Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Thursday, May 11, 2017

Video penuh "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" percuma untuk umum

Akhirnya setelah sebulan setengah memikirkannya sampailah masa untuk melengkapkan gerak yang boleh dikatakan adalah satu proses winding down. Selari dengan keputusan mahu berhenti daripada menganjurkan apa-apa acara HIKMAH seperti dinyatakan dalam artikel Menyerahkan HIKMAH kepada orang Aceh - Ke mana hala tuju selepas ini? 3 minggu lalu saya juga mahu mengurangkan keaktifan menulis di blogspots dan berhenti terus daripada menulis di  media sosial seperti Facebook sekurang-kurangnya buat beberapa bulan. Tumpuan mahu diberikan kembali pada penulisan beberapa tajuk buku yang sudah lama tertunggak. Tetapi sebelum itu saya perlu melepaskan dahulu cerita-cerita tentang aktiviti-aktiviti daripada perjalanan di Aceh 16-23 Mac 2017 yang termasuk penganjuran acara ke-20 HIKMAH pada 19 Mac diikuti apa yang berlaku sehingga tamat bulan April.

Keadaan kemudian membawa saya terasa patut untuk berkongsi aktiviti-aktiviti Jumaat seminggu lalu yang sudah masuk bulan Mei. Kini semuanya sudah dipaparkan dalam blogspots lalu awal pagi tadi saya membuat artikel bertajuk Gambar baru CATATAN dan sedikit sejarah penulisan berserta ulasan.... sebagai sebahagian daripada proses mahu melengkapkan gerak winding down. Artikel itu juga sudah difikirkan untuk ditulis sejak sebulan setengah lalu, Terbitnya ia menandakan artikel ini harus menyusul dalam masa terdekat kerana saya mahu masuk mood senyap sunyi bertafakur bermula hari Nisfu Syaaban iaitu apabila masuknya waktu Maghrib kurang 10 jam sahaja lagi daripada sekarang.



 


Dalam artikel pentup gerak ini mahu dikongsikan secara percuma satu video sepanjang hampir 2 jam yang diusahakan 9 tahun lalu. Lebih 2 bulan lepas saya telah mendapat panggilan telefon daripada seorang wanita yang baru mengenali blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Beliau bertanya jika saya ada menjual lagi DVD tentang Perjanjian Pangkor 1874 yang diterbitkan sendiri pada tahun 2008. Rujuk artikel lama Perjalanan ke Perak: DVD "Sekitar Perjanjian Pangkor 1874" dah siap!.

Beliau berminat untuk membeli senaskah lalu bertanya jika masih ada stok. Saya jawab dah habis dah. Takda. Saya sudah beberapa kali membuat salinan lalu dapat dijual kepada awam. Masalahnya setiap kali memulakan proses membuat salinan baru saya harus menunggu hampir sejam untuk DVD pertama batch baru. Selepas itu setiap DVD mengambil masa beberapa minit untuk dibuat salinan.

Saya sudah letih untuk membuat apa-apa salinan baru. Lagipun ia sudah 9 tahun diterbitkan. Terasa sudah sampai masanya ia diedarkan secara percuma kepada umum melalui Youtube.

Perkara ini sudah difikirkan sejak awal tahun ini. Panggilan telefon wanita bertanyakan tentang stok sekadar mengingatkan dan menetapkan niat. Adapun proses memuatnaik ke Youtube pula memakan masa setengah hari kerana saiz fail yang besar iaitu 2.34 Gigabyte, Alhamdulillah, setelah lama menunggu ia berjaya dimuatnaik sepenuhnya paada jam 7.54 pagi Rabu 5 April.

Pun begitu ia dibiarkan selama lebih sebulan dalam bentuk simpanan akaun saya di Youtube, tidak dipublish atau disiarkan lalu belum dapat ditonton orang ramai. Bila sudah selesai segala proses penceritaan seperti disebut dalam perenggan pengenalan atas baru ia disiarkan sekitar sejam lalu. Selepas itu baru video berkenaan boleh diletakkan dalam artikel ini secara embed. Video pun boleh ditonton terus daripada artikel juga melalui Youtube.

