Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Ahad, November 12, 2006

Apa-apa aje le...


Lima perkara asas yang perlu diperhatikan wartawan dalam mengarang berita - apa, bila, di mana, mengapa, bagaimana... Apakah yang berlaku, rumah terbakarkah apa? Bila berlaku, semalamkah, sejam lepaskah? Di manakah peristiwa itu berlaku. Kemudian barulah dipanjangkan mengapa dan bagaimana ia berlaku... Atau kita mungkin tidak tahu langsung mengapa dan bagaimana sesuatu itu berlaku lalu kita berteka-teki atau membiarkan sahaja ia terus menjadi misteri. Apapun, rasanya tidak akan ada orang yang bertanya mengapa sesebuah rumah itu terbakar. Kerana "mengapa" selalu dikaitkan dengan sesuatu perbuatan yang disengajakan. Mana ada orang sengaja membakar rumah? Kalau berlaku pun selalunya ia terjadi kerana perbuatan khianat, misalnya kerja samseng yang inginkan tuan rumah meninggalkan tanah... Atau kerja orang gila?Maka itu soalan yang lebih sesuai adalah bagaimana rumah itu boleh terbakar... Apakah ada suis yang short-curcuit, mungkin?


Adapun saya timbulkan lima perkara asas ini bukan apa... Sahaja suka-suka mahu mengajak pembaca santai bersama meneroka dunia pemikiran seorang insan yang baru dikenali sebagai MerahSilu dalam dunia cyber sejak 5 bulan kebelakangan... He! He! Siapa lagi kalau bukan saya sendiri... He! He!. Walaupun insan ini sudah mengenali dunia cyber lebih 24 tahun lalu, semasa berumur 12 tahun pun pernah mencipta perisian komputer sendiri, cuma baru tahun inilah tergerak untuk aktif terutama melalui wadah perbincangan bernama Forum CVT. Oleh kerana forum ini menghendaki setiap peserta mendaftarkan satu nick-name, maka nama MerahSilu pun dipilih. Begitulah ceritanya...

Kenapa MerahSilu? Apakah maknanya? Bila dan di mana sudah terjawab di atas. Yang lain Insyaallah akan diceritakan sedikit demi sedikit.

Secara ringkas, Merah Silu (ejaan sebenarnya tidak ada space ya....) adalah nama seorang raja yang hidup lebih 700 tahun dahulu di Aceh, seorang raja yang paling awal memeluk agama Islam di bumi Melayu ini... Dan nama ini juga digunakan sebagai nama syarikat penerbitan kecil iaitu Wasilah Merah Silu Enterprise. Syarikat ini pula didaftarkan sebagai wadah persendirian untuk menerbitkan buku bertajuk "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti." sebuah buku yang mungkin sedikit kontroversi kerana tafsiran tersendirinya terhadap sejarah Melayu dan Islam yang meliputi tempoh tidak kurang 1,200 tahun.

Saya terpaksa berbuat begini kerana tidak mahu terikat dengan apa-apa syarat seperti yang terpaksa diakuri jika buku itu diterbitkan syarikat lain, salah satunya terpaksa membuang perkataan "Berpetualang" dalam tajuk buku kerana menurut mereka ia tidak sesuai dengan sentimen masyarakat tempatan Malaysia. Dan syarikat penerbitan yang established secara rata tidak berani mengambil risiko mengeluarkan buku yang melawan arus pemikiran zaman... Maka jika ia diterbitkan di tangan orang lain, kemungkinan besar banyak isinya terpaksa dihilangkan, paling kurang pun ditawarkan sehingga hilanglah kesan penghayatan yang diharapkan.

Nanti saya akan panjangkan cerita ini juga cerita-cerita berkaitan dengan meletakkan sedutan-sedutan daripada buku "Berpetualang ke Aceh" OK! Buku yang dinukilkan dalam bentuk novel sejarah Melayu Islam setebal 300 mukasurat dengan saiz A5 (seperti kertas A4 dilipat dua) ini telah berada di pasaran sejak Jun dan boleh didapati di kedai-kedai buku terpilih seluruh Malaysia terutama MPH dan Popular Bookstores. Harganya cuma RM24.90, cukup murah berbanding dengan isi yang terkandung di dalamnya... Kalau tak percaya, tengoklah sendiri!

Apapun, tulisan ini sekadar pengenalan sahaja.... Kalau ikut bahasa muda-mudi sekarang ni kira seperti ucapan hi! aje le... Selepas ini saya akan berikan sedikit mukadimah pengenalan buku tersebut. Semoga ia memberi faedah kepada kita semua, Insyaallah!

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

best.. best.. tahniah bro...

Teruskan usaha-usaha murni ini... Moga akan ada jemaah bersama-sama.. InsyaAllah... Usaha yang baik akan mendapat respons yang baik....
Alhamdulillah... salawat dan salam buat junjungan besar rasul s.a.w. "Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la aali Muhammad"

-deArcher

Radzi Sapiee berkata...

