Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Semasa hari pelancaran muncul cadangan agar diadakan majlis bedah atau bicara buku. Memandangkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 dijadualkan berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun sedangkan salah seorang kawan kami adalah seorang penjual buku yang terlibat membuka reruai maka seterusnya dicadangkan agar ia diadakan di reruainya pada satu tarikh. Setelah difikirkan tarikh dan masa yang sesuai baru mendapatkan persetujuan sejarawan ulung negara Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali untuk turut serta. Lalu dibuatlah poster seperti di atas bagi edaran umum.
Untuk pengetahuan Abdullah yang menulis kata-kata aluan buku juga melancarkannya pada majlis 13 Mei. Pagi Ahad 28 Mei iaitu hari mahu diadakan bicara saya pun membawa isteri dan anak ke lokasi PBAKL iaitu di WTC (World Trade Centre), dahulu dikenali sebagai PWTC (Putra World Trade Centre).
Ia adalah PBAKL yang ke-40.
Acara diadakan setiap tahun kecuali ketika berlaku PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak COVID-19 tahun 2020 dan 2021.
Terus ke reruai kawan iaitu Taman Pustaka yang bernombor 3142 iaitu di Aras 3.
Beliau sebenarnya berkongsi sambung gerai dengan dua syarikat lain iaitu Pelita Dhihin dan Areca Books. Lalu mereka mengiklankan bersama sebagai beroperasi daripada rerurai 3142 hingga 3145.
Bergambar bersama pemilik Taman Pustaka saudara Zahamri Nizar atau Zam dan rakan aktivis Tun Suzana daripada Akademi Watan yang menjadi pemudahbicara.
Asalnya bicara mahu dimulakan jam 11 pagi.
Tetapi baru beberapa hari lalu Prof. Abdullah menghubungi untuk memberitahu bahawa beliau baru sahaja menyedari ada undangan untuk sesi bicara lain pada hari dan tarikh yang sama.
Beliau pun bertanya. Bagaimana ini? Beliau telah berjanji dengan saya lebih awal. Perlukah membatalkannya?
Memandangkan bicara lagi satu itu melibatkan mantan Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib yang juga memegang jawatan Orang Besar Perak, Dato' Sri Agar Diraja (Dato' Sagor) saya jawab elok Prof bersama beliau dahulu. Saya punya boleh ditunda ke jam 12.
Dengan itu berlangsunglah bicara bersama Ramli bagi sebuah buku beliau tentang Melayu yang diterjemahkan oleh ITBN (Institut Terjemahan Buku Negara), daripada naskah asal berbahasa Inggeris yang diterbitkan tahun lalu.
Sebaik sahaja selesai jam 12 terus saya ke hadapan untuk memberitahu harus menarik Abdullah ke majlis saya di tingkat lain...
Pun begitu diajak dahulu bergambar. Saya telah menghadiahkan senaskah buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin kepada Ramli.
Selepas mengharungi kesesakan orang ramai baru dapat bersedia untuk bicara buku sendiri. Sebetulnya saya ada memikirkan untuk mengajak Ramli bersama. Tetapi melihatkan beliau sibuk melayan orang dan kami sendiri mengejar masa maka diteruskan seperti rancangan asal iaitu cuma kami bertiga.
Sesi ini ada dipancarkan secara siaran langsung melalui Facebook Akademi Watan. Lihat video atas. Cuma sayang audio atau bunyi ada kedengaran berdengung atau pecah/kasar. Mungkin kerana clash dengan mikrofon yang diselitkan ke baju.
Nasib baik isteri ada membuat rakaman sendiri. Lalu dapat dimuatnaik ke Youtube. Kedengaran bunyinya lebih baik.
Cuma isteri harus memecahkan kepada dua bahagian.
Sebetulnya banyak perkara lagi mahu diperkatakan tetapi bicara harus diselesaikan sebelum masuk waktu Zohor. Memandangkan orang juga sudah lapar saya terus mengajak Prof Abdullah dan anak yang mengiringinya makan tengah hari di Aras 4.
Selesai makan kemudian menunaikan solat baru kembali ke meja di reruai lalu dapat melayan mereka yang membeli buku juga kawan-kawan yang datang kemudian bagi memberikan sokongan.
