Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Mac 07, 2022

Tentang projek buku pertamaku dalam bahasa Melayu tahun 2002

Salam semua. Adapun 7 artikel terakhir dipersembahkan di blogspot ini, dalam tempoh 3 hari kebelakangan, merupakan suntingan daripada 7 artikel berkenaan yang disiarkan lebih 15 tahun. Sudah diberitahu bahawa artikel-artikel lama itu mengandungi isi tulisan daripada satu projek buku yang dimulakan awal tahun 2002. Di sini biar dikumpulkan pautan bagi kesemua 7 artikel baru. Biar juga diluahkan sedikit hal berkenaan.


Beginilah rupa komputer riba pertama saya, komputer yang digunakan untuk projek buku Melayu pertama. Sekarang ia telah dianggap vintage, satu barangan lama klasik...


Merujuk pada hal artikel lama yang disunting untuk siaran baru. Mula sekali disunting adalah bab mukadimah yang dipecah 3 untuk siaran di blogspot. Ia dibuat atas tajuk "Susah payah satu perjuangan". Ini diikuti bab seterusnya, juga dipecah 3. Atas nama "Agenda Yahudi dan media". 

Penulisan selepas itu, untuk bab baru, dimulakan dengan tajuk "Queens dan sumbang mahram". Tetapi suntingannya diberi tajuk  baru "Tentang mencari kebenaran dan sumbang mahram". Bab ini sebenarnya tak siap. Nasib baik apa yang dikongsikan sudah cukup untuk membentuk suatu penceritaan bermakna.

Sebetulnya saya sudah lupa akan projek buku lama itu, projek buku pertama dalam bahasa Melayu. Ketika menulis artikel Komputer-komputer riba yang pernah dimiliki Jumaat lalu baru teringat. Ini kerana terjumpa artikel-artikel lama ketika  hendak menyemak kembali bilakah membeli dan memiliki komputer riba pertama sendiri. Penulisan lama 20 tahun lalu dapat mengesahkan bahawa komputer mula dimiliki pada awal 2002 kerana ada disebut dalam cerita. 

Memang ia dibeli kerana hendak menulis buku. Dalam penulisan lama ada disebut apa yang berlaku pada hari-hari terakhir saya di akhbar The New Straits Times sebelum dipaksa meninggalkannya selepas 5 tahun menjadi wartawan di situ. Selepas komputer riba milik syarikat dipulangkan saya membuat tempahan bagi komputer riba sendiri melalui skim KWSP.  Tetapi harus menunggu sekitar sebulan gitu sebelum dapat komputer sedangkan hati meronta-ronta untuk menulis buku. 

Oh. Saya mahu menulis tentang bagaimana Yahudi Zionis dan Illuminati memanipulasi banyak pihak dalam pelbagai bidang untuk menguasai dunia. Hal ini melibatkan konsep Dajjal dan Imam Mahdi. Itu sendiri bukanlah perkara baru untuk ditulis kerana ramai juga pihak sedar dan tahu akannya. Tetapi saya menulis daripada sudut segar (ketika itu) kerana peristiwa September 11 tahun 2001 yang menyaksikan menara berkembar World Trade Centre di New York runtuh selepas dilanggar kapal terbang baru sahaja berlaku. Ramai masih teraba-raba untuk menterjemahkan apakah sebenarnya terjadi.

Ia merupakan projek buku pertama saya dalam bahasa Melayu kerana sebelum ini iaitu pada tahun 1996 saya pernah memulakan satu projek buku dalam bahasa Inggeris. Tetapi ia jadi terhenti selepas beberapa bulan disebabkan semua yang ditulis tiba-tiba hilang begitu sahaja dalam sistem komputer syarikat. Projek buku Melayu awal tahun 2002 juga menghadapi cabaran sebelum ia juga terhenti. Apabila tersedar hal ini ketika menyunting terbit pertanyaan kenapa boleh terhenti begitu sahaja? Dengan ayat yang tak lengkap pula itu. 

Kemudian baru teringat pada tahun itulah boleh dikatakan saya menghadapi cabaran jiwa yang paling teruk seumur hidup. Dalam keadaan teraba-raba sedang mencari makna kehidupan juga menjejaki salasilah keluarga saya kehilangan 3 orang tersayang hampir berturut-turut dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Ini ada disebut dalam siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" yang terbit Jun 2006 hingga November 2007, buku-buku terawal saya, dalam bahasa Melayu yang betul-betul menjadi. Ringkasan cabaran yang dimaksudkan ada dalam bab bertajuk "Dari Perlak ke Perak : Kisah Keramat Kuala Bidor" iaitu daripada buku pertama siri dengan tajuk kecil "Mencari Diri dan Erti".  Lihat sedutan berkenaan dalam artikel Kali pertama ke makam-makam lama tahun 2001 - Petunjuk daripada Nenek.

Bila melihat kembali hal penulisan buku tahun 2002 dengan cabaran yang berlaku tahun itu timbul rasa seperti ada kaitan dengan nombor 22 seperti dinyatakan dalam Artikel ke-2,222, bagi tarikh 22/2/22 yang disiarkan 13 hari lalu. Rasanya cukuplah luahan berkenaan projek buku lama yang terkandas itu. Berikut adalah penulisan yang telah disunting untuk tatapan semua.


1. Susah payah satu perjuangan - Bahagian 1

2. Susah payah satu perjuangan - Bahagian 2

3. Susah payah satu perjuangan - Bahagian 3

4. Agenda Yahudi dan media - Bahagian 1

5. Agenda Yahudi dan media - Bahagian 2 

6. Agenda Yahudi dan media - Bahagian 3

7. Tentang mencari kebenaran dan sumbang mahram



Ahad, Mac 06, 2022

Tentang mencari kebenaran dan sumbang mahram

OK. Pergi pada bab seterusnya daripada projek buku awal tahun 2002 dengan membuat suntingan pada artikel Queens dan sumbang mahram yang disiarkan lebih 15 tahun lalu. Cuma bab ini tak lengkap kerana berlaku sesuatu yang menyebabkan terhenti penulisan kemudian tidak pernah disambung.


Gambar hiasan : Daripada Internet...


Lagu-lagu kumpulan Queen berkumandang di udara. Ketika ini pagi Jumaat 3 Mei saya sedang berehat setelah membuat sedikit senaman badan bagi menghilangkan sisa-sisa mengantuk semalam. Sambil bersenam saya memasang telinga mengamati sedikit lirik lagu-lagu Queen yang dinyanyikan mendiang Freddie Mercury. Beliau meninggal dunia kerana penyakit Aids 10 tahun lalu. 

Sebenarnya jika diamati sesetengah lagu nyanyiannya dia banyak bercakap mengenai perjalanan hidup, apa ertinya dan peranan  manusia di muka bumi ini. Contohnya lagu “The Show Must Go On”... hidup mesti diteruskan. Lagu ini timbul ketika beliau sudah beberapa lama berpenyakit lalu sedar ada kemungkinan akan meninggal dunia tidak lama. Di sebalik segala macam kesakitan yang dirasakan, segala macam pahit maung kehidupan, ada pernyataan bahawa rohnya sudah sedia untuk 'terbang'. Ini adalah pernyataan bersifat metafizikal yang mengandungi kepercayaan tentang kehidupan di alam lain selepas kematian. Ya, siapa sangka orang dikenali ramai sebagai seorang penyanyi terkenal yang mengamalkan cara hidup gay ini rupa-rupanya seorang pencari dan perindu kebenaran. 

Sebenarnya kalau diamati sesetengah lagu-lagu yang berkumandang di mana-mana pun, tak kira nyanyian siapa, kita akan terjumpa tema serupa sama ada secara tersurat atau tersirat. Saya berkata begini kerana mula sedar betapa ramai orang sedang mencari kebenaran lalu menukilkan perjalanan kehidupan melalui lirik lagu, puisi, cerpen dan sebagainya. Cuma orang yang tidak membuka mata atau tak pasang telinga betul-betul sahaja  tak dapat menangkap. 

Saya sendiri termasuk orang yang mencari kebenaran iaitu kebenaran hakiki. Saya pernah menelaah dan menghadam berbagai cabang sains, ilmu falsafah, ilmu agama dan sebagainya tetapi akhirnya yakin kebenaran hanya boleh dicapai melalu jalan Tasauf mengikut syariat nabi Muhammad S.A.W. Dengan keyakinan dan kesedaran inilah saya tergerak untuk menyambung penulisan buku. Ini adalah  setelah tiga minggu menghabiskan waktu bertafakur dan mendalami ilmu hakikat di samping berusaha untuk memahami hakikat taubat yang sebenar seperti dihuraikan Imam Ghazali. 

Tempoh masa tersebut juga digunakan untuk meminta ampun maaf kepada beberapa orang yang pernah disusahkan di samping merapatkan silaturrahim yang telah renggang. Memang semua ini penting dalam perjalanan mendekatkan diri kepada Tuhan lebih-lebih lagi bagi orang seperti saya yang pernah membuat banyak aniaya terhadap orang terutama golongan wanita. Sebenarnya banyak benda berlaku dalam tempoh tiga minggu meninggalkan penulisan. Daripada segi berita tempatan akhbar-akhbar harian dan media-media tempatan telah banyak mempersoalkan masalah inses atau sumbang mahram. Sementara ruangan berita luar pula banyak bercerita tentang serangan ganas Yahudi di Palestin. 

Bercakap mengenai sumbang mahram teringat ketika bertandang di rumah seorang kenalan, Haji Man di Sungai Congkak, Ulu Langat sebulan lalu. Dia asalnya seorang rakyat Britain yang pernah menjadi wartawan antarabangsa. Tetapi Mat Saleh ni dah boring jadi orang putih agaknya sehingga terus meninggalkan negara kelahirannya untuk duduk di negara-negara Arab. Dia telah memeluk agama Islam dan duduk di Morokko selama beberapa tahun sebelum menetap di Malaysia. 

Di sini dia menyewa sebuah rumah kampung yang telah diubah suai dengan taman dan hiasan yang indah hasil kerja tangan sendiri. Budak-budak kampung rajin pula bertandang termasuk dua orang adik beradik yang masih bersekolah rendah. Entah kenapa budak-budak ni suka tengok saya datang dengan motosikal besar. Lalu terbuka cerita pasal kakak mereka... 

"Kakak kita cun bang, kalau abang tengok mesti suka punya," kata yang tua antara dua adik beradik itu. Entah kenapa dia boleh sambung "Kalau abang kawan dengan kakak kita mesti best." 

Saya cuma tersenyum. Tapi budak ni terus melalut. Kecik-kecik dah tanya pasal benda XXX. Siapa yang ajar entah?

Adiknya yang jauh lebih innocent cuma tersengih. Walaupun saya sebenarnya kurang selesa kerana budak ni mula bertanya yang bukan-bukan, tentang saya sudah berkahwin ke belum (pasal nampak rugged agaknya), lepas tu apa buat dengan bini, saya cuba juga melayan lebih-lebih lagi kerana mereka telah lama kematian ibu dan nampaknya kurang mendapat kasih sayang. Daripada situ terbuka cerita pasal ayah dan kakak mereka buat kerja yang bukan-bukan. 

Si abang menceritakan pada suatu hari dia dan adiknya ternampak ayah memandikan kakak di sungai. Katanya, ayahnya mengusap-usap badan kakak dan si kakak pula membalas balik. Lama jugak perkara ini berlaku. Mungkin si ayah tahu yang anak-anak lain nampak tapi buat-buat tak tahu. 

Kata si abang, dia pernah bertanya kepada nenek mereka tentang perbuatan ayah dan kakak. Jawab si nenek tidak ada salahnya. 

"Betul ke bang?" tanya si budak kepada saya. "Boleh ke bapak saya buat macam tu kat kakak?".

Saya terdiam sejenak. Lepas tu jawab kalau kakak masih budak, sebaya dengan mereka mungkin boleh. Tetapi kalau dah besar tak elok. Lepas tu cuba ubah topik. 

