Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, Januari 26, 2008

Sekali lagi, salam daripada Sungai Siput!


Ya, begitulah tajuknya... Sekali lagi salam daripada Sungai Siput di negeri Perak Darul Rizuan! Sememangnya saya merancang untuk bermalam lagi di sini tetapi di rumah seorang rakan lain pula. Sebaliknya saya bermalam lagi di rumah saudara Syahir yang terletak di jalan di belakang bukit berbentuk unik seperti kelihatan di dalam gambar atas.
Hmm... Sebelum menyambung celoteh, sukacita dimaklumkan saya telah menunaikan satu hasrat yang ada dinyatakan dalam posting bertajuk Kamera short-curcuit di Makam Daeng Parani dan 2 insan bernama Badrul... yang dibuat Selasa lepas. Iaitu, insyaallah saya akan memaparkan gambar-gambar sebuah masjid unik yang ditemui ketika mencari Makam Daeng Parani... Sekarang sudah siap, ada di dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Masjid unik di (Unique mosque at) Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah... . Saya juga telah memulakan proses penyambungan cerita perjalanan di Johor dengan membuat artikel bertajuk Historic Kota Tinggi, once the seat of the Johor Empire... di dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH .
OK. Hari pun sudah larut malam sedangkan saya amat penat. Biar saya buat outline perjalanan hari ini ya...
Pagi sekitar jam 11, Sungai Siput ke Ipoh. Sempat singgah di Muzium Perak kemudian pergi berjumpa Badrul di hadapan Masjid Negeri Perak untuk mengambil payung tertinggal di dalam kereta... Kemudian kami makan tengahari di medan makan bersebelahan masjid.
Dengan menurut gerak hati yang tiba-tiba memanggil saya berjalan ke satu arah, saya berpecah dengan kawan-kawan lalu berjalan kaki sampai ke Masjid Panglima Kinta sebelum menumpang orang pergi ke Masjid Paloh... Sempat melawat makam-makam di sana sebelum berjalan kaki kembali ke Masjid Negeri untuk menunaikan solat Jumaat.
Hmm... Beginilah, dipendekkan cerita selepas itu saya dan saudara Syahir pergi ke Gopeng terus ke Kota Bahru dan Kuala Teja. Kemudian Malim Nawar, Tanjung Tualang terus ke Kampung Gajah... Seterusnya Lambor Kanan, Bota Kanan, Beruas, berjalan ikut Manong ke Kuala Kangsar kemudian Kota Lama Kanan sebelum kembali ke Sungai Siput sekitar jam 10 malam.
Kami sempat menziarahi makam 10 orang Sultan iaitu (menurut turutan lawatan) Sultan Alauddin Mughayat Shah (Sultan Perak ke 12, memerintah 1720-1728), Sultan Mahmud Iskandar (Sultan ke 11, 1653-1720), Sultan Mahmud Shah (Sultan ke 8, 1627-1630), Sultan Muhammad Shah (ke 14, 1742-1743), Sultan Muzaffar Shah I (pertama, 1528-1549), Sultan Muzaffar Shah II (ke 10, 1636-1653), Sultan Alauddin Shah (ke 5, 1594-1603), Sultan Ahmaduddin Shah (ke 18, 1786-1806), Sultan Muzaffar Shah III (ke 13, 1728-1752) dan Sultan Mansur Shah (ke 2, 1549-1577)... Kami juga sempat melawat makam-makam kerabat diraja dan para pembesar seperti Marhum Teja Raja Bendahara Alang Iskandar, Megat Terawis, Tengku Syed Ja'afar dan Syed Hussin Yamani serta beberapa buah masjid termasuk Masjid Kampung Kota (Beruas), Masjid Ridzuan (Kuala Kangsar) dan Masjid Kota Lama Kanan.
Rasanya cukuplah ini untuk memberi gambaran akan betapa jauh kami jalan-jalan cari makam sehingga kepenatan... Sekian, selamat malam!

Khamis, Januari 24, 2008

Salam dari Sungai Siput, Perak...

Gambar terbaru Makam Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di kawasan permakaman diraja Perak, Bukit Chandan yang baru diambil petang tadi...

Assalamualaikum semua... Salam perjuangan daripada saya yang kini berada di Sungai Siput, Perak. Dalam posting terakhir di sini bertajuk Kamera short-curcuit di Makam Daeng Parani dan 2 insan bernama Badrul... yang dibuat 2 hari lepas, saya telah bercerita sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku di Kedah pada hari Isnin baru-baru ini... Tentang bagaimana saya telah melawat Makam Tok Soh dan Makam Daeng Parani di sekitar Sungai Petani sebanyak 2 kali dalam satu hari akibat masalah kerosakan kamera, kedua-duanya bersama rakan yang berlainan orang tetapi namanya sama. Seorang Badrul daripada Sungai Petani, seorang lagi . Badrul daripada Ipoh.
Adapun kini, masalah yang berlaku hari Isnin itu telah membawa saya untuk juga singgah lagi di Kuala Kangsar, Perak... Untuk mengambil sekali lagi gambar terbaru makam moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Bukit Chandan kerana gambar yang diambil dalam persinggahan sebelum ini iaitu pada hari Ahad ketika dalam perjalanan pergi ke Kedah tidak dapat di access akibat masalah kerosakan kamera yang melibatkan short-circuit pada memory card.
Oh... Sebelum menyambung cerita bab Perak ini, sukacita diberitahu dalam perjalanan ke Kedah kali ini, saya sempat sampai ke beberapa tempat yang sebelum ini tidak pernah saya pergi, antara sebabnya adalah kesuntukan masa dan/atau tidak tahu arah lalu tidak dapat mencari tempat yang dituju. Cukuplah diberitahu jika hari Isnin saya berlegar-legar di sekitar Sungai Petani dan dapat pergi ke Makam Tok Soh dan Makam Daeng Parani, hari Selasa pula saya dapat menziarahi Makam Sheikh Abdul Qadir ibni Hussin Shah Alirah yang dikatakan mangkat tahun 904 Masihi (lebih 1,100 tahun dulu wooo...) di Langgar, Alor Setar dan Makam Datuk Maharaja Kadhi Sheikh Abdul Jalil (hidup 1710-1782) di Jitra, bapa kepada Sheikh Abdul Samad al-Falembani yang menulis kitab-kitab Tasawuf terkenal Sairus Salikin dan Hidayatus Salikin.
Semalam hari Rabu, saya sempat naik ke puncak Gunung Jerai dan pergi melawat Batu Sajadah. Di sana terdapat juga sebuah kawasan lapang yang dinyatakan secara rasmi sebagai Padang Tok Sheikh tetapi menurut beberapa orang lain, Padang Tok Sheikh sebenarnya terletak di sebuah tempat yang memerlukan perjalanan lebih jauh meredah hutan.
Sebenarnya perjalanan ke Kedah kali ini lebih mudah kerana saya menumpang kereta Badrul sejak daripada Ipoh dan ada kawan-kawan lain sudi bersama menemani dan menunjukkan jalan. Tetapi seperti biasa, tetap ada masanya saya perlu berjalan seorang diri lalu semalam, selepas menuruni Gunung Jerai, Badrul pun menghala balik ke Ipoh sedangkan saya turun dan bermalam di Taiping. Saya rasa perlu menziarahi beberapa lagi tempat di Perak tetapi tidak pasti bagaimana rancangannya. Yang pasti, saya perlu ke kawasan pemakaman diraja di Bukit Chandan sekali lagi untuk mengambil gambar Makam Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin.
Selepas berehat semalaman di Taiping, saya membuat keputusan untuk pergi ke Kota Ngah Ibrahim di Matang. Ini adalah lawatan ke 3 saya ke sana tapi baru kali ini saya tergerak untuk naik ke tingkat 2 bangunan utama yang telah dijadikan muzium.
Hmm... Kalau nak bercerita panjang lain kali sahaja ya... Cerita-cerita perjalanan di Johor pun banyak lagi belum selesai sudah mahu melompat ke cerita terbaru perjalanan Kedah dan Perak pula. Cukuplah diberitahu bahawa dalam perjalanan kali ini baru saya dapat melihat makam moyang saya yang ini (moyang saya ada banyak lagi ya seperti mana orang lain juga ada banyak moyang, hehe!) telah dibina cantik berbanding lawatan terakhir hujung tahun lepas di mana batu nesan beliau masih ditanda dengan kepingan kayu ringkas.
Selesai menziarahi makam, saya berehat sebentar di Masjid Ubudiyah di sebelah sebelum mandi dan bersolat. Ketika itu saya masih dalam dilemma apakah mahu bermalam di Kuala Kangsar atau pergi ke tempat lain? Yang pasti saya ada berjanji akan berjumpa seorang pembaca blogspot ini di Sungai Siput dan perlu juga ke Ipoh nanti untuk mengambil payung saya yang tertinggal di dalam kereta Badrul. Cuma bila sahaja yang tak pasti...
Keluar daripada masjid, saya telah menumpang kereta orang yang baru juga meninggalkan masjid. Saya cuma meminta agar dihantar ke kaki Bukit Chandan... Ternyata orang ini mahu ke Kuala Lumpur dengan melalui Sungai Siput. Maka ke sana lah saya lalu berjumpa dengan pembaca blogspot ini, saudara Syahir. Sekarang ini bermalam di rumahnya di mana saya dapat menggunakan laptop nya untuk membuat posting ini. Sekian!

p/s: Nama Sungai Siput dah biasa dengar, Samy Vellu punya tempat.. Sungai Udang pun biasa dengar, nama tempat komando training kat Melaka dan di Yan, Kedah pun ada Sungai Udang. Yang saya tertanya-tanya, ada tak tempat nama Sungai Sotong? Atau sotong tak boleh hidup dalam sungai? Heh! :]

Selasa, Januari 22, 2008

Kamera short-curcuit di Makam Daeng Parani dan 2 insan bernama Badrul...

Hmm... Apa punya tajuk pulak ini? Sebelum saya menyambung cerita, eloklah dibaca sebuah artikel yang baru muncul di dalam Berita Harian edisi 13 Januari 2008... Opps, Berita Minggu sebab hari itu hari Ahad minggu lepas. Untuk cerita on-linenya boleh klik sini . Biar saya copy and paste di bawah...


PANDUAN Pelayaran berusia 300 tahun dipercayai digunakan Daeng Parani ketika menjelajah ke Tanah Melayu

MAKAM Daeng Parani yang terletak di Kampung Lubuk Ekor dekat Sidam Kiri, Sungai Petani.

ARTIFAK lama dipercayai milik Daeng Parani.


Daeng Parani maut dibedil meriam


Oleh Johari Ibrahim

Raja Kechil tolak cadangan damai menyebabkan berlaku peperangan selama setahun dengan Raja Kedah

PENEMUAN makam Daeng Parani, tokoh yang terbabit secara langsung dalam percaturan politik Kedah lama pada kurun ke-18 di Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri dekat Sungai Petani, menambah satu lagi produk pelancongan bersejarah negeri itu. Usaha menjejaki peninggalan Daeng Parani dikatakan dilakukan sejak lebih 30 tahun lalu oleh keturunannya yang ramai tinggal di kampung berkenaan.