Bersama artikel ini adalah penegasan untuk deactivate atau mengtidakaktifkan akaun utama saya di Facebook atas nama penuh Mohd Fahrulradzi Mohamad Sapiee, dahulunya dibuka atas nama Merah Silu iaitu pada 11 tahun lalu. Namun memikirkan bahawa sesekali mahu melihat perkembangan dan perkongsian daripada keluarga, kawan-kawan dan kenalan, saya akan membiarkan akaun-akaun lain saya di FB terus berjalan. Cuma saya tidak akan membuat apa-apa update ataupun posting juga maklum balas sekurang-sekurangnya selama beberapa bulan. Mungkin isteri akan berkongsi apa-apa perkembangan melibatkan saya dan orang ramai boleh terus mengikuti di situ.

Akaun-akaun ini adalah seperti berikut. Sila klik pada nama untuk masuk :-


Radzi Sapiee

Sahabat Merah Silu

Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)



Ketidakaktifan akaun utama saya iaitu Mohd Fahrulradzi Mohamad Sapiee boleh menyebabkan updates di sana yang dikongsi orang ramai hilang daripada paparan mereka. Oleh itu biar dikongsikan beberapa yang terasa signifikan atau bermakna dalam tempoh seminggu kebelakangan. Di sini saya ingin mengambil peluang untuk memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan kata-kata dan perbuatan yang boleh menyinggung sesiapa samada sengaja atau tidak, Bulan puasa Ramadhan pun tinggal setengah bulan sahaja lagi untuk menjelma. Sekali lagi disebut, sebelum masuk Nisfu Syaaban lewat petang karang akaun Mohd Fahrulradzi Mohamad Sapiee akan dihilangkan daripada tatapan umum. Berikut adalah updates...



Dipaparkan pada jam 11:42 Jumaat malam Sabtu 5 Mei...

INGAT ORANG PAKAI TANJAK BAGAI NI MELAYU TOTOK KE?

Aku pakai tanjak dan busana tradisional Melayu ke majlis2 kerana aku bangga dengan budaya dan tamadun asal Melayu. Aku bukan nak buat show silat. Ilmu silat yang aku ada adalah pakaian bila perlu sahaja. Kalau tiada takkan mungkin aku dapat mengembara ke sana ke mari menghadapi pelbagai kerenah makhluk seorang diri. Aku mahu menunjukkan yang berpakaian begini bukan Melayu kampung totok. Apa? Nak pakai kot bagai baru boleh nampak intelektual ke? Apa? Ingat orang sayang budaya, busana dan silat tak boleh bahas pasal pemikiran dan falsafah Hamzah Fansuri, Plato, Socrates, Descartes, Sun Tzu, Einstein dan Stephen Hawking ke?



Dipaparkan pada jam 11:28 pagi Sabtu 6 Mei...   

APABILA RAMBUT PANJANG DISERTAI DENGAN TANJAK - FUH... RAMAI YANG SERIAU...

Lagi satu perkara yang biasa orang silap pandang sehingga memandang canggung atau rendah seseorang adalah disebabkan berambut panjang. Seolah2 semua yang berambut panjang itu tidak berpelajaran dan tidak memiliki kedudukan. Cuba tengok cerita2 tentang zaman kehidupan manusia dahulukala baik di Barat mahupun di Timur. Kan raja, para menteri, penasihat semua berambut panjang?

Sebenarnya rambut panjang adalah lambang jiwa merdeka berketrampilan tetapi pada zaman moden telah dijatuhkan tarafnya oleh kuasa Yahudi Illuminati yang mahu memperbudakkan semua manusia dalam sistem pemerintahan Dajjal. Kecuali kes sami dan orang selepas menunaikan haji/umrah, rambut pendek tu biasa berlaku pada orang yang kalah perang atau dijatuhkan maruah. Lihat sahaja satu adegan dalam filem The Last Samurai bagaimana seorang anak muda samurai boleh menangis teresak2 apabila rambut panjangnya dipaksa potong orang. Simbolik perhambaan kepada Dajjal... kita digalakkan berambut pendek kemudian diikat pula leher dengan tie.

