Kebetulan ketika itu, jumlah
posting di
blogspot saya yang lagi satu iaitu
SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) adalah 74, 3 sahaja lagi untuk mencapai nombor 77 yang ada kecantikannya yang tersendiri. Selain itu, saya cuma perlu menambah 1 sahaja lagi
posting untuk
blogspot BERPETUALANG KE ACEH untuk menjadikan jumlahnya kepada 131, satu nombor yang sangat bermakna untuk saya dan boleh menambah 1
posting juga untuk
blogspot ini untuk mencukupkan jadi 202, satu lagi nombor yang simetrikal (kiri dan kanan sama). Cuma tak pasti bilakah masa yang sesuai...
Di sini, biar saya bercerita sedikit tentang nombor 131.
Adapun dahulu semasa mula-mula berkahwin 7 tahun lepas, saya pernah membuat tempahan sebuah rumah semi-D dan kebetulan kedudukan cantik yang masih ada adalah di lot 131. Rumah itu sepatutnya siap tahun 2002 tetapi sebaliknya projek itu terbengkalai sementara tahun itu menyaksikan beberapa ahli keluarga rapat kembali menyambut panggilan Ilahi. Saya pula sedang sibuk mengembara merata tempat demi mencari jawaban kepada beberapa persoalan yang mengganggu fikiran sehingga hubungan keluarga terabai dan akhirnya bercerai. Apapun sejak itu nombor 131 menjadi begitu bermakna, satu nombor yang saya kaitkan dengan idaman diri sendiri untuk mendapatkan home sweet home atau rumahku syurga pada suatu hari nanti.
Adapun pagi tadi, setelah sekian lama tergendala, baki buku 3 saya, "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" telah selamat dihantar daripada kilang ke tempat simpanan milik seorang kawan. Buku yang lain-lain pula telah dihantar ke kedai-kedai dan pengedar, bermakna pada pagi ini selesailah segala urusan berkaitan penerbitan buku... Sekarang saya cuma perlu memantau penjualan dan mewar-warkan isinya ke seantero jagat raya sahaja.
Semasa mengambil
bill yang menyatakan penerimaan buku-buku tadi, baru saya perasan tarikh hari ini 13 November yang tertulis pada
bill itu terdapat nombor 131 iaitu dalam bentuk 13/11. Terus timbul rasa, hari inilah hari yang sesuai untuk saya membuat
posting ke 131 untuk blogspot
BERPETUALANG KE ACEH... Maka biar dibuat sekali beberapa
posting untuk blogspot
SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) supaya cukup jumlah jadi 77 dan kemudian bercerita di
blogspot ini supaya jadilah ia
posting ke 202.
Hari ini juga ternyata amat istimewa kerana saya dapat berjumpa satu-satunya anak yang saya ada setelah lebih sebulan tidak dapat berjumpa disebabkan keadaan. Tak payahlah saya sebut apakah keadaan itu ya... Cukuplah saya meluahkan hari ini, tarikh ini dan kaitannya dengan 131 sebagai sesuatu yang begitu istimewa.
Oh... Satu lagi perkara yang istimewa tentang tarikh hari ini, 13 Nov... Adapun siri buku "Berpetualang ke Aceh" mengandungi jumlah 13 bab bernombor, bab-bab yang diberi tajuk seperti "Bab 1", "Bab 8" dan sebagainya. Kebetulan, saya dalam proses membaca kembali semua siri buku ini dan telah selesai buku 1 dan buku 2... Sekarang sudah sampai pada buku 3 dan kebetulan pula berada pada pengakhiran Bab 13! Setelah selesai urusan penghantaran buku tadi, baru saya sedar, saya sudah sampai pada mukasurat terakhir Bab 13. Lalu menghabiskannya ketika menaiki keretapi komuter untuk sampai ke tempat di mana Alhamdulillah, saya dapat berjumpa anak...
Lagi satu, tarikh hari ini bersamaan 3 Zulkaedah 1428 Tahun Hijrah... Kebetulan urusan penerbitan buku 3 selesai dengan tersimpannya baki buku di tempat sepatutnya. Allah! Adakah ini bermakna akan selesai juga satu fasa besar dalam hidup saya lalu sudah sampai masanya untuk menggapai rasa home sweet home yang tersirat dalam nombor 131, satu rasa ketenangan apabila berada dalam rumah bersama keluarga yang sudah lama hilang... Sejak kecil lagi, ketika meninggalkan rumah untuk memasuki sekolah asrama 25 tahun dahulu?
Apapun, itu cuma harapan seorang pemuda 'gila' seperti saya, harapan yang entah betul-betul akan kunjung tiba, mungkin juga tidak... Di bawah ini biar disertakan beberapa gambar serta link-link postings yang baru dibuat sehingga tercapailah jumlah-jumlah yang tersebut itu. Maka dengan ini, saya mungkin tidak akan menambah apa-apa cerita baru buat satu jangka masa. Sekian! Terima kasih kerana selalu mengikuti tulisan-tulisan saya. Wassalam! :]
Makam (tomb of) Baginda Ali
Sedikit citarasa Itali di Pulau Besar? (A bit of Italian taste in Pulau Besar?)
Batu Belah (split stone) of Pulau Besar, Melaka
Cerita (the story of) Tun Teja...
p/s: Baru teringat. Adapun blogspot BERPETUALANG KE ACEH adalah blogspot pertama tempat saya menulis di Internet. Beberapa bulan kemudian barulah terbit blogspot ini dan sebulan dua seterusnya blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Maka dengan itu, jumlah postings 131 untuk BERPETUALANG KE ACEH jadi lebih lagi bermakna. Alhamdulillah!