Usaha lebih terancang dan agresif dengan kajian ilmiah berpandukan buku Sejarah Melayu yang ditulis oleh Raja Ali Haji, Tuhfat al-Nafis, hanya dilakukan oleh Persatuan Keturunan Opu Dahing Parani sejak kira-kira dua tahun lalu. Selain itu, cerita mengenai Daeng Parani juga disebut dalam buku sejarah lama lain seperti Salasilah Melayu dan Hikayat Siak.

Setiausaha persatuan itu, Roshaliza Abdul Razak, berkata kajian agresif dan ilmiah dimulakan pada 6 Ogos 2006 dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli keturunan tokoh berkenaan. Kemuncak kepada usaha menjejaki peninggalan Daeng Parani apabila forum yang dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Negeri Kedah (PSNK) pada 13 Mei 2007 bersetuju dan menegaskan makam Daeng Parani terletak di kampung berkenaan.

Forum berkenaan yang khusus untuk membincangkan lokasi makam tokoh itu dipengerusikan oleh pensyarah sejarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Mohd Isa Othman dan panel dianggotai oleh Pensyarah Sejarah Universiti Malaya (UM), Prof Abdullah Zakaria Ghazali dan Pengerusi PSNK, Datuk Wan Samsuddin Mohd Yusof. Pembabitan Daeng Parani serta empat saudaranya, Daeng Marewah, Daeng Menambun, Daeng Celak dan Daeng Kemasi, dalam politik Kedah lama bermula apabila dia dipanggil oleh Raja Kedah pada 1720-an untuk membantu dalam isu perebutan takhta.

Misi Opu Bugis Lima Bersaudara itu ialah membantu mengambil alih takhta daripada adinda Raja Kedah ketika itu dengan sokongan kuat orang Bugis dan Mengkasar. Abdullah Zakaria dalam kertas kerjanya pada forum berkenaan menyatakan pembabitan Daeng Parani dan saudaranya dalam politik Kedah apabila dia mengutus surat kepada Raja Kechil mengenai cadangan pembahagian kuasa dan tugas bagi mengelak sengketa.

Bagaimanapun, Raja Kechil menolak cadangan itu dan berlaku peperangan yang berlarutan selama setahun antara gerombolan Raja Kedah dan Raja Kechil. Daeang Parani terkorban dalam pertempuran kali kedua walaupun angkatan Raja Kechil tewas, yang dikatakan berlaku dekat Kampung Ekor Lubuk dan dikebumikan secara adat raja-raja di situ oleh saudaranya.
Dia dikatakan meninggal dunia apabila dibedil dengan meriam oleh Raja Kechil ketika mahu melabuhkan perahunya dekat Sungai Muda untuk berdepan dengan Raja Kechil. Selain Kedah, Daeng Parani lima bersaudara itu yang dikatakan tinggi ilmu agama dan pelayaran juga terbabit secara langsung dalam politik Johor, Selangor, Negeri Sembilan yang disebut Linggi dan Perak ketika itu.

Roshaliza berkata, sehingga ini PSNK mengiktiraf bahawa makam itu adalah pusara Daeng Parani manakala Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dikatakan dalam proses untuk membaikpulih kawasan pusara supaya menjadi tapak lawatan orang ramai.

"Sehingga ini, kami berjaya mengumpulkan kira-kira 5,000 ahli keturunan Daeang Parani di beberapa negeri seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang," katanya. Pahlawan Melayu gunakan baju, topi besi ketika berperang

DAENG Parani disifatkan sebagai pahlawan yang mempunyai ilmu agama dan pelayaran yang tinggi sehingga membolehkan dia dan empat saudaranya mengembara dengan kapal kecil dari Kepulauan Sulawesi ke Tanah Melayu. Setiausaha Persatuan Keturunan Opu Dahing Parani, Roshaliza Abdul Razak, berkata perkara itu terbukti dengan kewujudan sekeping jadual pelayaran yang mempunyai gambar haiwan tertentu, kapal dan simbol tertentu dan bertulisan Jawi tetapi amat sukar difahami yang dipercayai ada kaitan dengan jadual pelayaran Opu Bugis Lima Bersaudara itu.

Malah, lima bersaudara itu juga dikatakan mula menggunakan baju dan topi besi ketika berperang, peralatan yang dianggap maju ketika itu dan menggerunkan lawan.

"Mereka juga adalah keturunan Raja di kepulauan itu dan kecuali Daeng Parani, semua empat adik-beradiknya pernah menduduki takhta di beberapa kawasan di Indonesia," katanya.

Berdasarkan catatan dalam Tuhfat al-Nafis, lima bersaudara itu amat rapat antara satu sama lain dan keempat-empat beradik, Daeng Chelak, Daeng Marewah, Daeng Menanbung dan Daeng Kemasi amat patuh kepada arahan Daeng Parani. Bukti kepada kesepakatan itu apabila Daeang Parani berangkat ke Siak untuk berbincang dengan empat saudaranya itu mengenai strategi apabila dia menerima surat daripada Raja Kedah memohon bantuan berkaitan perselisihan takhta.

Lima bersaudara itu adalah anak kepada Raja Bugis, Opu Tendriburang Daeng Rilaga, putera kepada La Maddusalat, yang memerintah Luwuk, Indonesia ketika itu. Roshaliza berkata, jadual pelayaran itu disimpan oleh keluarganya sehingga turun temurun selain beberapa artifak lain seperti tempayan dan pedang.

Lima bersaudara itu dikatakan datang ke Kedah pada 1724 sekali gus terbabit dengan politik negeri itu ketika itu. Selepas mangkat, makam Daeng Parani di Kampung Ekor Lubuk dekat Sungai Petani dikatakan disembunyikan manakala ahli keluarganya di situ tidak dinamakan dengan Daeng bagi mengelakkan daripada dijadikan mangsa dendam oleh angkatan Raja Kechil yang ditewaskan.


Info Daeng Parani Lima Bersaudara

- Mereka adalah anak kepada Raja Bugis, Daeng Rilaka (Opu Tanderi Burung)

- Jalan utama di Kuala Lumpur seperti Raja Bot dan Raja Mahdi mengambil sempena keturunan lima bersaudara itu.

- Kecuali Daeng Parani yang meninggal dunia di Kedah, empat lagi saudaranya meninggal dunia di Riau, Indonesia.

- Buku Sejarah Tanah Melayu dan Sekitarnya mencatatkan takhta kerajaan Johor sekarang adalah waris langsung daripada perkahwinan Daeng Parani dengan Tengku Tengah, anakanda kepada Sultan Abdul Jalil IV (1699-1718)

- Buku yang sama mencatatkan takhta Selangor sekarang adalah daripada keturunan Daeng Celak yang mangkat pada 1745.


---------------------------


OK. Sekarang barulah saya boleh menyambung cerita, tentang apa yang berlaku kepada saya baru-baru ini.

Adapun seperti yang ramai pembaca blogspot ini sedia maklum, saya baru sahaja kembali daripada satu pengembaraan mengelilingi Johor meliputi daerah-daerah utama di negeri selatan ini iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan Segamat. Kemudian sempat bersantai di lereng Gunung Ledang sebelum bermalam di Tangkak seterusnya singgah di Pengkalan Kempas, Linggi, Negeri Sembilan.

Selepas beberapa hari kembali ke Kuala Lumpur, saya telah bertemu seorang rakan dari Ipoh. Rakan ini menyatakan mahu ke Kedah tidak lama lagi dan mengajak saya turut serta. Walaupun saya sebenarnya masih kepenatan, gerak hati ini menyuruh agar turut ke sana. Dipendekkan cerita, pada hari Sabtu saya telah bergegas menaiki keretapi ke Ipoh dan keesokannya baru mengikut rakan ini ke Kampung Ruat, Yan, Kedah.

Rakan ini sebenarnya mempunyai tugasan di beberapa lokasi di utara. Sementara dia bekerja, bolehlah saya berjalan ke mana-mana saya suka dan dirasakan perlu. Apabila mendapat tahu saya ingin berjalan-jalan, seorang rakan lain yang lebih tua, pemilik rumah tempat kami bermalam di Kampung Ruat menghubungi rakannya di Sungai Petani memintanya tolong membawa ke mana-mana yang saya kehendaki.

Biasanya saya lebih selesa berjalan sendiri, samada menaiki bas, berjalan kaki ataupun hitchiking menumpang kenderaan orang. Tetapi apabila rakan di Ruat ini beriya-iya mahu menyuruh rakan di Sungai Petani menolong, saya anggap ia sebagai sebahagian "arahan" dan gerak daripada Allah Ta'ala akan arah perjalanan saya untuk hari seterusnya iaitu hari Isnin.

Memandangkan rakan dari Ipoh perlu membuat tugasan di Seberang Perai dan Pulau Pinang, saya pun menumpang sampai ke Sungai Petani untuk bertemu rakan baru (baru bagi saya, lama bagi rakan-rakan lain ini) di sana. Hmm... Susah juga kalau tak disebut nama... Perlu dipanggil sebagai rakan daripada Kampung Ruat, rakan daripada Ipoh dan rakan daripada Sungai Petani pula... Panjang...

Baiklah. Biar disebut nama. Yang di Kampung Ruat dipanggil Pak Chak, orangnya berumur penghujung 50an. Yang dari Ipoh berumur sekitar 35 tahun, di Sungai Petani 40 tahun. Yang menarik, kedua-duanya bernama Badrul. Kita panggil Badrul Ipoh dan Badrul Sungai Petani ya... Atau lebih ringkas, Bad Ipoh dan Bad SP.

Bad Ipoh menghantar saya sampai ke rumah Bad SP lalu mengenalkan kami sebelum pergi. Setelah selesai mandi dan bersiap-sedia, Bad SP bertanya ke mana saya mahu pergi... Saya sudah memikirkan hendak menziarahi Makam Daeng Parani seperti yang tertera dalam artikel Berita Harian di atas ini. Lagipun saya sudah lama ingin hendak ke sana, sejak beberapa bulan lalu apabila mendapat tahu tentang kewujudannya.

Saya juga teringin untuk menziarahi sebuah makam lama yang dikenali sebagai Makam Tok Soh. Kedua-duanya saya belum pernah sampai, begitu juga Badrul belum pernah ke sana. Nasib baik dia tidak pelik mendengar hasrat saya ke makam-makam kerana sudah mengenali ramai orang yang kecenderungannya hampir serupa... Dipendekkan cerita setelah bertanyakan arah kepada beberapa orang rakan lain selain membuat rujukan di Internet, baru kami dapat tahu kedua-dua makam ini terletak dalam satu perjalanan daripada Sungai Petani menghala ke Kulim. Lalu pergilah kami ke sana, mula-mula ke Makam Tok Soh yang lebih dekat kemudian baru ke Makam Daeng Parani. Ketika hendak ke Makam Daeng Parani, kami terlajak beberapa kilometer lalu terjumpa sebuah masjid dengan rekabentuk yang agak unik. Insyaallah akan saya paparkan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) suatu hari nanti...

