Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Sabtu, April 14, 2007

Bertandang ke makam diraja Langgar, Kedah?

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Sudah hampir sebulan saya tidak membuat apa-apa posting baru dalam mana-mana blogspot kelolaan saya, mungkin kerana malas atau tiada apa-apa gerak? Untuk pengetahuan, beberapa hari kebelakangan ini saya banyak berjalan tetapi bukan seperti dahulu di mana saya selalu menaiki bas dan membuat hitch-hike iaitu menumpang kenderaan orang yang ditahan di tepian jalan, kali ini saya mengembara lebih selesa dengan menaiki kereta ahli keluarga.
Minggu lepas saya tergerak untuk kembali ke kampung ibu di Muar kemudian pergi menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Johor Bahru... Sempat singgah di Batu Pahat untuk menziarahi saudara-mara di sana sebelum kembali berehat beberapa hari di Muar. Setelah itu saya "terpanggil" untuk pergi ke Pulau Besar di Melaka dan keesokannya ada kenalan menawarkan diri untuk membawa berjalan ke beberapa tempat menarik di Melaka termasuk Perigi Hang Tuah, Masjid lama Duyung, Masjid Kampung Hulu dan makam Sheikh Shamsuddin Pasai di Kampung Ketek.
Adapun saya baru sahaja 2 hari kembali daripada Pantai Timur. Pada penghujung minggu lepas, saya telah pergi ke Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu yang sama (majlis pihak lelaki pula) dan merancang untuk ke Janda Baik, Bentong selepas itu. Tetapi sepupu saya pula mengajak menemani dia dan isteri pergi melawat rumah kakaknya di Kertih, Terengganu. Tanpa dirancang, 2 hari kemudian sampai pula ke Kuala Terengganu.
Kalau ikutkan, sepupu ini mahu saya mengikutinya berjalan sampai ke Kelantan pula. Dalam pada itu, dia ada rancangan untuk membawa isterinya berbulan-madu ke Pulau Redang. Kalau begitu, apakah saya perlu menunggu di KT atau turut ke pulau itu sekali? Saya pula yang jadi serba salah kerana seorang kawan memerlukan saya kembali ke Kuala Lumpur pada hari Khamis pula.
Akhirnya hari Rabu malam Khamis saya pun membuat keputusan mengambil bas jam 10 malam untuk kembali ke KL. Biarlah sepupu itu pandai-pandai belajar menangani hidup perkahwinan dengan sendiri. Takkan semuanya perlu ditunjukkan ya tidak?
Apapun, baru hari ini saya tergerak untuk menambah sesuatu di dalam blogspot saya, setelah melihat signal wi-fi Internet yang ditumpang daripada jiran sebelah ternyata terang tanpa gangguan. Gerak hati inipun menyuruh supaya meletakkan beberapa gambar yang diambil di Kedah, ketika perjalanan ke Utara yang dilakukan 2 bulan lalu...
Hmm... Banyak sebenarnya gambar yang saya ada, menunggu masa sahaja untuk dikongsi bersama. Buat masa ini biarlah dikongsi beberapa gambar yang diambil sekitar makam diraja Kedah di Langgar, Alor Setar ya...
Oh... Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa posting kali ini ada tanda persoalan pada penghujung tajuknya? Jawab saya, sebab sebelum memulakan penulisan ini, saya pun tak tahu gambar mana hendak diletak. Setelah menulis separuh jalan, barulah timbul gerak untuk meletakkan gambar-gambar berkenaan makam diraja Kedah di Langgar.
Lagi satu, semasa di Langgar lah saya mengalami perasaan deja vu paling lama sepanjang ingatan dalam hidup ini... Dalam perjalanan masuk daripada jalan besar ke makam, saya dapat merasakan apa yang berlaku dan pemandangan yang terlihat adalah sama dengan satu mimpi yang pernah berlaku lebih 10 tahun lalu... Sama kesemuanya dalam tempoh 15 minit, tidak ada lebih, tidak ada kurang! Pelik bukan?
OK... Tanpa membuang masa, tataplah gambar-gambar di bawah... Silakan!

---------------------------------------------------------

Beberapa rumah tradisional Melayu di Langgar









-------------------------------------------------------

Lorong masuk ke kawasan makam diraja Kedah




-------------------------------------------------------

Makam diraja dilihat daripada luar





-------------------------------------------------------

Masjid lama berdekatan makam diraja. Gerak hati saya menyuruh solat Zuhur dan jamak Asar di masjid ini dan berehat sebentar sebelum ke makam.














---------------------------------------------------------

Papan maklumat (sebenarnya batu) mengenai makam diraja Langgar di dalam kawasan kompleks permakaman. Kawasan ini terbuka kepada pelawat waktu siang.



-------------------------------------------------------

Pintu gerbang bagi kawasan dalam kompleks yang mengandungi makam. Mengikut ceritanya, pintu itu cuma dibuka kepada pelawat pada Hari Raya Aidilfitri, Aidil Adha dan Hari Keputeraan Sultan Kedah. Selain itu, cuma kerabat diraja terdekat dan mereka yang diperkenankan sahaja boleh masuk ke dalam.
Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, kunci pintu gerbang sudah terbuka ketika saya sampai sedangkan di sekeliling tidak kelihatan walau pun seorang manusia kecuali saya sahaja!



-------------------------------------------------------
Gambar-gambar makam para Sultan dan kerabat diraja Kedah. Saya pernah diberitahu bahawa ini kawasan larangan... Kalau tiada izin boleh ketulahan dan gambar yang diambil tidak akan melekat di dalam kamera.
Apapun, saya sajikan di sini untuk renungan para pembaca sekalian. Di dalam kawasan ini terdapat banyak makam yang ditanda dengan batu nisan Aceh... Mungkin sebab itu saya boleh masuk ke dalam tanpa sebarang halangan? :]













Ahad, Mac 25, 2007

Merah Syahir Nuwi, Aceh, Siam dan mimpi pedang

Makam Tok Soh di Kedah. Perhatikan ukiran ayat Al-Quran pada batu nesan jenis Aceh ini...

Malam tadi berlaku sesuatu yang saya rasa mempunyai makna besar dalam perjalanan hidup ini. Kesannya begitu terasa sehingga saya terus membuka komputer laptop lalu mencoretkan apa yang berlaku untuk dipaparkan ke dalam thread "Berpetualang ke Aceh" di Forum CVT dengan harapan ada orang lain dapat membantu memberi tafsiran yang berguna.
Di sini, biar saya papar balik apa yang telah diletakkan dalam forum itu... Mungkin ada kena-mengena dengan artikel mengenai Kedah yang dipost sebelum ini? Dan mungkin juga ada kena-mengena dengan cerita yang menyentuh Empayar Chermin dalam posting sebelumnya!

......................................


Salam kengkawan. Pada malam semalam berlaku sesuatu yang mengglisahkan aku. Aku akhirnya bangun dan cuba mencoretkan apa yang berlaku untuk dikongsi bersama tetapi line Internet plak tak clear.
Apapun, ada dah tulis kat Word... Jadi aku letak aje kat sini. Diharap ada le sesapa mule tolong beri pencerahan.... Ini dia...

------------------------



Mimpi pagi Ahad 25 Mac (6 Rabiulawal)

Rasanya ada kena-mengena belah keluarga Maharajalela. Lepas ada keluarga meninggal, tak pasti siapa. Ada banyak senjata tinggalan pusaka, berpuluh bilah, ada sedara kata ambiklah mana-mana yang aku suka. Aku pun tengok le dan belek-belek… Ada keris, badik, pedang, macam-macam… Aku tengok mana yang agak-agak berkenan, aku bukak test sikit timbang-timbang. Last-last aku cuma tertarik kat satu, je…Ada pedang, tak le panjang sangat, rasanya 3 kaki lebih, lebar dalam 3 inci, melengkung macam pedang Arab, bahagian atas (lawan mata) plak agak tebal, dalam seinci gitu. Solid.
Aku timbang dan hayun, pusing-pusing, sedap. Imbangannya ngam-ngam, letak kat tangan jadi macam tambahan pada tangan, cukup serasi. Aku suka dan ambik pedang tu.
Mula-mula aku perasan sarung pedang tu macam rupa kulit yang diikat ngan tali tetapi ada warna-warna termasuk kuning. Bila aku tengok balik, lek eleh… Ada jalur warna putih, kuning, hitam, sebijik macam bendera Perak!
Pas tu aku tak ingat. Kemudian aku berada dalam keadaan antara bangun ngan tidur. Aku asyik teringat nama Merah Syahir Nuwi… Kejap berkait ngan Siam, kejap ngan Aceh. Mungkin gak pengaruh bacaan sebelum tidur tadi. Yang masalahnya aku dok teringat mende tu lama… Merah Syahir Nuwi… Siam, Aceh!
Tetiba handphone aku bebunyi, ada message…Aku pun check le… Satu nombor talipon yang tidak dikenali, dan aku perasan nombor ni keluar malam tadi bila ada satu mamat call… Dengar je suara aku dia tanya: “Ni nombor sapa?”… Aku terkejut sat. Ait? Dia yang tipon, dia tanya nombor sapa? Kurang ajar plak cara tanya… Aku pun tanya balik: “U yang talipon, U nak cakap dengan sapa?”… Mamat tu terdiam sat. Baru dia cakap, “Sori wrong number”.
Message pepagi buta (aku notice time yang menarik… Kul 3:03) tu bunyinya cam ni: “Ila apa kaba.ni no tel nik”. Aku plak ingat ini mesti Nice72 kot? Mungkin dia dah terlupa nombor tipon aku pas tu dia check balik. Aku baru je nak jawab cam ni: “Ler. Nik Hafiz ke? OK le. Aku tgh tido ni”, pas tu tipon ring, orang yang sama tipon. Tapi sebaik saja dengo suara aku terus dia letak balik. Aku terperanjat lagi… Ait? Apa ni Nice72 tipon aku pepagi buta lepas tu letak balik phone. Takda kredit ke nak suruh aku tipon balik? Apa plak yang urgent pepagi buta?
Anyway, aku lepas tu terus berada dalam keadaan antara jaga dan tidor. Dan kepala hotak aku asyik dok putar nama Merah Syahir Nuwi, Siam dan Aceh… Begitu le keadaan aku sampai aku rasa sakit perut, tak tahan lalu kluar memerut. Memerut pun agak lama le, banyak angin sangkut. Pas tu aku tergerak Solat Tahajud.
Oh… Masa memerut tu le aku teringat balik mimpi pagi ini tentang pedang yang aku rasa sedap tu. Aku rasa mesti mencoretkan di Internet sebelum aku terlupa… Nak terus tulis dulu ke? Baik aku Tahajjud dulu. Pas tu aku bawak laptop pi bilik bawah dan bukak. Aku check time di handphone, pukul 5.50 pagi.
Malangnya line wi-fi tak clear sedangkan aku rasa perlu mencoretkan apa yang berlaku pagi ini supaya dapat ditatap kengkawan, mana tahu ada yang boleh beri tafsiran, terutama AbuMukmin sebab dia family Maharajalela. Sebab ikut mimpi tu, pedang yang aku dapat adalah simpanan sedara-mara belah Maharajalela.
Kebetulan rumah makcik tempat aku tumpang ni laki dia adalah anak Ahmad bin Ngah Jabor daripada keluarga Maharajalela… Tapi dia tak berapa ambik tahu sangat pasal pusaka keluarga kecuali bab Ngah Jabor pernah jadi orang terkaya di Perak zamannya dan anak angkat Sultan Perak (tak ingat yang mana). Salah satu cucu Ngah Jabor yang agak terkenal ialah bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar, sepupu pakcik yang memiliki rumah ini.
Bab kaitan keluarga Maharajalela (selain melalui perkahwinan makcik aku), aku pernah sebut dah. Maharajalela pertama Daeng Selili ngan Laksamana pertama Nakhoda Hitam @ Daeng Hanasah adalah adik beradik. Masa jenazah moyang aku Laksamana Muhammad Amin dikembalikan ke makam diraja Perak di Bukit Chandan, Hanif Omar ada tulis artikel kat The Star mengaku Laksamana pun atuk sedara dia. Pas tu kakak Hanif (kira makcik sedara aku le) cakap kaitan tu yang terdekat, melalui perkahwinan jugak.
Disebabkan line wi-fi tak clear dan aku rasa perlu mencoretkan semua ini sebelum terlupa, aku pun bukak Word dan terus tulis. Bila aku check balik message tipon yang datang pepagi buta tadi baru aku perasan, rupanya betul le silap orang. Bunyi msg tu kan “Ila ape kaba.ni no tel nik”… Musti mamat ni sebenarnya nak cakap ngan awek nama Ila… Patutle masa malam tu, masa mamat ni tipon kurang ajar je cara dia tanya “Ni tipon sapa?…”… Musti dia ingat balak lain pegang tipon minah dia kot? Patut le boleh tipon pepagi buta… Aku ingat jarang orang nak tipon pukul 3 pagi kecuali ada emergency atau bila ada awek rindu nak dengar suara aku.
Apapun, hikmahnya menyebabkan aku dapat menulis ini. Diharap ada le kengkawan yang boleh tafsir apa yang berlaku ek… Tentang pedang peninggalan daripada keluarga Maharajalela yang sangat serasi ngan aku, tentang sarungnya dengan jalur kaler putih, kuning, merah sebijik macam bendera Perak… Tentang mimpi, fikiran antara jaga dan tidur yang tak habis-habis memusingkan nama Merah Syahir Nuwi, Siam dan Aceh.
Oh… Untuk pengetahuan, kalau dalam sejarah rasmi, Merah Syahir Nuwi adalah Raja Perlak (dalam Aceh sekarang) semasa kedatangan rombongan 100 orang pendakwah daripada Timur Tengah yang diketuai Nakhoda Khalifah tahun 804 Masihi. Seorang ahli rombongan bernama Ali bin Muhammad bin Imam Ja’afar Al Siddiq telah berkawin ngan adik Merah Syahir Nuwi yang bernama Makdum Tansyuri. Dari perkahwinan ini, terbitlah Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah yang merajai Perlak 840 Masihi.
Adapun, cerita lama menyebut Merah Syahir Nuwi sebagai keturunan Saidina Salman Al-Farisi. Salman Al-Farisi lak keturunan Raja Nurshirwan Adil yang juga berketurunan Iskandar Zulkarnain. Nama Merah Syahir Nuwi plak diberi berdasarkan nama lama Siam mengikut panggilan orang Arab dan Parsi iaitu Syahir Nuwi.
So sesapa yang ada gerak tu, tolong le beri tafsiran sikit yek…