Kebetulan di meja rumah Haji Man ada beberapa rantai tasbih lalu budak-budak ini tergerak bermain dengannya, saya pun mengajar menggunakan tasbih untuk berzikir. Saya kata kalau selalu baca macam ni nanti Tuhan sayang kat kita. Saya tak nampak cara lain bagaimana hendak menolong budak-budak ini. Kecik-kecik lagi fikiran telah dirosakkan oleh orang tua yang tidak bertanggungjawab. 

Sebenarnya masalah inses atau sumbang mahram telah lama berleluasa di Malaysia dalam kalangan masyarakat berpendapatan rendah atau bawahan. Ini bukanlah bermakna mereka lebih jahat daripada golongan atasan. Pucuk pangkalnya adalah gelora syahwat yang tidak dapat dikawal di zaman VCD lucah boleh didapati dengan mudah di merata tempat. Ini ditambah sajian filem-filem termasuk dari Bollywood yang memperdagangkan gerakan dan susuk badan perempuan yang menggoda disamping majalah-majalah yang mengagungkan pakaian singkat dan potongan badan yang mencabar keimanan. 

Golongan yang lebih berduit mampu melampiaskan nafsu dengan mencari perempuan di luar sementara golongan berpendapatan rendah (kecuali mereka yang mempunyai bakat kasanova yang terserlah) terpaksa menelan air liur sebelum terperasaan anak yang meningkat remaja juga mampu memberikan kepuasan. Kebetulan pula masyarakat berpendapatan rendah atau golongan marhain merupakan golongan terbesar daripada segi jumlah penduduk. Jadi masalah ni nampak begitu besar . 

Memang ini masalah besar lebih-lebih lagi apabila dikerjakan oleh orang yang mengaku Islam. Tetapi mereka yang mengkritik nampaknya kurang memerhatikan akar yang menyebabkan perkara ini berlaku. Kalau hendak diulas kemungkinan sebab musabab memang banyak dan panjang. Salah satunya adalah keluarga besar terpaksa berkongsi bilik akibat tidak mampu duduk di rumah yang cukup besar dan banyak ruang. 

Ini selalu berlaku di kawasan flat murah. Dalam keadaan adik beradik lelaki perempuan tidur bersebelahan tidak dapat tidak syaitan akan mencucuk jarum supaya mereka mula meneroka dan membibitkan maksiat. Lepas tu...


Nota dan ulasan (ditulis 6 Mac 2022 iaitu hampir 20 tahun kemudian) : Penulisan terhenti setakat perkataan "Lepas tu". Tak pasti kenapa sedangkan saya adalah jenis orang yang mesti menghabiskan ayat. Mungkin muncul suatu panggilan yang menyebabkan kesibukan. Pun begitu saya harus dapat menyambung kembali ayat apabila muncul kelapangan. Mustahil tiada langsung kelapangan selepas itu kecuali fikiran beralih arah disebabkan muncul suatu keadaan. Hal ini akan diulas lebih panjang dalam artikel yang bakal mengumpulkan pautan bagi semua tulisan berkenaan insyaallah.


Agenda Yahudi dan media - Bahagian 3

Masuk bahagian akhir cerita. Menyambung artikel Agenda Yahudi dan media - Bahagian 2 dengan suntingan terhadap isi artikel lama Dokumen Syaitan! Bahagian terakhir "Agenda Yahudi dan media".


Gambar hiasan : Daripada Internet...


Protocols of the Elders of Zion, satu kumpulan dokumen Zionis yang memperincikan rancangan jangka panjang mereka untuk menakluki dunia ada memperuntukkan satu bab penuh berkenaan penggunaan media bagi mengaburi mata orang awam. Kalau hendak diceritakan secara terperinci memang panjang. Cukuplah kalau diutarakan sedikit sedutan. Salah satu daripadanya adalah pengumuman "not a single announcement will reach the public without our control". Dalam bahasa Melayu bunyinya : "Tidak satu pun pengumuman (melalui media) akan sampai kepada orang ramai tanpa pengawalan kami." 

Ertinya semua maklumat yang disampaikan kepada umum adalah seperti yang dikehendaki, mengikut cita rasa dan agenda mereka. Ini merupakan satu azam oleh pendukung Zionis yang terdahulu kerana dokumen sulit yang sepatutnya hanya dimiliki oleh orang-orang mereka ini telah terlepas ke tangan orang lain sekitar tahun 1905. Ini bukan azam kosong. 

Sambungan ayat tadi berbunyi : "Even now this is already being attained by us in as much as all news items are received by a few agencies, in whose offices they are focussed from all parts of the world." Ertinya pada zaman itu lagi mereka telah berjaya menguasai banyak agensi yang berkaitan dengan penyiaran maklumat. Memang pun mereka telah menguasai kebanyakan media di Amerika dan Eropah. Bayangkan betapa besar dan berkuasanya rangkaian mereka kini yang meliputi agensi-agensi berita dan majalah yang berpengkalan di Hong Kong dan Singapura bagi mengawal cita rasa orang Asia termasuk orang Malaysia dan orang Melayu. 

Anda boleh mengkaji sendiri Protokol ini. Paling senang cari kat Internet. Malah Henry Ford yang menulis buku "The International Jew" telah menyertakan salinan dokumen dalam buku yang pertama diterbitkan dekat 80 tahun lalu. Ingat, Ford bukan orang sembarangan. Dialah yang memulakan syarikat kereta Ford yang sekarang telah mempunyai pasaran di serata dunia. Takkanlah orang begini berani menyertakan dokumen jika tak yakin kesahihan? 

Ford merasa terpanggil untuk menulis kerana telah nampak bagaimana Yahudi menggunakan berbagai wadah untuk menguasai Amerika. Itu pada tahun 1920an. Penguasaan Zionis ke atas berbagai institusi dunia sekarang jauh lebih hebat. Amerika Syarikat yang didalangi Yahudi telah menggunakan akhbar dan segala macam media untuk meraih sokongan dunia sebelum menyerang Afghanistan. Walaupun mempunyai kekuatan tentera jauh lebih hebat daripada apa yang dimiliki oleh mana-mana negara lain, mereka tahu usaha tidak akan berjaya tanpa sokongan ramai terutama kuasa-kuasa besar lain. 

Kalau tidak mereka mungkin terpaksa berhadapan dengan kekuatan gabungan negara dalam ketenteraan. Walaupun Amerika Syarikat mungkin boleh menang mereka akan menanggung kerugian yang besar jika terpaksa berperang dengan negara-negara besar lain. Dalam seni peperangan kita mesti memastikan tidak akan menanggung kerugian besar sebelum melangkah ke medan perang. Media sebaran am adalah alat yang sesuai untuk memastikan kemenangan mutlak. 

Tengok apa sudah terjadi kepada Russia selepas menceroboh Afghanistan pada tahun 80an. Ketika itu mereka masih lagi dikenali sebagai Soviet Union. Mereka akhirnya dihalau tentera Mujahiddin. Walhal Soviet Union dianggap mempunyai kekuatan tentera yang setanding dengan Amerika Syarikat. Tidakkah ini disebabkan bertindak sendirian serta salah menganggarkan kekuatan Mujahiddin yang berjuang dengan semangat fisabilillah?

Amerika telah belajar daripada kesilapan Russia lalu menggunakan akhbar dan lain-lain media sebaran bagi meraih sokongan dunia. Lama juga mereka memainkan sentimen tentang perlunya Afghanistan diserang bagi menghapuskan pengganas. Bermacam alasan diberikan dan disiarkan oleh hampir seluruh media massa di dunia termasuk media kita sendiri di Malaysia. Selepas itu baru digunakan saluran politik dan diplomatik untuk memeterai perjanjian bersama beberapa negara. Ini adalah setelah media massa berjaya meyakinkan bahawa Afghanistan mesti diserang. Kerajaan Taliban mesti dijatuhkan demi keamanan sejagat. 

Hasilnya, mereka bukan sahaja dapat mempengaruhi negara lain untuk ikut berperang malah dapat menggunakan orang Afghanistan untuk melawan saudara seagama. Tindakan bijak menggunakan media untuk mewarnakan "world opinion" atau pendapat dunia supaya merasa perlu untuk menyerang juga dapat memastikan bahawa tindakan jahat Amerika tidak mendapat tentangan. Saya teringat bibit-bibit peristiwa selepas serangan menggunakan kapal terbang pengangkutan awam ke atas menara berkembar World Trade Cente di New York pada September 11. Belumpun selesai kerja-kerja menyelamat mangsa, akhbar-akhbar dan media Barat yang dikuasai Zionis telah mengaitkan serangan dengan Osama bin Laden. 

Polis, CIA, FBI atau mana-mana badan keselamatan Amerika pun belum habis menyiasat tetapi media telah menjatuhkan hukuman. Dalam dunia kewartawanan, apabila suatu media telah mengutarakan "kajian" atau pendapat yang membabitkan banyak pihak terutama dalam keselamatan negara, tidak dapat tidak pihak terbabit akan terpanggil untuk berbuat sesuatu. Contohnya apabila akhbar tempatan mencanangkan kes VCD cetak rompak secara bertalu-talu hari ke hari. Sekejap menggunakan pendapat golongan selebriti yang merasa tertindas, sekejap menggunakan komen orang ramai.  Dapat pula maklum balas daripada pak menteri. Mahu tak mahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terpaksa melancarkan operasi walaupun sebelum itu asyik membutakan mata...

Mereka tidak mahu dituduh tidak berbuat sesuatu kerana orang kampung semua dah tahu. Polis pun akan terpaksa membuka kembali kes-kes lapuk jika ia asyik dicanangkan oleh media. Ini kerana jika tidak pihak polis akan dianggap masyarakat sebagai tidak cekap. Bila ditekan, macam-macam boleh terjadi. Orang yang tak bersalah boleh jadi "scapegoat" atau kambing korban demi membuktikan pihak terbabit telah menjalankan tugas. 

Dalam kes Osama, pihak berkuasa Amerika dipaksa menurut rentak media untuk mengaitkan bekas jutawan Arab itu dalam serangan September 11. Sama ada bukti telah didapati tidak penting. Media telah memainkan supaya semua orang percaya ini kerja Osama dan orang Islam. Mungkin ini sendiri adalah satu wayang ciptaan Yahudi. Entah betul entah tak Osama berjuang untuk Islam? Tak mustahil dia juga boneka Barat. Kalau tidak kenapa hingga sekarang tak dapat ditangkap walhal kerajaan Taliban sudah jatuh tersungkur? 

Apa yang pasti keadaan huru hara ini sebenarnya adalah rahmat bagi kerajaan Amerika Syarikat di bawah George W. Bush yang baru sahaja beberapa bulan memegang sekali lagi kepimpinan negara. Mungkin mereka mempunyai agenda tersendiri. Dalam permainan catur tidak salah mengorbankan berapa banyak anak buah asalkan berjaya mengalahkan lawan atau mencapai matlamat. 

Matlamat menghalalkan cara.  Ramai ahli politik berfikir seperti pemain catur. Lebih-lebih lagi mereka yang pernah membaca buku The Prince karangan Niccolo Machievelli. Beliau adalah pemikir politik Itali dahulukala yang menyarankan penggunaan tipu helah dan segala macam kejahatan tak kira pada lawan mahupun kawan untuk berjaya.

Ingat tak pilihan raya besar Amerika yang menyaksikan Bush mewakili parti Republican menang tipis melawan Al Gore, calon parti Liberal Democrat yang pernah menjadi timbalan kepada presiden Bill Clinton? Itupun Bush hanya menang setelah undi beberapa kali dikira balik dan disemak... setelah keputusan pilihan raya ditunda beberapa bulan. Disebabkan itu dewan senat dan kongress Amerika berpecah dua. Sebaliknya peristiwa September 11 membuka peluang untuk Bush menjadi jaguh dan meraih sokongan kedua-dua dewan. 

