Salam malam 10 Ramadan. Adapun saya dan isteri sedang berada di penghujung satu perjalanan awal bulan puasa. Malam ini sementara ada tenaga dan kelapangan biar dimulakan perkongsian cerita.
Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Selasa, Mac 11, 2025
Balik kampung Ramadan 2025 - Menyambung eksplorasi Sungai Muar
Ahad, Mac 02, 2025
Mendaki dua buah bukit boleh tahan tinggi - 'Last kopek' sebelum berpuasa bulan Ramadan
Salam 1 Ramadan. Selamat berpuasa kepada semua pembaca Muslim yang dimuliakan. Dalam artikel Kolokium Sejarah Maritim Alam Melayu Dalam Peta Dunia - Hari 2 yang dipersembahkan Jumaat malam Sabtu ada dinyatakan bahawa beberapa lama selepas masuk waktu Maghrib keluar perisytiharan rasmi menyatakan puasa bulan Ramadhan akan bermula pada hari Ahad 2 Mac iaitu hari ini. Timbul rasa, sebelum berpuasa hendak berjalan-jalan keluar hiking mendaki bukit, satu di Kuala Kubu sebelum tengah hari, satu di Tanjung Malim, pada petangnya kemudian bersolat Maghrib, Isyak dan Tarawikh di mana-mana masjid dalam laluan kembali ke rumah. Sukacita dimaklumkan apa yang difikirkan itu sudah selamat dan berjaya dilaksanakan semalam. Ini adalah cerita berkenaan.
Jam 5 baru menghampiri bukit seterusnya yang mahu didaki, Bukit Asa atau Bukit Changkat Asa.
1. Climbing up Bukit Batu Pahat near Kuala Kubu - Part I
2. Climbing up Bukit Batu Pahat near Kuala Kubu - Part II
3. Climbing up Bukit Asa near Tanjung Malim - Part I
4. Climbing up Bukit Asa near Tanjung Malim - Part II
Jumaat, Februari 28, 2025
Kolokium Sejarah Maritim Alam Melayu Dalam Peta Dunia - Hari 2
Dalam artikel sebelum ini iaitu Kolokium Sejarah Maritim Alam Melayu Dalam Peta Dunia - Hari 1 ada dinyatakan selepas selesai mempersembahkan artikel harus mengejar 10 muka surat terakhir Al Quran bagi proses pengkhataman bulan Sya'aban kemudian mendaki ke puncak sebuah bukit berdekatan bagi mendapatkan pemandangan 7 buah planet yang katanya boleh dilihat selari di langit selepas matahari terbenam. Alhamdulillah, bacaan Al Quran telah berjaya dikhatamkan sebelum jam 6.30 petang. Tetapi turun pula hujan lebat lalu tidak jadi mendaki bukit. Namun selepas hujan berhenti tetap keluar untuk mencari tempat yang sesuai bagi melihat pemandangan. Tetapi awan tebal pula menutupi langit.
Apapun beberapa lama selepas Maghrib keluar perisytiharan rasmi bahawa puasa bulan Ramadhan akan bermula pada hari Ahad 2 Mac. Jadi ada tempoh masa setengah hari lagi untuk mengeluarkan artikel sambungan majlis ilmu sebelum bulan Ramadhan bermula waktu Maghrib Sabtu 1 Mac. Timbul pula rasa, sebelum berpuasa hendak berjalan-jalan keluar hiking mendaki bukit, satu di Kuala Kubu sebelum tengah hari, satu di Tanjung Malim pada petangnya kemudian bersolat Maghrib, Isyak dan Tarawikh di mana-mana masjid dalam laluan kembali ke rumah. Oleh itu biar dilepaskan dahulu artikel sambungan ini.
Atur cara bagi hari kedua majlis "Kolokium Sejarah Maritim Alam Melayu Dalam Peta Dunia", Rabu 26 Februari 2025.
Menariknya beliau banyak bercakap tentang Jalan Penarikan yang menyambungkan Sungai Muar di Pantai Barat Semenanjung dengan Sungai Pahang di Pantai Timur. Rujuk artikel lama Kumpulan artikel "Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang" tentang perkara.
Isteri mendengar Tengku Ampuan Pahang bercakap tentang minat kepada hal di Aceh. Ini adalah selepas semua perkongsian ilmu selesai lalu hadirin menuju ke tempat makan petang.


























