Sure bro... Banyak benda kita boleh kongsi bersama. Semoga apa yang dibincang selama ini di forum dan sekarang akan dibawa atau dipanjangkan di blogspot ini memberi faedah kepada semua... Biar kembali Mim dalam Melayu itu lalu kita semua boleh melangkah dengan belikat kukuh yang disi zat besi kursani... Insyaallah!

Tanpa Nama berkata...

iskh... congratulation beb... atas blog tuan yg sedia tercipta. mungkin ini satu lagi langkah berterusan dari saudara yg bakal dapat menyampaikan apa yg terpendam dalam zahir dan batin... teruskan perjuang saudara

albuyong...'kakitido'

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah....teruskan perjuangan ini, genggam bara api biar sampai jadi arang.

AbuMukmin.

Tanpa Nama berkata...

hu yey yey!!

gua support lu beb!!

Kerapu

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Tahniah bro MS.Lu melangkah lebih jauh lagi...Teruskan!!!

Jangan lupa lagu sifu M.Nasir "Tinggalkan satu peluru"

Semoga terus berjaya...
amin

KEMBOJA

Tanpa Nama berkata...

Salam bro... hamba lebih tenang melayari blog bro ini dari melayari dunia 'sangkal-menyangkal' dalam CVT. Mungkin forumer di sana kurang perasan, ada di kalangan para Sufi-Sufi Allah sekadar melayari forum memerhati tingkah laku manusia.
Maka benarlah pesan guru... 'hendak mencari iman harus ada ilmu, namun untuk beriman itu sendiri haruslah ilmu dinafikan'..

Dan sesungguhnya......
''Mati itu jalan, ketenangan itu kekal, diri itu arahtuju,menyempurnakanya itu amanah besar''…..

Teruskan dgn blog saudara ini...

Salamzzz

Radzi Sapiee berkata...

Terimakasih saudara... Tidak ada yang lebih berharga dalam dunia ini kecuali ketenangan, salam sejahtera. Maka apakah gunanya ilmu berjela kalau ia sekadar mendatangkan sengketa serta kecelaruan fikiran? Bukankah Iblis sendiri berasal daripada makhluk bernama Azazil yang paling tinggi ilmunya? Tetapi apa sudah jadi?
Maka ingatlah kata-kata Rasulullah SAW sendiri, bukan amal yang mengangkat kamu naik ke syurga tapi rahmat Allah jua... Maka carilah jalan mendapatkan rahmatnya... Kalau ilmu itu menghalang perjalanan ini, maka pedulikan ia, buang semuanya ke tepi...
Kadang-kadang, bila kita dah betul-betul jauh dan penat berjalan, baru kita sedar apa yang benar-benar penting dalam kehidupan ini... Maka itu banyak pahlawan tersohor sanggup menggantung pedang, raja-raja meninggalkan istana lalu hidup seperti fakir miskin hina-dina semata-mata untuk mencapai ketenangan sejati, salam sejahtera yang merupakan anugerah Allah semata... Fikirkan!

RatuKama berkata...

hmmm..sedar tak sedar telah jauh kita berjalan..dan pengalaman membawa kita kesini..ada satu pertanyaan dr hamba kepada tuan ..apakah MIM yang Tuan maksudkan dalam sepanjang tulisan Tuan itu?

Radzi Sapiee berkata...

Hmm... Bab Mim tu saya pernah terangkan dalam Forum CVT.
Tak apa, nanti saya cerita lagi bila dapat gerak, insyaallah dalam posting seterusnya kat sini yek...

RatuKama berkata...

orait tima kacih..ada bbrapa pertanyaan sebenarnya tp ini yg kuat ..dr sisi tuan ( dr kajian Tuan ) adakah mim yg dimaksudkan telah menepati/sampai/melengkapi/sempurna sesuai apa yg dikehendaki Allah sendiri ..maksud hamba dr proses yg telah brjln dr sejak zaman kembalinya Yang Terpuji ke sisiNya?

Tanpa Nama berkata...

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...ketemu juga aku dgn lamanmu...aper2 pon tahniah aku ucapkan kerana sanggup mengembalikan/menyedarkan mim yg semakin pudar......aku skang nie sedang berusaha mengumpulkan informasi ko dan kawan2 diforum utk dijadikan koleksi aku...semoga anak cucu aku x gelap hati.....
wassalam

Firdaus Abd Rahman berkata...

Dah 15 tahun blog dan pemiliknya ini berjasa

Radzi Sapiee berkata...

Alhamdulillah. Sekadar perkongsian pengalaman dan luahan rasa. Sedar tak sedar ini menjadi kesinambungan usaha dan idealisma saya daripada zaman bekerja sebagai wartawan tahun 1995-2001 sebelum dirosakkan oleh pihak tertentu.