Ini adalah kawasan tepian sungai di satu bahagian tersorok di kampung Janda Baik, Pahang di mana saya dan isteri mandi-mandi Sabtu petang. Malam sebelumnya kami bermalam di rumah almarhum Nenek, ibu kepada ayah saya di Raub. Salah satu tujuan utama kami ke sana adalah untuk menikmati makanan istimewa Raub iaitu gulai asam rong, kegemaran saya apabila dimasak dengan ikan keli.
Petang Jumaat selepas waktu kerja, kami pun berlepas ke sana. Singgah sebentar di Janda Baik tetapi sekadar di Kampung Sum Sum yang lebih dekat dengan jalan utama untuk menikmati sepinggan sup tulang istimewa sebelum menyambung perjalanan ke Raub.
Pagi Sabtu, selepas menziarahi makam Nenek, kami cuba mencari gulai asam rong di Batu Malim 20km dari Raub. Ternyata ia tiada kerana bekalan buah perah, sejenis buah hutan yang biasa dipetik oleh orang asli, bahan utama untuk masakan ini katanya tiada sejak 2-3 bulan kebelakangan. Kami cuba pula di Batu Talam di mana dikatakan orangnya memasak gulai asam rong paling sedap. Kata mereka di sana memang takda bekalan buah perah. Apapun, kalau ada, di Batu Talam orang tidak menjualnya di kedai kerana biasa dimasak di rumah-rumah.
Kemudian kami pergi ke kedai tempat kami biasa makan di Simpang Kallang. Kali terakhir kami makan gulai asam rong di sini ialah lebih 3 bulan lalu. Tak juga ada... terus isteri saya menegur, tadi anak dalam perut menendang kuat sebaik sahaja saya meninggalkan kedai di hadapan hospital dengan muka monyok akibat takda supply...
Di atas adalah gambar meter kereta ketika sampai di satu tempat. Adapun Sabtu malam Ahad kami bermalam di sebuah surau tempat biasa saya berehat dahulu-dahulu di Janda Baik. Esok pagi selepas menikmati sepinggan pulut dengan sambal hijau di satu kedai, kami singgah sebentar di rumah lama dari Perak yang diletakkan di sana. Keluar dari rumah, saya tergerak untuk reset meter bawah kepada kosong.
Ketika itulah saya sedar meter kereta kami sudah masuk 66,590 ke gitu... kiranya tak lama lagi, pada satu tempat selepas itu mesti masuk 66,666 gitu atau 66,666km kerana dari Janda Baik, kami berniat untuk ke Sepang yang terletak lebih 100km dari situ.
Di Kuala Lumpur pula baru saya tersedar bahawa nombor meter bawah juga mungkin boleh mencapai 666 atau 66.6km hampir selari dengan meter atas yang tidak boleh diubah ketika ia mencapai nombor 66,666 gitu. Sebaik sahaja melepasi susur-masuk ke Kajang iaitu di lebuh raya PLUS, meter bawah masuk 66.6. Saya terus berhenti di bahu jalan sementara meter itu mula masuk 66.7 untuk mengambil gambar. Ternyata masih diperlukan sedikit lagi perjalanan untuk meter atas masuk 66,666.
Apapun meter bawah melepasi sedikit dari 66.6 itu ketika berada di hadapan bangunan ini, kalau tak salah sebuah kolej kelolaan JKR yang telah dinaik-taraf jadi univerisiti ke hapa.
Ternyata meter atas masuk 66,666 di kawasan bertanda 301.3, kalau tak salah, maknanya 301.3 dari Johor Bahru gitu...
Setelah puas hati baru kami mencari di manakah tempat diadakan majlis yang kami mahu hadiri di Sepang berdekatan KLIA, majlis Ijtimak peringkat antarabangsa kelolaan orang-orang Tabligh yang kata sesetengah orang bakal melibatkan 2 juta orang dari seluruh dunia. Katanya lebih 6,000 pekerja telah disediakan untuk majlis ini, 3,000 tandas sementara didirikan dan 20,000 kambing untuk makan-makan. Tetapi apabila melihat jumlah kereta yang ada di kawasan letak kereta di Litar Antarabangsa Sepang ini, saya tertanya-tanya, sampai ke 2 juta orang yang datang?
Kami terus ke masjid kuarters KLIA...
Barulah nampak macam ada ramai orang. Tapi 2 juta?
Ada sedikit aura seolah berada di Padang Arafah!
4 ulasan:
Salam bro,
Good to have a review on the majlis tabligh...ikut kira kereta mungkin tak sampai 2 juta..bro..bro kena kira yg dtg naik LRT...terus ke putrajaya..minggu lepas naik lrt penuh dgn org tabligh..bro..afgnistan,tukmestan,gohed gostan ..yg saya persona is dari china..pun mari..hihihhhhiii...
Wassalam. Bukan kira kereta tapi agak-agak visual jumlah orang sekitar kemah. Macam kita boleh agak le kalau Stadium Bukit Jalil penuh, kapasitinya dalam 80,000 orang. Kereta punya le banyak keliling tapi itu hal lain. Kita tengok aje stadium penuh tak penuh. Kalau penuh kemudian luar stadium pun masih sesak orang menunggu maka kita boleh agak le dah lebih 100,000 yang ada sampai tak dapat tiket dah.
Kalau betul ijtimak tu ada 2 juta orang, maka kawasan sampai masjid tu pun dah penuh sesak dengan lautan orang. Sebaliknya yang sesak cuma bawah kemah-kemah je. Tu pun cukup baik le dapat 200,000 orang. Dah cukup ramai dah, sama dengan seluruh penduduk daerah Muar gitu. Jangan le jadi pembohong macam Anwar Ibrahim, sebok war-warkan perhimpuan 100,000 tapi yang datang cuma 4,000 orang. Mula le main trick visual concentrate kamera kat 4,000 orang tu je bagi penuh gambar supaya nampak ramai sangat le orang ikut cakap dia.
Salam,
Takdelah sampai 2 juta ...
Target pun lebih kurang 300k sahaja. Yg datang sekitar 250k ..
Jazakallah
2 juta tu campur sekali ngan yang gaib...tak nampak ke?...kata nijum pak blalang sapa tak nampak..alamat dot dot dot.
Catat Ulasan