Siam, Kedah, Langkasuka dan sejarah yang digelapkan

Malam tadi, dalam menelusuri artikel-artikel di Internet, saya terjumpa tulisan yang agak menarik di bawah ini. Walaupun pada pendapat saya tulisan ini terlalu pro sejarah kebesaran Kedah dan Siam, walaupun saya tidaklah bersetuju 100 peratus akan kajian yang dikemukakan, ia tetap berguna untuk mencari kebenaran yang disembunyikan.
Untuk pengetahuan seringkali kita melihat sejarah yang lebih memperbesarkan tempat-tempat tertentu lalu menaikkan nasab raja-raja memerintah bagi tempat itu, dalam kes ini Kedah. Tetapi apabila diteliti lebih mendalam, baik ketika bercakap tentang raja-raja lama di Kelantan, mahupun Aceh, juga Kedah, kita sebenarnya bercakap tentang susur-galur nasab raja yang sama. Cuma mereka dikenali dengan nama lain di tempat lain (sudah jadi tabiat orang Melayu lama suka memakai nama baru apabila sampai ke tempat lain) maka itu kita jadi keliru lalu kelihatan salasilah itu berpecah-belah walhal tidak. Fikirkanlah... :]
SEJARAH REALITI KEDAH
oleh : Mazlan Abdul Majid,Pensyarah Kanan, UiTM Kedah
Saya merujuk kepada Tulisan Tuan Nai Long Kassim NaiLong Ahmad bertajuk “Kewujudan Kedah bukan pada 1136Masihi” yang disiarkan oleh akhbar ini (UtusanMalaysia) pada 13 Februari 2007 adalah dirujuk. Tulisan tuan ada banyak kebenarannya dan saya berpendapat masih ada lagi maklumat yang tersimpan dan tidak ingin didedahkan walaupun Malaysia akan menyambut 50 tahun kemerdekaannya pada 31 Ogos 2007.
Sebagai penyelidik dari universiti tempatan maklumat-maklumat yang saya selidiki menuju kearah apa yang diperkatakan oleh Tuan Nai Long Kassim ini ada kebenarannya.. Seterusnya, saya tertarik dengan nama Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti Ayuthia yang bergelar BoromorajaE kataat V. Nama sebenar Baginda ialah Khalifah Sharif Abu Bakar Syah dan baginda beragama Islam.
Sebelum ini kita semua menyangkakan Empayar Ayuthia (1350 - 1767) yang tinggi peradabannya di Thailand itu sebagai Empayar yang beragama Buddha. Tanggapan ini adalah salah sama sekali. Thailand, asalnya adalah dari bangsa Sukhothai yang berasal dari Lannathai. Mereka memang sudah berkali-kali cuba menyerang Ayuthia dan akhirnya berjaya menakluki Ayuthia pada tahun 1767, di ketuai oleh ketuanya bernama Alaungpaya. Akan tetapi siapa sebenarnya yang memerintah Ayuthia sebelum ia ditawan?
Pemerintah Ayuthia menunaikan Haji ke Tanah SuciMekah, melaksanakan hukum-hukum Islam dan pentadbiran dibahagikan kepada 2 kementerian, untuk Islam dan bukan Islam. Mereka menjalin hubungan dengan Perancis dan sempena lawatan itu dinamakan sebatang jalan di Perancis sebagai Jalan Ayuthia. Mereka ini adalah dari keturunan Siam bukan Thai. Dalam erti lain Siam itu beragama Islam, Thai itu beragama Buddha.
Sekiranya bahasa jiwa bangsa, sudah pasti, bahasa Thai untuk bangsa Thai dan bahasa Siam untuk bangsa Siam. Kita lihat pula di Malaysia hari ini terdapat orang Melayu yang bertutur dalam Bahasa Siam di Kedah, Kelantan dan Perlis dan mereka beragama Islam. Bahasa Siam ini jika ditutur di Thailand, langsung tidak difahami lagi oleh rakyat Thailand hari ini. Orang-orang Melayu inilah berbangsa Siam, ia itu asal usul keturunan bangsa Melayu yang menjadi rakyatNagara Benua Siam Dinasti Ayuthia dahulu dan Empayar ini meliputi seluruh Nusantara, Champa, termasuk sebahagian India. Arus kemodenan tidak menyentuh mereka sama sekali dan mereka kekal dalam budaya bahasa Siam seperti adanya, 300 tahun dahulu.
Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah, yang mula diitulis pada tahun 220 Hijrah (799 masihi) adat Siam ini telah pun lama diguna pakai oleh raja-raja Melayu zaman dahulu. Manuskrip ini dirampas oleh Inggeris di Istana Kota Beruas dahulu dan baru dipulangkan kepada kita sekitar tahun 2003/04. Diantaranya penggunaan sirih pinang sewaktu meminang, bekas meminang, cincin emas sebentuk, kain.
Sebagai contoh, didalam bukuUndang-undang Kedah, mengenai pakaian dalam Adat Raja Johor, “Maka adat ini turut adat raja-raja Kedah ini, yang kerajaan itu kuning juga”. (ms 34) “Demikianlah zaman raja-raja dahulu-dahulu itu. Pada adat raja-raja dibenua Siam gelar demikian itu bahasaSiam Cau Phaya Kersan”. (ms 36)
Tidak teragak jika saya katakan bahawa asal keturunan bangsa Melayu ialah Siam kerana raja-raja Melayu yang menjadi tunggak adat istiadat bangsa Melayu telah pun menggunakan adat tersebut. Seterusnya, di muka surat yang sama, perihal pemerintah Johor, “Maka pada Bahasa Melayu Bendahara itu panglima negeri. Pada segala negeri yang kecil-kecil bendahara itu dikatanya lambat pada adat Siam”.
Sebelum naik kerajaan pada tahun 1350, pemerintah Ayuthia ini berasal dari Kesultanan Kedah, di manaketurunan mereka tiba dari Cina dan membuka Kota di Kuala Muda. Ketua rombongan dari Cina dan pengikutnya diketuai oleh Putera Waran Wong Ser(Mahawangsa), cucu kepada Maharaja Cina bernama Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. (rujuk kepada HikayatMerong Mahawangsa)
Maharaja Sai Tee Sung telah diislamkan oleh utusan Baginda Rasullullah SAW bernama Saad bin Waqqas. Baginda pula telah memberi surat watikah kepada cucunya untuk menyebarkan Islam di Nusantara. Apabila naik Kerajaan, Baginda Wa Ren Wong Ser (bermaksud Naga Laut Puak Tentera) memakai gelaran Sultan Madzafar Syah I (222H, 812 M) dan berkahwin dengan Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri dari keturunan Bani Hashim. Sharifah Maryam berketurunanArab dan baginda juga di panggil Tok Soh.
Makam Tok Soh masa ada lagi di Pin Nang Tung Gal (bermaksud, jadi permaisuri tunggak Negara) dengan ukiran kalimah Shahadah pada nisan nya di Kampung Tok Soh, PinangTunggal, Kulim, Kedah. Mereka mendirikan kota dengan penduduk tempatan di Kuala Muda (Muadat bermaksud belerang), Kedah dan menjalankan pelabagai perniagaan pembuatan senjata yang menggunakan belerang. Contoh dua meriam yang dijumpai di dalam sungai dan telah dihasilkan oleh orang Melayu Saimen boleh dilihat di Muzium Negeri Kedah.
Generasi kedua Kesultanan Negara Kedah ialah Po Disut @ Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir bergelar Sultan Madzafar Syah II dan generasi ketiga ialah Sayyidina Ali Wa Maulana Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir @ Sultan Alirah Shah Perlak (bersemayam di Istana Bukit Cho Ras), keempat ialah Sultan Hussin Syah dan kelima Sultan Sheikh AbdulKadir Shah @ Tuan Sheikh Keramat. Makam baginda terletak di Lang Gar (bermaksud putus dunia) bertarikh 291H (903 M). Kesemua mereka adalah pemerintah Nagara Kedah Pasai Ma (nama Negara Kedah dahulu).
Yang saya kira menarik sekali ialah pemerintah ke 11 Negara Kedah iaitu Sultan Madzafar Syah III yang juga bergelar Rama Tibodi I (@ Sheikh Ahmad Qomi). Baginda menjadi Maharaja pertama Benua Islam Siam Ayuthia Kedah Pasai Ma. Semasa upacara mengangkat sumpah, Melaka tersurat dan disebut baginda sebagai salah satu tanah jajahan Ayuthia.
Pada masa itu Melaka termasuklah Johor dan Kepulauan Riau. Pada masa itu juga pemerintah Kedah baru saja mengalahkan Kerajaan Tenangsari (Burma) yang menyerang Kedah sekaligus menguasainya.
Pemerintah Kedua Ayuthia ialah Naresuan yang berkahwin dengan Ratu Iman, Acheh. Pada Makam Baginda, tertulis dlm Bahasa Kawi, Gusta Barubasa empu Kedah Pasai Ma bermaksud, Keluarga yang memeluk Islam menguasai Kedah Pasai Ma.
Kerajaan inilah yang mana Pattani, Ligor, Singgora, KesultananMelaka dan Acheh turut berada dibawah kawalannya. Sebab itu lah bila mencari kesan Sejarah Kesultanan Melaka sukar mendapat buktinya kerana nama mereka juga tersenarai dalam senarai Raja-raja Ayuthia dalam bahasa Siam !
Tahukah pembaca semua siapakah yang menjadi Raja Benua Siam Islam Nagara Kedah Pasai Ma yang terakhir. Tak lain dan tak bukan iaitu Sultan Jaafar Muadzam Syah atau lebih dikenali sebagai Long Jaafar.
Sebelum itu Ayahanda baginda, Syed Alang Alauddin yang juga bergelarPanglima Bukit Gantang menjadi Sultan Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma. Baginda melantik puteranya Long Jaafar menjadi menteri di Larut Perak untuk menguruskan lombong bijih kerajaan Nagara Kedah di sana.
Apabila ayahanda baginda mangkat dalam tahun 1862, baginda ditabal di Berahman Indra (sekarang Balai Besar) Alor Setar bergelar Sultan Jaafar MadzamSyah. Dalam rangka lawatan ke Merbok, baginda ditangkap oleh Thai dan Inggeris dalam tahun 1876, disiksa di Yan, sebelum dipijak dengan gajah hingga mati di belakang Balai Polis Gurun dalam tahun 1876.
Peristiwa ini benar berlaku dan saya cabar sesiapa pun termasuk pengkaji sejarah tempatan untuk mengkaji maklumat ini. Dalam penyelidikkan saya, dengan terbunuhnya Long Jaafar orang-orang Melayu hilang segala-galanya meliputi sastera, senibina, manuskrip-manuskrip, syair, industri pembuatan belerang, sajak, puisi dll.
Penjajah Inggeris telah menipu kita di mana mereka berpakat dengan Thai lalu menyerahkan peradaban itu kepada Thai. Mereka memutarbelitkan fakta sejarah sehingga kita menyangkakan Thai dan Siam itu sama saja.
Inggeris memberi peradaban Ayuthia milik kita itu kepada Thai agar mereka dapat, menjatuhkan Islam, menjajah Semenanjong dan mengutip hasil bumi seperti bijih timah, emas,rempah ratus dll. Ditinggalnya kita pada hari ini tanpa warisan sejarah bangsa dan agama untuk memulakan kerajaan Malaysia ketika merdeka.
Sejarah yang ditinggalkan adalah versi mereka, bukan versi kita. Kita terpaksa bermula dari bawah untuk memertabatkan bangsa. Kita berjaya melakukannya dalam masa 50 tahun saja.
Bayangkanlah sekiranya kita bangsa Melayu keturunan Siam ini memerintah Ayuthia dulu selama 417 Tahun, betapa hebatnya peradaban itu! Pasti ia di cemburui dan dingini/diidamkan oleh bangsa lain.
Sebelum ini raja-raja kita membayar ufti kepada Siam Islam, ibarat cukai Kerajaan Negeri kepada KerajaanPersekutuan tetapi bila Thai mengambil alih Ayuthia, seolah-olah memberi ufti kepada Kerajaan asing yang berlainan agama. Bila raja-raja daerah kita enggan membayar, walau ada yang cuba berbaik-baik, Thai tetap menyerang orang-orang Melayu, mengugut, membunuh dan menyiksa dengan kejam. Akhirnya ramai kerabat dan rakyat di Negara Kedah dan Pattani menjadi ‘Korban Musuh Bisik’ dalam tahun 1821.
Setelah usaha ini selesai mereka mengubahsistem pendidikan mereka, rakyat Siam hanya boleh belajar bahasa Thai sahaja, dll, sehingga apabila selesai dinamakan negara mereka, Thailand. Semua ini berlaku kerana Raja Chakri Sukhothai benci bangsa Siam ini ujud lebih dahulu daripada Thai lalu dibakarnya manuskrip Al Quran, Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Melayu dll sewaktu berjaya menawan Ayuthia dalam tahun 1767.
Sewaktu Thai (bukan Siam) menjajah Kedah selama 5 tahun (1876-1881) dengan pertolongan Inggeris mereka membakar istana-istana lama (17,mungkin lebih) milikRaja Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma termasukdi Bukit Cho Ras (istana Sayyidina Ali, Sultan AlirahShah, Perlak), diserang dan dibunuh orang-orang Siam Islam Pattani, Kedah, Majapahit dan tentera Cina Manchu (Islam).
Seorang saksi yang tinggal berdekatan, berusia sekitar 90 tahun menceritakan bagaimana Inggeris sekitar awal 1910 datang semula memecahkan lagi 3 bilik dibawah tanah di tapak istana Bukit Cho Ras yang telah dibakar oleh Thai 35 tahun terdahulu. Di setengah-setengah lokasi seperti candi ditanamnya patung-patung tertentu untuk menyesatkan penyelidik kita pada hari ini.
Syukurlah orang Melayu masih tetap berpegang kepada Islam. Sekarang saya harap saudara/i mula faham kenapa berlaku kekecohan di Pattani. Saya difahamkan juga bahawa Inggeris ingin menyerahkan Pattani, Satun,Yala, Ligor dan Songkhala untuk merdeka bersama kita dalam tahun 1957 dahulu tetapi ditolak oleh TAR kerana datuknya Raja Chulalongkorn tidak mengizinkannya (TAR cucu raja Siam itu).
Inggeris tahu bahawa daerah ini jajahan Nagara Kedah, berdasarkan manuskrip Undang-Undang Kedah yang tercatat di m.s.15. Oleh itu, sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 50 tahun, marilah kita sama-sama mencari kembali permata yang telah hilang itu.
Mazlan Abdul Majid
Pensyarah Kanan
UiTM Kedah