Kita boleh menyatukan keluarga yang berpecah dengan mengajak mereka bersama memerangi orang luar. Manusia boleh melupakan perselisihan sesama sendiri jika dipaksa berganding bagi menghadapi masalah sama dari luar. UMNO dan PAS boleh bersatu jika negara diserang asing. Ini bukan taktik luar biasa. Malah inilah salah satu polisi luar negara Amerika apabila menghadapi masalah dalaman - dengan mengacukan muncung senapang dan meriam ke arah mana-mana negara yang perlu. 

Lagipun Amerika sedang menuju ke arah kemelesetan ekonomi yang boleh menenggelamkan populariti Bush. Orang tentu akan membuat perbandingan dengan Clinton yang begitu popular dan telah berjaya membawa era kecemerlangan ekonomi Amerika ketika memegang tampuk kuasa. Sedangkan Bush telah mencuba sedaya upaya apabila kerajaan pimpinannya beberapa kali menurunkan kadar faedah bank pusat tetapi masih tidak dapat mencapai hasil yang dikehendaki. Dalam keadaan ini musuh luaran adalah satu rahmat. 

Orang mengantuk disorongkan bantal. Cadangan media kepunyaan Zionis yang mahukan Osama dibabitkan memang datang tepat pada masanya. Tidak lama kemudian, media Amerika mencanangkan bahawa Osama sedang berada di Afghanistan di bawah naungan kerajaan Taliban. Amerika memang membencikan Taliban kerana sebab-sebab tertentu. Salah satunya adalah kerana Taliban telah memilih syarikat lain untuk membangunkan rangkaian paip minyak di Afghanistan, bukan syarikat Amerika seperti diharapkan setelah secara sulit menolong Afghanistan menghalau askar Russia.

Sebenarnya, media Amerika telah pun lama memburuk-burukkan Taliban. Mereka dituduh ekstrim, jumud dan sebagainya. Cara mereka menyimpan janggut diperbesarkan untuk diperolok-olokkan. Taliban juga dituduh menindas kaum wanita kerana tidak membenarkan mereka bekerja juga memaksa mereka menutup aurat hingga ke muka. 

Memang daripada satu segi kerajaan Taliban agak ekstrim. Tetapi pernahkah pengkritik-pengkritik ini mengkaji dalam situasi manakah keadaan itu berlaku? Afghanistan yang telah bertahun dikacau kuasa luar dihuruharakan pula oleh pergaduhan antara puak-puak dalaman. Keadaan belum sesuai untuk kaum wanita bergerak bebas. 

Taliban itu sendiri muncul akibat peristiwa seorang anak di Kandahar diculik lalu diperlakukan sesuka hati oleh seorang ketua perang beragama Islam. Ini berlaku lama selepas Russia meninggalkan Afghanistan. Ketika ini puak-puak berbagai yang pernah berjuang bersama menentang Russia mula bergaduh sesama sendiri akibat gila kuasa. 

Taliban juga telah menghapuskan perdagangan dan penanaman candu yang telah berakar umbi lama di Afghanistan. Pernahkah Barat mengakui usaha baik mereka? Tidak sama sekali. Malah ketika Afghanistan hampir diserang media-media Amerika pula mencanangkan bahawa Taliban akan menghidupkan kembali industri candu yang pernah merosakkan rakyat. 

Ini dakwanya adalah disebabkan kerajaan Taliban memerlukan wang untuk membeli senjata dan membiayai kos peperangan. Astagfirullah. Saya bukanlah menyokong Taliban kerana cara mereka mendirikan kerajaan Islam juga banyak kepincangan. Tetapi sekurang-kurangnya mereka telah berjaya menghapuskan banyak perkara tidak elok di Afghanistan. Ini termasuk hubungan homoseksual lelaki sama lelaki yang telah lama dibudayakan di bawah kerajaan sekular. 

Apa yang pasti, Amerika memang tidak sukakan Taliban. Kes Osama dikaitkan dengannya untuk membuka ruang bagi menghalalkan serangan Amerika dan sekutunya sambil mencengkamkan lagi pengaruh ke atas bumi Afghanistan. Media massa juga digunakan untuk meraih sokongan warga yang bencikan Taliban. Ini termasuk orang-orang gila kuasa yang hilang pengaruh. Pendapat mereka dicanangkan media ke seluruh dunia untuk menggambarkan bahawa Taliban tidak pernah mendapat sokongan awam. 

Akhirnya melututlah kerajaan Taliban sedangkan Osama yang diburu entah ke mana. Yang rugi adalah rakyat kerana merekalah yang menjadi mangsa peperangan lalu terus menerus diperkudakan. Bertepuk soraklah orang Yahudi bermain "remote control" di sebalik tabir. Bush pula mendapat durian runtuh setelah dicanangkan sebagai wira yang membela rakyat Amerika daripada keganasan. 

Memang dasyat wayang ni. Skripnya hebat. Kebetulan Hollywood dikuasai oleh orang Yahudi yang memang pandai bermain propaganda. Seperti biasa Mat Saleh menang lagi. Sedangkan rakyat dunia yang cintakan keamanan termasuk orang Islam di Malaysia cuma mampu ternganga. Dunia oh dunia. 

Percayalah, wayang ini akan ada "sequel"nya. Tidak lama selepas Afghanistan jatuh Bush telah menamakan beberapa negara termasuk Iraq sebagai layak diserang atas nama memerangi keganasan. Seperti biasa, media Amerika dan seterusnya media-media antarabangsa pun mewar-warkan pernyataan dengan penuh meriah. Ini peluang baik untuk Bush menjadi hero lagi kerana bapanya yang menjadi presiden sebelum Clinton dahulu pun pernah berperang dengan Iraq. Anda tentu masih ingat peristiwa Perang Teluk kan?

Media juga mencanangkan cadangan pihak keselamatan Amerika agar menyerang tujuh buah negara yang dianggap boleh menimbulkan ancaman nuklear. Sekali lagi Iraq yang merupakan duri dalam daging buat Amerika dibabitkan. Ia mahu dihapuskan kerana menjadi ancaman kepada Yahudi. Negara yang masih diperintah oleh musuh ketat Bush iaitu Saddam Hussein ini pernah menyerang Israel dengan peluru berpandu Scud buatan Russia semasa Perang Teluk. Jadi negara Yahudi itu memang dalam lingkungan ancaman Iraq. 

Sementara itu rakyat Palestin terus ditindas malah Israel menjadi semakin ganas apabila menceroboh seluruh bumi Palestin lebih kurang dua minggu lalu. Kononnya untuk mencari dan menghapuskan pengganas yang bersarang, sama seperti alasan Amerika menyerang Afghanistan. Padahal rakyat Palestin bukan mempunyai senjata sangat. Mereka cuma berharap pada serangan bom berani mati yang kesannya tidaklah sebesar apa berbanding kerosakan yang dilakukan Israel dalam setiap "serangan balas".

Nampak tak apa yang sedang berlaku? Kalau tak nampak juga tak tahulah. Sebenarnya begitu ramai rakyat Malaysia termasuk orang Melayu Islam alpa dengan keadaan. Mereka menganggap akan berlaku proses perdamaian yang ditaja pihak luar, mungkin PBB atau Amerika di Palestin. Pada mereka yang berfikiran sebegini, kajilah sejarah bangsa Yahudi. Mereka bukanlah orang yang menghormati perjanjian. Malah mereka akan berdamai hanya untuk mengambil masa bagi mengatur strategi baru bagi meluaskan pengaruh. 

Kalau tak mahu kaji sejarah cuba-cubalah buka dan baca kitab-kitab lama. Bukan Al-Quran sahaja menceritakan kecurangan Yahudi. Sedarlah apa-apa proses perdamaian mengenai masalah Palestin adalah wayang kulit sahaja. Amerika dan segala kuasa-kuasa besar sebenarnya mengikut telunjuk Israel. 

Kalau ikut logik semata memang susah nak faham. Bagaimana negara sekecil Israel boleh memperkudakan kuasa terbesar dunia. Tetapi dalang sebenarnya bukanlah menetap di Tel Aviv mahupun wilayah Israel tetapi di merata dunia. Mereka inilah golongan Zionis yang menentukan peristiwa-peristiwa dunia daripada balik tabir. 

Mereka tak perlu tinggal dalam Israel kerana telah pun menguasai institusi-insitusi utama dunia seperti perbankan, sistem politik dan sebagainya. Ini adalah hasil perancangan jangka panjang yang memakan masa beratus malah beribu tahun seperti diceritakan dalam Protocols of the Elders of Zion. Sekarang bukalah mata dan minda. Saya akan cuba mendedahkan mekanisma-mekanisma lain yang digunakan sehingga mereka berjaya menggenggam seluruh dunia. Insyaallah anda tidak akan tertipu lagi. Wassalam.


Agenda Yahudi dan media - Bahagian 2

Menyambung usaha daripada artikel  Agenda Yahudi dan media - Bahagian 1. Dengan membuat suntingan pada isi artikel Agenda Yahudi dan Media bahagian 2 yang disiarkan lebih 15 tahun lalu.



Gambar hiasan : Daripada Internet...


Saya sendiri pernah diarahkan untuk mengubah fakta demi kepentingan pihak tertentu semasa menjadi wartawan meja berita utama akhbar The New Straits Times. Contohnya semasa meliputi satu demonstrasi jalanan yang diadakan oleh penyokong bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Bila balik ke pejabat pengarang bertanya berapa ramai yang menghadiri demonstrasi. Menurut anggaran saya, ada dalam 1,000 orang. 

Pengarang pun mengarahkan agar mengurangkan angka dalam laporan Tak ingat dah berapa, mungkin sekitar 500 sahaja. Yang pasti jumlah kehadiran penyokong Anwar diturunkan secara drastik untuk tatapan umum. Saya pun menurut sahaja kerana kalau letak 1,000 pun ia pasti diubah bila laporan disunting. 

Rupanya orang lain pun buat kerja begitu malah lagi dasyat. Laporan mengenai peristiwa yang sama tetapi ditulis oleh wartawan agensi luar mengatakan demonstrasi jalanan itu dihadiri 3,000 orang! Adakah saya tersilap kira, wartawan asing yang betul? Rasanya tidak. Walaupun ini mungkin berlaku dan pernah berlaku dalam laporan akhbar seorang wartawan yang berpengalaman boleh membuat anggaran yang cukup menghampiri kebenaran.  

Contohnya jika sebuah stadium diketahui boleh memuatkan 12,000 orang, tak salah jika menganggarkan terdapat 6,000 penonton hadir jika stadium kelihatan setengah penuh. Mungkin jumlah tepat penonton yang hadir adalah 5,576 orang. Tetapi kita tidak perlu terlalu teliti kerana pembaca pun bukan hendak tahu secara mendalam. 

Cukuplah sekadar memberikan gambaran jumlah kehadiran. Lainlah kalau mengemukakan sesuatu statistik atau maklumat yang memerlukan ketepatan. Contohnya, kita tidak boleh melaporkan harga saham sesuatu syarikat sebagai RM2.00 sesaham jika harga sebenar adalah RM1.97. Kerana pembaca yang minat berniaga saham tidak boleh tersalah kira. Itupun masih munasabah untuk mengatakan harga saham adalah sekitar RM2.00, Ini kerana perkataan "sekitar" itu sendiri menunjukkan anggaran. 

Apapun, lagi banyak peristiwa pernah diliputi harus lebih baik anggaran. Tetapi kalau 1,000 orang dikatakan cuma 500 atau ditambah menjadi 3,000 tentu ada kesilapan kalau tidak pun penipuan. Begitu juga kalau saham berharga RM1.97 dilaporkan sebagai RM3.00. Ini adalan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan kerana boleh menyebabkan orang ramai silap perkiraan. 

Jadi apa yang telah berlaku? Inilah yang dinamakan agenda. Saya diarahkan untuk menukar angka 1,000 kepada 500 orang sebagai menghadiri demonstrasi jalanan kerana akhbar NST mendukung kerajaan. Mereka mahu pembaca menganggap penyokong Anwar Ibrahim tidaklah sebanyak mana. Ini juga dilakukan supaya peristiwa nampak lebih kecil daripada yang sebenar demi kestabilan negara. Yalah kalau ramai sangat menyokong demonstrasi orang akan fikir Kuala Lumpur berada dalam kekecohan. 

