Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, April 18, 2023

Demi anak-anak

Meneruskan gerak penceritaan berkenaan. Bersambung daripada artikel Kali pertama balik Muar tahun 2023.



Petang Selasa 11 April 2023 bersamaan 20 Ramadhan 1444 Hijriah. Saya membawa isteri dan anak ke Ma'ahad Annoer di Janda Baik.




Kami mahu mengikuti majlis daurah kitab bersama pengasas sekolah iaitu Sheikh Nuruddin Al-Banjari.




Kemudian berbuka di sana....



Pagi Sabtu 15 April bersamaan 24 Ramadhan kami  ke Janda Baik lagi. Kali ini perlu menempuh kesesakan teruk hingga ke terowong Genting Sempah.




Kami pergi lagi ke Ma'ahad Noer. Kali ini untuk mengambil seorang lagi anak yang sedang belajar di sana kembali bercuti lama bagi hari raya.




Selepas itu bawa anak-anak berjalan ke Kuala Lumpur di mana kami berjumpa dengan seorang lagi anak.




Kalau ikutkan tak perlu pergi ke Janda Baik hari Selasa kerana Sabtu dah nak ambil anak balik bercuti ke rumah.




Tetapi kami pergi juga kerana harapan anak mahu melihat kami datang pada hari Selasa yang merupakan hari terakhir daurah.




Oh. Saya membiarkan anak-anak bersama isteri berjalan-jalan di Bukit Bintang sementara saya sendiri hendak melihat kompleks membeli belah baru yang didirikan di atas tapak penjara Pudu.




Kemudian bawa ke 'pangkal' bangunan PNB118 setinggi sekitar 650 meter kerana tahu, seperti saya, anak yang belajar di ma'ahad atau sekolah tahfiz bangunan sebegini.




Seterusnya kami menempuh kesesakan jalan raya untuk ke Kampung Baru.




Di sana jumpa seorang lagi anak. Lalu kami berenam berbuka puasa di sebuah kedai makan kegemaran yang agak lama dah tak singgah.

Kali pertama balik Muar tahun 2023

OK. Sebetulnya saya dalam peringkat akhir satu perjalanan solo di Perak lalu bercadang untuk berkongsikan cerita hari pertama perjalanan yang bermula Sabtu 15 April lalu. Tetapi apabila memuatnaik gambar-gambar daripada kamera digital ke komputer riba didapati ada cerita-cerita lebih awal harus dilepaskan terlebih dahulu bermula dengan ini.



Pagi Sabtu 1 April 2023 bersamaan 10 Ramadhan 1444 Hijriah iaitu pada dua minggu lalu. Saya membawa isteri dan anak bergerak ke selatan untuk rumah ibu bapa  saya di Muar.




Dalam perjalanan isteri mendapat tahu seorang abang iparnya yang baru keluar hospital harus dimasukkan kembali kerana timbul masalah kesihatan yang tiba-tiba menjadi agak serius. Lalu kami membuat keputusan untuk menziarahi beliau.




Oleh kerana hospital adalah di Kuala Pilah maka perjalanan ke Muar disambung melalui Senaling membawa ke Gemencheh, Batang Melaka dan Jasin.




Di Senaling singgah di masjid ini. Terlihat juga masjid lama di seberang jalan lalu saya pun mengambil gambar. Lihat artikel Masjid lama (Old mosque of) Senaling diikuti Masjid baru (New mosque of) Senaling di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Kami sampai ke Muar sekitar 6.30 petang. Oh. Ini adalah kali pertama kami balik ke rumah ibu bapa saya bagi tahun 2023. Kali terakhir adalah pada 5 bulan lalu. Lihat Ke Muar bagi PRU-15.




Dapatlah berbuka puasa bersama ibu bapa sebelum pergi ke masjid jamek Muar bagi menunaikan solat Tarawikh berjemaah.







Esoknya pagi Ahad 2 April kami berjalan-jalan di bandar Muar.




Singgah ke makam ini sedikit ke luar bandar...




Malam selepas berbuka puasa kemudian menghabiskan sedikit lagi masa bersama ibu bapa kami pun mengorak langkah untuk kembali ke rumah sendiri. Tergerak untuk masuk ke bandar raya Melaka lalu ke Masjid Kampung Hulu.




Alhamdulillah. Dapat bersolat Tarawikh berjemaah di situ pula.


Khamis, April 13, 2023

Buku Laksamana Muhammad Amin dan Orang Kaya Arsyad dah masuk kilang

Salam petang Khamis 22 Ramadhan tahun 1444 Hijriah. Ada sedikit berita gembira mahu dikongsikan.



Telah diberitahu dalam  artikel Buku "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad" sedia untuk tempahan yang dipersembahkan hampir 2 bulan lalu bahawa saya sedang mengusahakan buku baru dengan tajuk tersebut. Telah diberitahu dalam artikel itu bahawa penulisan yang dimulakan pada 1 September 2022 siap deraf pertamanya pada 30 Januari lalu. Deraf kedua pula siap petang 10 Februari. Itu yang membuat tergerak untuk mempersembahkan artikel berkenaan.

Biar ditambah. Deraf pertama yang ditulis terus ke dalam reka letak (layout) itu dimulakan pada malam Jumaat  dengan tarikh Islam 5 Safar 1444 Hijriah lalu siap Isnin 8 Rejab. Deraf kedua yang mana sejumlah maklumat sensitif dibuang atau diolah kembali siap Isnin 13 Februari bersamaan 22 Rejab. Deraf ketiga yang merupakan semakan lebih mendalam kemudian siap Selasa 28 Feb (7 Sya’aban). Pun begitu dibuat lagi semakan demi semakan sehingga terasa cukup  Rabu 12 April (21 Ramadhan) iaitu awal pagi semalam. 

Pagi tadi Khamis 13 April (22 Ramadhan) pula baru menerima kata-kata aluan daripada sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Dato’ Dr Abdullah Zakaria Ghazali. Menariknya ia diterima ketika saya sedang bersedia untuk mengangkut motosikal besar kesayangan yang sudah lebih setahun tidak hidup enjin akibat ada masalah untuk dibawa ke bengkel.



Reka bentuk akhir kulit buku pula sudah diputuskan awal pagi Rabu sebelum Subuh semalam. Alang-alang harus keluar ke bengkel di Rawang lalu meninggalkan motosikal biar terus ke kilang cetak di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan singgah di Hutan Lipur Kanching untuk memuatkan kata-kata aluan ke dalam deraf lalu membuat perubahan selari. Misalnya saya telah memperuntukkan 6 muka surat untuknya kerana selain itu isi buku sudah penuh 576 muka surat. Tetapi apabila masuk dalam layout jadi 8 muka surat. 

Nasib baik ada salinan dokumen dalam bahagian apendiks atau lampiran yang boleh dikeluarkan 2 muka surat. Selepas itu harus buat perubahan nombor muka surat pada daftar isi bagi setiap bab dan subtopik. Sampai ke kilang cetak dibuat lagi semakan demi semakan. Akhirnya siap hampir jam 4.30 petang. Reka bentuk kulit buku pula telah lebih awal diserahkan. 



Ah. Lega sungguh rasa. Kira dah boleh lepas tangan lalu boleh memberikan tumpuan penuh pada hal pembetulan tesis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) seperti ada dinyatakan dalam artikel sebelum ini iaitu Apabila perjuangan dihargai. Dengan itu bolehlah dikeluarkan lalu disebarkan poster promosi atas. Untuk mendapatkan gambaran isi sila lihat dalam artikel Buku "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad" sedia untuk tempahan.  

Kepada yang berminat boleh pilih antara berikut...

1. Bayar RM99 harga buku kemudian ambil daripada tangan saya. Mungkin pada majlis rumah terbuka raya  di rumah di Bandar Sungai Buaya, Rawang insyaallah pada 13 Mei 2023.

2. Bayar RM99 + RM7.35 Poslaju = RM106.35.

3. Bagi peniaga ada tawaran diskaun 50%. Cuma harus membeli sekurang-kurangnya 20 naskah buku. Seterusnya belian blok 20 buku lagi kalau mahu . Setiap 20 buku harga asal adalah RM99 x 20 = RM1,980. Diskaun 50% jadi RM990. 

Sila buat bayaran bagi jumlah berkenaan ke akaun berikut :-


Affin Islamic Bank : 20-530-011171-1

Atas nama: Mohd Fahrulradzi b Mohamad Sapiee 


Selepas itu WhatsApp ke nombor 013-3082131 bukti pembayaran. 

Bagi mereka yang mahu buku diposkan sila berikan sekali alamat pos. Untuk peniaga yang mahu mengikut tawaran insyaallah saya akan hantar sendiri ke tempat anda selepas siap dicetak, dijangka pertengahan bulan Mei. Tetapi  itu di sekitar Lembah Klang. Jauh daripada itu tengoklah bagaimana.

Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,377 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Tolong war-warkan kepada keluarga, kawan dan kenalan masing ya. Terima kasih.


Khamis, April 06, 2023

Apabila perjuangan dihargai

Salam pagi Khamis 15 Ramadhan 1444 Hijriah. Sedar tak sedar sudah separuh bulan kita berpuasa wajib bulan Ramadhan. Baru kini terasa hendak berkongsi beberapa perkara, di celah-celah gambar-gambar berikut dan cerita berkenaan...


Ini adalah gambar kulit hadapan sebuah buku yang diterbitkan oleh Ar-Raniry Press di Aceh tahun 2019. Bertajuk Aceh-Malaysia dalam Rangkuman Sastera, Budaya & Media saya baru menyedari kewujudannya malam tadi. Lihat sini. Sekarang, perkongsian pertama :-


1. Sukacita dimaklumkan bahawa peperiksaan lisan bagi tesis Masters saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) telah diadakan pada pagi Jumaat 24 Mac iaitu hari kedua Ramadhan, 13 hari lalu. Alhamdullillah lulus. Cuma kena buat beberapa pembetulan dan penambahbaikan.

Sukacita juga dimaklumkan bahawa kedua-dua pemeriksa luar dan dalam (internal dan external examiners) membuat rekomendasi agar tesis itu diterbitkan menjadi buku. Tapi apa-apa hal pun kena tunggu siap pembetulan dan penambahbaikan. Saya diberi tempoh 6 bulan untuk menyelesaikan ini. 

Sekadar untuk memberi faham tentang hal tesis lihat artikel lama Berjaya mempertahankan cadangan tesis di ISTAC (dipersembahkan 15 Mac 2022) diikuti Jumaat 27 Ramadhan di ISTAC dan harapanku bagi hari raya (5 Mei 2022). Selepas raya tahun itu tesis diserahkan kepada penyelia saya, pemikir besar dunia Islam, Profesor Emeritus Dato' Dr Osman Bakar untuk semakan. Penghujung September baru cukup baik untuk diserahkan kepada ISTAC bagi  penilaian berserta sejumlah dokumen sokongan bagi memenuhi syarat serahan. Setelah beberapa lama baru dapat keputusan.




Masuk kembali hal buku Aceh-Malaysia dalam Rangkuman Sastera, Budaya & Media. Didapati ada satu bab didekasikan untuk siri novel Berpetualang ke Aceh tulisan saya. Ia, motif penulisannya, malah keadaan jiwa yang membawa untuk menulis dikupas secara akademik menurut teori sastera. Sekarang pergi pada perkongsian kedua :-


2. Merujuk kepada artikel Buku "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad" sedia untuk tempahan yang dipersembahkan 10 Februari iaitu hampir 2 bulan lalu, tentang penulisan buku ke-13 + 1 saya (buku pertama selepas berehat lama setelah terbitnya buku ke-13, hampir 4 tahun lalu). Sukacita dimaklumkan saya telah menyiapkan draf keempat merangkap draf akhir. Sekarang menunggu sahaja kata-kata aluan daripada sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali juga reka bentuk kulit buku oleh seorang kawan siap.

Sebetulnya saya cukup beruntung kerana Abdullah sanggup memberikan kata-kata aluan di celah pelbagai kesibukan kerja, antara yang saya diberitahu adalah projek ensaiklopedia sejarah negeri Kelantan. Dan beliau tidak memandang ringan kata-kata aluan. Abdullah memberitahu seminggu lalu, selain membaca 360 muka surat deraf pertama yang disampai beberapa waktu lalu beliau mengambil masa untuk membaca dan mengkaji kembali trilogi novel Berpetualang ke Aceh tulisan saya yang diterbitkan tahun 2006-2007 juga edisi baru yang merupakan pecahan satu buku jadi dua dengan tambahan maklumat dan gambar rajah yang diterbitkan oleh HRP (Hijaz Record Publishing) 2015-2017. Ini dibuat supaya kata-kata aluan jadi betul-betul bermakna.

























Berbalik lagi pada bab berkenaan dalam buku Aceh-Malaysia dalam Rangkuman Sastera, Budaya & Media. Oleh kerana siri trilogi novel Berpetualang ke Aceh dibuat dalam bentuk travelog maka dikupas terlebih dahulu kajian-kajian awal tentang sastera sebegitu rupa.




Disebut sekali tulisan S.M. Zakir tentang versi lama siri.  Cerita berkenaan pernah dikongsikan dalam artikel Mengenang ulasan siri "Berpetualang ke Aceh" dalam majalah dan persediaan untuk siaran langsung hampir 12 tahun lalu.



Kupasan dalam Aceh-Malaysia dalam Rangkuman Sastera, Budaya & Media pula dibuat berdasarkan siri  Berpetualang ke Aceh terbitan terkemudian oleh HRP tahun 2015-2017. Sedangkan ia sebenarnya baru separuh daripada cerita keseluruhan trilogi asal yang diterbitkan sendiri atas nama syarikat Wasilah Merah Silu Enterprise tahun 2006-2007.










Pun begitu ia sudah cukup untuk menunjukkan bahawa penulisan dibuat atas dasar satu perjuangan yang mendalam. Ini berlatarbelakangkan pengalaman hidup sebenar dan perubahan yang dialami akibat peristiwa-peristiwa tertentu termasuk pergi seorang diri ke Aceh ketika masih berlaku darurat perang awal 2004.







Sekarang pergi perkongsian ketiga. 




3. Sebetulnya saya sedang dilanda sedikit kegelisahan. Saya telah mensasarkan untuk membuat peluncuran buku terbaru saya pada 13 Mei iaitu cuma sebulan seminggu sahaja daripada sekarang. Tarikh yang menurut kalendar harus bersamaan 22 Syawal itu dipilih kerana kajian berdasarkan jurnal J.W.W. Birch, residen pertama British ke Perak (dibunuh di Pasir Salak 2 November 1875) menunjukkan datuk kepada datuk saya, Orang Kaya Arsyad bin Laksamana Muhammad Amin berkahwin dengan isterinya Hajah Halijah binti Haji Musa pada 13 Mei 1875. Daripada perkahwinan ini lahirlah anak pertama mereka iaitu moyang saya Muhammad Wahi.




Saya merasa gelisah kerana masih menunggu kata-kata aluan dan reka bentuk kulit buku siap. Selepas ia selesai baru boleh hantar ke kilang cetak. Harapnya sempatlah siap sekurang-kurangnya 100 naskah buku sebelum 13 Mei itu.



Disebabkan belum siap itu maka susah untuk memberikan tumpuan penuh pada pembetulan dan penambahbaikan tesis.




Struktur penulisan buku Berpetualang ke Aceh seperti dilihat oleh penulis artikel dalam buku Aceh-Malaysia dalam Rangkuman Sastera, Budaya & Media. Untuk pengetahuan beliau adalah seorang pensyarah sastera Melayu berbangsa India di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.







Sebetulnya beliau yang bernama Dr Saravanan P. Veeramuthu ada membuat artikel serupa mengupas buku Berpetualang ke Aceh tetapi dalam bahasa Inggeris. Yang ini disedari awal tahun 2021 lalu saya pun menghubungi beliau melalui e-mail. Ketika itulah baru menyedari bahawa rupa-rupanya beliau pernah lebih awal menghubungi saya untuk bertanya bagaimana hendak mendapatkan buku awal tahun 2019. Tidak disangka beliau kemudian akan menulis artikel akademik yang nampaknya begitu menghargai usaha saya, pada tahun 2020. Lihat Reading Into  One's Self In the Berpetualang ke Aceh Trilogy.






Oh. Ketika hendak  meletakkan pautan bagi artikel berbahasa Inggeris tulisan Saravanan tadi jam 10.10 pagi tiba-tiba Abdullah menelefon untuk memberitahu kata-kata aluan bagi buku terbaru saya sudah siap. Cuma perlu membuat semakan dan suntingan lalu ini harus mengambil sehari dua lagi. Ah. Macam kena pulak dengan hakikat bahawa dua muka surat seterusnya (107-108) tulisan Saravanan dalam bahasa Melayu tidak ada preview atau pratonton. Untuk pengetahuan semua muka surat yang ada ini diambil daripada Google Book. Kalau mahu mendapatkan semua muka surat lengkap kena beli buku, sekurang-kurangnya versi atas talian. Lihat sini.




Saya telah cuba mencari secara atas talian apakah buku boleh didapati di Perpustakaan Negara tetapi tiada. Kalau ada mahu mengambil gambar-gambar muka surat berkenaan bagi membentuk artikel ini, bukan print screen dengan ada muka surat tidak dapat dipaparkan seperti dilihat ini. Kesimpulan tentang buku Berpetualang ke Aceh? Boleh baca sendiri. Kesimpulan saya tentang buku baru yang sedang diusahakan? Lega dengar jaminan kata-kata aluan akan dapat disampaikan dalam sehari dua lagi.




Antara rujukan yang digunakan oleh Saravanan untuk menilai penulisan saya. Ternyata memang beliau menghargainya. Sesungguhnya buku terbaru saya iaitu tentang keluarga sebelah bapa iaitu keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak adalah kesinambungan daripada apa yang dinyatakan dalam siri buku Berpetualang ke Aceh. Ia melibatkan perjuangan demi kedaulatan orang Melayu dan Islam akhir zaman. Lihat hal-hal berkenaan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)




Hmm. Muka surat 111 juga tidak dapat ditelaah secara percuma. Apapun, jika orang berbangsa bukan Melayu seperti Saravanan pun tahu menghargai apa yang ingin saya usahakan demi Melayu dan Islam apatah lagi Abdullah yang telah mengenali secara peribadi sejak lebih 10 tahun lalu dan boleh dikatakan selalu bersua muka.


Rupa-rupanya Saravanan pernah membentang kajian tentang buku Berpetualang ke Aceh di Universiti Islam Ar-Raniry di Banda Aceh awal bulan April 2019. Nampaknya ketika itulah juga disampaikan kertas kerja berkenaan yang kemudian menjadi satu bab dalam  buku Aceh-Malaysia dalam Rangkuman Sastera, Budaya & Media. Petang semalam ketika mandi sebelum berbuka puasa tiba-tiba mendapat ilham apakah perkara paling sesuai mahu ditangani kalau-kalau timbul rasa mahu menyambung pengajian ke peringkat PhD. Cukuplah dinyatakan ia melibatkan perjuangan ummah dan Islam. Terus nampak jalan bagaimana mahu melakukannya, insyaallah, jika dipanjangkan umur, sebelum mencapai usia 55 tahun pada 26 November tahun 2025. Semoga hal percetakan buku dapat diselesaikan tidak lama lagi diikuti pembetulan dan penambaikan tesis. Selepas itu bolehlah membuat persediaan ke arah PhD. Doakan saya ya.