Sebenarnya simbol rambut panjang sebagai lambang jiwa merdeka masih wujud zaman sekarang, antaranya dalam bentuk wig atau rambut palsu yang dipakai oleh hakim cara British di mahkamah yang masih diamalkan hingga sekarang. Wig itu berupa rambut panjang yang diandam bergulung sepertimana halnya para pembesar dan raja Eropah zaman pertengahan abad ke-15 hingga 19 biasa tampilkan di hadapan orang ramai. Nah, orang paling bijaksana, yang arif dalam suatu mahkamah memakai rambut panjang untuk mendengar kes dan membuat keputusan juga menjatuhkan hukuman. Nampak tak taraf sebenar rambut panjang yang digelapkan pihak berkepentingan zaman sekarang?

Cuma kena le bagi kemas, bukan serabai, Diakui rambut pendek lebih senang dijaga kemas tetapi ia tetap lambang diperbudakkan., Sekarang gabungkan rambut panjang dengan tanjak yang melambangkan ketinggian akal budi sebenar orang Melayu. Mana tak ramai pihak seriau dan cuba merendahkan?




Dipaparkan pada jam 7.23  Sabtu malam Ahad 6 Mei..· 

CACiNG NAIK KE MATA? SABO. NABI SURUH BAGI LALUAN WOOO...

Sesekali kena keluar jugak cerita Nabi Muhammad SAW marah dan jatuhkan hukuman. Kalau tak salah Nabi pernah suruh butakan orang Yahudi di Madinah sebab selalu sangat khianat. Belum lagi cerita sahabat Nabi tetak orang sampai hampir putus badan dalam perang. Tolong kongsikan cerita2 sedemikian yang tepat sebab saya ingat2 lupa menulis secara spontan ni.

Boring le asyik dengar cerita Nabi suruh tahan marah dan maafkan orang sedangkan cacing makin naik ke mata. Fikirkan. Sebab apa seorang Cina boleh berani jadi kurang ajar dengan orang Melayu satu masjid sebelum kena hempuk? Sebab dia fikir orang Melayu dah takda telur. Mana tak? Asyik kita aje kena sabo. Dah tu bila ada apa2 hal melibatkan pertembungan Melayu dengan bukan Melayu para pemimpin kita sendiri selalu macam menangkan bukan Melayu sebab nak jaga harmoni konon...




Dipaparkan pada jam 4.35 petang Isnin 8 Mei...

TENTANG RANCANGAN MENGADAKAN ACARA GANTI HIKMAH DI SARANG ART HUB KEMUDIAN DI ISTANA BANDAR, JUGRA

Salam 11 Syaaban. Ke 12 Syaaban? Kalendar kuda saya kata baru 11 Syaaban. Apapun tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum masuk hari Nisbu 15 Syaaban. Saya bercadang untuk deactivate akaun Mohd Fahrulradzi Mohamad Sapiee sebelum Nisfu berakhir. Tetapi sebelum melakukan itu saya harus memastikan beberapa penulisan tertunggak dilangsaikan di blogspots. Tiba2 timbul rasa untuk menyatakan perkara ini terlebih dahulu...

Seperti sudah disebut beberapa kali sejak kembali dari Aceh 23 Mac lalu saya tidak akan menganjurkan apa2 lagi acara HIKMAH selepas acara ke-20 di Rumah Cut Nyak Dien di Aceh 19 Mac. Namun saya masih merasa bertanggungjawab untuk memastikan acara2 HIKMAH seterusnya yang pernah dirancang mahu diadakan di Sarang Art Hub di Tanjung Malim dan Istana Bandar di Jugra, Banting, Selangor dapat dilaksanakan walau dengan format lain dan tentunya dianjurkan pihak2 lain. Saya cuma mahu melihat para aktivis budaya, busana, persilatan dan sejarah juga mereka yang mahu mendaulatkan Melayu dan Islam terus diraikan sambil pihak pemilik tempat atau yang terkait dengan tempat, mereka yang telah meminta saya mengadakan acara HIKMAH di tempat2 tersebut tidak ditinggalkan hampa akibat keputusan mendadak saya tidak mahu mengadakan apa2 lagi acara HIKMAH.