Ini boleh menakutkan rakyat atau orang luar yang ingin datang atau melabur. Walaupun 1,000 orang bukanlah sebesar mana ia cukup untuk membuat sesetengah orang menganggap Malaysia sedang menuju kehancuran. Lebih-lebih lagi melihatkan apa berlaku di Indonesia ketika itu. Demonstrasi jalanan telah menyebabkan Presiden Suharto akhirnya digulingkan. 

Kalau ini menyebabkan Indonesia kembali aman tak mengapa juga. Sebaliknya ia makin melarat. Ini yang tak mahu jadi di Malaysia. Apapun, disebabkan laporan yang diubah atau dimanipulasikanlah ramai rakyat Malaysia hilang kepercayaan terhadap akhbar dan media utama tempatan. 

Berita-berita mengenai perbicaraan Anwar Ibrahim memang nampak begitu berat sebelah dan memualkan walaupun ada sumber-sumber selain daripada yang ditonjolkan di mahkamah berani bersumpah dengan nama Allah bahawa Anwar pernah melakukan perkara yang didakwa. Media Malaysia terlalu memukul Anwar sehingga nampak sangat yang mereka dok ampu kerajaan. Tetapi yang ramai boleh percaya bulat-bulat kat berita-berita daripada sumber asing tu kenapa? Awak tak sedar ke diorang pun ada agenda? Awak ingat media macam CNN tu siapa punya? Apakah mereka teringin nak tolong kita? 

Adakah mereka membela Anwar demi kemakmuran rakyat Malaysia? Huh... jangan haraplah. Tahu tak yang CNN pernah menggunakan video klip huru hara di Indonesia tetapi melabelkannya sebagai demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur supaya orang luar ingat Malaysia sedang menuju kehancuran? Orang luar seperti di Britain, Amerika dan Eropah bukan tahu keadaan sebenar. Malah ada yang  tak tahu pun di mana terletaknya Malaysia. Pada mereka huru hara yang berlaku di Indonesia sedang berlaku di seluruh Alam Melayu kecuali di Singapura. Kerana ramai warga luar kenal republik itu. 

Yalah, anak emas Amerika memanglah disokong media Yahudi. Lagipun memang Singapura mengamalkan cara hidup Yahudi daripada banyak segi terutamanya dalam perniagaan dan bidang-bidang berkaitan. Sebenarnya Yahudi memang ingin kita menjadi huru hara seperti di Indonesia. Ini keranan Malaysia adalah negara Islam yang paling lantang bersuara dan berpengaruh di pentas dunia. 

Mereka tak mahu orang Islam berjaya. Tengoklah di serata dunia berapa banyak negara Islam sudah dipermainkan melalui berbagai cara termasuk melaga-lagakan pemimpin bagi menerbitkan huru hara. Negara hara, Israel tak mungkin berjaya diwujudkan oleh Amerika Syarikat dan Britain jika Palestin dan negara-negara Arab sekelilingnya kuat dan bersatu. Kata negara Islam, ikut sunnah Rasulullah SAW. Kan baginda suruh kita semua bersatu? Apasal sibuk berlaga sesama sendiri? Siapa punya kerja ni sehingga boleh jadi begini? Cubalah fikir. 

Tetapi apa nak dibuat? Dah terhantuk baru nak termengadah. Takkan nak tengok Malaysia pun diperkudakan? Dahlah Singapura yang menggunakan taktik Israel untuk terus wujud dikelilingi negara-negara Melayu asyik menyinggung perasaan, pasal masalah airlah, wang simpanan pekerjalah dan sebagainya. Tahu tak, askar Singapura memang dilatih oleh Yahudi? 

Kalau Malaysia lingkup kerana taktik media asing semasa kecoh pasal kes Anwar jangan fikir Singapura takkan ambil peluang. Sekurang-kurangnya mereka boleh membeli  borong syarikat-syarikat utama kita, wadah perjuangan orang Melayu dalam dunia perniagaan. Kerana mereka kaya dan harga saham syarikat pula banyak jatuh meredum. Kalau ini terjadi, apa akan jadi kepada usaha untuk memartabatkan bangsa? Nasib baiklah ada undang-undang pemilikan saham yang menjaga hak bumiputera. 

Malah Singapura sememangnya pernah menganggu kita semasa krisis ekonomi tahun 1997. Melalui CLOB iaitu satu pasaran saham yang memperniagakan saham-saham syarikat Malaysia tetapi berpusat di pulau itu. Bank-bank di Singapura pula pernah menawarkan bunga  atau kadar faedah yang amat tinggi bagi simpanan matawang Malaysia. Ini menyebabkan sesetengah anak tempatan termasuk orang Melayu yang menjadi kaya raya melalui Dasar Ekonomi Baru mengeluarkan simpanan Ringgit Malaysia di bank-bank tempatan untuk dilaburkan di Singapura. 

Ia bukan sahaja menyebabkan simpanan Ringgit kita merosot malah membuka peluang untuk orang luar terus bermain-main dengan ekonomi kita. Untuk pengetahun wang inilah yang kemudiannya diperniagakan para pelabur antarabangsa yang kebanyakannya orang Yahudi atau didalangi Yahudi dalam pasaran spekulasi matawang antarabangsa lalu menyebabkan usaha untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia menjadi sukar. Media antarabangsa yang didalangi Yahudi pula memainkan peranan dengan menerbitkan cerita untuk mempengaruhi orang ramai supaya menganggap segala ini sebagai perkara biasa dalam ekonomi dunia. Menurut mereka, apa yang berlaku adalah menurut hukum alam seperti diajar dalam kuliah prinsip makroekonomi. 

Seolah-olah rakyat Malaysia dan negara sekitarnya memang patut menderita, syarikat-syarikat perniagaan mesti dibungkuskan untuk kebaikan sejagat. Kononnya apa yang terjadi adalah disebabkan ekonomi Malaysia tidak diuruskan dengan cekap malah penuh dengan amalan kroni dan nepotisma. Mana boleh brother. Ini penipuan yang nyata. 

Sebab itu Dr Mahathir terpaksa menarik Ringgit Malaysia keluar daripada pasaran dunia. Matawang kita diisytiharkan tidak sah diperlakukan di luar sempadan negara. Nilai matawang ditetapkan pada kadar tukaran RM3.80 bagi US$1. Ini dilakukan kerana nilai matawang Malaysia banyak merosot akibat permainan pelabur asing lalu menyebabkan kos import meningkat begitu mendadak. 

Bayangkan dahulu kadar tukaran adalah sekitar RM2.50 bagi satu Dolar Amerika. Jadi barangan luar yang dahulunya berharga sekitar RM25 dah naik menjadi RM38 sementara hutang piutang yang melibatkan pinjaman dari luar negara meningkat 50 peratus dalam masa kurang setahun. Kalau Mahathir tak buat langkah sedrastik ini ada kemungkinan duit Malaysia akan jatuh lebih teruk seperti berlaku pada Rupiah Indonesia. Rakyat akan menderita kerana harga barang naik, hutang bertambah dan sebagainya dan ini akan membawa kepada huru hara. 

Dalam keadaan ini, tak mustahil Melayu akan berperang semula dengan Cina.  Lebih-lebih lagi kerana banyak barangan keperluan seperti beras berada di dalam tangan mereka. Kos kehidupan yang meningkat akan memaksa orang ramai hilang akal lalu mencari jalan mudah dengan merompak sahaja barangan di gedung-gedung perniagaan yang kebanyakkannya dipunyai keturunan Cina. Keadaan akan menjadi lebih teruk daripada peristiwa hitam 13 Mei tahun 1969. Adakah itu yang kita mahu? 

Urusniaga CLOB pula diharamkan menyebabkan saham-saham syarikat Malaysia yang dipegang melalui bursa itu dibekukan. Langkah ini memang patut dibuat sejak  dahulu lagi kerana semua saham syarikat Malaysia sepatutnya diniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur sahaja. Sekurang-kurangnya untuk menjamin ketelusan mengikut undang-undang negara. Tetapi orang Singapura mana peduli? Pada mereka kerajaan Malaysia telah berlaku zalim kerana membekukan saham mereka. Siapa suruh main kat situ? BSKL kan ada... 

Bukannya orang luar tidak boleh melabur di KL. Malah kewujudan CLOB adalah salah satu sebab kenapa ekonomi Malaysia menghadapi masalah sekitar tahun 1997. Ini kerana saham-saham syarikat Malaysia boleh dipermainkan sesuka hati pelabur asing tanpa dapat dikawal oleh mana-mana badan di Malaysia, baik BSKL, kerajaan mahupun Bank Negara. Tidakkah ini zalim kepada rakyat Malaysia? 

Tetapi apa boleh dibuat? Kalau dia buat kita tak apa. Bila balas balik kita pulak dikatakan zalim. Padahal kita cuma mahu menyelamatkan diri daripada malapetaka yang diterbitkan mereka. 

Media asing pun apa lagi, terus bantai Dr Mahathir dan Malaysia. Kononnya cara-cara menyelamatkan ekonomi yang dikemukan beliau tidak boleh dipakai langsung kerana melanggar teori ekonomi. Malaysia diramalkan akan gagal segagalnya. Perkara inilah yang diperbesarkan media asing yang didalangi Yahudi daripada hari ke hari sejak langkah-langkah penyelamatan drastik itu diambil. Tak habis-habis kutuk Malaysia macamlah orang kita tak mampu menerbitkan teori ekonomi sendiri. Padahal sebenarnya mereka marah kerana tidak berjaya menjatuhkan Malaysia dan Dr Mahathir. 

Mereka juga begitu marah kerana kejatuhan Anwar. Ini disebabkan Anwar adalah calon yang ingin diletak sebagai boneka mereka. Siapakah yang menyebabkan ekonomi Malaysia menjadi semakin tenat selepas mula-mula diserang spekulator matawang dahulu kalau bukan Anwar? Ingat bagus ke langkah yang dibuatnya untuk menaikkan kadar faedah pinjaman di Bank Negara serta mengurangkan tempoh pinjaman tidak berbayar daripada enam bulan menjadi tiga bulan? Rakyat biasa juga merana kerana terpaksa membuat bayar bulanan lebih untuk rumah dan kenderaan. 

Anwar senang je cakap. Katanya langkah ini adalah menurut cadangan badan kewangan dunia IMF dan mampu memulihkan ekonomi. Ya ke? Jadi lebih lingkup mungkin. 

Anwar bukanlah sepandai mana seperti diwar-warkan media asing. Dia memang pandai bercakap. Itu memang diakui ramai. Tetapi daripada segi kegeligaan otak untuk mentadbir negara? Dia sebenarnya jauh di belakang Dr Mahathir. 

Bab ni tanyalah pada orang yang tahu. Sebab itu dia memiliki ramai penasihat. Setengah orang beranggapan ini menunjukkan Anwar mendengar cakap orang lain, suka bermusyawarah, tidak seperti Mahathir yang selalu mahu buat kerja "my way". Yang diorang tak perasan atau buat -buat tak perasan, Anwar sebenarnya banyak dengar cakap Amerika. 

Cuba kaji balik apa yang dibuat semasa dia masih berkuasa. Lebih-lebih lagi sejak memegang jawatan IMF dan pernah disambut dengan begitu terhormat ketika melawat negara polis dunia. Bagaimana negara kita nak terus merdeka jika pemimpin tersohor kita mengikut telunjuk orang lain? Harap Anwar insaf dengan kenyataan ini. 

Media asing cuma menyokongnya untuk menjatuhkan Dr Mahathir, itu aje. Ingat diorang nak tolong orang Melayu? No way! Tetapi itulah kerja media asing. Boleh kata setiap berita yang disiarkan dibuat atas makna tertentu demi mencapai tujuan tertentu. 

Yang kurang sedikit agenda mungkin berita sukan. Berita hiburan jangan cakaplah... segalanya dibuat supaya satu dunia terkinja-kinja terlompat-lompat mengikut perangai orang yang akhlak dan moralnya rendah. Ini juga perancangan Yahudi supaya umum menjadi bodoh, bebal dan senang diperkudakan.

