Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-






Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Tuesday, September 30, 2008

Isyarat 3 Hassani?

Selingan sebentar...

Di perkarangan kanan Muzium Islam Melaka, terdapat 3 replika monumen penting Islam di bumi Melayu...


Batu bersurat Terengganu, dipercayai ditulis tahun 1303 Masihi...


Batu nesan Sultan Malikus Salih yang memerintah kerajaan Samudera dan Pasai, dikatakan batu nesan terawal yang ada dicatitkan tarikh kemangkatan seorang Raja Melayu iaitu bersamaan tahun 1297 Masihi...


Batu Tarsilah Brunei mengandungi salasilah Raja-raja Brunei, dibuat awal tahun 1800an...


Sejarawan tidak pasti siapakah yang membuat Batu Surat Terengganu. Tetapi ada orang menceritakan, ia ditulis dengan tangan oleh seorang ulamak bertaraf raja bernama Sharif Muhammad Al-Baghdadi.


Sultan Malikus Salih pula sangat terkenal sebagai Raja Melayu terawal memeluk Islam. Baginda mendirikan kerajaan Samudera dan Pasai hampir 150 tahun sebelum kemunculan kerajaan Melayu Melaka seperti yang kita kenali dalam sejarah!


Tarsilah Brunei yang ditulis lebih hampir ke zaman moden pula menyatakan Raja-raja Brunei bermula daripada Sultan ketiga nya iaitu Sharif Ali adalah berketurunan Saidina Hassan, cucu sulung Rasulullah SAW yang sempat menjadi khalifah seluruh umat Islam.

Sekarang, tiada catatan rasmi menyatakan Sharif Muhammad Al-Baghdadi yang menulis Batu Bersurat Terengganu berasal daripada mana, begitu juga tentang Sultan Malikus Salih. Tetapi kajian saya berdasarkan cerita-cerita lisan orang lama serta sumber-sumber kerohanian menyebut mereka berdua juga adalah dari nasab keturunan Saidina Hassan. Apakah letaknya replika ketiga-tiga monumen ini sebaris di perkarangan Muzium Islam Melaka mengisyaratkan sesuatu? Sekian! :]


3 comments:

lloni said...

Assalaamu'alaikum
Selawat dan salam kpd junjungan Baginda Rasulullah saw dan keturunannya. Saudara Merah Silu, syariff ali merupakan sepupu datuk nenek saya dan di perkuburan sana (Brunei) terdapat makam beliau dan datuk mereka yg mana datuk kpd syariff Ali juga....

lloni

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Selawat dan salam kepada baginda juga dari saya. Bahawa tersebarnya nasab keturunan Saidina Hussein terutama dari kabilah Ba'Alawi yang cukup terkenal memakai nama Sayyid dan Sharifah sudah diketahui umum. Tetapi sejarah tentang betapa ramai juga keturunan Saidina Hassan bertebaran di bumi Melayu ini, itu yang tidak diketahui umum lalu kesahihannya sering dipersoalkan. Namun tanda-tanda tetap ditinggalkan untuk mereka yang memikirkan. Sekian! :]

Anonymous said...

Assalamualaikum Wrt...

Batu nesan yg tengah2 tue milik Sultan Malikus Salih.Setahu sy kalau pattern nisan begitu,arwah2nya dari kerabat jim yau ha ra.cuma tak pasti adalah semuanya terlibat atau sebahagian sahaja yang di iktiraf sebagai kerabat jim yau ha ra.

Wallahuallam