Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Selasa, Mac 20, 2007

Berpetualang ke Aceh: Membela syiar yang asal (BKA II)


Assalamualaikum para pembaca sekalian. Hari ini sudah masuk 1 Rabiulawal 1428 Hijrah, bulan Islam yang akan membawa kepada tarikh kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW 11 hari lagi. Maka timbul pula gerak untuk berkongsi gambar kulit hadapan buku terbaru saya yang akan datang, "Berpetualang ke Aceh: Membela syiar yang asal" atau BKA II.
Adapun buku ini saiznya sama dengan "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" atau BKA I, jumlah mukasurat pun sama iaitu 300 muka, campur 4 mukasurat kosong kerana jumlah mukasurat buku dijilid dalam gandaan 16 (set 4 kertas dilipat 2 lalu menjadi 16 mukasurat), dalam kes ini 16 x 19 = 304. Ia adalah kesinambungan cerita dalam buku I dan akan membawa pembaca pergi lebih jauh ke dalam dunia pengembaraan serta pemikiran Muhammad Al-Aminul Rasyid. Maka akan ada lebih banyak perkara yang melibatkan hal-hal pelik dan ghaib, juga pengajian ilmu Tasawuf.
Untuk pengetahuan, buku ini baru siap diedit dan layout menggunakan perisian Pagemaker kemudian InDesign pada Khamis 15 Mac 2007 sejurus sebelum masuk Subuh. Tapi saya perlu melakukan satu lagi proses editing untuk memantapkan isi... Kulit buku pun belum 100 peratus siap kerana belum mendapat ilham untuk pantun yang perlu diletakkan di belakang.
Setelah siap proses editting pada hari Khamis, gerak hati saya menyuruh supaya menunggu bulan Safar tamat. Hari ini sudah masuk bulan Rabiulawal, maka proses seterusnya akan disambung hari ini dan sebab itulah saya mendapat gerak untuk meletakkan gambar kulit buku di sini dan berkongsi perkembangan terbaru BKA II dengan para pembaca sekalian.
Apapun, doakan segalanya berjalan lancar OK... Jika tiada aral melintang, insyaallah buku ini akan berada di pasaran bulan May. Baiklah, saya perlu menyambung kerja ya... Teruskan membaca! :]

5 ulasan:

ontahsapo berkata...

cepat siapkan.... nanti kalau dah sipa, sila tanda tgn dan saya akan beli terus...

Radzi Sapiee berkata...

Wokey bro... Insyaallah! Majulah sukan untuk negara. Bersekutu bertambah mutu (urrggsss... Itu bukan slogan MIC ke, hehe!) :]

Tanpa Nama berkata...

askum. Sy tak sabar nak tau sambungan bka ni hehehe. looks like more interesting dan lebih adventure. byk yg dipelajari tg sejarah melyu zaman dulu2

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah. Semoga ALLAH permudahkan urusan saudara. InsyaAllah saya menanti kehadiran buku saudara dipasaran. Buku saudara banyak memberi manfaat serta membuka fikiran saya .... Teruskan usahamu saudaraku. ALLAH membantumu. ALLAH bersamamu.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam n terima kasih semua. Sokongan saudara saudari sekalian memberi saya semangat tambahan. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada usaha saya yang tidak seberapa ini. Yang penting orang Melayu mesti disedarkan akan makna Melayu itu sendiri, bukan makna sempit bangsa Melayu yang cuba disogok penjajah sehingga kita berpecah-belah dan sentiasa ada konflik dengan bangsa lain sampai sekarang... Kenapa Melayu itu Islam, malah bukan sekadar Islam tetapi mencapai tahap Mukmin lagi Ihsan. Maka makna Islam itu sendiri harus diperhalusi, bukan sekadar Islam yang bermula 1,400 tahun dahulu... Itu sebenarnya Syariat Nabi Muhammad sedangkan Islam telah wujud sejak zaman Nabi Adam kerana Islam itu membawa makna tenang dalam penyerahan kepada hukum Allah...
Seterusnya kenapa kebangkitan Islam akan datang bermula daripada Timur, di Tanah Melayu... Lalu bagaimana kita harus bersedia menghadapinya... Insyaallah! :]