Dengan itu biar diberitahu saya akan hadir lagi ke Pesta Buku pada hari Rabu, Khamis, Sabtu dan Ahad (hari terakhir 4 Mei).
Dah perangai saya mesti nak merayap-rayap melihat pelbagai buku yang ada juga kerenah manusia.
Tapi insyaallah saya akan berada di reruai nombor 3142 pada hari-hari tersebut jam 2 petang. Mungkin sehingga jam 5.
Bergambar bersama isteri tersayang. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,399 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.
Salam petang Jumaat 6 Zulkaedah 1444 Hijriah. Merujuk pada artikel ISTAC, buku dan majlis raya keluarga Laksamana tahun 2023 yang dipersembahkan Isnin lalu. Adapun ketika ia ditulis lalu dipaparkan saya sedang berada di rumah ibu bapa di Muar. Sekarang biar dikongsikan cerita berkenaan.
Artikel ISTAC, buku dan majlis raya keluarga Laksamana tahun 2023 ada menyebut selepas menghadiri majlis raya keluarga di Kota Damansara Sabtu 20 Mei bersamaan 29 Syawal saya dan keluarga pergi ke majlis lain. Kembali ke rumah waktu malam datang tetamu ke rumah. Begitu juga keadaannya keesokannya Ahad 21 Mei bersamaan 1 Zulkaedah.
Sementara itu, sejak beberapa hari sebelum itu ibu saya pula sedang mengalami satu masalah kesihatan. Petang Ahad itu bergeraklah saya kembali ke kampung itu menjengok beliau dan bapa yang kedua-duanya berumur 81 tahun. Sambil itu juga dapat menghadiahkan buku baru saya yang dilancarkan 13 Mei. Lihat artikel-artikel berikut :-
Petang Isnin 22 Mei baru keluar berjalan-jalan. Seperti biasa singgah di beberapa tempat kegemaran termasuk masjid jamek Muar.
Saya kembali ke Muar itu seorang diri kerana isteri bekerja dan anak bersekolah. Dapatlah meluangkan masa untuk menziarahi kubur ibu bapa kepada ibu saya di Bakri Batu 6 juga kubur adik lelaki bongsu yang sudah bertahun tidak dijejaki.
Pergi pula ke makam Sultan Alauddin Riayat Syah (Melaka) di Kampung Raja, Pagoh.
Malam itu pekena Mee Bandung Muar di Medan Selera Bentayan.
Pagi Selasa 23 Mei pekena Nasi Beringin di medan selera bersebelahan apa yang dikenali warga Muar sebagai stesyen bas Melaka.
Selepas itu mengambil jambatan lama menyeberangi Sungai Muar.
Bila bersendirian ini lebih mudah bergerak kerana tidak perlu memikirkan kepenatan dan keselesaan isteri dan anak-anak. Maka lebih banyak tempat dapat dicapai tanpa perlu mengira masa lewat petang Maghrib bagai. Lihat artikel-artikel berikut :-
Dapat juga berjalan dalam kegelapan malam jauh ke tempat-tempat yang terperosok. Didapati kali ini banyak binaan termasuk tempat wakaf, pondok dan binaan makam telah dirobohkan. Gambar atas diambil di suatu batu hampar dalam kegelapan malam menggunakan flash. Ia terasa begitu selesa singgah saya tidur sekitar setengah jam sebelum bergerak ke masjid/surau di sebelah bangunan makam utama iaitu makam Sultan Ariffin Sheikh Ismail yang masih wujud, tidak berani dikacau orang.
Perjalanan kembali ke arah rumah disambung dengan mengambil jalan lama.
Singgah di Sendayan untuk menghantar senaskah buku terbaru saya. Sebetulnya sepanjang tempoh perjalanan ini saya mendapat 9 tempahan baru berbayar atas talian, campur 1 tempahan berbayar hari Sabtu yang belum sempat dilunaskan. 5 buku pun dihantar melalui Poslaju di Muar pagi Isnin, 3 di Merlimau petang Selasa iaitu sebelum masuk ke Pulau Besar.
