Pernah tonton cerita Mars Attacks ni tak? Kalau tak salah ingatan ia mula memenuhi pawagam-pawagam utama tanahair sekitar tahun 1997 dahulu... Sampai sekarang, saya masih ingat akan cerita kelakar bodoh tetapi best ini yang memaparkan satu serangan makhluk asing daripada planet Marikh (bahasa Omputih dipanggil Mars) untuk menakluki dunia...
Yang menarik (dan kelakar bodoh) adalah rupa-paras dan gaya makhluk-makhluk asing itu sendiri... Rupanya brutal, hodoh dan boleh dikatakan menakutkan... Mana tak, dengan kepala besar serupa tengkorak manusia dengan bentuk kepala seperti otak yang berketul-ketul bersimpul-simpul... Siap dengan mata besar terjojol dan barisan gigi ala-ala tengkorak gitu... Tetapi rupa seram itu jadi kelakar bila ia tersengih jahat juga tersengih nakal... Jadi lebih kelakar apabila makhluk-makhluk ini bercakap dengan suara seperti itik... Wek! Wek! Weekkk!!! Begitu pula bunyinya... Dicampur cara ia berjalan yang tidak kurang kelakar, boleh jatuh bangku saya ketawa!
Satu lagi yang kelakar (sepatutnya menakutkan tetapi jadi kelakar pula) adalah apabila makhluk-makhluk planet Marikh ini menembak orang menggunakan senjata laser... Keluar satu cahaya dan serta-merta orang yang ditembak jadi tengkorak sebelum hangus lalu hilang menjadi wap begitu...
Dari satu segi, ia adalah pemandangan yang mengerikan... Bayangkan orang ditembak cahaya kuat tinggal jadi tengkorak kemudian tengkorak itu terbakar sehingga jadi wap... Tetapi gaya ia dibuat dalam cerita Mars Attacks ini, semuanya jadi kelakar sehingga sampai sekarang jika saya teringat atau tertatap gambar poster seperti di atas ini, saya akan tersenyum lebar sehingga tidak dapat menahan ketawa macam orang gila sorang-sorang!
Apapun, cerita Mars Attacks ini adalah satu contoh cerita-cerita wayang dengan unsur-unsur penceritaan cara lama melibatkan serangan-serangan daripada kuasa-kuasa yang boleh mengeluarkan laser. Poster di atas ini dibuat menurut citarasa cerita-cerita sebegini yang dahulu banyak memenuhi pawagam-pawagam di Amerika tahun 70an... Dan sekarang kita ke cerita yang seterusnya... Sila! :]
Semalam saya ke Shah Alam lagi, buat kali kedua untuk minggu ini... Tetapi baru semalam, saya betul-betul singgah ke masjid utama Shah Alam ini untuk bersolat... Rasanya kali terakhir saya bersolat di masjid ini mungkin 20 tahun dahulu, ketika saya pernah menuntut di sana pada zaman kolej sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom...
Melihat pada bentuk kubahnya yang tinggi besar, terus saya teringat pada satu angan-angan gila... Angan-angan apa itu? Dipersembahkan... Masjid Mata! Mari...
Apa itu Masjid Mata? Masjid Mata ialah masjid dengan kubah besar tinggi seperti masjid besar di Shah Alam ini tetapi mempunyai mata...
Saya pun tak tahu kenapa... Mungkin kerana imaginasi lama akibat terlalu banyak menonton kartun atau filem-filem mengarut semasa zaman kanak-kanak dan remaja dahulu... Entah kenapa, apabila terlihat masjid besar di Universiti Petronas di Tronoh dalam perjalanan ke Kedah dan Perak 2 bulan lalu, terus saya terfikir bagaimana agaknya keadaaannya ya jika masjid itu mempunyai mata pada kubahnya? Dan fikiran ini terus terbawa-bawa beberapa minggu kemudian, setiap kali saya terlihat masjid-masjid yang memiliki kubah besar lagi tinggi... Untuk pengetahuan, bukan semua masjid memiliki ciri-ciri yang boleh dijadikan Masjid Mata... Hehe! :]
Adapun sekembali daripada perjalanan Kedah dan Perak itu, timbul rasa... Syok juga kalau saya dapat "mencipta" Masjid Mata ini... Bukannya susah sangat, gunakan sahaja teknik superimpose di komputer.
Cuma masalahnya ketika itu, komputer laptop saya masih lagi tersadai di kedai baiki-pulih komputer menunggu bahan gantian yang sesuai sampai... Sebulan lalu, sejurus sebelum memulakan langkah untuk pengembaraan terbaru ke Pantai Timur, barulah ia siap diperbaiki. Minggu lepas pula, setelah selesai pengembaraan ini dan hal-hal lain, baru saya ada masa untuk membuka balik dan menggunakan komputer ini...
