Paling menarik adalah apabila mereka meletakkan 'fakta-fakta' gubahan mereka ke dalam laman website ensaiklopedia terbuka iaitu Wikipedia. Lebih menarik lagi apabila mereka menggunakan Wikipedia untuk menyokong 'fakta' yang 'ditanam' mereka. Bahasanya lebih kurang begini: "Tak percaya apa yang aku cakap? Kalau begitu, lihat dalam Wikipedia." Padahal 'fakta' dalam Wikipedia itu adalah gubahan yang mereka letak sendiri!
Sekarang lihat gambar snapshot di atas betul-betul. Kalau tak nampak, cuba buka dalam Windows lain. Amacam. Boleh percaya ke Wikipedia? Heh! :]
6 ulasan:
Terbaru diorang dah buat penjelajahan ke Thailand beserta dgn rakaman video macam yg ko penah buat dulu... Gi tgk kat blog TMP...
TMP tu memang blog penerus 'kebesaran' Siam. Kiranya ia dapat bertahan kerana menggunakan taktik memasukkan cerita-cerita lain yang kelihatan menyokong sejarah Melayu yang lebih neutral. Di celah-celah itu baru dimasukkan jarum 'kebesaran' Siam.
Kiranya mereka sudah belajar daripada kesilapan lalu. Blog dahulu terlalu taksub... akhirnya kantul apabila perkataan Arab Sayyam atau kadangkala disebut Siyam itupun mahu dikaitkan dengan Siam. Dah... terus penjualan taik minyak diaorang tak laku dah kat sana. Kena le bukak blog-blog baru dan gunakan taktik yang lebih licik untuk menarik perhatian...
p/s: Macam jugak seorang mamat tu nak tuntut takhta Melaka, kononnya Sultan ke 44, macam gak satu ustaz tu masih mengajar orang-orangnya bahawa dialah Pemuda Bani Tamim yang akan memimpin kebangkatin Islam, puak-puak depa ni pun ada penyakit yang susah nak hilang... selagi ada peluang cucuk jarum mereka takkan henti. Sebab ini kes gunakan kelompongan sejarah untuk mengangkat diri sendiri. Yang kesian bebudak macam kita yang sibuk nak cari sejarah yang hilang. Dah depa-depa pula cuba isi dengan sejarah 'kebesaran' Siam...
Kesimpulannya, masyarakat melayu sekarang masih tercari-cari siapakah mereka sebenarnya. Asal ada je something yang nampak macam 'menarik', terus saja dipercayai tanpa kajian lebih mendalam... Thanks MS, sbb ko la sekang aku dah rajin jugak menjelajah untuk mencari salasilah...
Adduui, nasib baik aku dah habis minum air teh, klu tak naya pc aku kena sembur air teh...
Li Shimin, Yang Manchun, Yeon Gasemon..antara 3 ni sapa yang memeluk islam? Dan pastu kena kaitkan Merong MW tu keturunan keluarga Murong, atau Geom anak Dae Joyong ngan Chulin atau cucu Maharaja Taizong dari Gundik yang dihadiahkan oleh kerajaan purba misteri...pastu diwikipediakan.
Kerajaan purba tulah yang dijumpai baru baru ini kat lembah Bujang dinamakan dia Raradaza..huhu..kita akan mendahului Dato' Rais Yatim!
Biar Betik! Mana ko dapat. Link kan url nya.
Keputusan carian
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Maksud anda, Malik Musa?
Laman kandunganMultimediaLaman bantuan dan projekSemuaMaju
Tiada hasil yang sepadan dengan pertanyaan tersebut.
Cipta laman "Malikul Musta" di wiki ini!
Saudara inilah yang di katakan penjenayah sejarah....memang nak kena pelekung tok janggut meka ni!!!!
Catat Ulasan