Sebenarnya kegunaan akhbar-akhbar dan lain-lain media massa dalam menyebarkan sesuatu agenda memang termaktub dalam rancangan jahat golongan Zionis untuk menguasai dunia. Malah dalam zaman ini mereka menganggap wadah tersebut lebih berkesan berbanding wadah-wadah lain seperti politik, perniagaan, undang-undang atau ketenteraan kerana mampu meracuni fikiran awam secara halus supaya percaya apa yang dirancang Yahudi adalah baik untuk mereka.



Sabtu, Mac 05, 2022

Agenda Yahudi dan media - Bahagian 1

Salam hari Sabtu malam Ahad 3 Sya'aban. Pergi pada bab seterusnya daripada projek buku awal tahun 2002 dengan membuat suntingan pada artikel Agenda Yahudi dan Media yang disiarkan lebih 15 tahun lalu. Sekadar merekodkan. Ini adalah artikel ke-2,233 di CATATAN SI MERAH SILU. Mari.


Gambar hiasan : Daripada artikel 911, 119 dan 191 (Hmm... Apa pula ini?) yang dipaparkan 11 September 2007...


AGENDA YAHUDI DAN MEDIA 

April 11 2002 

Malam semakin lanjut menghampiri Subuh. Walaupun agak letih akibat sehari suntuk berkejar ke merata Lembah Klang demi menyelesaikan beberapa hal yang sudah lama tertunda saya masih tidak dapat melelapkan mata. Lebih sejam terbaring dalam keadaan gelap dengan harapan akan jatuh lena tapi masih tak berjaya. Dahulu saya akan membaca majalah ringan supaya senang mengantuk. Tetapi saya telah berazam tidak mahu mempedulikan lagi bacaan sebegini yang banyak dihiasi gambar perempuan seksi. 

Nak baca buku pula koleksi saya agak berat. Silap-silap boleh terjaga sampai pagi kerana fikiran yang memang senang hyper-active bila dicucuk dengan idea dan pendapat mencabar. Akhirnya dibuat keputusan untuk pergi ke ruang tamu lalu bermain game dalam komputer riba. 

Entah bagaimana selepas dua pusingan "Minesweeper" terus tergerak untuk menyambung penulisan buku. Lagipun sudah dua minggu saya tidak menulis kerana urusan lain. Oleh itu terasa wajar untuk memulakan bab baru dengan perkembangan terkini berkaitan rancangan Zionis untuk menakluki dunia lebih-lebih lagi regim Yahudi di bawah perdana menteri Ariel Sharon telah menceroboh segenap bumi Palestin hampir dua minggu lalu. Untuk itu diperlukan bahan rujukan semasa. 

Sayangnya surat khabar New Straits Times yang dibeli awal pagi tadi tertinggal di rumah mertua. Mungkin penulisan boleh ditunda ke hari esok. Tetapi belum tentu rasa dan ilham yang sama akan tercetus jika menunggu lagi. Jadi mesti menulis malam ini juga. 

Bukan senang nak dapat gerak hati untuk membolehkan penulisan buku berjalan. Lainlah kalau tulis artikel suratkhabar. Pakai formula dan standard format pun jadi kerana tak perlu bersusah payah sangat mencari gaya yang sesuai untuk menterjemahkan idea dan gerak perasaan dalam hati. Tapi nak buat bagaimana? Mana nak cari suratkhabar malam-malam buta?

Nasib baik teringat restoran nasi kandar 24 jam tidak jauh dari tempat tinggal. Di sana memang ada surat khabar untuk tatapan semua. Saya pula boleh dikira pelanggan tetap. Mungkin boleh meminta senaskah atau salah satu ceraiannya untuk di bawa kembali ke rumah.

Dengan memakai pakaian tidur sahaja iaitu sehelai kain pelekat dan t-shirt buruk, ditambah jaket untuk menahan hawa malam, saya pun melangkah ke sana. Tak perlu naik kenderaan kerana restoran cuma 300 meter dari rumah. Banyak juga idea penulisan yang terbit sepanjang berjalan kaki. Agaknya Tuhan tak benarkan tidur lagi kerana nak bagi sedikit ilham supaya boleh menyambung penulisan buku. Cuma gaya bahasa dan jalan cerita sahaja yang masih samar. 

Sampai di restoran terus bergegas ke sebelah kaunter bayaran di mana surat-surat khabar selalu diletak. Seperti biasa ada The Star dan Utusan Malaysia. Tetapi kali ini terus pilih Utusan tanpa merujuk langsung pada The Star kerana buku mahu ditulis dalam bahasa Melayu. Setelah memesan segelas teh halia tarik saya pun terus membuka bahagian berita luar negara lalu meneliti tajuk-tajuk utama. 

"Israel didesak undur elak konflik merebak", tajuk terbesar berita luar negara Utusan untuk hari Khamis 11 April 2002 seperti menjerit meminta perhatian. Para pemimpin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia dilaporkan telah mengeluarkan kenyataaan bersama pada hari sebelumnya di Madrid, Sepanyol mendesak Israel agar berundur dari wilayah Palestin setelah lebih seminggu bermaharajalela di hampir segenap penjuru bumi yang pernah menjadi negara Arab berdaulat itu. 

Pada saya berita ini tidak lebih daripada cakap-cakap melepaskan batuk di tangga. Pengalaman sebagai wartawan akbar The New Straits Times selama lima tahun telah mengajar betapa kerapnya pemimpin mengeluarkan kenyataan semata-mata untuk memenuhi ruangan semasa, sama ada atas desakan wartawan yang ingin mencari cerita terbaru atau desakan umum. Memang pun ramai telah meminta Israel berundur dari bumi Palestin. Tetapi siapa pernah berjaya membuat Yahudi berbuat begitu? 

Seperti kita tahu cadangan sebegini telah lama diutarakan di forum-forum antarabangsa seperti PBB tetapi akhirnya jadi tak lebih daripada cakap-cakap kedai kopi. Bagaimana hendak menyuruh Yahudi agar menurut cakap jika polis dunia iaitu Amerika Syarikat masih melindungi mereka? Undi beratus negara lain dalam PBB senang-senang saja boleh diveto kuasa besar itu. Seperti yang kita tahu, anggota-anggota tetap majlis keselamatan PBB seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancis boleh menolak apa-apa sahaja cadangan pihak lain tak kiralah berapa ramai pun menyokong dengan kuasa veto tanpa perlu memberikan sebarang alasan pun. 

Inilah hasil salah satu perancangan jauh pihak Yahudi untuk memastikan kepentingan mereka sentiasa disokong. Kuasa-kuasa besar ini sebenarnya telah dikuasai mereka di sebalik tabir sejak lebih seratus tahun lalu. Negara-negara itu juga didalangi pihak Zionis melalui perancangan mereka yang mencetuskan Perang Dunia Kedua. Hasilnya, Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Russia yang mengalahkan pakatan Jerman, Itali dan Jepun telah berkuasa penuh ke atas PBB yang ditubuhkan selepas perang. Salah satu natijahnya ialah penubuhan negara Israel di atas negara berdaulat Palestin tanpa dapat dihalang. 

Mungkin Russia sahaja yang berani menentang pendirian kuasa-kuasa besar tersebut kerana perdana menteri mereka Vladimir Putin yang nasionalis memang tidak sukakan tekanan luar. Tetapi apa boleh dibuat? Negara besar yang pernah mengimbangi kekuasaan Amerika Syarikat semasa era perang dingin itu sekarang kurang bermaya akibat permainan Yahudi yang berjaya memecahbelahkan Soviet Union pada zaman perdana menteri Gorbachev... atas nama perestroika, satu dasar liberalisasi politik dan ekonomi. Kononnya supaya mendapat manfaat daripada sistem ekonomi kapitalis setelah lama mengamalkan sistem komunis. 

Tetapi kesannya menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan harian secara mendadak di samping kesan-kesan ekonomi lain yang membebankan rakyat. Ini menyebabkan Soviet Union akhirnya melutut menagih pertolongan Amerika Syarikat. Wilayahnya pula berpecah menjadi negara-negara bebas lalu kekuasaannya mengecut. Tinggal bahagian yang dikenali sebagai Russia sahaja yang dapat berhadapan dengan hegemoni Amerika dan Barat. 

Satu laporan lain pula menyatakan orang buruan Amerika Syarikat, bekas jutawan Arab Saudi Osama bin Laden yang mengetuai kumpulan militan Al-Qaedah lalu dituduh mendalangi serangan September 11 masih hidup. Yalah tu. Afghanistan dahulu diserang hebat dan kerajaan Taliban yang memerintah langsung digulingkan atas alasan Amerika Syarikat dan sekutunya mesti memburu Osama dan kumpulannya yang dikatakan berlindung di sana. Agaknya tak lama lagi akan keluar berita Osama sedang berlindung di Iraq pula. Bolehlah serang Iraq dan jatuhkan kerajaan Saddam Hussein yang menjadi duri dalam daging bagi Israel. 

Satu lagi laporan menyatakan ketua rundingan Palestin Saeb Arakat telah menuduh Israel membunuh 500  orang penduduk Palestin dalam serangan-serangan di Tebing Barat. Macamlah kuasa-kuasa besar ambil peduli. Sementara itu pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin, Yasser Arafat dikepung tentera Israel di ibu pejabatnya sejak 29 Mac. Apa boleh dibuat? Lagipun Arafat sebenarnya tidak lebih daripada boneka Amerika dan Yahudi dalam percaturan mereka di bumi Palestin. 

Kerajaan-kerajaan Arab pula dituduh mengkhianati Palestin. Menurut satu laporan yang difailkan di Kaherah kumpulan-kumpulan militan Islam daripada lebih sepuluh buah negara telah mengisytiharkan jihad kini menjadi tugas keagamaan kepada semua umat Islam sambil menuduh kerajaan-kerajaan Arab mengkhianati Palestin. 

Mereka yang tidak memahami dunia kewartawanan mungkin cenderung untuk menelan bulat-bulat berita-berita ini. Tetapi sesiapa yang membuka mata hati dan faham keadaan semasa boleh sedar ada agenda di sebalik cerita. Kalau perhatikan betul-betul, laporan-laporan ini diakhiri dengan nama-nama seperti AP, AFP dan Reuters. Tahukah apa makna nama-nama ini? Inilah nama-nama agensi berita antarabangsa yang berpengkalan di luar negara. 

Disebabkan akhbar tempatan tidak cukup besar dan kuat untuk menempatkan pemberita di seluruh dunia mereka tiada pilihan selain melanggan laporan daripada agensi untuk memenuhi ruangan berita luar negara. Tetapi apa yang mereka lupa atau buat-buat lupa ialah setiap berita yang disampaikan oleh agensi diwarnai oleh kaca mata tuan punya agensi. Siapa lagi tuan-tuan ini kalau bukan orang Yahudi? Insya'allah hal ini akan diperincikan dalam bab lain. 

Kadang-kadang kita akan terjumpa nama "Agensi" di akhir suatu laporan. Ini bermakna laporan itu ialah gabungan daripada berita-berita yang dibekalkan oleh agensi tetapi diolah oleh pengarang akhbar tempatan menjadi satu. Ini disebabkan ada fakta yang diutarakan oleh suatu agensi tidak ada pada agensi yang lain dan begitu juga sebaliknya. Walaupun pemberita mereka mungkin meliputi peristiwa sama mungkin angle atau sudut cerita yang diambil adalah berlainan. 

Seorang pemberita mungkin melihat peristiwa September 11 daripada sudut ketenteraan manakala seorang lagi daripada sudut kemanusiaan. Ataupun mereka melihat daripada sudut sama tetapi memperolehi fakta yang berlainan. Yalah, komen yang keluar daripada mulut datuk bandar New York mungkin tak sama langsung dengan komen yang keluar daripada mulut seorang polis yang bertungkus lumus meredakan keadaan. Lagipun pemberita memang suka mencari berita eksklusif. Kalau boleh nak dapatkan berita yang pemberita lain tak boleh dapat atau daripada sudut yang tak terfikir oleh orang lain. 