Siang semalam apabila ke Shah Alam melihat lagi masjid besar dengan kubahnya yang tinggi memenuhi ciri-ciri Masjid Mata, timbul rasa untuk berkongsi pula apakah itu Masjid Mata yang dimaksudkan untuk para pembaca di blogspot ini... Sebenarnya saya ada 2-3 kali menyebut tentang Masjid Mata ini tetapi mungkin ada yang kurang faham atau silap faham bahawa Masjid Mata ini sebenarnya cuma satu gurauan... Mana tak gurauan? Pernahkah anda melihat mana-mana masjid yang ada mata di kubahnya? Kalau ada, sila tunjukkan pada kami semua...
Kemudian ada pula menyoalkan... Apakah makna kata-kata saya ini? Pada satu bahagian (di posting lain) saya ada menyebut Masjid Mata ini sebagai gurauan, pada bahagian lain pula ia bukan sekadar gurauan?
Sebenarnya ada yang silap faham terutama dalam suasana panas yang meliputi beberapa komen dalam tempoh lebih seminggu kebelakangan... Pada saya, Masjid Mata ini memang gurauan hasil imaginasi aktif saya... Tetapi bayangkan perasaan saya apabila terjumpa sejadah-sejadah yang dipakai di surau dan masjid tertentu di mana sejadah-sejadah ini menunjukkan rupa masjid seperti ada mata! Itu yang dimaksudkan dengan perkataan-perkataan ini... Bahawa Masjid Mata itu adalah gurauan tetapi "sejadah Masjid Mata" memang betul-betul wujud!
Oh... Dalam gambar di atas, selain terdapat mata besar di kubah yang melihat segala-galanya, fantasi saya menambah... Apakata jika mata masjid itu boleh mengeluarkan cahaya laser... Laser maut seperti dalam cerita Mars Attacks, juga dalam cerita-cerita sains fiksyen dahulukala?
Bayangkan... Sebuah masjid mata yang melihat segala-galanya... Matanya ada satu sahaja tetapi seperti mata manusia, ia boleh melihat ke kiri, ke kanan, atas bawah... Pendek-kata dapat melihat segala-galanya, sekurang-kurangnya di hadapan mata...
Ia memerhatikan apabila orang lalu-lalang... Ia nampak apabila orang berbuat maksiat mahupun berbuat jahat... Apabila ada orang jahat yang boleh membahayakan keadaan lalu di kawasannya, serta-merta zuupppp... Keluar cahaya daripada mata kena pada orang jahat itu... Terus terbakar tinggal tulang... Amacam?
Dan malam tadi saya terus melayan imaginasi ini... Jadilah poster kelakar bodoh ini...
Sayang... Skill saya dalam pengetahuan menggunakan software membuat graphics sangatlah terhad... Setakat cukup untuk mencipta cover buku sendiri, itu aje...
Apa yang saya mahu (jika tahu caranya) adalah membuat animasi Masjid Mata yang melihat segalanya... Lalu kelihatan ada orang jahat cuba menyelinap masuk di hadapannya seolah-olah tiada siapa yang nampak...
Seketika itu terus keluar cahaya zuupppp!!! Daripada Masjid Mata kena pada orang jahat... Terus orang jahat itu tercegat lalu tinggal tulang...
Ada sesiapa pembaca pandai membuat animasi sebegini? Kalau ada, teringin saya untuk memaparkannya di sini... Sekian... Sesekali melayan imaginasi gila, lega rasanya malah syok pula! :]
8 ulasan:
hehehe..lepas ni kalau ana lalu depan MASJID SHAH ALAM ni, mesti ana tersengih seorang..teringat MATA yang diletak secara imaginasi oleh MS dlm blog ini...
Bayangkan ada MATA yang sedang memerhati dr kubah masjid itu dan mengeluarkan pancarannya, sudah tentu ramai yg dijumpai pengsan di tasik shah alam tersebut..hehehe..
PUTERI
heheheh bab pengsan tu yang best tu..
Hehe... Put pun kena jaga-jaga apabila buat keje di Shah Alam... Jangan buat keje yang bukan2... Ingat, langkah anda seddang diperhatikan... Ia melihat segala-galanya, hehe!
Untuk PerpatihTulus, ingat pasal Masjid Putrajaya semalam? Kalau rajin sat lagi aku buat le satu cerita kat sini... Apapun kat Putrajaya tu dah ada "tiang mata"... Ala, yang ada tiang tinggi tajam boleh nampak daripada masjid, tiang yang letak kat belakang Boulevard yang keluar lampu macam laser Masjid Mata aku ni...
Kadang2 tengok tiang tu rasa ngeri pulak... Macam mata Sauron je dol memerhati dalam cite Lord of the Rings gitu...