Satu lagi tempahan pula diterima pada pagi Rabu. Ketika itu saya dalam perjalanan dari Melaka hendak ke Putrajaya. Apabila mendapati alamat posnya di Sendayan lebih kurang dalam laluan saya pun menghantar ke sana. Selepas itu terus mencari masjid untuk mandi dan bertukar pakaian kerana saya keluar itu memakai pakaian sama ketika masuk pulau dan bermalam walaupun ada mandi sebelum solat Subuh.
Kebetulan masjid yang ditemui adalah masjid besar berdekatan KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur). Tengok-tengok ramai orang menghantar keluarga pergi haji melepak di masjid. Ini kerana ia terletak di sebelah Kompleks Tabung Haji.
Selesai mandi dan bertukar pakai terus ke kompleks bangunan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) untuk satu urusan. Alhamdulillah selesai kemudian sempat sampai ke kawasan rumah untuk mengambil anak yang kebetulan hari itu ada aktiviti kurikulum di sekolah hingga jam 3 petang. Lalu didapati perjalanan ini meliputi jarak 658 km pemanduan.
Salam semua. Salam malam 3 Zulkaedah 1444 Hijriah. Sedikit cerita daripada hujung minggu lalu melibatkan raya dan buku.
Pagi Jumaat 19 Mei 2023 bersamaan 29 Syawal 1444 saya keluar rumah untuk beberapa urusan.
Antaranya adalah ke tempat melanjutkan pengajian peringkat pascasiswazah iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Sebelum itu saya telah ke kilang cetak untuk mengambil sejumlah naskah buku "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad : Perjuangan yang Belum Selesai". Sebahagian daripada itu kemudian diserahkan kepada satu syarikat lain untuk diedarkan ke kedai-kedai buku.
Tujuan utama ke ISTAC adalah untuk menghadiahkan senaskah buku kepada guru dan penyelia tesis saya Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. Kebetulan ada mesyuarat kaki tangan dan pelajar lalu saya ikut menyertai. Tengok-tengok Osman ada bersama.
Selepas itu ada jamuan raya. Saya pun layan.
Tengok-tengok turut hadir di majlis adalah seorang pensyarah yang menjadi pemeriksa dalaman bagi tesis saya. Kalau ikutkan saya harus ke kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa) di Gombak petang itu untuk membincangkan hal berkaitan. Bila dah bertemu di ISTAC terus buat perbincangan di sana.
Dengan itu ada masa untuk menunaikan solat Jumaat di masjid ISTAC. Kalau tidak tentu saya bersolat di bahagian lain Kuala Lumpur menghala ke UIA.
Selepas solat dibuat pula urusan susulan berkenaan buku di Perpustakaan Negara diikuti Jabatan Muzium Malaysia. Kemudian ke rumah kawan dekat Puncak Alam untuk menyerahkan sejumlah naskah bagi jualan pada Pesta Buku Antarabanga Kuala Lumpur yang akan berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun ini.
Esoknya Sabtu 20 Mei bersamaan 29 Syawal, hari terakhir bulan raya saya membawa keluarga ke Emporis di Kota Damansara bagi satu lagi urusan berkaitan.
Ia adalah majlis hari raya keluarga Laksamana Raja Mahkota Amin daripada keturunan anak-anaknya yang bernama Orang Kaya Arsyad dan Aminah.
Sebelum majlis raya iaitu dari pagi hingga tengah hari telah diadakan mesyuarat jawatankuasa bertindak keluarga yang mana saya adalah salah seorang ahli.
Majlis raya dimulakan selepas jam 12.30 tengah hari.
Sambil itu saya mengambil peluang untuk memperkenalkan dan menjual buku.
Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan...
Sudut saya menjual buku juga turut menjadi tempat lepak bersama sejumlah saudara makan-makan...
Selepas berapa lama majlis berlangsung baru hadirin diajak keluar untuk bergambar beramai-ramai.
Ketika itu ramai sudah meninggalkan majlis kerana urusan atau mahu ke majlis lain.
Pun begitu saya dapat mengira terdapat 162 orang dalam gambar ini. Tidak dicampur mereka yang mengambil gambar juga satu dua meja saudara mara yang masih sibuk berbual-bual.