Apapun, sepertimana di Makam Tok Soh, masjid unik tadi malah di mana-mana tempat dan pemandangan yang menarik perhatian, saya pun mula sibuk mengambil gambar di Makam Daeng Parani. Tetapi di sana, saya menghadapi masalah kamera... Entah kenapa, gambar yang diambil tidak lekat. Atau lekat sekejap kemudian tidak dapat dibaca. Ah! Apa ini? Pening kepala saya memikirkannya. Sehinggakan saya tidak senang duduk sepanjang perjalanan kembali sekitar 20km ke Sungai Petani kerana mahu mencari akal menyelesaikan masalah ini... Selain risau kamera rosak dan tidak boleh dipakai, saya takut kehilangan banyak juga gambar yang telah diambil kebelakangan itu...

Ketika berehat makan tengahari di pinggir SP, baru saya sedar yang memory card saya sudah rosak, sudah short-circuit. Baru teringat, hari sebelumnya, kamera digital murah itu sudah terkena titisan air di dalam bilik air tetapi saya lupa hendak memeriksa dengan lebih teliti kerana ia kelihatan masih berfungsi dengan baik. Rupa-rupanya kesannya baru kelihatan setelah beberapa waktu kamera itu digunakan. Patutlah kelihatan seperti habuk-habuk dan karat pada bahagian tembaga di memory card sedangkan sebelum ini tidak pernah terjadi begitu.

Itupun nasib baik kamera itu sendiri tidak rosak. Kalau tidak lagilah susah. Apapun, saya perlu membelanjakan sejumlah wang untuk membeli memory card baru. Apa yang membuat saya terkilan adalah kehilangan segala gambar-gambar yang diambil beberapa hari kebelakangan termasuk di Makam Diraja Perak di Bukit Chandan dan Makam Sultan Muzaffar Shah Kedah pada hari Ahad. Dan tentu juga turut hilang gambar-gambar yang diambil di Makam Tok Soh, masjid unik tadi dan Makam Daeng Parani.

Saya cuba menyedapkan hati... Sekurang-kurang perkara ini berlaku sekarang, tidak selepas sudah lebih lama berjalan dalam pengembaraan terbaru ini atau berlaku lebih awal. Bayangkan jika kerosakan ini berlaku sejurus selepas selesai pengembaraan di Johor dan gambar belum sempat diletakkan ke dalam komputer. Tentu saya kehilangan lebih 500 gambar yang diambil sepanjang perjalanan mengembara penuh penat-lelah.

Apapun, saya teruskan perjalanan yang rasanya patut dibuat untuk hari itu... Dan ia harus dibuat bersendirian kerana Bad SP ada urusan. Saya anggap tidak ada rezeki mendapatkan gambar Makam Toh Soh dan Makam Daeng Parani. Oh... Turut hilang adalah gambar terbaru makam moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Bukit Chandan... Setelah lebih kurang 16 bulan dibawa kembali daripada buangan di Singapura. Untuk mengetahui apa ceritanya, sila baca cerita Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam diraja Bukit Chandan... dan cerita-cerita berkaitan... Dalam gambar terbaru ini baru kelihatan makam laksamana dibina cantik dengan batu mar-mar berbanding dengan ditanda kepingan papan ringkas sahaja sebelum ini...

OK... Kembali kepada rancangan perjalanan hari itu... Sekitar setahun lepas, dalam lawatan kali pertama saya ke daerah Yan yang terletak di kaki barat Gunung Jerai, saya sempat melawat pekan Tanjung Dawai yang terletak di sebelah utara muara Sungai Merbok yang agak luas. Ceritanya ada di Incursion to Tanjung Dawai... Daripada sana, saya dapat melihat perkhidmatan bot menyeberang sungai ke Pantai Merdeka, maka saya ada menyimpan hajat untuk ke sana, seeloknya dengan menaiki bot.

Dalam pengembaraan dahulu yang turut meliputi Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan Perlis selain mendaki Gunung Jerai seorang diri pada malam Jumaat, saya juga sempat singgah ke Kuala Muda atau Kuala Sungai Muda. Cuma ketika itulah baru saya tersedar bahawa Kuala Muda yang saya pergi adalah yang di dalam Seberang Perai, bukan di dalam Kedah. Maka kalau boleh saya teringin untuk ke Kuala Muda yang di Kedah juga.

Lalu dalam fikiran saya ada memikirkan ingin pergi ke Kuala Muda di Seberang Perai lalu menyeberang ke Kuala Muda di Kedah menaiki bot. Kemudian pergi ke Kota Kuala Muda (yang ini saya sempat pergi tahun lepas) sebelum melalui Bukit Meriam menghala ke Pantai Merdeka lalu menaiki bot ke Tanjung Dawai. Kemudian baru akan mendapatkan apa-apa pengangkutan untuk kembali ke tempat menginap di rumah Pak Chak di Kampung Ruat, Yan. Tetapi rancangan itu sudah sedikit kacau dan masa menjadi suntuk akibat masalah kerosakan kamera tadi. Selain mengganggu mood dan tumpuan, saya terpaksa meluangkan banyak masa untuk mencari ganti memory card yang sesuai (murah tapi cukup berkesan)...

Saya melangkah dalam keadaan sedikit serba salah. Ketika selesai hal berkenaan kamera, jam sudah hampir 2 petang. Kalau mahu berjalan ke mana pun saya harus ingat, ada tempat yang tidak ada pengangkutan awam lagi selepas jam 5 sedangkan saya harus memastikan dapat kembali ke Kampung Ruat hampir 40km daripada SP. Lalu bagaimana ini? Haruskah saya menangguh perjalanan ini dahulu? Kebetulan bateri handphone saya hampir kehabisan cas, menunggu masa sahaja untuk mati sedangkan bateri spare tertinggal di rumah Pak Chak. Allah! Macam-macam...

Apapun saya pergi ke stesyen bas SP. Kalau perlu kembali ke Ruat pun memang harus mengambil bas di sana. Ternyata Allah telah menyediakan jawaban kepada dilema saya... Sebaik sahaja sampai, kelihatan bas ke Kota Kuala Muda baru hendak meninggalkan stesyen. Saya terfikir boleh juga ke Kuala Muda Kedah. Pedulikan Kuala Muda di Seberang Perai kerana saya sudah sampai malah pernah bermalam di sana.

Di dalam bas itu baru saya tahu tidak terdapat apa-apa perkhidmatan bas ke Kuala Muda Kedah. Kalau mahu ke sana juga perlu menaiki teksi atau menumpang kenderaan orang... Menumpang kenderaan orang tidak jadi masalah jika tidak kesuntukan masa sedangkan saya ada destinasi-destinasi lain yang ingin dituju, menaiki teksi pula memerlukan belanja yang agak besar... Rupa-rupanya selepas pergi ke Kota Kuala Muda, bas itu terus pergi ke Pantai Merdeka melalui Bukit Meriam. Lalu saya membuat keputusan untuk terus ke Pantai Merdeka.

Sampai di sana, maka tertunailah hajat lama yang disimpan ketika sampai di Tanjung Dawai tahun lepas. Maka saya berkira pula hendak menaiki bot penambang menyeberangi Kuala Sungai Merbok daripada Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai. Ternyata saya salah perkiraan... Bot penambang yang ada cuma akan bergerak jika terdapat 6 penumpang atau lebih sedangkan semasa itu hari minggu, tidak ramai orang... Kalau adapun mereka semua berkenderaan sendiri dan tidak perlu menggunakan bot. Kalau saya mahu menyeberang juga, maka perlu menyewa sebuah bot seorang diri... Mahal dan rugi!

Saya pun menukar rancangan. Nampaknya saya perlu mengambil bas kembali ke Sungai Petani. Saya pun menghubungi Bad Ipoh yang juga perlu kembali ke Kampung Ruat nanti. Janjinya, selesai urusan di Seberang Prai dan Pulau Pinang, kami akan berjumpa di SP sekitar jam 4.30 petang tapi tak confirm lagi, nanti baru diberitahu dan dipastikan tempat dan waktu... Ketika itu sudah sekitar jam 3...

Adapun perkhidmatan bas SP-Kota Kuala Muda-Pantai Merdeka ini cuma berjalan sejam sekali, Saya pun menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di sekitar Pantai Merdeka lalu pergi makan rojak buah... Kemudian datang sakit perut pula... Sudah... Lama mencangkung di dalam tandas. Kemudian baru menyelesaikan solat wajib yang boleh diqasarkan dan dijamak.

Keluar daripada surau pula timbul rasa untuk berjalan-jalan lagi di tepi pantai. Tidak lama kemudian baru saya ternampak bas baru meninggalkan Pantai Merdeka sedangkan saya berada 200 meter daripada hentian! Memang tak sempat kejar... Jam pula hampir 4 petang sedangkan bateri handphone saya sudah kong langsung ketika itu! Allah! Bagaimana mahu bertemu dengan Bad di SP jam 4.30 petang sedangkan bas seterusnya cuma akan muncul sejam kemudian? Bagaimana pula mahu menghubunginya atau dia menghubungi saya sedangkan handphone saya sudah mati? Allah!

Ah... Daripada duduk termangu, baik berjalan kaki menghala ke SP. Insyaallah, boleh cuba tahan dan tumpang sesiapa dalam perjalanan. Lalu saya mula meninggalkan kawasan peranginan Pantai Merdeka. Dengan kuasa Allah, tidak lama kemudian muncul seorang lelaki dewasa menaiki motosikal lalu saya tahan. Kebetulan dia memang hendak ke Sungai Petani. Masalahnya cuma dia tidak membawa topi keledar lebih.

Apapun dia sudi menumpangkan sejauh mana yang boleh, Sekali lagi dengan kuasa Allah, sekitar 2km sebelum sampai pekan Kota Kuala Muda, dia dapat melihat bas merah ke SP sedang bergerak, bas yang baru sekitar 5 minit meninggalkan Pantai Merdeka ketika saya bertembung dengan orang ini di Pantai Merdeka tadi... Dipendekkan cerita, kami dapat mengejar dan memotong bas ini lalu saya dapat menaikinya di Kota Kuala Muda dan selamat sampai di SP sekitar jam 4.30 petang.

Masalahnya bagaimana hendak berjumpa dengan Bad Ipoh sedangkan semasa meninggalkan pesanan tadi, saya setakat sempat memberitahu jumpa di sekitar stesyen bas 4.30 petang, itupun tak pasti kerana saya ada memberitahu cuma akan membuat confirmation nanti. Sekarang, nak confirm macamana sedangkan handphone saya tidak dapat dipakai dan dihubungi. Sampai di stesyen bas pula semua public phone tak boleh dipakai? Apa-apa pulak masalah ini?

Allah... Ternyata segala-galanya telah dirancang dalam Qada' dan Qadar Nya. Setelah terbukti tidak terdapat talipon awam yang boleh digunakan di stesyen saya mula berjalan di luar untuk mencari talipon. Ketika itulah Bad yang sedang meletakkan kereta dan menunggu di luar stesyen dapat melihat saya lalu menegur. Alhamdulillah! Selesai lagi satu masalah...

Setelah selamat berjumpa Bad, timbul rasa untuk mengajaknya pergi ke Makam Tok Soh dan Makam Daeng Parani. Lagipun sekarang saya sudah tahu jalan untuk ke sana dan Alhamdulillah Bad bersetuju... Saya pula senang hati kerana dapat peluang kedua mengambil gambar setelah gambar-gambar yang diambil pagi tadi langsung hilang.