7 ulasan:
CONGRATULATIONS..
Salam...,
Saudara MerahSilu,
Minta pandangan saudara berkaitan maksud MELAYU. Didalam halaman web (http://www.sabrizain.demon.co.uk/malaya/malays4.htm)ada menyatakan teori asal usul perkataan atau makna "Melayu" didalam bahasa Jawa dan Mendailing yang membawa maksud "lari" dan Tanah Melayu dirujuk sebagai "Tanah Pelarian"
Apakah kebenaranya teori tersebut?
Wassalam Merbawi.
Teori itu memang benar tapi harus dilihat daripada sudut yang sesuai. Jika dilihat daripada sudut negatif, kita akan melihat orang-orang yang kononnya pengecut melarikan diri daripada sesuatu lalu sampai ke sini dan menjadi Melayu. Hakikatnya, Melayu adalah gabungan bangsa-bangsa besar dunia yang lari ke sini daripada pelbagai tempat, bukan setakat dari Yunnan seperti dikemukakan pihak yang cuba mengecilkan makna Melayu sebagai satu sub-pecahan atau ras bangsa Cina. Mereka lari dalam beberpa peringkat, ada yang dari Arab, Parsi, Cina, India malah Eropah selalunya disebabkan bosan dengan pergolakan politk, agama dan sebagainya yang berlaku di tempat sendiri. Lagipun Tanah Melayu ini seudah lama, zaman berzaman dikenali sebagai tanah makmur dengan pelbagai tumbuhan malah kaya dengan emas. Maka itu dalam sastera lama India ada disebut tentang Swarnabumi atau bumi emas sedangkan dalam sastera Eropah terutama di Greek sudah ada cerita tentang Golden Chersonese atau Semenanjung Emas yang merujuk kepada Tanah Melayu ini!
Tanah Melayu ibarat Amerika Syarikat abad ke 17 dan 18 di mana penduduk Eropah yang bosan dengan keadaan sosia-politik di benua mereka lari mencari kehidupan baru. Tetapi Tanah Melayu terlah lebih dahulu menjadi tempat gabungan bangsa-bangsa bersatu yang diikat oleh Islam. Maka itu ada pihak yang irihati laly mencari berbagai jalan untuk memperbodohkan bangsa Melayu, salah satunya dengan menjajah kemudian mmenguba sejarah kita. Sekian! :]
Salam..!
Benar kata kata Saudara.! Semoga Allah melindungi Malayu yang ada sekarang ini. Perjalanan masih jauh lagi..!!
Assalamualaikum...
Boleh tanya sedikit saudara radzi sapiee, watak rashid didalam kisah berpetualang ke aceh merupakan satu watak yang menceritakan kehidupan seseorang yang sebenar atau hanya satu watak yang direka jalan ceritanya?
Terima kasih saudara.
Wassalam saudara (ke saudari?)... Ia dibuat berdasarkan pengalaman hidup sebenar seseorang tetapi diolah semula mengikut kesesuaian bercerita terutama apabila cuba mnerangkan perkara-perkara sensitif yang bermain dalam fikiran penulis seperti konflik Sunni-Syiah serta kewujudan Hadis-hadis Nabi yang digelapkan. Harap maklum... :]
Salam wbt maksud 131 cuba tuan mbaca kalimat ini bismillahirahmanirahim ia menjdi 1 ayat ttpi sbenarnya ada 3 didlmnya menyatakan ia hanya 1 je.... krn 1 itu Alif n 3 itu ialah LAM LAM HA = ALLAH hanya 1 bersamaan(1 yg terasing dr 3 yg tercantum iaitu LAM LAM HA(3 kalimat) bermaksud yg terasing 1 + 3 = ALLAH yg 1 je ttpi klu dilihat scara logik bila 1+3+1= 5(ALLAH) krn 5 itu Rukun islam... n berbalik pd gambarajah itu menunjukan sblm membaca apa2 kita disarankan mbaca apa yg 1 adalah bismillahirahmanirahim yg didlm ada 3 iaitu ALLAH(illah) ArRahman(Rahman-Ayahnya)ArRahim(Rahim<(A)=anak>-ibunya) manakala 1 itu adala Surah Al-Fatihah pembuka bgi Al-Quran yg dipggl Ummul Al-Quran menerangkan bahwa semua surah yg ada didlm al-quran ada didalam Surah Al-Fatihah n apa yg ada dlm fatihah ada dlm bismillah yg berada diatas skali yg nombor 1 itulah ALIF cuba lihat mcm angka 1 atau ALIF ada 7 peringkat terdapat nama ALLAH disana dibaca LAM LAM HA crilah n apa di ujunh kalimah ALLAH=ha(ALIF LAM LAM ) (H)anya(A)llah... ALLAH(A+L+L+A+H=5<1+3+1=5>)diharap terjqb sudah jwpan tuan x perlu ucapkan trimakasi cukupla bacaan Al-FatihahX3 Al-IKhlasX3 Selawat Muhammad S.A.Wx3. =9(dlm Surah Al-Kahfi hitungan mereka adala 300 manakala 9 dgn kamu(tengok di tangan kamu disbelah kanan 18 klu dibaca dgn bahasa jawi n cuba campurkannya 1+8=9) wslm
Catat Ulasan