Masing-masing kalau boleh akan merujuk kepada sumber ekslusif. Kalau dapat, dia seorang sahaja hendak bercakap dengan datuk bandar atau presiden. Tetapi kebiasaannya orang berjawatan tinggi selalu dikejar ramai pemberita. Sebab itu kita selalu dapat berita yang sama walaupun daripada agensi dan pemberita yang berlainan. Cuma cara penulisan mungkin berbeaza. 

Berita pula sampai melalui rangkaian sistem telekomunikasi yang disambung terus ke komputer di pejabat akhbar tempatan. Mereka selalunya melanggan dengan beberapa agensi supaya boleh memilih yang terbaik untuk digunakan dalam akhbar. Pengarang boleh memilih beberapa banyak cerita yang mereka suka secara bulat-bulat tanpa disunting atau menggabungkan laporan daripada beberapa agensi menjadi satu cerita untuk tatapan pembaca. Misalnya, komen daripada datuk bandar New York yang ditulis oleh agensi AFP boleh digabungkan dengan komen daripada polis yang didapatkan oleh Reuters. 

Begitu juga yang berlaku di Malaysia. Berita dari sini juga selalu mendapat ruang di dada akhbar antarabangsa. Ada agensi berita asing menggunakan warga tempatan untuk mencari berita di negara kita. Sesetengahnya seperti Reuters mempunyai cawangan di Kuala Lumpur. Ada yang menghantar pemberita luar untuk meliputi peristiwa-peristiwa tertentu sahaja seperti apa yang terjadi selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. 

Apa yang pasti berita yang dihasilkan tetap akan diolah menurut kaca mata tuan punya agensi. Selalunya ini dilakukan menurut suatu agenda tersembunyi. Ada masa pula ini disebabkan pemberita bidang terjun dihantar secara tergesa-gesa ke Malaysia untuk mendapatkan suatu berita hangat lalu tidak dapat menghayati makna sebenar sesuatu peristiwa. Ini kerana tidak memahami latar belakang sosiopolitik dan penduduk suatu negara. Atau sahaja malas hendak mengkaji. Percayalah ini selalu terjadi kerana banyak manusia lebih mementingkan perut daripada kebenaran. 

Apapun dalam suasana dunia sekarang kebanyakan berita yang disunting agensi luar memang mempunyai agenda di sebalik tabir. Ini kerana mereka rata-rata dikuasai Yahudi. Seperti kita tahu mereka memang tak sukakan orang Islam, apa lagi negara Islam seperti Malaysia yang begitu berdikari berbanding kebanyakan negara Islam lain yang sudah lama berada di bawah telunjuk mereka. Berita tentang pemecatan Anwar Ibrahim misalnya digembar-gemburkan untuk menggambarkan pemerintah Malaysia sebagai zalim. 

Berita-berita daripada sumber pihak pembangkang seperti PAS dan DAP pula digunakan supaya kerajaan yang ada kelihatan tidak mendapat sokongan rakyat. Cerita-cerita mengenai demonstrasi jalanan diperbesarkan supaya masyarakat dunia ingat negara kita tidak lagi stabil, penuh dengan huru-hara. Bayangkanlah kesannya sekurang-kurangnya daripada segi ekonomi negara yang banyak bergantung kepada pelaburan luar. Persepsi itu penting dalam dunia perniagaan. Kita telah lihat akibatnya apabila Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh meredum. 

Sebenarnya agenda di sebalik tabir ini berlaku di mana-mana. Akhbar-akhbar utama di Malaysia pula cenderung untuk menyokong kerajaan. Ini menyebabkan banyak berita diolah untuk memihak kepada pemerintah sehingga kadangkala terlalu berat sebelah. Para wartawan diberitahu ini dilakukan untuk kemajuan negara. Cara ini dipanggil "constructive journalism" atau cara liputan yang membina kerana tidak mahu orang luar melihat keburukan dalam usaha untuk memajukan negara. 

Daripada satu segi ini bukanlah satu kesalahan. Kita tidak perlu membuka pekung di dada walau tahu ia wujud. Cukuplah berubat secara senyap-senyap. Lagipun akhbar-akhbar utama perlu mengimbangi serangan daripada akhbar-akhbar lain seperi Harakah yang didalangi parti PAS, selalu memburuk-burukkan setiap usaha kerajaan. Ada ke akhbar yang langsung tidak mempunyai kecenderungan kepada suatu pihak? Tepuk dada tanyalah selera. Sekurang-kurangnya berita yang dimuatkan mestilah tidak menyinggung perasaan tuan punya akhbar. 

Wartawan yang hidup untuk mencari makan sangat faham akan prinsip ini. Mereka yang berfikiran lebih bebas boleh mencuba untuk menulis berita yang tidak mempedulikan kepentingan tuan punya akhbar dan kawan-kawan atau sekutu mereka demi menegakkan kebenaran. Tetapi jangan harap berita itu akan disiarkan. Silap hari bulan mereka akan dilarang menulis atau dipecat terus. Ini adalah perkara biasa dan lumrah kehidupan. Berapa ramailah manusia yang berani mengakui kekurangan lebih-lebih lagi dalam zaman yang penuh dengan fitnah ini?

Masalahnya timbul bila orang yang terlibat tidak mahu pekung diubat sebaliknya memaksa orang lain agar memaparkan kisah yang muluk-muluk belaka. Contohnya bail-out syarikat gergasi Renong oleh kerajaan apabila ia mengalami masalah akibat krisis ekonomi yang melanda Asia Tenggara pada tahun 1997. Walaupun setengah masyarakat mengatakan ia tidak patut dilakukan kerana bertentangan dengan prinsip fair-play atau kesaksamaan dalam dunia perniagaan saya dapat menerima kerana Renong menaungi beribu anak Melayu. Kalau syarikat jatuh ramai anak bangsa yang akan dipaksa menganggur. Masyarakat Melayu akan kehilangan satu flagship yang juga melambangkan maruah bangsa dalam dunia perniagaan yang lebih dikuasai bangsa Cina. 

Oleh itu media utama tempatan didapati banyak melindungi syarikat walaupun ramai membantah. Kerana turut dilindungi adalah beribu anak Melayu yang baru bertapak dalam dunia korporat. Tapi perlukah juga menyelamatkan beberapa individu yang telah beberapa kali tersilap langkah dalam mentadbir sebuah syarikat yang begitu penting atas nama kedaulatan Melayu? Tidakkah mereka merupakan pekung yang perlu diubat? Atau lebih baik, buang langsung sebelum merebak ke serata badan.

Tetapi perkara ini tidaklah semudah bercakap di kedai kopi. Mengkritik memang mudah. Berapa ramai yang sedar akibat? Dalam hal ini Melayu terlalu lemah. Jika individu-individu yang gagal itu dibuang, berapa keratlah tinggal orang Melayu korporat yang boleh dibanggakan? Ini soal maruah dan psikologi bangsa. Kalau nak buang pun biarlah disediakan dahulu pelapis. Buat sementara waktu yang gagal masih dianggap sebagai simbol kekuatan ekonomi Melayu. Dan yang mencanangkannya adalah pihak media, mungkin atas arahan pihak berkenaan.



Jumaat, Mac 04, 2022

Susah payah satu perjuangan - Bahagian 3

Bersambung daripada artikel  Susah payah satu perjuangan - Bahagian 2 dengan membuat suntingan pada artikel lama Dugaan! Bahagian terakhir pecahan artikel permulaan 2002.


Gambar hiasan : Saya menemui lalu membeli senaskah buku ini sama ada pada awal atau pertengahan tahun 2001. Ia menjadi rujukan untuk menulis buku pertama saya dalam bahasa Melayu bermula awal 2002 tetapi tidak menjadi itu...


Malangnya saya masih tidak dapat menulis. Fikiran ini buntu. Kepala sendat agaknya kerana terlalu banyak berfikir. Memang saya ada bermacam-macam idea dan isi. Tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Keadaan ini adalah seperti hendak membersihkan rumah yang sudah lama dibiarkan berselerak. Mana hendak dimulakan dahulu? Nak cuci tandas ke, sapu ruang tamu ke atau atur bilik tidur? Dapur pun kotor, dinding bersawang, semua almari berhabuk. Segala benda berselerak. Tengok pun dah rasa lemas. 

Untuk memecah kebuntuan saya bermain game yang ada dalam komputer riba. Sekejap main "Solitaire", sekejap "Pinball", sekejap "Minesweeper". Akhirnya asyik main game memanjang. Nampaknya perlu cara lain untuk memecahkan kebuntuan. 

Saya perlukan sentuhan ilham dan cetusan rasa. Dalam keadaan tertekan itu rasanya hanya kediaman Pak Habib di Janda Baik sahaja mampu menggerakkan minda. Cuma rasa segan pula hendak berjumpa  kerana telah berjanji dengan diri sendiri akan mengemukakan sekurang-kurangnya satu bab untuk tatapan Pak Habib bila bertemu lagi. 

Saya pun terus melekat di rumah dengan game komputer. Sesekali sahaja keluar untuk berjumpa kawan atau makan angin dengan harapan ilham akan datang. Tunggu punya tunggu sampailah Kuala Lumpur mula berjerebu. Kepala semakin sesak sedangkan perlumbaan Formula 1 di Sepang pun hampir nak sampai. 

Teringat saat-saat manis ketika meliputi perlumbaan besar tersebut, semasa masih bekerja dengan akhbar The New Straits TimesSentimental pula rasa. Apapun sudah dekat dua bulan kerja terbengkalai sejak  memberitahu Pak Habib rancangan untuk menulis buku. Akhirnya nak tak nak terasa mesti pergi ke Janda Baik untuk memecah kebuntuan. Lagipun udara dan cuaca di sana jauh lebih baik berbanding di Kuala Lumpur. 

Alhamdulillah saya mendapat sedikit kekuatan dalaman bila Maal Hijrah tiba. Mungkin Tuhan hendak membangkitkan semangat seiring dengan tahun baru Islam. Untuk melepaskan nostalgia saya menghabiskan hari Ahad di bandar raya kerana hendak mengikuti perlumbaan Formula 1 di layar besar Dataran Merdeka. Selepas tahu siapa yang menang baru menelefon Pak Habib untuk memberitahu akan datang ke Janda Baik pada hari Isnin untuk berehat seminggu. 

Mula-mula dia tanya berapa orang hendak dibawa. Saya jawab datang seorang diri sahaja. Seterusnya dia bertanya  datang "for business or pleasure?". Saya jawab kedua-dua sekali. Saya akan bawa komputer riba. Dia pun faham saya nak buat kerja. 

Sampai masanya saya pun bergegas dengan motosikal kesayangan menuju ke Pahang. Sebaik saja masuk ke kawasan Janda Baik melalui persimpangan di Genting Sempah yang juga bercabang ke pusat percutian dan perjudian Genting Highlands terus terasa perubahan. Udara yang segar nyaman serta latar belakang kehijauan bukit bukau dan gunung ganang memberikan harapan bahawa kali ini saya akan dapat memulakan penulisan buku yang diidamkan. 

Rumah Pak Habib dengan taman yang indah dan sungai yang mengalir di sebelah pula semakin membangkitkan semangat. Keadaan di sana memang menenangkan menyebabkan saya sering termenung jauh merenungi kebesaran Tuhan. Tetapi saya masih tidak dapat memulakan kerja. Memang terasa jauh lebih tenang di situ tetapi bukan senang hendak menulis buku lebih-lebih lagi yang mengetengahkan mesej yang agak berat. 

Perkara mana yang hendak dikehadapankan dahulu pun  masih tak tahu. Adakah hendak terus bercerita mengenai komplot Zionis, apa yang tak kena dengan peristiwa September 11 atau nak mulakan dengan sedikit latar belakang berdasarkan sumber-sumber tertentu? Ah. Saya buntu lagi. 