Agaknya inilah hikmah berlakunya kamera short-circut di Makam Daeng Parani tadi diikuti masalah tidak dapat bot mahu menyeberangi Sungai Merbuk. Lalu saya perlu kembali ke SP seterusnya berjumpa dengan Bad. Maka hari itu saya 2 kali pergi ke Makam Tok Soh, Makam Daeng Parani juga masjid unik tadi, dua-dua kali dengan orang bernama Bad... Jika pagi saya ke sana dengan Badrul daripada Sungai Petani, di sebelah petang pula saya pergi bersama Badrul Ipoh!

Oh... Sebuah cerita bergambar tentang Makam Daeng Parani sudah diletakkan tadi di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) di bawah tajuk Makam (tomb of) Daeng Parani . Elok juga dibaca bersama cerita-cerita berkaitan yang telah dibuat di sana sebelum ini iaitu Makam (tomb of ) Bendahara Tun Habab , Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang dan Makam (tomb) of Laksamana Bentan .

Hmm... Ingat tak gambar Sheikh Jalaluddin Rumi yang dipangkai untuk artikel sebelumnya di blogspot ini, artikel bertajuk Kata-kata spontan 10 Muharram... ? Sebenarnya gambar itu diambil daripada sebuah website yang menceritakan akan jalan hidup sheikh ini. Lalu tadi saya tergerak untuk copy and paste ceritanya (dalam bahasa Inggeris) di blogspot BERPETUALANG KE ACEH di bawah tajuk In memory of Jalaluddin Rumi . Jenguklah... Insyaallah nanti gambar Sheikh Jalaluddin Rumi ini (versi kecil) akan diletakkan di atas c-box. Saya rasa gambar ini cukup sesuai kerana ada sesuatu yang begitu hidup dan redup tentangnya. Ada suatu macam pandangan penuh karamah... Kalau ada masa, elok juga dibaca balik artikel-artikel ini:- Kaitan para Daeng anak-anak Raja Bugis dengan Aceh... , Lagi kaitan Daeng dengan Aceh... dan Maka terbukti kaitan Daeng-Daeng di Perak dengan Daeng lima bersaudara... Sekian! :]


p/s: Hmm... Lega dapat keluarkan cerita ini walaupun macam-macam hal le mengganggu termasuk connection komputer slow yang merosakkan mood penceritaan dan menyebabkan sakit-sakit kepala. Buat makluman, cerita ini siap ditulis hampir jam 3.30 pagi... Tengok ni, saya tunaikan request pembaca yang nak tahu sangat cerita tentang perjalanan terbaru ke Kedah ni... Lepas ni kena sambung balik cerita Johor yek. Take care...


Sabtu, Januari 19, 2008

Kata-kata spontan 10 Muharram...


Maulana Jalaluddin Rumi, seorang ahli Sufi terkenal Abad ke 13 Masihi...

Assalamualaikum semua, semoga sihat sejahtera sentiasa hendaknya... Tadi semasa melayari Internet, saya terjumpa sebuah artikel yang menyentuh tentang "sebab-musabab" mengikut pandangan ahli Sufi, katanya menurut ulasan sang Sufi agung, Jalaluddin Rumi.
Adapun Jalaluddin Rumi ini sangat terkenal sebagai guru kerohanian yang mengasaskan Tariqat Mehlevi, kini terkenal di Turki dengan tarian zikirnya yang berpusing-pusing seperti planet-planet sedang mengorbit matahari. Kalau tak salah, karyawan negara kita M, Nasir sangat suka menggunakan hasil kerja Rumi seperti kumpulan puisi-puisinya yang terkenal Mathnawi untuk menghasilkan lagu-lagu menarik yang menjadi hits tanahair.
Apapun ini cerita lain. Saya rasa tergerak untuk memaparkan cerita tentang "sebab-musabab" ini kerana terasa ia boleh menjawab pelbagai soalan oleh mereka yang pernah membaca siri buku "Berpetualang ke Aceh" karangan saya. Antara soalan utama yang sering dilontarkan oleh peminat terutama mereka yang telah khatam buku ketiga, BKA III "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" ialah bagaimana untuk mendapatkan pengalaman pengembaraan kerohanian seperti yang dipaparkan dalam bab bertajuk "Impian seorang petualang".
Untuk menjawab solan ini, izinkan saya menyimpang sedikit. Tidak sedikit orang yang berjumpa atau menghubungi saya meminta saya agar membuat scan ataupun tilikan tentang masalah peribadi mereka juga tentang pencarian mereka sendiri terutama melibatkan nasab keluarga. Selalunya saya akan cuba menepis ini kerana pada saya, saya tidak pandai dan tidak suka membuat scan. Kenapa? Penerangan yang saya selalu beri, saya tidak mahu menjadi golongan yang "kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata boleh tak sedar." Faham?
Terus terang saya cakap. Pada pandangan saya, ramai orang mempelajari ilmu kerohanian dan kebathinan termasuk mengamalkan zikir-zikir dan sanggup masuk dunia keSufian dengan niat yang kurang murni. Kurang murni sebab mereka belajar kerana untuk mendapatkan kelebihan sebenarnya, kelebihan yang boleh memberikan mereka imbuhan dalam mengangani kerjaya dan masalah hidup... Salah satu kelebihan ini adalah boleh menilik keadaan ghaib seperti melihat masa hadapan atau sekurang-kurangnya melihat apa yang orang lakukan dit tempat jauh, juga cuba membaca isi hati orang lain. Atau dalam bahasa mudahnya, mengendap atau skodeng le...
Saya tidak mahu semua ini... Buat apa dapat ilmu macam-macam yang menambahkan riak dan ujub lalu menghijab diri sendiri daripada hakihat sebenar wujud Ilahi? Buat apa boleh nampak segala aib orang sedangkan diri sendiri bergelumang dengan tahi? Sedangkan sedikit kelebihan nyata yang saya ada seperti jaringan contact keluarga dan kawan-kawan serta kelulusan tinggi luar negara yang biasanya boleh membuat seseorang melangkah jauh meluncur naik tangga profession kerja juga naik dalam persada kuasa politik negara pun saya boleh tolak ke tepi... Sedikit kesenangan hidup yang mampu diraih juga tidak dipedulikan sehingga dalam keadaan umur hampir mencecah 40 tahun ini saya masih lagi tidak memiliki kereta, suka berjalan kaki naik bas turun bas mengembara ke segala ceruk rantau seorang diri tidur bersepah dengan membawa beg besar... Apa sangat le hendak membuang segala ilmu kebathinan yang pernah saya raih seumur hidup? Insyaallah, kalau adapun sudah dibatalkan lama dahulu...
Malah bab mendapatkan ilmu zahir dan batin lalu membuangnya, mendapat dan membuang lagi lagi dan lagi telah saya lalukan hampir setiap masa. Tujuannya apa? Supaya dapat "menelanjangkan" diri... Sedar akan kelemahan diri yang tidak ada apa-apa lalu boleh mendapat hakikat Lahaulawala... Tiada daya dan upaya daripada dia... Juga hakikat ikhlas... Bagaimana segala-galanya berpunca daripada Dia, Allah, Tuhan yang tidak beranak dan tidak diberanakkan... Dia yang Esa... Esa, meliputi segalanya... Bukan setakat Wahid ataupun tunggal sahaja.
Oh... Kalau dibiarkan luahan hati yang tiba-tiba muncul ini terus terkeluar di sini, boleh melalut dan melarat pula. Cukuplah saya katakan sebagai jawaban kepada mereka yang bertanya di luar sana, segala pengalaman kerohanian yang saya lalui bukan kerana kebolehan dan daya upaya sendiri. Semuanya kerana rahmat Allah belaka. Bukan disebabkan apa-apa amalan zikir nak dapat power ke hapa termasuk amalan yang dilakukan oleh mereka yang suka scan atau meraga sukma, mengeluarkan satu lapisan diri untuk melayang-layang mengembara secara ghain ke berbagai alam.
Apa yang saya dapat cuma sekadar kilasan cahaya yang tiba-tiba muncul di hati tanpa dipinta. Maka itu, daripada belajar dan amalkan macam-macam ilmu kononnya untuk meningkatkan diri, lebih baik belajar cara bagaimana untuk mendapatkan rahmat Allah. Salah satunya dengan cara merendahkan diri, mengaku kekurangan diri sendiri, kalau boleh kosongkan diri sehingga takda apa-apa lagi... Jadilah kita fakir miskin hina-dina yang lemah selemah-lemahnya sehingga Allah "merasa simpati" untuk menolong kita. Itu bahasa saya le, harap faham apa yang ingin diterangkan.
Teringat cerita Rasulullah SAW semasa ditanya tentang Israq dan Mikhraj oleh seorang skeptik... Orang ini meminta Nabi agar mengangkat satu kaki ke atas lalu diturut baginda. Kemudian dia meminta Nabi supaya mengangkat kaki yang lagi satu. Kata baginda tak boleh...
Lalu kata orang itu, sedangkan diminta angkat kedua-dua kaki pun tak boleh, maka bagaimana baginda boleh naik "terbang" ke atas lalu Israq dan Mikhraj. Jawab baginda, "Aku tidak pernah kata aku mengangkat diri, aku kata aku diangkat..." Faham tak bezanya?
OK lah. Mungkin juga kata-kata ini keluar sempena tarikh 10 Muharam atau Hari Asyura ini. Lalu saya yang biasanya agak malas hendak membuat puasa sunat dapat juga menetapkan diri untuk berpuasa hari ini... Lagipun bukannya selalu.
Apapun, inilah artikel tentang "sebab-musabab" yang saya kutip daripada Internet tadi. Sila baca dengan teliti ya. Wassalam!

p/s:
2-3 hari lepas, saya ada tergerak hendak bercerita tentang Kopi 434 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Kalau nak baca, boleh klik Nostalgic memory of Muar's "Kopi 434" . Tiba-tiba teringat iklan kopi apa hendak... "Mai kopi secawan!" Heh! :]


--------------------------

Allah membuat aturan, adat, sebab dan cara untuk orang yang ingin mencari Dia. Kebanyakan perkara terjadi menurut aturan. Tetapi kadang-kadang KuasaNya memecah aturan itu. Dia mencipta aturan dan adat yang baik. DijadikanNya Mukjizat yang mencarik adat dan kebiasaan.
Wahai anda yang diperangkap oleh sebab;
Jangan sangka Pembuat sebab itu telah mati. Pembuat sebab itu menzhohirkan apa yang Ia Kehendaki. Maha KuasaNya boleh melanggar semua sebab. Tetapi biasanya dibiarkanNya pelaksanaan KehendakNya menurut sebab agar si pencari boleh menyusuli tujuan kehendak mereka.
Kalau tidak ada sebab, jalan apa si pencari hendak ikut??? Mestilah ada "sebab" yang nyata di perjalanan yang diturutinya. "Sebab" itu adalah salutan pada mata; kerana bukan semua mata dapat memerhati KerjaNya. Perlulah mata yang dapat menembus di sebalik sebab dan membuang salutan itu seluruhnya. Dengan itu dapatlah dilihat Pembuat Sebab di alam yang tidak ada ruang; dan kelihatanlah semua tindakan dan usaha kita adalah "cakap kosong belaka".
Setiap yang baik dan yang buruk datang dari Pembuat Sebab. "Sebab" dan "cara" tidak ada apa-apa; kosong belaka. Ibarat sangkaan adanya hantu menghalang perjalanan Raja, agar kejahilan memerintah untuk seketika.

Intaha Jalaluddin Rumi

Kebanyakan orang memahami sebab ini sebagai sesuatu yang merujuk kepada usaha dan tadbir diri. Sedikit orang boleh memahami sebab ini adalah sebagai suatu limpah kurnia dari Allah untuk dirinya; dan hanya ada beberapa orang sahaja yang benar-benar mengerti bahawa sebab itu adalah MusabbabNya.
Salik memang tidak pandang kepada amal dan wiridnya;
Demikian juga Ulama tidak pandang kepada ilmu dan kepandaian dirinya;
Tetapi mereka masa merasai dan menilik kepada Kewujudan dirinya;
Mata mereka yang melihat,
Telinga mereka yang mendengar;
Mulut mereka yang berkata-kata;
Tangan mereka yang memegang;
Lidah mereka yang merasa;
Kaki mereka yang melangkah.
Sebab melihat kerana ada mata,
Sebab mendengar kerana ada telinga Dan seterus-seterusnya yang menunjukkan adanya kesedaran pada wujud diri itu. Menghijabkan daripada Wujud Yang Hakiki.
Ini bukanlah soal Mengenal Allah apabila hijab itu tersingkap, tetapi adalah soal MengenalNya dalam hijab itu sendiri..........
Kesempurnaan adab itu ialah memerlukan hijab itu dipelihara.........
Untuk santapan "jiwa yang memikir dan membuat kesimpulan". Jiwa yang bercahaya dan dapat menjadikan sesuatu yang lain bercahaya.



--------------------


Nota saya: Perhatikan ayat ini...

Ini bukanlah soal Mengenal Allah apabila hijab itu tersingkap, tetapi adalah soal MengenalNya dalam hijab itu sendiri..........

Fahamilah ini. Yang dimaksudkan, bukanlah mengenal Allah itu dengan terbang masuk ke alam-alam lain walaupun dengan izin Allah ini boleh dilakukan sepertimana Nabi Muhammad SAW mendapat Israq dan Mikhraj. Apa yang dimaksudskan sebenarnya adalah melihat Allah di sebalik alam dan wujud biasa yang kita nampak ini... Wujud yang kita rasa hambar, penuh cacat-cela tetapi hakikatnya sempurna.
Tuan-tuan dan puan-puan, alam ini dan segala yang berlaku di dalamnya sebenarnya adalah kamil, sempurna. Ibarat satu makanan yang paling sedap, semua yang merasainya akan mendapat kelazatan kecuali mereka yang deria rasanya telah rosak atau kufur nikmat, mungkin akibat penyakit dalam diri sendiri termasuk penyakit hati.
Begitu juga... Kalau kita yakin bahawa tiada ciptaan Allah yang sia-sia dan Allah itu Maha Bijaksana, maka seharusnya kita mengakui alam ini sempurna. Tetapi kenapa kita sering terasa gelisah melihat segala kekurangan dan cacat-cela di dalamnya? Apakah betul alam ini yang silap atau pandangan dengan penglihatan kita yang sebenarnya kabur? Fikirkanlah...
Adapun ilmu utama yang saya dapat setelah mengharungi berbagai pengalaman hidup ini... Cukup senang untuk kita melihat kecantikan di sebalik seorang perempuan dengan rupa-paras model yang diakui cantik oleh semua orang. Tapi dapatkah kita melihat kecantikan di sebalik rupa-paras wanita gemok-gedempol hitam-legam?
Begitu juga dapatkah kita melihat kesempurnaan di sebalik alam ini yang bermacam-ragam? Kalau dapat, maka percayalah... Di situlah kita mula melangkah melihat wajah yang sempurna di sebalik segala sesuatu. Di situlah timbul kebenaran kata-kata, "di mana sahaja aku memandang, di situ ada wajah Allah"... Maka itu orang-orang seperti Saidina Ali menyebut, "aku tidak akan bersolat kecuali apabila aku dapat melihat Dia".
Sekian dan sekali lagi, selamat menyambut 10 Muharram. Insyaallah bermula hari ini saya akan keluar mengembara beberapa hari ke utara pula...

Isnin, Januari 14, 2008

Nostalgia di tengah bandaraya Johor Bahru

Hei!!! Nostalgia lagi... Tak habis-habis le si Merah Silu ni dengan nostalgia dia. Tapi apa nak buat, memang saya ni jenis orang yang kuat rasa nostalgia, kuat rasa mengingat cerita-cerita lama... Kata setengah orang, feeling... Kat budak kutu, mungkin Mat Jiwang...
Tapi saya bukannya Mat jiwang yang suka cakap berbunga-bunga mengurat perempuan. Kalau nak kata saya Mat Jiwang, maka katalah saya Mat Jiwang yang suka menghirup rasa dalam setiap peristiwa... Maka gambar yang mungkin kelihatan hambar pada orang lain boleh jadi terasa begitu warna-warni penuh makna daripada penglihatan saya.
Lagipun memang saya sedang melatih diri untuk sentiasa mempertingkatkan taraf musyahadah atau penyaksian akan ragam alam sebagai hasil karya indah Ilahi... Dalam pengajian saya, alam ini sebenarnya kamil ataupun sempurna... Lalu kalau begitu, mengapa kita selalu melihat banyak cacat-cela? Atau cacat-cela yang dilihat itu sebenarnya cuma nampak pada penglihatan kita sahaja sedangkan hakikatnya sebenarnya tiada...
Memang cukup senang melihat kecantikan di sebalik intan permata dan rupa wanita menawan... Tapi mampukah kita melihat kesempurnaan Qada' dan Qadar serta cara penceritaan dan penciptaan Allah di sebalik hitam-legam air longkang dan wajah-wajah menderita di medan perang?
Ah... Melilau pula saya. Terima sahaja le cerita nostalgia di tengah bandaraya Johor Bahru ini ya...


OK... Cerita ini boleh dikatakan sambungan kepada posting bertajuk Mencari Muzium Bugis di Pontian... . Oh... Dalam posting itu yang kemudiannya disambung dengan cerita bertajuk A quaint look at the town of Pontian di blogspot BERPETUALANG KE ACEH , saya terlupa hendak memberitahu saya akhirnya bermalam di bandar Pontian.

Semasa di sanalah saya sempat membuat posting bertajuk Salam daripada Pontian... Keesokannya baru saya pergi ke Johor Bahru ataupun JB.

Di atas adalah gambar di sekitar Jalan Wong Ah Fook, jalan utama di tengah bandaraya JB. Walaupun saya mempunyai ramai saudara mara di sana termasuk seorang adik perempuan yang bekerja sebagai doktor yang kini menetap bersama suaminya, kali ini saya rasa lebih selesa berjalan sendirian tanpa melibatkan mereka...

Ini adalah gambar bangunan kerajaan negeri Johor di Bukit Timbalan. Entah kenapa, ada semacam aura tertentu daripada kawasan bukit itu seolah-olah cuba menarik saya masuk ke sana... Apapun, bangunan itu sendiri memiliki senibina sebelum merdeka tahun 1957 yang agak menarik... Memang bentuknya begitu terserlah dan dapat dilihat menonjol daripada jauh...


Dahulu semasa kecil sehingga remaja, saya dan keluarga sering ke Johor Bahru untuk menziarahi saudara mara kemudian ke Singapura... Ada le beberapa kali ke sana setiap tahun...
Proses ini cuma terhenti apabila saya menyambung pengajian peringkat A Levels di Kuala Lumpur kemudian pergi ke universiti di London. Setelah itu saya jarang ke JB. Itupun sempat juga pergi setahun sekali semasa Hari Raya Aidil Fitri.
Tahun 2006, sekitar 5 hari selepas Hari Raya Aidil Fitri tahun itu, seorang kenalan melalui Internet telah mengajak saya berjumpa di JB. Kenalan ini orang Singapura. Ketika itu kami sedang berhubung melalui Internet dan saya berada di Muar... Setelah beberapa hari memerap di kampung, baru hari itu saya keluar ke bandar lalu dapat menggunakan Internet.
Kebetulan saya ada membawa rucksack kecil yang mengandungi sehelai tuala. Maka dengan sehelai sepinggang itulah, terus saya mengambil bas ke JB. Kebetulan juga saya ada membawa paspot antarabangsa bersama. Tanpa dirancang, saya sempat pergi ke Singapura... Sempat menziarahi Makam Habib Nuh juga Makam Mas Merah setelah 20 tahun tidak ke negara itu (kerana akhir sekali saya ke Singapura adalah ketika berumur 15 tahun gitu...)
Oh... Apapun, itu cerita lain. Apa yang saya nak beritahu sebenarnya, walaupun saya tidak kerap lagi ke JB berbanding ketika zaman remaja dahulu, saya masih juga ke sana terutama apabila ada apa-apa acara melibatkan keluarga. Misalnya beberapa bulan lepas, seorang sepupu saya yang bernikah gantung dengan pasangannya seorang gadis genit daripada JB telah melangsungkan acara perkahwinan penuh (yang sebelum itu kira acara 'spara-rasmi' aje le sebab nikah gantung...) setelah isterinya selesai menamatkan pengajian di England.
Apa yang saya sedar apabila datang lagi ke JB untuk perjalanan terbaru ini (oh... saya sampai kali ini pada 26 Disember 2007 ya) adalah sejak tahun 1985 begitu, saya tidak pernah berjalan-jalan lagi di pusat bandaraya JB. Kalau berjalan pun di luar kawasan pusatnya yang sebenar...
Kenapa gunakan perkataan "pusat sebenar"? Nanti saya terangkan...

Dalam perjalanan ke JB yang terbaru inilah baru saya sedar pusat bandarnya sudah jadi begitu cantik dan teratur. Nampak ciri-ciri metropolitan yang layak diwar-warkan pada pelancong.

Satu lagi yang saya sedar, di sepanjang jalan utama JB iaitu Jalan Wong Ah Fook sudah terdapat persiaran jalan kaki yang agak lebar dan panjang... Ketika itu juga saya terasa pelik, bagaimana pihak bandaraya dapat mencari ruang yang begitu selesa untuk pejalan kaki ini? Setahu saya pusat bandaraya JB sudah cukup padat dan sesak...

Kemudian baru timbul pertanyaan, mana dia pergi Sungai Seget? Hmm... Saya tak ingat spelling nya yang sebenar ya, pakai aje le Sungai Seget...

Satu masa dahulu Sungai Seget yang terletak di tengah-tengah pusat bandaraya JB dikira sebagai sungai paling kotor di Malaysia... Kemudian saya ada terbaca di suratkhabar bahawa usaha untuk membersihkan sungai itu telah dimulakan... Dalam suratkhabar sekitar 20 tahun lalu lah...

Sekarang, tidak kelihatan lagi sungai yang sangat kotor ini. Sebaliknya yang terdapat adalah persiaran jalan kaki yang selesa dan cantik seperti yang boleh dilihat dalam gambar di atas. Apakah yang telah terjadi?

Kemudian baru saya terfikir, persiaran kaki ini dibina di atas Sungai Seget! Patutlah tak nampak lagi sungai itu...