Untuk acara di Sarang Art Hub yang cadangnya mahu diadakan selepas raya iaitu dalam tempoh 3 bulan daripada sekarang saya telah lebih awal menghubungkan pihak2 yang boleh menjayakan acara. Dua malam lepas terjumpa sejumlah kawan2 aktivis di majlis Hari Muzium Antarabangsa di Morib. Ada beberapa orang yang sudah biasa berurusan dengan pemilik Sarang iaitu sutradara terkenal Mamat Khalid lalu saya mengulangi saranan sambil meminta kepada semua yang ada agar memanjangkan lagi undangan dan kerjasama supaya dapat membantu Mamat menjayakan acara ganti HIKMAH berupa majlis rumah terbuka raya bertemakan busana tradisional Melayu. Kebetulan di situ juga terjumpa pihak yang meminta saya mengadakan HIKMAH di Istana Bandar. Baru dapat tahu beberapa orang aktivis telah mengenali pihak tersebut melalui satu acara yang diadakan tidak jauh dari Morib kurang sebulan lalu.

Saya pun memberitahu kawan2 aktivis tentang rancangan tersebut, bagaimana ia mahu melibatkan pihak Istana Selangor dengan bantuan Orang Besar Jajahan pada tarikh cadangan sekitar 11 Disember 2017 iaitu hari keputeraan Sultan Selangor sekarang. Saya meminta mereka berurusan dengan pihak terbabit agar acara terus diadakan walaupun HIKMAH tidak lagi terlibat.

Perkara ini juga disuarakan secara berasingan kepada pihak yang membuat cadangan asal lalu beliau menyatakan bersetuju untuk berusaha mengadakan majlis dengan penglibatan kawan2. Esoknya ketika lalu di Batu Laut saya terjumpa sekumpulan kawan2 lain aktivis lalu saya pun berkongsi rancangan sama agar mereka juga dapat terlibat menjayakan acara.

Di sini saya hendak menegaskan. Nama HIKMAH tidak akan digunakan dalam acara2 ini. Jadi jangalah ada sesiapa lagi menyangkakan saya mahu merebut atau menaikkan nama lantaran majlis di Sarang Art Hub dijangka akan melibatkan sejumlah artis dan penggiat seni berprofil tinggi sedangkan majlis di Istana Bandar dijangka melibatkan Istana Selangor dengan harapan sekurang2nya Raja Muda akan merasmikannya. Percayalah, lama sebelum HIKMAH diadakan penghujung 2012 saya sudah sedia memiliki jaringan ramai kawan dan kenalan daripada golongan atasan lalu tidak perlu menonjolkan diri meraih pengikut dan sebagainya melalui HIKMAH. Buatlah apa yang patut untuk menjayakan majlis di Sarang juga Istana Bandar. Permintaan saya libatkan seberapa ramai aktivis walaupun berlainan persatuan dan asalnya tak ngam...

Polisi HIKMAH kami dahulu walau musuh sekali pun boleh datang ke majlis kami malah mendapat tapak perniagaan juga penginapan percuma asal tidak menimbulkan masalah ketika majlis. Pun begitu saya tidak mengharapkan mereka yang terlibat dalam acara di Sarang juga Istana Bandar bersikap begitu terbuka. Cuma bila dah dapat ruang dan kepercayaan untuk bersama dalam majlis janganlah 'kemut' untuk kumpulan, persatuan atau geng sendiri aje. Bukalah ruang untuk orang lain juga supaya sama2 dapat maju ke hadapan menjayakan tujuan mendaulatkan Melayu dan Islam. Jangan semata2 hendak naikkan nama peribadi, persatuan atau perguruan sendiri sahaja ya...


No comments: