Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Mac 23, 2015

Hukum hudud di Kelantan bakal membangkitkan keluarga Hassani dan Imam Mahdi?

Salam semua. Sejam dua tadi saya terbaca update seorang anak muda di Facebook yang menyatakan jika Malaysia melaksanakan hukum hudud ia akan menyambungkan sesuatu yang sangat signifikan kerana hudud telah pun dilaksanakan di Aceh juga Brunei. Malah Semenanjung Malaysia terletak antara kedua-kedua tempat itu. Ini membuat saya tergerak untuk membuat satu garisan menyambungkan Aceh dengan Brunei menggunakan program Google Earth lalu melihat di mana ia memotong Malaysia...


Tapi nak buat garisan yang tepat harus pilih titik-titik tepat dari mana ia bersambung di Aceh dan sampai mana pula di Brunei.


Setelah berfikir sejenak saya rasa elok dimulakan daripada makam Sultan Malikus Saleh di Geudong, Lhokseumawe, raja yang mengasaskan kerajaan lama Samudera dan Pasai. Cuma pada mulanya saya tidak dapat mencari melalui kotak Search program Google Earth. Nasib baik dapat cari lokasi tepat secara manual kerana sudah beberapa kali sampai ke sana. Kali terakhir adalah sebelum melaksanakan acara ke-10 HIKMAH hampir setahun lalu. Lihat Misi HIKMAH Aceh - Menunaikan hajat asal perjalanan dan bertemu rombongan di makam Malikus Saleh


Daripada situ garisan pun ditarik ke Brunei. Untuk titik tepat lagi satu saya memilih makam Sultan Syarif Ali, keturunan Nabi Muhammad SAW yang pertama menjadi raja di Brunei.


Pada mulanya saya juga menghadapi masalah mencari lokasi tepat makam ini. Yang ingat dekat Kota Batu sebab pernah sampai sekali ke sana. Lihat Lawatan tak dijangka ke Brunei - Masjid Omar Ali Saifuddin, makam Sultan Syarif Ali dan Syarif Adam.... Saya pun search "Kota Batu". Bila dah dapat dan zoom in nampaklah di mana makam Syarif Ali malah ada ditanda rupanya.





Dah dapat sambung garisan baru boleh tengok ia memotong Malaysia atau lebih tepat, Semenanjung di mana...


Daripada arah Aceh ia menyentuh sempadan Pulau Pinang-Perak lalu mengampiri Parit Buntar kemudian masuk ke Kedah sedikit sebelum kembali ke Perak lalu menghampiri Lenggong.


Sepanjang di Kelantan, negeri yang baru-baru ini meluluskan enakmen untuk melaksanakan  hudud pula garisan melalui kawasan yang nampaknya terpencil sehingga tidak kelihatan nama.


Zoom in ke bahagian barat ia memotong jalan Dabong-Gua Musang pada tempat tidak keluar nama...


Begitu juga halnya apabila memotong jalan Gua Musang-Kota Bahru iaitu di belah timur. Tidak kelihatan nama...


Seterusnya saya mahu melihat di mana ia memotong di Terengganu. Tiba-tiba garisan hilang kerana secara tidak sengaja saya terklik pada gambar satelit. Sebetulnya ini ada berlaku 2-3 kali lebih awal. Tetapi saya tidak menghadapi masalah kerana ketika pertama kali cuba memulakan kembali garisan daripada makam Malikus Saleh lalu mencari lokasi secara manual saya dapati ia ada ditanda Google Earth. 

Selepas itu apa yang perlu dibuat adalah search "Makam Malikus Saleh" terus dapat lokasi. Mulakan garisan kemudian search "Kota Batu" di Brunei, boleh nampak makam Syarif Ali, maka sambunglah garisan. Tapi kali ini bila search "makam Malikus Saleh" yang keluar adalah Masjd Kota Lama Kanan. Bila search lagi tapi tetap dapat itu juga saya pun layan lalu di bawa ke Kota Lama Kanan. Cuma lokasi yang ditanda sebagai masjid itu salah kerana saya tahu ia terletak di tepi Sungai Perak, sudah banyak kali singgah. Itulah masjid yang ada batu nesan sebatang pada saf di belakang imam. Kali terakhi saya sampai adalah bersama ibu bapa, isteri dan anak-anak Lihat Pusing separuh Semenanjung bersama ibu bapa - Bersama menjejak leluhur di Perak.


Bila dah sambung kembali saya terus melihat ke Terengganu.


Ia memotong Tasik Kenyir pada satu jalan yang pernah saya lalu sekali dari arah Gua Musang. Lihat Explorasi bermotosikal besar Pantai Timur bersama rakan - Jumaat di Ulu Terengganu, tapak kebangkitan Islam akhir zaman?.


Melihat ke timur Tasik Kenyir nampaknya garisan agak jauh ke selatan Pengkalan Gawi, tempat orang ramai biasa masuk ke tasik. 


Menariknya adalah apabila garisan lalu di sekitar Kuala Berang.  Walaupun agak jauh daripada kedudukan beberapa makam penting yang saya tahu ada di sana (lihat artikel lama Wasilah kekeluargaan Tok Pulau Manis, wali agung Terengganu abad ke 17...), 5 km ke utara satu makam yang saya percaya tempat bersemadi sebenar tokoh bernama Sharif Muhammad al-Baghdadi, orang yang dipercayai menulis Batu Bersurat Terengganu lebih 700 tahun lalu, garisan memotong Sungai Terengganu pada bahagian yang boleh dilukis membentuk huruf Alif.

Keadaan ini, garis dimulakan daripada makam Sultan Malikus Saleh di Aceh membawa ke makam Sultan Syarif Ali di Brunei lalu di kawasan Syarif Baghdadi di Terengganu pula mengingatkan pada formasi replika batu yang tedapat di satu muzium di Melaka. Lihat artikel lama Isyarat 3 Hassani Pada saya ia mengisyaratkan sesuatu kerana saya percaya nama-nama yang disebut ini disambung oleh satu faktor induk keluarga - mereka semua berketurunan Saidina Hassan, cucu sulung Nabi Muhammad SAW. . Hal ini seolah-olah memberitahu jika hudud mula dilaksanakan di Malaysia (dan ini kita lihat sudah diluluskan enakmennya di Kelantan) maka garisan akan mengikat untuk membawa kebangkitan melalui 3 cabang keluarga yang berkaitan. Nabi Muhammad SAW pula pernah menyebut bahawa Imam Mahdi yang akan membawa kebangkitan umat Islam akhir zaman itu berasal daripada keturunan Saidina Hassan. Nampak tak apa yang diisyaratkan?


Kembali pada garisan memotong Sungai Terengganu pada bahagian yang boleh dilukis membentuk huruf Alif. Nah biar dilukis Alif tersebut, Nampak tak apa huruf-huruf lain yang boleh dibentuk, jadi perkataan apa? Sebetulnya ia pertama kali ditunjukkan kepada saya tahun 2003. Lihat Risalah kecil Tok Pulau Manis. Teringat pula Perlak di Aceh yang sungainya malah boleh membentuk perkataan Allah di beberapa tempat...


Selepas solat Isyak saya mendapat gerak agar mengulangi proses melihat laluan garisan tetapi dengan memulakan daripada Perlak. Nampak tak berapa banyak perkataan Allah boleh dibentuk oleh sungai?


Titik tepat permulaan garisan adalah daripada makam Sultan Sayid Maulana Abdul Aziz Syah, seorang keturunan Nabi Mummad SAW yang memerintah Perlak 1,200 tahun lalu! Saya tahu lokasi tepat kerana sudah beberapa kali sampai, kali terakhir bersama ibu bapa, isteri dan anak-anak. Lihat Misi HIKMAH Aceh - Berkejar ke Perlak sebelum bermalam Jumaat di makam Malikus Saleh. Sejak pertama kali menjejakkan kaki 6 tahun lalu hati saya merasakan baginda ada kaitan yang sangat kuat dengan Sharif Baghdadi yang dimakamkan di Terengganu.


Lihat kedudukan makam apabila Sungai Perlak ditanda membentuk perkataan Allah SWT. Untuk pengetahuan makam yang saya percaya milik Syarif Baghdadi di Terengganu (umum diberitahu lokasi lain, ada pula percaya lokasi selain itu) itu terletak dalam huruf Ha juga tapi di sisi kanan.


Nah. Kita sambung garisan ke Brunei...





Kali ini garisan didapati melalui Taiping kemudian ke selatan Tasik Kenyir.


Zoom in. Memang lalu pusat bandar Taiping. Kelihatan juga ia memotong Sungai Perak ke utara bandar diraja Kuala Kangsar.


Zoom in lagi. Ternyata ia memotong Sungai Perak berdekatan Kampung Temong Hulu, dekat makam Tok Temong!


Kenapa saya teruja? Kerana faktor ini seperti mengisyaratkan bahawa negeri Perak atau lebih tepat Kesultanan Perak akan terpalit sama dalam hal perlaksanaan hukum hudud yang mahu dimulakan di Malaysia bermula di negeri Kelantan. Masuknya makam Tok Temong dalam hal ini mengingatkan bahawa salah satu proses yang perlu dilalui dalam pertabalan Sultan Perak adalah menziarahi makam-makam tertentu sepanjang Sungai Perak dari hulu ke hilir, Dan ia mesti dimulakan di makam Tok Temong kerana menurut ceritanya, Sultan pertama Perak, Sultan Muzaffar Syah (memerintah 1528-1549) ada perjanjian dengannya.

Kebetulan Sultan kini, Sultan ke-35 iaitu Sultan Nazrin Syah belum ditabal. Saya difahamkan baginda akan melalui proses pertabalan hujung bulan Mei. Yang pasti memang ada kaitan Perak dengan Kelantan. Untuk pengetahuan, Sultan Muzaffar Syah adalah anakanda Sultan Mahmud Syah Melaka, melalu ibu yang bernama Puteri Onang Kening, anak Sultan Mansur Shah Kelantan.


Cuma garisan tidak melalui makam Tok Temong. Namun cukup dekat, sekitar 300 meter ke selatan...


Di Kelantan pula garisan melalui Gua Musang.


Ia memang lalu kawasan bandar. Hal ini seperti memberikan isyarat bahawa Tengku Razaleigh yang merupakan ahli parlimen Gua Musang selain kerabat diraja Kelantan akan terlibat dalam rentetan peristiwa melibatkan perlaksanaan hudud di Kelantan.


Akhir sekali garisan memotong di selatan Tasik Kenyir juga selatan Kuala Berang. Dengan terteranya gambar ke-29 ini saya rasa cukuplah ulasan. Sekadar untuk peringatan diri saya yang ada gila-gila nombor ini adalah artikel ke 1,301 di blogspot ini. Selamat malam...


20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apasal carik kubur, lepas tu sambung garis lurus? Ntah apa2 punya kebetulan, boleh jadi syirik...

Kalau minda lebis cerdas, setidak2nya gunalah 3d space analysis... Ini 2d garis lurus.... Sorry la ye... Terkesian kat bangsa sendiri...

Radzi Sapiee berkata...

Oooo. Guna 3D analysis turun naik gunung menyelam laut dan sebagainya ya? Bijak, bijak. Buatlah sendiri. Dengan kepandaian saudara ini tentu ramai orang akan kagum, terus dapat berjuta like... :v

Tanpa Nama berkata...

Obses dan fanatik.nampak bodoh dan merepek pun ada lol btw, i appreciate your creative thinking.