Saya cuba bertanya pada remaja di sekeliling untuk mendapatkan kepastian... Mereka seperti tidak pernah mendengar nama Sungai Seget. Apabila ditanya pada orang tua, barulah ada yang dapat membenarkan telahan saya itu... Hmm... Banyak juga yang telah berubah ya...


Sambil berjalan kaki di sepanjang persiaran kaki tadi, saya melihat di sekeliling. Kelihatan kawasan rumah pangsa di atas dengan bangunannya agak comot. Nampaknya yang ini tidak berubah... Daripada segi "kecomoton"nya le...

Tapi perubahan yang nyata adalah 20 tahun dahulu, kawasan pangsapuri ini menandakan sempadan timur bandar JB. Sekarang bandaraya JB sudah meliputi kawasan Plentong (kalau tak silap ingatan le) menghala ke Pasir Gudang yang terletak sekitar (atau lebih) 15 km ke timur!


Dahulu, bangunan Kompleks Tun Razak atau Komtar setinggi lebih 20 tingkat ini adalah bangunan tertinggi di Johor Bahru. Di sini juga terletak kompleks membeli-belah utama di ibunegeri Johor itu. Tetapi ketika saya datang, ia tidak berpenghuni... Sedang under renovation...

Apakah selepas ini ia akan kembali ceria seperti dahulu? Mungkin ya, mungkin tidak. Yang pasti, ia bukan lagi bangunan utama di JB... Sudah terdapat berpuluh lagi bangunan besar dan pusat membeli-belah yang lebih menarik di sekitar bandaraya ini...


Saya terus berjalan sehingga penghujung Jalan Wong Ah Fook mula berpecah menjadi jalan-jalan lain. Dahulu, inilah sempadan utara JB. Sekarang JB sudah jauh lebih besar dengan radius atau jejari kawasan bandaraya melebihi 15 km di sekeliling...

Dahulu, rumah seorang datuk saudara di Bandar Baru Uda, Tampoi yang sering diziarahi keluarga saya dari Muar terletak lebih 5km di luar bandar JB. Sekarang, sempadan bandaraya telah menjalar hingga meliputi Sekudai yang terletak sekitar 10km lagi ke utara.

Bayangkan bagaimana pula keadaannya jika konsep bandaraya mega Iskandar yang dikatakan akan menjalar berpuluh batu lebih jauh lagi berjaya didirikan. Katanya ia akan merangkumi kawasan seluas dua setengah kali ganda Singapura!

Memang kemajuan itu kelihatan cantik di atas kertas... Tapi harapnya janganlah tanah dan bumi orang Melayu tergadai lagi... Jangan pula projek Iskandar bertukar menjadi projek Zon Kemajuan Singapura Utara...

Untuk sedikit lagi cerita berkaitan JB, sila masuk ke blogspot BERPETUALANG KE ACEH untuk membaca cerita And now, a quaint look at Johor Bahru! yang juga baru dibuat tadi. Sekian...

p/s: Rasa nak copy and paste balik cerita yang dibuat dalam posting bertajuk Salam daripada Mersing pula! ... Daripada perenggan-perenggan berkaitan JB... Insyaallah sebentar lagi saya akan meletakkan gambar-gambar yang diambil di Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) pula...

Sekadar ingatan, Sabtu hari itu saya sempat membuat satu posting di blogspot itu tentang Makam Laksamana Bentan. Untuk melihatnya sila masuk ke sana atau klik terus ke Makam (tomb) of Laksamana Bentan .

OK... Inilah perenggan-perenggan tentang JB itu...

Di Johor Bahru, saya telah menyewa bilik di hotel murah lalu mendapat bilik nombor 44. Saya merasakan nombor itu cuba memberitahu sesuatu... Dan memang beberapa ketika kemudian saya asyik ternampak nombor 4 di merata tempat.... Salah satunya, saya ada terjumpa motor (atau kereta? lupa pula) yang ada plet nombor 4444.
Saya singgah di MPH City Square untuk melihat peta Johor. Ternyata kedai itu adalah menjual BKA III, alhamdulillah!
Sebenarnya saya kurang pasti ke mana saya harus mengembara lagi selepas itu. Yang saya tahu, apapun saya perlu ke Kluang kerana satu... Saya telah menyatakan mahu berjumpa kawan tertentu di sana jika tidak ada halangan... Kedua, kerana saya sudah lama tidak ke sana sedangkan di situlah saya membesar memasuki alam remaja lebih 20 tahun lalu!
Saya pun membelek-membelek peta Johor yang terdapat di kedai buku MPH... Sambil mengkaji perjalanan yang telah dibuat beberapa hari kebelakangan, saya cuba meneliti jalan-jalan lain dengan harapan gerak hati ini akan memberi petunjuk seterusnya.
Oh... Sebenarnya saya ada terfikir untuk pergi ke Kota Tinggi untuk menziarahi makam-makam kerabat diraja lama terutama yang berkaitan dengan kerajaan Melaka lama di sana. Selama ini saya lebih berat kepada jurai keSultanan Melaka di Perak. Mungkin sudah sampai masanya saya menyambung wasilah kepada pecahan di Johor pula...
Kemudian saya membalikkan peta yang dipegang... Terserlahlah peta 8 bandar-bandar utama yang mewakili 8 daerah utama di Johor... Dengan peta bandar Muar di sudut atas kiri.
Apabila dilihat melawan arah jam, ternyata terdapat satu aturan dengan Muar di ikuti Batu Pahat, Pontian seterusnya Johor Bahru... Masyaallah! Ini sama gilirannya dengan bandar-bandar yang telah saya singgah dan tidur di Johor dalam perjalanan jauh kali ini! Dan Johor Bahru adalah bandar ke 4 dalam perjalanan ini... Ada lagi 4 bandar kalau mengikut peta ini... 4 dan 4? Apakah ini makna 44 yang tersirat di sebalik nombor bilik hotel saya di Johor Bahru?

Sabtu, Januari 12, 2008

Mencari Muzium Bugis di Pontian...

Aduusss.... Memang kebelakangan ini saya terasa agak malas dan berat mahu menulis. Rasanya saya setakat membuat update di blogspots seminggu sekali sahaja dalam tempoh hampir 2 bulan kebelakangan... Rasanya le... Tak pasti kenapa, apakah kerana fikiran terasa sarat bercampur tubuh badan yang penat... Penat mengembara zahir dan bathin menjelajah ke merata tempat?
Sebagai contoh, sejak hari Rabu lepas saya mula berehat seorang diri di sebuah rumah keluarga di Kajang. Kiranya saya berehatlah, sekurang-kurangnya secara fizikal kerana tak da lagi berjalan jauh semenjak kembali daripada Johor dan singgah di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan hari Selasa. Kalau berjalan pun setakat menapak atau jalan kaki ke bandar Kajang. Selain daripada itu saya banyak tidur, kononnya untuk menghilangkan kepenatan terutama akibat segala pengembaraan dan perjalanan yang dilakukan dalam tempoh hampir 3 minggu kebelakangan di Johor.
Rupa-rupanya nak kata berehat, masih tak dapat sebenarnya. Walaupun di kala saya tertidur, fikiran saya terlalu jauh menerawang tanpa dapat dikawal lalu pergi menjelajah jauh ke pelbagai tempat malah dimensi dengan caranya yang tersendiri. Antara persoalan yang bermain di fikiran tanpa disuruh lalu termasuk dan terbawa oleh jiwa bawah sedar adalah kaitan keluarga Daeng di Bugis dengan Ahlul Bait awal yang datang ke Aceh, kaitan Malim Dewa dan Malim Deman dengan keluarga Raja Temenggung Muar juga dengan keluarga Al-Kamil daripada nasab Abdullah bin Hassan Muthanna bin Saidina Hassan ibni Ali Abi Talib.
Allah... Penat! Tadi pun saya bangun tidur dengan nama Ahmad @ Daeng Ahmad @ Raja Ahmad yang di Muar (yang di Perak lain yek... Belum sebut lagi yang di Aceh) berdengung-dengung di telinga. Hmm... Biarkanlah. Biar saya melepaskan apa-apa rasa ini dengan menyambung cerita tentang pengembaraan di Johor ya... Kali ini kita ke Pontian pula. Anggaplah ini sambungan daripada Cerita Batu Pahat... yang dibuat minggu lepas. Sila...

Pagi buta ketika sedang bermalam di rumah Habib Ali di Batu Pahat, 2 orang pemuda daripada Singapura memunculkan diri di rumah itu. Katanya, mereka tadi dari Kota Tinggi kerana ada seorang kenalan baru meninggal dunia. Oleh kerana pengkebumian cuma akan dilakukan siang hari, timbul rasa hendak bertandang ke rumah Habib Ali. Lagipun seperti ramai orang Melayu Singapura yang ada mengikuti pengajian Tasawuf, mereka juga selalu bertandang ke rumah orang tua berumur hampir 90 tahun ini, orang tua yang dianggap oleh kebanyakan yang mengenali sebagai memiliki taraf tinggi kerohanian seperti Wali Allah terkenal Habib Nuh yang dimakamkan di Singapura.

Bila masuk siang pula, 2 orang pemuda ini, seorang cicit Habib Ali yang bertugas menjaganya serta saya keluar pergi minum dan makan-makan di bandar Batu Pahat. 2 orang ini tak jadi pergi ke Kota Tinggi. Kalau tidak, ada kemungkinan saya mahu ikut mereka ke sana. Lalu saya membuat keputusan untuk pergi ke Pontian pula.

Seperti biasa, apabila ingin berjalan-jalan melihat sesuatu tempat, saya lebih suka naik bas lompat-lompat. Daripada Batu Pahat, saya menaiki bas ke pekan Benut. Itulah bas yang kelihatan di gambar atas...


Oh... Lupa hendak beritahu, ketika itu 25 Disember 2007. Kali terakhir saya berjalan-jalan di Pontian rasanya adalah pada tahun 1997 ketika sedang mengembara secara solo menaiki motosikal besar keliling Semenanjung. Semasa itu saya setakat berjalan menurut gerak hati yang saya tak pasti apa... Kali ini saya lebih peka akan kaitan tempat-tempat yang dilalui dengan salasilah keluarga dan perjalanan tok nenek moyang dahulukala...

Adapun, kampung saya di Muar adalah kampung sebelah ibu. Walaupun adik-beradik ibu selalu menekankan yang mereka berketurunan Jawa kerana ibu kepada ibu (saya panggil mak kerana dia yang banyak membesarkan saya, ibu pula saya panggil mummy), bapa kepada ibu adalah berketurunan Bugis.

Ayah saya yang berasal daripada Teluk Intan, Perak pula berketurunan Aceh campur Melayu Perak campur Bugis. Oleh kerana saya baru dapat tahu bahawa di Pontian terdapat sebuah Muzium Bugis, maka eloklah saya ke sana... Tapi di mana ya?

Nasib baik sebaik sahaja sampai ke Benut, ternampak bas kuning (yang kelihatan di gambar atas) untuk ke bandar Pontian malah sehingga ke Kukup yang terletak lebih jauh penghujung ke selatan. Saya bertanya kepada pemandu bas arah ke Muzium Bugis. Katanya jangan risau, bas kuning itu akan lalu berhampiran dan dia akan menurunkan saya di sana...


