuan ada ..jd apa yang tuan cari sebenarnya.?? mmm maaflah hamba bertanya yg peribadi..ya lah jika tiada melanggar adat rasanya..

Radzi Sapiee berkata...

Baiklah saudara. Adapun big picture yang hamba ada ini sedikit sebanyak dimiliki orang lain... Ia adalah mengenai peranan kita setiap individu di mana perlu ada mekanik, tukang kebun, tukang cuci jamban di samping kerjaya muluk-muluk seperti lawyer, ahli politik dan sebagainya supaya dunia ini lengkap penuh warna-warni kehidupan. Peranan ini berkait dengan perjanjian setiap roh yang dibuat sebelum turun ke bumi... Kita sebenarnya telah diberi pra-tonton akan peranan yang akan diambil lalu bersetuju... Ibarat seorang pelakon yang diberi skrip untuk dihidupkan... Seorang pelakon berjiwa seni tidak semestinya mahu berlakon sebagai raja yang dianggap tinggi oleh semua pihak... Dia mungkin ingin menjadi pengemis kerana peranannya lebih mencabar lalu memberi lebih banyak kepuasan jiwa.
Sepertimana seorang pelakon sejati menilai sebuah peranan dan skrip filem, begitu juga ruh yang lebih arif tentang makna wujud kerana mereka tidak terhijab.
Malangnya kita terlupa hakikat ini sebaik sahaja masuk ke tubuh kasar ini... Lalu kita terikut-ikut sifat nafsu rendah yang sentiasa mahukan kesenangan, kaya-raya, pangkat harta dan nama walaupun asalnya dahulu kita pernah berjanji setakat mahu menjadi seorang petani. Maka it muncul ahli korporat yang kaya-raya tapi banyak penyakit, masalah keluarga dan tidak pernah bahagia... Sebabnya dia cuma akan mendapatkan kebahagian sejati yang didambakan selama ini jika memenuhi janji ruh dengan menghidupkan balik peranan sebagai seorang petani.
Berbalik pada soal Mim, saudara sudah fahamkan maksud umumnya iaitu menghidupkan kembali amalan sejati yang disuruh Nabi Muhammad SAW. Maka itu perkataan Melayu bermula dengan Mim... Tanpa Mim, tinggallah ia menjadi layu maka Melayu tidak akan maju.
Adapun Mim yang lebih khusus jatuh pada anak cucu Mim iaitu para Ahlul Bait yang ada darah keturunan Nabi. Mereka perlu mencontohi nenda dengan menghidupkan amalan baginda sehingga terserlahlah sifat kepimpinan semulajadi yang ada dalam darah daging lalu menjadi kepala Melayu (perkataan Melayu bermula dengan Mim bukan)yang mampu mencerna kebangkitan sebenar agama, bangsa dan negara. Insyaallah! Allahuakbar!

RatuKama berkata...

mmm.. alhamdulilLah ..Jika demikian apakah amalan sejati yang Tuan warisi? maaf jika hamba menerjah dgn soalan begini?
salam

syahir berkata...

akm, klu dapat didalami diri dan kenal diri..alangkah bahagianya. saya sendiri sedang berkenalan dengan diri. kerana mmg saya tak igt langsung apa prjanjian saya dengan Allah dahulu. apa peranan saya....tapi klu diikut2kan saya ni suka benar dengan senjata2 spt kris, pedang dan sbgnya. kena bukak kilang buat senjata kot?? sbbnya saya bahagia bila masuk muzium dan duduk berjam2 melihat senjata2 tersebut. tlglah beri gerak. 'Lahaulawala kuwataillah".

Tanpa Nama berkata...

Aloha... hmmm macam2 comment ya!ada yg saya setuju tapi ada juga yg dikelirukan.... walaupun saya memandang dari atas tapi saya juga turun kebawah... apa2 pun perjuangan utk kebenaran itu adalah bagus dan di wajibkan terus berjuang dan pikul amanat apabila sudah tahu tujuan hidup!IKHLAS DAN TIDAK MENGHARAPKAN BALASAN ADALAH KUNCI UTK MENJADI ORANG YG BERTAWAKAL DAN TAHU MERASAKAN REDHO.ITS VERY SIMPLE... APABILA BERADA BERSAMA ORG2 YG LUPA DAN TAK BETUL PERJUANGANNYA BERBALIK SEMULA KEPADA SEKETUL DAGING DLM SETIAP MANUSIA. SBB ITULAH RASULULLAH SAW HATINYA DICUCI DGN AIR ZAM2 OLEH MALAIKAT.... SO GOOD LUCK!

Tanpa Nama berkata...

tp ramai yg tidak menangkap wawasan mim itu sbg kata kerja...

ragned.com

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.
Perbincangan yang menarik hati saya. Izinkan saya memberi sedikit pandangan. Oleh kerana pihak pengarang telah menulis tentang Imam Mahadi dan MIM-nya, saya ingin jelaskan dengan lebih lanjut lagi iaitu kemunculan Imam Mahdi diawali dengan suatu thoifah atau jemaah yang mengesahkan yang beliau adalah Imam Mahdi kerana Imam Mahdi yang memonitor perjuangan tersebut. Thoifah atau jemaah itu diketuai oleh Fatta At Tamimi atau di dalam Bahasa Melayu Pemuda / Putera Bani Tamim.
Bani dinisbahkan kepada jenis bangsa seseorang manakala Tamim berasal dari dua perkataan jawi iaitu huruf Ta dan Mim yang membawa maksud Ta - Tanah dan Mim - Melayu. Ini bermaksud Bani Tamim itu ialah orang lelaki di Tanah Melayu bernasabkan Rasulullah dan juga Saidina Abu Bakar.
Fahamilah isyarat ini dan carilah empunya diri sebab tandanya sudah jelas. Semoga ketemu pencarian anda dan pabila berjumpa, berbaiahlah kerana DIA merupakan ANAK KUNCI sebagaimana 5 perkataan yang hilang dari PEKEMBAR itulah yang menjadi amalan doa selepas solat oleh Fatta At Tamimi ini.
Sekian.
Orang Segamat

rafieesaufi berkata...

Assalamualaikum.

Pada pandangan saya, bukan semua orang melayu ada mim. Melayu memang ramai. melayu yang ada mim saja yang boleh bangkit berjuang bersama-sama imam mahdi diakhir zaman ini. Mim yg saya maksudkan adalah makrifat. Itulah alter rahsia bangsa melayu.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum

rgt356

maafkan saya
cuma mungkin kurang faham apa mim itu yg sebenarnya
adakah sifat kita atau benda yang lain ?

Tanpa Nama berkata...

Akum semua...hehehe...saja nak mencelah sikit dan komen tentang mim ni....kata guru saya mim ni Muhammad...mim dalam mim aku ada dalam mim.....sekian wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wb... Semua yang dikata diatas adalah benar, tetapi jangan lupa huruf Alif dan Lam kerana tanpanya tidak ujud Huruf Mim... Alif tanpa Lam dan mim kita tak kenalnya, lam dan Mim tanpa Alif kita tak ujud... Kalau kita dah kenal Alif , Lam , Mim sebenar2nya InsyaAllah kita akan kenal siapa diri kita...

Tanpa Nama berkata...

Huruf Fa, Kaf, Mim, Ro dan Ba.. tapi kata nye Muhammad, Ali Fatimah, Hassan dan Hussin.. ape yg ko mencarut nie bro? Mim utk Muhammad tu ok.. Fa utk Fatimah pon ok.. Ali, Hassan dan Hussein tu dari hurup mana pulak bro?? takkan dari Kaf Ba dan Ro pulak? kan pelik tu.. Mohon Pencerahan..

Radzi Sapiee berkata...

Bodoh piang nampaknya engko ni tapi ada hati nak tunjuk pandai. Fa Kaf Mim Ro dan Ba itu untuk PEKEMBAR. Muhammad, Fatimah, Ali, Hassan dan Hussin tu tulisan keliling lambang PEKEMBAR lama. Mim untuk Muhammad itu adalah perbincangan umum satu falsafah perjuangan yang besar. Logo PEKEMBAR asal tu cuma satu contoh. Balik kampung pi berguru lagi...