Nak tak nak terpaksa akur dengan keadaan. Kita boleh merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Saya pun membuat keputusan untuk "enjoy the moment". Lupakan niat untuk menulis buat sementara dan terima keadaan seadanya. Hirup udara segar, mandi sungai, jalan berkaki ayam keliling taman, pusing kampung jumpa kawan-kawan yang menetap di Janda Baik. 

Ada masa melepak di rumah seperti istana lama yang dibawa dari Perak tidak jauh dari persimpangan di sebelah Sungai Sum-sum kerana saya memang suka rumah lama dengan ukiran-ukirannya. Ia milik seorang kerabat yang sangat rapat dengan Sultan Perak. Terasa seperti rumah sendiri pula. Mungkin disebabkan salasilah keluarga sebelah bapa yang baru kebelakangan ini diambil tahu. Apapun tak boleh paksa diri menulis kerana masih ada kekusutan yang belum terurai. 

Pak Habib yang selalu berurusan di Lembah Klang sampai dua hari kemudian dengan seorang wartawan akhbar tabloid. Ayat pertama keluar daripada mulutnya ialah "Buku dah siap?" Perasaan malu mula bersarang dalam hati. Saya cuma boleh menjawab : "Idea semua ada dalam kepala tapi tak dapat keluarlah Pak Habib. Banyak problem." 

Dia mengangguk. "Biasalah tu, kalau tak takde problem bukan manusia namanya," katanya sebelum memperkenalkan dengan wartawan di sebelahnya yang juga seorang jurugambar. Nasib baik Pak Habib sporting. Kalau tidak boleh tergugat semangat untuk menulis. Memandangkan dia ada urusan saya pun meninggalkan mereka. Lagipun saya ingin berjumpa beberapa orang kawan untuk berbual. Inilah salah satu cara saya cuba menguraikan kekusutan. 

Setelah termangu lagi sehari saya pun bertekad untuk memulakan penulisan. Ketika itu hampir masuk malam Jumaat sedangkan saya sampai ke Janda Baik pada hari Isnin. Kali ini terasa mesti menulis apa sahaja yang terlintas dalam fikiran. Tak kiralah walaupun idea merapu. 

Dengan izin Allah saya mendapat cetusan rasa yang berguna sebelum matahari terbenam. Saya terfikir mengenai kesanggupan Pak Habib membenarkan penggunaan kediamannya untuk mencari sentuhan dan sungai yang mengalir indah di hadapan. Bukan semua orang akan membenarkan kita tidur di rumah mereka jika baru berkenalan. Dan bukan semua orang ada rumah dan taman seindah kepunyaan Pak Habib, dengan sungai mengalir betul-betul di tepi rumah pula itu. 

Bukan semua orang sanggup mendengar rintihan kita dengan jujur. Dan bukan semua orang yang sanggup mendengar mampu pula memahami. Saya gunakan hal ini untuk meluahkan perasaan. Selama ini penulisan terasa tersekat kerana beban emosi yang amat berat. 

Pertolongan Pak Habib sedikit sebanyak mula membuka jalan. Akhirnya malam itu menyaksikan saya menggunakan komputer riba dengan produktif setelah empat hari ia "berehat" dalam beg sandang. Itupun sikit punya lama nak dapatkan tiga perenggan pertama. Sesekali saya diganggu oleh bau bungaan wangi yang dibawa angin berserta rasa seram sejuk dan bulu roma meremang. Maklumlah, malam Jumaat. Dekat hutan pergunungan pulak tu. Memang kawasan Janda Baik ni banyak makhluk halus. Tapi mengikut kata orang kebanyakannya jenis baik. 

Alhamdulillah, penulisan menjadi semakin lancar selepas waktu Isyak. Bab inilah hasilnya. Cuma ketika itu saya menulis tidak sampai ke perenggan ini. Walaupun tak pasti sama ada akan jadi mukadimah, bab permulaan atau pertengahan buku kerana cuma mengikut "flow" dan gerak hati saya berpuas hati dengan gaya penulisan dan cerita yang mengalir keluar. Sekurang-kurangnya telah berjaya menentukan tempo yang sesuai untuk buku. Ia seolah-olah "groundwork" yang diperlukan untuk membuat sebuah bangunan. Kerja-kerja "foundation"lah memakan masa paling lama. Tetapi apabila selesai bab ini bangunan semakin mudah disiapkan daripada tingkat ke tingkat.

Saya terus menulis sehingga kepenatan, sakit kepala dan rasa mengantuk memaksa untuk berhenti. Lagipun sudah larut malam, dah lebih jam 3 pagi. Dapatlah dekat sepuluh perenggan. Selepas bersolat saya pun tidur dengan niat hendak menyambung penulisan pada pagi Jumaat. 

Tetapi sekali lagi, manusia boleh merancang sedangkan Tuhan yang menentukan. Saya bangun tidur dengan rasa berat kepala yang amat sangat lalu menundakan niat. Kalau ikutkan hati memang nak tidur lagi. Tetapi saya hendak membiasakan bangun pagi setelah lama terbiasa tidur panjang tak tentu masa. 

Untuk melawan rasa mengantuk dan berat kepala yang amat sangat  saya bertukar pakaian ke seluar pendek sahaja dan pergi berlari-lari anak keliling padang yang terletak betul-betul di hadapan bilik tidur. Penjaga rumah yang juga anak angkat Pak Habib tersenyum melihat gelagat. Sesekali saya berhenti untuk mengamati dan menghidu bunga yang bermacam jenis. 

Bila dah jemu pergi duduk bercangkung di tepi sungai melihat air mengalir. Sedar tak sedar saya dah merayap sampai ke hulu. Bila kembali ke kediaman Pak Habib sudah hampir waktu solat Jumaat. Bila keluar solat di masjid terserempak pula dengan kawan-kawan. Langsung hari itu dihabiskan tanpa membuat sebarang penulisan. 

Saya cuma dapat menyambung usaha pada malam Sabtu selepas pukul 9 malam. Walaupun kepala masih terasa agak berat, mungkin kerana disebabkan perubahan cuaca setelah lama kepanasan di Kuala Lumpur menghidu jerebu, ditambah usaha untuk mengurangkan tidur dan bangun Subuh setiap hari, saya memaksa juga diri untuk menulis. Pak Habib kata kepala saya juga berat disebabkan "brain drain" kerana lama tidak menulis. Cuba pula menulis buku pertama. Kata orang putih "a maiden effort", usaha yang pertama. "Maiden" tu maknanya anak dara. Tiada kena mengena dengan pasar raya Mydin. Mungkin ada kena mengena dengan kumpulan rock Iron Maiden. "Maiden effort" ini lebih kurang seperti malam pertama pengantin le. Mula-mula sakit. Lepas tu tak payah ceritalah. Enjin dah "break-in". 

Dengan kuasa Allah "flow" datang mencurah-mencurah. Kebetulan malam itu hujan lebat selebat-lebatnya, paling lebat sejak mula bertandang ke Janda Baik. Mungkin disebabkan siang tadi terlebih panas. Teringat kata-kata Pak Habib pagi itu. Katanya Janda Baik yang terletak pada ketinggian lebih dari 1,000 kaki di atas paras laut tidak pernah sepanas itu. Mungkin disebabkan pilihan raya Ketari, kerana ramai manusia membawa dosa masuk kawasan. Hmm... mengenai hal ni mungkin boleh disentuh dalam satu bab kerana peranan Yahudi dalam menentukan arah politik dunia dan akibatnya kepada orang yang terlibat termasuk di negara kita sendiri adalah salah satu topik yang ingin diketengahkan dalam buku. 

Apapun bab ini dapat dihasilkan dengan jayanya dan jalan yang perlu diambil untuk menyiapkan buku semakin terang. Apa yang ingin ditekankan ialah tidak mudah untuk menulis buku ini kerana ia bukan sebarang buku. Ia adalah satu pendedahan mengenai apa yang sebenarnya telah, sedang dan akan berlaku di pentas dunia juga di Malaysia terutama dalam konteks Peristiwa September 11 di New York. Ini bukan cerita berita harian atau buku fiksyen tetapi pengamatan melalui pengalaman hidup, pengkajian yang meluas dalam pelbagai bidang ilmu dan gerak hati yang diasah melalui ilmu Laduni kurniaan Tuhan. Rancangan Zionis untuk menakluki dunia bukan perkara main-main, bukan cerita yang dibuat-buat. 

Malah Henry Ford, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan kereta Ford sendiri pernah menulis rangkaian artikel yang akhirnya dibukukan atas tajuk "The International Jews". Kerana dia sedar mengenai rancangan tersebut. Tetapi Henry Ford menulis pada tahun 1920an, tidak lama selepas berlaku perang dunia pertama . Ia merupakan perang besar pertama daripada siri tiga perang dunia yang telah dirancang oleh pihak Zionis sejak abad ke 18 lagi. Banyak lagi perkara telah terzahir sejak itu termasuk Peristiwa September 11. Lagipun Ford menulis menurut perspektif seorang Kristian dan rakyat Amerika. Tulisannya lebih menyentuh tentang bahaya pengaruh Yahudi di persada politik dan perniagaan Amerika pada waktu itu kerana dia sendiri telah merasakan kesannya. 

Melalui buku ini saya akan membawa isu konspirasi Yahudi ke peringkat yang lebih tinggi termasuk pengaruhnya ke atas sejarah Alam Melayu dan seterusnya terhadap keadaan politik di Malaysia sendiri. Saya akan mendedahkan bagaimana Zionis telah merosakkan fikiran manusia terutama orang Islam supaya berpecah belah dan mudah dipengaruhi dan diperintah melalui berbagai wadah seperti politik, pelajaran, hiburan, sistem kewangan, korupsi dalam agama, dan yang paling utama pada zaman ini, pengaruh media massa demi mencapai matlamat utama mereka - menakluki seluruh dunia seperti yang mereka rasakan patut dibuat. Kononnya atas ajaran yang dibawa kitab Taurat. 

Ingat, ini bukan cerita sebarang tetapi cerita mengenai peristiwa akhir zaman dan penyelewengan yang berlaku dengan galaknya di merata dunia dalam berbagai bidang. Jangan terperanjat jika terjumpa cerita mengenai Dajjal dan Imam Mahdi. Ia disertakan kerana perkara ini memang wujud. Dan tujuan utama buku adalah untuk membuka mata masyarakat supaya jangan terperanjat jika perang dunia ketiga berlaku di hadapan mata tidak lama lagi. Bersedialah untuk kemungkinan ini kerana ia bukan omongan kosong. Bacalah dengan hati terbuka dan jiwa yang insaf. Amin.




Susah payah satu perjuangan - Bahagian 2

Meneruskan proses berkenaan. Menyambung penceritaan dalam artikel Susah payah satu perjuangan - Bahagian 1 dengan suntingan bagi artikel lama Susahnya nak berjuang! Sambungan ke 2 artikel permulaan 2002.


Gambar hiasan : Daripada artikel Kenangan liputan sukan berkuda di Perancis tahun 2000 - Berapa perjalanan sebagai wartawan akhbar The New Straits Times...



Dipendekkan cerita, semakin lama didapati usaha untuk mengetengahkan peradaban tinggi melalui penulisan sukan semaking terhalang. Semakin lama semakin banyak artikel dipotong hingga tinggal tulang. Alasan yang diberikan bos adalah ruang dalam dada akhbar tidak mencukupi untuk memuatkan tulisan. Sedangkan ada penulis lain yang dibenarkan menulis berjela-jela walaupun isi tak seberapa.

Apa yang nampak terdapat usaha untuk mengurangkan pengaruh kerana tulisan saya telah mendapat tempat di hati pembaca. Ini kerana ramai juga daripada mereka terdiri daripada orang berpengaruh dalam persada politik dan perniagaan tanah air. Yang pasti memang ada yang tidak menyenangi tulisan juga keakraban saya dengan orang-orang ternama. Malah seorang wartawan lama yang dianggap kawan rapat pernah menuduh saya cuma ingin bergaul dengan orang "besar-besar" sahaja kerana kepentingan peribadi atau mencari imbuhan . 