Gadisku Nur, Tok Kenali, Empayar Chermin dan Kelantan

Subhanallah. Tadi entah kenapa, saya tergerak untuk google perkataan "Empayar Chermin" lalu mula membaca beberapa web-site yang terkait. Dalam pada itu, terkait juga thread "Berpetualang ke Aceh" kelolaan saya di Forum CVT di mana ada sebut cerita sampingan mengenai Empayar Chermin yang menurut kata orang pernah berpusat di Kelantan.
Untuk pengetahuan, thread ini telah masuk 218 mukasurat sedangkan cerita Empayar Chermin itu ada dalam mukasurat 143, lama dah tak jengok. Saya pun masuk ke page itu, baru terperasan cerita yang diletakkan adalah sebahagian daripada buku "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" yang kini dalam proses suntingan terakhir.
Maka itu saya rasa eloklah dipaparkan cerita itu di sini... Sila... :]




Rasyid sampai ke Masjid Tok Kenali masuk waktu Maghrib lalu terus mengambil wuduk. Entah kenapa, air yang keluar daripada paip masjid lama yang didirikan semasa almarhum masih hidup ini berbau malah terasa seperti air limau nipis... Begitu juga air yang keluar daripada paip lain termasuk dalam tandas dan bilik air! Serta-merta pemuda ini teringat, dia pernah mengalami ini, melihat masjid itu dengan rupa-bentuknya dari hadapan dan menghirup air paipnya yang berperisa limau nipis di dalam sebuah mimpi beberapa tahun yang lampau. Ah... Dia deja vu lagi. Memang sudah lama rupanya ditakdirkan akan sampai ke sini!
Apabila masuk untuk menunaikan solat berjemaah, muncul pula bau wangi minyak attar menyelubungi seluruh masjid. Rasyid tidak terasa pelik kerana sudah biasa terhidu bau minyak attar bermacam jenis muncul tiba-tiba daripada makam-makam tua, masjid-masjid lama serta tempat-tempat bersejarah... Adakala pula ia "mengikutinya" ketika berkelana. Malah sering-kali bau-bau sebegini timbul ketika pemuda ini sedang bersantai di rumah keluarga dan kawan-kawan, selalunya ketika sedang berehat berseorangan. Ada masanya bau yang datang itu kuat, disertai rasa seram-sejuk sehingga bulu-romanya berdiri, adakalanya harum lembut disulami rasa tenang seolah diulit bayu pagi.
Sebelum "mengalami" bau minyak attar sebegini, Rasyid pernah "dikunjungi" bau-bau lain seperti colok dan setanggi, juga bau berbagai jenis bunga terutama Melor dan Tanjung. Sebelum itu pula dia sering "diganggu" berbagai jenis bau kemenyan. Tetapi di Masjid Tok Kenali inilah pertama kali pemuda itu dapat menghidu bau minyak attar yang menyelubungi seluruh masjid disertai rasa seolah-olah ramai makhluk ghaib turut serta menunaikan solat Maghrib. Yang nyata ketika itu, Rasyid adalah satu-satunya orang dewasa di masjid selain pak imam yang berumur lebih 60 tahun. Yang lain adalah kanak-kanak bawah umur 15 tahun.
Lebih menghairankan, anak-anak yang bermastautin di madrasah bersebelahan ini terus keluar meninggalkan masjid selepas solat sedangkan doa belum selesai. Imam tidak menegur malah meneruskan wirid yang dibaca sederhana kuat sambil menghadap ke arah kawasan makmum yang kosong. Rasyid tercengang melihat. Pak imam memberi isyarat supaya duduk di sebelah sambil meneruskan wirid. Setelah selesai membacakan doa dia pun bertanya asal-usul pemuda itu, kenapa datang ke situ... Anak muda inipun meminta izin untuk bermalam di masjid.
Selepas solat Isyak, Rasyid terus melangkah untuk menziarahi makam Tok Kenali lebih kurang 1km daripada masjid. Sampai sahaja di sana, sekali lagi dia tersentak... Memang perjalanan ke Kelantan ini memang sudah lama ditakdirkan Ilahi, manakan tidak? Makam wali Allah terkenal ini ditanda dengan batu sungai lonjong yang dicacakkan menegak setinggi hampir 3 kaki, pernah dilihatnya di dalam sebuah mimpi beberapa tahun yang lalu. Malah makam bersebelahan milik isteri Tok Kenali yang ditanda dengan tiga bongkah empat segi bertingkat yang mengecil ke atas juga telah dilihat dalam mimpi yang sama... Masyaallah!