Sementara menunggu bas kuning itu berlepas, saya berjalan sebentar di pekan Benut yang kelihat seperti pekan cowboy ini. Semasa itu sekitar jam 3 petang. Pekan kelihatan begitu sunyi, sedikit sahaja kelibat manusia yang kelihatan...


Kemudian saya ternampak sebuah bot nelayan...


Apalagi, rasa tak sah kalau tak melihat lebih dekat dan mengambil gambar. Kemudian baru saya minum kopi di gerai berdekatan sebelum bas berlepas...


Lebih setengah jam kemudian bas kuning itu berhenti di bandar Pontian untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Saya setakat duduk di dalam bas menunggu ia menyambung perjalanan menghala ke Kukup... Gambar ini diambil daripada dalam bas...


Tidak lama kemudian, baru saya sampai ke Muzium Bugis. Rupa-rupanya ia terletak betul-betul di tepi jalan utama Pontian ke Kukup. Malah kalau tak salah ingat, sepanjang jalan tadi terdapat 3 buah papan-tanda besar menanda arah untuk ke muzium itu...

Di sini biar saya letak satu artikel lama tentang Muzium Bugis yang baru saya jumpa di Internet tadi ya. Ini dia... Daripada Berita Harian Isnin, 7 September 1998...


Muzium Bugis tumpuan pelancong di musim cuti

Oleh MIR AZRI SHAHARUDIN

PONTIAN: Muzium selain sebagai salah satu daya tarikan pelancongan yang unik di negeri ini, ia juga boleh memberikan pengetahuan mengenai warisan sejarah bangsa dan budaya tempatan. Warisan sejarah yang dijaga dan disimpan dengan baik akan membolehkan generasi seterusnya menyedari bahawa khazanah bangsa Malaysia sebenarnya kaya dan bernilai tinggi disamping dapat mengenal tamadun yang tertua di kawasan Nusantara ini.
Sehubungan itulah Abdullah Ahmad, 53, pemilik Muzium Bugis yang pertama di Johor sanggup mengumpulkan warisan budaya bangsanya untuk dipertontonkan kepada generasi muda di negara ini.
Muzium yang terletak lebih kurang 7 kilometer dari Bandar Pontian Kecil dan 12 kilometer dari Kukup Laut itu menghimpunkan kira-kira 1,715 pelbagai jenis barang antik yang berharga.
Menurut Abdullah, muzium yang tel ah me mp amerkan barangan antik itu sejak 1982 diusahakan atas daya inisiatifnya sendiri dengan membangunkan sebahagian rumahnya sebagai bilik pameran muzium.
Katanya, muzium tersebut dibesarkan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan kewangan yang ada yang diperoleh hasil sumbangan orang ramai dan pihak Muzium Negara.
Sehingga sekarang, dewan pameran muzium itu telah mengalami banyak perubahan kerana pertambahan artifak yang dijua1 oleh orang perseorangan kepada Abdullah untuk dipamerkan sebagai bahan warisan sejarah.
Baru-baru ini, katanya beliau memperoleh empat buah meriam yang digunakan oleh tentera Bugis pada abad ke-16 di negeri Johor yang melambangkan penguasaan bangsa itu ke atas Empayar Johor-Riau satu masa dahulu.
Segala peralatan, tambah beliau, seperti pinggan mangkuk, baju Bugis, alat peperangan tentera Bugis, seperti lembing, tombak, badik kelewang, bakul-bakul lama, alat perhiasan, katil, peti besi dan sebagainya dipamerkan untuk tatapan masyarakat Malaysia.
Katanya, muzium tersebut sentiasa menarik perhatian pelancong dan rakyat Malaysia terutamanya ketika pada cuti sekolah untuk tujuan penyelidikan dan pengetahuan warisan budaya bangsa Bugis.
Abdullah berkata, beliau tidak pernah menghiraukan faktor kewangan untuk membina dan menyelenggarakan muzium itu kerana baginya warisan sejarah adalah penting kepada negara.
Jelasnya, muzium yang dibuka secara rasmi pada 26 Julai 1994 oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabbaruddin Chik itu bukannya berorientasikan keuntungan.
Sebaliknya, prinsip yang dipegangnya sehingga kini ialah: "Sejarah boleh berulang, tetapi budaya akan terus kekal,".
Sehubungan itu, orang ramai tidak dikenakan sebarang bayaran untuk memasuki muzium tersebut, sebaliknya mereka boleh menderma secara ikhlas bagi membantu membangunkan lagi muzium itu.
Menurutnya, idea untuk menubuhkan muzium itu telah bermula pada tahun 1960-an lagi dan beliau bermula secara kecil-kecilan mengumpul artifak Bugis yang terdapat di seluruh negara.
Tambahnya, bermula dengan mengumpul tiket-tiket dan batang-batang aiskrim semenjak zaman remaja lagi sehingga}ah kini, beliau masih meneruskan mengumpul bahan-bahan antik yang berkaitan dengan sejarah warisan Bugis.
Malah, katanya, beliau pernah menjelajah Thailand dan Indonesia untuk mencari artifak yang menarik yang diidamkannya sebagai bahan pameran di muziumnya.
Beliau berharap, Muzium Bugis itu akan terus kekal menjadi lambang warisan dan budaya peninggalan Bugis yang terkenal di negeri Johor.

--------------------

Saya sempat berkenal-kenalan malah berbual panjang tentang beberapa perkara peribadi yang melibatkan susur-galur darah keturunan diraja Bugis bersama pemilik muzium yang kini berumur sekitar 63 tahun. Walaupun banyak juga barangan di muzium yang agak menarik, saya tidak tergerak untuk mengambil gambar. Cukuplah kalau diberitahu, orang ini telah membenarkan gerak hati saya yang baru muncul 2-3 hari itu tentang identiti sebenar seorang pahlawan Bugis yang dikenali sebagai Silawatang di Muar, seorang yang bernama Raja Ahmad...

Siapakah Raja Ahmad di Muar ini? Nama ini mula terngiang-ngiang apabila saya menziarahi Kota Buruk sejurus selepas Hari Raya Haji. Ceritanya ada dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk The legendary Kota Buruk (ruined fort) of Muar...



Selesai urusan di Muzium Bugis, perjalanan pun harus diteruskan. Soalnya ke mana pula? Oh... Sebenarnya Muzium Bugis ni ada satu lagi cawangan tidak jauh daripada lokasi atas di Teluk Kerang, sekitar 8km ke selatan pekan Pontian...

Ketika itu ada juga terfikir untuk berjalan ke Kukup, mungkin ke Tanjung Piai, tempat paling hujung di Semenanjung, juga disebut sebagai tanah paling hujung ke selatan di Asia! (kemudian baru terletak Singapura yang sudah terputus daripada tanah besar)... Dalam pada itu terfikir juga... Umur saya sudah semakin meningkat dan saya sebenarnya telah berazam tidak mahu lagi mengembara tidur bersepah-sepah seperti dahulu... Kalau perlu mengembara jauh pun kali ini saya mahu menjimatkan tenaga selagi dapat dan pergi ke tempat yang betul-betul perlu...

Rasanya, jika saya pergi ke Kukup dan Tanjung Piai, perjalanan akan menjadi semakin panjang kerana terasa seolah-olah setiap tempat memanggil untuk dilawati... Ingat. Pada asalnya, perjalanan ke Johor ini dijangka cuma akan merangkumi Batu Pahat dan Kluang sahaja sebelum kembali menaiki keretapi ke Kuala Lumpur.

Saya bertafakur sebentar... Dalam beberapa saat saya mendapat jawaban tidak perlu ke Kukup dan Tanjung Piai. Mungkin saya boleh terus melangkah ke Johor Bahru kerana ada gerak baru menyuruh untuk melawat tempat-tempat utama di Johor. Lagipun selama ini saya lebih cenderung pergi ke sebelah Perak selain Pantai Timur sedangkan Johor adalah negeri tempat saya dilahirkan.

Apapun, saya harus ke bandar Pontian dahulu kerana di situ baru terdapat perkhidmatan bas ke Johor Bahru. Di atas ialah gambar bot-bot nelayan di bandar Pontian...


Daripada tepian bandar Pontian, kelihatan pula Pulau Pisang... Teringat cerita pemilik Muzium Bugis tadi tentang nenek-moyangnya yang dikatakan memiliki pulau itu dan pernah menolong Daeng Lima Bersaudara, Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Kemasi, Daeng Menambun dan Daeng Chelak menangani ancaman Raja Kecil abad ke 18.

Sedikit cerita tentang Pontian akan disambung di dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Sekian...

Rabu, Januari 09, 2008

Sedikit kata-kata aluan yang baru keluar secara spontan tadi?

Ini adalah gambar sebahagian peralatan diraja Perak. Adapun sejak kebelakangan ini saya rasa tidak lengkap pula kalau membuat apa posting-posting tanpa menyertakan gambar. Sedangkan gambar-gambar yang saya ambil sendiri pula tersangkut kerana laptop rosak... Maka jangan hairan jika semenjak dua menjak ini saya banyak mencedok gambar entah apa-apa entah daripada Internet.
Adapun melihatkan kata-kata yang menyebabkan timbulnya posting ini, saya terasa mahu memaparkan satu gambar yang ada kaitan dengan wali. Gambar siapa, apa dan bagaimana, saya pun tidak tahu dan seperti biasa saya cuma ikut gerak sahaja. Lalu saya menaipkan keyword "raja wali" di dalam google dan memulakan image search. Yang peliknya gambar di atas adalah gambar yang pertama sekali keluar. Itulah ceritanya...

Hmm... Baiklah. Sebenarnya saya cuma mahu menjenguk apa yang baru diperbincangkan di c-box baru-baru ini. Setelah melihat isi kandungan terbaru setakat yang boleh dapat, terkeluarlah kata-kata spontan yang baru diletakkan lalu saya sedar, kata-kata itu agak panjang dan tidak lama lagi akan hilang apabila masuk kata-kata tambahan daripada para pembaca lain.
Maka itu saya rasa elok dikumpulkan ke dalam posting ini supaya ia tidak terus hilang. Harapnya dapatlah ia dijadikan renungan. Yang elok dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Sekian...



8 Jan 08, 23:48
MerahSilu: Assalamualaikum semua. Alhamdulillah nampak kawan-kawan di sini dapat berbahasa dengan lebih elok. Baguslah tu... Pinta saya, dapat diteruskan perbincangan dan perbualan dengan suasana aman damai. Tak

8 Jan 08, 23:49
MerahSilu: tak perlulah sesiapa pun merajuk dan mengundurkan diri. Teguran saya dalam apa-apa perkara adalah supaya kita tidak berpecah-belah dan menyinggung mana-mana pihak. Ingat kata Saidina Ali, lihat apa ya

8 Jan 08, 23:50
MerahSilu: apa yang dikata, bukan siapa yang berkata. Jika kita bercerita tentang masalah kerajaan yang suka makan cukai waima cukai arak, saya setuju sangat. Ini bukan soal politik tetapi soal akhlak sejagat. T

8 Jan 08, 23:51
MerahSilu: Tapi kalau kita kata sesuatu parti itu semuanya salah dan satu lagi parti pula semua betul, maka kita akan menyerkap jarang lalu hilang keadilan dalam pertimbangan. Adapun tentang teguran saya bab per

8 Jan 08, 23:51
MerahSilu: perjumpaan dengan wali-wali, adapun dalam pengajian saya diajar supaya sentiasa merasa rendah diri... Mungkin benar saya telah diberi peluang berjumpa seseorang wali besar yang secara syariatnya telah

8 Jan 08, 23:52
MerahSilu: telah pun meninggal dunia tetapi saya tidak akan sekali-kali menyatakannya kepada khalayak ramai... Kerana satu, timbul fitnah mereka yang tidak memahami, kedua mungkin timbul ujub dan riak dalam diri

8 Jan 08, 23:53
MerahSilu: dalam diri saya. Pendekatan sebaiknya jika tak tahan sangat nak bercerita, cakap sahaja saya telah berjumpa seseorang yang begitu dan begini sifatnya... Rupanya macam Tok Kenali (contoh aje)...

8 Jan 08, 23:54
MerahSilu: Tapi saya pun tak berani confirm orang yang dijumpai tu adalah Tok Kenali. Seeloknya saya ambil sikap yang saya ini kerdil, belum layak berjumpa dengan para wali. Begitu juga sepatutnya sikap kita jik

8 Jan 08, 23:55
MerahSilu: jika betulpun kita bermimpi Rasulullah SAW. Nampak dalam mimpi ada orang sebut Rasulullah SAW tapi saya tak berani ngaku jumpa Rasulullah... Apakah saya telah betul-betul layak berjumpa Nabi atau saya

8 Jan 08, 23:55
MerahSilu: terasa pencapaian kerohanian saya begitu tinggi sehingga dan sampai makam boleh berjumpa para Nabi lalu harus menceritakan kepada semua orang?

8 Jan 08, 23:56
MerahSilu: Ingatlah... Jiwa kita selalu diuji dengan pelbagai cara. Seringkali ego diri sendiri ini inginkan pengakuan dan pengiktirafan lalu kita terus membuat dakwaan... Jumpa orang bersrban ghaib dengan cahay

8 Jan 08, 23:57
MerahSilu: cahaya terang benderang terus kita anggap kita dah jumpa Nabi. Memang syaitan tidak boleh menyerupai Nabi tapi siapa kata dia tak boleh menyamar? Sebabnya adalah kita pun tak tahu camana rupa sebenarn

8 Jan 08, 23:58
MerahSilu: sebenar Nabi... Kalau ada syaitan pakai serban muka lebih hensem daripada Tom Cruise mengaku Nabi lepas tu ajar ayat Quran macam-macam, betul ke kita boleh betul-betul kenal?

8 Jan 08, 23:59
MerahSilu: Sebab tu seeloknya kita merendah diri. Seperti saya sebut awal tadi, cukuplah kalau kita kata jumpa orang begitu-begini, misai dan janggutnya begini, nampak gaya macam orang alim... Biar orang lain ya

9 Jan 08, 00:00
MerahSilu: yang confirm kan, betul... Kita telah diberi peluang berjumpa dengan seorang wali ternama yang ciri-ciri rupa-paras dan sifat-sifatnya dikenali oleh ahli-ahlinya. Tak perlu kita bagitahu satu dunia si

9 Jan 08, 00:00
MerahSilu: siapa yang kita jumpa... Allah lebih tahu di manakah kedudukan kita yang sebenarnya. Sekian...

9 Jan 08, 00:01
MerahSilu: Oh... Lupa nak cakap. Tadi saya sempat singgah ke Pengkalan Kempas di Negeri Sembilan, menziarahi makam yang dikatakan milik seorang Sheikh bernama Ahmad Majnun yang dikatakan hidup zaman kegemilangan

9 Jan 08, 00:02
MerahSilu: kegemilangan Melaka. Kat situ ada beberapa batu hidup. Kemudian saya sempat berkenalan dengan beberapa orang yang membawa saya pergi menziarahi Masjid Linggi di mana terdapat makam kaum keluarga juga

9 Jan 08, 00:03
MerahSilu: juga ayahanda dan nenda kepada Sheikh Said Linggi. Selamat malam!

Isnin, Januari 07, 2008

Salam daripada Tangkak/Ledang

Ini gambar Gunung Ledang aku curik daripada Internet. Gambo yang aku ambik sendiri nanti le aku tunjuk yek... Ikut turn cerita yang bakal keluo nanti...

Assalamualaikum... Terlebih dahulu izinkan aku lepaskan dulu rasa geram... Geram sebab menapak berbatu tadi nak cari Internet Cafe kat Tangkak untuk melepaskan sedikit gerak bercerita... Penat-penat menapak tak jumpa gak Internet.
Nasib baik tadi ada akak ngan family dia tolong hantar aku naik kereta sampai ke Kampung Padang Lerek kat jalan pergi Jasin... Rupa-rupanya ada Internet Cafe kecik dalam kawasan surau kampung dan boleh pakai pula sebab orang yang jaga rumahnya ada kat sebelah je. Tapi karang jenuh le aku kena menapak malam-malam sorang-sorang balik hotel kat tengah bandar sebab tempat ni letaknya jauh gak... Dan penulisan aku terasa sedikit tergencat sebab keyboard komputer ni ada problem sikit.
Tak apa. yang penting aku luahkan ikut gerak yang patut, biar settle...

--------------------

OK... Setelah melepaskan perasaan geram tadi, baru rasanya boleh saya bercerita dengan nada yang lebih teratur... Sukacita dimaklumkan petang tadi saya sempat berehat, mandi-manda dan makan angin di Gunung Ledang seorang diri tanpa gangguan (sebab petang hari minggu) setelah lama tidak ke sana. Rasanya kali terakhir saya ke gunung penuh legenda ini adalah pada tahun 2005. Lega sungguh rasanya kerana setelah membuat perjalanan meliputi 8 daerah utama di Johor, saya rasa perlu melawat Gunung Ledang sebelum dapat kembali semula ke Kuala Lumpur dan kini ia telah selesai.
Allah! Masalah keyboard betul-betul mengganggu gerak penulisan. Kalau tidak, mungkin saya boleh bercerita lebih panjang lebar akan apa yang berlaku hari ini terutama di Gunung Ledang... Mungkin juga disertai pengalaman di sana dalam lawatan-lawatan yang sudah lepas.
Oleh itu cukuplah saya ingin berpesan. Adapun blogspot ini didirikan supaya dapat berkongsi pemikiran saya dengan orang-ramai. Dalam pada itu, saya meletakkan c-box supaya proses bertukar fikiran dan berkongsi pengalaman dapat berjalan dengan lebih rancak, bukannya statik.
Oleh itu saya meminta para pembaca dan semua yang terlibat, tolong JANGAN MEMBUAT ONAR di sini... Tolong jangan gunakan bahasa kesat dan kasar. Jangan suka menghukum, merendahkan atau mengkafirkan orang dan tolong JANGAN BAHAWA FAHAMAN POLITIK di sini. Di sini, kita mahu berfikiran lebih tinggi dan adil supaya tidak terbawa-bawa arus demokrasi ciptaan Yahudi Zionis walaupun yang ingin diperjuangkan itu adalah agama Islam yang syumul. Kerana sistem demokrasi itu sendiri dicipta untuk melaga-lagakan setiap pihak dan mengajar kita jadi berpuak-puak... Sehingga kita tetap mencari salah orang yang bukan berpihak pada kita dan pada masa yang sama cuma menutup kelemahan mereka yang kita anggap sealiran. Lalu jadilah kita seperti peribahasa Melayu, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak kelihatan pula...
Terus-terang saya cakap, pihak saya lebih suka bersifat non-partisan iaitu tidak memihak pada mana-mana parti... Ibarat raja-raja yang harus bertindak sebagai pengadil atau sekurang-kurangnya pemerhati berkecuali. Walaupun kami tidak terlibat dengan politik secara langsung, tetap ada sumbangan yang dibuat untuk memperkasakan makna beragama dan menjadi Islam tanpa perlu diwar-warkan kepada khalayak ramai.
Kepada pihak yang lain pula, jangan senang-senang bercerita bab-bab sulit tentang para wali secara terang. Terus-terang saya cakap, saya telah berjumpa dan bersua serta berurusan secara peribadi dengan ramai ketua-ketua tertinggi pelbagai pengajian bersifat kebatinan dan tariqat termasuk mereka yang suka mengaku boleh bertemu itu dan ini... Dan saya sendiri selalu melalui pengalaman yang berbentuk ghaib dan susah untuk diterangkan, apalagi diterima ramai.
Walaupun saya tidak sepengajian dan tidak setuju dengan orang yang senang-senang mengaku jumpa wali, selama ini saya membiarkan sahaja hal ini atas dasar ilmu Allah itu luas... Saya beranggapan saya berada di pihak yang lemah, mungkin sahaja saya yang tersilap tafsir dan perkiraan walaupun pengalaman saya boleh tahan lah juga... Lalu saya memberi laluan untuk orang menceritakan pengalaman mereka sendiri walaupun ia berbalah dengan pengajian saya, walaupun melalui pengamatan mata batin saya sendiri, apa yang dilihat oleh orang itu bukanlah apa yang disangka mereka tetapi sebenarnya makhluk lain yang suka membuat pengakuan. Malangnya perkara sebegini yang sememangnya boleh menimbulkan fitnah telah disebut sewenang-wenangnya oleh sesetengah orang sehingga mula menimbulkan perbalahan dan buruk sangka orang.
Sekali lagi saya mengingatkan, JANGAN BUAT ONAR di sini. Saya bukannya orang yang suka bersumpah-sumpah atau membuat dakwaan apa-apa dan saya tidak suka membuat ancaman walaupun atas nama Allah, walaupun saya yakin ketika berada di pihak yang benar. Tetapi saya harus memberi peringatan demi kesejahteraan dan keharmonian semua. Rasanya bahasanya cukup terang... JANGAN BUAT ONAR di sini...
Tidak perlu saya memberi apa-apa peringatan tambahan, apalagi amaran dan tindakbalas. Cuma elok diberitahu, setelah saya memberi peringatan ini, akan ada pihak lain yang akan memantau dan bertindak jika ada sesiapa melanggar batasan. Bertindak yang bagaimana, saya biarkan para pembaca menggunakan imaginasi sendiri... Jangan nanti ada yang tak pasal-pasal terkehel... Angin takda, ribut takda, tiba-tiba tumbang je...
Cukup... Orang-orang Islam itu bersaudara. Selagi tidak ada bukti terang seseorang itu menyesatkan maka eloklah kita bersangka baik dan meraikan saudara kita. Kalau betul pun orang itu salah dan sudah 'terseliuh' akidah, gunakanlah hikmah untuk menegur dengan baik dan berhemah... Bukan kata-kata kesat dan maki-hamun.
Jika kita di pihak yang benar dan lebih matang dalam beragama, seharusnya kita melihat mereka yang kita rasa jahil sebagai budak-budak yang perlu diberi tunjuk-ajar dengan hikmah... Tak perlu budak itu ditempeleng sehingga terduduk walaupun kita ada qudrat yang mampu mencincang 1,000 musuh.
Sesungguhnya orang Islam lagi Mukmin itu sangat penyayang. Maka berilah peringatan dengan kasih sayang yang mampu mencairkan musuh, bukan kata-kata kebudakan yang menunjukkan seseorang itu sebenarnya masih penuh dengan sifat-sifat Mazmumah. Sekian...