Ha... Put nak cuba buat apa tu? Ingat orang tak nampak? Ingat, pergerakan anda sedang diperhatikan oleh Masjid Mata cawangan Shah Alam... Hahaha!
p/s: Fikirkan... Sebab tu ada perkataan mata-mata... Kerana ada yang memerhati pergerakan kita...
Fikirkan lagi... Banyak lagi masjid boleh digunakan untuk buat gambaran Masjid Mata ini tetapi kenapa boleh tergerak nak guna masjid kat Shah Alam ni? Apakah sebab Selangor sudah diperintah oleh parti Mata? Hehe! :]
MS....MS
Masih keanak-anakan lagi rhopernya kamu ye...Imaginasi katun kamu masih tahap level 20 tahun dulu...
Bila habeh baca...sofi rasa nak gelak pun ada.....sebab ini jawapan yg datang dalam fikiran sofi lepeh habeh membaca.
Kalau masjid mata tu ada sinar laser yg boleh rentungkan org jahat...dah pasti kamu 20 tahun lepeh dah direntungkannya dulu...
Maka "nehi" (cakap industan ler) mungkin kamu ada "chan" nak buat buku dan tulih blog ni & angan plak pasei masjid mata yg nak rentungkan org..
Moral of the story adik MS..Allah sentiasa beri peluang kepada sesiapa yg berbuat jahat untuk bertaubat dan melakukan kebaikan dan tidak akan sekali merentungkan orang sewenang2nya sekalipun dia jahat.
Bukti hidup yg nyata adalah MS sendiri.
Sekian. wabiillah hitaufiq assalamualaikum warah matullahhiwabarakatuh.
Ustazah Sofi...hehehe
P/S: Jangan berasap nooo...sabaq itu separuh dari iman.
MS, ana sebenarnya lama dah harap-harap ada MATA yg melihat ke tasik SHAH ALAM tu..heheh..Sebab kekadang mata anak sakit tgk gelagat org2 yg berhati muda di situ.
Hang ingat ana buat apa kat sana? Setakat makan kat KEDAI KOPI ada le..tu pun jarang-jarang. Jika datang Shah Alam lagi , habaq le. Boleh ana belanja makan kat KEDAI KOPI tepi tasik.
PUTERI
Hehe... Betul cakap Sofi tu... Kalau ada le Masjid Mata tu, dah lama saya rentung... Malah 20 tahun lalu, memang saya pernah sekali merasa kena tangkap khalwat kat tasik tu, hehe!
See, saya sedia mengaku pernah membuat salah sepertimana dalam buku-buku saya, saya sedia menyebut tentang begitu banyak keburukan dan kelemahan diri sendiri, bukan setakat yang elok sahaja demi untuk renungan semua.
Jadi kalau kita buat salah, elok kita mengaku, minta maaf kemudian life goes on... Kita cuma manusia biasa yang lemah... Walaupun sudah tinggi ilmu dan sebagainya, hakikatnya Allah sendiri berfirman hati manusia itu berada di celah 2 jarinya... Bukanlah maksudnya Allah itu ada jari tapi ibaratnya, apabila hati terletak di celah 2 jari, maka ia boleh digentel-gentel begitu sahaja bagi berubah-ubah... Kejap baik, kejap jahat... Atau timbul niat jahat lalu berusahalah kita untuk mengawalnya sambil meminta pertolongan Allah kerana hakikatnya tetap begini... La Hawlawa quwwa ta'ila billa hil aliyil azim...
Setengah perguruan Tasawuf akan menafsirkannya begini... TIADA DAYA UNTUK BERBUAT BAIK MAHUPUN MENGELAK KEJAHATAN KECUALI DARIPADA TUHAN... Maka renung-renungkanlah semua...
Untuk Puteri, betul ke jemputan ni? Ok... Nanti next time saya pegi Shah Alam saya tuntut Puteri belanja.. Belanja le charbroiled steak ke, salmon steak... Takkan setakat cucur badak aje kot? Hehe! :]
Put, baru terfikir... Apakah print gambo Masjid Mata beso-beso dengan perkataan tu... "Ia melihat segalanya" pas tu gantung le banyak-banyak kat area tasik tu... Agak2 ada kesan tak? Hehe! :]
Macam pernah sofi dengor cerita ini...diceritakan oleh room mate nye fren ke or terdengar cerita bebudak2 pompuan yg ketika itu sambil2 belajor sibuk juga citer2 pasei boyafren depa ... hmmm langgor railing dalam gelap; muka bengkak dsbnya dan kene tangkap ..
hmm pemes juge kamu ye ... sampei leh terdengor ke telinga sofi...hehe
Tak sangka plak rhopernya org tu kamu, MS ..!?
Catat Ulasan