———————————

Mungkin juga Rasyid ke Kelantan kerana sangat merindui Nur. Ketika itu, wanita kesayangannya sedang melaksanakan tugasan di Kota Bahru. Sudah beberapa hari mereka tidak berhubungan kerana sejak kebelakangan selalu sangat bertengkar akibat hasutan pihak yang tidak menyenangi perhubungan mereka. Lalu malam itu, di masjid dan makam Tok Kenali, pemuda ini mengadu masalahnya kepada Ilahi dan keesokannya cuba menghubungi gadis kesayangannya.
Alhamdulillah, Nur menjawab panggilan dengan lembut penuh rasa rindu. Malah apabila mendapat tahu Rasyid berada di Kota Bahru, gadis manis tetapi lincah itu terus mengajaknya menziarahi tempat kerja serta menghabiskan waktu memerhatikannya melaksanakan tugasan! Ditakdirkan pula, kenalan-kenalan gadis itu yang turut sama dalam tugasan ini merasa senang dengan kehadiran pemuda itu lalu mengajaknya menginap di rumah sewa sementara mereka. Maka seminggu itu, mereka berpeluang bertentang mata dan berkongsi rasa hampir setiap masa.
Pasangan suami-isteri yang menggaji Nur untuk tugasan ini juga senang hati dengan kehadiran Rasyid sehingga mereka membawa kedua-duanya berjalan makan angin ke beberapa lokasi menarik di Kelantan di samping melayannya seperti seorang tetamu penting. Merekalah yang membawa Nur dan Rasyid ke sebuah tasik luas yang tidak pernah diketahuinya wujud di Kelantan, tasik yang dikenali sebagai Danau Tok Uban. Di seberang tasik itu pula kelihatan sebuah masjid putih berkubah besar dengan menara tinggi yang reka-bentuknya saling tidak tumpah seperti masjid terapung Kuala Terengganu yang terkenal di Kuala Ibai.
Entah mengapa, Rasyid dapat merasakan tasik itu menyimpan sebuah kisah sejarah purba yang mempunyai kaitan rapat dengan pencarian serta perjalanan hidupnya. Hati kecilnya berkata, di sinilah terletak pusat sebenar Empayar Chermin yang amat dibangga-banggakan rakyat Kelantan, sebuah kerajaan yang mempunyai hubungan istimewa dengan kerajaan Samudera-Pasai serta bumi Serambi Mekah. Kebetulan dia mendapat tahu masjid di seberang tasik itu adalah masjid wakaf yang didirikan oleh Sulten Brunei, bersama sebuah kompleks madrasah moden yang menawarkan pengajian agama percuma, dibiayai pihak Sultan.
"Ah… Memang aku telah ditakdirkan sampai ke Kelantan, juga Danau Tok Uban, tidak kiralah samada kerana tarikan Tok Kenali atau panggilan rindu Nur," desis hatinya melihat semua itu. "Bukankah Sultan Brunei berasal daripada keturunan Sharif Mekah? Kenapa baginda mesti memilih lokasi ini kalau bukan kerana kaitan rapat dengan Mekah?"
Memang wujud cerita lama menyatakan bumi Kelantan asalnya sebahagian tanah Mekah... Sepertimana seluruh Nusantara berasal daripada hujung tanah Semenanjung Arab yang terpecah lalu hanyut ke Timur suatu zaman lampau. Walaupun mengikut ukuran biasa geologi dan geografi ini tidak masuk akal, Rasyid boleh menerima kerana percaya kepada perkara-perkara ghaib... Yakin, jika Allah Subhanahuwata’ala hendak menzahirkan sesuatu di dalam ilmuNya, cukuplah dengan firman: "Kun fayakun. Aku kata jadi, maka jadilah." Tidak perlu dipertikaikan sebab-musababnya, samada logik ataupu tidak secara panjang-lebar...
Cerita-cerita lama juga menyebut Aceh sebahagian daripada Mekah. Malah Aceh dan Kelantan (atau kerajaan lama Langkasuka yang turut meliputi Kedah) pernah bersambung sebagai sebuah daratan yang cuma dipisahkan sebuah sungai besar, bukan Selat Melaka yang ternyata lebih luas. Masalahnya, ada rakyat Kelantan terlalu memperbesar-besarkan negeri mereka sehingga segala-galanya dilihat daripada perspektif Kelantan semata. Lalu mereka menyebut kekuasaan Cik Siti Wan Kembang ke atas Aceh juga naungan Empayar Chermin ke atas banyak kerajaan Melayu termasuk Pasai sebagai bukti kebesaran Kelantan. Datuk kepada Cik Siti Wan Kembang, seorang Raja Kelantan bernama Raja Aminuddin pula dinyatakan sebagai Sharif Mekah yang disebut di dalam Hikayat Raja-raja Pasai... Dan Sheikh Ismail yang ditugaskan untuk mengIslamkan Samudera berasal dari Kelantan. Tidakkah ini melampau?

Selasa, Mac 20, 2007

Berpetualang ke Aceh: Membela syiar yang asal (BKA II)


Assalamualaikum para pembaca sekalian. Hari ini sudah masuk 1 Rabiulawal 1428 Hijrah, bulan Islam yang akan membawa kepada tarikh kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW 11 hari lagi. Maka timbul pula gerak untuk berkongsi gambar kulit hadapan buku terbaru saya yang akan datang, "Berpetualang ke Aceh: Membela syiar yang asal" atau BKA II.
Adapun buku ini saiznya sama dengan "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" atau BKA I, jumlah mukasurat pun sama iaitu 300 muka, campur 4 mukasurat kosong kerana jumlah mukasurat buku dijilid dalam gandaan 16 (set 4 kertas dilipat 2 lalu menjadi 16 mukasurat), dalam kes ini 16 x 19 = 304. Ia adalah kesinambungan cerita dalam buku I dan akan membawa pembaca pergi lebih jauh ke dalam dunia pengembaraan serta pemikiran Muhammad Al-Aminul Rasyid. Maka akan ada lebih banyak perkara yang melibatkan hal-hal pelik dan ghaib, juga pengajian ilmu Tasawuf.
Untuk pengetahuan, buku ini baru siap diedit dan layout menggunakan perisian Pagemaker kemudian InDesign pada Khamis 15 Mac 2007 sejurus sebelum masuk Subuh. Tapi saya perlu melakukan satu lagi proses editing untuk memantapkan isi... Kulit buku pun belum 100 peratus siap kerana belum mendapat ilham untuk pantun yang perlu diletakkan di belakang.
Setelah siap proses editting pada hari Khamis, gerak hati saya menyuruh supaya menunggu bulan Safar tamat. Hari ini sudah masuk bulan Rabiulawal, maka proses seterusnya akan disambung hari ini dan sebab itulah saya mendapat gerak untuk meletakkan gambar kulit buku di sini dan berkongsi perkembangan terbaru BKA II dengan para pembaca sekalian.
Apapun, doakan segalanya berjalan lancar OK... Jika tiada aral melintang, insyaallah buku ini akan berada di pasaran bulan May. Baiklah, saya perlu menyambung kerja ya... Teruskan membaca! :]

Khamis, Mac 15, 2007

Laksamana pulang ke Perak: Menyusuri cerita lama Muar

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Memandangkan sudah masuk 15 Mac maka saya rasa sesuailah jika segmen ke 5 "Laksamana pulang ke Perak" yang diterbitkan untuk akhbar tabloid Kencana edisi ke 114, Mac 1-15 turut dikongsi bersama di sini. Untuk pengetahuan, cerita yang diletakkan di sini adalah dokumen asal. Maka ada sedikit perbezaan dengan cerita yang keluar dalam Kencana kerana di sana, tuan pengarang perlu membuat sedikit perubahan bersesuaian dengan ruang yang boleh dipakai serta polisi akhbar. Silakan membaca...


Mukadimah

Kitab Sulalatus Salatin ataupun Sejarah Melayu karangan Bendahara Johor abad ke 17, Tun Sri Lanang ada menyebut, sebelum Raja Iskandar (dikenali Barat sebagai Parameswara) membuka kerajaan Melaka yang berpusat di Sungai Bertam (sekarang dikenali sebagai Sungai Melaka), baginda telah cuba membuka negeri di Muar terlebih dahulu. Menurut ceritanya, ini berlaku sejurus selepas kerajaan Singapura pimpinan baginda jatuh diserang Majapahit. Lalu larilah raja ini menghala ke utara dengan para pengikutnya untuk mencari tempat baru yang boleh dijadikan negeri.

Sampai ke suatu tempat di pinggir Sungai Muar, Raja Iskandar pun berhenti berjalan lalu cuba membina penempatan baru. Malangnya tempat itu selalu dinaiki biawak, bukan seekor dua tapi berpuluh sehingga beratus ekor! Mula-mula binatang-binatang ini dapat dibunuh tapi keesokannya datang sekawan besar biawak baru lalu dibunuh lagi. Ini berlaku beberapa hari seterusnya sehingga jadi bertimbun-timbun bangkai biawak yang membusuk. Baginda dan para pengikutnya tidak tahan lagi lalu meninggalkan tempat itu. Sebab itu kawasan ini dikenali sebagai Biawak Busuk.

Sang raja pun mudik lebih jauh menyusuri Sungai Muar sehingga terjumpa tempat baru yang dirasakan sesuai untuk dibuat negeri. Setelah berpenat-lelah membuka hutan sekitar, rakyat baginda berjaya membina sebuah kota. Nampaknya lokasi ini lebih baik daripada tempat sebelumnya, rupa-rupa tak juga… Mereka cuma sempat bermalam satu hari sahaja. Keesokannya, kota yang dibina bertukar menjadi buruk , tidak tahulah kenapa. Maka tempat itupun dikenali sebagai Kota Buruk sementara Raja Iskandar pula terpaksa mengembara lagi untuk mencari negeri.

Setelah berjalan lama, sampailah mereka ke tepi Sungai Bertam. Di situlah berlaku peristiwa yang terkenal dalam cerita pembukaan negeri Melaka iaitu anjing pemburu baginda ditendang seekor pelanduk yang berani sehingga anjing itu terjatuh ke dalam sungai! Kebetulan ini berlaku ketika sang raja sedang berehat di bawah pokok Melaka. Mengikut ceritanya, sempena peristiwa itulah, Raja Iskandar terasa tempat itu elok dibuat negeri, maka diberi nama Melaka.

Cerita mengenai pembukaan negeri Melaka ini boleh dikatakan sangat terkenal sehingga diketahui kebanyakan rakyat Malaysia yang sedikit peka terhadap sejarah negara. Berapa ramai yang sedar, sebelum itu baginda telah dua kali cuba membuka negeri di Muar tetapi gagal?

Dari satu segi, memang Raja Iskandar telah ditakdirkan untuk membuka negeri di Melaka, sebab itu baginda menghadapi masalah biawak busuk dan kota buruk terlebih dahulu. Tetapi daripada segi lain, kenapa pula seorang raja yang dikatakan berdaulat tinggi, keturunan Raja Iskandar Zulkarnain yang turun ke Bukit Siguntang boleh kecundang di Muar? Apakah ada yang tersirat di sebalik ini?


Istirehat sejenak di kampung halaman

Ketika memulakan segmen kali ini, penulis baru seminggu selesai mengharungi pengembaraan secara solo di utara tanah air setelah lebih 2 tahun tidak menjejakkan kaki ke sana. Pengembaraan yang meliputi lokasi-lokasi tertentu di Pulau Pinang, Kedah, Perlis juga Pulau Langkawi selama tiga minggu dengan menaiki kenderaan awam, hitch-hike dan berjalan kaki (sempat mendaki Gunung Jerai seorang diri pada satu malam Jumaat) begitu memenatkan zahir dan batin sehingga terasa hendak menulis satu perenggan pun begitu payah… Terlalu banyak yang berlaku menyebabkan penulis harus menilai kembali pegangan dan arah tujuan hidup selama ini.

Pengembaraan ke utara itupun sebenarnya cuma separuh daripada gerak pengembaraan yang bermula pertengahan Disember 2006 dengan perjalanan ke Pantai Timur. Seorang sepupu mahu melangsungkan perkahwinan di Kuala Terengganu lalu penulis pun terpanggil untuk ke sana. Memandangkan kali terakhir berada di sana adalah ketika pemerintahan Terengganu bertukar tangan pada pilihanraya 2004, elok juga digunakan peluang ini menjelajah Kelantan sekali. Maka jadilah perjalanan dua minggu meliputi Terengganu, Kelantan juga sebahagian Pahang sekali.