Tanpa Nama berkata...

Ngarut...ntah pape entri..ad juga org share ke'bijakan' ini.

Tanpa Nama berkata...

buat ler ape yg patut..
janji tak kacau anak bini orang udah ler..

Tanpa Nama berkata...

Lain mcm je ayat sedara.mcm x kemelayuan je ayat sedara.ADAB BERTANDANG UMAH ORG mana?lol tu mcm bongkak je bunyinya.

Tanpa Nama berkata...

Carilah kamu keturunan Syed Muhammad Shafie al jamalullail nescaya kamu akan menghampiri titik akhir pencarian ini..!!!

Tanpa Nama berkata...

ada yg dah jumpa titik akhir tapi buat donnow je. dia pulak lagi la. Sekiranya tiada Al Qahhar, tak qaaim la dia

Tanpa Nama berkata...

Masuk tempat org elok la cakap tu...kalau tk suka jangan baca...habis cerito....jgn jadi kurang ajar...silap2 mak bapak kau terbabit....teruskan Radzi..

Tanpa Nama berkata...

seorang Tuan Guru tasawuf pernah sebut kepada kami, banjir besar di kedua2 negeri acheh (tsunami) dan kelantan (baru2 ini) adalah umpama isyarat pembersihan kepada sebuah rumah. jika kita nak bersihkan rumah, orang dulu2 akan bersihkan serambi terlebih dahulu.

tuan RAdzi, usah pedulikan kanak2 yang tidak memahami ilmu orang lain.mereka menganggap anda bodoh hanya kerana mereka tidak pernah berjumpa atau tidak memahami sesuatu ilmu. mereka hanya duduk di bawah tempurung dan ilmu mereka hanya sekitar di dalam tempurung sahaja. mereka takut untuk MENEROKA.... :)

Admin berkata...

terus kan saudara SMS, kita tolong doa, ada cerita menarik Dari arahan dan mimpi ulama tabligh d India tentang perkara yg tuan carikan sekitar 10 Tahun laku.

Tanpa Nama berkata...

Allah bagi kita 'gerak hati' & 'resa'..tapi kita tak reti guna & salahkan org yg menafaatkannya utk dikongsi bersama. Jangan ukur tahap kemampuan orang lain berdasarkan tahap kita & seolah2 kita lebih tahu drp org lain...tu namanya jahil murakkab!

Radzi Sapiee berkata...

Tak apa. Orang nak kata apa pun bukan dia yang tentukan Qada' Qadar saya. Saya dah jalankan tanggungjawab melepaskan apa yang dilemparkan ke dalam lubuk hati saya. Terpulanglah kepada pembaca nak hadam bagaimana... :]

Tanpa Nama berkata...

Terbuka pandangan saya dari dimensi yg tak pernah saya terfikir.

Unknown berkata...

Seseorg menjadi musuh apa yg dia tak tahu...
Logik hanya layak tuk org yg duk bawah tempurung yajuj n majuj...
(12:76) وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui

Tanpa Nama berkata...

Kau dah kenapa ni

Unknown berkata...

Alhamdulillah, dgn izin ALLAH, minda saya terbuka utk sesuatu yang baharu melalui research, findings dan hypothesis En Radzi... Teruskan, saya ingin tahu lagi.

Kepada yg anonymous pussy yg nk hentam je, bare in mind, ilmu tidak terhad pada buku teks dan sistem sekular skrg. Allah beri akal for a reason... wallahualam.

Warisa berkata...

Alhamdulillah ada juga hamba Allah yg digerakkan rasahati oleh NYA.
Teruskan usaha pandang ke hadapan untuk melayu Islam

Tanpa Nama berkata...

Mcmna tuan tahu?
Lu mana mari?
Hehehe

Pemimpin tanpa nama berkata...

Orng yg dicari adlah yg sedang membaca blog tuan