Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Jumaat, Ogos 18, 2017
Sekitar sambutan Aidil Fitri tahun 2017 - Dah puas ziarah manusia mari 'ziarah' dinosaur pula...
Khamis, Ogos 17, 2017
"Melaka Unwritten" - Meneroka sejarah Kesultanan Melaka di luar pengetahuan biasa umum
Sampai masa untuk kembali bersuara
Khamis, Mei 11, 2017
Video penuh "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" percuma untuk umum
Keadaan kemudian membawa saya terasa patut untuk berkongsi aktiviti-aktiviti Jumaat seminggu lalu yang sudah masuk bulan Mei. Kini semuanya sudah dipaparkan dalam blogspots lalu awal pagi tadi saya membuat artikel bertajuk Gambar baru CATATAN dan sedikit sejarah penulisan berserta ulasan.... sebagai sebahagian daripada proses mahu melengkapkan gerak winding down. Artikel itu juga sudah difikirkan untuk ditulis sejak sebulan setengah lalu, Terbitnya ia menandakan artikel ini harus menyusul dalam masa terdekat kerana saya mahu masuk mood senyap sunyi bertafakur bermula hari Nisfu Syaaban iaitu apabila masuknya waktu Maghrib kurang 10 jam sahaja lagi daripada sekarang.
Dalam artikel penutup gerak ini mahu dikongsikan secara percuma satu video sepanjang hampir 2 jam yang diusahakan 9 tahun lalu. Lebih 2 bulan lepas saya telah mendapat panggilan telefon daripada seorang wanita yang baru mengenali blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Beliau bertanya jika saya ada menjual lagi DVD tentang Perjanjian Pangkor 1874 yang diterbitkan sendiri pada tahun 2008. Rujuk artikel lama Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!.
Beliau berminat untuk membeli senaskah lalu bertanya jika masih ada stok. Saya jawab dah habis dah. Takda. Saya sudah beberapa kali membuat salinan lalu dapat dijual kepada awam. Masalahnya setiap kali memulakan proses membuat salinan baru saya harus menunggu hampir sejam untuk DVD pertama batch baru. Selepas itu setiap DVD mengambil masa beberapa minit untuk dibuat salinan.
Saya sudah letih untuk membuat apa-apa salinan baru. Lagipun ia sudah 9 tahun diterbitkan. Terasa sudah sampai masanya ia diedarkan secara percuma kepada umum melalui Youtube.
Perkara ini sudah difikirkan sejak awal tahun ini. Panggilan telefon wanita bertanyakan tentang stok sekadar mengingatkan dan menetapkan niat. Adapun proses memuatnaik ke Youtube pula memakan masa setengah hari kerana saiz fail yang besar iaitu 2.34 Gigabyte, Alhamdulillah, setelah lama menunggu ia berjaya dimuatnaik sepenuhnya paada jam 7.54 pagi Rabu 5 April.
Pun begitu ia dibiarkan selama lebih sebulan dalam bentuk simpanan akaun saya di Youtube, tidak dipublish atau disiarkan lalu belum dapat ditonton orang ramai. Bila sudah selesai segala proses penceritaan seperti disebut dalam perenggan pengenalan atas baru ia disiarkan sekitar sejam lalu. Selepas itu baru video berkenaan boleh diletakkan dalam artikel ini secara embed. Video pun boleh ditonton terus daripada artikel juga melalui Youtube.
Bersama artikel ini adalah penegasan untuk deactivate atau mengtidakaktifkan akaun utama saya di Facebook atas nama penuh Mohd Fahrulradzi Mohamad Sapiee, dahulunya dibuka atas nama Merah Silu iaitu pada 11 tahun lalu. Namun memikirkan bahawa sesekali mahu melihat perkembangan dan perkongsian daripada keluarga, kawan-kawan dan kenalan, saya akan membiarkan akaun-akaun lain saya di FB terus berjalan. Cuma saya tidak akan membuat apa-apa update ataupun posting juga maklum balas sekurang-sekurangnya selama beberapa bulan. Mungkin isteri akan berkongsi apa-apa perkembangan melibatkan saya dan orang ramai boleh terus mengikuti di situ.
Akaun-akaun ini adalah seperti berikut. Sila klik pada nama untuk masuk :-
Radzi Sapiee
Sahabat Merah Silu
Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
Dipaparkan pada jam 4.35 petang Isnin 8 Mei...