Gerak pengembaraan ini disusuli pula dengan perjalanan kembali ke Muar untuk menyambut Aidil Adha, sempat melihat sedikit kesan peninggalan banjir besar Johor di kawasan Pagoh lalu bermalam di masjid bersebelahan makam Sultan Alauddin Riayat Shah Melaka. Kemudian perjalanan diteruskan ke Pulau Besar, Melaka setelah setahun tidak ke sana. Selesai ini barulah berjalan ke utara…

Dalam siri pengembaraan ini penulis mula terasa kesan umur yang semakin meningkat menghampiri 40… Dari segi zahir, kekuatan itu masih ada walaupun selalu diserang demam akibat penat berjalan, kurang berehat serta perubahan cuaca… Sempat juga diserang begok sehingga pipi sebelah kanan membengkak seperti telur semasa di Kelantan. Yang paling terasa apabila memikirkan arah tujuan hidup… Sampai bila harus mengembara begini? Bilalah mahu mendapat rasa istirehat lalu dapat hidup secara “normal” seperti orang lain. Bukan senang hendak mengekang “penyakit” kuat mengembara bila ia datang… Kalau tidak diendahkan, terasa panas punggung dan jiwa resah gelisah sehingga terbawa-bawa ke dalam tidur. Mahu buat kerja seperti menulis di ruangan ini pun terasa sangat susah…

Akhirnya, apabila beban penat zahir dan batin sudah rasa tidak tertanggung lagi, penulis kembali sekali lagi ke kampung ibunda di Muar untuk menemui ayahanda dan bonda.

Setelah meluahkan segala rasa yang terbit sepanjang perjalanan di utara itu, baru terasa lega dan boleh menyambung sedikit penulisan ini, itupun tersangkut beberapa hari lagi setelah kembali ke Kuala Lumpur.

Oh… Semasa di Muar, penulis sempat merasa lagi Mee Bandung Muar yang agak terkenal juga hidangan nasi beringin di sebelah stesyen bas. Ketika berjalan di bandar sambil menghirup nostalgia lama zaman kanak-kanak, terjumpa pula apek menjual air tebu yang biasa berniaga di satu sudut jalan… Sama keadaannya seperti 20 tahun lalu dan air tebu itu masih murah harganya, cuma 60 sen segelas.

Di kawasan kampung pula, penulis sempat menaiki Bukit Treh, satu-satunya bukit yang terletak dalam lingkungan 5 km dari bandar Muar. Menurut cerita tempatan, bukit ini ialah sebuah kapal yang disumpah dan ceritanya sama seperti cerita Si Tanggang yang derhaka terhadap ibu-bapanya. Tapi biar cerita ini disimpan untuk keluaran seterusnya. Di sini, biar diceritakan sedikit keistimewaan Muar untuk dikongsi bersama…


Muar bukan calang-calang tempat

Bandar Muar yang merupakan bandar kedua terbesar di Johor, selepas ibunegeri iaitu Johor Bahru, juga dikenali sebagai Bandar Maharani. Nama ini diberi oleh Maharaja Abu Bakar apabila bekas Temenggung itu membukanya secara rasmi tahun 1877… Sempena gelaran Maharani yang dipakai oleh permaisurinya ketika itu.

Untuk makluman, Maharaja Abu Bakar asalnya mewarisi gelaran Temenggung Sri Maharaja daripada bapanya Temenggung Ibrahim. Keluarga Temenggung berpusat di Teluk Belanga, Singapura tetapi berkuasa ke atas sebahagian besar Johor seperti yang dikenali sekarang.

Keadaan semasa yang menyaksikan bekas empayar Johor-Riau dipecah-belahkan penjajah Barat iaitu Inggeris dan Belanda telah memberi peluang kepada beberapa orang pembesar mengangkat diri sebagai raja. Dalam kekalutan inilah Temenggung Abu Bakar mula memakai gelaran Maharaja , kemudian dinobatkan sebagai Sultan lalu dikenali sebagai Bapa Johor Moden. Anak cucu baginda terus berkuasa ke atas Johor sehingga kini. Sultan sekarang ialah Sultan Mahmud Iskandar bin Sultan Ismail bin Sultan Ibrahim bin Sultan @ Maharaja @ Temenggung Abu Bakar.

Tempoh masa yang sama juga menyaksikan Bendahara Wan Ahmad mengangkat diri sebagai Sultan yang menerbitkan kerabat diraja Pahang sekarang. Menarik juga memikirkan hal ini apabila terkenang kedudukan geografi Muar yang terletak antara Pahang dan Johor, kedua-duanya adalah pecahan daripada empayar Melaka yang jajahan takluknya diwarisi empayar Johor-Riau. Lebih menarik lagi, Muar sudah lama dikenali zaman berzaman sebagai tempat jalan pintas daripada Melaka ke Pahang, melalui Sungai Muar mudik ke hulu sampai ke tempat bernama Jalan Penarikan di mana perahu boleh ditarik dalam 300-400 meter untuk masuk ke Sungai Serting seterusnya Sungai Pahang.

Dalam keluaran lepas, kita telah menyentuh akan peranan Muar dalam iklim sosio-politik empayar Melaka dahulukala. Telah dinyatakan, di sekitar pasar Muar terdapat bekas Kubu Bentayan yang dikatakan tempat pertahanan terakhir keSultanan Melaka sebelum jatuh ke tangan Portugis tahun 1511. Ketika itu, Sultan Ahmad ibni Sultan Mahmud mengetuai ketumbukan pahlawan Melayu di sana sementara Sultan Mahmud berkubu di Pagoh. Kekalahan mereka menyaksikan kedua-duanya lari ke Pahang melalui jalan penarikan di mana mereka berlindung di bawah naungan kaum kerabat mereka juga tetapi daripada keturunan Sultan Muhammad Shah ibni Sultan Mansur Shah Melaka.

Sultan Muhammad telah dibuang daripada takhta Melaka tetapi diberi kekuasaan ke atas Pahang, Ini berlaku akibatnya membunuh anak Bendahara yang secara tidak sengaja telah menyepak bola-raga sehingga terkena kepala Sultan yang ketika itu merupakan putera mahkota Melaka.

Apapun, Muar telah lebih dahulu berperanan dalam sejarah Melayu sebelum Melaka. Maka itu penulisan ini dimulakan dengan cerita Raja Iskandar yang telah dua kali cuba membuka Muar tetapi gagal dan kemudian baru mengasaskan kerajaan Melaka.

Sebenarnya Muar telah lama terkenal dalam sejarah dunia, salah satunya melalui catatan pengkaji Barat seperti Ptolemy, seorang pendita Yunani yang berpengkalan di Mesir sekitar abad ke 2 Sebelum Masihi. Dalam catatannya mengenai Golden Chersonese atau Semenanjung Emas (dikatakan Semenanjung Tanah Melayu ini!). Ptolemy menyebut tentang kewujudan Mount Ophir atau Gunung Ophir yang disamakan dengan Gunung Ledang kerana dikatakan di situ kononnya terdapat banyak emas. Malah ada yang kata ia mengandungi gedung perbendaharaan Nabi atau Raja Sulaiman AS!

Cerita Puteri Gunung Ledang pula sangat terkenal di kalangan orang Melayu sehingga timbul cerita sang puteri yang cantik rupawan digilai Sultan Melaka. Sekarang biar kita meneroka pula satu lagi aspek lama Muar, kali ini melibatkan satu cerita lama yang dikenali sebagai Hikayat Malim Deman.


Hikayat Malim Deman: Realiti atau fantasi?

Maka Tuan Puteri Bongsu pun naik bersalin kain basahan, duduk di pintu Nenek Kebayan dengan percintaannya. Maka Nenek Kebayan pun turunlah ke tanah mendapatkan Malim Deman, menyuruh bersiram membalikkan rupa sedia kala itu. Maka Tuanku Malim Deman pun berangkatlah bersiram ke dalam taman itu beryang-yang mengamalkan sekalian ilmu hikmat. Setelah sudah, kembalilah rupanya seperti sedia kala, terlalu elok mejelisnya, lalu kembali ke rumah Nenek Kebayan, serta dipakainya baju layang dan kain layang Tuan Puteri Bongsu itu melalui dari pintu nenek yang tempat tuan puteri.

Demi terpandang oleh Tuan Puteri Bongsu akan seorang laki-laki terlalu elok mejelisnya itu, maka berdebarlah hati tuan puteri, melayang roh semangatnya, jatuhlah hatinya kasih sayang yang tiada dapat diperikan lagi, melihatkan rupa cahaya gilang-gemilang itu. Maka tuan puteri pun segeralah menarik tudung ke atas hulunya berselubung mukanya lalu baring seraya bersabda memanggil Nenek Kebayan. “Aduhai nenek, kepala beta sangatlah ngilu rasanya: “Pening kepala bagai dibaji, Sakit hati bagai digunting.”

Maka Nenek Kebayan pun masuklah ke dalam bilik itu mendapatkan tuan puteri, memicit hulunya, mengurut-urut seluruh tubuhnya. Maka sabda Tuan Puteri Bongsu, “Orang mana itu, nenek, yang terlalu amat elok itu, gilang- gemilang cahaya mukanya?”

Maka sahut Nenek Kebayan dengan perlahan-lahan suaranya, “Wahai cunda tuan puteri, itulah yang bernama Tuanku Malim Deman, putera Tuanku Malim Dewa, cucu Tuanku Malim Perman yang memerintah di negeri Bandar Muar ini!”



Mereka yang pernah mengikuti pengajian sastera Tingkatan 6 mesti pernah terbaca sedutan ini. Untuk makluman, ia adalah sebahagian daripada cerita di dalam Hikayat Malim Deman, sebuah hikayat Melayu lama yang agak terkenal suatu masa dahulu, pernah menjadi salah sebuah teks wajib untuk para pelajar di sekolah menengah.

Kisah yang tertera ini menceritakan tentang pertemuan Tuanku Malim Deman dengan bakal isterinya, Puteri Bongsu yang berlaku di rumah Nenek Kebayan. Ia dikatakan berlaku suatu masa dahulu ni negeri Bandar Muar, cuma kewujudan watak-watak seperti Puteri Bongsu yang turun daripada kayangan serta Nenek Kebayan yang sering menghiasi cerita dongeng Melayu menyebabkan Hikayat Malim Deman dianggap tidak lebih daripada sebuah kisah penglipur lara yang direka sebagai hiburan istana.

Apapun penulis ada sebab tersendiri untuk mempercayai kerajaan Bandar Muar dan watak Malim Deman ini wujud secara realiti. Cuma mungkin cerita itu ada tokok-tambah sehingga mengandungi unsur-unsur mistik… Atau segala unsur mistik ini sebenarnya adalah realiti harian dunia suatu zaman dahulu? Sila ikuti huraian dalam tajuk berkenaan..


Dari Aceh ke Muar: Apakah Malim Dewa dan Malim Deman berasal dari kerajaan Perlak?

Hikayat Malim Deman mengisahkan pengembaraan hidup Tuanku Malim Deman sebelum menjadi raja yang betul-betul prihatin akan nasib rakyat kerajaan Bandar Muar. Ia bermula apabila putera kepada raja bernama Tuanku Malim Dewa itu mendapat mimpi bertemu seorang wali Allah yang menyuruhnya pergi mencari isteri di Ulu Muar. Di sana, di rumah Nenek Kebayan, Malim Deman telah bertemu lalu berkahwin dengan Puteri Bongsu yang dikatakan turun dari kayangan.

Setelah berkahwin, Malim Deman mula leka menyabung ayam dan melayan gundik. Lalu Puteri Bongsu yang sempat melahirkan seorang putera merajuk dan kembali ke kayangan di mana sang puteri disunting pula oleh seorang anak raja di sana.

Malim Deman menyedari kesilapannya mengabaikan anak dan isteri lalu pergi menyusul mencari kedua-duanya. Dalam perjalanan itu baginda melalui pelbagai dugaan malah di kayangan sempat bergaduh lalu membunuh anak raja kayangan yang ingin merampas isterinya sebelum mereka dapat kembali bersama sebagai keluarga.

Memang terdapat banyak unsur mistik dalam cerita ini sedangkan catatan rasmi sejarah kerajaan-kerajaan Melayu yang diketahui ramai tidak pernah menyebut tentang kewujudan mana-mana keSultanan di Muar dahulukala. Maka itu cukup senang untuk orang sekarang menghukum cerita-cerita ini sebagai dogengan dan khayalan semata-mata. Tetapi tahukah anda terdapat catatan yang menyebut tentang kewujudun kerajaan Islam di Muar sekitar abad ke 12hingga 13 Masihi? Cuma ia diragui kerana  berasal daripada sejarah lisan mengenai raja-raja Batak yang mana ada disebut Sultan Malikul Mansur daripada kerajaan Samudera-Pasai pernah mengahwini puteri daripada keSultanan Muar. Cerita yang dijadikan buku ini lebih berpusat kepada hal seorang pembesar Sumatera abad ke 19 bernama Tuanku Rao. Namun isinya disanggah oleh Profesor Hamka.

Samada cerita ini boleh dibuktikan secara akademik atau tidak, biar ditolak ke tepi sejenak. Penulis agak tertarik dengan pernyataan yang menyebut bahawa sekitar abad ke 12 Masihi, satu rombongan telah membawa diri daripada Bandar Khalifah, ibunegara Perlak (dalam Aceh sekarang) lalu mendirikan sebuah keSultanan Muar.

Sejarah rasmi mencatatkan sudah wujud keSultanan Islam di Perlak sejak tahun 840 Masihi malah diterajui anak cucu Nabi Muhammad SAW. Ini berlaku setelah kedatangan rombongan 100 orang pendakwah dari Timur Tengah yang dikatakan melarikan diri daripada buruan setelah gagal memberontak terhadap kerajaan Abbasiyah yang berpusat di Baghdad.

Rombongan yang diketuai seseorang yang cuma dikenali sebagai Nakhoda Khalifah ini datang tahun 804 Masihi lalu diterima baik penduduk setempat. Perlak ketika itu diperintah seorang raja bernama Merah Syahir Nuwi. Seorang ahli rombongan bernama Ali bin Muhammad bin Jaafar as-Sadiq yang merupakan keturunan Rasulullah SAW telah dikahwinkan dengan adinda kepada Merah Syahir Nuwi. Apabila Merah Syahir Nuwi mangkat, anak yang terbit daripada perkahwinan inipun diangkat menaiki takhta dengan nama Sultan Maulana Sayyid Abdul Aziz Shah sementara pusat kerajaan Perlak pula dikenali sebagai Bandar Khalifah.

Kerajaan Perlak terus wujud untuk merangkumi tempoh 400 tahun sebelum diserapkan ke dalam kerajaan Samudera-Pasai (juga dalam Aceh) yang diasaskan Sultan Malikus Salih pertengahan abad ke 13 Masihi. Dalam tempoh itu telah berlaku beberapa perbalahan besar dalam negara yang melibatkan takhta dan agama terutama konflik golongan Syiah dan Sunni. Ini meyebabkan perpecahan kerabat diraja yang kemudian merantau membuka negeri baru maka tidak mustahil ada seseorang yang dikenali sebagai Malim Dewa lari ke Muar lalu membuka kerajaan.

Sesuatu yang menarik tentang Hikayat Malim Deman ialah ia menceritakan tentang sebuah kerajaan Islam di Muar sedangkan cerita ini mula dibukukan oleh Pawang Ana yang berasal daripada Perak. Sebuah cerita tersendiri mengenai bapa Malim Deman, cerita yang dikenali sebagai Hikayat Malim Dewa pula agak terkenal di Aceh. Untuk makluman ada kaitan rapat antara keSultanan Perak dan Aceh sedangkan mengikut cerita lama, Muar adalah sempadan selatan keSultanan Beruas yang pernah dibuka Sultan Malikul Mansur sebelum wujud kerajaan Melaka.

Baik Hikayat Malim Deman mahupun Hikayat Malim Dewa ada menyebut tentang rombongan Malim Dewa atau Tuanku Gombang Malim Dewa membawa diri lalu mendirikan keSultanan di Muar. Lebih menarik, setakat yang penulis nampak, dalam banyak-banyak hikayat tentang kerajaan Melayu, cuma Hikayat Malim Deman dan Hikayat Malim Dewa yang ada memperbesarkan cucu-cucu Nabi iaitu Saidina Hassan dan Saidina Hussein. Yang lain lebih suka menonjolkan kebesaran raja-raja yang dikatakan diwarisi daripada penakluk besar dunia bernama Iskandar Zulkarnain.

Mungkin sebab itu Raja Iskandar yang membuka kerajaan Melaka tidak berjaya membuka negeri di Muar? Kerana Muar ialah bekas jajahan raja-raja yang lebih berdaulat iaitu daripada keturunan Nabi Muhammad SAW berbanding Raja Iskandar Melaka yang dikatakan berasal dari Iskandar Zulkarnain?



Isnin, Mac 12, 2007

Gambar-gambar Muar 3

Assalamualaikum. Di sini, saya ingin meletakkan beberapa buah lagi gambar-gambar di Muar untuk tatapan semua. Sebenarnya ini dilakukan supaya saudara pengarang akhbar tabloid Kencana boleh terus masuk ke blogspot ini untuk memilih mana-mana gambar yang sesuai untuk segmen terbaru "Laksamana pulang ke Perak" akhbar itu... Kira buat kerja cara on-line le ni. Apapun, silalah tatap bersama. Adapun kebanyakan gambar ini diambil di sekitar Bukit Treh, lebih kurang 5km daripada pusat bandar Muar... Ada le sebabnya tu...






Gambar bandar Muar diambil daripada sisi kawasan medan selera berdekatan stesyen bas di Bentayan.



Inilah dia Bukit Treh yang agak terkenal di kalangan orang bandar Muar, satu-satunya bukit yang wujud dalam sekitar 5km daripada pusat bandar Muar. Tak tinggi mana pun, mungkin tak sampai 100 kaki tingginya. Perhatikan, di sebalik lindungan pepohon rimbun di sekelilingnya adalah bentuk bukit seperti kapal tertangkup. Mungkin benar kata orang tempatan, cerita lagenda Si Tanggang (atau yang sewaktu dengannya) di mana kapal seorang anak derhaka serta segala yang berada di dalam disumpah menjadi batu pernah berlaku di sini?




Loji air di kaki Bukit Treh.



Runtuhan tembok lama di kaki Bukit Treh.




Runtuhan dilihat lebih dekat.



Paip yang menghubungkan loji air lama zaman British di puncak Bukit Treh dengan kawasan sekitar.


Loji air Bukit Treh serta runtuhan tembok dilihat daripada lereng bukit.




Tangga untuk naik ke puncak Bukit Treh yang bermula selepas mendaki bukit itu separuh.



Bangunan loji air lama zaman British di puncak Bukit Treh.


Bangunan loji dilihat daripada sudut lain.



Menara bangunan loji air lama.



Sebuah makam lama di kaki Bukit Treh. Tidak ramai, walau penduduk tempatan sekali pun yang sedar akan kewujudan kubur lama yang dikatakan milik seorang puteri raja dahulukala. Adapun puteri itu dikatakan isteri ketiga kepada watak Si Tanggang yang derhaka terhadap ibunya. Puteri ini seorang yang baik hati lalu menasihati Si Tanggang supaya menerima ibu-bapanya walau seburuk mana (baca balik cerita Si Tanggang)... Malangnya dia turut menerima bahana sumpahan akibat Si Tanggang tidak mahu mengaku dua orang berpakaian buruk yang datang merapati kapal mewahnya adalah ibu-bapanya yang sebenar.



Masjid Kampung Bukit Treh. Di belakangnya, di sebalik rimbunan pepohon di belakang menara masjid ini terletak kubur lama yang dikatakan milik seorang puteri raja.



Masjid Kampung Bukit Treh dilihat daripada sudut lain.



Masjid Kampung Temiang yang terletak lebih kurang 1km daripada Masjid Kampung Bukit Treh. Adapun kedua-dua kampung ini terletak sebelah menyebelah tetapi Bukit Treh pula terletak di dalam lingkungan Kampung Temiang.
Kampung Temiang adalah kampung ibu saya. Adapun ia juga dikenali sebagai Kampung Tok Raja sempena nama seorang bangsawan yang membuka kampung itu seabad dua dahulukala. Nama jalan utama di kampung ini masih dikenali dengan nama Jalan Tok Raja atau Jalan Tok Raja Temiang.



Sungai Muar dilihat daripada satu sudut berhampiran Bukit Treh.
Di bawah ini pula adalah gambar-gambar peta lama kota-kota Portugis, satu di Muar, satu di Melaka sekadar untuk hiasan, tatapan dan renungan pembaca. Adapun gambar atau lukisan kota di Melaka yang juga dikenali sebagai A Famosa itu dibuat tahun 1630 sedangkan yang di Muar itu dikatakan dibuat tahun 1604, wallahualam...






Syarif Ali: Penyebar Islam dan Sultan Brunei

Artikel ini keluar hari ini, dalam Utusan Malaysia 12 Mac 2007. Apa yang menarik perhatian adalah kata-kata bahawa Syarif Ali yang menjadi Sultan Brunei abadke 15 Masihi ada hubungan kekeluargaan dengan Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani. Teringat kata-kata seorang bapa saudara bahawa keSultanan Brunei mempunyai kaitan rapat dengan nasab keluarga kami yang sampai kepada Sultan Al-Malikus Salih, pengasas kerajaan Samudera-Pasai abad ke 13 Masihi. Maka tergerak pula untuk menyertakan artikel ini di sini...

Syarif Ali penyebar Islam dan Sultan Brunei

Oleh Haji Wan Mohd. Shaghir

SYARIF Ali Bilfaqih diriwayatkan adalah berasal dari keturunan Saiyidina Hasan bin Ali, bererti beliau adalah zuriat Nabi Muhammad s.a.w. melalui perkahwinan Saiyidatina Fatimah az-Zahra dengan Saiyidina Ali.
Diriwayatkan pula bahawa Syarif Ali atau nama lain Syarif Ali Mufaqih Muqaddam adalah berasal dari Taif (Arab) dan tiba di Brunei sekitar tahun 1370 M. Menurut Pangiran Haji Mohammad bin Pangiran Haji Abd Rahman, nama ayah Syarif Ali ialah Saiyid Abdul Qadir, salah seorang keturunan Saiyidi Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, Wali Quthub yang sangat terkenal. Secara garis besarnya pula masih bertikaian pendapat apakah Syarif Ali itu keturunan Saiyidina Hasan atau pun keturunan Saiyidina Husein.
Jika benar Syarif Ali itu keturunan Saiyid Syeikh Abdul Qadir al-Jilani jelaslah beliau keturunan Saiyidina Hasan bin Ali bin Abi Talib kerana nasab Saiyid Syeikh Abdul Qadir al-Jilani adalah kepada Saiyidina Hasan bukan Saiyidina Husein.
Namun masih diragukan kerana sebahagian penyebar Islam yang datang ke Asia Tenggara termasuk Maulana Malik Ibrahim yang dikatakan ada hubungan kekeluargaan dengan Syarif Ali adalah keturunan Saiyidina Husein bukan keturunan Saiyidina Hasan. Pangiran Haji Mohammad bin Pangiran Haji Abd. Rahman lebih cenderung mengukuhkan bahawa Syarif Ali adalah keturunan Saiyidina Husein.
Saya sendiri lebih menerima pendapat Pangiran Haji Mohammad tersebut. Ini kerana jika benar bahawa Syarif Ali ada hubungan kekeluargaan dengan Maulana Malik Ibrahim bererti ada hubungan pula dengan ulama-ulama Fathani Darus Salam yang kemudian melanjutkan penyebaran Islam ke Cam, selanjutnya ke Jawa dan tempat-tempat lain di Asia Tenggara. Sezaman dengan Syarif Ali di Brunei itu, ada seorang ulama Patani ke Brunei, iaitu Wan Nik.
Nama ini adalah nama gelar sewaktu beliau masih di Patani. Beliau ini pergi menyebarkan Islam ke Brunei.Walau bagaimana pun sehingga artikel ini saya tulis nama Wan Nik al-Fathani tidak pernah ditulis baik penulis-penulis Brunei atau pun ahli sejarah lainnya. Boleh jadi sewaktu di Brunei, Wan Nik tidak menggunakan gelaran nama itu, tetapi memakai nama asli. Adik-beradik Wan Nik al-Fathani adalah 11 orang.
Di antaranya ialah Saiyid Jamaluddin al-Kubra, yang wafat di Tuwajok, Bugis. Beliau adalah datuk bagi Maulana Malik Ibrahim. Jadi menurut sejarah versi Patani ini berertilah Wan Nik al-Fathani itu datuk saudara bagi Maulana Malik Ibrahim.
Hubungan penyebaran Islam antara Fathani Darus Salam dengan Brunei terjalin sejak lama, dalam Hikayat Tuan Wali Allah Syeikh Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani tertulis, “Dan lagi Raja Brunai itu jadi dua beradik dengan bapak Tok Nyang Syeikh Abdur Rahman itu, Wallahu a’lam...”
Yang dimaksudkan “... bapak Tok Nyang Syeikh...” pada kalimat ialah Syeikh Abdul Mubin al-Fathani. Namun, perkara ini tidak jelas dari perkahwinan dalam bentuk bagaimana, dari adik-beradik sebelah laki-laki atau pun dari adik-beradik perempuan, yang dimaksudkan hingga terjadi “dua beradik...” seperti yang termaktub dalam kalimat di atas.
Kemungkinan catatan pada hikayat tersebut keliru atau pun tersalah salin. Kemungkinan yang dimaksudkan dengan perkataan “dua beradik...” itu ialah Syarif Ali yang ternyata menjadi Sultan Brunei ketiga itu memang adik-beradik dengan Syeikh Wan Muhammad Arifin Syah al-Jarimi al-Fathani, Saiyid Jamaluddin al-Kubra, Wan Nik al-Fathani, dan lain-lain atau “dua beradik...” dalam istilah yang lain, ialah dua riwayat di bawah ini:
Petikan dari Habib Alwi bin Thahir Al-Hadad, “Keterangan-keterangan daripada dokumen-dokumen Mindanao menunjukkan bahwa pada tahun 880 H (1475 M) telah datang Syarif Ali dan dua orang saudaranya dari Mekah. Ali menjadi raja yang pertama di Mindanau, saudaranya yang kedua menjadi sultan di Brunei, dan yang ketiga menjadi sultan di Maluku".
Walaupun dari segi tahun dan terdapat kelemahan-kelemahan lain, kalimat di atas sukar diterima namun masih dapat diambil kira untuk penyelidikan, terutama sekali perkataannya “... dan yang ketiga menjadi sultan di Maluku.”
Kemungkinan yang dimaksudkan dengan Maluku itu ialah Ternate. Sultan Ternate itu di antaranya ialah Sultan Babullah iaitu adik-beradik dengan Syarif Hidayatullah/Sunan Gunung Jati di Betawi, Banten dan Cerebon.
Ayah kedua-duanya adalah Saiyid ‘Umdatuddin Sultan Cam di Kemboja. Ayahnya ialah Ali Nur Alam yang sebelum ke Cam memperoleh beberapa orang anak di Patani. Ali Nur Alam anak Saiyid Jamaluddin al-Kubra. Oleh sebab Wan Nik al-Fathani yang mengembara ke Brunei adalah adik bongsu Saiyid Jamaluddin al-Kubra maka berertilah Sultan Babullah di Ternate (Maluku) dan Syarif Hidayatullah di Cerebon (Jawa Barat) adalah cucu saudara Wan Nik al-Fathani yang ke Brunei itu.
Sekiranya betul tulisan Habib Alwi al-Hadad di atas, bahawa yang menjadi raja di Brunei adalah adik-beradik dengan Sultan Babullah di Ternate (Maluku), bererti raja Brunei itu cucu saudara Wan Nik al-Fathani yang tersebut itu. Wallahhu a’lam.
Datang ke Brunei
Sebagaimana telah disebutkan bahawa Syarif Ali berasal dari Taif, negeri Arab, tetapi masih dimusykilkan apakah beliau langsung dari Taif ke Brunei atau pun terlebih dulu singgah di negeri-negeri lain di Asia Tenggara. Atau pun boleh jadi Syarif Ali dilahirkan di salah satu tempat di Asia Tenggara. Semua yang tersebut itu masih belum terjawab.
Pangiran Haji Mohammad bin Pangiran Haji Abd. Rahman membahas tentang kedatangan putera-putera Syarif Zainal Abidin termasuk Syarif Ali ke Johor. Menurut beberapa sejarah, namun beliau lebih cenderung yang dimaksudkan dengan Johor itu ialah Melaka.
Lain pula pendapat Pehin Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri. Katanya, yang dimaksudkan dengan Johor itu ialah Singapura Tua, iaitu kerajaan Johor Tua. Oleh sebab pendapat itu hanya merupakan andaian maka perlu dikaji semula. Perlulah kita memperhatikan bahawa ada pertalian kekeluargaan antara Syarif Ali dengan Maulana Malik Ibrahim, yang juga diakui oleh Pangiran Haji Mohammad. Saya lebih meyakini yang dimaksudkan dengan Johor itu bukan Melaka, bukan pula Singapura Tua, tetapi kemungkinan adalah Patani.
Sejarah tidak menyebut bahawa Maulana Malik Ibrahim itu pernah ke Melaka, yang ada hanyalah di Patani.
Peristiwa ini tidak mengubah kenyataan bahawa salah seorang ulama keturunan Patani-Johor yang ada hubungan keluarga dengan Maulana Malik Ibrahim dalam tahun 815 H/1412 M menyebarkan Islam ke Pulau Buton, Sulawesi. Namun penduduk lebih mengenalnya sebagai berasal dari Johor dan tidak pernah muncul nama Patani.
Dalam sejarah, kita mengakui kebesaran Kerajaan Melayu Melaka, tetapi dalam penulisan kitab ilmu-ilmu keislaman di peringkat awal mulai abad ke-16 hingga ke-19 Masihi, tidak ada bukti dihasilkan oleh ulama yang berasal dari Melaka atau pun Johor. Apa yang terbanyak ialah yang dihasilkan oleh ulama-ulama Aceh dan Patani.
Oleh itu untuk mengakui Melaka sebagai pusat penyebaran Islam di Asia Tenggara dan menjadi tumpuan kedatangan penyebaran-penyebaran Islam dari dunia luar terutama Arab perlu dikaji semula. Berdasarkan bukti penulisan kitab-kitab oleh ulama-ulama Patani dan hubungan kekeluargaan ulama Patani dengan Kerajaan Cam yang ada hubungan dengan penyebaran Islam sejagat, maka Patani perlu dibicarakan sebagai perbahasan pada konteks ini menggantikan tempat Johor dan Melaka seperti yang disebutkan tadi.
Aktiviti dan dilantik sebagai Sultan Brunei
Dipercayai Syarif Ali adalah seorang ulama, tujuan pengembaraannya ialah menyebarkan agama Islam. Di Brunei, dari aktivitinya mengajar masyarakat awam akhirnya dapat mempengaruhi pemimpin-pemimpin kerajaan Brunei sehingga Syarif Ali diambil jadi menantu oleh Sultan Ahmad (Sultan Brunei yang kedua). Sultan Ahmad mangkat, sekitar tahun 1425 M, para pembesar dan rakyat Brunei sepakat menabalkan Syarif Ali sebagai Sultan Brunei(Sultan Brunei yang ketiga).
Selanjutnya beliau digelar Sultan Berkat. Sebagai seorang ulama, setelah menjadi sultan, beliau menjadi contoh sebagai insanul kamil bagi masyarakat Brunei. Beberapa penulis sejarah Brunei merakamkan, “Maka Syarif Ali inilah mendirikan agama Islam dan mengeraskan syariat Nabi kita Muhammad s.a.w. di Brunei dan membina masjid-masjid.”
Menurut riwayat, sebelum Syarif Ali menjadi sultan, sultan-sultan yang terdahulu belum mendirikan masjid. Diriwayatkan pula bahawa Syarif Ali selain sebagai seorang sultan, beliau sendiri menjadi imam sembahyang fardu, sembahyang Jumaat, dan menjadi khatib hari Jumaat dan kedua-dua hari raya.
Ini bererti dirinya sebagai seorang ulama, imam dan sultan mesra menyatu, bersepadu dan tertanam kasih sayang ke seluruh lubuk hati masyarakat yang beragama Islam.
Pendapat Pangiran Haji Mohammad mengenai Syarif Ali pergi pula ke Jawa untuk mengislamkan Raja Majapahit yang bernama Perabu Angka Wijaya masih sukar untuk diterima kerana bertentangan pendapat dengan beberapa orang penulis.
Mengenai di mana lokasi kerajaan Cermin, menurut beliau, juga Pehin Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, yang kedua-dua pendapat berasal dari pendapat Habib Alwi Al-Hadad, adalah di Brunei, perlu dikaji semula. Ini kerana wujud kontroversi dengan beberapa pendapat lain terutama penulis-penulis yang berasal dari Patani dan Kelantan.
Sahabat dan ulama yang sezaman dengan beliau di Brunei
Selain Syarif Ali dipercayai ramai lagi penyebar Islam yang sezaman dengannya yang menyebarkan Islam di Brunei. Oleh sebab mereka hidup sezaman dan sasaran penyebaran di tempat yang sama, maka kita anggap saja mereka adalah bersahabat. Di antara mereka yang dapat disenaraikan ialah sebagai yang berikut:
1. Saiyid Alwi al-Faqih Muqaddam
2. Syeikh Adam
3. Syeikh Sulaiman bin Abdur Rahman
4. Saiyid Abu Bakar
5. Saiyid Hasan al-Hadad
Wafat dan keturunan
Sultan Syarif Ali, wafat pada tahun 1432 Masihi, demikian yang tertulis dalam beberapa buku sejarah karangan baru. Tahun 1432 itu berasal dari tulisan batu nisan yang transliterasinya; “Dari Hijrah Nabi s.a.w. delapan ratus tiga puluh enam tahun, dalam bulan Jamadilawal, malam Khamis, wafat pada hari Ali berpindah dari dunia ke akhirat...”
Hasil perkahwinan Syarif Ali dengan Puteri Sultan Brunei, beliau memperoleh anak bernama Sulaiman, yang selanjutnya menjadi Sultan Brunei pengganti ayahnya Sultan Syarif Ali, Sultan Brunei yang ketiga itu.
Dari sini pula selanjutnya menurunkan sultan-sultan Brunei Darussalam dan Sultan- Sultan Sambas (Kalimantan Barat, Indonesia) secara bersalasilah menurun dari atas ke bawah bersambung tanpa putusnya. Nama-nama yang dapat disebutkan ialah: Sultan Sulaiman memperoleh putera Sultan Bolkiah. Sultan Bolkiah memperoleh putera bernama Sultan Abdul Kahar. Sultan Abdul Kahar (mangkat 1571 M) memperoleh putera tiga orang, iaitu;
1. Sultan Syah Berunai
2. Sultan Muhammad Hasan
3. Raja Dungu Sultan Muhammad Hasan (nombor dua) memperoleh putera tiga orang, iaitu;
1. Sultan Tengah
2. Sultan Abdul Jalilul Akbar
3. Sultan Muhammad Ali
Sultan Tengah (nombor satu) itulah yang kahwin dengan Ratu Suria (Sambas), memperoleh putera Sultan Muhammad Shafiyuddin, Sultan Sambas. Ada pun Sultan Abdul Jalilul Akbar (nombor dua) dan Sultan Muhammad Ali (nombor tiga) keturunannyalah yang menjadi sultan-sultan Brunei Darussalam.

Sabtu, Mac 10, 2007

Peranan ulamak dan para wali di Aceh

Ini adalah sedutan daripada buku "Berpetualang ke Aceh: Membela syiar yang asal" atau BKA II yang masih dalam proses suntingan... Daripada bab bertajuk "Hamzah Fansuri dan Iskandar Muda: Puncak kegemilangan Aceh". Sila...


"Kita boleh memulakan penglibatan para Wali serta para guru mursyid yang arif ilmu Tasawuf dalam pendaulatan raja-raja di Aceh dengan sejarah penubuhan keSultanan Perlak," orang tua itu membuka cerita setelah selesai solat Isyak. "Seperti yang kamu sedia tahu, sejarah keSultanan Perlak bermula dengan kedatangan rombongan 100 orang pendakwah dari Timur Tengah yang membawa Islam ke Perlak pada tahun 804 Masihi. Kemudian seorang anggota mereka, Ali bin Muhammad telah dikahwinkan dengan adik Raja Perlak ketika itu yang berketurunan Parsi."
Rasyid mengangguk bersetuju. Perkara ini sudah dibangkitkan di dalam buku pertamanya sebagai persediaan untuk cerita-cerita seterusnya.
"Dari perkahwinan ini muncullah Sultan pertama Perlak, Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah yang menaiki takhta 840 Masihi," orang tua itu meneruskan. "Sultan ini mempunyai darah keturunan Rasulullah SAW... Melalui jurai Imam Ja’afar al Sadiq yang diiktiraf ketinggian taraf keilmuan serta kerohaniannya oleh ulamak berwibawa."
"Kerajaan Samudera-Pasai yang diasaskan 400 tahun kemudian pula menyaksikan kemunculan Sultan Malikus Salih yang juga memiliki darah keturunan Nabi," orang tua itu melompat untuk mempercepatkan cerita. "Baginda menerima pengajian daripada Rasulullah SAW melalui mimpi sebelum dididik secara nyata oleh cicit Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir Jilani iaitu Sheikh Ismail, wali besar yang juga dikenali sebagai Sultanul Arifin, raja orang-orang Arif - orang yang betul-betul mengenali Allah."
Rasyid tahu Sultan Malikus Salih juga telah mendapat didikan agama daripada bekas seorang Sultan berketurunan Saidina Abu Bakar as Siddiq. Orang yang dikenali sebagai Fakir Muhammad ini turun daripada takhta kerajaannya semata-mata untuk turut sama memartabatkan Samudera demi memenuhi wasiat Nabi yang menyebut akan kemunculan kerajaan itu pada akhir zaman. Wasiat itu menyebut Samudera mesti diIslamkan kerana di situ akan muncul ramai wali! Perkara ini adalah tulang-belakang cerita buku "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti". Malah bab bertajuk "Samudera-Pasai: Bumi para wali" ditulis untuk menerangkannya lebih teliti kerana ia adalah tapak cerita untuk buku seterusnya.
Sekarang Rasyid mahu pergi lebih jauh untuk meliputi sejarah bumi Serambi Mekah di zaman Iskandar Muda. Ini mahu diterangkan dalam buku dua "Berpetualang ke Aceh" yang diberi sub-title "Membela Syiar yang asal". kerana dia percaya penjajahan Barat di Nusantara sebenarnya bermotifkan agama, bukannya perniagaan seperti diwar-warkan sejarah.
Berbalik pada cerita kedatangan Islam di tangan para ulamak... Bumi Aceh telah menyaksikan kedatangan Sheikh Abdullah Arif yang membawa kitab Tasawuf bertajuk Bahr Lahut (Lautan Ketuhanan) sekitar 1066 Masihi. Kedatangan Sheikh Ismail pada pertengahan abad ke 13 Masihi diikuti ulamak lain yang kemudian bertapak beranak-pinak sehingga menerbitkan ramai ulamak Tasawuf bertaraf wali memastikan raja-raja di bumi Serambi Mekah terus mendapat didikan guru-guru mursyid yang mempunyai pertalian kerohanian juga titisan darah Nabi.
Raja-raja Aceh selepas abad ke 15 (di mana nama Aceh Darussalam mula muncul dalam catatan rasmi sejarah) juga mendapat suntikan daulat kerohanian daripada guru-guru serta para ulamak dan wali sebegini. Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah Alam Sayyid al Mukammil (1589-1604), muncul pula seorang ulamak dan wali agung. Beliaulah pujangga besar Melayu yang bernama Sheikh Hamzah Fansuri!
"Bila bercakap tentang ulamak dan para wali di bumi Serambi Mekah, kebanyakan masyarakat Aceh lebih menyanjung tinggi Sheikh Abdul Rauf Singkel yang juga dikenali sebagai Syiah Kuala," orang tua berketurunan Aceh di Perak menyambung cerita. "Mereka lupa, Sheikh Hamzah Fansuri telah lebih dahulu memainkan peranan mendaulatkan bumi Aceh."
Asal-usulnya sebenarnya tidak dapat dipastikan tetapi Sheikh ini diketahui membesar di Siam, ketika itu dikenali sebagai Shahr Nawi. Ini kerana bapanya pernah menjadi seorang pembesar di sana, maka Sheikh Hamzah menyebut beliau ‘mendapat wujudnya di tanah Sharnawi’.
"Tetapi ada pula yang menyebut Hamzah Fansuri dilahirkan di Fansur, di barat-daya Aceh berdekatan sempadan wilayah Minangkabau sekarang," orang tua itu meneruskan. "Lagipun beliau pernah membuka madrasah di sana, sebab itu dikenali sebagai Hamzah Fansuri."
Rasyid teringat kali pertama dia mengenali nama itu... Ketika berumur 18 tahun, selepas terjumpa sebuah buku tulisan Professor Syed Naguib Al-Attas bertajuk "The Mysticism of Hamzah Fansuri.". Itulah buku pertama yang mengenalkan anak muda itu kepada dunia Tasawuf dan orang-orang Sufi. Sejak itu, dia tidak memandang ke belakang lagi. Rasyid telah membaca banyak lagi buku yang menceritakan pengalaman para wali dan Sufi dalam mencari kebenaran hakiki, makna sebenar kehidupan, keTuhanan dan tujuan sebenar manusia dijadikan lalu diletakkan di atas muka bumi.
Sheikh Hamzah telah mendalami berbagai cabang ilmu berkaitan Islam. Selain belajar di Aceh, beliau mengembara ke merata sudut dunia demi menambah pengetahuan termasuk seluruh tanah Jawa, Semenanjung Malaysia juga India, Parsi dan Tanah Arab. Sheikh ini dikatakan sangat mahir dalam ilmu Fiqah, tasawuf, falsafah, mantiq, ilmu kalam, sejarah dan lain-lain. Dalam bidang bahasa pula Hamzah Fansuri telah menguasai seluruh cabang ilmu berkaitan bahasa Arab (nahu, saraf dan sebagainya) selain boleh bertutur dalam bahasa Urdu, Parsi, Melayu dan Jawa!.
Dunia sastera Melayu pula mengakuinya sebagai pelopor malah sasterawan serta pujangga Melayu terulung dahulukala atas sumbangan yang tidak terhingga terhadap perkembangan penulisan Melayu. Beliau telah memperkenalkan banyak gurindam, puisi, syair dan pantun yang sebenarnya merupakan ajaran Tasawuf yang dikarang begitu indah. Maka banyak perkataan Arab melibatkan konsep keTuhanan diMelayukan. Dengan ini, khazanah kata-kata Melayu turut menjadi lebih luas.
"Beliau menjadi rujukan utama dalam hal kerohanian di Aceh lalu menjadi guru mursyid yang bertanggungjawab menggilap peribadi Sultan Sayyid al Mukammil," orang tua berketurunan Aceh di Perak memberitahu. "Antara karyanya yang masyhur ialah Al-Muntahi (Ilmu tertinggi), Ruba’i Hamzah Fansuri (sekumpulan puisi), Syair Si Burung Pinggai, Syair Si Burung Pungguk, Syair Sidang Faqir, Syair Dagang dan Syair Perahu."
Pengaruh kuat sang pujangga Sufi ke atas perkembangan kerohanian kerajaan Aceh Darussalam terus berlangsung sehingga ke zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636). Maka sudah tentu beliau mempunyai pengaruh penting terhadap raja besar itu.
"Tidak ramai orang tahu, selain membimbing Sultan Sayyid Al-Mukammil, Sheikh Hamzah Fansuri juga merupakan guru mursyid Sultan Iskandar Muda." dia mendedahkan satu rahsia. "Malah pada zaman itu, beliau adalah mahaguru Tasawuf yang terkemuka di seluruh Nusantara
Walaupun tidak ada bukti akademik menyatakan Sheikh Hamzah pernah berjumpa kedua Sultan ini, Rasyid percaya cakap orang tua itu. Sebagai seorang pemikir besar, ulamak dan wali yang sangat terkenal zaman itu, tidak hairanlah jika beliau dijemput mengajar atau didatangi Sultan-sultan ini. Lagipun Hamzah Fansuri memang mempunyai pengaruh ke atas mereka ini, setidak-tidaknya melalui anak muridnya Sheikh Shamsuddin Pasai, ulamak dan penasihat utama di istana Aceh zaman itu. Sayyid al Mukammil diketahui seorang pengikut Tariqat Qadiriyah iaitu jalan kaedah peningkatan kerohanian yang diasaskan oleh Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani. Sheikh Hamzah Fansuri pula adalah Khalifah tertinggi Tariqat ini untuk bumi sebelah sini . Maka tidak hairanlah jika penasihat utama istana Aceh itu pernah memimpin Sayyid Al-Mukamil dan cucundanya Iskandar Muda bersuluk dan apabila sampai masa, menyuruh mereka khatam mengaji dengan Hamzah Fansuri pula.
Sheikh Shamsuddin diketahui meneruskan aktiviti penulisan yang dimulakan gurunya Sheikh Hamzah. Tulisan mereka dikatakan senada dan seirama walaupun masing-masing ada cara tersendiri dalam pengajaran. Paling menarik, kedua-duanya dikatakan menyokong pemahaman "Martabat Tujuh". Ia menghuraian hakikat keTuhanan serta hubunganNya dengan alam ini dengan cara yang dikira amat kontroversi.