Hati ini benar-benar terguris. Nampaknya niat untuk mengetengahkan suatu wawasan yang murni tidak bermakna langsung bagi orang seperti itu. Kalau manusia yang dianggap kawan pun boleh merasa begini apatah lagi orang yang memang dah terang-terangan nampak iri hati dan tercabar dengan cara bekerja dan tahap penulisan saya. Masyaallah. Berhari-berhari saya menangis meminta hidayah dan kekuatan daripada Allah. Baru faham bagaimana orang yang ingin memperjuangkan kebenaran boleh dituduh bermacam oleh orang yang tak faham atau buat-buat tak faham. 

Sampai satu peringkat saya terasa betul-betul patah hati dengan keadaan. Saya masih boleh tahan difitnah dan dituduh macam-macam. Tetapi apabila artikel asyik dipotong atau tidak diterima apa lagi patut dibuat kerana itulah wadah perjuangan? Walaupun begitu saya masih lagi cuba bertahan. Sampailah peristiwa September 11 di New York. Saya merasakan ia sebagai petanda besar bermulanya zaman fitnah seperti pernah dibaca dalam sesetengah kitab. 

Sebagai seorang yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang Tasauf dan percaya pada gerak hati, saya merasakan bahawa perjuangan yang jujur buat masa ini akan lebih mendatangkan kesedihan ataupun heart break. Bayangkan setiap hari selama lima tahun sebagai wartawan asyik berfikir berat tentang cara bagaimana hendak membawa wawasan dan impian melalui penulisan sambil menghadap pelbagai halangan serta ruangan akhbar yang disempitkan. Memang penat. Tetapi disebabkan masih diperlukan untuk meliputi acara-acara tertentu dalan Sukan SEA di Kuala Lumpur 8-17 September 2001 saya ketepikan dahulu perasaan. 

Selesai sahaja Sukan SEA saya mula terasa berat untuk bekerja. Sudahlah selalu terpaksa meninggalkan rumah untuk memenuhi tuntutan pekerjaan dan wawasan yang tak kira masa, usaha tidak dipedulikan di tempat kerja sendiri. Mungkin lebih elok kalau ikut sahaja rentak orang lain, play safe, gaji tetap jalan. Dan gaji memang agak lumayan.  Tetapi saya lebih rela mati daripada bekerja semata-mata untuk cari makan. 

Sebab itu sampai satu masa saya tidak pergi kerja selama beberapa hari dan tidak mahu menjawab bila diberikan surat tunjuk sebab. Saya betul-betul terasa hilang semangat dan disia-siakan.. Kalau orang yang terlibat benar-benar jujur mahu memahami masalah mereka boleh bersemuka dan bertanyakan cerita sebenar. Malah saya telah mengemukakan alasan dalam satu surat yang diutarakan kepada beberapa pihak untuk memohon agar ditukarkan ke bahagian lain. Sebaliknya saya dipecat 24 jam atas arahan pihak yang paling atas! 

Kalau ikut aturan saya sepatutnya dikenakan tindakan disiplin terlebih dahulu sebelum tindakan lain menyusul.  Tapi mereka yang terlibat nampaknya tidak peduli langsung akan sumbangan saya selama beberapa tahun. Apapun bukan susah sangat nak cari kerja lain. Cuma terasa serik bekerja di bawah orang. 

Saya sedar  ramai mementingkan perut dan ego daripada memperjuangkan kebenaran. Dan mereka ini senang merasa tercabar bila ada yang menunjukkan kelebihan. Rasanya lebih elok bekerja secara freelance

Sebab itu tergerak nak jumpa Pak Habib. Walaupun ada menganggap beliau tidak lebih daripada penulis upahan dan orang yang menggunakan pena untuk kepentingan diri hati kecil saya berkata akan bertemu kesesuaian dengan beliau. Yalah, saya pun pernah dituduh cuba berbaik dengan orang besar untuk mencapai kesenangan walaupun beria-ia menghad pergaulan atau "keep a distance". Walhal saya tidak mahu melanggar prinsip tidak mahu terlibat dengan budaya "I scratch your back you scratch my back". 

Apa-apa pun mesti berjumpa dengan orangnya dahulu. Lihat dengan mata kepala sendiri, dengar apa yang dikatakan sebelum membuat apa- apa penilaian. Alhamdulillah, Pak Habib yang selalu sibuk dapat dihubungi hari itu juga. Anak saudaranya yang bergiat dalam dunia lakonan telah membawa beberapa kawan seangkatan menemani untuk bertemu di kediamannya di Janda Baik. 

Dia pula sanggup bergegas dari Kuala Lumpur untuk menemui kami. Di situ dapat dilihat Pak Habib ni agak simple orangnya dan sanggup menolong orang. Gerak hati saya menyatakan memang kami boleh "click". Seperti saya beliau cenderung terhadap pengajian Tasauf. Dan beliau juga tidak suka menonjolkan kepercayaan kuat pada agama melalui pakaian dan sifat luaran. 

Ah, memang kami boleh geng. Cuma disebabkan kawan-kawan yang ada ketika itu kurang cenderung dalam hal ini saya terpaksa mengekang keinginan untuk berbual mengenai ilmu Hakikat sehingga mereka balik meninggalkan kami bersendirian. Yang pasti Pak Habib bukanlah seperti digambarkan sesetengah orang. Saya bukan mengharapkan pertolongan sangat. Cuma seseorang yang boleh diajak berbual perkara-perkara yang jarang dapat dibincang dengan orang lain secara jujur. 

Beliau tidak menghadapi masalah untuk memahami tekanan yang dihadapi di New Straits Times. Malah beliau menggalakkan agar terus berpegang pada prinsip dan wawasan. Apa orang lain nak kata, katalah. Yang penting Tuhan tahu niat kita. 

Pak Habib juga memberikan semangat untuk saya menjadi penulis bebas tanpa gaji tetap. 

"Engkau kena hidup macam harimau. Jalan sana sini tak payah bawak bekal hidup makan daging jugak," katanya. "Jangan jadi lembu dalam kandang nak orang bagi makan memanjang. Last-last orang makan. Tengok macam aku dah tulis macam-macam buku boleh hidup jugak. Rezeki di tangan Allah. Jangan nak hidup makan gaji je." 

Pada Pak Habiblah diceritakan rancangan menulis sebuah buku mengenai komplot golongan Zionis untuk menakluki dunia. Walaupun perkara ini sebenarnya sudah lama diperkatakan orang seperti cerita-cerita tentang golongan Freemason yang pernah kecoh suatu masa dahulu rasanya baru sekarang menjadi begitu nyata susulan peristiwa September 11. Tetapi pada semasa itu saya tidak memberitahu Pak Habib kenapa merasa begitu terpanggil untuk menulis buku. Ini disebabkan ia ada kena mengena dengan sebuah mimpi yang dialami lebih kurang sebulan sebelum World Trade Centre di New York itu roboh. 

Tak perlulah diceritakan tentang mimpi kerana isinya sangat berat, ada kena-mengena dengan salasilah keturunan. Cukuplah kalau dikatakan ia juga ada kena mengena dengan apa yang berlaku di persada dunia kebelakangan ini menyebabkan saya tidak dapat nyenyak tidur selama beberapa bulan kerana asyik mengkaji cerita-cerita berkenaan rancangan Zionis daripada pelbagai sumber. 

Sekembali ke Kuala Lumpur  saya terus mengatur langkah untuk memulakan penulisan. Kebanyakan isi sudah dikumpulkan tetapi tiada alat untuk menulis. Saya memerlukan sebuah komputer laptop sendiri kerana komputer kegunaan terdahulu telah dipulangkan kepada syarikat. Nasib baik ada skim membeli komputer KWSP. Semasa menguruskan pembelian komputer terserempak pula dengan Pak Habib di Plaza Pekeliling. 

Dia tanya bila hendak memulakan buku. Saya jawab sebaik saja dapat laptop, dalam masa sebulan gitu.  Tetapi balik sahaja ke rumah jiwa meronta-ronta hendak memulakan penulisan. Hampir setiap malam terfikirkan isi dan gaya cerita yang ingin diketengahkan. 

Sampai satu malam tidak dapat tidur langsung kerana terlalu gelisah. Akhirnya bergegas ke rumah ibu saudara di Damansara Heights tidak jauh dari rumah sendiri di Segambut kerana hendak menggunakan komputer. Walaupun datang awal Subuh ibu saudara tak berapa kisah kerana sudah faham perangai. Saya kata dah tak tahan hendak menulis dan terus memulakan mukadimah dengan semangat berkobar-kobar. Sampai tak ingat makan dan minum....

Sedar-sedar sudah masuk waktu Asar. Saya telah menulis satu bab penuh selain mukadimah. Sayangnya bila dibaca dan diteliti kembali aturan isi dan gaya bahasa tidak seperti yang diinginkan. 

Semasa itulah sedar bukan senang hendak menulis buku. Mood mesti betul. Semangat yang berkobar-kobar dengan segala bahan yang ada sebenarnya belum mencukupi . Keluarga pula asyik bertanya bila nak cari kerja tetap kerana kurang yakin dengan keputusan untuk menjadi penulis bebas. 

Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu fikiran dan tumpuan. Ini menyebabkan tidak dapat menyampaikan isi dengan baik. Sebenarnya bukan saya tidak ingin bekerja langsung. Cuma perlu berfikir panjang kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Semangat untuk mewujudkan peradaban tinggi di Malaysia tetap berkobar-kobar. Tetapi saya sedar kebanyakan orang tidak dapat memahami hal. Mereka lebih mementingkan periuk nasi daripada prinsip yang benar. 

Kalau ikutkan tak susah nak dapat kerja pun. Saya ada kelulusan tinggi di samping pengalaman yang berguna. Saya juga mempunyai banyak kenalan berpangkat tinggi. Tetapi apa bezanya dengan orang yang menyalah-gunakan kedudukan atau bersifat kroni jika saya menggunakan kelebihan ini sewenang-wenangnya? Prinsip amat penting buat diri ini. 

Walau apapun saya pernah mencuba mencari peluang pekerjaan lagi di New Straits Times selepas lebih empat bulan meninggalkannya. Saya ke sana untuk mencari ruang menulis dari luar kerana masih sayangkan akhbar. Maklumlah membesar dan belajar bahasa Inggeris dengan membaca NST sejak kecil di Muar. Ada sentimental attachment. Janggal dan berat rasanya hendak menulis di tempat lain walau pernah ditawarkan untuk berbuat begitu. 

Oleh kerana ramai mengenali di NST tak susah untuk mendapatkan persetujuan bagi menulis sebagai contributor buat ruangan tertentu. Tetapi sebaik sahaja keluar kawasan pejabat saya ditahan oleh pengawal keselamatan. Katanya saya tidak boleh berada di situ. Saya telah diharamkan daripada memasuki lingkungan pagar NST atas arahan orang paling atas. 

Orang luar pun boleh masuk hingga ke ruang menunggu tetapi saya yang pernah berkhidmat selama lima tahun dan mengenali hampir seluruh pelusuk warga kerja boleh diharamkan daripada memasuki kawasan pagar. Sampai begitu sekali! Kalau begini tiada peluanglah untuk menulis di NST lagi. Kalau cuba pun tahu artikel saya takkan keluar kerana dihalang bos paling besar. Tak kiralah artikel tu bagus bagaimana sekalipun. Silap-silap diplagiatnya pula...

Saya pun bertekad untuk memberikan sepenuh penumpuan pada penulisan buku. Mungkin satu hari akan tergerak untuk menulis di akhbar lain atau majalah? Kawan-kawan dalam bidang seni pula ada bertanya jika ingin menulis skrip drama atau lirik lagu. 

Tidak lama kemudian laptop saya pun sampai Ia dikirim oleh Pos Malaysia ke rumah. Akhirnya boleh memulakan penulisan setelah lebih sebulan bermain-main dengan berbagai gaya bahasa dan jalan cerita dalam fikiran tanpa mencoret secara hitam putih. Selepas menginstall apa yang patut, saya pun membuka perisian WordPad lalu memulakan cerita...